BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

dokumen-dokumen yang mirip
Jenis-jenis Wacana Lisan

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

Minit mesyuarat ialah

LAMPIRAN H. Nama pelajar. Tajuk Kajian. Guru Pembimbing

TAKLIMAT PENULISAN BAB DALAM BUKU (CHAPTERS IN BOOK)

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

GARIS PANDUAN DAN TATACARA PENERBITAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Powered by TCPDF (

Pendokumentasian Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

TAJUK 5 Seminar Penyelidikan Tindakan

CIRI_CIRI PENGUCAPAN AWAM

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Penyajian Tulisan MINGGU 13 (SAMB.)

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

PENGENDALIAN KONVOKESYEN

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENGURUSAN MAJLIS RASMI. Anwar Mohd Zain Unit Komunikasi Korporat

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

ARAHAN: ( )

JTW 104/4 JTW 101/3 PENGANTAR PENGURUSAN

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENERIMAAN PELAWAT LUAR NEGARA

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

FORMAT PENULISAN PENERBITAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PENERBITAN PUSAT KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Transkripsi:

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

TOPIK UTAMA PENGENALAN KATA ALU-ALUAN PRAKATA TEKS UCAPAN KESIMPULAN

PENGENALAN Sesebuah teks yang berformat mesti mempunyai pelbagai dokumen yang bersistem. Teks yang lengkap dengan format yang khusus akan lebih berkesan dan sistematik. Kata alu-aluan, prakata dan teks ucapan yang berkesan dan sistematik dapat membantu melicinkan lagi penyediaan sesebuah teks.

KATA ALU-ALUAN Kata-kata yang disampaikan sama ada secara lisan ataupun tulisan bertujuan untuk mengalu-alukan sesuatu perkara. Lazimnya didapati dalam buku cenderamata yang diedarkan kepada jemputan dalam majlismajlis rasmi seperti seminar, persidangan, mesyuarat agung, majlis perasmian dan sebagainya.

Format Kata Alu-aluan Kata alu-aluan tidak mempunyai format yang khusus. Walau bagaimanapun, kebiasaannya kata alu-aluan ditulis dengan menggunakan 5 ciri berikut: 1. Tajuk Menggunakan pelbagai frasa yang menarik seperti Sekapur Sirih, Seulas Pinang, Seuntai Bahasa, Sekilas Rasa 2. Gambar penulis Gambar diperlukan untuk menunjukan tanda takzim dan hormat kepada penulis kata alualuan

3. Kandungan i. Pengenalan - ringkas, dengan hanya mengucapkan kesyukuran, rakaman ucapan terima kasih atau memberi salam ii. Isi - harus disesuaikan dengan majlis - Ditulis berperenggan a. Permulaan- salam permulaan, ucapan terima kasih b. Ulasan tentang majlis ditujukan kepada penganjur yang menjayakan majlis c. Harapan penulis iii. Penutup - ringkas, seperti Sekian, terima kasih atau Semoga berjaya

4. Tanda tangan Tanda tangan diperlukan untuk mengesahkan tulisan kata alu-aluan tersebut daripada penulis yang sebenar. 5. Nama penuh dan gelaran Nama penuh dan gelaran diperlukan untuk memudahkan urusan salutasi Contoh: Prof. Dato Dr. Ir. Ahmad Izham Ayob, PPK, IMT

Pengenalan Tajuk Gambar Foto Terbaru Isi 1 Isi 2 Isi 3 Penutup Tanda tangan Nama penuh / gelaran

PRAKATA Kata-kata pendahuluan daripada penulis tentang buku yang ditulisnya. Boleh didapati dalam buku-buku terutamanya buku bercorak ilmiah. Lazimnya ditulis oleh pengarang sendiri. Terdapat juga prakata yang ditulis oleh orang lain, dan orang tersebut mesti seorang yang pakar dalam bidang berkaitan buku yang dihasilkan.

Kandungan Prakata Menyampaikan hasrat pengarang kepada pembaca tentang buku yang ditulisnya iaitu semoga pembaca mendapat faedah daripadanya. Menyatakan apa yang dikaji dan masalah semasa membuat kajian sekiranya buku tersebut ialah buku hasil kajian. Menyatakan sampel kajian dan kawasan kajian serta hal-hal yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat.

Format Prakata Tajuk ditulis dengan huruf besar PRAKATA Kandungan ditulis berperenggan Nama penulis ditulis di bahagian bawah berserta gelaran atau jawatan (jika ada)

TEKS UCAPAN Teks ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan, syarahan, pidato, kata-kata penghargaan ataupun kata-kata yang melahirkan terima kasih. Menyampaikan idea-idea secara lisan kepada khalayak dalam bentuk pidato. Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis tertentu seperti majlis perasmian, majlis pelancaran sesuatu projek dan majlis perpisahan.

Panduan Menulis Teks Ucapan Secara Umum Perlu memberi penekanan pada aspek maklumat dan penyusunan maklumat supaya mesej dapat disampaikan dengan berkesan. Perlu memikirkan keperluan audiens atau pembaca dan suasana majlis sama ada formal ataupun tidak formal. Perlu membuat pertimbangan yang teliti untuk memperbaiki serta melengkapkan bahan dengan tujuan untuk meningkatkan mutu penulisan.

Terbahagi kepada 3 peringkat: 1. Peringkat perancangan Penulis perlu mengenal pasti perkara atau subjek yang hendak ditulis. 2. Peringkat penulisan Penulis perlu menyusun idea dengan sempurna, jelas dan sistematik bagi menggambarkan satu kesatuan fikiran atau idea 3. Peringkat menyemak Penulis perlu mengenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan yang merupakan draf awal penulisan.

Jenis-jenis teks ucapan Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga yang panjang bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis. Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para jemputan. Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.

Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang daripada teks ucapan alu-aluan. Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang mengundang, maklumat yang berkaitan dengan majlis, perkembangan institusi yang mengundang dan harapan tetamu

Teks ucapan perpisahan merupakan teks ucapan yang disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapan yang dibalas oleh orang yang diraikan. Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak penganjur selalunya mengandungi ucapan terima kasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga harapan penganjur kepada orang yang diraikan.

Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan puji-pujian terhadap rakan setugas dan kaki-tangan bawahan. Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepada semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke rumah.

Prapersediaan dalam menyediakan teks ucapan i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan? Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu mengetahui orang yang akan membaca teks tersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis mesti selari dengan jawatan, perawakan dan latar belakang pendidikan orang tersebut.

ii. Siapakah audiens yang mendengar ucapan tersebut? Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang mendengar ucapan tersebut sebelum mula menulis teks ucapan tertentu. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis perlu juga sesuai dengan tahap pengetahuan audiens. Jika teks yang ditulis untuk disampaikan kepada audiens yang dalam golongan pelajar sekolah menengah, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap pemikiran pelajar sekolah menengah. Dengan kata lain, penulis teks ucapan mestilah memastikan bahawa teks yang ditulis sesuai dengan tahap pemikiran audiens yang akan mendengar ucapan tersebut.

iii. Siapakah tetamu yang akan hadir? Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh penulis teks ucapan. Oleh itu, penulis teks ucapan perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat berserta jawatan dan kedudukan tetamu mengikut peringkat yang ditetap-kan oleh pihak penganjur. Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis teks ucapan dapat menyusun bahagian kata alualuan tersebut mengikut protokol dan hal ini dapat memastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana nama mereka tidak disebut atau tersalah panggilan hormatnya.

iv. Apakah tujuan majlis tersebut? Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis teks ucapan. Tujuan majlis penting dalam penulisan teks ucapan. Teks ucapan alu-aluan terutamanya perlu menyentuh tujuan majlis tersebut diadakan. Jadi, jika penulis teks ucapan tidak mengetahui tujuan majlis diadakan, maka longgarlah isi teks ucapan yang ditulis.

v. Berapa lamakah ucapan tersebut perlu berlangsung? Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang diperuntukkan oleh penganjur. Teks ucapan yang baik ialah teks ucapan yang dapat mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Jadi, penulis teks ucapan perlu mengetahui masa yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks ucapan yang diperlukan. Sebagai contohnya, jika masa yang diperuntukkan selama lima minit untuk tamu kehormat menyampaikan ucapan, maka teks yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 10 muka surat bersaiz setengah A4 yang ditaip dengan tulisan bersaiz 16 dengan langkauan dua baris

Contoh Teks Ucapan

Proses Menulis Penulisan ialah satu proses. Menghasilkan penulisan yang berkesan memerlukan satu proses menulis yang sistematik. McCuen dan Winkler (1990) mencadangkan 2 kaedah dalam menulis sesuatu penulisan iaitu: 1. Menulis (writing) 2. Menulis semula (rewriting)

1. Menulis a. Perancangan penulisan i. Prapenulisan - berfikir - memilih tajuk - membentuk dan mengawal idea ii. Draf penulisan pertama - mencipta (membuat penulisan bebas) - mengingati fakta yang berkaitan - memerhati (pencerapan secara kritis) - menyelidik (guna pelbagai kaedah)

b. Penyusunan - Draf penulisan kedua - Merancang dan menyusun (pilih, rancang dan susun bahan yang diperlukan) c. Penulisan - Draf penulisan ketiga - Menulis (menulis berdasarkan draf yang telah dihasilkan)

d. Penyemakan - Masih dalam draf penulisan ketiga - Menyemak dan mengedit (proses menyunting penulisan) - Terbahagi kepada dua iaitu: i. Penyuntingan Substantif Penyuntingan secara umum atau menyeluruh ii. Penyuntingan Kopi Penyuntingan yang lebih terperinci

Aspek Penyuntingan Substantif Penelitian dibuat mengenai: a. Tema wacana - tajuk bersesuaian dengan isi b. Kesinambungan / hubungan antara bahagian, bab dan tajuk - penyusunan isi secara lojik c. Kesesuaian isi dengan pembaca sasaran d. Kesesuaian isi / idea dengan dasar penerbit dan tidak menyalahi etika, agama dan undangundang

e. Kesempurnaan / kekurangan isi - tentukan perkara utama / kurang utama f. Kelancaran isi - elakkan kelewahan/mubazir g. Kesahihan fakta - mestilah dapat dipertanggungjawabkan h. Keseimbangan dari segi panjang pendek antara bahagian, bab dan tajuk i. Skop perbincangan - terlalu sempit / luas

Aspek Penyuntingan Kopi Penggunaan kamus, tesaurus, buku tatabahasa, pedoman istilah sebagai rujukan Penelitian dibuat mengenai: a. Fakta b. Bahasa - kosa kata, tatabahasa, ayat & pemerengganan,ejaan, istilah, tanda baca, penomboran c. Gaya persembahan - jadual kandungan, nombor halaman, tajuk, subtajuk, petikan, bibliografi d. Ilustrasi

2. Menulis semula a. Menulis semula Menulis semula selepas menjalankan aktiviti penyuntingan. b. Salinan akhir i. Dari segi kandungan Jelas, tepat, ringkas, dan berpaut ii. Dari segi fizikal Kemas, bersih, dan mengikut format

Ciri Penulisan Yang Baik (TAJMAHAL) T - Tepat A - Adil J - Jelas M - Mudah A - teratur H - Halusi A - beradab L - Lancar

TEPAT Dari segi rakaman dan hakiki Rakaman - mudah diperolehi kerana pelajar hanya perlu membaca laporan atau mewawancara seseorang. Hakiki - memerlukan pelajar mengetahui adakah maklumat yang dilaporkan atau dakwaan orang yang diwawancarakan itu benar pada hakikatnya.

ADIL Dilihat dari 4 sudut: 1. Keadilan kepada orang yang terlibat 2. Keadilan pada hal yang dibicarakan 3. Keadilan kepada pembaca 4. Keadilan kepada penulis sendiri

JELAS Memerlukan kejelasan fikiran terutama bagi perkara-perkara yang sebenarnya tidak wujud Kejelasan dalam penulisan membantu pembaca dari segi kefahaman

MUDAH Penulisan yang mudah difahami akan membantu pembaca mendapat mesej dengan mudah Penulis yang faham tentang apa yang dibicarakan akan mampu menyampaikan maklumat kepada pembaca dengan mudah

teratur Penulisan yang baik perlulah disusun dengan teratur, bukan sahaja dari segi format tetapi juga kandungannya Keteraturan juga menekankan aspek hubungan yang lojik dan lancar di antara satu idea, hujah, gambaran, huraian, dan sebagainya.

HALUSI Penulisan perlu cermat, teliti dan halusi Bermula dari pencarian maklumat, proses manulis dan semakan yang dibuat Setiap peringkat perlu diberi perhatian oleh penulis

beradab Penulisan yang baik adalah penulisan beradab Penulisan beradab hanya mampu dihasilkan oleh penulis yang beradab Penulisan perlu mempunyai nilai-nilai murni Kebebasan menulis tidak bermakna penulis boleh menulis sesuka hati

LANCAR Dari segi susunan idea dan penggunaan bahasa Kelancaran boleh dilihat dari segi pengolahan idea dan perkembangan idea

RUJUKAN UTAMA McCuen, & Winkler (1990) Nadell, McMeniman, & Langan (1991) Nuraini Yusoff (1991) Rais Yatim (2003) Trimmer (1998)