Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

dokumen-dokumen yang mirip
Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Penangguhan (Wijaya Mala)

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Program Team Building dikalangan pegawai kanan UTM

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Mellisa (Abdullah Hussain)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

KESUSASTERAAN MELAYU

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROJEK FESTIVAL MINI SWEETS & TREATS APLIKASI TEORI KEPIMPINAN SERVANT TERHADAP PENGURUS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kurikulum Kebangsaan

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TOPIC 2 STAKEHOLDER RELATIONSHIPS (HUBUNGAN BERKEPENTINGAN)

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

AWAS!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH Hakcipta Terpelihara

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KOM 3364: KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Minda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras)

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAHAGIAN A [ 40 Markah ] Jawab semua soalan. 1 Gambar 1 menunjukkan perkembangan bentuk roda Tamadun Mesopotamia. Perkembangan bentuk roda.

Pengurusan Strategik

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Buli. Kandungan: Prakata BAB 1 MENGENAL BULI. Pengenalan. Definisi Perlakuan Buli. Menentukan dan Mengenal Pasti Perlakuan Buli

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Taklimat untuk Guru BM

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

SEJARAH SPM 1249/2 (Set D)

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Transkripsi:

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary) Sinopsis Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang yang datang ke bumi untuk menjayakan satu misi. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin. Pemikiran Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran dan Chong.

Persoalan 1. Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. 2. Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. 3. Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. 4. Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. 5. Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020. Plot Plot drama ini digarap secara kronologi, melalui empat peringkat: 1. Permulaan Plot dimulakan dengan perbincangan serius antara Salmah, Chandran dan Chong sehingga mereka tertidur. 2. Perkembangan Kedatangan dua makhluk Utopia ke bumi dengan membawa misi suci dan memilih Malaysia kerana Malaysia mempunyai potensi yang boleh dimajukan sebagai sebuah negara model dunia. Chong berhujah tentang Malaysia yang sudah mempunyai kualiti pembangunan dan bangsa Malaysia mempunyai etika kerja berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Salmah turut mengemukakan hujah bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang muhibah di samping bangunan pencakar langit yang setanding negara maju. Chandran mahukan penjelasan sebab mereka dipilih untuk berdialog. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka merupakan bakal pemimpin negara. Perdebatan sengit berlaku antara tiga sahabat dan dua makhluk Utopia. Hujah tentang keagamaan dan ketuhanan turut diperkatakan oleh Salmah. Agama sepatutnya diutamakan dan dipraktikkan dengan fikiran yang rasional dan niat yang ikhlas serta suci. Perkara yang membimbangkannya ialah keadaan anak muda sekarang yang longgar kepercayaan agamanya yang menjadi punca kemerosotan moral.

3. Konflik Pada peringkat ini konflik timbul apabila Chandran merasai bahawa mereka sedang bermimpi. Chong berpendapat kemungkinan makhluk itu menyamar. Bagi Salmah, mereka meragui tentang makhluk itu kerana pendapat-pendapat yang bersanggah. 4. Klimaks Salmah, Chandran dan Chong akhirnya bersetuju akan perkara-perkara yang dihujahkan oleh makhluk Utopia. 5. Peleraian Akhirnya, tiga sahabat ini menjelaskan bahawa mereka harus merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan perkara yang dihujahkan. Mereka mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda dan memperkemaskan disiplin supaya setiap yang dirancang akan lebih berkesan. Mereka harus memulakannya dari sekarang. Teknik Plot 1. Teknik dialog Dialog antara watak Salmah, Chandran dan Chong, contohnya Chandran:Ah, Makhluk Utopia yang berdebat dengan kita tadi tu! Chong: Entah, aku rasa macam mimpi saja. Salmah:Tapi, takkanlah ketiga-tiga kita bermimpi serentak? 2. Teknik suspens Kedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka hendak lari.

Watak dan Perwatakan Watak Utama 1. Salmah Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang Berfikiran objektif, terbuka,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan. 2. Chandran Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu Berperawakan sederhana. Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda. 3. Chong Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa.

Watak Sampingan 1. Makhluk Utopia I dan II Makhluk asing dari planet Utopia Watak mereka muncul dalam mimpi Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan. Latar Latar masa waktu petang pada tahun 2020 Latar tempat Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar Latar masyarakat 1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong. 2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2. 3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia. 4. Masyarakat remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong menunjukkan cintanya kepada tanah air. Gaya Bahasa Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Nilai 1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara. 2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang. 3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi. Pengajaran 1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong. 2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. 3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental. 4. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. Latihan 1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda? 2. Nyatakan bukti-bukti bahawa negara Malaysia sudah mengalami pembangunan yang pesat. Jawapan 1. Usaha-usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda idapat dilakukan dengan cara melalui mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan di sekolah. Peranan media massa seperti tayangan dokumentari. Selain itu, kempen kewarganegaraan di seluruh sektor awam dan sektor swasta. 2. Bukti Negara Malaysia pesat membangun ialah pembinaan bangunan pencakar langit, pembinaan Jambatan Pulau Pinang,kereta nasional dan lebuh raya nasional.