PERSEPSI PENTADBIR SEKOLAH TERHADAP KUALITI DIRI GURU PELATIH UTM DI SEKOLAH SEKITAR JOHOR BAHRU

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Program Doktor Pendidikan Tinggi

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN (SSKP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Program Team Building dikalangan pegawai kanan UTM

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

Model Pengurusan Strategik

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

BAB 1 PENDAHULUAN. dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;

Transkripsi:

PERSEPSI PENTADBIR SEKOLAH TERHADAP KUALITI DIRI GURU PELATIH UTM DI SEKOLAH SEKITAR JOHOR BAHRU NADIA FARHANA BINTI MOHAMMAD ZABIDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sekolah adalah satu institusi pendidikan berbentuk formal yang penting dalam usaha membangunkan modal insan yang dikehendaki bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Maka, peranan sistem pendidikan adalah untuk merealisasikan perubahan dan mampu memajukan lagi Malaysia di mata dunia merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Atas kesedaran itu, pelbagai usaha disumbangkan oleh kerajaan selaras dengan misi negara. Dalam Rancangan Malaysia ke9 (RMK-9) diperuntukkan RM23 bilion berkaitan pendidikan. Tambahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. PIPP merupakan satu dokuman perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Pelan ini adalah pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu dan digubal berpandukan matlamat dan teras kerangka besar Misi Nasional dan Wawasan 2020. (Hishammuddin Tun Hussein, 2007) Istilah sekolah satu sistem sosial yang mempengaruhi dalam membentuk budaya sekolah dari segi proses sekolah merangkumi kepimpinan pengetua atau

guru besar, tahap penyeliaan, perasaan kekitaan dan kesejawatan dan lain-lain lagi. Justeru itu, salah satu keberkesanan sistem pendidikan bergantung kepada pengurusan dan pentadbirannya. Sekumpulan manusia dikumpulkan bersama di bawah satu sistem untuk mencapai objektif, kumpulan itu disebut organisasi. Proses untuk menyelaraskan aktviti-aktiviti kakitangan melalui pembentukan matlamat dan polisi serta menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya disebut pentadbiran (Walker, 1977). Tambahan ini disokong Morphet, Johns dan Reller (1982), berpandangan menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbangkan kepada pencapaian matlamat organisasi. Maka keberkesanan ini diukur dengan melihat sejauh mana hasil dihajati bertunas dan berkembang dari segi pengaruh kepada kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan tidak berkesan bukan sahaja merugikan tenaga bahkan waktu dan wang. Tetapi yang lebih dibimbangi apabila hasilnya bertentangan dengan apa dihajati. Oleh itu, terdapat organisasi di sekolah yang di sandang oleh barisan pendidik yang bergelar guru. Mereka adalah profesionalisme yang bertanggungjawab membangunkan sistem pendidikan. Sistem ini berdasarkan fahaman Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan sifat-sifat yang idea bagi melahirkan modal insan berguna kepada masyarakat dan negara. Seperti Kamarudin (1989), berpendapat bahawa pendidikan berkaitan dengan usaha memupuk pertumbuhan personaliti seseorang individu. Aktiviti pemupukan personaliti seseorang individu kepada seorang individu yang lain. Oleh yang demikian, pendidikan dimaksudkan sebagai suatu proses di mana beberapa individu yang lain dengan matlamat tertentu bagi kebaikan sesuatu masyarakat.

Justeru dalam membentuk sistem pendidikan yang lebih berkualiti di masa hadapan, perhatian lebih perlu diberikan kepada guru-guru yang baru berkhidmat agar dapat memantapkan komitmen mereka terhadap profesion perguruan. Menyedari keperluan tersebut, semua institusi pengajian tinggi yang menawarkan program persediaan guru berlumba-lumba untuk menambah baik program pendidikan masing-masing agar menepati keperluan dan kehendak semasa. Ekoran itu, pelbagai pendekatan baru telah dirangka bagi memastikan bakal-bakal guru yang dilahirkan telah diperlengkapkan dengan pengetahuan yang berkaitan pendidikan di samping didedahkan dengan pelbagai aspek penting bagi persiapan sebagai seorang guru. Sebagai contohnya terdapat empat strategi utama telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan guru yang berkualiti. Strategi tersebut ialah memantapkan proses pemilihan bakal guru dan latihan guru, menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerja mereka, meningkatkan rasa bangga guru terhadap profesion mereka dan mengembalikan perasaan hormat masyarakat terhadap golongan guru. Di samping itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi memantapkan aspek pemilihan bakal guru dan latihan guru, mulai tahun 2004 Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan M-Test untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru bagi pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kementerian itu juga telah menghentikan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) dan menggantikannya dengan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Menurutnya lagi, penghantaran pelajar bagi pengajian TESL ke luar negara yang tergendala akibat kegawatan ekonomi dahulu juga telah disambung semula serta menaikkan taraf maktab-maktab perguruan kepada Institusi Pendidikan Guru (IPG) agar kualiti bakal guru dapat ditingkatkan (Nazarudin, 2005). Bagaimanapun usaha pihak Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan aspirasi bagi mewujudkan guru berkualiti tidak akan berkesan, andainya guru sendiri tidak bersedia untuk menerimanya. Pokok pangkalnya ia terletak kepada kemahuan, kesungguhan dan kerelaan guru sendiri untuk memantapkan diri mereka dengan

pelbagai kualiti. Insentif yang disediakan oleh kerajaan hanyalah sebagai motivasi atau penggerak semangat yang membuka laluan kepada mereka untuk mencapai hasrat tersebut (Salina, 2002). Oleh itu, status guru pelatih perlu dititik beratkan kerana mereka merupakan generasi yang akan bergelar guru bertauliah tidak lama lagi setelah tamat pengajian di universiti. Sewaktu latihan mengajar proses membaikpulih secara keseluruhan dari pelbagai aspek seperti penampilan, komunikasi, pengajaran dan sebagainya perlu diberi perhatian. Sebagaimana yang disarankan oleh Hishammuddin Tun Hussein (2006) yang menekankan aspek kualiti dalam perutusan khas Hari Guru ke-36, Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Memetik rangkap puisi tersohor Guru Oh Guru karya Allahyarham Usman Awang, jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa. Jika hari ini seorang raja menaiki takhta. Jika hari ini seorang presiden sebuah negara. Jika hari ini seorang ulama yang mulia. Jika hari ini seorang peguam menang bicara. Jika hari ini seorang penulis terkemuka. Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa. Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Dengan lembut sabarnya mengajar baca tulis. Maka demikianlah pengaruh seorang guru yang tetap dipandang penting walaupun zaman silih berganti. Dengan ini, persepsi bagi pentadbir sekolah terhadap guru pelatih perlu diambil kira untuk memperbaiki kelemahan yang ada seperti kata peribahasa yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

1.2 Latarbelakang Masalah Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun dan pembangunan modal negara masih fokus kepada aspek pendidikan. Dalam arena pendidikan negara yang dialami selama 50 tahun ini telah banyak mengalami perubahan revolusi terhadap taraf guru iaitu dari segi kualiti guru. Salah satu daripada perubahan ini timbul kerana kecenderungan negara untuk mengawal dasar pendidikan serta mendemokasikan peluang untuk mendapatkan pendidikan dengan cara meramaikan bilangan anak bersekolah. Perubahan ini adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada golongan rakyat majority penujuan ke arah kuantiti pendidikan. Ini menimbulkan semacam ancaman dan sedikit sebanyak menjejaskan aspek kualiti pendidikan yang hendak dipertahankan. Keadaan tersebut terjadi lantaran tekanan yang wujud disebabkan tingginya bilangan pelajar yang terpaksa diuruskan untuk mendapatkan pendidikan asas mereka. Keadaan tersebut menyebabkan langkah untuk mempertingkatkan jumlah guru bagi memenuhi tuntutan keperluan yang wujud di bilik-bilik darjah di sekolah menjadi semakin sesak. Sudah pastilah ratusan ribuan golongan guru tersebut terdapat juga segelintirnya tidak memenuhi syarat-syarat perwatakan serta kualiti sebagai seorang guru yang baik (Omar Mohd Hashim, 1999). Berdasarkan statistik, dari tahun 2005 terdapat lebih kurang 327,000 orang guru iaitu 58.2 peratus di sekolah rendah dan 41.8 peratus di sekolah menengah. Daripada segi kelulusan akademik, 38.0 peratus adalah guru siswazah dan 56.4 peratus guru bukan siswazah. Manakala 5.60 peratus adalah guru ambilan secara kontrak atau mereka yang tidak mempunyai latihan perguruan. Sebanyak 6.1 peratus guru sekolah rendah dan 82.4 peratus guru sekolah menengah adalah guru siswazah (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010).

Oleh itu berdasarkan RMK-9, dengan memperuntukan bajet sebanyak 8 peratus perbelanjaan kerajaan untuk pengajian tinggi menjelang tahun 2010 untuk meningkatkan kelayakan guru dengan sasaran 50 peratus guru di sekolah rendah dan 100 peratus guru di sekolah menengah terdiri daripada siswazah terlatih. Manakala sasaran untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia masih jauh dicapai kerana jumlah mahasiswa menganggur terlalu ramai. Rencana di akhbar pula mendedahkan bahawa pasaran pekerjaan enggan menggaji mahasiswa ini kerana kurangnya kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemampuan berfikir dan inisatif diri lemah di mana sistem pendidikan negara berorientasikan peperiksaan dikatakan menjadi punca kepada kelemahan pengetahuan am di kalangan lepasan sekolah termasuk calon bakal guru. Berdasarkan petikan dari Raja Zuha (2006), tokoh pendidikan Prof. Datuk Dr. Ishak Thambi Kechik berkata, keutamaan terhadap bidang akademik dalam suasana pendidikan hari ini menyebabkan lepasan sekolah gagal menguasai pengetahuan sampingan dan lain-lain kemahiran. Kemahiran sampingan dan tahap pengetahuan am kini perlu menjadi kayu ukur penilaian kerjaya lepasan sekolah, bukan setakat pencapaian akademik yang cemerlang. Terutama bagi calon institusi perguruan, mereka perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan am dan lain-lain kemahiran yang sesuai dengan kerjaya seorang guru. Kemudian timbul pula istilah baru iaitu mahasiswa lesu di mana berkaitan dengan masalah penganguran juga yang dikatakan menjadi rencah utama membelenggu diri mereka apabila gagal bersaing bukan sahaja dalam akademik tetapi sahsiah diri (Isahak Haron, 2007). Secara tidak langsung situasi ini akan mencalar imej dan reputasi institusi pengajian tinggi (IPT) negara. Tambahan pula, menurut Abdullah Ahmad Badawi, statistik kajian mengenai universiti Asia yang dijalankan oleh Asiaweek 2000 meletakkan universiti berkedudukan tinggi di Malaysia di tempat yang ke-47 daripada 77 buah universiti kajian. Ini jelas menunjukkan kedudukan kualiti pendidikan di IPT masih jauh tertinggal berbanding Jepun, Hong Kong, Australia, Korea dan Singapura (Goh,

2006). Hal ini patut dikikis dan memperbaiki kelemahannya seperti saranan kerajaan mewujudkan satu sistem bagi menilai dan menanda aras kualiti semua IPT bermula dengan universiti-universiti awam. Ini merupakan salah astu aspek yang ditekankan untuk melahirkan graduan cukup terlatih serta berkualiti ketika di alam pekerjaan kelak. Dalam konteks latihan perguruan, graduan yang terlatih dapat dinilai berdasarkan keupayaannya untuk berhadapan dengan persekitaran sekolah ketika menjalani latihan mengajar. Hampir semua pendidik sependapat bahawa latihan mengajar adalah perkara penting dalam latihan profesional perguruan. Setiap tahun ribuan penuntut perguruan tiba di sekolah-sekolah untuk tujuan tersebut. Aktiviti ini melibatkan wang, masa dan tenaga yang banyak. Berbagai usaha telah dicuba supaya hasil dan kesan yang diperolehi dari latihan tersebut seimbang dengan perbelanjaan, masa dan tenaga yang dilaburkan. Keazaman ini semakin kuat dengan adanya kesedaran bahawa kualiti pendidikan sesebuah negara adalah sebahagian besarnya bergantung kepada kualiti guru-gurunya. Oleh itu, pelbagai cara IPT menilai kualiti graduan dalam usaha mengesan keberkesanan program latihan mengajar yang dilaksanakan sama ada mendapat pengiktirafan dari dalam negara atau luar negara daripada badan tertentu. Antaranya adalah Lembaga Akreditasi Nasional, MAMPU dan SIRIM. Selain itu, maklum balas daripada pihak majikan sendiri iaitu pihak pentadbir sekolah sebagai contoh situasi di sekolah kerana mereka merupakan majikan kepada guru pelatih kelak. Bagi guru pelatih, latihan mengajar ini merupakan pelung pertama untuk mereka mencuba segala teori dan kaedah yang diperolehi dalam bilik kuliah. Maka ini masanya bagi mereka untuk berhadapan dengan suasana sebenar mengenai murid, bilik darjah dan juga pihak pentadbir serta kakitangan sekolah. Kejayaan seseorang guru pelatih dalam latihan mengajar sebahagian besar adalah bergantung kepada penyelia, guru pembimbing. Tetapi penilaian pihak sekolah juga diambil kira dari segi pemarkahan.

Menurut Mohd Khalil dan Noor Miza (2006), terdapat juga pentadbir sekolah yang berasa tercabar dengan kehadiran guru pelatih dan memandang negatif kepada mereka. Permasalahan ini dikusutkan lagi kerana pentadbir sekolah sendiri kurang jelas tentang status guru pelatih yang ditempatkan. Masalah ini terjadi kerana guru pelatih dianggap mengganggu iklim sekolah di mana pihak pentadbir terpaksa menyusun semula jadual untuk menempatkan kelas pengajaran yang bersesuaian dengan kos diambil. Selain itu, mereka juga perlu mengurus guru pembimbing untuk guru pelatih. Masalah ini dikukuhkan lagi dengan petikan daripada Omar Mohd Hashim (1999), menyatakan Kementerian Pendidkan telah diberitahu oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bahawa terdapat calon-calon guru yang kurang menyenangkan iaitu seperti berambut panjang, kurang kemas, berpakaian menjolok mata, berpakaian purdah, tidak sopan santun, tidak tahu atau tidak faham tentang tugas, peranan dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, cetek pengetahuan am, kurang faham tentang peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perintah Am, hal-hal perkhidmatan, proses dan prosedur tindakan tatatertib. 1.3 Pernyataan Masalah Latihan mengajar merujuk kepada situasi apabila kedatangan orang baru di sesebuah sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan kemahiran mengajar dan memainkan peranan sebagai seorang guru. Istilah orang baru khusus kepada guru pelatih di mana masih mentah dengan persekitaran sekolah dan akan memberi sedikit kesan kepada pentadbiran sekolah dari segi perubahan jadual untuk menetapkan kelas pengajaran, pertambahan pekerja di sekolah, pengurusan guru

pembimbing untuk guru pelatih tersebut dan pemberian tugasan tambahan kepada guru pelatih sepanjang latihan mengajar. Menjadi lumrah manusia jika sesuatu yang baru akan diberi keutamaan. Maksud keutaman adalah segala gerak-geri guru pelatih ini akan diperhatikan dan dinilai samada secara formal atau tidak formal bergantung kepada jawatan yang disandang. Pelbagai andaian dan pandangan yang akan bermain difikiran komuniti di sekolah terutamanya pihak pentadbir sekolah. Di mana mereka merupakan majikan kepada guru pelatih tersebut. Maka kajian ini akan memberi maklumbalas dan gambaran persepsi pihak pentadbir sekolah terhadap guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar kerana melalui kajian lepas, banyak penyelidik memfokuskan kepada kaedah pengajaran dalam kelas tetapi kajian ini tertumpu kepada kualiti diri guru pelatih sebagai profesion perguruan ketika latihan mengajar. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif yang telah dikenal pasti. Objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenalpasti persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek sikap guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar. 2. Mengenalpasti persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek personaliti guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar. 3. Mengenalpasti persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek kesediaan guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar. 4. Mengenalpasti persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek kemahiran guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar. 5. Mengenalpasti persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar.

6. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut jantina pentadbir sekolah. 7. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut pangkat pentadbir sekolah. 8. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut tempoh berkhidmat pentadbir sekolah. 1.5 Persoalan Kajian Secara khusus, matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap beberapa persoalan kajian seperti berikut : 1. Apakah persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek sikap guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar? 2. Apakah persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek personaliti guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar? 3. Apakah persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek kesediaan guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar? 4. Apakah persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek kemahiran guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar? 5. Apakah persepsi pentadbir sekolah terhadap aspek hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar? 6. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru

pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut jantina pentadbir sekolah? 7. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut pangkat pentadbir sekolah? 8. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut tempoh berkhidmat pentadbir sekolah? 1.6 Hipotesis Kajian Hipotesis 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut jantina pentadbir sekolah. Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut jantina pentadbir sekolah. Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek personaliti guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut jantina. pentadbir sekolah. Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek kesediaan guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut jantina pentadbir sekolah.

Ho 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek kemahiran guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut jantina pentadbir sekolah. Ho 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut jantina pentadbir sekolah. Hipotesis 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut pangkat pentadbir sekolah. Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek sikap guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut pangkat pentadbir sekolah. Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek personaliti guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut pangkat pentadbir sekolah. Ho 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek kesediaan guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut pangkat pentadbir sekolah. Ho 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek kemahiran guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut pangkat pentadbir sekolah. Ho 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut pangkat pentadbir sekolah.

Hipotesis 3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek sikap, personaliti, kesediaan, kemahiran dan hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut tempoh berkhidmat pentadbir sekolah. Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek sikap guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut tempoh berkhidmat pentadbir sekolah. Ho 2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek personaliti guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut tempoh berkhidmat pentadbir sekolah. Ho 3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek kesediaan guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut tempoh berkhidmat pentadbir sekolah. Ho 4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek kemahiran guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut tempoh berkhidmat pentadbir sekolah. Ho 5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek hubungan interpersonal guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar mengikut tempoh berkhidmat pentadbir sekolah.