PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

dokumen-dokumen yang mirip
PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

AGIHAN TAJUK. Nama Kursus : Penyelidikan Tindakan 1 - Matematik Pendidikan Rendah (Kaedah) Kod : MTE3133

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK dan SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN ll KOD KURSUS : MTE PELAPORAN (WAJARAN 70%)

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 PENYATAAN MASALAH

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

LAMPIRAN H. Nama pelajar. Tajuk Kajian. Guru Pembimbing

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

LEMBARAN KERJA PENULISAN FOLIO REKA CIPTA SPM UNTUK KEGUNAAN PELAJAR

LAPORAN ISU BUKU REKOD MENGAJAR TAJUK : PENYEMAKAN BUKU REKOD MENGAJAR

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB KONSEP PENYELIDIKAN PENGENALAN

PANDUAN PENULISAN DIGES PMS

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

INFO PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 DAN PENGGUNAAN BAHAN INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 MATA PELAJARAN : SAINS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

MELAKSANA (KUALITATIF) PENELITIAN TINDAKAN KELAS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KOM 3362 ISU-ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KOMPONEN PENJAMINAN KUALITI. Menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pencapaian murid

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

11-13 Mac 2015 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2015

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

Program Doktor Pendidikan Tinggi

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO AHMAD MAHER PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

LAPORAN PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT JANUARI-JUN Prosedur Objektif Kualiti Pencapaian Catatan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

KAJIAN TINDAKAN 2011

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

DISEDIAKAN OLEH: WAN HANIM NADRAH BINTI WAN MUDA FPTV BAB 1 TUGAS PENYELIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

KURSUS KAJIAN TINDAKAN Perancangan dan Pelaksanaan Kajian Tindakan di Sekolah

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Transkripsi:

TAJUK 6 PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN 6.1 Sinopsis Dalam melaksanakan sesuatu proses penyelidikan tindakan, memerlukan satu perancangan dan cadangan bermula pada peringkat awal lagi. Rancangan dan cadangan yang baik dan teliti akan menentukan kelancaran proses penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan. Bab ini akan membincangkan proses perancangan dan cadangan dalam penyelidikan tindakan. Sekiranya guru akan melakukan kajian tindakan dalam seting bilik darjah atau sekolahnya, satu kertas cadangan perlu dibuat untuk mengemukakan kepada pengurus sekolah. Kertas cadangan itu perlu mendapat sokongan daripada pentadbir sekolah dan pihak atasan yang lebih tinggi untuk membolehkan sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, atau menjadi pembantu penyelidik, atau sumbangan teknikal dan kewangan akan diberikan. Kertas cadangan perlu dibina mengikut format tertentu yang akan dilaksanakan mengikut turutan. 6.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Menjelaskan cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan 59

6.3 Kerangka konsep Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan: Rancangan Dan Cadangan Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan Merancang pelan tindakan Jadual kerja Soalan kajian Melaksana pelan tindakan Perbelanjaan Sumber literatur Mengumpul data Sumber rujukan Subjek kajian Refleksi : analisis dan huraian data 6.3.1 Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan Penyelidik perlu menyediakan penerangan tentang isu dan masalah bilik darjah yang telah dikenalpasti. Bagaimanakah anda mengenalpasti masalah tersebut? Jelaskan tentang murid yang terlibat dan kemungkinan kemungkinan punca isu dan masalah. Sekiranya fokus kajian bukan merupakan masalah dalm bilik darjah tetapi penyelidik sekadar ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perubahan yang boleh dilakukan atau keinginan memperbaiki sesuatu amalan, maka jelaskan juga matlamat keinginan, perubahan atau penambahbaikan yang ingin dicapai. 6.3.2 Soalan Kajian Dengan berpandukan fokus atau masalah kajian, penyelidik perlu membina soalan soalan kajian. Pastikan bahawa soalan soalan itu relevan dengan fokus kajian. Huraian mengenainya telah dibuat di bawah tajuk Proses Kajian Tindakan di atas. 60

6.3.3 Sumber literatur Pencarian menyeluruh literatur menggunakan menggunakan sumber sumber perpustakaan termasuk di perpustakaan maya seperti pengkalan data, teks, jurnal, laporan tesis dan penyelidikan, akhbar, penerbitan rasmi, internet atau pakar. Maklumat yang diperolehi akan dapat membantu dan menyokong keperluan penyelidikan. Tinjauan literatur perlu dibuat secara meluas dan mendalam serta dapat menjelaskan isu atau masalah secara komprehensif. Penulisan tinjauan literatur perli mengikut gaya dan format tertentu. Contohnya format APA ( American Psychology Association ) atau MLA 6.3.4 Subjek Kajian Persampelan kaedah memilih sampel atau subjek kajian yang terdiri daripada manusia, peristiwa, konsep( seperti motivasi) atau objek ( seperti komputer) yang ingin dikaji. Sampel merupakan sebahagian daripada populasi manakala subjek adalah individu yang terlibat secara langsung dengan kajian. Subjek boleh diambil daripada seluruh populasi dalam sebuah kelas. Contoh subjek ialah kesemua 29 orang pelajar tingkatan 4B. Sampel pula dipilih sebahagian daripada populasi sebuah sekolah. Strategi pemilihan sampel secara rawak atau tidak akan membolehkan penyelidik mensasarkan teknik pengumpulan data. Adakah perlu untuk menetukan saiz sampel yang dipilih sama ada kesemua sampel dalam satu kumpulan kecil atau sebilangan daripada populasi. Saiz sampel dibuat dengan menggunakan rumus tertentu secara spesifik. 6.3.5 Merancang pelan tindakan Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci tentang perancangan pelan tindakan. Ini merangkumi menjelaskan matlamat cadangan pelan tindakan yang berkait dengan masalah yang ingin diselesaikan, sebab-sebab cadangan pelan tindakan di ambil berdasarkan asas pemikiran atau teori dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangkan. 6.3.6 Melaksana pelan tindakan Penyelidik perlu menjelaskan proses pelaksanaan pelan tindakan yang dijalankan secara terperinci. Penjelasan ini perlulah merangkumi cara pelan tindakan dilaksanakan, pemerhatian 61

terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan, refleksi ke atas pengajaran, cara mentadbir ujian dan menganalisis data. 6.3.7 Mengumpul data Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang akan digunakan untuk mengumpul data. Contohnya pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik atau eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi, dan kemahiran penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan triangulasi. 6.3.8 Refleksi : Analisis dan huraian data Nyatakan bagaimana data diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah perisian SPSS digunakan? Sekiranya perisian SPSS digunakan, nyatakan versinya dengan lengkap. Terdapat perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantung kepada sama ada penyelidikan yang dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif atau kuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu jelaskan perinciannya. 6.3.9 Jadual Kerja Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti berikut: BIL AKTIVITI TARIKH 1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Feb Mac 2 Menulis proposal kajian April 3 Merancang tindakan April 4 Melaksanakan tindakan 1 2 31 Mei 5 Analisis tindakan 1 4 6 Jun 6 Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan 5 8 Julai tahun 7 Melaksanakan tindakan 2 1 30 Ogos 62

8 Analisis tindakan 2 9 Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2 10 12 Oktober 10 Refleksi kajian 15 Oktober 11 Menulis laporan kajian Jadual 1 Contoh jadual kerja 6.3.10 Perbelanjaan Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan tindakan yang akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan perbelanjaan. BIL BAHAN KOS (RM) 1 Kertas A4 (5 rim) 50.00 2 Bahan cetakan riso 50.00 3 Dakwat setakan komputer 150.00 4 Lain-lain 50.00 JUMLAH RM300.00 Jadual 2 Contoh perbelanjaan 6.3.11 Sumber rujukan Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumber rujukan yang telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkan pembaca membuat rujukan berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan orang lain atau penulis asal bahan rujukan. Ia juga merupakan satu cara menunjukkan bahawa penyelidik bertanggungjawab dengan perkara yang dikemukakan di samping untuk mengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan literatur ditulis mengikut gaya dan format APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis mengikut format APA. 6.3.12. Reka bentuk ujian Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yang digunakan itu merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) atau kuantitatif (korelasi, expost-facto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi 63

eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikan eksperimental, nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan. Latihan Apakah yang anda faham mengenai cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan dan sejauh mana ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah penyelidikan tindakan anda. 64