HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

dokumen-dokumen yang mirip
dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

Psikologi kognitif. Sinopsis:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Unit 5 Pendekatan Tematik

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KONSEP KENDIRI (Part 5)

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PEMIKIRAN STRATEGIK. NPQEL Ambilan 2/2015 Kumpulan SMI 2. Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek, Nilai Jun 2015

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Alat Berfikir PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 (SMP KHAS) HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM MASALAH PENGLIHATAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

TEORI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN KOLB AFIZAN BINTI MOHD SHAFIAI (P73764) FAMIZAH BINTI GIRUN (P76389) NURUL NADIRAH BINTI MOHD KASIM (P79060)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HHHC9501 KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH, PEMIKIRAN KRITIKAL & PENDEKATAN SAINTIFIK LAPORAN BERTULIS BRAIN AWARENESS DAY

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

PENGAJARAN BERPASANGAN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1

Kemahiran maklumat: teori & amalan. Sinopsis:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Taklimat untuk Guru BM

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

3/1/2017. Deduktif. Integratif. Induktif. Definisi : Jabatan Ilmu Pedidikan IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Teknologi Pengajaran (2 jam)

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1

CHIA CHONG YANG A143398

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KRM3023 ASAS UKURAN GROUP : UPSI08 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH TAJUK TUGASAN :

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

MATEMATIK TINGKATAN 2

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Penyajian Tulisan MINGGU 13 (SAMB.)

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

Padankan. Padankan. Padankan

Transkripsi:

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1: PENULISAN TENTANG PEMIKIRAN KRITIS NAMA NO MATRIK NAMA PENSYARAH : UMI NURFAZILAH BINTI MOHD HUSSIN : A143133 : PROF MADYA DR ZAKIAH MUHAMMADDUN BINTI MOHAMED

TAKRIFAN PEMIKIRAN KRITIS Pemikiran kritis dapat dilihat sudut pengertiannya dari segi bahasa dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga kritis. Mudah untuk mentafsirkan maksud pemikiran iaitu merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, serta membuat keputusan. Pemikiran kritis telah lama wujud dan bertapak kukuh dalam peradaban manusia sejak zaman Greek Gang of Three iaitu, Socrates, Aristotle dan Plato. Mereka telah memberikan suatu pandangan mengenai berfikir yang menekankan kepada analisis, perdebatan dan penghakiman. Pemikiran kritis berasal dari perkataan Yunani iaitu Kritikos yang membawa maksud menimbang atau judge. Menimbang pula bermaksud menilai, membezakan, mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah. Pemikiran kritis/kritikal ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalam. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga perkataan kritis bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu. Ini bermakna dalam pemikiran kritis pembuat pertimbangan baik buruknya sesuatu dan tidak menerimanya secara bulat-bulat. Pemikiran kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan daya intelektual dan moral untuk membangun, mempertajam dan memperhalusi serta mengembangkan sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang soal fakta yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas atau kurang jelas dan terutama sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknya bagi sesuatu perkara. Selain itu, pemikiran kritis ditakrifkan oleh Nik Azis sebagai pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru.

MODEL MODEL PEMIKIRAN KRITIS Model Pemikiran Pertama Model pemikiran pertama ini merangkumi tiga komponen utama iaitu: Operasi mental - Operasi kognitif dan metakognitif Pengetahuan - Terdiri Daripada Fakta, Maklumat, Ilmu, Kefahaman, Hukum, Peraturan Dan Sebagainya Sikap - Terdiri Daripada Penentuan Keberkesanan Terhadap Proses Pemikirannya Operasi mental terdiri daripada operasi kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif merangkumi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, manakala operasi metakognitif merupakan operasi yang mengarah serta mengawal kemahiran dan proses kognitif iaitu membimbing fikiran orang supaya mencari makna dan khususnya, melakukan operasi merancang, mengarah, menyemak dan menilai. Pengetahuan pula terdiri daripada fakta, maklumat, ilmu, kefahaman, hukum, peraturan dan sebagainya. Pengetahuan ini adalah disimpan dalam ingatan. Manakala sikap pula terdiri daripada penentuan keberkesanan terhadap proses pemikirannya. Sikap ini adalah berkaitan rapat dengan nilai kendiri. Sikap positif atau negatif akan mempengaruhi peringkat kemahiran dan kualiti berfikir seseorang.

Model Pemikiran Kedua Proses pemikiran boleh dihuraikan melalui model pemikiran kedua. Model ini terdiri daripada tiga komponen iaitu: Input (rangsangan) Operasi (proses) Output (hasil) Dua komponen yang berkaitan iaitu proses ingat kembali dan metakognisi yang mengandungi ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Data yang diproses dan disimpan dalam ingatan jangka pendek secara berulang-ulang dan dalam ingatan jangka panjang. Data ini diingatkan kembali supaya komponen operasi mental digunakan untuk menjalankan proses tafsiran ke atas data yang sedang diperolehi daripada rangsangan luar. Selain itu, semasa proses pemikiran berlaku, proses metakognisi pula merancang dan mengarah, menyemak, mengawal dan menilai segala operasi pemikirannya.

CONTOH CONTOH PEMIKIRAN KRITIS Antara contoh pemikiran secara kritis: Membanding dan membeza Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu. Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti guru dan doktor, antara dua bentuk, dua peristiwa dan sebagainya. Membuat kategori Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label/tajuk. Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.

Kesimpulannya, pemikiran kritis mampu membolehkan individu untuk menganalisa hujah yang diterimanya tidak kira sama ada hujah yang kuat atau hujah yang lemah dan teori yang berguna akan diguna pakai manakala teori yang lemah akan disangkal oleh pemikir yang berfikir secara kritis. Pemikiran ini mampu membuatkan kita berhujah dengan baik serta menganalisa hujah dengan baik dan lengkap. Pemikiran kritis menjadikan kita lebih cekap dalam mengkaji sesebuah hujah mahupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan atau pun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu adalah betul ataupun salah. Selain itu pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya tanpa berfikir terlebih dahulu. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat keadaan sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling kita. Secara kesimpulannya, pemikiran kritis adalah sebuah kemahiran hidup yang amat penting. Ia pada dasarnya mampu membantu kita dalam berhujah secara berkesan, menganalisa hujah secara kritis dan lengkap dan memungkinkan kita untuk berfikir positif dan inovatif serta terbuka.