Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

dokumen-dokumen yang mirip
CADANGAN PENINGKATAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

Tatakelakuan. Pembekal

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Koperasi Pengangkutan

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

POLISI, PERATURAN DAN PROSEDUR PENYELIDIKAN KONTRAK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

GARIS PANDUAN BAGI PERLANTIKAN PENSYARAH/ PROFESOR MADYA/ PROFESOR KONTRAK

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

1.1 Terma Rujukan (Terms of Reference - TOR) adalah kandungan utama yang diperlukan di dalam Dokumen Pelawaan.

DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PERMATA) JABATAN PERDANA MENTERI

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Lampiran A2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

Model Pengurusan Strategik

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ARKITEK LANDSKAP (J44)

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

Transkripsi:

KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar memberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa sama seperti skim perkhidmatan yang lain yang telah diiktiraf oleh Kerajaan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. 1

2. LATARBELAKANG 2.1 Kerajaan telah memperkenalkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) semasa pelaksanaan Sistem Saraan Baru pada (SSB) kerana menyedari bahawa negara menghadapi kekurangan bekalan tenaga manusia dalam perkhidmatan tertentu yang boleh menjejaskan kemajuan pelaksanaan program-program pembangunan negara. 2.2 Pelaksanaan pemberian BIPK merupakan satu kaedah untuk menarik dan mengekalkan pegawai dalam perkhidmatan tertentu yang dikategorikan sebagai kritikal. Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, penentuan sama ada sesuatu perkhidmatan dikategori sebagai Perkhidmatan Kritikal adalah berasaskan kepada empat (4) kriteria berikut : a) Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara; 2

b) Kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan; c) Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; dan d) Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan. 2.3 Berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan ini menunjukkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga adalah berpotensi untuk 3

dipertimbangkan untuk pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kerana didapati dapat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti diatas. 3.0 JUSTIFIKASI / ASAS-ASAS PERTIMBANGAN. 3.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 pada perenggan 6 ada menyatakan keputusan Kerajaan mengiktiraf lima (5) skim perkhidmatan baru dan mengekalkan 31 skim perkhidmatan daripada senarai Perkhidmatan Kritikal sedia ada sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu termasuk bidang professional teknikal seperti kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina. 3.2 Sehubungan dengan itu, adalah wajar bagi bidang professional teknikal seperti Perancang Bandar juga diberi pengiktirafan pemberian BIPK yang sama sepertimana yang diperolehi bagi bidang professional teknikal yang lain seperti kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina. 4

3.3 Ini juga adalah memandangkan jenis perkhidmatan dan keadaan kerja teknikal dari bidang professional kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina adalah mempunyai risiko kerja yang sama seperti bidang professional Perancang Bandar. 3.4 Selain itu asas pertimbangan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah wajar diberikan BIPK juga adalah berdasarkan justifikasi mengikut kepada empat (4) kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk dikategorikan sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu : a) Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara; Peranan dan sumbangan Pegawai Perancang Bandar dan Desa dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan fizikal Negara adalah amat penting 5

dimana di dalam bidang kerja Perancangan Bandar akan menentukan bentuk dan panduan perancangan pembangunan pada masa akan datang dengan penghasilan kajian Rancangan Pembangunan akan datang yang meliputi dari peringkat Persekutuan iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), peringkat Negeri iaitu Rancangan Struktur Negeri (RSN), peringkat Daerah / Tempatan iaitu Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan peringkat tempatan yang lebih khas iaitu Rancangan Kawasan Khas (RKK). Selain itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga berperanan dan bertanggungjawab dalam mengawal serta merancang dalam memastikan setiap jenis pembangunan di sesuatu kawasan dapat memberi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan kepada orang ramai melalui peringkat proses kelulusan Pelan Pembangunan (Kebenaran Merancang) seperti yang digariskan di dalam pemakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). 6

b) Kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan; Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa telah diperakui dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai satu Skim Perkhidmatan yang penting dan diperlukan dalam menawarkan jumlah peluang pekerjaan dalam mengisi pasaran tenaga kerja di negara ini. Ini memandangkan penempatan jawatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa boleh diisi di peringkat Persekutuan dan Negeri menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Manakala bagi peringkat Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara pula mempunyai Jabatan Perancang Bandar di Pihak Berkuasa Tempatan 7

masing-masing. Selain itu, terdapat juga Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang ditempatkan berkhidmat di lain-lain Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan. Ini menunjukkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa mempunyai keupayaan dari segi memberi tawaran peluang pekerjaan dan juga memenuhi permintaan bagi keperluan pasaran perkhidmatan ini kepada Negara. c) Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; Dari segi kelayakan dan kepakaran bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai satu bidang professional teknikal dalam menguruskan halhal kawalan dan perancangan pembangunan fizikal 8

Negara. Ini terbukti dimana bidang professional Perancang Bandar mempunyai Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) yang telah termaktub dari segi perundangan sebagai bidang professional seperti yang dinyatakan di dalam Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538). Selain itu bidang kerja Perancangan Bandar ini juga adalah berlandaskan kepada perundangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). d) Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan. Keadaan kerja Pegawai Perancang Bandar dan Desa terutamanya yang bekerja di Pihak Berkuasa Tempatan didapati sentiasa terdedah dengan pelbagai 9

risiko bahaya dari segi ancaman dan keselamatan bagi diri Pegawai berkenaan ketika menjalankan tugas penguatkuasaan kawalan pembangunan. Contohnya dalam kes mengetuai operasi penguatkuasaan terhadap pembangunan yang tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (dibina secara haram) yang mana akan mendapat tentangan dari pemilik tanah / bangunan berkenaan dari segi provokasi dan kemungkinan tentangan dalam bentuk kekasaran secara fizikal yang memberi kesan kepada keselamatan dan mental Pegawai berkenaan. Selain menguruskan tugasan hakiki dalam skop bidang kerja Perancangan Bandar, Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga terutamanya dari Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa dibebani dengan tugas yang banyak dan mencabar dalam mengendalikan permasalahan dan aduan masyarakat setempat yang mana ia adalah di luar dari skop kerja hakiki sebenar. Akibat dari keadaan berkenaan memberi kesan dari 10

segi tekanan emosi (stress), penurunan motivasi diri dan prestasi kerja kepada Pegawai yang berkenaan. Selain itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga terdedah dengan risiko kesihatan serta keselamatan ketika membuat kerja-kerja lawatan tapak bagi sesuatu tapak projek pembangunan seperti terdedah kepada kepanasan sinaran cahaya matahari, habuk serta debu dan risiko terdedah kepada kemalangan dari persekitaran di tapak projek pembangunan sepertimana yang dialami juga oleh bidang teknikal yang lain seperti jurutera, arkitek dan juru ukur bahan yang telah diberi BIPK. 4.0 IMPLIKASI SEKIRANYA TIADA PEMBERIAN BIPK KEPADA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA 4.1 Sekiranya pemberian BIPK kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa tidak diberi perhatian 11

sewajarnya oleh pihak Kerajaan, ini akan memberi gambaran dan kesan yang negatif mengenai hal kebajikan dan imej perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa. 4.2 Dari segi prestasi dan motivasi kerja Pegawai Perancang Bandar dan Desa akan terjejas kerana tiada insentif penghargaan diberi kepada Pegawai tersebut walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko kerja dalam melaksanakan tugas seperti yang dinyatakan dalam perkara 3.4 (d) di atas. 5.0 SYOR DAN CADANGAN 5.1 Pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) memohon kepada Kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa dengan mengambilkira justifikasi / asas-asas pertimbangan dan 12

implikasinya sekiranya tiada pemberian BIPK seperti yang dinyatakan dalam perkara 3.0 dan 4.0 di atas. 13