Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

dokumen-dokumen yang mirip
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

SONANGBAH TU! Oleh. Jindu anak Lundu, Sekolah Kebangsaan Koran, Serian, Sarawak. Abstrak

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (LINUS TEGAR) ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS APRIL 2011

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2011

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KAJIAN TINDAKAN 2011

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

Unit 5 Pendekatan Tematik

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

NOMBOR OH NOMBOR... Oleh. Christina Agang Sekolah Kebangsaan Tema, Serian, Sarawak. Abstrak

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

Transkripsi:

MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun 2 yang mengikuti kelas pemulihan bagi mata pelajaran Matematik tidak dapat menulis nombor 0 hingga 10. Kajian ini bertujuan membantu Ah Yew menguasai pergerakan psikomotor beliau menulis nombor 0 hingga 10 dalam petak yang disediakan. Beberapa teknik telah digunakan untuk mengenal pasti keadaan Ah Yew. Antaranya ialah menjalankan pemerhatian, meninjau bahan-bahan yang didokumenkan dan temu bual dengan ahli keluarga serta rakan sekelas beliau. Oleh yang demikian, satu program telah dirancang untuk membantu beliau dari memegang tangan beliau untuk menulis nombor, menulis mengikut garisan nombor yang dilukiskan sehingga beliau menulis nombor itu sendiri. Di akhir kajian ini, didapati Ah Yew telah menunjukkan peningkatan dalam menulis nombor yang diajar dan bukannya beliau tidak mahu mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beliau cuma agak lambat dalam penguasaan kemahiran dari segi psikomotor. PENGENALAN Sekolah yang pernah saya ajar ini terletak kira-kira 23 km dari pekan Serian. Sekolah ini mempunyai sebelas buah kelas dan sebuah kelas pra sekolah. Bilangan murid pada tahun ini adalah seramai 380 orang dan terdapat seramai 24 orang guru di sekolah itu. Saya mula berkhidmat di sekolah pada tahun 2000 sehingga dipindahkan ke sekolah di Lingga. Selama ini, saya mengajar Matematik Tahap II. Tahun ini saya ditugaskan untuk mengajar kelas pemulihan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pelajar yang perlukan pemulihan adalah pelajar lemah dalam pembelajaran dan tidak dapat menguasai kemahiran 3M. LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini bermula ketika saya berdepan dengan seorang murid saya, Ah Yew untuk kali pertama dalam kelas pemulihan untuk mata pelajaran Matematik. Beliau adalah seorang murid yang diam tetapi sibuk dengan pergerakan psikomotor di tempat duduk beliau. Beliau juga didapati mempunyai masalah dari segi pertuturan, penampilan, pergerakan dan penulisan. Ah Yew kurang mahir dalam mengurus diri sendiri dan tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran biasa seperti murid yang lain. Perhatian beliau tidak dapat ditumpukan dan senang dipengaruhi oleh persekitaran. Setiap kali waktu rehat, beliau akan menunggu kakaknya yang belajar di Tahun 5 di depan beranda bilik guru supaya kakaknya dapat membawanya untuk ke kantin, tandas dan sebagainya. Beliau mempunyai dua orang kakak yang akademik mereka adalah pada tahap yang baik dan kelakuan kakak beliau adalah sama seperti murid lain. Di dalam kelas pemulihan pula, beliau jadi tumpuan saya untuk membantu beliau meningkatkan kemahiran pra tulis. Ujian yang diberi kepada beliau didapati 0% bagi setiap mata pelajaran. TEKNIK MENGUMPUL DATA Pemerhatian telah dijalankan ke atas Ah Yew oleh saya pada hari pertama saya menemui beliau. Beliau didapati lain dan berbeza dengan murid lain. Beliau banyak bergaul dengan kawan secara non verbal. Kakak beliau didapati dapat bergaul dengan beliau dengan senang. Dalam kelas 2H, beliau didapati duduk di tempat duduk sendiri dan buat apa yang suka dilakukan oleh beliau. Dalam kelas pemulihan, didapati apabila saya menerangkan sesuatu dengan pelajar yang lain, beliau akan tumpukan perhatian terhadap saya. Penumpuan beliau bukan pada isi kandungan yang disampaikan oleh saya tetapi kepada pergerakan badan saya semasa penyampaian. 121

Temubual telah dijalankan dengan keluarga beliau terutamanya dengan bapa beliau. Bapa beliau tidak mahu mengaku keadaan anaknya yang berbeza daripada murid lain. Bapa beliau juga mengatakan bahawa beliau akan aturkan langkah seterusnya untuk Ah Yew selepas kakak Ah Yew tamat Tahun 6. Tetapi ini secara tidak langsung telah melambatkan penguasaan kemahiran asas bagi Ah Yew. Pihak sekolah juga dimaklumkan oleh saya tentang hal ini tetapi apabila berdepan dengan bapa Ah Yew, terpaksa kami menghormati keputusan bapa Ah Yew. Saya juga menemu bual guru kelas dan guru mata pelajaran sama ada mereka yang ajar beliau pada tahun lepas dan tahun ini. Semua guru Ah Yew mengaku bahawa sukar hendak membantu beliau kerana bilangan murid dalam kelas adalah lebih daripada 30 orang. Di samping itu, guru terpaksa mengejar menghabiskan sukatan pelajaran yang padat. Ini menyebabkan guru tidak dapat membantu Ah Yew dalam pembelajaran. Temu bual dengan murid sesama kelas beliau mendapati beliau dapat bergaul tetapi kurang berkomunikasi manakala pergaulan beliau dengan kakaknya adalah lebih baik. Menurut kakak Ah Yew, Ah Yew agak degil di rumah dan tidak mengikut arahan yang diberi oleh kakak terutamanya dalam penulisan. Apabila berdepan dengan Ah Yew, ayat yang dikeluarkan dari mulut beliau cuma satu atau dua perkataan sahaja. Dengan itu, saya merancang beberapa tindakan untuk menentukan keberkesanan tindakan tersebut terhadap Ah Yew mengikut peringkat kebolehan beliau dari semasa ke semasa. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: membantu Ah Yew menulis nombor 0 hingga 10 iaitu menguasai kemahiran menulis pra nombor, dan menambah baik amalan pengajaran saya dengan membimbing beliau menulis pra nombor dengan sendiri. PERSOALAN KAJIAN Sebelum menjalankan kajian ini beberapa soalan telah diambil kira: 1) Apakah latihan psikomotor? 2) Bagaimanakah latihan psikomotor membantu Ah Yew menulis 0 hingga 10? 3) Sekiranya cara yang digunakan tidak sesuai, apakah alternatif yang lain? PELAKSANAAN TINDAKAN DAN DAPATAN KAJIAN Pada 7 Januari 2005, Ah Yew bersama 6 orang kawannya datang ke kelas pemulihan buat kali pertama. Saya tidak tahu tentang latar belakang murid kerana ini merupakan kali pertama saya mengajar kelas pemulihan. Saya bersiap sedia secara mental bahawa kumpulan ini adalah terdiri daripada murid yang lambat dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid diminta menyebut, membaca, mengecam dan menulis nombor 0 hingga10. Tak lama kemudian, saya dapati bahawa Ah Yew langsung tidak dapat berbuat demikian manakala kawannya yang lain dapat melakukannya. Rajah 1 merupakan contengan Ah Yew semasa saya mengajar kawannya. Rajah 1: Hasil kerja Ah Yew pada kali pertama dalam kelas pemulihan (7 Januari 2005) 122

Memandangkan Ah Yew tidak dapat menyebut, membaca, mengecam dan menulis nombor 0 hingga 10, maka kali ini (14 Januari 2005) saya mengecilkan fokus beliau kepada nombor 0 dan 1. Sekali lagi, beliau didapati tidak dapat membaca nombor 0 dan 1 tetapi dapat menulis nombor 0 seperti yang tunjukkan pada Rajah 2. Walaupun nombor 0 yang ditulis oleh beliau tidak dapat ditulis dengan baik tetapi sekurang-kurangnya telah memberi keyakinan kepada saya untuk terus membimbing beliau. Rajah 2: Hasil kerja Ah Yew pada 14 Januari 2005 Pada 28 Januari 2005, Ah Yew diajar menulis nombor 2. Saya yang memegang tangan beliau untuk menulis nombor 2. Perhatian beliau didapati tidak dapat ditumpukan pada buku tulisan tetapi pada persekitaran di mana kawan beliau membaca fakta asas tambah. Apabila saya tidak memegang tangan beliau, beliau menulis sebarangan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3. Rajah 3: Hasil kerja Ah Yew pada 28 Januari 2005 semasa menulis nombor 2 Temubual telah dijalankan dengan keluarga beliau terutamanya bapa beliau apabila bapa beliau datang menjemput mereka balik ke rumah selepas persekolahan pada 31 Januari 2005. Bapa beliau tidak mahu mengaku keadaan anaknya yang berbeza daripada pelajar lain. Bapa beliau juga mengatakan bahawa beliau akan aturkan langkah seterusnya untuk Ah Yew hanya selepas kakak Ah Yew tamat Tahun 6. Tetapi ini secara tidak langsung telah melambatkan penguasaan kemahiran asas bagi Ah Yew. Pihak sekolah juga dimaklumkan oleh saya tentang hal ini pada hari kedua saya menemubual dengan bapa Ah Yew. Memandangkan bapa Ah Yew tetap dengan pendirian beliau, maka terpaksa kami menghormat keputusan bapa Ah Yew. Walaupun terdapat banyak halangan di depan, saya teruskan usaha saya. 123

Nombor 3 telah diajar oleh saya kepada Ah Yew pada 4 Februari 2005. Garis putus-putus telah dilukis supaya Ah Yew dapat menulis ikut garis putus-putus. Didapati Ah Yew tidak dapat menulis mengikut garis putus-putus tersebut. Nombor 3 yang ditulis oleh Ah Yew dapat dikesan tetapi tidak ditulis dalam petak seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4. Rajah 4: Hasil kerja Ah Yew menulis nombor 3 pada 4 Februari 2005 Pada 18 Februari 2005, saya mengulang mengajar nombor 0 dan 1 supaya beliau boleh membacanya. Beliau didapati dalam masa sejam itu tidak dapat membaca dua nombor itu. Memandangkan kelemahan yang ditunjukkan oleh Ah Yew amat ketara, maka saya pun berfikir dan merancang strategi yang lain untuk membantu beliau. Ah Yew didapati dapat menulis nombor 1 dalam petak yang agak besar (3cm x 3cm) tetapi tidak mahir menulis ikut garis putus-putus yang telah disediakan pada 4 Mac 2005. Di samping itu, saya juga memberi Ah Yew mewarna gambar epal dan didapati gambar yang diwarnakan itu tidak memuaskan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5. Rajah 5: Hasil kerja Ah Yew pada 4 Mac 2005 124

Oleh kerana saya perlu mengajar 6 orang kawan Ah Yew, maka gambar kek telah diberi kepada beliau untuk mewarnakannya atas permintaan beliau pada 1 April 2005. Beliau mulai mengemukakan keinginan beliau untuk mewarnakan gambar yang disukai beliau. Walaupun pada hakikatnya gambar yang diwarnakan oleh Ah Yew masih kurang memuaskan tetapi sekurang-kurangnya beliau telah mengemukakan keinginan beliau jika dibanding dengan sebelum ini. Kali ini nombor 0 dan 1 dapat ditulis dalam petak yang disediakan. Selepas itu, beliau diminta menulis nombor 3 dan didapati ada yang dapat ditulis dengan baik dan kadang kala tidak dapat ditulis dengan baik. Memandangkan cara penulisan untuk nombor 3 berpusing-pusing, maka saya bercadang mengajar beliau menulis nombor 2 pada minggu seterusnya. Hasil kerja Ah Yew adalah seperti pada Rajah 6, 7 dan 8. Rajah 6: Hasil Kerja 1 Ah Yew pada 1 April 2005 Rajah 7: Hasil Kerja 2 Ah Yew pada 1 April 2005 125

Rajah 8: Hasil kerja 3 Ah Yew pada 1 April 2005 Nombor 2 telah diajar pada 15 April 2005 dengan bantuan guru memegang tangan beliau untuk menulis. Akhirnya didapati beliau dapat menulis nombor 2 tetapi tidak dalam petak yang disediakan terutamanya dalam petak yang kecil tetapi dalam petak yang lebih besar, beliau dapat menulis dengan baik. Ini sekurang-kurangnya ada menunjukkan kemajuan. Rajah 9 dan 10 merupakan hasilhasil kerja Ah Yew pada 15 April 2005. Rajah 9 Rajah 9: Hasil kerja 1 Ah Yew pada 15 April 2005 126

Rajah 10: Hasil kerja 2 Ah Yew pada 15 April 2005 Pada 29 April 2005, nombor 2 masih diberi kepada beliau. Kali ini beliau dapat menulis dalam petak yang disediakan tanpa bantuan daripada saya. Beliau bukan saja menulis dengan baik tetapi juga menulis sebanyak 2 muka surat. Memandangkan beliau dapat menguasai menulis nombor 2, maka saya memilih nombor 6 untuk beliau menulis seperti pada Rajah 11, 12 dan 13. Rajah 11: Hasil kerja 1 Ah Yew pada 29 April 2005 127

Rajah 12: Hasil kerja 2 Ah Yew pada 29 April 2005 Rajah 13: Hasil kerja 3 Ah Yew pada 29 April 2005 128

Apabila kertas diberi kepada Ah Yew pada 6 Mei 2005, Ah Yew terus mendapatkan kertas dan menulis nombor 2 tanpa menghiraukan saya. Memandangkan beliau agak mahir menulis nombor 2, maka saya pun mengajar beliau menulis nombor 4. Nombor 4 ditulis dengan bantuan guru untuk memegang tangan beliau. Bagi memperkukuhkan kefahaman beliau terhadap nombor 4, saya bercadang menyediakan kertas yang mempunyai petak yang besar agar beliau dapat menulis dengan gambar yang menunjukkan bilangannya pada semester kedua nanti. Hasil kerja Ah Yew adalah seperti pada Rajah 14 dan Rajah 15. Rajah 14: Hasil kerja 1 Ah Yew pada 6 Mei 2005 129

REFLEKSI Rajah 15: Hasil kerja 2 Ah Yew pada 6 Mei 2005 Adalah sukar untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran pra tulis terutamanya bagi pra nombor. Ini disebabkan pra nombor boleh dianggap sebagai tulisan yang paling senang dikuasai. Murid tidak dapat menguasai bukan saja tanggungjawab guru, malah masyarakat dan ahli keluarga memainkan peranan yang penting juga. Sekiranya seseorang kanakkanak yang bermasalah seperti ini dapat diambil berat oleh pihak yang tertentu dan guru diberi masa 130

untuk membimbingnya, sekurang-kurangnya mereka dapat dibantu juga. Tetapi masalahnya ialah guru tidak diberi masa yang mencukupi untuk menjalankan pemulihan seperti ini malahan terpaksa mengejar untuk menghabiskan Huraian Sukatan Pelajaran yang ditetapkan. Melalui kajian tindakan saya, saya dapati bahawa pada peringkat awal tiada siapa yang mahu mengatakan bahawa Ah Yew dapat melakukan sesuatu. Apa yang dapat saya dengar ialah dia memang tidak pandai dan tidak boleh diselamatkan. Tambahan pula bapa beliau pun tidak mahu menghadapi kenyataan yang dipaparkan di depan matanya. Keprihatinan dan kesabaran guru perlu ada untuk menghadapi murid seperti ini. Memandangkan saya mengajar kelas pemulihan yang diberi oleh pihak sekolah dengan maksimum bilangan murid seramai 7 orang, ini membantu saya dapat memberi dan menumpu lebih perhatian kepada Ah Yew. Keprihatinan dan kesabaran bukan saja membantu Ah Yew tetapi memberi saya satu pandangan bahawa tiada perkara yang tidak dapat dijalankan. Cuma masalahnya ialah sama ada masa yang diberi itu mencukupi atau tidak. Sikap guru juga memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada guru menganggap memang ada murid yang tidak dapat diselamatkan dan tidak berusaha untuk membantu mereka. Ini secara tidak langsung menjejaskan imej guru dan memberi teladan yang tidak baik kepada guru yang lain. Kemajuan yang ditunjukkan oleh Ah Yew memberikan saya satu dorongan untuk terus berjuang demi masa depan anak didik kita. Dengan adanya Ah Yew, barulah saya mengetahui bahawa masa yang lebih diberikan kepada seseorang murid yang bermasalah (tak kira masalah apa) akan membawa hasil juga. Kajian ini tidak dapat diteruskan kerana saya telah dipindahkan ke salah sebuah SJK Chung Hua di Sri Aman. BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan, Jilid 2, No 1, 68-85. Jabatan Pendidikan Khas. (1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas: Masalah Penguasaan 3M. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1995). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Matematik Tahun 1. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1997). Konsep Dan Pelaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Ringkasan Sesi Soalan 1: Adakah Cikgu Lau menyelidik latar belakang murid tersebut dengan teliti dari segi fizikal dan mental sebelum membuat kajian sebagai murid istimewa? (Cikgu Stanley) Jawapan: Sudah membuat temu bual dengan keluarga, saudara-mara murid tersebut. Tidak boleh katakan murid istimewa sehingga disahkan oleh doktor (Cikgu Lau). 131

Komen: Saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah menghadapi murid seperti ini dan doktor tidak sahkan murid ini istimewa. Apakah cara penyelesaian terbaik untuk murid seperti ini? Jika boleh, adalah diharapkan kita dapat kongsi cara menyelesaikan masalah ini (Cikgu Kelana). Komen: Harus merujuk rekod kesihatan, kad klinik dan sebagainya kanak-kanak semasa membuat kajian ini sebagai latar belakangnya (Cikgu Serina). Dilaporkan oleh: Cikgu Mary Kong Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Bangkong 132