BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

dokumen-dokumen yang mirip
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 4 PELAKSANAAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PASTI UMMU AIMAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KURIKULUM PERMATA. Puan Nani Menon Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Dr. Azizah Lebai Nordin. kurikulum-june 2011

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

TOPIK 1 ALAM BELAJAR. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 5 DAPATAN KAJIAN FASA REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH TAHUN 2010

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

a) Berorientasikan proces; membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.

ARAHAN: ( )

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Tutor: En Md Yusoff b Daud

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

Siti Nor Azzila Amit

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENDIDIKAN KESIHATAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Taklimat untuk Guru BM

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Transkripsi:

BAB 5 PENUTUP 5.1 Pendahuluan Dalam bab ini penulis akan membincangkan berkenaan sejauhmana dapatan kajian berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di PASTI Ummu Aiman. Kajian ini juga telah melihat pelaksanaan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di PASTI Ummu Aiman serta permasalahannya di samping mengkaji penerimaan penggunaan media terhadap kanakkanak dalam proses pembelajaran berdasarkan modul pendidikan PASTI. Penerimaan yang dimaksudkan ialah respon dan tindak balas yang diberikan oleh kanak-kanak terhadap media yang diaplikasikan dan bukannya mengkaji kesan keseluruhan kepada diri para pelajar terhadap pembelajaran yang dilalui. Bab ini juga akan membincangkan implikasi dan cadangan daripada kajian serta turut memasukkan cadangan kajian lanjutan yang berkaitan. 5.2 Rumusan Hasil Kajian Rumusan kajian dilakukan berdasarkan hasil maklumat dan dapatan penting berkaitan media pendidikan yang diaplikasikan di PASTI Ummu Aiman. Beberapa perkara yang dapat dirumuskan mengikut objektif yang dikemukakan dalam kajian adalah seperti berikut; a) Mengenalpasti jenis-jenis media pendidikan Islam yang sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak. b) Mengkaji modul dan pelaksanaan penggunaan media yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di PASTI Ummu Aiman. 204

c) Menganalisis pelaksanaan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran modul pendidikan PASTI Ummu Aiman. 5.2.1 Mengenalpasti Jenis-Jenis Media Pendidikan Islam Yang Sesuai Diaplikasikan Kepada Kanak-Kanak. Secara keseluruhan, didapati bahawa terdapat pelbagai jenis media pendidikan yang sesuai diaplikasikan terhadap kanak-kanak khususnya di PASTI Ummu Aiman. Media pendidikan Islam yang diaplikasikan tidak bermaksud media untuk subjek pendidikan Islam secara khusus tetapi melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ilmu secara umum di PASTI Ummu Aiman. Justeru penggunaan media Pendidikan Islam mencakupi pelbagai jenis perkembangan seperti perkembangan kognitif, bahasa dan komunikasi, sosioemosi, fizikal, kesihatan, kreativiti dan estetika serta kerohanian. Oleh itu, media Pendidikan Islam tidak terhad kepada subjek Pendidikan Islam semata-mata tetapi juga mencakupi subjek-subjek lain seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, dan kreativiti. Media pendidikan yang paling kerap digunakan di PASTI Ummu Aiman ialah kad imbas iaitu berada di bawah kategori media dari sumber asas. Dalam aktiviti di PASTI Ummu Aiman, kad imbas banyak digunakan sebagai media pendidikan tidak kira kad imbas dalam bentuk penomboran, abjad mahupun bergambar. Kebanyakan kad imbas dihasilkan sendiri oleh para guru PASTI Ummu Aiman dan terdapat juga yang disalurkan oleh PASTI pusat. Sepanjang pemerhatian pengkaji, kebanyakan aktiviti pembelajaran di PASTI Ummu Aiman menggunakan kad imbas sebagai media pendidikan dan ini diakui sendiri oleh guru-guru di sana. Manakala media lain yang turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di PASTI Ummu Aiman 205

ialah media lisan yang disampaikan dalam bentuk kata-kata nasihat, bacaan hadis, doa dan ayat al-quran secara beramai-ramai. Pengkaji berpendapat kata-kata nasihat guru mampu merangsang perubahan sikap para pelajar ke arah yang lebih berakhlak dan menjadi pelajar yang lebih baik. Begitu juga dengan kata-kata pujian yang diberikan oleh guru dapat merangsang para pelajar untuk menjadi yang lebih baik ataupun bersikap seperti kawan-kawan yang dipuji oleh guru. Disamping itu, media lisan juga digunakan semasa arahan guru untuk melakukan aktiviti, pengajaran dalam setiap aktiviti yang dilakukan mahupun amaran yang diberikan oleh guru ketika terdapat para pelajar yang melanggar peraturan. Selain itu, media pendidikan lain yang digunakan di PASTI Ummu Aiman ialah media yang menggunakan kaedah hands-on. Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru samada terhasil daripada pengalaman ketika bermain permainan dan berimaginasi. Pembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan tetapi juga mengembangkan kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Aktiviti ini melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan. Melalui kaedah ini media pendidikan yang digunakan ialah media realia ataupun objek sebenar seperti menggunakan binatang dan tumbuhan yang sebenar untuk memberi pengalaman langsung kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, Kanak-kanak boleh menyentuh dan melihat sendiri media yang digunakan secara langsung. Selain itu, belajar sambil bermain juga dijadikan sebagai salah satu media dalam pendidikan di PASTI Ummu Aiman. Terdapat 11 sudut yang telah disediakan di PASTI 206

Ummu Aiman iaitu sudut manipulasi, sudut kognitif, sudut melukis dan mewarna, sudut kolaj, sudut dapur, sudut fizikal, sudut bacaan Bahasa Melayu, sudut bacaan Bahasa Inggeris, sudut mainan pasir, sudut permainan luar dan sudut mainan air. Para pelajar akan diberikan kebebasan untuk memilih sendiri sudut yang disukai khususnya sudutsudut yang berada di dalam bilik darjah. Penyediaan sudut-sudut ini adalah untuk mengembangkan potensi dan diri para pelajar untuk menjadi individu yang sempurna dan dapat membesar dengan seimbang. Terdapat empat bentuk permainan yang telah dilakukan di PASTI Ummu Aiman iaitu dalam bentuk solitary, parallel, associative dan cooperative. Di samping itu, PASTI Ummu Aiman juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan media dalam bentuk elektronik seperti komputer riba, televisyen dan radio. Walaubagaimanapun skala penggunaan media ini adalah sangat sedikit berbanding dengan penggunaan media lain. Radio digunakan untuk memainkan kaset ataupun CD ketika diperlukan untuk melakukan beberapa aktiviti sahaja seperti bola beracun, nyanyian dan bacaan doa. Kesimpulannya, PASTI Ummu Aiman telah mengaplikasikan media pendidikan dari media sumber asas, media elektronik, media bukan elektronik dan media bersumber pengalaman. Kebanyakan media yang diaplikasikan di PASTI Ummu Aiman memerlukan kanak-kanak terlibat secara langsung ataupun hand-on dalam aktiviti dan merasai pengalaman sebenar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 207

5.2.2 Mengkaji Modul Dan Pelaksanaan Penggunaan Media Yang digunakan Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di PASTI Ummu Aiman. PASTI Ummu Aiman telah menggunakan Modul Kurikulum Empat Tahun kepada para pelajar yang berusia empat tahun. Kurikulum ini menekankan pendekatan berfikrah dan bersepadu (PBB) serta menekankan konsep ta abbud, iaitu ketaatan kepada Allah. Segala aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi hamba yang taat. Pendekatan ini bukan sahaja diterapkan semasa aktiviti kerohanian tetapi juga diterapkan kedalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di PASTI ummu Aiman. Gaya pembelajaran eksplorasi berpandu dan terbimbing serta konsep belajar sambil bermain telah dibuktikan mampu menarik minat para pelajar. Kelas K4T lebih bersifat sudut secara terbimbing dan terpandu dan memberi ruang kepada para pelajar untuk belajar sambil bermain dan mengembangkan kemahiran mereka. Para pelajar melakukan aktiviti mengikut sudut-sudut yang disediakan seperti sudut matematik, sudut Bahasa Melayu, sudut kognitif dan sebagainya. Justeru, aktiviti dilaksanakan secara solitary (persendirian dengan bimbingan) mahupun secara kumpulan. Aktiviti luar darjah juga dilaksanakan secara aktif dan kaedah ini akan menggalakkan kanak-kanak meneroka pembelajaran mereka. Manakala dari aspek perlaksanaan media pula, didapati bahawa perlaksanaan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di PASTI Ummu Aiman telah berjaya memberi impak yang positif kepada kefahaman dan minat para pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Sepanjang observasi yang dijalankan menunjukkan para pelajar mampu menerima pengajaran dengan baik dan berkesan. Media yang dipilih oleh guru dilihat sesuai dengan topik dan perkembangan yang ingin ditekankan. PASTI Ummu Aiman telah mengaplikasikan 208

lebih dari satu media dalam satu-satu aktiviti. Hal ini kerana, kolaborasi antara media dengan media pendidikan yang lain akan mampu melahirkan pemahaman dan minat yang lebih optimum di kalangan pelajar. Tambahan lagi, aktiviti pembelajaran yang diterapkan oleh guru kepada para pelajar bukan sahaja memberi impak kepada satu perkembangan bahkan dapat menghasilkan pelbagai perkembangan lain terhadap kanakkanak. Di samping itu, guru juga telah menonjolkan dan melahirkan kreativiti sendiri dalam menggunakan media pendidikan yang disalurkan oleh pihak PASTI pusat kepada setiap PASTI. Sebagai contoh pihak Guru PASTI Ummu Aiman telah mempelbagaikan kad imbas bergantung kepada keperluan para pelajar. Tambahan lagi, PASTI pusat juga telah menyediakan buku aktiviti yang mengandungai senarai aktiviti dan media yang akan digunakan dalam aktiviti yang akan dilakukan kepada para pelajar. Selain itu, keberkesanan media juga bergantung kepada kolaborasi kelima-lima deria utama iaitu mata, telinga hidung, lidah dan sentuhan yang merupakan medium penting untuk memastikan mesej pengajaran diterima baik oleh para pelajar. Deria merupakan sesuatu yang penting kepada para pelajar untuk memperolehi pengetahuan dan pengalaman langsung semasa proses pembelajaran berlangsung khususnya semasa penggunaan media. 5.2.3 Menganalisis pelaksanaan Penggunaan Media Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Modul Pendidikan PASTI Ummu Aiman. Dalam konteks hasil analisis pelaksanaan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, pengkaji lebih melihat kepada pelaksanaan semasa proses itu berlaku. Hal ini kerana, pengkaji hanya ingin melihat media yang 209

diaplikasikan dan bagaimana media ini mampu menarik perhatian para pelajar. Sepanjang pemerhatian yang dilakukan, para pelajar di PASTI Ummu Aiman boleh menerima dengan baik media yang digunakan oleh guru-guru di PASTI Ummu Aiman. Media Pendidikan yang digunakan adalah sesuai dengan tahap para pelajar berusia empat tahun. Hal ini kerana, dalam mengembangkan potensi diri para pelajar, guru telah mengunakan kaedah belajar sambil bermain sebagai salah satu wasilah untuk mendidik mereka. Justeru, media yang digunakan terhadap para pelajar mampu memberi kesan yang positif kepada perkembangan kognitif, sosioemosi, psikomotor, fizikal dan kerohanian. Para pelajar juga dilihat memberi tindak balas yang positif seperti memberi perhatian, menjawab soalan, mengangkat tangan mengikut arahan semasa pengajaran dilakukan khususnya terhadap media yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, penerimaan dapat dilihat apabila berlaku soal jawab antara guru dan pelajar hasil kolaborasi media yang sesuai dengan dedikasi dan kesungguhan guru. Penerimaan juga dapat dilihat melalui daya ingatan hasil dari pengulangan media lisan dalam hafalan doa, hadis dan ayat al-quran. Sebagai contoh para pelajar boleh mengingati dan menyebut kembali doa-doa dan hadis-hadis ringkas yang diajar oleh guru. Justeru kejayaan murid-murid mengingat hafalan-hafalan mereka adalah bukti penerimaan yang baik oleh para pelajar ketika proses pembelajaran. Di samping itu pengulangan lisan juga turut ditekankan untuk membentuk akhlak dan etika pelajar yang baik. Sebagai contoh para pelajar diajar supaya bersabar dan berakhlak ketika menunggu giliran untuk makan mahupun ketika aktiviti lain. Walaupun para pelajar K4T tidak mempunyai peperiksaan penilaian khusus, tetapi guru tetap melaksanakan penilaian kepada para pelajar, khususnya menilai 210

perkembangan pembelajaran kanak-kanak melalui catatan di dalam satu borang yang disediakan oleh PASTI untuk merekod perkembangan mereka (lampiran). 5.3 Cadangan kajian a) Cadangan Kepada Guru Guru merupakan kilang mengeluarkan modal insan untuk melahirkan masyarakat berkualiti dan berdaya saing sebagai aset yang sangat berharga kepada agama, bangsa dan negara. 1 Guru sepatutnya mempunyai pengetahuan yang menyeluruh dan pegangan yang kuat dalam mendidik anak bangsa agar lahir satu bangsa yang hebat dan bertamadun. Kanak-kanak seharusnya dididik bukan sahaja dari segi pembangunan akademik sahaja tetapi juga dari segi pembangunan jiwa dan rohani mereka. Kefahaman guru tentang peranan yang besar dipikul oleh mereka sebagai antara individu pertama yang memberi gambaran tentang kehidupan di dunia dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi. Guru yang produktif dan berkualiti akan menguasai media-media pendidikan yang sesuai dengan kanak-kanak untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. b) Cadangan kepada Ibu Bapa Ibu bapa sepatutnya tidak membiarkan dan melepaskan tanggungjawab hakiki kepada guru semata-mata. Ibu bapa sepatutnya meneruskan kesinambungan pendidikan yang di ajar di sekolah dan dipraktikkan di rumah. Sehubungan dengan itu ibu bapa seharusnya prihatin terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak. Kedua-dua belah pihak iaitu ibu bapa dan guru seharusnya saling berhubung dan bekerjasama untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan kefahaman kanak-kanak. 1 Saayah Abu, Menjadi Guru Tadika (Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd, 2007), 232. 211

c) Cadangan kepada Pengusaha prasekolah Pengusaha prasekolah sepatutnya menyediakan guru yang berpengalaman dan mempunyai minat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Justeru Latihan perguruan semasa berkhidmat hendaklah disediakan oleh pihak yang terbabit untuk meningkatkan pengetahuan guru tentang pedagogi pendidikan, psikologi awal kanakkanak, teori-teori pendidikan awal kanak-kanak serta kaedah pendidikan yang disarankan oleh ilmuan Islam seperti al-ghazali dan Nasih Ulwan. Di samping itu juga, pihak yang terbabit juga, seharusnya memahami keperluan guru untuk menyediakan media-media pendidikan yang terbaik dan sesuai kepada kanak-kanak. Oleh itu pihak pengurusan juga seharusnya diberi latihan dan khusus untuk melahirkan sebuah institusi pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berdaya saing. 5.4 Cadangan Penyelidikan lanjutan Berdasarkan kepada penemuan kajian ini, maka dicadangkan supaya kajian lanjutan dilakukan oleh pelbagai pihak pada masa akan datang. Hal ini kerana, kajian ini dilakukan terbatas ke atas media yang digunakan di PASTI Ummu Aiman sahaja dan secara khususnya digunakan oleh PASTI di seluruh Malaysia. Oleh itu adalah dicadangkan kajian yang serupa dilakukan di prasekolah-prasekolah yang lain untuk mengetahui perbezaan atau persamaan hasil kajian yang diperolehi. Dapatan kajian yang diperolehi dapat memberi faedah kepada banyak pihak seperti pelajar, guru dan juga pentadbir. Seperti yang kita ketahui, pendidikan prasekolah khususnya sedang mengalami perkembangan yang sangat pesat dan memerlukan penyelidikan di kalangan rakyat Malaysia khususnya untuk memperkembangkan lagi bidang ini. Penyelidikan dalam 212

bidang media pendidikan awal kanak-kanak masih boleh dianggap muda dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding dengan negara-negara barat. Justeru, Malaysia masih lagi kekurangan kepakaran dan bahan-bahan akademik seperti buku berkenaan dengan media pendidikan khususnya dalam Bahasa Melayu dan berunsurkan Pendidikan Islam yang sebenar. Dengan itu, adalah wajar untuk memperbanyakkan lagi kajian-kajian sama ada dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif untuk menemui media pendidikan yang signifikan dan sofistikated untuk diaplikasikan di prasekolah di Malaysia khususnya yang menerapkan Pendidikan Islam. Semoga isuisu yang dikaji akan menambahkan lagi gudang ilmu pengetahuan dalam bidang media pendidikan untuk dijadikan sebagai rujukan bagi mereka yang mengajar atau pun sedang belajar ilmu pendidikan. 5.5 Penutup Sebagai kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa PASTI telah menggunakan media pendidikan awal kanak-kanak yang sesuai dalam mengembangkan potensi diri dan menanamkan prinsip-prinsip Islam ke dalam diri mereka. Kanak-kanak telah disediakan dengan media pendidikan yang sesuai dengan peringkat dan usia mereka. Mereka akan memperolehi pengalaman yang menarik dan bermakna yang menjadi pengalaman dan ilmu yang berguna dalam proses pembesaran mereka. Di samping itu, guru merupakan individu yang penting dalam menjayakan media pendidikan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian penggunaan media akan mampu meningkatkan kualiti pengajaran serta kualiti kefahaman serta minat kanak-kanak. Memang diakui bahawa PASTI agak ketinggalan dalam menyediakan frasarana media pendidikan yang canggih namun semua itu bukan halangan untuk menyediakan suasana persekitaran pembelajaran 213

yang kondusif kepada para pelajar. Justeru pengkaji melihat usaha para guru untuk menyediakan media pendidikan dengan kreativiti sendiri adalah usaha yang baik dan perlu dipuji. Ini adalah cita-cita yang luhur untuk melahirkan generasi soleh pintar yang berkualiti pada agama, bangsa dan negara. 214