BAHAGIAN PENDIDIKAN NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 1/7 BAHAGIAN PENDIDIKAN Disediakan oleh Diluluskan oleh... Nama HJH. LATIFAH BT. HJ. MAHMUD Nama DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH Jawatan PENGARAH PENDIDIKAN Tarikh 15 FEBRUARI 2008 Tarikh 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tanda tangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
BAHAGIAN PENDIDIKAN NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 2/7 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan menyediakan perancangan tahunan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memenuhi keperluan program pengurusan pendidikan keguruan secara sistematik dan berkesan. 2.0 SKOP Prosedur ini digunakan oleh BPG dan semua IPG dalam menyediakan perancangan tahunan BPG dan IPG sebelum bermulanya tahun pengajian yang berikutnya. 3.0 RUJUKAN 3.1 Manual Kualiti BPG -PPK-MK-01 3.2 Penyediaan Unjuran Keperluan dan Pengambilan Guru BPG-PPK-PT-01 3.3 Takwim KPM tahun berkenaan 3.4 Takwim BPG tahun berkenaan 3.5 Senarai Jawatankuasa Kerja BPG/IPG 3.6 Senarai Tugas Jawatankuasa Staf Akademik/Profesional BPG/Institut Pendidikan Guru 3.7 Senarai Tugas Jawatankuasa Staf Sokongan BPG/IPG 3.8 Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) 3.9 Minit Mesyuarat Pengarah-Pengarah Institut Pendidikan Guru 3.10 Laporan Penilaian Perancangan Tahunan BPG/IPG tahun semasa (LAM- PT06-01) 3.11 Surat Arahan dan Pekeliling BPG yang dikeluarkan dari semasa ke semasa 3.12 Minit Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran
BAHAGIAN PENDIDIKAN NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 3/7 4.0 DEFINISI 4.1 Istilah 4.1.1 Perancangan Tahunan BPG/IPG merujuk rancangan yang disediakan oleh BPG/IPG setiap tahun bagi mengurus dan mengendalikan aktiviti latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan sepenuh masa. 4.1.2 Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran BPG (MPPPBPG) ialah jawatankuasa tertinggi di peringkat BPG yang dipengerusikan oleh Pengarah/Timbalan Pengarah Pendidikan Guru dan anggotaanggotanya terdiri daripada semua KPP dan Ketua Subunit Kewangan. Setiausaha Majlis ini terdiri daripada seorang Penolong Pengarah yang dilantik. Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya empat kali dalam tempoh setengah tahun. 4.1.3 Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru (MPPPIPG) ialah jawatankuasa tertinggi di peringkat Institut Pendidikan Guru yang dipengerusikan oleh Pengarah/Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru dan ahliahlinya terdiri daripada semua KJ, KUG, KULDP, KUP, KUPr, KUKP, Pegawai Pusat Sumber dan Pegawai Eksekutif Kanan/Pengawai Eksekutif. Setiausaha Majlis ini terdiri daripada seorang pensyarah yang dilantik. Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya empat kali dalam tempoh satu semester. 4.1.4 Takwim ialah kalendar tahunan BPG/IPG yang mengandungi aktiviti utama unit-unit BPG/jabatan-jabatan IPG dan menjadi panduan kepada pelaksanaan aktiviti tahunan.
BAHAGIAN PENDIDIKAN NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 4/7 4.2 Singkatan KPM Kementerian Pelajaran Malaysia BPG IPG MPPPBPG MPPPIPG KPP KJ KUKOKU KULDP KUP KUPr KUKP PS PEK/PE MKSP Bahagian Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian Pendidikan Guru Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Ketua Penolong Pengarah Ketua Jabatan Ketua Unit Kokurikulum Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Ketua Unit Peperiksaan Ketua Unit Praktikum Ketua Unit Khidmat Pengurusan Pegawai Pusat Sumber Pegawai Eksekutif Kanan/Pegawai Eksekutif Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
BAHAGIAN PENDIDIKAN NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 5/7 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab Pengarah/Timbalan Pengarah Pendidikan Guru/KPP Pengarah/Timbalan Pengarah/KPP/KJ/ Setiausaha MPPPBPG/MPPPIPG KULDP/KUKP/PS/PEK/PE Tindakan 1. Membentangkan program latihan pendidikan keguruan dalam Mesyuarat MPPPBPG dan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Institut Pendidikan Guru. 2. Menerima maklumat dan keputusan Mesyuarat MPPPBPG dan Mesyuarat Pengarah Institut Pendidikan Guru. Mengarahkan Setiausaha mesyuarat memasukkan agenda Perancangan Tahunan BPG/IPG dalam mesyuarat MPPPBPG/MPPPIPG selewat-lewatnya tiga bulan sebelum aktiviti tahunan bermula. Antara perkara yang dibincangkan ialah (a) Strategi perancangan tahunan BPG/IPG; (b) Penyemakan dokumen, surat arahan dan pekeliling, minit mesyuarat MKSP dan Pengarah- Pengarah Institut Pendidikan Guru serta takwim KPM dan menyusun aktiviti pelaksanaan latihan perguruan bersesuaian dengan takwim BPG/IPG; (c) Pembentukan dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kerja BPG/IPG; (d) Senarai tugas Jawatankuasa yang dibentuk; (e) Penilaian pelaksanaan perancangan tahunan BPG/IPG tahun semasa. 3. Menilai pelaksanaan perancangan tahunan BPG/IPG bagi tahun semasa untuk menyediakan perancangan tahunan BPG/IPG bagi tahun hadapan (rujuk LAM-PT06-01 dan LAM-PT06-02). MPPPBPG/MPPPIPG 4. Mengadakan mesyuarat untuk membincang dan membuat keputusan tentang agenda pada para 5.2, (a) hingga (e). KULDP/KUKP/PS/PEK/PE/ 5. Mengadakan bengkel bagi menyediakan, membincang dan meluluskan Buku Perancangan Tahunan BPG/IPG. (Rujukan LAM-PT06-02)
BAHAGIAN PENDIDIKAN NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 6/7 Tanggungjawab Tindakan MPPPBPG/MPPPIPG 6. Mengedarkan Buku Perancangan Tahunan BPG/IPG dan mengeluarkan surat pelantikan kepada anggotaanggota yang dilantik dalam Jawatankuasa Kerja Institut Pendidikan Guru sebelum minggu pertama tahun pengajian bermula. KULDP/KUKP/PS/PEK/PE 7. Mengadakan mesyuarat Unit/Jabatan dan membentangkan Perancangan Tahunan BPG/IPG yang telah diluluskan dalam mesyuarat MPPPBPG/MPPPIPG kepada semua pegawai dan pensyarah unit/jabatan masing-masing. 8. Menyerahkan minit mesyuarat Unit/Jabatan kepada Pengarah/Timbalan Pengarah untuk makluman. KULDP/ KUKP/PS/PEK/PE 9. Membuat analisis dan menyediakan Laporan Penilaian pelaksanaan program Unit/Jabatan untuk dikemukakan dan dinilai prestasinya dalam mesyuarat MPPPBPG/MPPPIPG sekurangkurangnya dua (2) kali dalam satu tahun dan membuat penambahbaikan sekiranya perlu (rujuk LAM-PT06-01 dan LAM-PT06-03). MPPPBPG/MPPPIPG 10. Menyerahkan Laporan Penilaian kepada Jawatankuasa Penambahbaikan dan Jawatankuasa Bimbingan dan Pemantauan untuk tindakan susulan selanjutnya (jika perlu).
BAHAGIAN PENDIDIKAN NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 7/7 6.0 REKOD KUALITI Bil. Rekod Lokasi Tempoh Disimpan Lampiran 1. Minit Mesyuarat MPPP Pejabat Am 5 Tahun - 2. Buku Perancangan Tahunan BPG/IPG 3. Minit Mesyuarat Unit/ Jabatan 4. Format Penilaian Perancangan Tahunan BPG/IPG 5. Format Pemantauan Keberkesanan Program / Aktiviti Jabatan /Unit Semua pegawai/ pensyarah Pejabat Am dan Bilik KPP/KJ/KUKOKU /KUP/KULDP/KUPr /KUKP Bilik KPP/KJ/ KUP /KUKOKU/ KULDP /KUPr/ KUKP/ PS/PEK/PE Bilik KPP/KJ/ KUP /KUKOKU/KULDP /KUPr/KUKP/PS/PEK /PE 5 Tahun LAM-PT06-02 5 Tahun - 5 Tahun LAM-PT06-01 5 Tahun LAM-PT06-03