FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA PETALING JAYA HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM TAJUK TUGASAN KUMPULAN : REFLEKTIF JURNAL

dokumen-dokumen yang mirip
PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KEPEGAWAIAN OLAHRAGA PENASIHAT 3/12/2018 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS TEKNIK PANEL JURI RAYUAN

4. Mengaplikasi kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik irama, dan gimnastik artistik dengan betul dan selamat;

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PENYELARASAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG PERINGKAT SEKOLAH PENGELOLA ZON/NEGERI

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KANDUNGAN. Bil. Tajuk Muka surat. BAB 1. Kecergasan BAB 2 Kemahiran BAB 3 Kesukanan BAB 4 Kesihatan Diri dan Keluarga 46 51

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

- Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

SENARAI TUGAS GURU BESAR

1

2.0 PENYATAAN MASALAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEMESTER LIMA :JANUARI 2012 KOD KURSUS : HBEF2703 TAJUK KURSUS : TUGASAN INDIVIDU

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FUTSAL PRASEKOLAH. 1.2 Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

2. Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara menyeluruh;

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

ANALISIS KERJAYA DIRI

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN MODEL TASMIK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

2. Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara menyeluruh.

KARNIVAL SUKAN MSPM KALI KE XIV DAN SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PERATURAN BALAPAN DAN PADANG Merebut Piala Menteri Pelajaran Malaysia

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM TAJUK TUGASAN: KO KURIKULUM (TUGASAN INDIVIDU)

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

LIGA BOLA SEPAK SELANGOR SELATAN SOUTH SELANGOR LEAGUE

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

LAPORAN SUKANTARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

ISI KANDUNGAN. MAKLUMAT 1.0 Peraturan Am Jurukamera dan Juruvideo 2. PERALATAN 3.0 Pakaian Peralatan 2

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN

PERATURAN PERTANDINGAN

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

1. Siapakah yang mewujudkan interaksi di kalangan semua yang terlibat melalui sistem komunikasi yang sedia ada.

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Undang-undang Permainan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KERTAS KERJA KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA AMINUDDIN ANUAR

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum

Transkripsi:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA PETALING JAYA HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM TAJUK TUGASAN KUMPULAN : REFLEKTIF JURNAL NAMA: Ketua Kumpulan: THANESH A/L BALAKRISHNAN [850316146083001] Ahli Kumpulan 1. SUTHA A/P MALAYALAM [821107055166001] 2. AMUTHASURIYA A/P MUNIANDY [811231086286001] 3. THILAGAH A/P ARJUNAN [821019105514001] 4. MANI ARASI A/P GAVERAN [810512025426001] SEMESTER : MEI 2012

Pengenalan Sukan merupakan salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan dengan pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya memerlukan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau sebagai penonton. Sukan tahunan ialah aktiviti yang wajib dilaksanakan oleh setiap sekolah di Malaysia selepas pertengahan penggal. Sukan tahunan yang diadakan pada setiap tahun merupakan platform terbaik untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan. Acara sukan tahunan bukan sekadar memenuhi pencapaian kokurikulum semata-mata, malah ia bertujuan untuk mencungkil kebolehan para pelajar dalam bidang sukan. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan semangat kesukanan dikalangan mereka. Setiap tahun sekolah kami mengadakan aktiviti sukan tahunan. Setiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu acara dalam sukan tersebut. Aktitivi sukan tahunan dibahagikan kepada murid tahap 1 dan murid tahap 2. Sebelum aktiviti sukan dilaksanakan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum akan mengadakan Mesyuarat Agung sukan tahunan untuk memilih ahli jawatankuasa tahun tersebut. Beliau juga menjelaskan matlamat dan objektif sukan tahunan diadakan. Guru Besar pula menekankan peranan semua guru dalam menjayakan matlamat dan objektif berkenaan. Di dalam Mesyuarat pertama, kertas kerja aktiviti sukan tahunan telah dibentangkan dan disokong oleh semua AJK. Selepas membincangkan aktiviti sukan, kami mengagihkan para pelajar kepada 4 pasukan iaitu biru, merah, kuning dan hijau yang mewakili rumah sukan masing-masing. Setiap acara yang diadakan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua. Kami guru di di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) selaku guru penasihat rumah menghadapi masalah apabila murid menjalani latihan lontar peluru. Murid-murid tidak memahami teknik melontar yang betul. Walaupun kami telah mengajar teknik-teknik yang betul kepada murid, mereka masih membuat kesalahan juga. Mereka juga tidak mengikut arahan semasa membuat lontaran. Mereka tidak mengambil berat tentang cara melontar dan tidak berminat dengan acara lontat peluru. Kami memberi 3 hingga 4 kali percubaan bagi seorang murid untuk membuat lontaran. Ini memenatkan mereka untuk melontar untuk mendapatkan lontaran yang terbaik. Sikap murid

yang tidak ada semangat untuk membuat lontaran menyebabkan markah sukantara menurun. Murid-murid sekolah ini tidak begitu peka dengan kepentingan bersukan dalam diri mereka. Analisis Masalah Kelebihan yang ada pada murid adalah dapat melontar dengan jauh. Mereka bersedia melontar dengan laju dan mengikut arahan guru. Ramai di antara mereka melontar dengan jauh semasa lontaran dan melepasi jarak yang telah ditetapkan. Tetapi lontaran yang jauh juga terbatal jika terdapat kesilapan semasa memijak tidak mematuhui teknik yang betul. Lontaran mereka menjadi batal kerana kaki mereka terlebih memijak papan di hadapan. Mereka tidak dapat menganggarkan di mana perlu memijak untuk membuat lontaran yang betul. Murid yang pandai membuat lontaran dipilih dan diminta mengajar murid-murid yang tidak tahu membuat lontaran. Dengan ini, beberapa murid dapat mengetahui dan melontar dengan betul. Guru meminta murid-murid yang masih tidak dapat melontar dengan betul, supaya tidak memijak papan dihadapan bulatan. Sebaliknya, meminta murid-murid melihat papan tersebut dan terus melontar tanpa melepasi ataupun memijak papan di hadapan bulatan. Murid-murid lebih selesa melontar dengan hati yang tenang apabila diminta tidak memijak papan. Guru dapati, murid-murid yang lemah dalam bidang akademik, menunjukkan minat dan keinginan untuk menyertai acara sukan. Mereka lebih cenderung menunjukkan bakat terpendam mereka apabila bersukan. Jika bakat murid-murid lemah dalam pelajaran diasah di bidang sukan boleh melahirkan atlit-atlit negara di masa hadapan. Cadangan Murid-murid perlu didedahkan cara-cara melontar dengan kaedah yang betul sepanjang tahun, bukan hanya sewaktu sebelum sukan. Ini menyebabkan murid kurang memahami dan tiada kemahiran untuk membuat lontaran. Jika murid-murid dilatih membuat lompat jauh dengan lebih kerap, guru-guru tidak akan menghadapi masalah semasa menjalankan latihan sukan. Murid-murid yang lemah dalam membuat lontaran diberi perhatian sepenuhnya kepada murid ini tanpa mengabaikan murid yang lain. Guru perlu memberikan peneguhan terhadap murid-murid khususnya selepas membuat lompatan dengan betul dan tidak betul. Guru juga perlu membimbing murid dari segi sahsiah dan rohani untuk memupuk minat dalam bidang sukan.

Tindakan Susulan Seseorang atlit sukan yang mahir acara melontar peluru dijemput ke sekolah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran melompat kepada murid-murid. Murid-murid dapat mengenali acara melompat dengan lebih efektif lagi menerusi murid yang pakar dalam lompat jauh. Kesemua murid digalakkan mengambil bahagian dalam acara melontar peluru. Murid-murid dibawa berbincang permasalah mereka dalam acara melontar peluru. Penyelesaian sebarang masalah dibincangkan bersama-sama murid. Guru perlu menarik minat murid dalam menceburi diri di acara lontar peluru. Lama-kelamaan, murid-murid yang kurang berminat menunjukkan rasa minat terhadap acara lontar peluru. Sepanjang aktiviti ini kami menghadapi beberapa masalah. Salah satu daripadanya adalah membuat latihan sebelum acara sukan. Masalah dihadapi dalam memberi latihan kepada aktiviti kumpulan.acara berkumpulan diadakan untuk murid-murid tahap satu. Bagi memberi latihan kepada mereka kita memerlukan beberapa tempoh untuk melatih mereka dalam sesuatu acara tersebut. Proses ini mengambil masa beberapa minggu. Murid-murid mengambil bahagian dalam acara pada hari sukan tidak mencukupi latihan bagi melakukan acara tersebut. Contohnya acara lari berpagar dan acara larian 800 meter serta 4x400 meter. Tanpa latihan murid-murid tidak melakukan acara tersebut dengan baik. Murid-murid perlu diberi latihan yang secukupnya bagi memantapkan bakat mereka dalam acara larian tersebut. Dengan latihan yang secukupnya mereka akan dapat membuat acara larian tersebut dengan baik. Masa untuk membuat latihan tidak sesuai disebabkan musim hujan. Biasanya murid-murid membuat latihan sebelah petang. Jika latihan diadakan pada waktu petang ramai murid tidak menghadirkan diri. Ini kerana mereka menghadapi masalah pengakutan. Bukan itu sahaja, latihan untuk murid tahap 1 pada sebelah petang tidak wajar.mereka tidak larat untuk meneruskan latihan pada waktu petang. Jika mengadakan permainan kumpulan, setiap murid perlu mempunyai teknik yang betul untuk memastikan kejayaan kumpulannya. Maka latihan dalam masa yang singkat tidak dapat membantu murid untuk memahami sesuatu teknik. Di samping itu juga, guru-guru yang mengajar tidak mempunyai kemahiran untuk melatih murid. Contohnya seperti acara lompat tinggi,lompat jauh,lontar peluru dan sebagainya.kekurangan kemahiran menjadi halangan kepada murid-murid untuk belajar sesuatu

aktiviti sukan. Barang-barang sukan tidak selamat untuk digunakan dan ia membahayakan murid-murid semasa membuat latihan sukan.contohnya tilam lompat tinggi, pagar, pasir untuk lompat jauh dan sebagainya. Pada tahun kami telah mengabungkan permainan unsur tradisonal iaitu Permainan Kabaddi. Kejohanan Kabaddi Gabungan SJKT 2012 telah disempurnakan dengan baik. Bantuan secara langsung mahupun tidak langsung daripada pelbagai pihak seperti Pejabat Pelajaran Daerah, Majlis Guru Besar SJKT, PIBG sekolah, pengurus Ladang Raja Musa, orang ramai dan sebagainya memastikan kejohanan ini berlangsung dengan baik. Walaubagaimanapun satu peristiwa telah menjadi cabaran kepada saya dalam kejohanan ini. Iaitu terdapat dua orang murid telah mengalami keracunan makanan. Dua orang murid tersebut telah muntah, merasa pening serta sakit perut. Kejadian ini menjejaskan kelancaran kejohanan ini. Pasukan dan guru dari sekolah murid murid tersebut tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap kejohanan. Sebagai persediaan awal kami telah menyediakan bantuan daripada St.John Ambulans SMK Seri Tanjong. Ahli - ahli St.John Ambulans telah memberi pertolongan rawatan kepada kedua dua murid tersebut. Oleh kerana, murid murid tersebut tidak sembuh maka mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya. Pada awalnya kami merasa kejadian ini tidak berkaitan dengan bidang tugas kami, kerana semua sekolah jemputan telah diminta menyediakan bekalan makanan sendiri untuk semua pemainnya. Tetapi selaku Tuan Rumah menyedari tanggungjawab sekolah selaku tuan rumah kejohanan ini. Oleh sebab kami adalah tuan rumah maka kami tidak boleh melepaskan masalah ini begitu sahaja. Kami telah menyediakan kenderaan untuk menghantar murid murid tersebut ke hospital. Kami juga menyediakan tempat yang selesa untuk memastikan murid murid tersebut mengambil rehat yang secukupnya. Walaupun pada awalnya guru mereka merasa takut tetapi beliau merasa lega dan memberi tumpuan terhadap pasukannya apabila pihak kami memberi bantuan secukupnya. Pasukannya pun memberi tumpuan kepada kejohanan dan mendapat tempat yang kedua dalam kejohanan ini. Ini membuktikan bahawa semua keperluan asas seperti dicatat dalam Teori Maslow perlu diberi dengan sempurna untuk memastikan seseorang mencapai tahap yang lebih tinggi. Keperluan yang paling asas seperti makanan dan keselamatan yang secukupnya

memastikan individu merasa selesa dan merangsang mereka untuk melangkah ke tahap seterusnya. Daripada kejadian ini, saya menyedari bahawa selaku tuan rumah perkara perkara yang berkaitan dengan keperluan asas perlu diberi perhatian yang serius. Kemenangan sesuatu kejohanan bukan sahaja diukur dari segi penyediaan, malah rasa kepuasan pemain juga adalah penting. Sebagai tuan rumah perlu memilih tempat pelaksanaan kejohanan yang sesuai dan mempunyai kemudahan kemudahan seperti pengangkutan, berdekatan dengan hospital, balai polis dan sebagainya. CARA MENGATASI MASALAH AM KEJOHANAN OLAHRAGA Melalui acara sukan kita dapat mengenalpasti pelajar yang berpotensi dan membantu mereka dengan memberikan latihan yang secukupnya. Lazimnya, sukan dianggap sebagai salah satu aktiviti kesihatan semata-mata. Namun kini, penglibatan dalam bidang sukan sudah menjadi satu kerjaya yang menjamin masa hadapan. Tetapi penglibatan dan keminatan para pelajar dalam sukan semakin berkurangan. Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individuyang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklahtekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki. Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan dan keminatan pelajar dalam kegiatan sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan dan penglibatan dalam aktiviti sukan tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Masalah ini mengakibatkan para guru untuk memilih pelajar untuk pertandingan ataupun aktiviti yang ditentukan. Terdapat beberapa faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan. Antaranya ialah mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertaikegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Faktor-faktor penghalang ini sebagai masalah yang menghalang penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan juga penggunaan kemudahan aktiviti bersukan oleh individu. Menurutnya lagi masalah-masalahini akan membataskan frekuensi atau kekerapan penglibatan dan

penggunaan kemudahanaktiviti bersukan individu. Halangan ini termasuklah ciri-ciri kemudahan atau programaktiviti bersukan seperti kesesakan penggunaan dan kedudukan yang tidak strategik yangmenyebabkan kemudahan tidak dapat digunakan dan program tidak dapat diikuti. Oleh sebab itu sebagai guru sentiasa mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan serta menjayakan aktiviti yang dirancang. Antaranya ialah: I. Membuat perancangan yang sistemetik dengan meluangkan masa yang secukupnya untuk setiap aktiviti. II. Membeli alatan yang secukupnya untuk menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan lancar. III. Mengadakan kursus kepimpinan kepada semua guru untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka. IV. Mengadakan sesi taklimat berkaitan dengan sukan untuk ibubapa. Sebagai seorang guru di sekolah kita perlu berbincang hal ini dengan setiausaha sukan, penolong kanan kokurikulum dan Guru Besar tentang masalah semasa latihan sukan. Semasa sesuatu acara diadakan murid-murid perlu diberi latihan yang secukupnya sebelum hantar ke kejohanan sukan tahunan. Tanpa latihan yang mencukupi murid-murid tidak dapat membuat acara tersebut dengan penuh keyakinan. Latihan yang khusus perlu diberi kepada peserta acara larian kerana larian memerlukan daya tahan kardiovaskular yang tinggi untuk melakukannya. Daya tahan kardiovaskular akan bertambah ataupun meningkat apabila latihan yang berterusan diberikan kepada peserta sebelum mengambil bahagian dalam acaranya. Latihan perlu diadakan pada masa yang sesuai mengikut cuasa dan keadaan padang. Ini dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan prestasi mereka untuk meneruskan kejayaan mereka. Bagi memberi latihan kepada murid-murid untuk acara lompat tinggi, lompat jauh,lontar peluru kita memerlukan seorang pelatih yang terlatih untuk memeberi taklimat kepada para guru.selain daripada itu, pada waktu latihan minuman boleh disediakan kepada murid-murid untuk menghilangkan rasa kepenatan. Makanan haris diberi perhatian supaya murid-murid dapat tahan semasa membuat latihan sukan. Ini kerana mereka yang bersemangat untuk berlatih mungkin mempunyai bentuk fizikal yang kurang memuaskan. Maka mereka perlu mengambil makanan seperti telur, susu, sayau-sayuran dan makanan seimbang. Ini membantu secara fizikal dalam beberap acara lontar peluru. Bahan-bahan yang digunakan semasa latihan perlu diberikan

perhatian yang serious bagi mengelakkan kemalangan. Bahan yang digunakan dalam latihan perlulah berkualiti dan tahan lasak. Contohnya seperti dalam acara lari berpagar, pagar mestilah berkualiti supaya ia bertahan walaupun jatuh beberapa kali. Maka murid-murid lebih yakin dalam membuat lompatan.tempoh latihan perlu dilanjutkan mengikut kesukaran sesuatu aktiviti. Khususnya kepada aktiviti kumpulan.ini kerana setiap murid perlu memahami tanggungjawab mereka dalam kumpulan untuk mencapai kemenangan. Contohnya acara kasut beracun perlu mempunyai koordinasi tangan dan kaki yang memerlukan latihan yang serentak antara ahli kumpulan. Teori rangsangan dan tindak balas memainkan peranan penting dalam aktiviti sukan.teori rangsangan dan tindak balas atai teori behaviourisme berpusat kepada rangsangan dan tindak balas yang juga dikenali sebagai teori S-R( Stimulus-Respons). Tokoh yang paling terkenal dalam teori ini adalah Pavlov. Para murid dapat membelajari sesuatu teknik cuba jaya dan bagi meneruskan terus belajar kemahiran.teori rangsangan gerak balas ini telah mewujudkan satu stail pengajaran yang dikenali sebagai latih tubi kemahiran (Skill Drills). Sebagai contohnya dalam kemahiran acara olahraga seperti 100 meter. peserta acara pecut melepaskan tempat permulaan Dekam apabila mendengar bunyi tembakan. Latihan yang berterusan untuk memepelajari suatu kemahiran perlukan latihan lanjutan untuk mencapai tahap maksimum.maka, murid-murid perlu diberi latihan yang berterusan untuk mencapai kejayaan seperti mana yang dikatakan oleh Pavlov ahli psikologi.menurut De Lorrne & Watkins(1951) ahli psikologi murid-murid tahap 1 berada dalam tahap pasif. Pada tahap ini guru hanya menggerakkan murid-murid mengikut julat pergerakan yang mampu dihasilkan oleh mereka. Kesimpulan Secara kesimpulanya, Sukan Tahunan sekolah kami telah member satu kesan positif yang penting dalam bidang Kokurikulum dan juga kurikulum. Ia juga membantu mencapai Visi dan Misi sekolah kami bagi tahun ini. Kami juga dapat mengetahui bahawa sukan dapat melahirkan seorang murid yang seimbang dari segi JERI. Justeru itu, setiap sekolah harus mengadakan Sukan Tahunan pada setiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan mutu sukan dari peringkat sekolah ke peringkat kebangsaan serta meningkatkan mutu diri setiap pelajar dan guru.

Aktiviti bersukan memang satu aktiviti yang murid-murid berminat dibandingkan akademik. Jika pendedahan yang sewajarnya diberikan, maka guru-guru dapat melahirkan murid-murid yang berpotensi dalam bidang sukan. Acara lontar juga juga memerlukan kesungguhan dan disiplin diri yang mantap untuk melibatkan diri secara aktif. Justeru itu, Kejohanan Sukan Tahunan adalah satu cara untuk mengenalpasti murid yang mahir dalam bidang sukan. Melalui ini juga, murid-murid akan mendapat pengetahuan dan pengalaman yang berguna sepanjang persekolahan mereka. Semua pihak harus berganding bahu dengan kerajaan untuk memajukan sukan untuk negara pada masa akan datang di pesada dunia.