Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

dokumen-dokumen yang mirip
Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

Siri Ceramah ARIF BUDIMAN. Prof Dr Mahsun Prof Dr Arndt Graf Datuk Al azhar Prof Dr tatiana Denisova

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

PERKONGSIAN PROFESIONAL Membina Upaya Memperteguh Usaha

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

CHIA CHONG YANG A143398

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KESUSASTERAAN MELAYU

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

PAMERAN SEMINAR BAHASA MELAYU 2013

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Peranan Guru Peranan Murid Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

HUMOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Penilaian Pengguna Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Modul

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK : KOTAK SIMPULAN BAHASA OLEH : NUR ALIA ASYURA BINTI HARUN & KUMPULAN A3 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MALAYSIA 2

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

SEKOLAH RENDAH UNITY

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Objektif taklimat ini :

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PROGRAM PD MLCS 2018 HAK CIPTA

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGAJARAN BERPASANGAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 2

Unit 5 Pendekatan Tematik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

Taklimat untuk Guru BM

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Sesi Perjumpaan Ibu Bapa Darjah 5

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

BAHASA MELAYU B (8613)

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

OBJEKTIF NILAM YANG DITAMBAHBAIK

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Pada akhir pelajaran, murid dapat: Tatabahasa: Kosa kata umum mandur, perdu, betah,sabak Istilah -fasik, maniac, knob

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Transkripsi:

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah) 1

SEKAPUR SIRIH Pembaca budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad merupakan tokoh yang tidak asing di negara kita Singapura. Jasa dan sumbangan beliau dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu serta kemasyarakatan tidak ternilai. Kesan dan manfaatnya diraih bukan sahaja masyarakat Singapura, malah oleh warga rantau. Sepanjang pelibatan beliau dalam pelbagai pertubuhuan masyarakat dan keagamaan, termasuklah sebagai salah seorang pengasas ASAS 50, setiausaha Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura, setiausaha Majlis Pelajaran Melayu dan setiausaha Kongres Bahasa Melayu Singapura, beliau mencorak perkembangan bahasa, sastera dan budaya dalam usaha membangun masyarakat Melayu yang beliau harapkan. Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad ini merupakan usaha Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Kementerian Pendidikan Singapura untuk mengumpul dan merakam perjuangan dan pengalaman Dr Muhammad Ariff Ahmad dalam memperjuangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam kata-kata beliau sendiri. Buku Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad ini mengandungi sedutan dan nukilan secara verbatim daripada klip video wawancara beliau mengenai perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu Melayu di Singapura dan rantau ini. Apa yang dipersembahkan dalam pakej ini hanyalah merupakan sebahagian daripada keseluruhan penceritaan dan rakaman wawancara dengan Dr Muhammad Ariff Ahmad. Cerita, buah fikiran, nasihat dan harapan beliau mencerminkan diri dan watak Dr Muhammad Ariff Ahmad sebagai seorang yang arif, bijaksana lagi budiman. Kependetaan beliau sememangnya amat terserlah. Diharapkan koleksi klip video ini menjadi dokumentasi sejarah perjuangan dan sumbangan Dr Muhammad Ariff Ahmad, dan menjadi perangsang bagi generasi muda dalam melestarikan bahasa, sastera dan budaya yang kita cintai bersama. Diharapkan juga, cadangan-cadangan yang diusulkan bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pagi peringkat sekolah menengah dan maktab rendah menggunakan Pakej Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad ini membantu guru untuk menjana lebih banyak lagi akitiviti kreatif yang dapat dimanfaatkan oleh para pelajar di sekolah. Wassalam. Mohamed Noh Daipi Pengarah Pusat, Pusat Bahasa Melayu Singapura dan Penolong Pengarah Bahasa Ibunda Bahagian Perancangan dan Pembangunan 2

Cadangan Penggunaan Pakej bagi Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat Sekolah Menengah Pengenalan Dr Muhammad Ariff Ahmad merupakan seorang penjuang bahasa, sastera dan budaya Melayu yang unggul di negara Singapura. Sumbangan beliau amat besar sekali kepada masyarakat Melayu dan juga negara. Oleh itu, Pakej Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad ini dihasilkan bukan sahaja untuk menghargai sumbangan besar Dr Muhammad Ariff Ahmad kepada bahasa, sastera dan budaya Melayu serta negara Singapura, tetapi juga untuk memperkenalkan Dr Muhammad Ariff Ahmad kepada para pelajar dengan lebih dekat lagi sebagai mewakii generasi perintis negara kita. Pakej yang dibina boleh digunakan oleh guru dan pelajar bagi pelbagai tujuan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa, sastera dan budaya Melayu. Beberapa saranan aktiviti menggunakan pakej ini disediakan bagi kegunaan guru. Diharapkan, guru dapat menjana pelbagai aktiviti lain yang dapat menyemarakkan lagi rasa sayang dan cinta pelajar kepada bahasa, sastera dan budaya Melayu di Singapura. Dalam merancang pelbagai aktiviti pembelajaran bahasa, beberapa perkara harus dipertimbangkan. Antaranya ialah: o apakah objektif pengajaran dan pembelajaran? o apakah kemahiran bahasa yang ingin dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran? o apakah aspek tatabahasa yang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran? o apakah aktiviti yang dirancang mengambil kira pelbagai keperluan pembelajaran pelajar? o apakah aktiviti yang dirancang sesuai dan menepati objektif pembelajaran? o bagaimanakah menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran? 3

o adakah kesediaan pelajar telah diambil kira semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran? Setelah mengambil kira beberapa perkara yang penting ini, guru bolehlah melakar aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi mencapai objektif pelajaran. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti yang berikut: Aktiviti Membaca/Menonton dan Memahami Guru boleh menggunakan pelbagai strategi bagi melaksanakan aktiviti membaca/menonton pakej ini secara berkesan. Antara strategi yang boleh digunakan termasuklah: Strategi KWL Strategi Pengajaran Kefahaman Membaca Strategi Berfikir Secara Lantang Strategi Reciprocal Strategi Penyoalan Strategi Menjadi Kreatif Strategi Probable Passage Strategi Bertanya kepada Pengarang Strategi Log Cerita atau Papan Cerita Strategi GRP - Prosedur Membaca dengan Bimbingan Strategi Guided Reading Procedure (GRP) Strategi Pengimejan yang Berpandu Secara umumnya, guru boleh menjalankan aktiviti: pramembaca/pramenonton membaca/menonton pascamembaca/pascamenonton 4

Aktiviti Pramembaca/pramenonton Di peringkat pramembaca, guru boleh bertanyakan beberapa soalan asas sebelum menjalankan aktiviti membaca. Sebagai contoh, guru boleh bertanyakan soalansoalan untuk mengetahui perkara-perkara yang telah diketahui oleh pelajar mengenai Dr Muhammad Ariff Ahmad. Guru boleh menyediakan soalan-soalan bagi membantu pelajar menyampaikan informasi yang mereka tahu tentang Dr Muhammad Ariff Ahmad. Hal ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti menggunakan nota catatan, peta minda, penyusun grafik dan sebagainya mengenai apa yang pelajar tahu tentang Dr Muhammad Ariff Ahmad. Antara soalan-soalan umum yang boleh ditanyakan ialah apa, bila, di mana, mengapa, bagaimana, siapa. Aktiviti Membaca/Menonton Seterusnya, guru boleh menjalankan aktiviti membaca/menonton Pakej Dr Muhammad Ariff Ahmad. Semasa menjalankan aktiviti membaca/menonton, guru boleh menyediakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar terlibat aktif. Antaranya, guru boleh meminta murid menyenaraikan soalan-soalan mengenai perkara yang ingin mereka tahu tentang Dr Muhammad Ariff Ahmad. Semasa membaca, pelajar diminta untuk menyemak sama ada soalan-soalan yang mereka tanyakan terjawab atau sebaliknya. Aktiviti begini dirujuk juga sebagai menyemak andaian pelajar mengenai bahan yang dibaca. Guru boleh menggabungkan aktiviti bacaan dengan pelbagai teknik atau strategi membaca lain seperti teknik Probable Passage, Papan Cerita, Gambaran Minda dan sebagainya. Bagi memastikan pembacaan pelajar lebih terarah, guru boleh menyediakan beberapa soalan yang berkaitan langsung dengan bahan yagn dibaca atau ditonton. Melalui jawapan yang diberikan oleh pelajar, guru boleh memantau sejauh mana pelajar faham apa yang dibaca atau ditonton. Antara soalan-soalan yang boleh ditanyakan berdasarkan klip video atau buku kecil yang disediakan, adalah seperti yang berikut: 5

Segmen 1 1. Nyatakan nama ibu kandung Dr Muhammad Ariff Ahmad dan juga nama ibu tiri beliau. 2. Siapakah nama orang yang disebut oleh Dr Muhmmad Ariff Ahmad sebagai Kakek? 3. Mengapakah Kakek sangat penting kepada Dr Muhammad Ariff Ahmad? 4. Bilakah Dr Muhammad Ariff Ahmad dilahirkan? 5. Ceritakan peristiwa bagaimana Dr Muhammad Ariff Ahmad mula masuk sekolah. 6. Siapakan nama guru yang mula-mula menganjurkan peraduan menulis semasa Dr Muhammad Ariff Ahmad di zaman persekolahannya? 7. Nyatakan beberapa nama pena yang digunakan oleh Dr Muhammad Ariff Ahmad serta latar belakang tentang nama-nama tersebut. 8. Mengapakah Dr Muhammad Ariff Ahmad lebih senang melibatkan diri dalam bidang bahasa berbanding dengan bidang politik? Segmen 2 1. Ceritakan perbezaan peranan guru dahulu dengan guru-guru pada masa kini menurut Dr Muhammad Ariff Ahmad. 2. Mengapakah kita harus banyakkan mendengar, membaca dan menulis? Jelaskan seperti yang dimaksuka oleh Dr Muhammad Ariff Ahmad. 3. Mengapakah TTC ditubuhkan? 4. Apakah tujuan pendidikan menurut Dr Muhammad Ariff Ahmad? 5. Jelaskan perbezaan antara guru dengan cikgu? Segmen 3 1. Ceritakan semula tentang bagaimana mulanya ASAS 50 ditubuhkan? 2. Bagaimana timbulnya polemik seni untuk seni dan seni untuk masyarkat? 3. Mengapakah Dr Muhammad Ariff Ahmad tidak mahu berhijrah ke Malaysia semasa perpisahan Singapura dengan Malaysia? 4. Berikan pandangan kamu mengenai tiga ciri penting orang Melayu menurut pandangan Dr Muhammad Ariff Ahmad. 6

Segmen 4 1. Jelaskan tiga jenis keyakinan seperti yang dinyatakan oleh Dr Muhammad Ariff Ahmad. 2. Bagaimana permutu Bahasa Jiwa Bangsa dihasilkan? 3. Mengapakah permutu Bahasa Jiwa Bangsa akhirnya digunakan oleh Dewan Bahasa dan Budaya? 4. Jelaskan pandangan Dr Muhammad Ariff Ahmad mengenai kepincangan masyarakatnya. 5. Mengapakah budi bahasa, budi bicara dan budi pekerti penting bagi orang-orang Melayu? Segmen 5 1. Mengapakah pihak Inggeris menubuhkan sekolah rendah Melayu suatu ketika dahulu? 2. Apakah perbezaan sekolah sekarang dengan sekolah dahulu? 3. Bagaimanakan mula tertubuh sekolah menengah Melayu? 4. Apakah cabarannya semasa penubuhan sekolah menengah Melayu yang dihadapi? 5. Nyatakan perubahan penting pendidkan sekarang dengan dahulu. 6. Jelaskan sumbangan awal Dr Muhammad Ariff Ahamd dalam bidang bahasa. Segmen 6 1. Dari mana dan bagaimanakah Dr Muhammad Ariff Ahmad mendapat gelaran doktor? 2. Mengapakah Allahyarhan Masuri SN menerima anugerah Doktor Kehormat? 3. Ceritakan dengan ringkas mengenai buku Mail Mau Kawin. 4. Jelaskan pandangan Dr Muhammad Ariff Ahmad tentang penulisan dalam kalangan guru. 5. Nyatakan harapan beliau tentang masyarakat Melayu Singapura. 7

Segmen 7 1. Jelaskan maksud manjaddah wajad seperti mana yang dijelaskan oleh Dr Muhammad Ariff Ahmad. 2. Apakah sumbangan terbesar Dr Muhammad Ariff Ahmad menurut pandangan Encik Mohamed Latiff Mohamed? 3. Apakah sumbangan Dr Muhammad Ariff Muhammad kepada negara? 4. Menurut Encik Suratman Markasan, Dr Muhammad Ariff gemar menulis setuntas yang mungkin. Jelaskan. 5. Tanpa kehadiran Dr Muhammad Ariff, suasana sastera, bahasa dan budaya Singapura akan gersang. Setujukah kamu dengan pernyataan ini. 6. Apakah pesanan Dr Muhammad Ariff Ahmad kepada para pencinta bahasa, sastera dan budaya Melayu? 7. Senaraikan novel-novel yang pernah ditulis Dr Muhammad Ariff Ahmad. Aktiviti Pascamembaca/pascamenonton Setelah pelajar menjalankan aktiviti membaca atau menonton klip video Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad, guru boleh menjalankan aktiviti pascamembaca/pascamenonton bagi mengukuhkan pemahaman pelajar serta menjana minat membaca pelajar yang seterusnya. Aktiviti yang dirancang boleh disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran pelajar itu sendiri. Aktiviti pascamembaca/pascamenonton ini boleh berbentuk lisan, penulisan, pementasan, kerja projek, lakonan, dan banyak lagi yang berkaitan dengan tokoh bahasa, budaya dan sastera Melayu Singapura, Dr Muhammad Ariff Ahmad. Guru juga boleh menggalakkan pelajar untuk melakukan pembacaan lanjut atau kajian mengenai Dr Muhammad Ariff Ahmad dan sumbangan serta perjuangan beliau terhadap bahasa, budaya dan sastera Melayu Singapura. Aktiviti Lisan / Interaksi Lisan Guru boleh menggunakan Pakej Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad bagi tujuan mengasah kemahiran lisan pelajar. Sebelum, semasa atau setelah para pelajar membaca/menonton pakej ini, guru boleh menjalankan pelbagai aktiviti yang 8

dapat mengasah dan mengukuhkan lagi kemahiran lisan termasuklah kemahiran interaksi pelajar. Antara aktiviti yang boleh disesuaikan termasuklah aktiviti sesi dialog, perbincangan, syarahan atau pidato, forum, ceramah, seminar atau kongres berkaitan dengan: sumbangan Dr Muhammad Ariff Ahmad dalam bidang bahasa, budaya dan sastera Melayu sumbangan Dr Muhammad Ariff Ahmad dalam bidang pendidikan bahasa Melayu di Singapura sumbangan beliau sebagai aktivitis masyarakat buku-buku sastera yang dikarang oleh beliau cara menghargai sumbangan besar beliau kepada Singapura khususnya dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu bagaimana membina dan melahirkan seorang tokoh lain yang sehebat Dr Muhammad Ariff Ahmad bagaimana memaksimuman sumbangan Dr Muhammad Ariff agar dapat mendorong generasi muda berjuang untuk membangun masyarakat, bahasa, budaya dan sastera Melayu di Singapura bagaimana menghargai sumbangan warga perintis seperti Dr Muhammad Ariff Ahmad Aktiviti Menulis Guru juga boleh merancang aktiviti menulis sesuai dengan keperluan para pelajar di peringkat sekolah menengah. Susulan daripada aktiviti lisan atau membaca/ menonton Pakej Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad, guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti penulisan sesuai dengan keperluan pelajar. Topik atau aktiviti penulisan boleh dipelbagaikan termasuklah menulis: surat kepada Dr Muhammad Ariff Ahmad untuk menyatakan rasa gembira dan terima kasih atas sumbangan beliau yang besar dalam bidang pendidikan, bahasa, budaya dan sastera Melayu rencana mengenai kehidupan Dr Muhammad Ariff Ahmad sebagai seorang penjuang bahasa, budaya dan sastera Melayu 9

karangan kreatif termasuklah komik mengenai kehidupan Dr Muhammad Ariff Ahmad masa zaman kanak-kanak kepada Dr Muhammad Ariff dengan menyatakan pandangan mengenai hasil tulisan beliau termasuklah novel, cerpen dan sajak yang pernah ditulis oleh Dr Muhammad Ariff Ahmad karangan naratif mengenai perjuangan Dr Muhammad Ariff Ahamd dalam bidang pendidikan ulasan cerpen atau novel karya Dr Muhammad Ariff Ahmad rencana mengenai sumbangan para perintis Singapura termasuklah Dr Muhammad Ariff Ahmad cerita kreatif berdasarkan buku-buku sastera karangan Dr Muhammad Ariff Ahmad dengan kesudahan cerita yang berlainan dan lain-lain lagi. Aktiviti Kreatif dan Gabung Jalin Selain aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran membaca, bertutur dan menulis, guru juga boleh menjalankan aktiviti yang kreatif yang merangkumi atau menggabungkan semua kemahiran bahasa. Antara aktiviti yang boleh dianjurkan ialah: pementasan drama mengenai hasil karya Dr Muhammad Ariff Ahmad semasa Dwiminggu Bahasa yang dijalankan di sekolah. Aktiviti sebegini melibatkan gabungan pelbagai kemahiran membaca termasuklah kemahiran: o membaca pelajar membaca mengenai latar belakang karya yang akan dipentaskan, o menulis pelajar menulis skrip yang akan dipentaskan o bertutur pelajar menyampaikan skrip yang ditulis dalam bentuk lakonan dan ujaran o interaksi lisan pelajar berbincang dan berinteraksi bagi menghasilkan karya pementasan yang baik pementasan radio juga boleh dirancang dengan menggabungkan pelbagai kemahiran bahasa semasa pelaksanaannya 10

pameran mengenai perjuangan dan sumbangan Dr Muhammad Ariff Ahmad berdasarkan kajian dan usaha para pelajar. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan pertubuhan masyarakat Melayu untuk menghasilkan satu pameran bergerak dan para pelajar bertugas sebagai fasilitator dan penyampai bagi projek tersebut. Kesimpulan Diharapkan buku kecil ini telah memberikan para guru sedikit idea yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti yang bermakna bagi para pelajar. Semoga juga para guru dan pelajar lebih menghargai sumbangan generasi perintis dalam membangun negara Singapura yang kita cintai. 11

12