BAB EMPAT PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN. Bab ini membincangkan pandangan peserta kajian tentang masalah

dokumen-dokumen yang mirip
Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB LIMA. dan cadangan kajian selanjutnya. Berdasarkan kepada sorotan kajian, penyelidikan tentang penaakulan moral dalam kalangan pelajar telah

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

Kesetiaan kepada Syarikat

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Surat Akuan. Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali, seorang penuntut di Universiti. Malaya. Saya sedang menjalankan kajian di peringkat Doktor Falsafah

Penyelewengan tingkah laku remaja: punca & rawatan. Sinopsis:

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Pengurusan Bilik Darjah

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Pengenalan Sjkkblk Sejak kebelakangan iikd ini kadar jenayah hd dan masalah lh sosial ildi kalangan remaja semakin meningkat dengan begitu ketara seka

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Teknik berkesan mendidik anak. Sinopsis:

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

KEMAHIRAN MENDENGAR. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KONSEP KENDIRI (Part 5)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BINA INSAN GURU INVENTORI PERSONALITI SIDEK.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

Memilih Sikap Positif

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Langkah : pengetahuan teori perkembangan /psikologi kanak-kanak/ pemerhatian sistematik

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

11 Cerita Sosial Adab

Pengenalan kepada Kaunseling

ARAHAN: ( )

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

REKA BENTUK MAKLUM BALAS DISEDIAKAN OLEH MEJAR BERSEKUTU (PA) PROF MADYA DR TAN WEE HOE

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Unit 5 Pendekatan Tematik

MANUSIA DAN MASALAH PANDANGAN TENTANG MAUNSIA; Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap I

Panduan Guru Versi 2. Layari untuk versi terbaru.

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

Kajian kes dan transkrip consulting:

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 523 Psikologi Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua

Seterusnya? Memahami Kesedihan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Transkripsi:

97 BAB EMPAT PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN 4.0 Pengenalan Bab ini membincangkan pandangan peserta kajian tentang masalah moral serta orientasi moral mereka. Perbincangan pada peringkat awal akan menyentuh tiga perkara yang menjadi topik utama dalam sesi temu bual iaitu pemahaman peserta kajian mengenai maksud masalah moral, pandangan mereka mengenai faktor-faktor yang menyebabkan masalah moral serta pendapat mereka tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah moral. Perbincangan seterusnya mengemukakan kategori-kategori orientasi moral serta persamaan dan perbezaan orientasi moral antara peserta. Persamaan dan perbezaan dilihat antara peserta lelaki salah laku dan tidak salah laku, peserta perempuan salah laku dan tidak salah laku, peserta lelaki salah laku dan perempuan salah laku, peserta lelaki tidak salah laku dan perempuan tidak salah laku. 4. Pemahaman Mengenai Maksud Masalah Moral Temu bual dan perbincangan tentang maksud masalah moral menunjukkan peserta mempunyai pandangan tersendiri. Mereka berpendapat masalah moral merupakan perbuatan yang menyalahi peraturan-peraturan

98 sekolah, keruntuhan akhlak atau kombinasi antara masalah sikap dan peraturan sekolah. Reza dan Raj berpendapat bahawa masalah moral melibatkan kegagalan seseorang pelajar mematuhi peraturan sekolah. Reza menjelaskan masalah moral sebagai perkara yang menyalahi undang-undang sekolah seperti ponteng, bergaduh atau menghisap rokok (Reza, sesi 2:35). Hal ini hampir sama dengan pandangan Raj, iaitu masalah moral bermaksud perkara yang dilakukan salah dari segi peraturan atau undang-undang (Raj, sesi :05-08). Ramai peserta yang mengaitkan masalah moral sebagai keruntuhan akhlak. Pendapat ini diutarakan oleh Chan, Yap, Siva, Nor, Gina, Dila dan Devi. Menurut Chan, masalah moral ialah perkara yang tak baguslah, yang melibatkan perangai tak elok, sikap juga akhlak yang tak elok (Chan, sesi 2:80). Yap juga memberikan maksud yang hampir sama, menurutnya masalah moral ialah hal-hal yang berkaitan dengan sikap. Siva pula menyatakan masalah moral ialah, perangai yang tak baiklah, gaduh-gaduh, kasi pecah barang dalam sekolah, ponteng sekolah, macam itu tak elok punyalah (Siva, sesi : 257-258). Peserta perempuan seperti Nor menggambarkan masalah moral sebagai masalah akhlak dan tingkah laku pelajar. Katanya, Cara dia orang bergaul...pergaulan tak terbatas pergaulan antara perempuan dan lelaki yang melampaui batas, tak muhrim (Nor, sesi 2:7-20). Gina, Dila dan Devi tidak dapat memberikan maksud masalah moral secara jelas sebaliknya hanya menganggap masalah moral berkaitan dengan sikap negatif. Gina mengaitkan masalah moral sebagai keadaan gaduh-gaduh, tentang sikap, nilai dan

99 perangai (Gina, sesi 2:73). Manakala, Dila menyatakan masalah moral sebagai buat benda-benda yang tak eloklah dan Devi mengaitkan maksud masalah moral sebagai sikap yang tidak baik seperti mengganggu pelajar perempuan. Terdapat juga peserta kajian yang mengaitkan masalah moral dengan dua situasi iaitu pelanggaran peraturan sekolah serta berkaitan dengan masalah sikap. Pandangan ini telah diberikan oleh Shah dan Fang. Shah berpendapat masalah moral adalah keadaan di mana seseorang buat perangai yang tak baiklah, macam merokok, ponteng sekolah dan melanggar peraturan sekolah" (Shah, sesi :59). Di samping itu, dia juga berpendapat masalah moral berkaitan dengan, pelajar yang sering membuli pelajar lain, terlibat dengan ponteng sekolah, sering menganggap diri mereka berkuasa di sekolah dan sikap tak baik (Shah, sesi :60-6). Fang berpendapat masalah moral sebagai seorang budak yang tak ada disiplin, buat perangai terpesong dari segi sosial, fikiran, emosi dan mental (Fang, sesi 3: 9-2). Pandangan di atas menunjukkan setiap peserta memahami istilah masalah moral walaupun kurang membincangkannya secara jelas. 4.2 Punca Penglibatan Dalam Masalah Moral Perbincangan tentang faktor-faktor yang mendorong salah laku pelajar menunjukkan peserta-peserta kajian berupaya memberikan pandangan masingmasing. Keseluruhannya terdapat tiga faktor utama yang dikemukakan, iaitu faktor pengaruh rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor keluarga. Setiap faktor ini pula memberi beberapa sebab berlakunya masalah moral. Berdasarkan

200 jadual 4.0 di bawah, Reza telah menyebut beberapa punca yang menyebabkan penglibatan pelajar dalam masalah moral. Antaranya, pengaruh kawan. Persahabatan yang dibina dengan mereka yang sering terlibat dengan masalah moral, mampu meningkatkan peratusan diri untuk turut terikut dan terjebak dalam masalah moral. Hal ini demikian kerana desakan hati serta perasaan ingin mencuba. Reza berpendapat pada usia remaja, memang tidak dapat dinafikan seseorang suka mencuba perkara baru sehingga tidak dapat membezakan yang baik dengan yang buruk. Keluarga porak-peranda juga menyumbang kepada masalah moral kerana anak-anak merasakan tidak mendapat perhatian, kekurangan kasih sayang di samping didikan sempurna daripada keluarga dan kelima, kerana keturunan. Bagaimanapun, Reza berpendapat, pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan seseorang terjebak dalam masalah moral. Hal ini berlaku disebabkan oleh kesilapan diri mereka sendiri.

20 Jadual 4.0 Punca penglibatan pelajar dalam masalah moral dan pihak yang dipersalah Nama Peserta Punca Pihak yang dipersalahkan Reza. Pengaruh kawan 2. Perasaan ingin mencuba 3. Masalah keluarga 4. Kurang kasih sayang 5. Keturunan Diri sendiri Chan Raj Shah Yap Siva. Pengaruh rakan sebaya 2. Tidak matang 3. Kesunyian dan kebosanan. Pengaruh kawan 2. Ibu bapa tidak mendidik. Pengaruh kawan 2. Ibu bapa tidak mendidik. Sakit hati 2. Perasaan terganggu 3. Tiada bimbingan ibu bapa 4. Kesunyian. Tiada didikan ibu bapa 2. Kurang kasih sayang 3. Keluarga berpecahbelah Diri sendiri Ibu bapa Ibu bapa dan diri sendiri Ibu bapa dan diri sendiri Ibu bapa Penglibatan dalam masalah moral boleh memberi kesan yang mendalam serta penyesalan, bagaimanapun menurutnya, pelajar terpaksa meneruskan aktiviti tersebut, seperti katanya, sebab kita yang terlibat dan terjebak sendiri, kenapa nak salahkan diri orang lain, kalau kita dah terlibat baru kita rasa menyesal, tapi kita terpaksa ikut terus ikut! (Reza, sesi 2:4-43).

202 Reza berpendapat, penglibatan seorang kanak-kanak dalam masalah moral berkemungkinan disebabkan pengaruh rakan sebaya di samping kurang kawalan ibu bapa. Berbeza pula dengan remaja, segala kesilapan dan kesalahan terletak di atas bahu mereka, kerana menurut Reza remaja mempunyai keupayaan untuk berfikir, maka sekiranya terlibat dengan masalah moral, diri mereka sendiri harus dipersalah. Reza turut juga meletakkan kesalahan kepada ibu bapa kerana tidak membimbing dan memberi kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak. Seterusnya, Chan berpendapat punca masalah moral mempunyai kaitan dengan pengaruh rakan sebaya serta sikap individu yang membuta tuli dalam tindakan iaitu tidak mahu berfikir sebelum bertindak. Menurutnya, tengok pelajarlah, kalau lebih bersikap rasional, taklah terlibat, tapi kalau jenis mainmain, ambil mudah, lebih mudahlah terpengaruh (Chan, sesi 2:87-88). Justeru itu, menurutnya golongan yang berfikiran matang sering membuat pertimbangan sebelum bertindak. Chan juga memberi pandangan bahawa masalah remaja pada hari ini adalah kerana tidak matang dalam penyelesaian masalah. Ini menyebabkan remaja lalai dalam pelajaran, suka membuang masa dengan melepak dan tidak berminat untuk belajar. Dengan itu, beliau yakin kebanyakan pelajar menjadikan aktiviti melepak di kedai kopi dan di pusat snuker disebabkan ibu bapa sibuk bekerja dan tidak dapat meluangkan masa untuk anak-anak. Ini bermakna, kesunyian dan kebosanan mendorong anak keluar untuk berseronok dan akhirnya terpengaruh dengan masalah moral.

203 Apabila membincangkan mengenai punca masalah moral pelajar, Raj telah mengutarakan faktor pengaruh kawan sebaya sebagai faktor utama. Seperti katanya, apabila seseorang pelajar merokok dan ponteng, dia akan memaksa kita untuk mengikut mereka... kalau tak pergi, mereka akan pukul, mereka ugut jadi kena pandai-pandai jaga diri (Raj, sesi : 2-22). Walaupun Raj mengetahui kehebatan pengaruh rakan sebaya namun dia tetap bergaul dengan rakan-rakan yang tergolong dalam kumpulan pelajar salah laku. Bagaimanapun Raj tidak mudah terpengaruh dengan sikap mereka seperti katanya, saya juga ada kawan yang bermasalah, tapi saya hanya follow yang positive way, yang negatif saya tak ikut (Raj, sesi :6-7). Raj berpendapat, ibu bapa memainkan peranan besar dalam mendidik anak-anak mereka, di mana menurutnya, ibu bapa juga punca anak terlibat dengan masalah moral salah laku kerana ibu bapa tak take care, mereka tak jaga, tidak mengawal dan tidak mendidik anak mereka (Raj, sesi :82-83). Menurut Raj, tugas ibu bapa yang utama, ialah mendidik anak-anak seperti katanya, Jaga anak-anak walaupun bekerja, ajar nilai-nilai yang baik kalau tak mereka akan berjumpa rakan sebaya...mereka akan dipengaruhi...mereka tak akan tahu yang mana baik dan buruk (Raj, sesi :9-93). Tambahnya, ibu bapa yang bekerja shif sukar sedikit melayan anak mereka. Hal ini demikian kerana waktu kerja yang tidak menentu. Namun ini tidak bermaksud mereka boleh membelakangkan anak-anak mereka atau lepas tangan.

204 Berbeza dengan Shah, beliau hanya mampu menyebut bahawa konflik keluarga mendorong pelajar terlibat dengan masalah moral. Shah tidak membuat sebarang huraian atau penjelasan bagi faktor yang telah dinyatakan. Sebaliknya menyalahkan kedua-dua ibu bapa serta diri sendiri sekiranya terlibat dengan masalah moral. Bagaimanapun, Yap mampu membincangkan soal ini. Beliau berpendapat kebanyakan pelajar terlibat dengan masalah moral adalah disebabkan mereka sakit hati, tersinggung perasaan serta tiada bimbingan kedua ibu bapa. Sikap tersebut akhirnya akan menjadi tabiat dan tidak mudah diubah lagi. Menurutnya, pelajar bermasalah moral berbeza dengan pelajar yang tidak bermasalah moral, di mana menurutnya pelajar tidak bermasalah moral sering menghabiskan masa dengan membaca buku serta kurang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sedangkan mereka yang bermasalah moral sering terlibat dalam aktiviti di luar sekolah seperti merayau-rayau, berhibur dan melepak. Yap berpendapat anak yang sering dibiarkan sendirian di rumah kurang mendapat bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar daripada kedua ibu bapa. Akibatnya, mereka akan berasa kesunyian dan terdorong mencari hiburan di luar seperti yang terjadi kepada dirinya. Siva pula berpendapat masalah moral dalam kalangan pelajar disebabkan oleh pengaruh kawan dan pada masa yang sama tidak mendengar nasihat ibu bapa. Beliau berpendapat, apabila ibu bapa tidak menjaga dan mendidik anak mereka, anak tersebut akan kehilangan kasih sayang dan menjadi penyebab kepada penglibatan aktiviti tidak bermoral. Siva juga

205 menegaskan bahawa untuk menjamin kebahagiaan keluarga, setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing. Tambahnya, ibu bapa perlu juga menganggap anak-anak sebagai sahabat agar komunikasi menjadi lebih berkesan. Peserta-peserta kajian perempuan juga dapat membincangkan masalah moral dalam kalangan pelajar. Nor berpendapat pelajar-pelajar bermasalah moral sering kali datangnya daripada keluarga yang berpecah-belah, di mana anak-anak tiada tempat bergantung. Keadaan ini memudahkan rakan sebaya mempengaruhi mereka. Tambahnya, mungkin juga faktor persekitaran yang menyebabkan mereka masuk dalam kancah itu (Nor, sesi 2: 55-56). Menurut Nor seseorang pelajar terlibat dengan masalah moral mungkin juga disebabkan pergaulan yang tidak terbatas. Nor berpendapat mereka mungkin menerima kebebasan dalam hidup, nak cuba sesuatu yang baru, serta nak dapatkan pengalaman (Nor, sesi : 2-3). Nor juga berpendapat, dunia hari ini membuktikan terdapatnya anak yang terlalu sukakan kebebasan sedangkan keluarga bersikap terlalu mengongkong. Ini mendorong keinginan anak-anak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik di belakang keluarga. Selain itu, Nor menjelaskan, keluarga yang tidak memberi kasih sayang juga boleh menyebabkan anak bermasalah. Menurutnya, ibu bapa tidak boleh bergaduh di hadapan anak-anak sebaliknya sentiasa memberi semangat kepada anak-anak mereka. Beliau berkata, ibu bapa yang cerai berai, atau ada pergaduhan suami isteri, ini jadi tekanan dalam situasi di rumah, keluarga berpecah, mereka tak dapat beri kasih sayang, jadi anak akan

206 bermasalah moral tapi ada keluarga baik, anak masih terlibat, ini salah diri sendiri (Nor, sesi 2: 04-06). Menurut Nor lagi, jika seseorang pelajar terlibat dengan masalah moral, pelajar itu tidak boleh menyalahkan pihak lain kerana katanya, diri sendirilah bersalah, sebab dah meningkat remaja, dah boleh fikir yang mana baik dan buruk (Nor: sesi 2: 48-49). Jadual 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah moral dan pihak yang dipersalahkan. Nama Peserta Faktor-faktor Siapa dipersalahkan Nor. Pengaruh kawan 2. Perasaan ingin mencuba 3. Masalah keluarga 4. Kurang kasih sayang Diri sendiri Fang Gina Dila Kristina Devi. Ibu bapa tidak mendidik 2. Ingin menarik perhatian 3. Ingin mendapatkan kasih sayang. Pengaruh kawan 2. Ibu bapa tidak mendidik. Pengaruh kawan 2. Ibu bapa tidak mendidik 3. Ingin mencuba. Pengaruh kawan 2. Keturunan. Tidak ada didikan Ibu bapa 2. Pengaruh kawan Ibu bapa Ibu bapa Ibu bapa Diri sendiri Diri sendiri Fang pula mempunyai pandangan yang berbeza. Pada fikirannya, masalah moral berlaku disebabkan seseorang ingin menarik perhatian orang lain

207 seperti katanya contoh sekarang kan budak buat bising (sengaja membuat bising) dalam kelas sebab cikgu tak masuk, jadi mereka nak cikgu masuk tengok apa yang mereka buat dan bincang (Fang, sesi 3: 5-6). Menurutnya, individu yang cuba menarik perhatian pihak lain sama ada guru ataupun ibu bapa untuk mendapatkan kasih sayang menyebabkan individu tersebut terlibat dengan masalah salah laku dan juga masalah moral. Perbincangan tentang masalah moral pelajar pada masa ini, Fang berpendapat faktor utama seseorang terlibat dengan masalah moral ialah kerana keluarga mereka. Ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak mereka sedangkan anak-anak inginkan lebih perhatian, dan sekiranya tidak diberi perhatian mereka akan menjadi lebih ganas. Gina pula menegaskan bahawa pengaruh rakan sebaya dan kurang didikan ibu bapa adalah antara faktor yang menyebabkan seseorang terlibat dengan salah laku. Menurutnya, ibu bapa yang sibuk mencari kebendaan sering melupakan tanggungjawab mendidik anak. Menurutnya, anak terdedah kepada pengaruh rakan sebaya dan menjadi kewajipan ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka. Di samping itu, Gina percaya kebanyakan anak yang bermasalah sering terlibat dalam aktiviti ponteng, samseng dan suka bercinta (Gina, sesi :76-78). Menurutnya, remaja juga kurang arif dalam mengambil tindakan untuk kehidupan mereka. Dia menegaskan kegagalan membentuk dan mendidik anak menjadi manusia yang sempurna merupakan kesilapan ibu bapa. Dila, menerangkan penglibatan seseorang dengan salah laku adalah kerana kawan, seperti katanya,...selalu kerana kawan, kalau dia berkawan

208 dengan pencuri, nanti kawan dia yang mencuri tu tunjuk hari ini dapat bendabenda ini, nanti tentu suka tengok, orang itu ada, dia tak ada nanti lama-lama dia pun teringinlah, lepas lama-lama itu mencuri..(dila, sesi 3:4-9). Menurutnya lagi, kadang kala keadaan juga menyebabkan seseorang itu terpaksa melakukan aktiviti tidak baik, seperti katanya,...dulu dia mencuri sekarang dah tak, tapi bila dia nak kerja...orang tahu dia pencuri so tak nak ambil, dia jadi lama-lama dia mencurilah balik (Dila, sesi 3:4-9). Walau bagaimanapun, Dila tetap menegaskan bahawa punca utama seseorang pelajar terlibat dengan salah laku adalah kerana pengaruh kawan dan ditambah sikap ingin meneroka perkara baru, seperti katanya, Saja suka-suka, cuba-cuba, lama-lama dah biasa., seperti cikgu pernah kata tak boleh ponteng, tapi pasal nak cuba, ponteng sekolah jugak rasa nak cuba, lepas itu kawan-kawan kata boleh pergi sana sini, boleh terlepas dari cikgu-cikgu Masa first time tu rasa takut tapi lepas waktu nak balik sekolah rasa seronok pulak, jadi happy, lamalama tak rasa bersalahlah,dah berjaya lakukan (Dila, sesi 3:64-82). Dila juga berpendapat bahawa kesalahan tidak harus diletakkan pada pelajar sahaja, malah keluarga juga perlu disalahkan, kerana menurutnya, Kalau jadi jahat, mungkin dalam keluarga, dia dilayan ala kadar, bagi dia biasa-biasa sahaja, contoh bagi abang lebih, dia kurang atau kalau sayang lebih sangat, apa yang dia buat tak peduli pun (Dila, sesi 3: 47-49). Sikap pilih kasih seperti ini telah menyebabkan anak-anak kecewa dan berkecil hati. Kristina pula mempunyai pandangan tersendiri. Katanya, pelajar yang terlibat dengan salah laku adalah disebabkan mengikut jejak bapa mereka atau

209 kerana pengaruh kawan. Bagi dirinya pelajar perempuan dan lelaki sama jahatnya. Kristina berpendapat, rakan sebaya berkemampuan memujuk kawankawan mereka yang terjebak dalam kes-kes tidak bermoral dan kes-kes salah laku. Menurut Kristina, beliau berpegang kepada prinsip bahawa dalam apa keadaan sekali pun, diri sendiri bertanggungjawab dalam segala hal. Menurutnya ibu bapa tidak boleh disalahkan jika anak terlibat dengan kes salah laku. Katanya, Diri dia sendirilah, kenapa nak ikut kalau kawan-kawan buat, kita kenapa nak buatkan, keluarga mungkin jaga tapi kita tak tahu, sendiri saje lah salah (Kristina, sesi 3: 22-25). Apabila membincangkan masalah moral dan salah laku remaja, Devi menyatakan bahawa penglibatan pelajar adalah disebabkan pengaruh kawan serta kegagalan ibu bapa menjaga dan menasihati anak mereka. Walaupun katanya, Ibu bapa mesti bagi nasihat... tapi mereka tak dengar...mereka yang salah...sebab tak dengar nasihat ibu bapa (Devi, sesi 2:80-8). Disebabkan itu, Devi tetap dengan pendiriannya, bahawa sekiranya anak terlibat dengan masalah moral, ini adalah berpunca daripada diri sendiri. Menurutnya anak-anak wajib mendengar nasihat ibu bapa jika ingin menjadi anak yang baik. Bagaimanapun, ibu bapa bukan penentu utama kerana di mana terdapat juga peserta salah laku dan tidak salah laku yang turut menyalahkan diri sendiri sekiranya terlibat dalam masalah moral. Ini mungkin dipengaruhi oleh latar belakang keluarga masing-masing. Peserta seperti Reza, Chan dan Nor yang mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa, tidak menyalahkan ibu bapa. Manakala, peserta seperti Shah, Yap dan Siva yang mempunyai masalah

20 dengan ahli keluarga telah menyalahkan ibu bapa sekiranya anak terlibat dengan masalah moral. Bagaimanapun, Shah dan Yap turut menyalahkan diri sendiri juga. Kesimpulannya, perbincangan bab empat menunjukkan terdapat beberapa persamaan juga perbezaan pendapat antara peserta salah laku dan tidak salah laku apabila membincangkan mengenai masalah moral. Hampir kesemua peserta bersetuju bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar serta penting untuk membentuk anak-anak yang tidak bermasalah moral. Secara keseluruhannya, didapati tiada perbezaan yang ketara antara peserta salah laku dan tidak salah laku dalam memperkatakan mengenai faktorfaktor yang menyebabkan masalah moral. Hampir kesemua peserta menyentuh faktor pengaruh rakan sebaya, diri sendiri serta keluarga telah mendorong kepada masalah moral di kalangan pelajar-pelajar. Pelbagai pandangan yang telah diutarakan dan dibincangkan memperlihatkan keupayaan dan kemampuan peserta kajian membincangkan topik yang diberikan. Ini dijangka mampu mempengaruhi orientasi moral peserta-peserta kajian tersebut sewaktu membincangkan vignet-vignet dilema sebenar. 4.3 Kategori Orientasi Moral Bahagian ini akan memberi gambaran yang jelas tentang kategori orientasi moral. Kategori telah ditentukan berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh peserta apabila memberi respons kepada vignet dilema sebenar. Data yang diperoleh daripada temu bual telah diklasifikasikan kepada 7 kategori

2 yang dikumpulkan dalam empat orientasi moral. Orientasi moral tersebut ialah orientasi pertimbangan kendiri, orientasi keprihatinan, orientasi keadilan, dan orientasi gabungan (Jadual 4.2). Bagi orientasi pertimbangan kendiri, sebanyak empat alasan telah diberikan. Lima alasan diberikan untuk orientasi keprihatinan, lima alasan juga diberikan untuk orientasi keadilan manakala tiga alasan diberikan untuk orientasi gabungan.

22 Jadual 4.2 Jenis Orientasi dan Alasan ORIENTASI MORAL Orientasi Pertimbangan Kendiri:(PK) Alasan yang memberikan kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. Mempamerkan perasaan peribadi serta cadangan alternatif yang menguntungkan dan memberikan kebaikan kepada watak utama. Orientasi Keprihatinan:(K) Menyentuh mengenai perhubungan, pertalian, rasa tanggujawab watak utama terhadap orang lain di dalam vignet disuarakan Orientasi Keadilan: (A) Merujuk kepada peraturan, undang-undang, kebenaran dan kesaksamaan watak utama di suarakan ALASAN YANG DIBERI Contoh: (PK)Kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. (PK2)Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK3)Perasaan peribadi kepada watak utama (PK4) Pertimbangan alternatif (K)Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K2)Kesan sekiranya mengekalkan perhubungan (K3)Perasaan terhadap orang lain (K4)Menjaga kelakuan dan kehormatan diri (K5)Berkhidmat demi keharmonian (A)Hak atau tugas seseorang (A2)Mempertahankan keadilan atau membuktikan tidak bersalah (A3)Timbal balik (A4)Menurut perintah atau berbincang dengan individu (A5)Menyalahkan/menyetujui atau tidak menyalahkan/ tidak menyetujui Orientasi Gabungan: (G) Lebih daripada satu orientasi disuarakan (G) Orientasi Pertimbangan Kendirikeprihatinan (G2) Orientasi Pertimbangan Kendirikeadilan (G3) Orientasi Keprihatinan-keadilan

23 4.3. Orientasi Pertimbangan Kendiri Orientasi ini merujuk kepada alasan yang memberi kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. Orientasi ini juga mempamerkan perasaan peribadi serta cadangan alternatif yang menguntungkan dan memberi kebaikan kepada watak utama. Data yang diperoleh mempamerkan empat kategori bagi orientasi pertimbangan kendiri. (a) Kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama (PK) Merujuk kepada alasan atau tindakan yang diberi bakal memberi kesan kepada diri atau anggota badan sama ada melibatkan perasaan ataupun tidak. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Kalau kena marah kena pukul, saya fikir rasa marah sahaja...mati lagi bagus (Kristina, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 34) Takut dia panggil geng-geng dia mungkin lelaki, belasah saya, mungkin hari ini tak terancam tapi satu hari mungkin terancam..tugas itu mesti jalan tapi nyawa kena jagalah (Fang, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 4-42) Rasanya elok bagi tahu cikgu, mungkin akan dibelasah di luar sekolah tapi sekurang-kurangnya dia telah memberitahu cikgu sekurang-kurangnya boleh melindungi dia dan ajar dia (Fang, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 2-4)

24 (b) Manfaat dan kebaikan kepada watak utama Merujuk kepada keinginan bagi mendapatkan keselamatan, kebendaan dan emosi yang lebih baik. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. contoh: Kerja dapat duit..masukkan dalam bank, janji ada kerja dapat duit (Shah, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 63) Lagi o.k kerja pensyarah lagi baik daripada pasar malam..kerja ini mana untung (Siva, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 3-32) Paling baik pindah sekolah, saya rasa paling baik, takut masalah bertambahtambah lagi, dapat persekitaran yang baru, tak payah tengok yang sama (Nor, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 35-36) (c) Perasaan peribadi pada watak utama (PK3) Alasan yang diberikan merujuk terus kepada perasaan yang sedang dialami atau bakal dialami oleh watak utama. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Dia ini berada dalam keadaan tension...dia tak dapat bergaul dengan mereka, (cuma) beberapa minit sahaja so dia macam balas dendam, dia sepatutnya fahami situasi mak bapak dia (Raj, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 74-76)

25 Perasaan dia sedih, kecewa, boring pergi sekolah balik tak ada orang nak bercakap, seorang diri sahaja (Reza, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 29-30) Semua orang melakukan kerja yang sama setiap hari, kalau dia rasa kecewa maknanya semua orang pun rasa kecewa kerana semua orang pergi sekolah ke, tuisyen ke, belajar ke (Chan, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 38-40) (d) Pertimbangan alternatif Merujuk kepada alasan yang memberikan cadangan, pandangan atau pilihan lain yang boleh dilakukan oleh watak utama bagi menyelesaikan masalah. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Kena buat jadual harian.berniaga sampai pukul sepuluh balik mandi, makan, tidur, besok pagi bangun pergi sekolah berjalanlah di sekolah ( Siva, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 50-52) Tukar perniagaanlah, pergi ke pasar pagilah, kerja pagi hingga petang, tak kacau Limlah nanti pagi Lim pergi sekolah, balik sekolah tolonglah sikit sampai pukul tujuh ke, tiga ke, malam boleh belajar (Siva, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 66) Mak dia patut duduk rumah jaga dia, beri lebih perhatian, ayah dia hari minggu bawak dia pergi berjalan-jalanke (Dila, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 29-30)

26 4.3.2 Orientasi Keprihatinan Menyuarakan mengenai perhubungan, pertalian, kewajipan watak utama terhadap keluarga atau orang lain. Orientasi ini tidak mempunyai hubungan dengan peraturan atau undang-undang sebaliknya lebih menitikberatkan sikap mengambil berat dan rasa tanggungjawab sesama manusia. Data yang diperoleh menunjukkan kehadiran lima alasan. Alasan yang diberikan ialah: (a) Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K) Alasan yang diberi merujuk kepada rasa tanggungjawab kerana mengenangkan perhubungan yang wujud antara diri dengan orang lain atau keluarga. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Tolong ibu bapa di pasar malam, siang belajar malam tolonglah keluarga kena tolong sebab nak cari duit kalau tak, nak makan apa (Shah, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 72-73) Kalau tak ada cara lain kena kerja, mungkin dia boleh tolong, tapi kalau ramai orang senang sikit, kalau tiga orang terpaksa tolong ibu bapa dia, sebagai anak kena tolong ibu bapa (Raj, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 9-20)

27 (b) Kesan sekiranya mengekalkan perhubungan (K2) Alasan yang diberi mengutamakan kesan positif dalam hubungan dan mengelakkan hubungan yang tidak baik. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Dengarlah, kita kena dengar cakap mak bapak kerana kalau mak bapak tak restu apa yang kita nak buat tak akan jadi (Dila, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 83-84) Kalau nak orang senang hati dengan dia, janganlah tegas sangat, kalau spot check tu check biasa-biasa sahaja, nanti orang lebih kamcing (baik) dengan dia (Dila, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 55-56) (c) Perasaan terhadap orang lain (K3) Tindakan dan alasan yang diberi mempamerkan perasaan kasih sayang, prihatin dan simpati terhadap orang lain. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Kalau membunuh diri itu pandangan yang sangat negatiflah, sebab membunuh diri mengecewakan kedua ibu bapa dan menyusahkan hati mereka (Chan, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 44-46)

28 Ingat sebelum buat, kena fikir mak bapak dan adik-beradik, macamana dengan mereka nanti (Dila, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 28) (d) Menjaga kelakuan dan kehormatan diri (K4) Alasan yang diberi mempamerkan kepentingan menjaga kelakuan dan maruah diri. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Dia kena ubah perangai, ubah sikaplah terutama jadi budak baik, baru boleh ngam (sesuai) dengan keluarganya (Gina, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 47) Kurang sikitlah bercampur dengan kawan, tak perlulah berjumpa dengan kawan-kawan, kalau dia nak berubahlah (Yap, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 55-56) (e) Berkhidmat demi keharmonian (K5) Alasan yang diberi mengutamakan perasaan bertimbang rasa, memaafkan demi mengekalkan perhubungan semasa bertugas, di samping mengelakkan persengketaan semasa menjalankan tugas. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Kalau pertama kali buat salah beri peluang, beri nasihat, jangan terus ambil tindakan, kerana semua orang pun ada buat kesilapan, beri peluanglah, kalau tak serius punya perkara (Chan, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 26-28)

29 Dalam situasi di mana pelajar-pelajar yang kasar, dia perlu lemah lembut sikit tidak mengambil tindakan tapi nasihati mereka (Raj, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 27-28) 4.3.3 Orientasi Keadilan Alasan yang diberi untuk orientasi ini telah menyuarakan peraturan, kebenaran dan kesaksamaan watak utama. Data yang diperoleh menunjukkan terdapat lima alasan iaitu: (a) Tugas dan tanggungjawab seseorang (A) Merujuk kepada hak, amanah atau tugas yang perlu dilakukan oleh watak utama bagi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Kalau dia orang cakap mereka punya berani, kita kena tunjuk pada mereka ini tugas kita, kita kena selesaikan, jalankan tugas dengan baik sebab ini amanah yang kena jalankan (Siva, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 5-53) Saya rasa Lim perlu berpegang kepada prinsip dia, pegang cita-cita dia (Chan, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 36) (b) Mendapatkan Keadilan (A2) Peserta memberikan alasan demi menegakkan kebenaran watak utama atau pihak lain dengan mengambil tindakan yang dijangka seadilnya. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini.

220 Contoh: Kalau kita kena belasah teruk-teruk..ambil tindakan yang lagi keraslah, bukan kita yang cari pasal, kena berani kerana benar (Raj, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 75-77) Saya rasa dia tak boleh bantu ibu bapa dan meneruskan pelajaran pada masa yang sama, kalau last sekali tak payah pergilah, sebagai peserta kajian dia tidak bersalah kalau tak tolong keluarga dia (Chan, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 75-76) (c) Timbal balik (A3) Mengulangi tindakan yang sama seperti yang diperlakukan pada watak utama. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Tapi saya rasa mak bapak kena berkorban untuk besarkan anak-anak tapi kalau mak bapak dah uzur baru kita berkorban untuk mak bapak kita (Reza, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 33-34). Kita lawanlah...kalau saya, saya pukul balik, sebab mereka pukul sayalah, kalau saya lembut mereka lagi buli dan kacau saya (Kristina, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 36-37)

22 (d) Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan (A4) Peserta kajian mengutarakan alasan di mana watak utama perlu mengikut kehendak autoriti atau berbincang untuk mendapatkan persetujuan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Bincang dengan guru disiplin, macam mana nak selesaikan masalah, bincang juga dengan mereka yang lakukan kesalahanlah (Chan, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 30-3) Kena jumpa cikgu mungkin dapat selesai masalah, bagi jalan nak buat macam mana, jumpa cikgu dulu, bincang jumpa pelajar itu (Nor, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 8-9) e) Menyalahkan/menyetujui atau tidak menyalahkan/ tidak menyetujui (A5) Orientasi ini merujuk kepada alasan yang menyalahkan atau tidak menyalahkan pihak lain. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Boleh jadi jahat sebab pengaruh kawan dan kadang-kadang sebab mak bapak tak cakap, tak jaga atau tak nasihat mereka...boleh jadi jahat jugak (Shah, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 43-44) Ini masalah kecil, tapi orang lain bagi dia susah...tapi tak boleh bunuh diri, itu salah mak ayah dan kawan-kawan yang banding-banding (Devi, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 57-58)

222 4.3.4 Orientasi Gabungan Orientasi gabungan merujuk kepada respons pelajar yang mempunyai dua alasan yang boleh dikategorikan dalam orientasi yang berbeza. Kehadiran dua kategori yang berbeza ini menyebabkan berlakunya penggabungan dua orientasi. Data menunjukkan wujudnya tiga orientasi iaitu: (a) Orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G ) Orientasi ini menunjukkan wujudnya alasan-alasan yang dikategorikan kepada dua orientasi iaitu orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keprihatinan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Berapa serius ke, membunuh diri itu tindakan yang sangat bodohlah, sebab apa perkara pun ada jalan, boleh diselesaikan, kalau bunuh diri itu tak berani, saya rasa seorang yang agak bodohlah, kerana ibu bapa yang melahirkan dia, kalau membunuh diri akan merosakkan hati ibu bapa dan juga tak bagus kerana mencederakan diri sendiri (Chan, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 55-59) Alasan pertama iaitu Berapa serius ke, membunuh diri itu tindakan yang sangat bodohlah, sebab apa perkara pun ada jalan, boleh diselesaikan, kalau bunuh diri itu tak berani, saya rasa seorang yang agak bodohlah merupakan orientasi pertimbangan kendiri manakala..kerana ibu bapa yang melahirkan dia, kalau membunuh diri akan merosakkan hati ibu bapa dan juga tak bagus kerana mencederakan diri sendiri merupakan orientasi keprihatinan.

223 (b) Orientasi Pertimbangan Kendiri-Keadilan (G2) Gabungan ini menunjukkan terdapat gabungan alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: Tengoklah kalau serius sangat, mungkin orang ketawa tapi nyawa lagi penting...kalau cikgu mungkin pujuk tapi nyawa lebih penting, cikgu memang pentingkan disiplin sekolah dan bukan anak didik mereka, macam nyawa tak berharga...biar mereka ejek-ejek, tapi buat tak tahulah, hingga mereka rasa boringlah (Fang, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 64-68) Alasan yang diberikan di atas iaitu: Tengoklah kalau serius sangat, mungkin orang ketawa tapi nyawa lagi penting...kalau cikgu mungkin pujuk tapi nyawa lebih penting, cikgu memang pentingkan disiplin sekolah dan bukan anak didik mereka, macam nyawa tak berharga diletakkan dalam orientasi pertimbangan kendiri manakala alasan..biar mereka ejek-ejek, tapi buat tak tahulah, hingga mereka rasa boringlah pula berada dalam orientasi keadilan. (c) Orientasi keprihatinan-keadilan (G3) Orientasi ini menunjukkan kehadiran dua orientasi iaitu orientasi keprihatinan dan orientasi keadilan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini.

224 Contoh: Kalau sebagai pengawas, pukul orang atau buat yang salah dari segi peraturan, tentu jawatan lucut dan imej pun dah tak baik, kalau ada merit lagi teruk, rasa biarlah mereka, jangan peduli kena bersabarlah (Fang, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 57-59) Alasan Kalau sebagai pengawas, pukul orang atau buat yang salah dari segi peraturan, tentu jawatan lucut dan imej pun dah tak baik, kalau ada merit lagi teruk,. Alasan ini dikategorikan dalam orientasi pertimbangan keprihatinan manakala rasa biarlah mereka, jangan peduli kena bersabarlah pula di letakkan dalam orientasi keprihatinan. 4.4 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Penentuan orientasi moral berdasarkan vignet dilema sebenar akan menjawab soalan kajian yang ke dua. Memandangkan terdapat empat vignet dilema sebenar yang ditemu bual maka persoalan kajian akan dijawab berdasarkan dapatan setiap vignet. Hal ini demikian kerana setiap vignet membawa isu yang berbeza. 4.4. Orientasi moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Dapatan kajian dimulakan dengan menentukan orientasi moral peserta kajian apabila memberi respons kepada Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi. Orientasi moral peserta kajian berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi akan digambarkan dalam jadual 4.3 dan 4.4 di bawah.

225 Peserta kajian Lelaki Jadual 4.3 Orientasi Moral Peserta Kajian Lelaki Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Kekerapan alasan Orientasi Moral Peserta kajian tidak salah Peserta kajian salah laku laku Reza Chan Raj Shah Yap Siva Orientasi pertimbangan 3 4 6 - - 2 kendiri Orientasi keprihatinan - - 2 Orientasi keadilan 3 4 7 2 5 6 Orientasi gabungan - - - - - - Jadual 4.3 di atas menunjukkan kekerapan peserta kajian memberikan alasan untuk empat jenis orientasi. Peserta kajian lelaki tidak salah laku (Reza, Chan dan Raj) memberikan alasan yang seimbang antara orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan. Bagaimanapun, Reza dan Chan masih memberikan satu alasan setiap seorang bagi orientasi keprihatinan. Peserta kajian tidak salah laku (Shah, Chan dan Raj) pula memberi alasan yang menjurus kepada orientasi keadilan. Bagaimanapun, Yap memberikan dua alasan bagi orientasi keprihatinan manakala Siva memberikan dua alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri dan satu alasan orientasi keprihatinan.

226 Peserta kajian Perempuan Jadual 4.4 Orientasi Moral Peserta Kajian Perempuan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Kekerapan alasan Orientasi Moral Peserta kajian tidak salah laku Peserta kajian salah laku Nor Fang Gina Dila Kristina Devi Orientasi pertimbangan 2-2 7 4 4 kendiri Orientasi keprihatinan - 2 - - Orientasi keadilan 2 6 5 6 5 4 Orientasi gabungan - - - - - Jadual 4.4 menunjukkan jumlah alasan yang telah diberikan oleh peserta perempuan tidak salah laku dan salah laku apabila memberi respons kepada Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi. Peserta kajian perempuan tidak salah laku iaitu Nor memberikan dua alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan manakala satu alasan bagi orientasi gabungan. Fang dan Gina lebih banyak menggunakan orientasi keadilan. Fang telah memberikan 5 alasan manakala Gina memberi 6 alasan. Peserta kajian salah laku pula memberi jumlah alasan yang hampir di antara orientasi pertimbangan kendiri dengan orientasi keadilan. Terdapat 9 alasan telah diberikan untuk orientasi pertimbangan diri dan peserta salah laku telah memberikan 5 alasan daripada 9 alasan tersebut. Peserta salah laku juga telah memberikan 5 alasan daripada kesemua 28 alasan bagi orientasi keadilan.

227 4.4.. Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Kesemua peserta kajian lelaki kecuali dua orang (Shah dan Yap) memberi sekurang-kurangnya dua alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri. Kata-kata seperti Perasaan dia sedih, kecewa, boring pergi sekolah balik tak ada orang nak bercakap, seorang diri sahaja (Reza, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 29-30) telah digunakan. Bagi Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi terdapat 5 alasan diberi daripada 45 alasan secara keseluruhannya. Empat alasan utama yang telah dikenal pasti ialah, kategori Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama (PK) menunjukkan dua alasan diberi, satu oleh Chan dan satu lagi oleh Siva. Ungkapan seperti sangat berbahaya pada diri sendiri (Chan) dan nanti akan dikenakan tindakan disiplin (Siva) menunjukkan PK telah digunakan. Alasan seumpama ini diberikan apabila merujuk kepada tindakan Moi Moi melibatkan diri dengan aktiviti tidak bermoral. Bagi peserta perempuan pula hanya satu alasan telah diberikan iaitu oleh Dila.

228 Jadual 4.5 Kekerapan Alasan Bagi Kategori Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Alasan yang diberi (PK) Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama. (PK2) Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK3) Perasaan peribadi pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif Lelaki Perempuan R C R S Y Si N F G D K Dv j 3 5 2 2 3 4 3 2 2 Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi Kesemua peserta kajian lelaki kecuali dua orang (Shah dan Yap) memberikan sekurang-kurangnya dua alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri. Bagi vignet dilema sebenar kendiri Moi Moi terdapat 5 alasan diberi daripada 45 alasan secara keseluruhannya. Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama (PK) memberikan dua alasan, satu oleh Chan dan satu lagi oleh Siva. Ungkapan seperti sangat merbahaya pada diri sendiri (Chan) dan nanti akan dikenakan tindakan disiplin (Siva) menunjukkan PK telah digunakan. Alasan seumpama ini diberikan apabila merujuk kepada tindakan Moi Moi melibatkan diri dengan aktiviti tidak bermoral. Bagi peserta perempuan pula hanya satu alasan telah diberikan oleh Dila. Hanya dua alasan sahaja yang telah diberikan untuk kategori Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK2) setiap satu oleh Chan dan juga Dila. Kata seperti bergaul dengan orang baik, pandai pilih kawan menunjukkan kehadiran PK2.

229 Alasan PK3 iaitu Perasaan peribadi kepada watak utama diberi apabila ditanya mengapa Moi Moi terlibat dengan masalah moral. Alasan seperti dia berada dalam keadaan tension, perasaan dia sedih, kecewa, boring (Reza) dan dia rasa sunyi dan tersisih (Dila) kerap diberikan. Dua orang peserta lelaki dan lima orang peserta perempuan telah menggunakan PK3 apabila memberikan alasan kepada tindakan Moi Moi. Chan telah memberikan enam alasan, manakala Reza tiga alasan. Seramai lima peserta perempuan telah memberikan alasan PK3. Kristina memberikan empat alasan, diikuti oleh Dila dan Devi tiga alasan setiap seorang, manakala Nor dan Gina dengan dua alasan setiap seorang. Fang tidak memberi sebarang alasan bagi PK3. PK4 Pertimbangan Alternatif adalah alasan yang kurang dikemukakan dalam menyelesaikan dilema Moi Moi. Hanya seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan berorientasikan PK4. Mereka ialah Chan dan Dila dengan dua alasan setiap seorang. 4.4..2 Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Merujuk kepada jadual 4.6 di bawah, hanya 9 alasan yang berjaya dikumpulkan apabila memberi respons kepada Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi. Alasan seperti Dia kena ubah perangai, ubah sikaplah terutama jadi budak baik, baru boleh ngam (sesuai) dengan keluarganya (Gina, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 47) telah diberikan. Dua alasan telah diberikan oleh dua peserta lelaki tidak salah laku iaitu Reza dan Chan. Setiap seorang

230 dengan satu alasan. Tiga alasan pula telah diberikan oleh dua orang peserta lelaki salah laku. Dua alasan oleh Yap dan satu alasan oleh Siva. Peserta kajian perempuan tidak salah laku (Nor dan Fang) pula telah memberikan satu alasan setiap seorang. Peserta perempuan salah laku pula telah memberikan tiga alasan di mana Kristina dengan dua alasan dan Devi dengan satu alasan. Kesemua alasan telah dikumpulkan dalam dua kategori iaitu K2 dan K4 seperti di jadual 4.6 Tiada sebarang alasan diberi untuk kategori Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K), Perasaan terhadap orang lain (K3) dan Berkhidmat demi keharmonian (K5). Jadual 4.6 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-Kategori Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Alasan yang diberi K Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain K2 Kesan mengekalkan perhubungan K3 Perasaan terhadap orang lain K4 Menjaga kelakuan dan kehormatan diri K5 Berkhidmat demi keharmonian LELAKI PEREMPUAN R C R S Y Si N F G D K Dv j 2 2 Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi Hanya satu alasan diberikan bagi kategori kesan mengekalkan perhubungan (K2). Alasan tersebut telah diberi oleh Chan. Persoalan ini merujuk kepada soalan sekiranya Moi Moi diberikan perhatian oleh keluarganya di mana,

23 dia akan bergaul dengan orang lebih baik, tidak merokok, tidak ponteng dan tidak bergaduh lagi (Chan, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 6-62). Kategori menjaga kelakuan dan kehormatan diri (K4), peserta kajian memberikan alasan yang paling banyak untuk kategori ini. Keseluruhannya terdapat lapan alasan. Empat alasan diberi oleh peserta lelaki (Reza, Yap dan Siva) dan empat alasan oleh peserta perempuan (Fang, Gina dan Dila). Alasan ini diberikan apabila peserta kajian ditanya soalan mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh Moi Moi bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala tidak bermoral. Perkataan seperti dia kena berfikir matang, (Reza) jangan bergaul dengan pelajar nakal, (Yap) dia tak sepatutnya bersikap seperti itu, kerana menjatuhkan maruah (Dila) telah diberikan oleh peserta kajian. 4.4..3 Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Merujuk kepada jadual 4.7, keseluruhannya sebanyak 25 alasan telah diberikan oleh kesemua peserta kajian lelaki dan 24 alasan telah diberikan oleh kesemua peserta kajian perempuan. Berdasarkan alasan yang diberikan oleh peserta kajian lelaki, Raj memberikan tujuh alasan, Siva memberikan enam alasan, Yap memberikan lima alasan, Reza dan Chan masing-masing memberikan tiga alasan dan Shah dengan dua alasan. Bagi peserta kajian perempuan, Fang memberikan enam alasan, Gina dan Kristina dengan lima alasan, Devi dan Dila masing-masing dengan tiga alasan. Kesemua alasan ini telah dikumpulkan dalam dua kategori sahaja iaitu Menurut perintah atau

232 mendapatkan persetujuan (A4) dan Menyalahkan atau tidak menyalahkan (A5). Kesemua peserta kajian lelaki dan perempuan telah memberikan alasan pada kategori A4 dan A5 seperti di bawah. Tiada sebarang alasan diberikan untuk kategori Tugas dan tanggungjawab seseorang (A), kategori Mendapatkan keadilan (A2) dan Timbal balik (A3). Jadual 4.7 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-Kategori Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Alasan yang diberi Tugas dan tanggungjawab seseorang(a) Mendapatkan keadilan(a2) Timbal balik (A3) Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan (A4) Menyalahkan atau tidak menyalahkan(a5) LELAKI PEREMPUAN R C R S Y Si N F G D K Dv j 2 Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi - 3 2 5-4 2 3-2 5-5 3-4 3 Sebanyak 4 alasan telah dikategorikan di bawah A4 Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan di mana seramai tiga orang peserta kajian perempuan dan empat orang peserta kajian lelaki telah menggunakan alasan bagi kategori ini. Kategori A4 merujuk kepada kata seperti Cakap pada keluarga untuk luangkan masa untuk dia, kalau nak buat apa-apapun dapatkan nasihat dan pandangan mereka (Reza, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi: 38-39). Bagi peserta kajian perempuan, Dila telah memberikan tiga alasan manakala Fang dan Kristina memberikan satu alasan setiap seorang. Kesemua

233 peserta kajian lelaki kecuali Chan dan Siva telah memberikan sekurangkurangnya satu alasan dalam kategori ini. Yap telah memberikan empat alasan, manakala Raj dan Siva masing-masing dengan dua alasan. Reza dan Shah pula masing-masing dengan satu alasan. Respons bagi alasan Menyalahkan atau tidak menyalahkan A5 ini adalah yang paling tinggi untuk dilema Moi Moi. Keseluruhannya, terdapat 34 alasan di mana peserta kajian lelaki memberikan 5 alasan manakala peserta perempuan dengan 9 alasan. Kesemua peserta kajian lelaki ada memberi alasan bagi kategori ini. Raj ialah peserta kajian yang paling banyak menggunakan alasan ini. Sebanyak lima alasan telah diberikan. Alasan seperti Keluarga dia sepatutnya menjaganya tak boleh anggap dia dah besar keluarga dia kena kawal dia (Raj, 5-6) telah diberikan. Kemudian diikuti dengan tiga alasan oleh Chan dan Siva. Reza memberikan dua alasan. Manakala Shah dan Yap dengan satu alasan setiap seorang. Bagi peserta perempuan pula, lima daripada enam peserta perempuan telah menggunakan alasan ini kecuali Dila. Fang dan Gina telah memberikan lima alasan setiap seorang manakala Kristina memberikan empat alasan. Devi memberikan tiga alasan dan Nor memberikan dua alasan. Alasan yang paling banyak digunakan adalah menyalahkan orang lain apabila Moi Moi terlibat dengan salah laku.

234 4.4..4 Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Merujuk kepada jadual 4.8 hanya satu alasan telah diberikan untuk orientasi gabungan. Alasan yang diberi adalah gabungan alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri dengan orientasi keadilan (G2). Tiada alasan direkodkan untuk orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G) dan orientasi keprihatinan-keadilan (G3). Orientasi G2 telah diberi oleh Nor apabila memberikan respons mengenai sikap Moi Moi seperti katanya, Dia rasa sedih, cemburu dengan adik dia so terlibat, ibu bapa tak boleh bersikap macam itu, kena take care untuk kesejahteraan anak dia (Nor: 34-35) Jadual 4.8 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-Kategori Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Alasan yang diberi R C R LELAKI PEREMPUAN S Y Si N F G D K Dv Orientasi pertimbangan j kendiri-keprihatinan (G) Orientasi pertimbangan kendiri-keadilan (G2) Orientasi keprihatinankeadilan (G3) Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi Keseluruhannya, seramai lima orang peserta kajian lelaki mendominasi alasan bagi orientasi keadilan. Mereka ialah Reza, Chan, Raj, Yap dan Siva. Chan merupakan peserta kajian yang paling banyak memberi alasan iaitu

235 sembilan alasan dan diikuti oleh Reza dengan tujuh alasan. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, sebanyak 33 alasan telah diberikan oleh peserta kajian bagi orientasi keadilan. Sebanyak 24 alasan pula telah dikategorikan dalam orientasi pertimbangan kendiri. Reza dan Shah masing-masing dengan lima alasan, manakala bagi peserta salah laku Shah dan Siva dengan empat alasan dan tiga alasan. Sejumlah lapan alasan orientasi keprihatinan diberi. Bagaimanapun, Chan dan Siva tidak memberi sebarang alasan yang berorientasikan keprihatinan. Alasan bagi orientasi gabungan pula hanya diberikan oleh peserta kajian tidak salah laku (Reza, Chan dan Raj). 4.4.2 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim Kekerapan alasan yang diberi untuk menentukan orientasi moral peserta kajian lelaki dan perempuan berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim dipaparkan dalam jadual 4.9 dan 4.0 di bawah. Peserta kajian Lelaki Jadual 4.9 Orientasi Moral Peserta kajian Lelaki Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim Kekerapan alasan Orientasi Moral Peserta kajian tidak salah Peserta kajian salah laku laku Reza Chan Raj Shah Yap Siva Orientasi pertimbangan 5 5 3 4 3 4 kendiri Orientasi keprihatinan 2-2 3 - Orientasi keadilan 7 9 6 2 4 5 Orientasi gabungan 2 - - -