Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

dokumen-dokumen yang mirip
TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Tatakelakuan. Pembekal

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Kod Tatakelakuan Jula AB

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Kod pengendalian perniagaan

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

Standar Tanggung Jawab untuk Para Pemasok

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Polisi Privasi. Pengenalan

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

EICC komited untuk memperoleh input berterusan daripada pihak berkepentingan dalam pembangunan dan pelaksanaan Tata Pengendalian yang berterusan.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

TATAKELAKUAN DAN ETIKA

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Versi 5.0 (2014) TATAKELAKUAN ELECTRONIC INDUSTRY CITIZENSHIP COALITION

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

Tata Kelakuan Panasonic

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Rakan Sekerja yang Dihormati,

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

integriti Tatalaku Pembekal Monsanto Malay

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

Polisi Privasi Smiggle

Transkripsi:

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal 2017 PEMEROLEHAN GLOBAL

Credo Kami Kami percaya bahawa tanggungjawab utama kami adalah terhadap doktor, jururawat dan pesakit, kepada ibu dan bapa dan semua yang menggunakan produk dan khidmat kami. Untuk memenuhi keperluan mereka, semua yang kami lakukan adalah berkualiti tinggi. Kami mesti sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos bagi mengekalkan harga yang berpatutan. Tempahan dari pelanggan mesti diuruskan dengan segera dan tepat. Pembekal dan pengedar kami mesti mempunyai peluang untuk mendapat keuntungan yang berpatutan. Kami bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja kami, lelaki dan wanita yang bekerja dengan kami di seluruh dunia. Setiap orang mesti dianggap sebagai seorang individu. Kami mesti hormat maruah mereka dan hargai kebolehan mereka. Mereka perlu merasa pekerjaan mereka terjamin. Pampasan perlu adil dan mencukupi, dan suasana tempat kerja mesti bersih, teratur dan selamat. Kami mesti prihatin tentang cara-cara untuk membantu kakitangan kami memenuhi tanggungjawab kekeluargaan mereka. Pekerja perlu merasa bebas untuk memberikan cadangan dan aduan. Mesti ada peluang yang adil untuk pekerjaan, pembangunan, dan kenaikan pangkat kepada semua yang layak. Kami mesti melaksanakan pengurusan yang cekap, dan tindakan mereka mestilah adil dan beretika. Kami bertanggungjawab terhadap masyarakat di kawasan kami tinggal dan bekerja dan juga kepada masyarakat dunia. Kami mesti menjadi warga yang baik menyokong kerja amal dan kebajikan dan menanggung kewajipan cukai yang sewajarnya. Kami mesti galakkan peningkatan sivik, kesihatan dan pelajaran yang lebih baik. Kami mesti jaga harta benda yang kita guna, memelihara alam sekitar dan sumber-sumber asli. Tanggungjawab terakhir kita adalah terhadap pemegang saham kita. Perniagaan mesti menghasilkan keuntungan yang baik. Kami mesti menguji idea-idea baru kami. Penyelidikan mesti diteruskan, program-program pembaharuan dibentuk dan kesilapan dibayar ganti rugi. Peralatan baru mesti dibeli, fasiliti baru disediakan, dan produk baru dilancarkan. Simpanan mesti disediakan untuk bekalan di waktu sukar. Apabila kita beroperasi berpandukan prinsip-prinsip ini, pemegang-pemegang saham dapat menikmati pulangan yang baik. II STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL

Kandungan Prinsip Panduan...2 Pematuhan Perundangan...3 Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan...4 Kualiti...5 Kesihatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerja...6 Kelestarian dan Tanggungjawab Alam Sekitar...7 Hak Manusia, Buruh dan Pekerjaan...8 Sistem Pengurusan...10 Pematuhan & Privasi Penjagaan Kesihatan (HCC&P)... 12 Ketelusan dan Pendedahan... 13 Pemantauan dan Pematuhan... 13 STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL 1

Prinsip Panduan Syarikat yang merangkumi Johnson & Johnson Family of Companies (Syarikat Johnson & Johnson) mendukung standard yang tinggi, bersama dengan falsafah pengurusan kami, termaktub dalam Credo Kami. Standard ini menggambarkan nilai dalaman kami dan jangkaan pihak berkepentingan luar seperti pelanggan, pengawal atur, pelabur dan orang awam. Kami mendapati bahawa hubungan perniagaan adalah lebih produktif dan berkesan apabila dibina atas dasar kepercayaan, saling menghormati dan nilai yang sama serta membentuk hubungan dengan pembekal yang berkongsi komitmen yang sama untuk: 1 Mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikenakan; 2 Berkelakuan mengikut etika dan dengan integriti; 3 Menyepadukan kualiti ke dalam proses perniagaan; 4 Menghormati hak manusia dan pekerjaan; 5 Menggalakkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja; 6 Melingkungi kemapanan dan beroperasi dalam cara bertanggungjawab terhadap alam sekitar; 7 Melaksanakan sistem pengurusan untuk mengekalkan kesinambungan perniagaan, pentadbiran prestasi dan peningkatan berterusan serta 8 Mendedahkan maklumat berkaitan kesan pembekal kepada alam sekitar dan isu sosial 2 STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL

Kami percaya bahawa apabila prinsip panduan ini diikuti, perniagaan dan juga komuniti menyedari manfaat ekonomi, sosial dan alam sekitar. Kami membentuk set Standard yang berikut untuk membantu kami dalam memilih pembekal yang beroperasi dengan cara yang sejajar dengan prinsip panduan dan menyokong pembekal kami dalam memahami serta menjunjung jangkaan kami. Kami berusaha untuk memasukkan elemen Standard ini dalam kontrak pembelian dan mungkin mengambil langkah untuk menilai pematuhan pembekal kepadanya. Jika wajar, Syarikat Johnson & Johnson mungkin bekerjasama dengan pembekal untuk mengenal pasti tindakan yang dipersetujui dan garis masa untuk mencapai peningkatan. Syarikat Johnson & Johnson mengambil kira perkembangan dalam memenuhi jangkaan ini dan prestasi berterusan dalam keputusan penyumberannya. Pematuhan Perundangan Pembekal kepada Syarikat Johnson & Johnson dijangkakan akan beroperasi dengan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang dikenakan bagi negara, negeri dan tempat beroperasi. Ini termasuk undang-undang dan peraturan berkaitan amalan perniagaan beretika, kualiti, buruh dan amalan pekerjaan serta kesihatan, keselamatan dan perlindungan alam sekitar. Pembekal juga dikehendaki untuk memastikan amalan mereka berdasarkan standard industri yang diterima secara umum, mendapatkan dan menyimpan semua permit, lesen dan pendaftaran yang berkenaan, dan untuk beroperasi menurut pengehadan permit dan keperluan pada setiap masa. STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL 3

Tataetika dan Tatakelakuan Perniagaan Pembekal kepada Syarikat Johnson & Johnson dikehendaki berkelakuan mengikut etika dan dengan integriti dalam semua transaksi perniagaan. Oleh sebab itu, mereka perlu: Mendukung standard untuk amalan perniagaan yang adil termasuk pengiklanan tepat dan jujur serta persaingan adil; Melarang pembayaran rasuah, sumbangan politik yang menyalahi undangundang atau pembayaran haram lain, atau pertimbangan untuk sebarang sebab, termasuk penepian penalti atau denda, atau penerimaan sebarang manfaat atau hadiah istimewa lain; Melarang konflik kepentingan kewangan atau profesional; Memastikan pekerja melaporkan kebimbangan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang di tempat kerja tanpa ancaman tindakan balas, intimidasi atau gangguan; Perlindungan daripada penggunaan tidak wajar bagi harta intelek termasuk pendedahan maklumat sulit atau sensitif, termasuk maklumat harga, pekerja dan pesakit; Mengekalkan persekitaran ketelusan, kerjasama dan inovasi; dan Memperlakukan mana-mana haiwan yang digunakan dalam aktivitinya dengan cara beretika dan berperikemanusiaan serta mengikuti prinsip penggantian, penapisan dan pengurangan ujian haiwan penyelidikan makmal. 4 STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL

Kualiti Pembekal kepada Syarikat Johnson & Johnson dikehendaki memberikan barangan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan secara konsisten, selamat untuk kegunaannya dan menunjukkan prestasi seperti yang diingini. Walaupun pembekal perlu memenuhi pengelasan yang dipersetujui dalam perjanjian, pesanan pembelian atau hubungan kontrak lain, pembekal juga perlu memenuhi keperluan kualiti minimum tertentu termasuk pematuhan perundangan bagi produk mereka di tempat produk mungkin dijual. Oleh sebab itu, mereka perlu: Membentuk dan mengekalkan kawalan Kualiti untuk melindungi integriti barangan dan perkhidmatan yang disediakan; Memaklumkan kepada Syarikat Johnson & Johnson bagi perubahan yang dicadangkan kepada pengelasan, kaedah, pembekal, bahan/komponen, proses pengilangan/bekalan, lokasi pengilangan atau peralatan untuk menentukan kesan kepada Syarikat Johnson & Johnson Produk; Membenarkan Syarikat Johnson & Johnson berkenaan atau wakil yang dibenarkan untuk melakukan audit Kualiti bagi kemudahan, sistem dan/atau dokumen berkaitan barangan dan perkhidmatan yang disediakan, dan dengan segera memberikan respons dan mengambil tindakan pembetulan untuk membetulkan sebarang pemerhatian yang dijelaskan; Memberitahu Syarikat Johnson & Johnson bagi pemeriksaan Pihak Berkuasa dan isu pengawal atur seperti: surat amaran, pemerhatian borang FDA 483, surat tidak mematuhi, penyitaan dan injunksi termasuk sebarang pemerhatian berkaitan produk bagi sebarang Syarikat Johnson & Johnson; dan Memastikan semua palet yang digunakan untuk membekalkan barangan kepada mana-mana syarikat Johnson & Johnson perlu mematuhi Dasar Palet Johnson & Johnson. STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL 5

Kesihatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerja Pembekal kepada Syarikat Johnson & Johnson dikehendaki mengekalkan tempat kerja dan mana-mana tempat penginapan yang digunakan untuk menempatkan pekerja dalam keadaan bersih, teratur dan selamat. Oleh sebab itu, mereka perlu: Menyediakan kemudahan yang diperlukan (cth., dua cara jalan keluar untuk keluar dari kawasan/bangunan dengan selamat) dan peralatan (cth., penggera kebakaran dan sistem pengesanan) untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pelawat; Melaksanakan program untuk melindungi pekerja dan mengelakkan atau mengawal pendedahan pekerja kepada bahaya tempat kerja termasuk bahan kimia, biologi dan bahaya fizikal; Melaksanakan program untuk menguruskan proses dengan selamat dan mengelakkan peristiwa mendatangkan bencana; Melaksanakan program yang menggalakkan akses kepada program kesihatan, yang secara positif memberi kesan kepada kesihatan pekerja; Mengenal pasti kemungkinan situasi kecemasan, melaksanakan langkah pencegahan dan bersedia untuk melaksanakan prosedur respons kecemasan; Memberikan maklumat keselamatan dan kesihatan berkaitan bahan berbahaya dan latihan kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang diperlukan; dan Memastikan keperluan program kesihatan dan keselamatan konsisten untuk kontraktor dan subkontraktor yang bekerja di kemudahan pembekal. 6 STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL

Kelestarian dan Tanggungjawab Alam Sekitar Pembekal kepada Syarikat Johnson & Johnson dikehendaki beroperasi dengan cara yang lestari dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Oleh sebab itu, mereka perlu: Berusaha untuk mengurangkan kesan alam sekitar bagi operasi mereka termasuk penggunaan sumber semula jadi, penyumberan bahan, penjanaan sisa, pembuangan air sisa dan pelepasan udara; Melaksanakan program untuk menguruskan air sisa dan pelepasan udara bagi memastikan pematuhan dan perlindungan kesihatan manusia dan alam sekitar; Mengelakkan tumpahan dan pembebasan bahan berbahaya dengan sengaja ke dalam alam sekitar dan kesan alam sekitar yang buruk kepada komuniti tempatan; Melaksanakan program untuk menguruskan program sisa pepejal yang mematuhi dan bertanggungjawab berhubung alam sekitar, keselamatan pekerja dan kesihatan orang awam, dari penjanaan melalui pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan utama; Melaksanakan program bagi memastikan produk tidak mengandungi bahan yang dilarang atau disekat; dan Melaksanakan program untuk mengesahkan bahawa bahan kilang/hutan dan terbitan yang dibeli dituai dan dieksport/diimport mengikut undang-undang. STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL 7

Hak Manusia, Buruh dan Pekerjaan Pembekal kepada Syarikat Johnson & Johnson dijangkakan untuk melayani orang dengan maruah dan hormat. Oleh sebab itu, mereka perlu: Tidak terlibat dalam sebarang bentuk pemerdagangan manusia, (contohnya menggunakan paksaan, penipuan atau kekerasan untuk memaksa individu di luar kemahuan mereka, pekerjaan sewa,ikatan hutang atau perhambaan), memperoleh tindakan seks komersial atau menggunakan buruh paksa (contohnya, sengaja memberikan buruh dari individu dengan ancaman bagi kecederaan serius kepada individu itu atau individu lain); Mematuhi Dasar Pemerdagangan Manusia Johnson & Johnson; Tidak menghapuskan, menyembunyikan, merampas atau sebaliknya menafikan akses pekerja, kontraktor atau subkontraktor kepada dokumen identiti atau imigresen individu seperti itu, menyalahgunakan atau amalan perekrutan penipuan, menggunakan perekrut yang tidak mematuhi undang-undang buruh tempatan di negara yang dilakukan perekrutan, mengenakan bayaran perekrutan, mengharapkan pekerja membayar untuk kerja, memberikan rumah yang tidak memenuhi standard negara bagi kerja yang dilakukan, atau gagal memberikan kontrak pekerjaan atau perjanjian perekrutan jika diperlukan oleh undang-undang; Menyediakan pengangkutan ulang-alik untuk individu jika pembekal telah mengangkut atau membayar (secara langsung atau secara tidak langsung) untuk mengangkut pekerja, kontraktor atau subkontraktor dari negara lain ke negara di mana pekerja seperti itu akan menjalankan kerja; Memastikan pekerja bebas untuk bergerak dan bebas untuk meninggalkan pekerjaannya selepas notis yang sewajarnya; 8 STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL

Tidak mendiskriminasi atau mengganggu individu pada asas bangsa, warna kulit, agama, jantina, kehamilan, status HIV, status kesihatan, orientasi seksual, negara asal, umur, ketakupayaan, status veteran, status perkahwinan atau penggabungan politik; Tidak memperlakukan atau mengugut individu dengan kasar atau tidak berperikemanusiaan. Layanan yang kasar atau tidak berperikemanusiaan termasuk gangguan atau penyalahgunaan seksual, hukuman dera, kekerasan; Menghormati hak pekerja untuk berehat dan berhibur serta mengelakkan keadaan bekerja tidak selamat dengan memberikan tempoh berehat secukupnya pada waktu kerja, menghormati hari bercuti dari bekerja dan jam bekerja maksimum yang dipersetujui; Membayar upah adil yang memenuhi atau melebihi minimum mengikut undang-undang untuk semua jam bekerja dan dengan jelas, menyatakan upah yang pekerja perlu dibayar sebelum menjalankan kerja. Berkomunikasi kepada semua pekerja jika kerja lebih masa diperlukan dan gaji yang akan dibayar untuk kerja lebih masa seperti itu; Mematuhi Dasar Pekerjaan Orang Muda Johnson & Johnson; Menghormati hak pekerja untuk membuat keputusan termaklum bebas daripada kekerasan, ancaman tindakan balas atau gangguan yang menyalahi undang-undang tentang keinginan mereka untuk bergaul secara bebas, menyertai atau tidak menyertai organisasi atau berhimpun dengan aman; Menghormati hak pekerja untuk menawar secara kolektif tanpa gangguan yang menyalahi undang-undang; Menghormati hak pekerja untuk menyuarakan kebimbangan di tempat kerja melalui mekanisme aduan; dan Mematuhi keperluan yang dirangkumkan dalam Kenyataan Johnson & Johnson tentang Mineral Konflik. STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL 9

Sistem Pengurusan Pembekal kepada Syarikat Johnson & Johnson dikehendaki menguruskan aktiviti mereka secara bersistematik untuk mengekalkan kesinambungan perniagaan, memenuhi standard yang ditetapkan dalam dokumen ini dan untuk mempertingkatkan operasi mereka secara berterusan. Oleh sebab itu, mereka perlu: Menunjukkan komitmen pengurusan kanan dan kebertanggungjawaban melalui dasar, objektif dan proses rasmi; Melaksanakan proses untuk membentuk, mengekalkan dan mengawal dokumen dan rekod selain sebarang keperluan berkaitan pematuhan yang sesuai; Melaksanakan dan mengekalkan proses dan standard untuk integriti dan keselamatan data dalam memastikan data dilindungi, lengkap dan tepat; Menyediakan sumber termasuk kakitangan yang kompeten dan infrastruktur yang sesuai untuk menguruskan risiko dan memastikan pematuhan kepada Standard ini; Melaksanakan proses untuk mengawal pengeluaran produk untuk sebarang Syarikat Johnson & Johnson dan/atau bahan, menguruskan perubahan dengan berkesan dan memastikan keperluan pelanggan dipenuhi; 10 STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL

Melaksanakan proses untuk menguruskan tiada pematuhan, respons insiden dan situasi kecemasan berkaitan produk, operasi/kesinambungan perniagaan dan standard ini, termasuk melaporkan acara seperti itu kepada pihak berkuasa peraturan berkenaan dan Syarikat Johnson & Johnson seperti sejajarnya; Mengenal pasti dan melaksanakan matlamat peningkatan, objektif dan tindakan prestasi termasuk siasatan rungutan yang berkesan, audit dalaman dan proses tindakan pembetulan; Membentuk, melaksanakan dan mengekalkan program latihan yang mencapai tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan sewajarnya dalam pengurusan dan pekerja untuk memenuhi jangkaan ini; Membantu dalam mengekalkan rantaian bekalan yang selamat dan dilindungi dengan membekalkan produk asli dikilang melalui kebenaran yang sewajarnya dan menurut keperluan yang dikeluarkan oleh mana-mana Syarikat Johnson & Johnson; dan Melaksanakan proses untuk melangkaui elemen berkenaan bagi Standard ini kepada rakan kongsi dan pembekal mereka sendiri. STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL 11

Pematuhan & Privasi Penjagaan Kesihatan (HCC&P) Pembekal Syarikat Johnson & Johnson dan mana-mana pihak ketiga yang menjalankan perniagaan bagi pihak kami diharapkan untuk mendukung pendirian kuat kami terhadap rasuah dan sogokan, konsisten dengan undangundang anti-rasuah yang wujud dalam banyak negara di seluruh dunia. Oleh itu, dalam hubungan dengan perhubungan Johnson & Johnson, mereka perlu: Mematuhi undang-undang tempatan dan antarabangsa yang terpakai serta standard etika dan melarang keras rasuah, tindakan balas, pembayaran yang tidak sah dan tawaran item berharga lain yang boleh mempengaruhi atau memberikan ganjaran tidak wajar kepada pelanggan bagi pesanan, pembelian atau penggunaan produk dan perkhidmatan kami, sama ada disediakan secara terus atau tidak melalui pihak ketiga seperti pengedar, broker kastam atau agen lain; Elakkan tindakan lain yang boleh mempengaruhi keputusan perubatan secara tidak wajar bagi pakar penjagaan kesihatan dan membeli keputusan entiti yang membeli produk dan perkhidmatan kami, mengawal pengawal aturan dan pihak berkuasa pemeriksaan; Menghormati privasi pekerja dan orang lain yang maklumat peribadinya mempunyai akses, dengan mematuhi undang-undang tempatan dan antarabangsa terpakai apabila mengumpulkan dan menyimpan maklumat peribadi tentang pekerja, rakan perniagaan, pesakit, pakar penjagaan kesihatan, pengguna dan orang lain, seperti tarikh lahir, alamat dan kewangan, maklumat perubatan dan lain-lain; dan Mengumpulkan maklumat peribadi hanya untuk tujuan perniagaan yang sah, berkongsi hanya dengan mereka yang dibenarkan untuk mengakses, melindungi mengikut dasar keselamatan, mengekalkan hanya selama yang perlu dan kewajipan secara kontrak kepada pihak ketiga dengan akses ke maklumat peribadi untuk melindunginya. 12 STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL

Ketelusan dan Pendedahan Pembekal kepada Syarikat Johnson & Johnson dikehendaki membuat usaha sewajarnya bagi mendedahkan topik dan matlamat yang penting kepada kesan organisasi kepada isu alam sekitar dan sosial (cth. di laman web atau laporan yang disediakan secara umum). Pemantauan dan Pematuhan Syarikat Johnson & Johnson boleh terlibat dalam aktiviti pemantauan untuk mengesahkan pematuhan pembekal kepada Standard ini termasuk penilaian di tapak bagi kemudahan, penggunaan soal selidik, penilaian maklumat sedia ada atau langkah lain yang diperlukan untuk menilai prestasi pembekal. Syarikat Johnson & Johnson boleh tidak melayakkan mana-mana bakal pembekal atau menamatkan sebarang hubungan dengan pembekal semasa yang gagal mematuhi Standard ini. STANDARD TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBEKAL 13

Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di: www.jnj.com/partners dan healthforhumanityreport.jnj.com Ini ialah versi semasa Standard Tanggungjawab Johnson & Johnson untuk Pembekal dan semua versi orang bawahannya. Hak cipta Johnson & Johnson Services, Inc. 2017