Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

dokumen-dokumen yang mirip
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu)

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI (SST) SECARA ONLINE

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

more examination papers at :

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN TINGKATAN

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

PANDUAN PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN SEJARAH & GEOGRAFI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) SEJARAH GEOGRAFI

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

Padankan. Padankan. Padankan

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TA BIR SYAFAWI (UTS) DMT14/2

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

SALINAN TERKAWAL. Disediakan oleh: Diluluskan oleh: DR NORIATI BT A RASHID CHE AZMI BIN HARUN DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN PENGARAH

PTSS-PK-PPP-12 PENDAFTARAN KURSUS

PENGURUSAN UJIAN KELAYAKAN PENDIDIKAN GURU

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

Transkripsi:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4) Penggal 3 Tahun 2017 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 22 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2017 1 TERHAD

Kandungan Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif Penilaian 3 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 4 7 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 3.6 Tanggungjawab Calon 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 7 8 5.0 Format Penulisan 9 6.0 Struktur Penulisan 9 7.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Usuluddin 10 12 8.0 Penskoran 12 BAHAGIAN II : CALON 12.0 Tanggungjawab Calon 13 13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 14 14.0 Format Penulisan 14 15 15.0 Struktur Penulisan 15 Soalan Kerja Kursus Usuluddin (931/4) 16 17 Lampiran 18 22 2 TERHAD

1.0 Pengenalan Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Usuluddin wajib melaksanakan Kerja Kursus Usuluddin sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi Kerja Kursus adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran Kerja Kursus diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. 2.0 Objektif Penilaian Kerja Kursus Usuluddin (KKU) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1 Kemahiran kognitif 2.1.1 menguasai pengetahuan dan memperoleh kefahaman tentang bidang ilmu Usuluddin 2.1.2 membuat perbandingan dan penilaian antara pelbagai aliran pemikiran tentang isu-isu tertentu dalam bidang Usuluddin berteraskan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah 2.1.3 membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Usuluddin 2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan semasa dalam bidang Usuluddin 2.2 Kemahiran manipulatif 2.2.1 mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder 2.2.2 memproses dan menganalisis data 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan 2.3.2 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan 2.3.3 berupaya menyelesaikan masalah BAHAGIAN I : GURU 2.3.4 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif 2.3.5 berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik 2.3.6 berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel 2.3.7 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi 3 TERHAD

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Kerja kursus Usuluddin wajib diambil oleh semua calon pada penggal ketiga pengajian tingkatan enam. 3.1.2 Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan dua tema yang diberikan. 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah 3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan calon yang mengambil KKU telah dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran Usuluddin 3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan KKU calon telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan 3.2.5 Memastikan guru menghantar markah penulisan KKU kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan 3.2.6 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan KKU di sekolah 3.2.7 Memastikan guru menyimpan evidens penulisan KKU dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan 3.2.8 Memastikan evidens penulisan KKU dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan 3.3 Tanggungjawab Guru 3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKU 3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Usuluddin dari portal MPM dan membuat salinan untuk diedarkan kepada calon 3.3.3 Memastikan calon menghasilkan penulisan KKU secara individu 3.3.4 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.3.5 Memantau kemajuan kerja penulisan KKU calon mengikut masa yang ditetapkan 3.3.6 Membimbing calon dari aspek yang berikut: (i) Memilih tema (ii) Mengenal pasti isu (iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU (iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai (v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.3.7 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan KKU 3.3.8 Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU 3.3.9 Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKU 4 TERHAD

3.3.10 Memastikan calon menghantar KKU pada masa yang ditetapkan. Muka hadapan penulisan KKU hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.11 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar KKU pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Usuluddin STPM 3.3.12 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan KKU 3.3.13 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan KKU 3.3.15 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan KKU 3.3.16 Menghantar surat iringan, KKU, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.17 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir KKU calon 3.3.18 Mengadakan sesi pembentangan dan sesi soal jawab KKU selama 10 hingga 15 minit 3.3.19 Memeriksa/menilai/menaksir KKU bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 3.3.20 Mengisi Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) dan mendapatkan pengesahan daripada pengetua 3.3.21 Memasukkan markah KKU calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah KKU calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4 3.3.22 Memastikan KKU, BPC, BMKKC, dan BRuMKK bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.3.23 Memastikan BRuMKK dihantar ke MPM (u.p SUB Bahagian Pengendalian dan Peperiksaan STPM dan MUET) dalam tempoh seminggu selepas kemasukan markah ke dalam sistem e-submission. Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan dianggap tidak mengambil kertas 931/4 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) 3.4.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu 3.4.2 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.4.3 Menyemak dan menilai penulisan KKU yang dihasilkan oleh calon 5 TERHAD

3.4.4 Menghantar markah penulisan KKU calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan 3.4.5 Menyimpan evidens penulisan KKU calon di JPN yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan 3.4.6 Melupuskan evidens penulisan KKU calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) 3.5.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu 3.5.2 Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KKU dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan 3.5.3 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.5.4 Menyemak penulisan KKU yang dihasilkan oleh calon 3.5.5 Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4) 3.5.6 Menghantar markah penulisan KKU calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan 3.5.7 Menyimpan evidens penulisan KKU calon di JPN yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5.8 Melupuskan evidens penulisan KKU calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.6 Tanggungjawab Calon 3.6.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKU 3.6.2 Melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.6.3 Melaksanakan tugas berikut: (i) Memilih tema (ii) Mengenal pasti isu (iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU (iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai (v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.6.4 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKU 3.6.5 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU 3.6.6 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran Usuluddin pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah 3.6.7 Mengelak diri daripada melakukan plagiat atau meminta orang lain menulis penulisan KKU 6 TERHAD

3.6.8 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan KKU 3.6.9 Menghantar hasil KKU kepada guru Usuluddin pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar KKU pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Usuluddin STPM 3.6.10 Mengakui KKU yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 3.6.11 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Usuluddin pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan KKU 3.6.12 Membentangkan hasil KKU pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian KKU bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan KKU adalah seperti berikut: Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon 30 Mei 2017 Muat turun Manual kerja kursus 19 Jun hingga 22 September 2017 Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, dan pembentangan kerja kursus Melayari portal MPM Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon Memaklumkan tarikh akhir penyerahan KKU mengikut arahan MPM Membimbing calon mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop KKU Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang dinilai Membimbing calon melaksanakan tugasan Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skills) Melayari portal MPM Menerima soalan tugasan dan pemakluman tarikh akhir penyerahan tugasan Memahami skop tugasan Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop KKU yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersamasama dengan guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber 7 TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan KKU Membimbing calon memproses dan menganalisis data Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori yang bersesuaian Membimbing calon membuat penambahbaikan Menerima KKU daripada calon Menilai pembentangan KKU mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan KKU Menyerahkan KKU mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru Membentang KKU pada tarikh dan masa yang ditetapkan 23 September hingga 23 Oktober 2017 Pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission Membuat semakan dan penyelarasan semula markah bagi setiap calon Menghantar markah KKU calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Tidak berkenaan 15 Okt 2018 Penyimpanan evidens * Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta. 8 TERHAD

5.0 Format Penulisan 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan KKU mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) : Traditional Arabic (font 16) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan 5.3 Panjang penulisan hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan 5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi objektif kajian, permasalahan kajian, kaedah kajian, dan penemuan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan 5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks kerja kursus hendaklah menggunakan sama ada sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh 5.7 Susunan penulisan KKU adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan digalakkan menggunakan kertas berwarna oren (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Kerja Kursus Usuluddin. 5.8 KKU yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 5.7 di atas. 6.0 Struktur Penulisan 6.1 Kandungan 6.2 Abstrak 6.3 Penghargaan 6.4 Pengenalan latar belakang dan pernyataan masalah kajian 6.5 Objektif kajian pernyataan objektif kajian 6.6 Kaedah kajian huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya 6.7 Perbincangan dan hasil kajian huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Usuluddin 6.8 Rumusan 6.9 Cadangan 9 TERHAD

6.10 Senarai rujukan penulisan senarai rujukan menggunakan Gaya Dewan dan rujukan buku perlu ada dalam senarai rujukan 6.11 Lampiran (jika ada) 7.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Usuluddin 7.1 MPM mengemukakan dua tema. 7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih. 7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja. Gambar rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Usuluddin Tema 1 Tema 2 Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan Calon pilih tema Calon mengenal pasti isu. (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan) Calon menentukan tajuk. (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti) Calon menentukan skop tugasan. (Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada Kerja Kursus yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan Kerja Kursus berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam penghasilan Kerja Kursus mereka, seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop, metodologi kajian, dan sebagainya.) 10 TERHAD

Calon menentukan objektif kajian: (Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan relevan dengan masalah yang dikaji. Calon boleh menyatakan objektif kajiannya secara khusus atau membahagikan objektif kajian tersebut kepada dua, iaitu objektif umum dan objektif khusus) Objektif umum (Bersifat lebih menyeluruh, iaitu merangkumi semua objektif khusus yang dinyatakan dalam satu atau dua ayat. Dengan kata lain, objektif umum merupakan ringkasan atau gabungan kepada objektif khusus. Objektif khusus (Bersifat lebih jelas, spesifik, dan biasanya terdapat lebih daripada satu objektif. Fungsi objektif khusus adalah untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan dalam pernyataan masalah. Objektif khusus memandu calon untuk mendapatkan keputusan atau penemuan kajian. Contoh, jika terdapat dua objektif khusus, maka kajian sekurang-kurangnya mendapatkan dua penemuan bagi memenuhi objektif khusus. Calon menentukan kaedah kajian: Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah seperti berikut: 1. Kajian kepustakaan/dokumentasi Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet melalui komputer. 2. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Melalui kaedah ini, borang soal selidik digunakan bagi memenuhi kehendak kajian yang dilakukan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk dan objektif kajian yang dilakukan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada respondan di kawasan kajian. Maklumat yang calon inginkan boleh diperoleh daripada borang soal selidik ini. 3. Temu bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal pula boleh melibatkan temu bual dengan orang persendirian. 4. Pemerhatian Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji. 11 TERHAD

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian. Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dalam bentuk esei bertulis dengan disertakan jadual/carta/graf bagi menyokong dapatan. 8.0 Penskoran Bil Calon menghasilkan rumusan kerja kursus. Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan dapatan kajian. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana hasil kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Selain itu, calon juga boleh mengemukakan cadangan untuk mengatasi perkara-perkara yang menjadi halangan, persoalan, dan kelemahan yang ditemui dalam dapatan kajian. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian yang telah dijalankan. 1 Abstrak 2 Pengenalan 3 Objektif Kajian 4 Kaedah Kajian Aspek Pemarkahan Penulisan 5 Perbincangan dan Dapatan Kajian 6 Rumusan 7 Cadangan 8 Senarai Rujukan 9 Kemahiran Manipulatif 10 Kemahiran Insaniah 1 Pembentangan Kerja Kursus 2 Soal Jawab 3 Kreativiti 4 Keterampilan Pembentangan 12 TERHAD

12.0 Tanggungjawab Calon BAHAGIAN II : CALON 12.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKU 12.2 Melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 12.3 Melaksanakan tugas berikut: (i) Memilih tema (ii) Mengenal pasti isu (iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU (iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai (v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 12.4 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKU 12.5 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU 12.6 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran Usuluddin pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah 12.7 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan KKU 12.8 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan KKU 12.9 Menghantar hasil KKU kepada guru Usuluddin pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar KKU pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Usuluddin STPM 12.10 Mengakui KKU yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 12.11 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Usuluddin pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan KKU 12.12 Membentangkan hasil KKU pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 13 TERHAD

13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Kursus) Usuluddin Tarikh Perkara Tindakan Calon 30 Mei 2017 Muat turun Manual Kerja Kursus Melayari portal MPM 19 Jun hingga 22 September 2017 Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, dan pembentangan kerja kursus Menerima soalan tugasan dan pemakluman tarikh akhir penyerahan tugasan Memahami skop tugasan Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop KKU yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersama-sama dengan guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lainlain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubung-kaitkannya dengan teori yang bersesuaian Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan KKU Menyerahkan KKU mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru Membentang KKU pada tarikh dan masa yang ditetapkan 14.0 Format Penulisan 14.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 14.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan KKU mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) : Traditional Arabic (font 16) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan. 14 TERHAD

14.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran. 14.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 14.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi objektif kajian, permasalahan kajian, kaedah kajian, dan penemuan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan. 14.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks kerja kursus hendaklah menggunakan sama ada sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh. 14.7 Susunan penulisan KKU adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan digalakkan menggunakan kertas berwarna oren (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Kerja Kursus Usuluddin. 14.8 KKU yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 14.7 di atas. 15.0 Struktur Penulisan 15.1 Kandungan 15.2 Abstrak 15.3 Penghargaan 15.4 Pengenalan latar belakang dan pernyataan masalah kajian 15.5 Objektif kajian pernyataan objektif kajian 15.6 Kaedah kajian huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya 15.7 Perbincangan dan hasil kajian huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Usuluddin. 15.8 Rumusan 15.9 Cadangan 15.10 Senarai rujukan penulisan senarai rujukan menggunakan Gaya Dewan dan rujukan buku perlu ada dalam senarai rujukan 15.11 Lampiran (jika ada) 15 TERHAD

16 TERHAD

Pilih satu daripada tema di bawah ini, dan sediakan Kerja Kursus yang panjangnya antara 2000 hingga 2500 patah perkataan. Tema 1 Mukjizat Tema 2 Tafsir [60] STPM 2017 931/4/P3 17 TERHAD

Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN TAJUK: NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH 18 TERHAD

Lampiran 2 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa Kerja Kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan Kerja Kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk Kerja Kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Kerja Kursus Calon Makluman kepada calon: Kerja Kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja Kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru Kerja Kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru Kerja Kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan Kerja Kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan Kerja Kursus... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa Kerja Kursus mata pelajaran... (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa Kerja Kursus... telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa Kerja Kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, Kerja Kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh 19 TERHAD

Lampiran 3 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran:... No. Kad Pengenalan:... Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran:... Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan Kerja Kursus bagi mata pelajaran Usuluddin Tahun 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru:... Nama Guru:... Tarikh:... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama Kerja Kursus. 20 TERHAD

Lampiran 4 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon:... Angka Giliran:... No. Kad Pengenalan:... (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Penuh A. Penulisan 1. Abstrak 4 2. Pengenalan 4 3. Objektif Kajian 4 4. Kaedah Kajian 4 5. Perbincangan dan Hasil Kajian 20 6. Rumusan 2 7. Cadangan 2 8. Senarai Rujukan 3 9. Kemahiran Manipulatif 2 10. Kemahiran Insaniah 4 B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan Kerja Kursus 4 2. Soal Jawab 3 3. Kreativiti 2 4. Keterampilan 2 Jumlah Markah 60 Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa :... Tandatangan Penyelaras:... Nama:... Nama:... No. Kad Pengenalan:... No. Kad Pengenalan:... Tarikh:... Tarikh:... No. Telefon (sekolah) :... (bimbit) :... No. Telefon (sekolah) :... (bimbit) :... 21 TERHAD

Lampiran 5 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL : TAHUN: MATA PELAJARAN/KOD: USULUDDIN 4 (931/4) NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT: (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:... Nama:... No. Kad Pengenalan:.. Tarikh:... No. Telefon (sekolah):... (bimbit): PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Pengetua :... Nama:. No. Kad Pengenalan:. Tarikh:... No. Telefon (sekolah):... (bimbit):... Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission. 22 TERHAD