BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

ISI KANDUNGAN. Abstrak. Penghargaan. Isi Kandungan. Jadual Pedoman Transliterasi. Senarai Kependekan. Senarai Rajah BAB 1 PENGENALAN (1-10)

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

STATISTIK ASAS. Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2013

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ARAHAN: ( )

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Sustainable Education 54

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Transkripsi:

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab Lima ini bertujuan membincang dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian seperti yang terkandung dalam Bab Satu. Beberapa cadangan dan saranan kepada pihak-pihak yang berkenaan turut dimuatkan berdasarkan keputusan yang diperolehi daripada hasil kajian untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam aspek kata nama. Di samping itu, penyelidik juga menyarankan kajian-kajian lanjut yang boleh dilaksanakan oleh penyelidik lain pada masa-masa akan datang. 5.1 Kesimpulan Penyelidik akan mengutarakan beberapa perkara penting sebagai kesimpulan kepada kajian ini, berdasarkan analisis data ke atas dapatan kajian dan interpretasi keputusan kesemua data tersebut seperti yang telah dibincangkan dalam Bab Empat. Kesimpulan kajian ini adalah seperti berikut: 5.1.1 Tahap Sebenar Penguasaan Kata Nama Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua KAA SMKKPPI. a) Seramai 23 orang (46%) daripada 50 orang pelajar tingkatan dua KAA mendapat gred A, iaitu berpencapaian cemerlang mengikut skala gred pemarkahan PMR dalam ujian bertulis yang dijalankan ke atas mereka. 17 orang daripada mereka mendapat markah dalam lingkungan (80-89) dan selebihnya 6 orang pelajar mendapat markah dalam lingkungan (90-100). 112

b) Seramai 19 orang pelajar (38%) mendapat gred B, iaitu berpencapaian kepujian dengan 5 orang daripada mereka memperolehi markah dalam lingkungan (65-69) dan 14 orang mendapat markah dalam lingkungan (70-79). c) Seramai 5 orang pelajar (10%) mendapat gred C, iaitu berpencapaian baik dengan 2 orang daripada mereka mendapat markah dalam lingkungan (50-59) dan 3 orang pelajar mendapat markah dalam lingkungan (60-64). d) Hanya 2 orang pelajar (4%) yang mendapat gred D, iaitu pencapaian mereka mencapai tahap penguasaan minimum dengan markah dalam lingkungan (40-49). e) Seorang pelajar (2%) mendapat gred E, iaitu tidak mencapai tahap penguasaan minimum yang dikira sebagai gagal dalam ujian tersebut. f) Peratus lulus keseluruhan pelajar dalam ujian kata nama bahasa Arab yang telah dijalankan ialah sebanyak 98% menggambarkan peratus kelulusan di tahap membanggakan. g) Berdasarkan ukuran kecenderungan memusat, nilai min skor dalam ujian tersebut adalah 75.52, nilai median adalah 78 dan nilai mod adalah 82 seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4.10. Taburan markah ujian ini menghasilkan lengkung pencong negatif iaitu nilai mod yang lebih besar daripada nilai median dan nilai median yang lebih besar daripada nilai min, menunjukkan ramai pelajar yang berpencapaian baik (Ee Ah Meng, 2002:127). 113

Frekuensi Ekor Negatif Min Median Mod Skor Rajah 4.10 : Lengkung Taburan Pencong Negatif h) Seramai 29 orang pelajar (58%) mendapat skor yang sama atau melebihi nilai min iaitu 75.52 dan bakinya 21 orang pelajar (42%) mendapat skor kurang daripada nilai min tersebut. Dengan ini bermakna lebih daripada separuh pelajar mendapat skor lebih daripada nilai min berbanding dengan pelajar yang mendapat skor di bawah nilai min, yang menunjukkan satu pencapaian baik bagi kumpulan ini. i) Manakala berdasarkan ukuran keserakan nilai sisihan piawai adalah 13.01. Nilai sisihan piawai pula memberikan ukuran sebaran data, iaitu sama ada data berdekatan (nilai sisihan piawai rendah) atau berjauhan (nilai sisihan piawai tinggi) antara satu sama lain. Nilai sisihan piawai memberikan petunjuk berkenaan darjah kepelbagaian data. Sekiranya nilai sisihan piawai rendah, darjah kepelbagaian data juga rendah, manakala sekiranya nilai sisihan piawai tinggi, darjah kepelbagaian juga tinggi. 114

Lebih rendah nilai sisihan piawai, lebih homogen set data itu manakala lebih tinggi nilai sisihan piawai pula, lebih heterogen set data itu (Lim Chong Hin, 2007:246). j) Julat skor pelajar dalam keputusan ujian bertulis ini adalah 58, iaitu dengan skor pelajar tertinggi 96 dan skor pelajar terendah adalah 38. Julat skor yang besar antara pelajar berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian rendah menunjukkan pencapaian yang tidak seimbang di kalangan pelajar tersebut. k) Secara keseluruhannya keputusan ini menunjukkan 42 orang pelajar (84%) berjaya mendapat gred A dan B, manakala selebihnya 8 orang pelajar (16%) mendapat gred C, D dan E. Keputusan ini menggambarkan sejumlah besar pelajar tingkatan dua KAA di SMKKPPI berpencapaian baik, walaupun sebilangan kecil daripada mereka yang hanya mencapai tahap penguasaan minimum dan tidak mencapai tahap penguasaan minimum mengikut skala gred pemarkahan PMR. l) Terdapat pelajar yang tidak dapat membezakan antara golongan kata dalam bahasa Arab, iaitu kata nama, kata kerja dan partikel, berpandukan jawapan mereka dalam ujian bertulis yang tidak dapat mengasingkan golongan kata tersebut secara tepat. Situasi ini sama dengan hasil kajian Ali Hin (2000:136) dalam disertasinya berkenaan penggunaan isim ma rifat di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima SMKA, mendapati ramai pelajar yang tidak faham mengenai istilah isim atau kata nama berdasarkan jawapan mereka tidak dapat mengasingkan kata nama dari petikan teks dengan baik, di samping ramai di kalangan mereka tidak dapat membezakan antara kata kerja dan kata nama. m) Penguasaan pelajar dalam kata nama mudhakkar dan kata nama mu annath adalah di tahap sederhana dengan 36 orang pelajar (72%) mendapat skor sama atau melebihi nilai min, iaitu 14.96. Namun begitu terdapat pelajar yang tidak dapat membezakan antara tanda-tanda bagi kata nama mudhakkar dan kata nama mu annath. 115

n) Penguasaan pelajar dalam kata nama bahasa Arab dari aspek bilangan yang merangkumi kata nama tunggal, kata nama dual dan kata nama jama adalah di tahap sederhana. Bagaimana pun terdapat sebilangan kecil pelajar yang amat lemah dalam aspek tersebut. Permasalahan utama yang dikenal pasti ialah mereka tidak dapat membezakan antara semua bentuk golongan kata dari segi bilangan, menyebabkan timbul kekeliruan untuk menukarkan golongan kata berkenaan kepada bentuk golongan kata yang lain. o) Penguasaan pelajar dalam kata nama bahasa Arab dari aspek ketentuan iaitu kata nama ma rifat dan kata nama nakirat adalah di tahap sederhana, dengan 28 orang pelajar (56%) mendapat skor sama atau melebihi nilai min iaitu14.44. Pelajar didapati tidak mampu mengenal dan membezakan antara kedua-dua bentuk kata nama tersebut, menyebabkan mereka meletakkan kata nama ma rifat di ruangan jawapan kata nama nakirat dan begitulah sebaliknya. Keadaan ini juga meyerupai dapatan kajian Ali Hin (2000:36) yang menunjukkan hanya 50% pelajar dapat mengenal dan menggunakan isim ma rifat dengan baik. p) Penguasaan pelajar dalam kata tunjuk adalah di tahap baik, dengan 38 orang pelajar (76%) memperolehi skor sama atau melebihi nilai min, iaitu 7.92. Hanya sebilangan kecil pelajar yang tidak dapat menguasai kata tunjuk. q) Penguasaan pelajar dalam kata hubung adalah kurang memuaskan, dengan 20 orang pelajar (40%) mencatat skor sama atau melebihi nilai min, iaitu 6.44. Pelajar tidak mampu menguasai penggunaan kata hubung sepenuhnya dengan meletakkan kata hubung yang tidak tepat dalam ruangan jawapan. Mereka dikenal pasti paling ramai melakukan kesilapan dalam penggunaan kata hubung ( yang digunakan untuk (ال ذ ي ن lafaz jama mudhakkar. 116

5.1.2 Aspek Pembelajaran Pelajar Khususnya Dalam Kata Nama Bahasa Arab a) Tiada seorang pun daripada pelajar yang didapati menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan di rumah. Sebaliknya semua pelajar menggunakan bahasa Melayu dan 31 orang (62%) yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah. Keadaan ini boleh mempengaruhi penguasaan mereka dalam menggunakan bahasa Arab secara berkesan, yang menyebabkan bahasa tersebut hanya dipelajari di sekolah tetapi tidak dipraktikkan di luar bilik darjah. b) Sebahagian daripada pelajar pernah mendapat pendedahan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi secara formal di sekolah rendah dan sebahagian lagi mempelajarinya di sekolah menengah dalam KAA. Situasi ini juga boleh mempengaruhi tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Arab. Dari segi tempoh masa pelajar yang pernah mendapat pendedahan dan mempelajarinya secara tidak langsung telah menguasai sedikit sebanyak bahasa tersebut, berbanding dengan mereka yang baru mempelajarinya di peringkat menengah. c) Lebih daripada sebahagian pelajar iaitu 47 orang (94%) menyatakan kemasukan mereka ke KAA adalah dengan pilihan sendiri dan 3 orang lagi (6%) menyatakan sebaliknya. Hal ini menggambarkan ketidaksediaan pelajar dalam membuat pilihan untuk mempelajari bahasa Arab dan boleh mempengaruhi minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut. d) Gabungan pelajar yang sangat berminat dan berminat mempelajari bahasa Arab adalah seramai 48 orang (96%) dan 2 orang (4%) tidak berminat mempelajarinya. Faktor minat juga memainkan peranan penting bagi pelajar mempelajari bahasa Arab dengan tekun dan penuh semangat untuk menguasainya serta dapat mempraktikkannya bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka. e) Enam orang pelajar (12%) menganggap mata pelajaran bahasa Arab adalah mata pelajaran yang senang dikuasai, 36 orang (72%) menyatakan sederhana dikuasai, 6 117

orang (12%) menyatakan susah dikuasai dan 2 orang (4%) menyatakan sangat susah dikuasai. Tanggapan negatif pelajar terhadap bahasa Arab boleh melunturkan semangat mereka untuk menguasai dan meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran berkenaan. f) 10 orang pelajar (20%) mempunyai jadual khusus untuk mengulangkaji bahasa Arab di luar waktu persekolahan dan 40 orang pelajar (80%) tidak berbuat demikian. Kegagalan pelajar memperuntukkan masa tertentu untuk mengulangkaji bahasa Arab di luar waktu persekolahan, menunjukkan sikap sambil lewa mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada pengajaran guru di dalam bilik darjah dan tiada inisiatif sendiri untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. g) Lebih daripada sebahagian pelajar, iaitu 27 orang (54%) menghadapi masalah dalam mengingati kata nama bahasa Arab. Kata nama merupakan salah satu unsur yang penting dan kosa kata yang paling asas dalam bahasa Arab. Kegagalan pelajar menguasai kata nama menyebabkan mereka tidak mempunyai kosa kata yang sepatutnya dikuasai di peringkat tersebut. Seterusnya akan mempengaruhi penguasaan mereka dalam bahasa Arab secara keseluruhan. h) 31 orang pelajar (62%) tidak dapat membezakan antara golongan kata bahasa Arab yang merangkumi kata nama, kata kerja dan partikel. Kelemahan pelajar dalam membezakan antara golongan kata tersebut turut menjejaskan penguasaan bahasa Arab secara keseluruhan. i) 32 orang pelajar (64%) berpendapat kelemahan mereka dalam menguasai kata nama bahasa Arab tidak mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Tanggapan pelajar yang sedemikian tentang kepentingan menguasai kata nama bahasa Arab, menyebabkan mereka mengambil mudah dan memandang ringan serta tidak bersungguh-sungguh dalam mempelajari bahasa Arab. 118

5.1.3 Aspek Pengajaran Guru a) Pengalaman guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi di peringkat menengah rendah di SMKKPPI adalah antara dua hingga enam tahun. Ini merupakan satu tempoh yang baru dari segi pengalaman dan pendedahan berkenaan kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai satu bahasa asing yang diperkenalkan di sekolah. b) Majoriti guru tidak menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran dengan peratus penggunaannya adalah sekitar 30% sehingga 50 % sahaja. Kadar penggunaan bahasa Arab yang sedikit sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tahap penguasaan pelajar terhadap bahasa itu. c) Hanya 2 orang guru memperuntukkan masa khusus mengajar kata nama bahasa Arab semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan kurang penekanan diberikan dalam menerap, menggalak dan melatih tubi penguasaan kata nama bahasa Arab kepada pelajar. Keadaan ini boleh mengurangkan peluang pelajar untuk menguasai kata nama bahasa Arab mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak JAPIM, KPM. d) Guru banyak menggunakan terjemahan bahasa Melayu dalam pengajaran kata nama bahasa Arab dan pengajaran berpusatkan guru, menyebabkan pendedahan pelajar terhadap bahasa Arab adalah terhad. Kaedah ini tidak membantu pelajar menguasai bahasa Arab secara efektif. 5.2 Cadangan Kajian Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi penguasaan pelajar terhadap bahasa Arab khususnya aspek kata nama. 119

5.2.1 Pengajaran Guru a) Guru perlu memainkan peranan lebih aktif dan mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan pelajar menguasai kata nama, sebagai contohnya menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. b) Guru perlu mensasarkan sejumlah kata nama yang mesti dikuasai oleh pelajar bermula di peringkat awal lagi dan memastikan mereka menghafalnya serta membuat penilaian dan tindakan susulan terhadap penguasaan kata nama yang telah ditetapkan. c) Guru perlu mempelbagaikan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan teknik dan kaedah tertentu untuk menarik minat pelajar dan memudahkan penguasaan mereka terhadap kata nama bahasa Arab serta menggalakkan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan. d) Guru perlu sentiasa memotivasikan pelajar kepentingan mereka menguasai kata nama bahasa Arab. e) Guru perlu menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan meminimakan penggunaan terjemahan bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab, supaya pelajar dapat menguasainya dengan baik. f) Guru perlu mengajar bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran dan menghabiskan kandungan dalam buku teks serta tidak mengabaikan pelajaran nahu. 5.2.2 Pembelajaran Pelajar a) Pelajar perlu menanam minat untuk mempelajari bahasa Arab dan berusaha bersunguh-sungguh untuk menguasainya serta tidak malu bertanya kepada guru sebarang persoalan yang berkaitan dengan bahasa Arab. 120

b) Pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam kata nama bahasa Arab dan tidak mengharapkan input yang diberikan oleh guru semasa pembelajaran di dalam bilik darjah. c) Pelajar perlu mengikis dan membuang tanggapan negatif terhadap bahasa Arab adalah mata pelajaran yang susah dikuasai dan tidak bersikap sambil lewa dalam mempelajarinya walaupun mata pelajaran tersebut adalah mata pelajaran elektif. d) Pelajar perlu berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan sekelas menggunakan bahasa Arab samada di dalam atau di luar bilik darjah bersesuaian dengan tahap mereka di peringkat menengah rendah. 5.2.3 Pihak Pentadbir Sekolah a) Pihak pentadbir sekolah perlu memberikan sokongan sepenuhnya terhadap semua aktiviti berkenaan bahasa Arab yang diadakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. b) Membantu guru-guru bahasa Arab dalam usaha menghidupkan persekitaran dan suasana Arab atau Bi at Arabiyyat. di sekolah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah dari segi fizikal, kemudahan, suasana pembelajaran dan sebagainya. c) Menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti seminar bahasa Arab, kursus bahasa Arab, perkhemahan bahasa Arab dan seumpamanya di peringkat sekolah. 5.2.4 Pihak Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) a) Merangka garis panduan kesesuaian kata nama bahasa Arab yang perlu dikuasai oleh pelajar peringkat menengah rendah untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab secara keseluruhannya. 121

b) Menyedia, memperbanyak dan mempelbagaikan soalan latih tubi kepada para pelajar bermula dari peringkat awal lagi. c) Menganjurkan kursus-kursus dalam perkhidmatan kepada guru-guru bahasa Arab untuk meningkatkan lagi profesion keguruan dalam bidang bahasa Arab. 5.3 Cadangan Kajian Lanjut Berikut adalah beberapa saranan yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji akan datang untuk menambahbaik kajian yang sedia ada bagi meningkatkan lagi prestasi penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar dalam aspek kata nama: a) Kajian tentang penggunaan kata nama bahasa Arab di kalangan pelajar peringkat menengah atas. b) Kajian tentang strategi pembelajaran kata nama bahasa Arab di peringkat universiti. c) Kajian tentang kata nama bahasa Arab dengan menggunakan soalan esei sebagai salah satu instrumen kajian. d) Kajian tentang kaedah pengajaran guru dalam kata nama bahasa Arab. 5.4 Penutup Penyelidik telah mengupas dan menghuraikan hasil dapatan kajian, kesimpulan dan cadangan berkaitan secara terperinci berdasarkan interpretasi keputusan kesemua data. Ini merupakan implikasi kepada kajian bagi menjawab persoalan-persoalan kajian berpandukan objektif yang ditetapkan di awal kajian. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan tahap sebenar penguasaan kata nama bahasa Arab di kalangan respondan kajian pelajar tingkatan dua KAA di SMKKPPI, adalah di tahap baik. Sejumlah besar daripada 50 orang responden berjaya 122

memperolehi gred A dan B, iaitu seramai 42 orang yang mewakili 84% dan hanya segelintir responden yang mencapai tahap penguasaan minimum serta tidak mencapai tahap penguasaan minimum, mengikut skala gred pemarkahan PMR KBSM. Semoga semua hasil kajian penyelidik ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua pihak, sama ada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang bahasa Arab. Di samping itu, untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab di kalangan pencintanya dan memartabatkan bahasa al-quran yang telah dijanjikan oleh Allah akan keberkekalannya. 123