Minda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras) Sinopsis: Minda Lestari menyediakan bahan segar bagi tatapan golongan pencinta alam dan mereka yang prihatin terhadap pelestarian alam sekitar. Masyarakat umum boleh menjadikan Minda Lestari ini sumber rujukan penting, kerana penulisnya bukan sahaja membicarakan soal isu dan kaedah penyelesaian secara yang mudah difahami, bahkan lebih dari itu, penulisnya juga menyelitkan unsur-unsur idealisme, kerangka dan cara berfikir selari dengan inisiatif pelestarian alam sekitar dalam pelbagai dimensi dan perspektif. Minda Lestari merungkaikan maksud serlahannya tentang pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih dan selamat, sistem dan pengurusan yang cekap, dan dasar serta amalan gaya hidup selari dengan fitrah insaniah. Minda Lestari juga berkaitan dengan pemikiran atau minda kelas pertama. Memupuk minda kelas pertama juga adalah salah satu teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Minda kelas pertama bermakna pemikiran dan sikap yang progresif, maju dan proaktif yang membentuk budaya dan amalan hidup yang berkualiti yang setanding dengan bangsa dan negara maju. Minda Lestari turut menjawab persoalan-persoalan alam sekitar secara tuntas. Minda Lestari bukan buku teks, sebaliknya rantaian gagasan idea yang diungkapkan mengikut perkembangan isu semasa dan keperluan masyarakat. Malah Minda Lestari juga adalah catatan peristiwa yang dilalui penulis dalam konteks sumbangan kecil memajukan pemikiran dan gaya hidup selari dengan pelestarian pembangunan dan alam sekitar.
Minda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras) Kandungan: Prakata Kata Penghantar Bahagian I: Dasar 1. Alam Sekitar dalam RMK-9 2. Pindaan Perlembagaan dan Perkhidmatan Air 3. Masalah Struktur atau Pelaksanaan? 4. Rasional Penubuhan Unit Perancangan Alam Sekitar? 5. Politik Alam Sekitar 6. Lim Keng Yeik Reformis Perkhidmatan Air 7. Tahap Perkhidmatan Air 8. Perancangan Sumber Air 2025 9. Cabaran Membersih Sungai di Kuala Lumpur 10. 30 Tahun untuk Memulihkan Sungai Tercemar? 11. Pengurusan Tadahan Air 12. Pengurusan Kawasan Tadahan Hujan 13. Hutan Simpan dari Perspektif Strategik 14. Belanjawan Mesra Alam 15. Mekanisme EIA Perlu Diperkemaskan 16. Penguatkuasaan Perlu Tegas 17. Dasar Pengurusan Sampah
18. Kereta Mesra Alam 19. Pengangkutan Awam Lestari 20. Perdagangan Mesra Alam 21. Pengajian Tinggi Mesra Alam Bahagian II: Global 22. Pelestarian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 23. Alam Sekitar dalam Persidangan Kemuncak ASEAN 24. Malaysia Cemerlang dalam EPI 2006 25. Peningkatan Suhu Bumi 26. Menangani Peningkatan Suhu Bumi 27. Tindakan Glokal Menerusi Protokol Kyoto 28. Kepakaran Tempatan dalam RMK-9 29. Pengajaran Episod Jerebu 30. Kenaikan Harga Minyak dan Dasar Tenaga 31. Ekonomi Rendah Karbon Bahagian III: Pengurusan 32. Cabaran Pengurusan Alam Sekitar 2007 33. Cukai Alam Sekitar dalam Belanjawan 2007 34. Dilema Pengurusan Alam Sekitar 35. Sistem Penyampaian Sektor Alam Sekitar 36. Polemik Pengurusan Air 37. Tarif Air Lestari
38. Kesungguhan Politik Melestari Sungai 39. Mengurus Aktiviti Pembangunan Huluan Sungai 40. Memajukan Sungai 41. Model Kewangan Pengurusan Sisa Pepejal 42. RM1 Bilion Urus Sisa Pepejal 43. Tanggungjawab Sosial Korporat Mesra Alam 44. Produk Kelapa Sawit Mesra Alam 45. Industri Asas Tani Bersih? 46. Pulihara Hutan 47. Empangan Perspektif Pencinta Alam Bahagian IV: Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi 48. Teknologi Air Industri Strategik 49. Minda Inovasi dalam Industri Air 50. Pertanian Penyumbang Utama Pencemaran 51. Teknologi Pelupusan Sisa Pepejal 52. Pencemaran Bahan Kimia Baru 53. Cabaran Memajukan Teknologi Bersih 54. Teladani China dalam Memajukan Teknologi 55. Eksport Kepakaran Malaysia 56. Kereta Generasi Lestari 57. Hubungan Industri-Akademia 58. Komersialisasi Produk R&D Bahagian V: Cara Hidup dan Falsafah
59. Ahli Politik Minda Lestari 60. Aidilfitri dan Kesegaran Desa 61. Minda Melayu dalam Sambutan Aidilfitri 62. Buku Teman Hidup 63. Gaya Hidup dan Suhu Bumi 64. Ibadah Haji Memantap Minda Lestari 65. Hari Raya Environmentalisme 66. Keluhan Perdana Menteri! 67. Madrasah Ramadan 68. Impak Madrasah Ramadan 69. Asas Kehidupan Lestari 70. Mengisi Kemerdekaan 71. Minda Lestari Kelas Pertama 72. Nilai Sebatang Pokok 73. Promosi Hidup Lestari Pakej Mawi 74. Puisi Alam 75. Air dan Budaya 76. Urbanisme Baru di Kampung Baru Bahagian VI: Perspektif 77. Minda Lestari Islam Hadhari 78. Tiga Golongan Pahala Berpanjangan 79. Peranan Wakil Rakyat 80. Nilai Air Mengatasi Bahan Api Petroleum
81. Bayar Satu Bil Air Sahaja 82. Bekalan Air Negeri Sembilan 83. 'Hyde Park' Kuala Lumpur 84. Insentif Cukai Alam Sekitar 85. Jambatan Kedua Selat Johor 86. Pengajaran dan Pengawalan Jerebu 87. Jerebu dan Protokol Kyoto 88. Memacu Modal Insan 89. Modal Insan Pengurusan Alam Sekitar 90. Pembuangan Sisa Toksik 91. Pengajaran Insiden Pembuangan Toksik 92. Sahabatku Karam Singh Walia 93. Ghani Othman Pemimpin Pelestarian Alam Sekitar Indeks