rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini"

Transkripsi

1 rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini Sedarkah anda bahawa kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah terhadap maksud rumah mampu milik sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa hartanah di Malaysia ini tiada yang mampu milik, sebaliknya hanyalah mampu tengok sahaja. Sebelum membuat sebarang keputusan mengikut emosi, fahami dahulu maksud rumah mampu milik dan pelajarilah strategi mudah untuk merubah pandangan terhadap frasa kegemaran rakyat marhaen ini. Kita sering mendengar frasa baharu dalam pasaran hartanah iaitu rumah mampu milik. Akan tetapi, realitinya kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar mengungkapkan frasa yang dikira lebih relevan iaitu rumah mampu tengok! Mengapakah perkara ini berlaku? Daripada pemerhatian saya, frasa baharu yang lebih sinis ini lahir ekoran daripada perasaan kecewa rakyat terhadap senario pasaran hartanah yang sedang berlaku sekarang ini. Sehubungan dengan itu, dalam artikel bulan ini, saya ingin mengupas topik ini dengan lebih mendalam supaya kita dapat mengorak langkah dan melihat peluang dalam permasalahan yang dihadapi sekarang. 62 DISEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA Komander Hartanah.indd 2

2 K O M A ND ER HA R TA NA H Rumah Tak Mampu Milik? Sebelum itu, terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab antaranya; Apakah maksud rumah mampu milik? Benarkah rumah sekarang sudah melangkaui kemampuan rakyat marhaen masa kini? Berapakah harga rumah mampu milik itu? Mari kita cuba fahami makna rumah mampu milik. Sebenarnya, tidak ada satu harga yang tetap untuk menetapkan harga rumah mampu milik. Hal ini demikian kerana kemampuan untuk memiliki sesebuah rumah itu bergantung kepada pendapatan individu. Oleh itu, rumah mampu milik mempunyai makna yang berbeza bergantung kepada setiap individu. Kesimpulannya, apa yang mampu anda miliki mungkin tidak mampu dimiliki oleh orang yang lain. Jadi, berapakah harga rumah mampu milik? Menurut Demographia International, organisasi yang mengeluarkan satu kajian tentang status mampu milik hartanah di sesuatu lokasi, sesebuah rumah dianggap mampu milik apabila ia bernilai hanya tiga kali ganda daripada gaji tahunan individu. Sekiranya sesebuah rumah berharga lebih daripada tiga kali ganda gaji tahunan individu, maka rumah itu dianggap tidak mampu dimiliki. Teknik yang mereka gunakan mudah sahaja. Sebagai contoh, sekiranya gaji anda ialah RM 5,000, maka gaji tahunan anda ialah RM 60,000. Hal yang demikian bermaksud rumah yang mampu dimiliki bagi individu yang bergaji RM 5,000 ialah rumah yang berharga RM 180,000. Alamak! Apakah jenis rumah yang boleh dicari pada harga RM 180,000 ini? Inilah reaksi kebanyakan orang apabila mendengar penjelasan tentang definisi rumah mampu milik. KRI atau Institusi Penyelidikan Khazanah baru-baru ini telah mengeluarkan laporan dan mengenal pasti bahawa hartanah di Malaysia secara puratanya bernilai lebih daripada lima kali ganda gaji tahunan individu. Hal ini bermakna rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik. Adakah perkara ini hanya berlaku di Malaysia? Bagaimanakah pula dengan negara-negara lain di dunia? Kalau dilihatkan, keadaan ini sebenarnya hampir serupa atau mungkin lebih parah lagi. Di Singapura dan Australia, indeks mampu milik mereka melebihi daripada lima kali ganda gaji tahunan. Malah, disesetengah lokasi khusus di sana, ia melebihi enam kali ganda. Manakala, juara pasaran hartanah yang paling tidak mampu milik ialah Hong Kong, yang mencecah kali ganda gaji tahunan individu. Jadi, anda perlu faham bahawa perkara ini adalah suatu fenomena yang bukan sahaja melanda Malaysia, tetapi negaranegara lain di dunia, terutamanya di negara-negara sedang membangun dan sudah membangun di Asia. PROSPEK HARTANAH MALAYSIA DISEMBER 2015 Komander Hartanah.indd 3 63

3 Salah Siapakah Rumah Jadi Tidak Mampu Dimiliki? Adakah salah kerajaan? Adakah salah pemaju? Adakah salah inflasi? Adakah salah harga barang binaan dan tanah yang semakin tinggi? Adakah salah pelabur hartanah yang lain? Itulah antara persoalan yang sering diutarakan. Kalau anda hendak mencari jawapan kepada persoalan ini, anda akhirnya akan membelanjakan terlalu banyak tenaga untuk suatu usaha yang mungkin tidak akan memberikan nilai tambah kepada diri anda. Memang anda perlu mencari punca dan sebabnya, tetapi saya ingin mencadangkan supaya anda menggunakan masa dan tenaga yang ada untuk mencari jalan meningkatkan pendapatan supaya dapat memiliki rumah pertama. Jangan terperangkap dengan sifat marah dan suka menuding jari. Orang yang tidak berjaya suka menyalahkan orang lain dan suka memberikan alasan. Orang yang gagal menganggap setiap kesusahan adalah disebabkan oleh orang lain dan mereka sukar untuk menerima hakikat bahawa ia berpunca daripada kesalahan diri sendiri. Sebenarnya, yang mereka takut adalah untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesan Negatif Frasa Rumah Mampu Tengok Walaupun saya akui frasa rumah mampu tengok ini sudah mula menjadi kebiasaan dalam percakapan harian, tetapi saya ingin menjemput anda untuk menjauhi daripada menggunakannya. Kenapa? Hal ini demikian kerana orang yang berjaya akan berhati-hati dengan perkataan yang mereka gunakan. Mengapakah perkataan itu penting? Sudah tentulah penting. Perkataan yang diungkapkan tidak wujud daripada angin. Ia terhasil melalui permainan minda seseorang. Anda dapat mengenali seseorang dengan mendengar jenis perkataan yang dia selalu tuturkan. Kalau mindanya lemah, maka dia akan menggunakan perkataan yang lemah. Kalau mindanya hebat, maka dia akan menggunakan perkataan yang hebat. Apakah yang berlaku sekiranya anda menggunakan frasa rumah mampu tengok ini? Pastilah suatu perkara negatif akan berlaku. Minda anda akan jadi lemah dan terbantut untuk bertindak. Maka, hilanglah segala semangat juang apabila telinga mendengar mulut menuturkan perkataan seperti ini. Bukankah mulut anda sepatutnya digunakan untuk mendoakan yang baik-baik sahaja? 64 DISEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA Komander Hartanah.indd 4

4 Transformasi kepada Rumah Mampu Milik KOMANDER HARTANAH Konsep rumah mampu milik ini bukan sekadar pada nilai dan harga rumah itu semata-mata. Anda mesti faham bahawa konsep ini lebih besar impaknya terhadap kehidupan anda dan keluarga anda. Ia merujuk kepada kebolehan minda untuk berfikir tentang cara-cara memacu tindak-tanduk untuk berjuang memiliki hartanah. Sekiranya minda anda sudah mula berfikir dengan hebat, barulah anda akan bersemangat mengorak langkah ke hadapan sekali gus memikirkan jalan terbaik untuk memiliki sesebuah rumah. Ada orang memberitahu saya bahawa perkara yang saya kongsikan ini cuma sekadar teori atau konsep di awangan. Hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa segala kejayaan berpunca daripada sikap dan pemikiran yang positif. Tentunya usaha itu mesti di sertai dengan doa dan tawakal kepada yang Maha Esa. Bersetujukah anda jika saya katakan bahawa jika anda tidak percaya pada apa yang terdapat di dalam minda, bagaimanakah anda akan memaksa bibir untuk berdoa perkara yang baik untuk diri anda dan keluarga anda? Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak anda untuk mula melihat isu perumahan ini sebagai suatu isu yang memang perlu ditangani, tetapi jangan sesekali mengaitkan ia dengan perasaan negatif. Anda harus memandang isu pemilikan rumah ini dengan perasaan positif supaya dapat mencetuskan semangat juang untuk memiliki sesebuah hartanah. PROSPEK HARTANAH MALAYSIA DISEMBER Komander Hartanah.indd 5

5 Susun PMS Apakah pula yang dimaksudkan dengan PMS? Kalau anda mula hendak mengorak langkah untuk memiliki hartanah, anda mesti Percaya, meletakkan Matlamat dan kemudian susun Strategi. Saya sudah sentuh soal percaya di perenggan atas. Kini, saya ingin menyentuh tentang matlamat. Bagaimanakah anda hendak memiliki hartanah sekiranya tidak meletakkan sebarang matlamat? Bagaimanakah pula hendak meletakkan matlamat yang berkesan? Saya tidak maksudkan matlamat yang sama sepanjang tahun seperti omong-omong kosong, Saya ingin miliki rumah pertama dalam masa tiga tahun. Tahun hadapan anda akan berazam lagi, Saya ingin miliki rumah pertama dalam masa tiga tahun. Malah, tahun akan datang juga anda akan menyebut lagi perkara yang sama. Akhirnya, tidak bersudah matlamat tiga tahun lagi itu. Oleh itu, bagi memperoleh matlamat yang berkesan, saya mahu anda meletakkan tarikh khusus untuk mencapai matlamat anda itu. Percaya atau tidak, jari anda akan menggeletar apabila sedang mencuba untuk menulis tarikh kepada matlamat-matlamat yang ingin dicapai. Cubalah kalau anda tidak percaya! Kalau anda benar-benar berani, tuliskan dan tampalkan di cermin yang anda akan lihat pada setiap pagi. Ingat, jangan cetak matlamat ini. Saya lebih suka sekiranya anda tulis dengan tulisan sendiri supaya mata anda akan melihat dan mengingati bahawa jari andalah yang menulis matlamat yang bertarikh itu. Bukan sahaja berkesan, tetapi matlamat ini akan mampu menghantui minda anda. 66 DISEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA Komander Hartanah.indd 6

6 KOMANDER HARTANAH Membeli rumah bukan perkara yang senang! Rumah bukanlah seperti sepasang kasut yang anda hendak beli. Membeli rumah memerlukan strategi. Suatu perkara yang saya mahu anda faham ialah membeli rumah itu bukanlah suatu perkara yang senang. Kalaulah senang, semua orang akan memiliki hartanah mereka sendiri. Ia lumrah dan realiti hidup di mana-mana negara di dunia ini. Tidak mungkin 100% rakyat di sesebuah negara memiliki hartanah mereka sendiri. Apabila anda boleh menerima hakikat bahawa memiliki hartanah itu suatu perkara yang tidak senang, barulah anda boleh mula mengorak langkah untuk menyusun strateginya. Di sinilah pentingnya ilmu. Saya sering menasihati belia dan pembeli rumah pertama, pelaburan yang paling penting sebelum apa-apa pelaburan ialah pelaburan ilmu! Saya juga sering kali menyebut bahawa kalau mahu digelar pejuang hartanah, maka perlulah berbekalkan senjata. Analoginya, kalau tidak cukup bekalan senjata, pejuang boleh tercedera di medan perang. Di medan pasaran hartanah pula, bukan sahaja anda boleh tercedera, malah anda mungkin boleh kehilangan nyawa. PROSPEK HARTANAH MALAYSIA DISEMBER Komander Hartanah.indd 7

7 Pejuang bertindak! Apakah senjata yang paling hebat di dunia? Tentunya senjata ilmu! Akan tetapi, ada sesuatu yang pelik tentang ilmu iaitu ia tidak akan mampu merubah kehidupan anda dan keluarga anda sekiranya ia kekal sebagai suatu pengetahuan baharu dalam minda anda sahaja. Ilmu itu memang penting, tetapi mengaplikasikan ilmu itulah yang akan menjadikan anda individu yang hebat! Dalam perkataan yang lain, seorang pejuang itu benar-benar bertindak menggunakan senjata ilmu yang ada. Jadi, itulah kupasan saya tentang frasa baharu dalam pasaran hartanah, iaitu rumah mampu tengok. Saya akui, belia dan kebanyakan rakyat semakin lama semakin tidak mampu memiliki rumah mereka sendiri. Saya juga mengaku bahawa kos kehidupan seharian semakin tinggi, sekali gus memaksa ramai keluarga untuk tidak sempat memikirkan strategi bagi memiliki rumah pertama mereka. Namun begitu, percayalah tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian, dengan berkat usaha dan doa, Insya-Allah, akhirnya anda akan mampu memiliki hartanah anda yang pertama. Saya mendoakan supaya Allah terus melimpahkan anda dan keluarga anda rahmat dan rezeki yang hebat. SELAMAT BERJUANG! 68 DISEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA Komander Hartanah.indd 8

8 K O M A ND ER HA R TA NA H PROSPEK HARTANAH MALAYSIA DISEMBER 2015 Komander Hartanah.indd 9 69

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami BAB 5 PENUTUP 5.1 Rumusan Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan atau persetubuhan. Pemberian mahar yang merupakan adat tertua

Lebih terperinci

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Sebelum anda teruskan bacaan, tolong faham apa yang Tok cakap. Ebook ini tidak boleh dijual. Ebook ini tidak

Lebih terperinci

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

Melindungi Anak-anak di Alam Siber Melindungi Anak-anak di Alam Siber Oleh: Redy Jeffry Mohamad Ramli CyberSecurity Malaysia (Artikel ini telah disiarkan di dalam Estidotmy, 27 Disember 2007) Ayah, gay itu apa? Apakah agaknya jawapan anda

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Sebagai pelabur, kita seringkali dipengaruhi oleh perspektif perilaku yang menghindari kita daripada membuat keputusan yang bijak. Apakah kelemahan

Lebih terperinci

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak BACALAH CICI..! Oleh Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Cici seorang murid tahun 4 dalam kelas

Lebih terperinci

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3

Lebih terperinci

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanah merupakan salah satu sumber yang terhad penawarannya. Akan tetapi permintaan terhadap penggunaannya adalah terlalu tinggi. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pembangunan

Lebih terperinci

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor. Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor. Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan-tuan

Lebih terperinci

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Salam sejahtera dan salam muafakat Johor, Tuan-tuan dan puan-puan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,

Lebih terperinci

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan 6.0 Pengenalan 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman 6.3 Bila hutang menjadi kawan dan lawan? 6.4 Cara mengurus pinjaman

Lebih terperinci

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004 Februari / Mac 2004 JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas peperiksaan

Lebih terperinci

PERANGI IDEOLOGI GANAS: APAKAH ADA PENGHUJUNGNYA?

PERANGI IDEOLOGI GANAS: APAKAH ADA PENGHUJUNGNYA? PERANGI IDEOLOGI GANAS: APAKAH ADA PENGHUJUNGNYA? Sekali lagi, masyarakat Singapura dikejutkan dengan berita penangkapan tiga anak muda di kalangan warga Singapura kerana penglibatan mereka dalam perbuatan

Lebih terperinci

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Mengurus Inflasi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Kadar inflasi berdasarkan indeks harga pengguna (IHP) untuk bulan Februari 2016 adalah 4.2

Lebih terperinci

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian MODUL 10: KESIMPULAN Isi Kandungan 10.0 Pengenalan 10.2 Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan 10.3 Soalan penilaian 113 10.0 Pengenalan Pelajar telah mempelajari tentang asas-asas utama perancangan

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN BERTULIS HHHC 9501 SET 8 : KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK TAJUK : KELEWATAN PELAJAR MENGHADIRI KULIAH YANG BERMULA PADA

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan BAB KEENAM PENUTUP 6.1 PENGENALAN Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan antara pendidikan yang dijalankan oleh intitusi formal dan pendidikan yang dianjurkan oleh

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Bab terakhir ini mengandungi dua bahagian utama iaitu rumusan dan cadangan. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta penting

Lebih terperinci

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal Topik 7 Aliran Tunai Pembelanjawan Modal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan garis panduan dalam anggaran aliran tunai; 2. Menjelaskan aliran perbelanjaan

Lebih terperinci

KAYA AZAM UNTUK. Nordin Abdul Malek (N.A.M.) Airil Haimi Mohd Adnan PhD Riza Emifazura Jaafar

KAYA AZAM UNTUK. Nordin Abdul Malek (N.A.M.) Airil Haimi Mohd Adnan PhD Riza Emifazura Jaafar AZAM UNTUK KAYA Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam Nordin Abdul Malek (N.A.M.) Airil Haimi Mohd Adnan PhD Riza Emifazura Jaafar Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan

Lebih terperinci

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan

Lebih terperinci

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Bajet 2016 yang bertemakan mensejahtera kehidupan rakyat amat bertepatan

Lebih terperinci

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) CS KRITERIA TAHAP 1 CS1 Kemahiran Penyampaian idea tidak Penyampaian Lisan dan yakin, tidak jelas dan Bertulis tidak berkesan dan penyampaian idea terhad kepada lisan atau bertulis

Lebih terperinci

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web - PRINSIP KEKAYAAN Oleh : Ir. Ezwan Laman web - http://www.rahsiamindajutawan.com 1 BLUEPRINT WANG ANDA Adakah anda suka untuk memiliki wang yang banyak dalam kehidupan anda? Adakah anda anda ingin memiliki

Lebih terperinci

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Fungsi harga di dalam ekonomi pasaran bebas adalah penting

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

Hasrat Penjagaan Saya

Hasrat Penjagaan Saya boleh merancang cara saya mahu dijaga. boleh berkongsi sesuatu yang saya anggap penting. boleh menenteramkan jiwa mereka yang saya sayangi. boleh hidup selesa dengan ACP saya. Hasrat Penjagaan Nama : Alamat

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji akan merumuskan keseluruhan kajian yang telah dilaksanakan. Pengkaji juga akan membuat

Lebih terperinci

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN? MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN? Dr. Ali Qassem www.aliqassem.com admin@aliqassem.com Terdapat pelbagai jenis jawatan kosong dalam surat khabar, syarikat- syarikat masih lagi ingin mengupah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai

Lebih terperinci

PERHIMPUNAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN MEI 2014 TRANSKRIP UCAPAN YAB PERDANA MENTERI:

PERHIMPUNAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN MEI 2014 TRANSKRIP UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: PERHIMPUNAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN MEI 2014 TRANSKRIP UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: YANG AMAT BERHORMAT DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Lebih terperinci

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI Frank Me-ol Abdullah frank@mkm.edu.my Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 52 BIL. 53 2017 Pengenalan Kewujudan lebih banyak kedai pesaing dalam pasaran, ditambah

Lebih terperinci

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN YANG BERHORMAT DATO SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN CALON NAIB PRESIDEN UMNO Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN Pemimpin generasi muda kena berganding kongsi idea Oleh Nurul Adlina

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN 136 [ULASAN BUKU] [JUN 2013] ULASAN BUKU Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN 978-983-46-0792-0. Pengulas: Shamsuddin Suhor sudin@ukm.my Fakulti Undang-Undang

Lebih terperinci

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor Di MAJLIS PELANCARAN SERAH KUNCI BAGI PEMILIKAN KOSONG RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) OLEH KECK SENG (MALAYSIA) BERHAD TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU

Lebih terperinci

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth. INI BUKAN EBOOK TEORI. INI EBOOK PERKONGSIAN EKSPERIMEN Ebook siri native advertising ini adalah pengalaman dan ujikaji saya dan pasukan Write to Wealth terhadap satu kaedah pengiklanan yang berbeza dengan

Lebih terperinci

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

LAPORAN MALAM CINTA RASUL Nama : Mohd Ansari Bin Mohd Baseair No Matrik : A144754 LAPORAN MALAM CINTA RASUL Pengenalan Malam Cinta Rasul merupakan satu himpunan umat Islam untuk berselawat, berqasidah dan mengingati Rasulullah

Lebih terperinci

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty PANDUAN BIL.1 TAHUN 2012 PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH DAN PEGAWAI YANG BERMASALAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABAT AN PENDAFT

Lebih terperinci

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang hamid_awang@oum.edu.my Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan

Lebih terperinci

PERJUANGAN DAN PENCAPAIAN UMNO telah ditubuhkan di dalam tahun 1946. Pada 1 lhb. Mei lalu UMNO telah mencapai usia 35 tahun. UMNO tel?h ditubuhkan bagi menggembeling tenaga Melayu untuk menumpas gagasan

Lebih terperinci

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14 KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14 Dapatan dari kajiselidik 17,107 pengundi mengenai sentimen terhadap isu-isu utama menjelang Pilihanraya Umum ke-14 dan tahap sokongan

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

Lebih terperinci

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak 19 Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif Zulkifli Khamis zulkifli_b_khamis@moe.edu.sg Noor Aisyah Ahmad Sharif noor_aisyah_ahmad_sharif@moe.edu.sg Sekolah

Lebih terperinci

Kesetiaan kepada Syarikat

Kesetiaan kepada Syarikat Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan secara menyeluruh mengenai kajian yang dijalankan dalam membangunkan Model Kepuasan Pelanggan Untuk Laman Web E-Runcit. Melihat kepada kepesatan

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan BAB V KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi, memberi cadangan, limitasi

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) SOALAN 1 5 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetetif,

Lebih terperinci

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya? Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya? Oleh Dr. Teo Soo Hwang dan Profesor Dr Thong Meow Keong Ini adalah rencana kedua daripada siri 2 rencana oleh Yayasan Inisiatif

Lebih terperinci

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI Dapatan dari kajiselidik 3,783 pengundi mengenai sentimen mereka terhadap suasana ekonomi negara, kos sara hidup dan kadar kenaikan

Lebih terperinci

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Sekolah Menengah Naval Base Pusat Bahasa Melayu Singapura Abstrak Memupuk minat membaca karya-karya dalam

Lebih terperinci

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Adakah anda meluahkan masalah anda kepada-nya dan meminta pertolongan daripada-nya? Ramai orang berasa bahawa perbuatan ini

Lebih terperinci

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas Erica Lovel erica@ecoethical.com.au Anak-anak Saya.. Jason 25 tahun Ryan 22 tahun, menghidap Perthes Disease sejak berumur 3 tahun, masalah berkaitan

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

www.writetowealth.my HALAL Cetak Rompak (Khas Untuk Sebaran Percuma) Write to Wealth, tim yang menghasilkan ebook ini secara rasmi menyatakan, bahawa ebook ini sah dan halal untuk diedarkan secara percuma

Lebih terperinci

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Kandungan 1 Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam

Lebih terperinci

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor

Lebih terperinci

FACT SHEET

FACT SHEET S.1: Kempen 'Jom Sertai Kami' ini berkenaan apa? J: Jom Sertai Kami merupakan kempen insan oleh UNICEF yang bertujuan memberi orang ramai suatu landasan untuk belajar dan memberi respon terhadap penderaan

Lebih terperinci

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP, Page 1 TALKING POINT BRIG JEN DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN (BAJET, PEROLEHAN, PELUPUSAN, AUDIT, AUTONOMI & GST) PADA 18 NOVEMBER 2014 (SELASA) DI AUDITORIUM,

Lebih terperinci

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Kemahiran Mendengar Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,

Lebih terperinci

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang TEKS UCAPAN KETUA PUSTAKAWAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) PADA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT DAN BEDAH BUKU, SEMPENA HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA DI AUDITORIUM, PUSAT KHIDMAT

Lebih terperinci

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut Bab Kelima PENUTUP 1. KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang

Lebih terperinci

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan

Lebih terperinci

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA Oleh : Norwidayati Ahmad @ Nasiman Memiliki tubuh yang ramping atau sasa mungkin menjadi idaman bagi setiap wanita atau lelaki pada masa kini. Maka, tidak hairanlah

Lebih terperinci

ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK

ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK Frank Me-Ol Abdullah frank@mkm.edu.my Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 42 Pengenalan Transformasi ataupun perubahan merupakan sesuatu yang perlu

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Luar bandar merupakan satu kawasan yang dikenalpasti sebagai satu kawasan yang mundur dan kurang mendapat kemajuan seiring dengan kawasan bandar. Luar bandar juga dikenali

Lebih terperinci

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini.

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini. Bonus - Format Penulisan Artikel Format ini akan membantu kita untuk menulis artikel dengan pantas. Minima masa yang diambil untuk menghasilkan artikel ini adalah kurang daripada 10 minit. Setiap perenggan

Lebih terperinci

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP BADLEH Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL Pengenalan Mohamad Suandi Hj Mortadza msuandi@mkm.edu.my Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak Sesebuah perniagaan yang berjaya akan mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan pelanggan mereka. Pelanggan sentiasa

Lebih terperinci

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR Rangka Kerja Kadar Rujukan Baharu PROSPEK DAN DASAR PADA TAHUN 2015 Pada 2 Januari 2015, Kadar Asas (Base Rate, BR) telah menggantikan Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate, BLR) sebagai kadar rujukan

Lebih terperinci

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah Ulasan makalah Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Konsep Perbuataan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam: Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam Di Malaysia", Dalam Jurnal Pengajian Melayu,

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pertumbuhan penduduk yang pesat khasnya di kawasan-kawasan yang pesat membangun sedikit sebanyak telah memperkembangkan lagi industri perumahan di Malaysia khususnya. Didapati

Lebih terperinci

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA PERTANYAAN TARIKH DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH LISAN 01.04.2014 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah

Lebih terperinci

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat BAB 5 ANALISIS FAKTOR PERGAULAN LUAS DALAM ASPEK PERINGKAT UMUR, TARAF PENDIDIKAN DAN TARAF EKONOMI TERHADAP PERALIHAN BUNYI 5.0 Pengenalan Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji

Lebih terperinci

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010 25 KANUN (2) [ULASAN Nasarudin PERUNDANGAN] Abdul Rahman 295 UNDANG-UNDANG PERSAINGAN DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP AKTA PERSAINGAN 2010 Nasarudin Abdul Rahman nasarudin@iium.edu.my Kuliyah Undang-undang

Lebih terperinci

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Penyebutan Huruf al-qur an al-karim dalam kalangan saudara baru adalah merupakan satu kajian yang unggul. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan

Lebih terperinci

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU Mengapa perlu komited dalam PROGRAM BLITZ? Membina momentum Mencipta kisah kejayaan Mengawal perniagaan anda Mengawal kehidupan anda Menemukan visi dan potensi yang

Lebih terperinci

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008 1 MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008 UCAPAN KETUA HAKIM NEGARA Kita berhimpun di sini

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagai satu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan sesempurna

Lebih terperinci

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Pengajian Am (900) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 50 187 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 80.78%, turun sebanyak 0.08% berbanding

Lebih terperinci

Topik. Persekitaran dan Sistem Ekonomi PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Topik. Persekitaran dan Sistem Ekonomi PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 2 Persekitaran dan Sistem Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan perbezaan dalam persekitaran ekonomi negara bergantung pada faktor geografi; 2.

Lebih terperinci

5 Masalah Terbesar Import Produk Dari China!

5 Masalah Terbesar Import Produk Dari China! 5 Masalah Terbesar Import Produk Dari China! Nigel Ong RahsiaTaobao.com Ketika saya baru bermula, saya pun pernah kena. Saya mengimport mini speaker, dan hasilnya bukan semua berfungsi! Dalam hati memang

Lebih terperinci

40 PrOsPEK hartanah malaysia

40 PrOsPEK hartanah malaysia 40 PHM Nov 2015.indd 40 NOVEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA 11/9/2015 3:30:27 PM RA K AN P ELABUR Mewah dengan Rumah Flat: Daripada Pengurus Sublet kepada Pemilik Rumah Oleh Dewi Abdul Rahman P erkembangan

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MEMBENTUK ABJAD/ HURUF Oleh Dulhadi bin Ismail Sek. Keb. Selepong, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya mendapati seorang murid saya belum dapat mengikuti pembelajaran terutamanya

Lebih terperinci

Salah faham tentang maksud IKHLAS

Salah faham tentang maksud IKHLAS Salah faham tentang maksud IKHLAS Gambar Hiasan : Sebahagian dari anak-anak yatim dan asnaf di RPWP sedang mendirikan solat berjemaah Kelmarin, saya lihat di FB Warga Prihatin ada melancarkan Wakaf Bas.

Lebih terperinci

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NO KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA AHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA MODUL INSANIAH PENILAIAN AKHIR 2015 PROFESIONALISME

Lebih terperinci

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, 2015 oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Ekonomi Malaysia telah tumbuh pada kadar 5.0 peratus setahun

Lebih terperinci

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Menginstitusikan TPP oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dianggotai oleh dua belas negara telah

Lebih terperinci

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan TITAH UCAPAN DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL RAJA MUDA PERLIS MERANGKAP TUANKU CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DI ISTIADAT KONVOKESYEN KE 6, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PADA 17 SEPTEMBER

Lebih terperinci

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh: Penjamin PINJAMAN ANDA Penjamin Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Apakah jaminan? Siapakah yang boleh jadi penjamin? 3 Hak-hak seorang penjamin 4 Liabiliti seorang penjamin 5 Nasihat

Lebih terperinci