Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT)

dokumen-dokumen yang mirip
PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

2.0 PENYATAAN MASALAH

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Memorandum Pendidikan

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Analisis keperluan latihan: teori dan praktis. Sinopsis:

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

Transkripsi:

Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT) Disediakan Untuk: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan PUTRAJAYA Disediakan Oleh: Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuala Lumpur Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu. ii

Isi Kandungan Pasukan Kajian... 01 Sekalung Penghargaan...02 Pengenalan... 03 Objektif...03 Rekabentuk & Kaedah Penyelidikan... 04 Keputusan Analisis Data & Penemuan Utama... 09 Perakuan & Cadangan Penyelidikan... 13 iii

Pasukan Kajian: Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT) A. Perunding Profesor Madya Dr Nik Ahmad Hisham Ismail Pengarah Bersekutu Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marzuki Hj Zainuddin Pengarah Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Mohamad Sahari Nordin Dekan Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Dr Kamal Basha Madarsha Timbalan Pengarah Pusat Teknologi Pendidikan Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia B. Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran, Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Norhayati Haji Mohd Yusof Pegawai Penyelidik Sosial Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Noor Salwani Haji Mat Daud Pengurus Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pihak Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberi kerjasama dan memberi bantuan dalam menjayakan Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT) antaranya: Sekalung Penghargaan 1. Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Ketua Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia 4. Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia 5. Pengarah, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia 6. Pegawai-Pegawai Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Pegawai-Pegawai Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Seluruh Malaysia 9. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seluruh Malaysia 10. Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Seluruh Malaysia 11. Guru-Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seluruh Malaysia 12. Guru-Guru Sekolah Rendah Kebangsaan Seluruh Malaysia 13. Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 14. Prestariang Technology Sdn. Bhd. 15. Semua Jurulatih dan Pembantu Teknikal Kursus BPPT, dan 16. Semua pihak/orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini.

1. 1 Pengenalan 2. 2 Objektif 1.1 Kertas ini bertujuan membentangkan laporan akhir kajian impak Kursus Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT). 1.2 Laporan akhir ini mengandungi huraian terperinci mengenai objektif, reka bentuk, kaedah-kaedah penyelidikan, hasil keputusan analisis data, penemuan-penemuan utama, dan perakuan serta cadangan.pelaksanaan kursus sedemikian. Kajian impak ini dirancangkan dan dilaksanakan selaras dengan terma-terma rujukan yang dibentuk dan dipersetujui bersama antara pasukan penyelidik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prestariang Technology Sdn. Bhd. dan panel pemantau penyelidikan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara khususnya, objektif kajian impak ini adalah untuk menilai keberkesanan kursus BPPT daripada segi; 2.1 reaksi guru yang menyertai kursus terhadap matlamat, struktur, organisasi, pengisian dan pelaksanaan kursus BPPT, 2.2 tanggapan guru tentang kompetensi mereka, iaitu pengetahuan, kemahiran dan prestasi profesional yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, 2.3 institusi perguruan dan organisasi sekolah termasuk sikap dan yakin boleh guru, dan pembelajaran murid dalam hal mengintegrasikan Teknologi Maklumat, 2.4 peluang wujudnya pulangan atas pelaburan (ROI) yang positif, dan 2.5 cadangan dan perakuan untuk memperkemaskan perancangan dan pelaksanaan kursus sedemikian.

3. 3 Reka Bentuk & Kaedah Penyelidikan Penyelidikan ini melibatkan empat fasa; dua fasa kualitatif dan dua fasa kuantitatif. 3.1 Fasa Pertama: Kumpulan Fokus Fasa kualitatif yang pertama berasaskan reka bentuk naturalistik dan interpretif bagi mendalami dan mencungkil pandangan, persepsi, sikap, kepercayaan dan nilai terpendam guru yang dicorakkan oleh konteks dan sosio-budaya setempat. Tengah, Selatan, Timur, Sarawak dan Sabah. Fasa ini turut mengesan impak kursus ke atas konstruk-konstruk penggunaan, sikap, kompetensi, yakin boleh, dan kepuasan terhadap kemudahan teknologi maklumat di kalangan guru yang telah menyertai kursus; konstrukkonstruk yang sama turut dianalisis bagi kumpulan guru yang tidak menyertai kursus BPPT. a. Reka bentuk ini melibatkan 60 responden yang terdiri daripada guru yang telah dan belum menyertai kursus BPPT. b. Teknik perbincangan kumpulan fokus digunakan untuk mengumpulkan data. Perbincangan kumpulan fokus menekankan unsurunsur menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) yang berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan sustainability impak positif kursus profesional untuk guru-guru dalam perkhdimatan. 3.2 Fasa Kedua: Kesan BPPT terhadap Tanggapan Guru a. Di setiap zon kursus, enam pusat kursus BPPT telah dipilih secara rawak. Semua peserta yang mengikut kursus BPPT pada bulan b. Disember 2006 di setiap pusat kursus itu dijadikan responden. Di samping itu, enam sekolah yang terletak dalam lokasi yang sama dan mempunyai sifat-sifat yang setara dengan pusat kursus tertentu turut dipilih untuk menghasilkan responden untuk kumpulan guru yang belum menyertai kursus BPPT. c. Sampel penyelidikan fasa kedua ini yang terdiri daripada (i) 732 guru terlatih dari 32 pusat latihan BPPT, dan (ii) 642 guru yang belum menyertai kursus BPPT dari 26 sekolah berdekatan. Jadual 1 meringkaskan sifat-sifat demografi responden yang diselidiki. Fasa kedua pula menggunakan reka bentuk ex post facto untuk mengenal pasti reaksi guru terhadap kursus BPPT di enam zon kursus, iaitu zon-zon Utara,

Kursus BPPT Sifat-sifat Responden Menyertai Belum Sertai Semua (n1 = 732) (n2 = 642) (N=1,365) Zon Utara 15.9 11.1 13.6 Tengah 24.9 34.0 29.2 Selatan 12.7 16.7 14.7 Timur 17.7 14.0 16.0 Sarawak 15.4 13.1 14.3 Sabah 13.4 11.1 12.3 Lokasi Bandar 25.7 61.7 42.6 Luar Bandar 74.3 38.3 57.4 Jantina Lelaki 31.0 27.4 29.3 Perempuan 69.0 72.6 70.7 Jadual 1 Taburan Peratus Sampel Guru mengikut Penyertaan Kursus BPPT Umur 30 tahun ke bawah 17.8 36.0 26.4 30 39 tahun 45.4 41.6 43.6 40 49 tahun 28.4 18.8 23.9 50 tahun ke atas 8.4 3.6 6.1 Kaum Melayu 65.2 64.2 64.8 Bumiputera Lain 16.3 7.0 11.9 Cina 13.0 17.1 14.9 India 4.4 10.6 7.3 Kaum Lain 1.1 1.1 1.1

d. Sampel yang berjumlah 1,365 orang ini menerbitkan anggaran-anggaran parameter yang mempunyai darjah ketepatan pada tahap keyakinan 95%, dengan margin of error bernilai ± 3%. e. Soal selidik yang digunakan dalam penyelidikan ini mengandungi 153 item yang menyoal mengenai latar belakang peserta dan pusat kursus, serta 6 kelompok soalan yang membentuk konstruk-konstruk yang sah sebagai indikator kesan-kesan kursus. Jadual 2 meringkaskan bilangan item bagi setiap konstruk dan tahap kebolehpercayaan data yang telah dikutip. f. Model pengukuran Rasch digunakan untuk menguji kesahan konstruk dan kebolehpercayaan data, termasuk data yang dikutip dalam ujian rintis. Jadual 2 Kandungan Soal Selidik dan Kebolehkepercayaan Data Konstruk Jum Item alpha (Rasch) Penggunaan TMK 9.99 Sikap terhadap TMK 17.98 Kecekapan TMK 18.96 Yakin boleh 11.99 Kepuasan terhadap fasiliti TMK 11.99 Penilaian terhadap kursus BPPT 16.98 3.3 Fasa Tiga: Ujian Keberkesanan Impak Kursus BPPT a. Fasa ini dijalankan bagi menguji keberkesanan impak kursus BPPT. Untuk itu, model teoretikal (Rajah 1) dibina dengan berasaskan maklumat yang terkumpul dalam fasa dua. Model ini meramalkan bahawa penyertaan guru dalam kursus BPPT dan kesediaan mereka daripada segi kemahiran asas menggunakan komputer akan memberi kesan positif dan substantif terhadap aspekaspek intangible yang menyumbang kepada organisasi sekolah dan institusi perguruan. Kesediaan Guru Kursus BPPT Impak Kursus

b. Sejumlah 281 guru telah dipilih secara rawak daripada data 1,365 responden yang menyertai fasa dua penyelidikan ini. Taburan sampel mengikut sifat-sifat utama responden adalah seperti berikut: Hampir separuh daripada sampel (143 subjek) dipilih secara rawak di kalangan guru telah menyertai kursus BPPT Taburan sampel mengikut zon kursus BPPT yang seimbang (antara 13.5% hingga 16.7%), kecuali sampel guru dari zon tengah (25.6%) Kumpulan guru dari kawasan luar bandar merupakan kumpulan majoriti (58.7%); bakinya adalah guru dari kawasan bandar. Majoriti sampel terdiri daripada guru perempuan (72.6%), iaitu mencerminkan suasana umum di sekolah-sekolah. Guru dari kaum Melayu (63%) merupakan kumpulan kaum majoriti dalam kajian ini. c. Untuk menemukan keputusan yang tepat dan efisyen, penyelidikan ini menggunakan teknik structural equation modeling (SEM). Prosedur konvensional SEM yang mantap telah diguna pakai dalam proses pengujian model tersebut. 3.4 Fasa Empat: Kajian Kes Pulangan atas Pelaburan a. Fasa akhir ini bertujuan mengenal pasti potensi pulangan atas pelaburan yang positif daripada program latihan BPPT, sama ada yang bersifat peningkatan nilai pendapatan atau penjimatan kos berpunca daripada pelaburan dalam mengadakan kursus BPPT. b. Sejumlah 32 orang guru yang telah menyertai kursus BPPT dari Lembah Klang disenaraikan sebagai calon-calon kajian kes. Temu bual terbuka diadakan bagi mengenal pasti sekolah dan peserta yang berpotensi menghasilkan pulangan atas modal yang positif. c. Satu sesi lawatan dan temubual lanjutan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Segambut pada 12hb Mac 2007 dan di Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri pada 13hb Mac 2007 untuk menganggarkan nilai bahan dan hasil kerja guruguru yang telah mengikuti program latihan BPPT. d. Kaedah pengiraan pulangan atas model yang berasaskan formula Analisis Manfaat Kos dan Pulangan atas Pelaburan telah digunakan. Pakar TMK dirujuk untuk menentukan nilai pasaran aplikasi yang dihasilkan oleh guru yang mengikuti program latihan BPPT ini.

4. 4 Keputusan Analisis Data & Penemuan Utama 4.1 Analisis data kualititatif yang dikutip menerusi perbincangan kumpulan fokus (fasa satu) telah menerbitkan beberapa penemuan tentang kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman (SWOT) terhadap impak positif kursus BPPT. Berikut diringkaskan beberapa penemuan mengenainya: a. Terdapat banyak episod anekotal yang dinyatakan oleh guru tentang impak positif, iaitu kekuatan kursus BPPT, terutamanya peningkatan minat, sikap, pengetahuan, dan kemahiran murid-murid, ekoran daripada keupayaan dan usaha guru yang telah menyertai kursus mengintegrasikan teknologi maklumat (TMK) dalam amalan di bilik darjah. c. Kursus BPPT menawarkan banyak peluang mencapai matlamat mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Jelas bahawa guru-guru yang diselidiki menegaskan (i) kesungguhan dan keinginan yang tinggi untuk mendapatkan latihan dan pengetahuan mengintegrasikan teknologi maklumat dalam proses P & P di sekolah mereka masing-masing, dan (ii) reaksi yang positif terhadap keberkesanan pelaksanaan kursus BPPT di semua lokasi. Juga, program ini mempunyai peluang impak yang tinggi memandangkan wujudnya (i) mekanisme pemantauan kursus, termasuk kajian dan penilaian program yang berterusan, dan (ii) dorongan dan sokongan berterusan daripada stakeholder, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. b. Kelonggaran dan kekangan pengurusan pihak sekolah (seperti prosedur pemilihan peserta kursus), penjadualan kursus, keterbatasan prasarana dan sokongan teknikal, termasuk di pusat-pusat kursus dan di sekolah merupakan kelemahan-kelemahan yang menghalang keberkesanan kursus secara menyeluruh. Tambahan lagi, wujud kekaburan daripada segi hala tuju spesifik yang diingini menerusi program ini; ini berkait rapat dengan ketiadaan penanda aras, misalnya ketiadaan indikator prestasi (KPIs) dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat yang bersumberkan strategi perancangan seperti balanced scorecard.

4.2 Analisis data kajian ke atas kumpulan-kumpulan guru yang telah menyertai kursus BPPT (pada bulan Disember 2006) dan guru yang belum menyertainya didapati menemukan tanda-tanda seperti yang berikut: c. Tidak terdapat perbezaan penggunaan teknologi maklumat yang signifikan (daripada segi statistik) antara kumpulan guru yang menyertai kursus BPPT dengan kumpulan yang tidak/belum menyertainya di hari akhir kursus dijalankan. a. Tidak terdapat perbezaan yang nyata dan substantif di kalangan guru yang mengikuti kursus tersebut. Guru-guru yang telah mengikuti kursus BPPT ini menunjukkan keseragaman dalam aspek-aspek reaksi terhadap kursus BPPT, penggunaan, kepuasan, sikap, kompetensi, dan yakin boleh. b. Tidak terdapat perbezaan yang nyata dan substantif di kalangan guru tidak/belum mengikuti kursus tersebut. Guru-guru ini menunjukkan skor yang sekata terhadap penggunaan, kepuasan, sikap, kompetensi, dan yakin boleh. d. Kumpulan guru yang menyertai kursus BPPT mempunyai skor kepuasan terhadap prasarana teknologi maklumat yang lebih rendah berbanding dengan kumpulan guru yang belum/ tidak menyertainya. e. Kumpulan guru yang menyertai kursus BPPT mempunyai skor sikap, kompetensi dan yakin boleh yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan guru yang belum/tidak menyertainya.

4.3 Kajian quasi-experiment ke atas impak kursus BPPT (fasa III) menghasilkan beberapa dapatan menarik, iaitu: a. Gabungan kursus BPPT dan kesediaan guru menyebabkan tahap kompetensi, sikap dan yakin boleh untuk mengintegrasikan teknologi maklumat di kalangan guru yang menyertainya lebih tinggi jika dibandingkan dengan guru yang belum/tidak menyertai kursus itu. b. Tanpa kesediaan asas guru, kursus BPPT didapati tidak menghasilkan kompetensi, sikap dan yakin boleh untuk mengintegrasikan teknologi maklumat yang lebih tinggi berbanding dengan guru yang belum/tidak menyertainya. Impak positif kursus BPPT hanya dapat dikesan apabila guru telah mempunyai pengalaman menggunakan komputer dan internet. c. Tanpa kursus BPPT, pengalaman guru menggunakan komputer dan internet didapati tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap kompetensi, sikap dan yakin boleh guru untuk mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.4 Kajian pulangan atas pelaburan menemukan satu petunjuk penting, iaitu setiap ringgit yang dibelanjakan untuk kursus BPPT pada bulan Disember 2006 (setelah ditolak kos pelaburan) mempunyai POTENSI memberi pulangan sebanyak RM2.18; satu kadar pulangan (218%) yang sangat menggalakkan. Pulangan atas pelaburan sedemikian berpotensi berlaku jika sekolah dan guru menyertai kursus BPPT menghasilkan dan mempamerkan hasil kerja dan penjimatan masa dan sumber yang sama seperti yang berlaku di sekolah dan guru yang dijadikan kes dalam penyelidikan ini.

4. 5 Perakuan & Cadangan Penyelidikan 5.1 Berdasarkan data dan penemuan penyelidikan, secara keseluruhannya, program BPPT tersebut didapati menepati kehendak dan kriteria yang telah digariskan dan ditentukan oleh pihak BPG, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini terbukti dengan penemuan-penemuan yang positif dalam keempat-empat fasa penyelidikan. Tegasnya, kursus BPPT telah memberikan impak yang positif dari segi pengisian program, keupayaan guru selepas kursus, sikap dan jati diri guru, penerimaan dan penggunaan guru dan murid dalam hal mengintegrasikan TMK dalam P & P, dan yang lebih penting adalah tanda-tanda tangible yang positif terhadap pelaburan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu pulangan atas pelaburan yang baik. Kursus khas pengendalian komputer diberikan kepada guru-guru yang kurang berpengalaman dalam TMK sebelum mereka dipilih mengikuti program latihan BPPT ini. Pemantauan yang berterusan dan berpanjangan dilakukan ke atas pesertapeserta yang telah mengikuti program latihan BPPT. Mewujudkan satu sistem sokongan (support system) TMK yang merangkumi aspek-aspek prasarana, peralatan dan teknikal bagi mempercepatkan proses pengintegrasian TMK dalam P & P. 5.2 Bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan pulangan atas pelaburan program kursus BPPT di masa-masa hadapan pihak penyelidik mencadangkan perkara-perkara berikut; Syarat-syarat pemilihan guru yang mengikuti program latihan BPPT berdasarkan tahap keupayaan dan kemahiran serta pengetahuan mereka dalam TMK perlulah diberi perhatian serius agar keberkesanan program latihan ini dapat dipertingkatkan. Kajian susulan diadakan bagi mengenalpasti kriteria guru-guru yang berjaya dalam pengintegrasian TMK dalam P & P dan apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut. Melalui kajian susulan ini satu pelan tindakan pengintegrasian TMK dapat dihasilkan, khususnya dalam mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.