Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

dokumen-dokumen yang mirip
KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Tatakelakuan. Pembekal

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Kod pengendalian perniagaan

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Polisi Privasi. Pengenalan

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Kod Tatakelakuan Jula AB

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Program Integriti Premium. Program Pematuhan Antirasuah

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

Kesetiaan kepada Syarikat

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

TATAKELAKUAN DAN ETIKA

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Rakan Sekerja yang Dihormati,

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

PADA TERAS KITA. Tata Kelakuan Perniagaan. Janji Kita. Pekerja Kita & Bumi Kita. Syarikat Kita. Hubungan Kita dan Industri Kita KANDUNGAN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Tatalaku BT - tataetika kita. Mei 2018

TATAKELAKUAN DAVITA. ANDA HARUS MENJADI PERUBAHAN yang anda inginkan di dunia. MAHATMA GANDHI

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Cara Mendapatkan Bantuan dan Mengemukakan Keraguan Am Mengemukakan Keraguan Atau Rungutan Tentang Hal-hal Perakaunan atau Pengauditan

TATAKELAKUAN. Mengamalkan Nilai Kita. Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi KEPRIHATINAN KERJA BERPASUKAN GLOBAL PENINGKATAN BERTERUSAN

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Berurusan dengan Pengantara Takaful

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Demi Masa Depan yang Mampan

TATAKELAKUAN. Berusaha mencapai Misi kita dengan penuh integriti dan hormat kepada komuniti dan alam sekitar. Ogos 2003 {EXT }

Tata Kelakuan Perniagaan

PIAWAIAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN GLOBAL

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

1.1 Sebuah budaya integriti 1.2 Kepada sesiapa yang berkenaan dengan tataetika ini 2. INTEGRITI BERHUBUNGAN DENGAN WARGA KITA DAN PERSEKITARAN KITA

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Transkripsi:

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika KOD TATAKELAKUAN KORPORAT DAN DASAR ETIKA 1. Pengenalan Amcor mengiktiraf tanggungjawabnya sebagai pengeluar global bahan dan perkhidmatan pembungkusan, dan komited untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab, dengan mengambil kira Garis Panduan OECD bagi Perusahaan Multinasional. Amcor percaya bahawa ia bukan sahaja diperlukan untuk mematuhi undangundang negara di setiap negara ia beroperasi, malah ia juga mesti menjalankan perniagaannya mengikut amalan dan prosedur antarabangsa yang diterima. Pihak lembaga dan pengurusan kanan Amcor komited mendukung Prinsip teras ini, yang termaktub dalam nilai-nilai Amcor dan terkandung dalam Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika ini. Amcor percaya bahawa prinsip-prinsip ini meliputi semua pekerja yang terlibat dalam menghasilkan atau menyediakan produk atau perkhidmatan untuk Amcor, tidak kira sama ada mereka merupakan rakan sekerja Amcor ataupun tidak. Amcor mahukan kontraktor, sub-kontraktor, pembekal dan pemegang lesen utama untuk mematuhi standard ini apabila mengeluarkan atau mengedarkan produk untuk Amcor atau apabila memberikan perkhidmatan kepada Amcor. 2. Integriti Perniagaan 2.1 Kejujuran, integriti dan keadilan Amcor mengiktiraf kepentingan kejujuran, integriti dan keadilan dalam menjalankan perniagaannya. Amcor Limited www.amcor.com

2.2 Pematuhan undang-undang dan peraturan Semua rakan sekerja Amcor dan syarikat-syarikat kumpulan Amcor hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di negara-negara ia beroperasi. 2.3 Pemegang saham dan komuniti kewangan Amcor komited untuk meningkatkan nilai pemegang saham demi memenuhi tanggungjawab sebagai warga korporat yang baik. Amcor komited untuk berlaku adil, menepati masa dan pendedahan maklumat yang tepat untuk memastikan pemegang saham dimaklumkan sepenuhnya tentang kedudukan kewangan dan prestasi Kumpulan Amcor yang sebenar. 2.4 Perdagangan Orang Dalam Amcor mempunyai dasar perdagangan saham untuk rakan sekerja yang menerangkan undang-undang melarang perdagangan orang dalam. Dasar ini juga melarang pengarah, rakan sekerja dan rakan tertentu daripada melakukan aktiviti perdagangan dalam sekuriti sewaktu tempoh tegah liputan yang ditetapkan. 2.4 Konflik kepentingan Amcor melarang mana-mana pengarah atau rakan sekerja Kumpulan menggunakan manamana maklumat atau aset Kumpulan untuk keuntungan peribadi atau untuk bersaing terhadap Kumpulan. Bahan konflik kepentingan seperti mempunyai bahan kepentingan dalam perniagaan pelanggan atau pembekal, hendaklah dielakkan. Jika berlaku konflik kepentingan, pendedahan penuh terhadap konflik tersebut perlu dibuat mengikut proses yang dinyatakan dalam Dasar Kuasa Wakilan Amcor, dan pihak, subjek konflik tersebut, hendaklah tidak mengambil bahagian dalam mana-mana proses membuat keputusan berkaitan dengan perkara-perkara yang menimbulkan konflik tersebut. 2.5 Penglibatan politik Perniagaan Amcor boleh memberikan pandangan mereka kepada kerajaan dan pihak ketiga yang lain tentang perkara-perkara yang memberikan kesan kepada kepentingan Halaman 2/13

perniagaan dan kepentingan para pemegang saham mereka, rakan sekerja dan lain-lain yang terlibat dalam operasi mereka. Perniagaan Amcor mestilah tidak melibatkan diri dalam politik parti atau membuat pembayaran kepada parti-parti politik tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Lembaga Amcor. Dalam apa keadaan sekalipun Amcor (atau mana-mana rakan sekerja, pegawai, pengarah atau ejen Amcor), dilarang untuk membantu syarikat mendapatkan atau mengekalkan perniagaan untuk atau dengan, atau mengarahkan perniagaan kepada mana-mana pihak, membuat sebarang bayaran kepada mana-mana parti politik atau wakil rasmi parti atau calon bagi jawatan awam untuk tujuan: mempengaruhi sebarang tindakan atau keputusan parti tersebut, pegawai atau calon dalam kapasiti rasmi; mendorong parti, pegawai atau calon untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar tugasnya yang sah; mendapatkan sebarang kelebihan yang tidak wajar; atau mendorong parti, pegawai atau calon untuk menggunakan pengaruhnya dengan kerajaan atau badan kerajaan yang memberi kesan atau pengaruh terhadap sebarang tindakan atau keputusan kerajaan atau perantaraan tersebut. 2.6 Sogokan dan rasuah Dasar Anti Sogokan dan Rasuah Amcor telah menetapkan dasar dan prosedur Amcor berhubung dengan sogokan dan rasuah. Dasar ini boleh didapati di laman web Amcor dan rakan sekerja Amcor, wakil, pembekal dan kontraktor hendaklah membiasakan diri dengan dasar tersebut. Amcor melarang sogokan dan rasuah. Dalam apa keadaan sekalipun Amcor dilarang meluluskan apa-apa tawaran, membuat, meminta atau menerima bayaran yang tidak teratur atau apa-apa bayaran untuk memenangi perniagaan atau mempengaruhi keputusan perniagaan yang memihak kepada Amcor atau yang mempunyai niat yang memberi kesan fungsi sekiranya dilakukan secara tidak wajar. Tawaran untuk memberi dan membuat rasuah, sogokan, komisen rahsia dan bayaran yang seumpama dengannya adalah dilarang. Selain itu, mereka mungkin mendedahkan Amcor dan rakan sekerja yang berkaitan dengan pendakwaan jenayah dan hukuman serius di bawah undang-undang negara-negara lain, dan juga negara yang berkenaan. Halaman 3/13

Larangan ini juga terpakai kepada ejen dan pihak ketiga yang berkhidmat dengan Amcor untuk mewakili kepentingan mereka. Berhati-hati dalam melibatkan sesiapa sahaja untuk bertindak atas kapasiti tersebut, dan dalam memantau prestasi mereka, untuk menilai reputasi dan kesesuaian mereka. Dalam bidang atau keadaan yang sensitif, dasar dan jangkaan Amcor hendaklah dengan jelas dimaklumkan, dan diterima oleh, ejen atau pihak ketiga. Sila rujuk Dasar Anti Sogokan dan Rasuah Amcor untuk maklumat lanjut mengenai pendekatan Amcor terhadap sogokan dan rasuah, maklumat dan panduan tentang mengenalpasti dan berurusan dengan sogokan dan isu-isu rasuah serta cara Amcor melaksanakan dan memantau risiko sogokan dan rasuah. 2.7 Bayaran pemudahan Bukanlah sesuatu yang luar biasa di sesetengah negara apabila rakan sekerja diminta untuk membuat bayaran kecil, lebih dianggap sebagai ganjaran, kepada pegawai peringkat rendah atau kakitangan kerajaan. Pembayaran ini (kadang-kadang dikenali sebagai bayaran pemudahan) bertujuan untuk mempercepatkan perkhidmatan rutin atau tindakan pentadbiran yang disediakan atau dilakukan oleh individu berkenaan. Pada dasarnya Amcor melarang membuat pembayaran tersebut, dan segala usaha perlu dibuat untuk menghalangnya. Amcor mengakui bahawa di sesetengah negara, adalah mungkin untuk membuat bayaran pemudahan yang kecil. Walau bagaimanapun, di negara-negara lain, wujud undang-undang ketat yang melarang sebarang bentuk bayaran pemudahan. Tiada bayaran pemudahan dalam apa-apa jumlahpun boleh dibuat melainkan jika pembayaran telah mematuhi tatacara yang dinyatakan dalam Dasar Anti Sogokan dan Rasuah Amcor. Rekod yang jelas dan tepat perlu disimpan selaras dengan Dasar Anti Sogokan dan Rasuah Amcor. 2.8 Hadiah Rakan sekerja hendaklah berhati-hati berkaitan pemberian atau penerimaan hadiah yang berkaitan perniagaan. Adat tempatan, nilai wang hadiah dan keperluan perundangan perlu dipertimbangkan apabila menentukan sama ada hadiah hendak disimpan oleh rakan sekerja atau wakil Amcor, diserahkan kepada syarikat atau dikembalikan. Amcor melarang hadiah dalam bentuk wang, dadah atau bahan terkawal lain, diskaun untuk produk atau perkhidmatan yang tidak disediakan untuk rakan sekerja yang lain, tempat penginapan atau pengangkutan untuk kegunaan peribadi, dan pembayaran atau pinjaman yang akan digunakan untuk membeli harta peribadi. Rakan sekerja dan wakil- Halaman 4/13

wakil Amcor juga dilarang menawarkan, memberi, meminta atau menerima hadiah dalam apa jua bentuk keadaan yang boleh dianggap sebagai terlalu mempengaruhi pihak yang terlibat atau mewujudkan apa-apa kewajipan atau perniagaan yang mempunyai niat untuk fungsi yang dilakukan secara tidak wajar. Selain itu, rakan sekerja dan wakil Amcor dilarang meminta hadiah atau layanan daripada pembekal, pelanggan atau pihak lain yang berurusan dengan Amcor dan juga dilarang bertukar-tukar hadiah dengan wakil daripada pesaing, kerana tindakan itu boleh mewujudkan konflik kepentingan. Amcor mempunyai senarai untuk hadiah dan hospitaliti melebihi USD 1,000. Sila rujuk kepada Dasar Anti Sogokan dan Rasuah Amcor untuk maklumat lanjut berhubung dengan senarai tersebut serta dasar Amcor untuk hadiah dan hospitaliti. 2.9 Persaingan Amcor menyokong prinsip persaingan bebas di pasaran yang mematuhi undang-undang persaingan berkenaan. Walau bagaimanapun, undang-undang persaingan yang menjejaskan aktiviti perniagaan adalah berbeza dari sebuah negara ke negara lain dan Amcor mempunyai satu set dasar Pematuhan Persaingan yang jelas, termasuk Garis Panduan Persatuan Perdagangan dan Amalan Terbaik Rekod Pengurusan. Semua rakan sekerja Amcor perlu memastikan bahawa mereka memahami dasar korporat dan bertindak dengan sewajarnya atau jika perlu, mendapatkan panduan daripada penasihat undang-undang Amcor. 2.10 Privasi dan maklumat Amcor menghormati privasi individu dan undang-undang yang berkaitan dengannya. Penggunaan maklumat sulit yang tidak wajar adalah dilarang. Amcor mempunyai Dasar Privasi yang ditakrifkan dengan baik yang menggariskan dasar kami terhadap pengumpulan dan pengurusan maklumat peribadi. 2.11 Pendedahan Maklumat Amcor komited untuk memastikan bahawa rakan sekerja boleh melaporkan sebarang salah laku atau amalan salah dengan ikhlas tanpa tertakluk kepada penganiayaan, Halaman 5/13

gangguan atau layanan yang berbeza dan memastikan kebimbangan tersebut hendaklah disiasat dengan betul. Amcor mengakui bahawa laporan tingkah laku tersebut dengan ikhlas dan mengikut Prosedur Pemberi Maklumat Amcor adalah satu aspek penting bagi peranan setiap rakan sekerja dalam Kumpulan. Amcor telah melaksanakan Dasar Pemberi Maklumat rasmi yang disediakan kepada rakan sekerja (yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan) dan mempunyai Perkhidmatan Pemberi Maklumat yang bebas dan diuruskan dari luar, untuk rakan sekerja melaporkan sebarang insiden yang berpotensi salah laku secara awanama. Perkhidmatan Pemberi Maklumat boleh didapati di seluruh dunia dalam lebih 20 bahasa. Rakan sekerja boleh mengutarakan kebimbangan mereka secara dalam talian atau melalui nombor telefon bebas tol khas yang disediakan di pelbagai negara Amcor beroperasi. 3. Amalan Pekerja 3.1 Saling Hormat Menghormati Amcor komited terhadap persekitaran kerja yang terdapat kepercayaan dan saling hormat menghormati dan setiap orang berasa bertanggungjawab untuk prestasi dan reputasi Kumpulan. 3.2 Tiada Diskriminasi Amcor mengiktiraf maruah setiap rakan sekerja, dan hak untuk tempat kerja yang bebas daripada gangguan dan penderaan. Keputusan mengenai pengambilan pekerja, gaji, faedah, kenaikan pangkat, penamatan atau persaraan adalah berasaskan semata-mata kepada keupayaan rakan sekerja untuk melakukan pekerjaan tersebut. Tidak ada diskriminasi berdasarkan bangsa, agama, kecacatan, jantina, status perkahwinan atau bersalin, kepercayaan agama atau politik, umur atau orientasi seksual. 3.3 Kebebasan daripada gangguan Amcor telah mewujudkan budaya kerja yang memberikan peluang kepada rakan sekerjanya untuk bekerja tanpa rasa takut terhadap ugutan, tindakan balas atau gangguan Halaman 6/13

dan Amcor akan terus mengambil tindakan untuk memastikan bahawa budaya itu dikekalkan di dalam Kumpulan. 3.4 Kebebasan Memilih Pekerjaan Amcor tidak menggunakan dan tidak akan menggunakan paksaan, ikatan, kontrak atau buruh penjara paksa. Amcor mematuhi peraturan-peraturan pekerjaan sedia ada mengenai buruh paksa dalam semua bidang kuasa yang ia beroperasi. 3.5 Buruh Kanak-Kanak Amcor mengiktiraf hak setiap kanak-kanak untuk dilindungi daripada eksploitasi ekonomi dan menghormati undang-undang setiap negara ia beroperasi berkenaan dengan umur pengambilan minimum untuk rakan sekerja. Pengambilan pekerja muda di bawah umur 18 tahun hendaklah hanya berlaku dalam kerjakerja yang tidak berbahaya dan apabila pekerja muda melepasi usia undang-undang sesebuah negara untuk pekerjaan atau umur yang ditetapkan bagi menamatkan pendidikan wajib. Dalam sebarang kes, Amcor tidak menggaji individu yang lebih muda daripada 15 tahun. 3.6 Pampasan Amcor menyediakan upah dan manfaat yang mematuhi undang-undang dan perjanjian kolektif terikat, termasuk yang berkaitan dengan kerja lebih masa dan pengaturan gaji premium yang lain. 3.7 Waktu kerja Amcor komited untuk memastikan bahawa pekerjanya bekerja dengan mematuhi semua undang-undang dan piawaian industri mandatori yang berkaitan dengan bilangan jam dan hari bekerja. 3.8 Kebebasan berpersatuan dan rundingan secara kolektif Halaman 7/13

Amcor percaya bahawa komunikasi terbuka dan penglibatan secara langsung antara pekerja dan pihak pengurusan adalah cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan isu-isu di tempat kerja dan pampasan. Amcor menghormati hak-hak pekerja, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang tempatan, untuk berpersatuan secara bebas, menyertai atau tidak menyertai kesatuan pekerja, mendapatkan perwakilan dan menyertai majlis-majlis pekerja. Pekerja dapat berkomunikasi secara terbuka dengan pihak pengurusan berhubung dengan keadaan kerja tanpa merasa takut terhadap tindakan balas, ugutan atau ancaman. 3.9 Rujukan calon daripada pihak berkaitan Peluang pekerjaan di Amcor dipenuhi atas dasar merit dan pengambilan pekerja dijalankan dengan betul dan beretika apabila terdapat potensi konflik kepentingan. Sekiranya Amcor menerima rujukan calon-calon yang berpotensi untuk pekerjaan dalam Kumpulan Amcor yang ada kaitan dengan rakan sekerja, pelanggan, entiti yang berkaitan atau pembekal, maka dasar-dasar dan prosedur yang dinyatakan di bawah akan dikenakan. Entiti yang berkaitan dengan Kumpulan Amcor termasuklah usaha sama dan anak-anak syarikat yang Amcor memegang kepentingan sebanyak 20% atau lebih. Amcor hanya akan mempertimbangkan untuk menawarkan peranan kepada calon-calon tersebut sekiranya: terdapat kekosongan atau keperluan bagi kemahiran tertentu dalam Amcor; calon memenuhi kriteria yang dikehendaki di bawah dasar dan amalan pengambilan pekerja Amcor, mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk peranan, dan merupakan individu yang paling sesuai untuk peranan; calon tersebut diambil bekerja di bawah syarat-syarat pekerjaan yang berkaitan dengan peranan. Sebagai contoh, pakej ganjaran dan terma pekerjaan mereka konsisten dengan permintaan pasaran dan penanda aras untuk peranan tertentu dan konsisten dengan semua dasar Amcor; dan calon tersebut tidak akan diletakkan pada kedudukan yang mempunyai potensi konflik kepentingan disebabkan oleh sifat peranan yang ditawarkan. Halaman 8/13

3.10 Hubungan Amcor mengiktiraf bahawa konflik kepentingan boleh timbul apabila terdapat hubungan pelaporan secara langsung atau tidak langsung antara rakan sekerja yang mempunyai hubungan istimewa, termasuk apabila rakan sekerja adalah ahli keluarga atau berada dalam hubungan yang intim. Rakan sekerja yang terlibat dalam hubungan tersebut dikehendaki untuk mendedahkan kewujudan hubungan kepada wakil Sumber Manusia tempatan mereka secepat mungkin supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan tiada kecenderungan yang jelas atau diandaikan dapat dielakkan. 4. Kesihatan dan keselamatan 4.1 Tempat kerja Amcor mengambil berat tentang keselamatan pekerjanya dan mengakui bahawa kecederaan boleh menyebabkan penderitaan yang tidak diingini oleh individu dan keluarga mereka. Amcor komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk rakan pekerja, kontraktor dan pelawat. Halaman 9/13

Amcor menyedari tanggungjawabnya sebagai pengeluar utama dunia bagi pembungkusan dan produk pembungkusan yang berkaitan dan oleh itu kami berusaha untuk mencapai "Bebas Kecederaan". Syarikat komited untuk menyediakan tempat kerja yang bebas daripada insiden, penyakit, dan kecederaan untuk semua rakan sekerja, kontraktor dan pelawat. Ini membolehkan kami untuk beroperasi dengan cara yang selamat yang menghormati kesihatan dan keselamatan rakan sekerja, dan masyarakat di tempat kami beroperasi, sambil menghasilkan produk berkualiti tinggi. Komitmen ini disokong sepenuhnya oleh pihak pengurusan dan program-program keselamatan yang menyeluruh telahpun dibangunkan. 4.2 Produk Amcor komited untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi yang selamat untuk digunakan. Kami meningkatkan prestasi dengan mencari jalan yang lebih selamat secara berterusan untuk mengeluarkan dan mengedarkan produk kami. 5. Alam sekitar Amcor berusaha keras untuk diiktiraf sebagai syarikat bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang menghormati alam sekitar dan masyarakat di tempat kami beroperasi sambil menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Kami percaya komitmen kami untuk menguruskan operasi dengan cara yang mampan terhadap alam sekitar akan memaksimumkan nilai syarikat, rakan sekerja, pelanggan dan masyarakat. Kami komited untuk mencegah dan mengurangkan kesan alam sekitar yang buruk, termasuk sisa, pelepasan dan pembuangan daripada operasi kami. Kami berazam untuk meminimumkan kesan alam sekitar daripada operasi dan produk kami. Kami mengurangkan kesan alam sekitar secara berterusan dengan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber semula jadi kami. Kami menggunakan proses pengurusan risiko untuk mengawal bahaya alam sekitar yang wujud dalam aktiviti kami. 6. Masyarakat Amcor berusaha untuk menjadi warga korporat yang boleh dipercayai dan beroperasi dengan cara yang menggalakkan hubungan yang berkekalan, bermanfaat dan interaktif dengan masyarakat di tempat ia beroperasi. Halaman 10/13

Amcor komited untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran dan produk untuk berkongsi faedah daripada pembungkusan yang bertanggungjawab. Strategi Komuniti Pelaburan dan Penglibatan global Amcor adalah sejajar dengan kewajipan ini dan teras perniagaan kami. 7. Pematuhan 7.1 Dokumentasi dan ketelusan Amcor komited terhadap prinsip-prinsip ketelusan maksimum yang konsisten dengan kerahsiaan perdagangan biasa. Amcor akan mengekalkan semua dokumentasi yang diperlukan untuk menunjukkan pematuhan kepada Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika serta undang-undang tempatan yang diperlukan. 7.2 Ketidakpatuhan Audit dalaman terhadap kepatuhan Amcor dengan Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sekiranya Amcor mendapati bahawa rakan sekerja, kontraktor atau pembekal tidak mematuhi Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika ini atau mana-mana dasar Amcor lain yang terpakai, Amcor akan mendesak langkah-langkah pembetulan diambil atau akan menamatkan hubungannya dengan rakan sekerja, kontraktor atau pembekal. 8. Pengurusan Risiko Di Amcor, kami memahami dan menyedari bahawa pengurusan risiko dan peluang yang rapi adalah penting untuk kestabilan korporat, mengekalkan kedudukan pasaran yang kompetitif dan prestasi jangka panjang. Pendekatan Amcor ini menggabungkan prinsip-prinsip pengurusan risiko yang berkesan, seperti yang dinyatakan di dalam Standard Pengurusan Risiko Global ISO31000. 9. Di mana untuk mendapatkan bantuan Jika anda percaya sesuatu keputusan atau tindakan itu tidak selaras dengan Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika, atau jika anda tidak jelas tentang apa yang perlu Halaman 11/13

dilakukan dalam keadaan tertentu, anda hendaklah mengemukakan isu tersebut dengan segera. Setakat yang mungkin, anda perlu membincangkan isu tersebut dengan pihak pengurusan terlebih dahulu. Pengurusan merujuk kepada penyelia terdekat anda atau pengurus atau pengerusi jawatankuasa yang anda terlibat. Jika anda rasa tidak dapat melakukannya, terdapat beberapa cara lain untuk mengajukan soalan atau kebimbangan. Anda boleh menghubungi: pihak pengurusan di peringkat seterusnya; Sumber Manusia, Perundangan atau wakil Audit Dalaman Kumpulan bagi Kumpulan Perniagaan anda; pengurus yang bertanggungjawab terhadap bidang dasar; atau Perkhidmatan Pemberi Maklumat. Semua kegiatan penipuan sebenar atau yang disyaki hendaklah dilaporkan mengikut Dasar Pencegahan Penipuan Amcor. Kumpulan perniagaan dikehendaki melaporkan semua isu, selain daripada isu berkaitan penipuan, yang melibatkan pelanggaran serius dan contoh ketakpatuhan Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika kepada Sekretariat Syarikat pada masa pensijilan ASX mereka dibuat. Ron Delia Chief Executive Officer Disember 2015 Halaman 12/13

Saya telah membaca dan memahami Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika Amcor Ltd. Saya bersetuju untuk mematuhi dasar ini. Nama (DALAM HURUF BESAR): Jawatan: Tandatangan: Tarikh: Halaman 13/13