Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

dokumen-dokumen yang mirip
Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Tatakelakuan. Pembekal

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Kod Tatakelakuan Jula AB

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Kod pengendalian perniagaan

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

MEMORANDUM PERSEFAHMAAN DI ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DAN...

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja. Sinopsis:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

Panggilan Sedunia untuk Bertindak ke atas Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat. Persoalan Dasar

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Apakah ISO? pengujudan piawai antarabangsa. yang bermaksud sama rata, seragam.

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Tata Kelakuan Panasonic

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

Transkripsi:

Perjanjian Kerangka Global antara Norsk Hydro ASA dan IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi bagi pembentukan hubungan kerja yang baik di operasi Norsk Hydro ASA di seluruh dunia. 1. MUKADIMAH Pihak yang terlibat dalam Perjanjian ini adalah Norsk Hydro ASA, selepas ini dirujuk sebagai Hydro, Fellesforbundet (Persekutuan Bersatu Kesatuan Sekerja Norway) dan IndustriEnergi, selepas ini dirujuk sebagai Rakan Kesatuan Norway, IMF (Kesatuan Pekerja Logam Antarabangsa) dan ICEM (Persekutuan Antarabangsa bagi Kesatuan Sekerja Pekerja Kimia, Tenaga, Lombong dan Umum), selepas ini dirujuk sebagai IMF/ICEM. Selepas ini, semua pihak dalam Perjanjian ini akan dirujuk sebagai Semua Pihak. Tujuan Perjanjian ini adalah untuk mewujudkan saluran maklumat yang terbuka antara Semua Pihak mengenai isu hubungan industri untuk memperbaiki dan membangunkan amalan kerja baik secara berterusan di operasi Hydro di seluruh dunia. Prinsip yang diterangkan di dalam Perjanjian ini mengambil kira, tetapi tidak terhad kepada, Deklarasi Prinsip dan Hak Asas di Tempat Kerja 1998 Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Konvensyen dan Syor ILO tertentu, Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Deklarasi Universal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia dan Garis Panduan OECD bagi Syarikat Multinasional, serta polisi Hydro sendiri yang datang daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya sendiri. Hydro komited kepada mewujudkan nilai mapan bagi pemegang sahamnya, pihak berkepentingan lain dan komuniti tempat Hydro beroperasi. Sebagai sebuah syarikat perindustrian dan sumber semula jadi antarabangsa, operasi Hydro memberi kesan kepada kehidupan begitu ramai orang di seluruh dunia. Hydro memburu peluang sambil menguruskan risiko dengan mengambil kira kesan sosial operasi perniagaannya. Sebagai melanjutkan komitmennya, Hydro mempunyai satu program tanggungjawab sosial korporat komprehensif

yang telah menghasilkan pelbagai polisi yang menghayati nilai syarikat ini di seluruh dunia. Hydro berusaha untuk mematuhi prinsip yang ditetapkan di dalam polisi ini dan untuk secara berterusan memperbaiki dan membangunkan amalan kerja yang baik. Perjanjian ini meliputi semua aktiviti di mana Hydro mempunyai kawalan langsung, di mana pelaksanaannya akan menurut undang-undang dan amalan kebangsaan negara tuan rumah di mana Hydro terletak. Di mana Hydro tidak mempunyai kawalan keseluruhan, ia akan melaksanakan usaha terbaiknya untuk memastikan pematuhan standard yang ditetapkan di dalam perjanjian ini. Hydro akan menyediakan perjanjian ini kepada semua syarikat, rakan kongsi dan kontraktor Hydro. 2. PRINSIP ASAS Semua Pihak mengesahkan sokongan mereka bagi hak asasi manusi asas di dalam komuniti dan tempat kerja. Semua pihak juga mengiktiraf kepentingan melindungi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja. Setakat mana prinsip asas yang digariskan di sini tidak menurut undang-undang kebangsaan dan amalan di negara tuan rumah di mana Hydro terletak, Hydro berhasrat mencari penyelesaian setempat menurut undang-undang kebangsaan yang digunakan dan polisi CSR Hydro sendiri. Hak asasi manusia asas termasuk: a) Kebebasan berpersatuan dan perundingan kolektif; menghormati hak pekerja untuk diwakili oleh kesatuan pilihan mereka sendiri dan hak kesatuan sekerja asas seperti ditakrifkan oleh Konvensyen 87 dan 98 ILO, yang meliputi kebebasan berpersatuan dan hak untuk mengatur dan terlibat dalam perundingan kolektif. Wakil setempat pekerja tidak akan tertakluk kepada sebarang diskriminasi dan akan mempunyai akses kepada semua tempat kerja yang perlu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil menurut konvensyen 135 dan syor 143 ILO. Mengenai 2a di atas: Kedua-dua pihak bersetuju bahawa protokol 17.12.2010 diguna pakai. Hydro menghargai keupayaannya untuk berkomunikasi dengan pekerjanya dan untuk berdialog dengan mereka secara individu dan melalui wakil mereka. b) Diskriminasi; memberikan kesamaan peluang dan layanan dalam perekrutan, pekerjaan, latihan dan pembangunan kerjaya, tanpa mengira bangsa, warna, jantina, keahlian atau gabungan dengan kesatuan sekerja, agama, pegangan politik, asal usul kewarganegaraan atau budaya, seperti diperlukan oleh Konvensyen 100 dan 111 ILO masing-masing. Ini termasuk gaji yang sama bagi lelaki dan wanita bagi kerja yang sama nilainya.

c) Buruh paksa; tidak mengambil buruh paksa atau terikat bekerja seperti yang diharamkan di dalam Konvensyen 29 dan 105 ILO atau sebaliknya. Mana-mana pekerja juga tidak akan diperlukan untuk membayar sebarang deposit, atau meninggalkan dokumen pengenalan mereka, kecuali diperlukan oleh pihak berkuasa kebangsaan atau serantau. d) Buruh kanak-kanak; tidak mengambil bekerja buruh kanak-kanak seperti diharamkan oleh Konvensyen 138 dan 182 ILO. e) Kesihatan & Keselamatan; menyediakan pekerja persekitaran kerja yang sihat dan selamat dengan mengiktiraf kepentingan melibatkan dan bekerja bersama pekerjanya, wakil dan kesatuan sekerja mereka, secara berterusan meningkatkan prestasi kesihatan dan keselamatan, rujukan Konvensyen 155 ILO. Kedua-dua pihak mengiktiraf bahawa semua pekerja mempunyai tanggungjawab mengenai kesihatan, sekuriti dan keselamatan mereka sendiri dan komited untuk memastikan tempat kerja bebas dadah. Hydro komited untuk menyediakan buat pekerja tetap dan sementara latihan mengenai bahaya pekerjaan dan pencegahannya. Melalui komitmen ini, Hydro berhasrat untuk membasmi kemalangan dan kecederaan di seluruh operasinya. f) Upah; prinsip bagi membayar upah dan faedah yang saksama menurut standard industri yang baik di negara berkenaan dengan mengambil kira keperluan asas pekerja. Semua pekerja akan menerima maklumat mengenai upah dan pemotongan, baik semasa diambil bekerja dan secara tetap semasa pekerjaan. Pemotongan tidak akan dilakukan daripada upah sebagai tindakan disiplin. Penyata gaji akan menunjukkan sebarang pemotongan. g) Jam bekerja; mematuhi undang-undang dan amalan kebangsaan yang berkaitan, serta perjanjian kolektif kebangsaan dan standard industri. h) Syarat pekerjaan; Hydro mengiktiraf bahawa pekerjaan tetap adalah lebih diutamakan dan tidak akan menggunakan kakitangan upahan, kakitangan separuh masa dan sementara untuk menjejaskan upah dan syarat pekerjaan. Kedua-dua Pihak mengiktiraf bahawa pekerja upahan, separuh masa dan sementara diperlukan sekali-sekala, dan bahawa penggunaannya yang berkesan akan membolehkan Hydro menyesuaikan diri dengan pantas dengan keadaan yang berubah, dengan itu meningkatkan jaminan kerja dan kebolehramalan serta pekerjaan tetap.

Pekerja sementara dan separuh masa akan menerima latihan, susulan dan peralatan perlu yang sama untuk menjalankan fungsi mereka secara selamat. 3. LATIHAN KEMAHIRAN Hydro berhasrat untuk menyediakan kepada semua pekerja peluang untuk menyertai program pendidikan dan latihan termasuk latihan untuk memperbaiki kemahiran pekerja untuk menggunakan teknologi dan peralatan baru. 4. HIV/AIDS Hydro berhasrat untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah HIV/AIDS dan mengenai program pencegahan sebagai mematuhi kod amalan HIV/AIDS ILO. 5. KEADAAN ALAM SEKITAR Hydro mengiktiraf kepentingan menjalankan aktiviti dan operasi dengan menghormati alam sekitar, termasuk mengambil pendekatan mencegah kepada cabaran alam sekitar. Hydro akan mematuhi undang-undang alam sekitar kebangsaan, dan berusaha untuk meminimumkan pembuangan, pengeluaran dan penghasilan bahan sisa yang merbahaya. 6. PELAKSANAAN a) Rakan Kesatuan Norway dan IMF/ICEM akan mengedarkan salinan perjanjian ini kepada semua kesatuan ahlinya yang mengurus pekerja di syarikat Hydro di seluruh dunia. Hydro akan menyediakan perjanjian ini kepada semua syarikat, rakan kongsi dan kontraktor Hydro. b) Semua Pihak memperakukan bahawa pemantauan Perjanjian ini akan melibatkan pihak pengurusan setempat, pekerja, wakil mereka, wakil kesihatan dan keselamatan serta kesatuan sekerja setempat. c) Dalam konteks operasi Hydro di peringkat setempat serta undang-undang dan amalan kebangsaan, wakil kesatuan atau pekerja akan mempunyai hak untuk memaklumkan ahli masing-masing mengenai peruntukan tenaga kerja Perjanjian ini. d) Hydro menyokong dan menggalakkan kontraktor, pembekal dan pelanggannya untuk mengambil prinsip yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini sebagai pertimbangan semasa membangunkan atau melaksanakan polisi korporat mereka sendiri. 7. PELANGGARAN PERJANJIAN INI Sekiranya terdapat aduan yang timbul di bawah Perjanjian ini prosedur berikut biasanya akan diguna pakai: a) Aduan perlu dibuat dengan pihak pengurusan tapak setempat. Kedua-dua pihak akan menggalakkan penyelesaian setempat menurut undang-undang dan amalan kebangsaan.

b) Jika aduan tidak diselesaikan dengan pihak pengurusan setempat, ia boleh dirujuk kepada kesatuan sekerja kebangsaan yang bersesuaian yang akan mengemukakan isu ini kepada Hydro di peringkat kebangsaan atau serantau. c) Jika masih tidak diselesaikan, aduan boleh dirujuk kepada ibu pejabat IMF/ICEM, yang akan mengemukakan perkara ini kepada pihak Pengurusan Korporat syarikat. Semua Pihak bersetuju untuk melibatkan diri dalam dialog mengenai aduan ini dan jika perlu, bersetuju dengan langkah yang sesuai. d) Selepas proses ini telah habis digunakan, kegagalan untuk mencapai konsensus akan bermakna penamatan perjanjian ini. e) Semua Pihak bersetuju bahawa Semua Pihak mahu pun pihak ketiga tidak boleh menerbitkan atau menguatkuasakan sebarang hak undang-undang daripada perjanjian ini. 8. SEMAKAN BERKALA Semua Pihak bersetuju untuk bertemu setiap tahun di waktu dan lokasi yang saling sesuai, untuk menyemak prinsip, amalan, keberkesanan dan kesan perjanjian ini. Matlamatnya adalah untuk saling bertukar pandangan mengenai situasi semasa, dan secara bersama membangunkan hubungan kerja baik yang selanjutnya di Hydro. Tidak ada mana-mana pihak akan diwajibkan untuk terlibat dalam pelaporan berkala atau diperlukan untuk bertemu lebih kerap daripada sekali setahun sehubungan dengan Perjanjian ini. Semua Pihak akan melantik wakil mereka untuk turut serta dalam mesyuarat ini. Versi Bahasa Inggeris asal perjanjian ini akan merupakan versi rasmi Perjanjian ini. 9. TEMPOH DAN RUNDINGAN SEMULA Perjanjian ini akan sah bagi tempoh 2 tahun, yang boleh dipanjangkan atau dirundingkan semula selepasnya. Salah satu pihak boleh menamatkan Perjanjian ini, atau mana-mana perjanjian pengganti kepada Perjanjian ini dengan memberikan pihak yang lagi satu notis awal tiga puluh (30) hari secara bertulis mengenai hasratnya untuk menamatkan Perjanjian ini. Oslo, 15 Mac 2011.. Wenche Agerup Jyrki Raina Manfred Warda Norsk Hydro ASA IMF ICEM

...... Arve Bakke Leif Sande Fellesforbundet IndustriEnergi