Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Malaysia (910)

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TA BIR SYAFAWI (UTS) DMT14/2

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian


SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Cikgu Norrehan Jabbar. Cikgu Marhaini Mohamad. - Sekolah Rendah Henry Park - (SH Malay Language) (Guru Bahasa Melayu - P2)

Kesusasteraan Melayu (922)

BAHASA MELAYU B (8613)

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Cikgu Norrehan Jabbar. (Guru Bahasa Melayu - P2) - Sekolah Rendah Henry Park -

FU: 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

MEMBANTU ANAK ANDA MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN LISAN

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

3756/1 PRINSIP AKAUN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

CHIA CHONG YANG A143398

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

2011

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

i. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

Cikgu Fitri Cikgu Marhaini - Sekolah Rendah Henry Park -

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

MAKLUMAT KURIKULUM DARJAH 5. Cikgu Sharifah Maznah

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Lampiran I ம ணவர வ பரப ப வம 1. : 2. : 3. / 4. : 5. : : 6... (UPSR) : A B C D E 7. : : ( ) 8. :

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

Transkripsi:

Bahasa Arab (913) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun 2012, sebanyak 1519 orang calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini dan 48.52% daripadanya telah mendapat lulus penuh. Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Gred A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F Peratusan 0.99 1.12 2.83 5.46 9.55 12.83 15.74 6.71 9.29 7.70 27.78 RESPONS CALON KERTAS 913/1 (BAHASA) Komen am Secara keseluruhannya, prestasi calon pada tahun ini adalah lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya. Terdapat dua orang calon yang berjaya memperoleh markah tertinggi, iaitu 60 markah daripada markah penuh 100 markah dan dua orang calon yang mendapat markah terendah, iaitu 0 markah. Secara umumnya, prestasi calon dalam bahagian karangan, pemahaman, dan tatabahasa adalah baik. Empat soalan, iaitu soalan 2, 3, 6, dan 7 ialah soalan yang beraras mudah. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam soalan tersebut mudah difahami. Bagi soalan 1, 4, 5, 11, 12, dan 13 pula berada pada aras sederhana, manakala soalan 8, 9, dan 10 ialah soalan yang beraras sukar. Komen soalan demi soalan BAHAGIAN I: Karangan Soalan 1 Soalan ini menghendaki calon menulis sepucuk surat yang akan ditujukan kepada sahabatnya yang berada di luar negara. Calon dikehendaki memberikan panduan kepada sahabatnya agar dapat datang ke Malaysia, seterusnya menuju ke rumah calon. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini hanya menceritakan keindahan Malaysia dengan pantainya yang bersih dan pokok-pokok yang menghijau. Calon sepatutnya terlebih dahulu mengenal pasti lokasi sahabatnya dan memberikan panduan untuk sampai ke Malaysia, sama ada melalui jalan darat, laut, atau udara. Seterusnya, calon sepatutnya memberikan panduan kepada sahabatnya untuk sampai ke rumahnya, sama ada dengan menggunakan teksi, bas, tren, atau sebagainya. Soalan 2 Soalan 2 menghendaki calon mengenal pasti seorang guru dan menyatakan kehebatan gurunya itu. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini tidak dapat menjawabnya dengan baik. Mereka hanya 14

menyatakan kepentingan ilmu dan peranan guru secara umum tanpa menyatakan mana-mana guru secara khusus. Calon sepatutnya memilih seorang guru yang dianggap hebat dan menyatakan ciri kehebatan guru tersebut dari sudut penampilan, kaedah pengajaran, paras rupa, dan sebagainya. Soalan 3 Soalan 3 menghendaki calon menyatakan program atau perancangan yang akan dilaksanakan terhadap anak-anak mereka dalam membentuk generasi soleh sekiranya calon menjadi seorang bapa atau ibu pada suatu hari nanti. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini hanya menerangkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka secara umum tanpa menyatakan perancangan mereka sendiri. Terdapat juga calon yang menjawabnya dengan menyatakan pengorbanan dan jasa ibu bapa kepada mereka. Calon sepatutnya mengemukakan idea atau merancang program khas untuk mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak yang soleh sekiranya calon menjadi ibu atau bapa pada suatu hari nanti. Soalan 4 Soalan 4 menghendaki calon menyatakan keistimewaan yang terdapat dalam perlawanan bola sepak yang pernah disaksikannya dan menyatakan keistimewaan perlawanan tersebut berbanding dengan perlawanan yang lain. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini tidak dapat mengemukakan isi dengan baik. Mereka hanya menceritakan pengalaman menonton perlawanan bola sepak yang hebat tanpa menyatakan keistimewaan perlawanan tersebut. Terdapat juga calon yang tersasar daripada tajuk ini. Mereka menceritakan keseronokannya bermain bola sepak bersama dengan rakan-rakan. Calon sepatutnya menyatakan bahawa keistimewaan perlawanan tersebut dari segi penganjuran, kecekapan dan semangat juang pemain, kesopanan penonton, kecekapan penganjur, dan sebagainya. Soalan 5 Soalan 5 menghendaki calon menyatakan kemajuan Malaysia dalam bidang ekonomi selepas lebih 50 tahun merdeka. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Keterbatasan calon dalam menguasai istilah telah membataskan idea yang hendak disampaikan. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini melihat ekonomi Malaysia dari sudut yang sempit. Mereka mengukur kemajuan ekonomi dengan hanya melihat kemajuan fizikal. Calon sepatutnya melihat kemajuan ekonomi dari sudut yang lebih luas, seperti hutang negara yang semakin berkurang, hasil pengeluaran negara yang semakin meningkat, pertambahan bilangan pelabur asing, kuasa membeli yang tinggi, dan sebagainya. Soalan 6 Soalan 6 menghendaki calon menerangkan kaedah penjagaan udara yang bersih di Malaysia. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini dapat menjawabnya dengan baik. Calon dapat mengemukakan beberapa idea dalam menjaga kebersihan udara daripada tercemar. Antara jawapannya adalah dengan mengekalkan pokok-pokok yang hijau, menguatkuasakan undang-undang penjagaan alam sekitar, di samping mengadakan beberapa program pemuliharaan alam, seperti menanam pokok dan mengurangkan pembakaran secara terbuka. BAHAGIAN II: Terjemahan Soalan 7 Soalan ini menghendaki calon menterjemahkan petikan teks bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab. Kebanyakan calon tidak dapat menterjemahkan petikan yang diberi dengan menggunakan bahasa Arab 15

yang betul. Mereka hanya menterjemahkan perkataan yang diketahuinya dan meninggalkan beberapa perkataan lain yang tidak diketahui terjemahannya, seperti sejati, ikatan darah, persemendaan, dan perniagaan. Terdapat juga calon yang cuba menterjemahkan petikan tersebut tetapi tidak menggunakan gaya bahasa Arab. Calon masih terpengaruh dengan gaya bahasa teks asal, iaitu gaya bahasa Melayu kerana calon cuba menterjemahkan teks tersebut dengan cara terjemahan perkataan demi perkataan. Sepatutnya terjemahan itu dilakukan mengikut ayat demi ayat. Ada juga calon yang mengekalkan beberapa perkataan bahasa Melayu dalam terjemahan mereka. Hal ini berlaku kerana mereka lemah dalam bidang tatabahasa selain kekurangan perbendaharaan kata tentang tajuk tersebut. BAHAGIAN III: Kefahaman Soalan 8 Soalan (a), (b), dan (c) menghendaki calon mengemukakan jawapan berdasarkan teks yang diberi. Kebanyakan calon dapat mengemukakan jawapan yang betul. Namun demikian, kegagalan calon untuk mengolah ayat mengikut kehendak soalan telah menyebabkan calon tidak mendapat markah penuh. Terdapat juga calon yang hanya memetik mana-mana ayat atau bahagian petikan untuk dijadikan jawapan tanpa mengambil kira kehendak soalan. Soalan (d) pula menghendaki calon membina ayat yang lengkap dengan menggunakan perkataan yang diberikan. Kebanyakan calon hanya dapat membina dua daripada empat ayat yang dikehendaki. Hal ini berlaku kerana calon kurang memahami makna perkataan yang diberikan. Soalan (e) pula menghendaki calon menyatakan kedudukan i rab perkataan yang digariskan di bawahnya. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini kerana lemah dalam bidang nahu. Soalan 9 Soalan (a), (b), dan (c) menghendaki calon mengemukakan jawapan berdasarkan teks yang diberi. Kebanyakan calon dapat mengemukakan jawapan daripada petikan tetapi gagal mengolah jawapan mereka dengan menggunakan gaya bahasa mereka sendiri. Terdapat juga calon yang hanya memetik manamana ayat atau bahagian petikan dan mencantumkannya menjadi jawapan tanpa mengambil kira isi dan kehendak soalan. Hal ini berlaku kerana calon lemah dalam memahami teks yang diberikan. Soalan (d) pula menghendaki calon membina ayat yang lengkap dengan menggunakan perkataan berlawanan bagi perkataan yang diberikan. Kebanyakan calon hanya dapat menjawab satu daripada empat soalan yang dikemukakan disebabkan calon kekurangan perbendaharaan kata dan tidak memahami maksud perkataan tersebut. Soalan (e) pula menghendaki calon membariskan perkataan yang digariskan di bawahnya. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini kerana mereka lemah dalam bidang nahu selain kurang memahami makna perkataan tersebut. BAHAGIAN IV: Meringkaskan Karangan Soalan 10 Soalan ini menghendaki calon meringkaskan satu petikan yang panjangnya kira-kira 270 patah perkataan kepada ringkasan yang panjangnya tidak lebih daripada 90 patah perkataan dengan menggunakan gaya bahasa mereka sendiri. Kelemahan calon amat ketara dalam bahagian ini, terutamanya dari segi teknik meringkaskan karangan. Kebanyakan calon hanya menyalin petikan asal, meninggalkan perkataan tertentu, dan mencantumkannya dengan perkataan yang lain. Hal ini menyebabkan ringkasan karangan tersebut sukar difahami dan tidak memperlihatkan wacana yang utuh. Calon sepatutnya mengenal pasti isi penting terlebih dahulu dan kemudian mengolahnya dengan menggunakan tatabahasa dan penanda wacana yang betul untuk menghasilkan satu ringkasan karangan yang berkualiti. 16

BAHAGIAN V: Qawaid Soalan 11 Soalan (a) menghendaki calon mengenal pasti lima perkataan yang salah penggunaannya dalam petikan yang diberikan dan membetulkannya. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini hanya dapat mengenal pasti dua daripada lima perkataan yang dikehendaki kerana calon lemah dalam penguasaan tatabahasa. Soalan (b) pula menghendaki calon menulis satu teks perbualan menggunakan gaya bahasa yang diberikan. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini hanya dapat menjawab tiga daripada lima gaya bahasa yang dikehendaki, iaitu gaya bahasa syarat, madah, dan ta ajub. Soalan 12 Soalan (a) menghendaki calon membina ayat yang lengkap menggunakan ciri ayat yang diberikan. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini hanya dapat menjawab dua daripada lima ciri ayat yang dikehendaki, iaitu tamyiz adad dan adad murakkab. Hal ini berlaku kerana calon lemah dalam penguasaan tatabahasa dan saraf. Soalan (b) pula menghendaki calon mengisikan tempat kosong yang diberikan dengan menggunakan perkataan yang sesuai berdasarkan kata dasar yang dikemukakan. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini hanya dapat mengisi empat daripada sepuluh tempat kosong dengan betul. Hal ini disebabkan calon lemah dalam bidang saraf selain kurang memahami teks yang diberikan. Soalan 13 Soalan (a) menghendaki calon mengenal pasti lima perkataan yang salah penggunaannya dalam petikan yang diberikan dan membetulkannya. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini tidak dapat menjawabnya dengan baik. Mereka tidak dapat menggunakan kaedah yang betul dalam pembinaan ayat yang mengandungi idafah terutamanya idafah bagi bilangan dua dan jamak. Hal ini berlaku kerana calon lemah dalam penguasaan tatabahasa, terutamanya idafah. Soalan (b) pula menghendaki calon menulis satu teks perbualan dengan menggunakan ciri ayat yang diberikan. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini hanya dapat menjawab tiga daripada lima ciri ayat yang dikehendaki, iaitu maf ul fih, maf ul mutlak, dan maf ul liajlih kerana calon lemah dalam bidang nahu. KERTAS 913/2 (KESUSASTERAAN) Komen am Secara keseluruhannya, prestasi calon adalah lemah. Berdasarkan jawapan yang diberikan jelas menggambarkan bahawa calon tidak menguasai teknik menjawab soalan yang dikemukakan selain lemah dalam memahami kehendak soalan. BAHAGIAN I: Puisi Soalan 1 Soalan (a) menghendaki calon membincangkan ciri utama unsur khayalan dan gambaran yang terdapat dalam puisi zaman jahiliyah. Kebanyakan calon yang memilih soalan ini dapat menjawabnya dengan baik. Mereka menjawab soalan ini dengan menyatakan ciri yang lain, seperti unsur lafaz, uslub, makna, dan sebagainya. Antara ciri utama unsur khayalan dan gambaran yang terdapat dalam puisi zaman jahiliyah ialah kebanyakan puisinya berasaskan tashbih, istiarah, kinayah, dan majaz. Soalan (b) pula menghendaki calon menyatakan sebab penyusunan puisi tersebut dengan menjelaskan temanya. Kebanyakan calon yang 17

memilih soalan ini dapat menjawabnya tetapi tidak lengkap. Soalan (c) menghendaki calon menyatakan dua isi penting yang terdapat dalam puisi yang dikemukakan. Kebanyakan calon dapat menyatakan keduadua isi penting yang dikehendaki walaupun kurang sempurna. Soalan (d) menghendaki calon mengenal pasti dua unsur balaghah yang terdapat dalam baris keempat dan kelima serta menerangkan jenisnya. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan 2 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan makna-makna yang terdapat dalam puisi zaman permulaan awal Islam. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara makna yang terdapat dalam puisi awal Islam ialah makna yang bercirikan nilai murni yang terdapat dalam Islam. Kebanyakannya diambil daripada al-quran. Soalan (b) pula menghendaki calon menyatakan pemilik puisi tersebut dan menerangkan peristiwa yang membawa penciptaan puisi tersebut. Kebanyakan calon hanya dapat menyatakan pemilik puisi tersebut. Calon tidak dapat menerangkan peristiwa peperangan al-qadisiah yang ada kaitannya dengan penciptaan puisi tersebut. Soalan (c) menghendaki calon menerangkan tiga isi penting yang terdapat dalam puisi tersebut. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana tidak memahami kandungan puisi yang diberikan. Soalan (d) menghendaki calon mengenal pasti dua unsur kinayah yang terdapat dalam baris keempat puisi tersebut. Kebanyakan calon dapat menjawabnya dengan baik. Soalan 3 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan tiga faktor perkembangan kebudayaan dan pengetahuan pada zaman Abbasiyah. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Hal ini berlaku kerana calon lemah dalam mengingati fakta sejarah sastera tersebut. Antara faktor perkembangan kebudayaan dan pengetahuan pada zaman Abbasiyah ialah galakan yang diberikan oleh pemimpin dan pemerintah dalam mengembangkan ilmu dan kebudayaan dengan memuliakan golongan ilmuan dan sebagainya. Soalan (b) pula menghendaki calon mengkritik puisi yang diberikan. Kebanyakan calon hanya dapat menjawab satu daripada tiga kritikan yang dikehendaki. Antara kritikannya ialah puisi tersebut mengandungi tahap pemikiran yang tajam dan makna yang tersendiri. Soalan (c) menghendaki calon menerangkan maksud perkataan yang diberikan. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Terdapat juga calon yang menjawab soalan ini dengan cara meneka kerana tidak mengetahui maksud perkataan tersebut. Soalan (d) pula menghendaki calon mengenal pasti gaya bahasa tibaq dan jinas ghair tam yang terdapat dalam rangkap puisi yang dikemukakan dan menerangkan maksudnya. Hanya sebahagian kecil calon yang dapat menjawab soalan ini dengan baik manakala sebahagian yang lain menjawabnya dengan cara meneka. Hal ini demikian kerana calon lemah dalam bidang balaghah terutamanya topik yang berkaitan tibaq dan jinas. BAHAGIAN II: Prosa Soalan 4 Soalan (a) menghendaki calon menyatakan tiga tema yang terdapat dalam hadis nabi tersebut. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara tema yang terdapat dalam hadis tersebut ialah penyataan tentang keindahan kandungan al-quran. Soalan (b) menghendaki calon menerangkan tiga pengaruh hadis nabi terhadap sastera Arab. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara pengaruh hadis nabi terhadap sastera Arab ialah disiplin ayat dan persembahan bahasa hadis dapat memberikan panduan kepada penulis puisi dalam mencipta puisi yang baik dan berkualiti. Soalan 18

(c) menghendaki calon menyatakan dua isi penting yang terdapat dalam hadis tersebut. Kebanyakan calon hanya dapat menyatakan satu daripada dua isi penting yang dikehendaki. Hal ini demikian disebabkan calon lemah dalam memahami hadis yang diberikan. Soalan (d) pula menghendaki calon menyatakan sebab hadis ini menonjolkan penggunaan perkataan lau dan meminta calon mengenal pasti dan menerangkan unsur tibaq ijabi daripada hadis tersebut. Kebanyakan calon dapat menjawabnya dengan baik. Soalan 5 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan tiga sebab perkembangan khutbah pada zaman Umawi. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Terdapat juga calon yang cuba menjawabnya tetapi tidak dapat menghuraikannya dengan baik. Antara sebab perkembangan khutbah pada zaman Umawi ialah kemunculan pelbagai golongan yang mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza dalam hal politik pemerintahan. Golongan ini menggunakan khutbah sebagai medium untuk mengemukakan pandangan dan pendirian mereka kepada masyarakat. Soalan (b) pula menghendaki calon menerangkan tiga isi penting yang terdapat dalam khutbah. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Kebanyakan calon menjawabnya dengan menyalin semula teks khutbah yang diberikan. Soalan (c) menghendaki calon menyatakan makna perkataan yang diberikan. Kebanyakan calon menjawab soalan ini dengan cara meneka. Hal ini demikian disebabkan calon lemah dalam penguasaan perbendaharaan kata selain tidak memahami kandungan teks yang diberikan. Soalan (d) menghendaki calon mengenal pasti dua unsur balaghah daripada khutbah tersebut. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan 6 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan keadaan prosa dan gambaran perkembangannya pada zaman Abbasiah. Hanya sebahagian kecil calon yang dapat menjawab soalan ini dengan baik manakala sebahagian yang lain tidak dapat menjawabnya. Para pengkaji dan pengkritik sastera telah memberikan definisi prosa sebagai suatu bentuk percakapan yang bebas dan tidak terikat dengan ikatan wazan serta persamaan rima di akhir rangkap. Prosa ini terbahagi kepada beberapa jenis genre, seperti khutbah, wasiah, dan hikmah. Kemudian, muncul pula genre baru berasaskan penulisan, antaranya al-rasail, al-maqamat, rencana, cerita, dan drama. Soalan (b) menghendaki calon menerangkan jenis surat dan kepada siapa surat itu ditujukan. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, terutamanya jenis surat tersebut. Soalan (c) pula menghendaki calon menerangkan penulis menggambarkan keadaan dan perasaannya terhadap kawannya dalam surat tersebut. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana kurang memahami teks tersebut. Soalan (d) menghendaki calon mengenal pasti satu unsur jinas dan satu unsur tashbih yang terdapat dalam surat berkenaan. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. BAHAGIAN III: Prama Sastera Soalan 7 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan konsep ijaz qasr dan ijaz hazf. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Hal ini disebabkan calon tidak memahami atau mengetahui konsep tersebut dengan baik. Soalan (b) pula menghendaki calon mengenal pasti ijaz qasr dan ijaz hazf bagi contoh yang diberikan. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan (c) pula menghendaki calon mengenal pasti unsur wajhu shabah bagi setiap contoh ayat yang diberikan. Kebanyakan calon dapat menjawabnya dengan betul. 19

Soalan 8 Soalan (a) menghendaki calon mengenal pasti lafaz kinayah bagi contoh yang diberikan. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Kebanyakan calon menjawabnya dengan cara meneka kerana mereka tidak menguasai tajuk ini dengan baik. Soalan (b) menghendaki calon mengenal pasti mushabbah dan mushabbah bih dalam ayat-ayat yang diberikan. Kebanyakan calon hanya dapat menjawab dua daripada tiga soalan yang diberikan. Soalan 9 Soalan (a) menghendaki calon menerangkan konsep jinas. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Soalan (b) menghendaki calon menyatakan jenis jinas bagi setiap contoh yang diberikan. Kebanyakan calon tidak dapat menjawabnya dengan baik dan tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Soalan (c) pula menghendaki calon menerangkan makna kinayah bagi contoh yang diberikan. Kebanyakan calon hanya dapat menjawab satu daripada tiga soalan yang dikemukakan. Soalan (d) pula menghendaki calon menyatakan perkataan yang dikhazafkan bagi contoh yang diberikan. Kebanyakan calon hanya dapat menjawab satu daripada tiga soalan yang diberikan. Hal ini disebabkan calon tidak menguasai tajuk tersebut. Soalan 10 Soalan (a) menghendaki calon menyatakan maksud tibaq. Hanya sebahagian calon yang dapat menjawab soalan ini dengan baik manakala selebihnya menjawabnya secara meneka. Hal ini disebabkan calon tidak mengetahui makna tibaq walaupun memahami konsepnya. Soalan (b) menghendaki calon mengenal pasti tibaq bagi setiap contoh yang diberikan. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik manakala sebahagian lain hanya dapat menjawab dua daripada empat soalan yang diberikan. Soalan (c) pula menghendaki calon menerangkan alaqah bagi setiap contoh yang bergaris di bawahnya. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana calon lemah dalam tajuk tersebut. KERTAS 3 (UJIAN LISAN) BAHAGIAN I: Bacaan Qawaid Umumnya, calon lemah dalam aspek nahu dan saraf. Kelemahan ini dapat dilihat ketika calon membaca teks yang diberikan. Terdapat calon yang cuba mengelak kesilapan dengan meninggalkan sebutan baris bagi huruf yang terakhir dan terdapat juga calon yang membariskan perkataan secara meneka. Kelemahan calon juga ketara apabila mereka tidak membariskan perkataan dengan betul. Ini bermakna calon tidak memahami makna petikan yang dibaca, di samping tidak dapat mengenal pasti kedudukan mubtada, khabar, feel, fail, dan huruf jar. Fasahah Umumnya, prestasi calon dalam aspek ini adalah lemah. Kesilapan yang sering dilakukan ialah calon membaca petikan dengan terhenti-henti, teragak-agak, dan mengulang sebutan dengan menukar sebutan,ت,ض,د baris yang tidak diyakini. Terdapat juga calon yang tidak jelas ketika menyebut huruf, seperti dan sebagainya. Ada juga calon yang menokok tambah perkataan lain yang tidak berkaitan ش,س,ذ,ز,ط atau meninggalkan sebutan perkataan yang sedia ada. 20

Ilqa Oleh sebab calon tidak memahami teks yang dibaca, kebanyakannya membaca secara mendatar dan tersangkut-sangkut. Selain itu, terdapat calon yang membaca teks dengan terlalu pantas sehingga mengabaikan tanda baris. Ada juga calon yang membaca teks dengan terlalu lambat kerana tidak memahami kaedah membaris dan menyebut perkataan yang diberikan. Tidak kurang juga calon yang gemuruh sehingga tidak dapat membaca teks dengan lancar. BAHAGIAN II: Perbualan Qawaid Umumnya, calon terlalu lemah dalam penguasaan tatabahasa Arab. Kelemahan ini dapat dikesan dalam perbualan mereka. Calon juga lemah dalam pengaplikasian pengetahuan tatabahasa. Selain itu, kesalahan juga sering berlaku, terutamanya dalam perkara asas dalam nahu, seperti penggunaan kata sandaran, kata sifat, dan kata sendi. Fasahah Kebanyakan calon lemah dari aspek ini. Antara kelemahan calon ialah mereka berbual dengan nada yang tersangkut-sangkut dan berulang-ulang. Terdapat juga calon yang berbual dengan nada suara yang rendah sehingga sukar didengar dan terdapat juga calon yang tidak mampu menyebut perkataan dengan jelas melalui makhraj huruf yang betul. Ilqa Umumnya, prestasi calon dari segi gaya penyampaian dan nada suara adalah sederhana. Calon perlu membuat latihan secara berterusan dengan berpandukan kaedah penyampaian yang betul supaya dapat menyamai gaya sebutan orang Arab. Isi Umumnya, calon dapat mengemukakan isi yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Hanya calon yang terlalu lemah dalam penguasaan bahasa Arab tidak dapat mengemukakan isi yang dikehendaki. 21