BAB 1 PENDAHULUAN. dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;
|
|
- Sukarno Ari Muljana
- 7 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 BAB 1 PENDAHULUAN Pentadbir sekolah dan guru sains hendaklah menerima dan mengiktiraf pendidikan sains dan teknologi sebagai suatu agenda penting dalam proses pembangunan negara. Mereka seharusnya mengetahui bahawa perancangan dan penggubalan kurikulum sains adalah berlandaskan dasar-dasar yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. Bagi mendapatkan gambaran tentang kepentingan pendidikan sains dan teknologi dan pelaksanaannya, bab ini menjelaskan aspek-aspek berkaitan: dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi; kepentingan sains dan teknologi; perancangan dan penggubalan kurikulum sains; pelaksanaan kurikulum sains; kebergunaan makmal sains/bilik sains; dan peranan dan tanggungjawab pengetua/guru besar. 1.1 Dasar-Dasar Yang Menjadi Landasan Pendidikan Sains dan Teknologi Pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum sains, sama ada guru sains selaku pelaksana mahupun pengetua/guru besar sebagai pengurus kurikulum, hendaklah mengetahui, memahami dan menghayati dasar-dasar kerajaan yang menekankan kepentingan sains dan teknologi dalam agenda pembangunan negara. Pendidikan sains diwujudkan dengan berlandaskan inspirasi dan aspirasi negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pelaksana dan pengurus kurikulum sains untuk merealisasikan hasrat dan harapan negara. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran sains hendaklah dilihat sebagai cara untuk membangun dan menghasilkan modal insan dalam bidang sains dan teknologi yang diperlukan untuk terus menerajui pembangunan dan kemajuan negara Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah dilahirkan melalui Penyata Razak (1956). Dari semasa ke semasa, DPK disemak semula untuk menampung keperluan semasa dan masa depan negara. Usaha-usaha penyemakan semula DPK telah menghasilkan Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan Walau apa sahaja perubahan yang telah dilakukan, teras utama DPK adalah bagi memenuhi keperluan sumber manusia bukan sahaja dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi kualitinya selaras dengan hasrat negara untuk mencapai status negara perindustrian. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 1
2 1.1.3 Akta Pendidikan 1996 di antaranya menyatakan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, sejajar dengan perkembangan pesat sains, teknologi, dan maklumat (muka surat 13). Akta ini juga dengan jelas menyatakan agenda pendidikan negara perlu selari dengan kemajuan sains dan teknologi. Penggubalan Akta Pendidikan 1996 tidak dilakukan secara terasing tetapi mengambil kira kehendak dan hasrat lain-lain dasar kerajaan seperti Dasar 60:40 Pelajar Sains-Sastera, Dasar Sains dan Teknologi Negara (1986), dan Wawasan 2020 (1991: Malaysia The Way Forward) Dasar 60:40 menetapkan nisbah penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi berbanding sastera. Ia merupakan panduan bagi pembangunan bilangan modal insan berteraskan sains dan teknologi mengikut keperluan pembangunan negara. Sasarannya masih belum tercapai walaupun selepas 42 tahun pelaksanaannya. Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia 2004 menunjukkan graduan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam hanya 32.4 peratus berbanding keperluan 60 peratus dalam bidang ini (Utusan Malaysia: 27 Mac 2009, muka surat 31). Antara isu-isu yang membelenggu pencapaian dasar ini adalah berkaitan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains, prestasi murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi, dan keupayaan guru untuk mengajar sains. Guru sains dan pengurus kurikulum seharusnya menerima komentar ini sebagai suatu cabaran. Mereka hendaklah menggembleng pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam mencari kaedah baru bagi merapatkan lagi jurang pencapaian dengan sasaran yang telah ditetapkan Dasar Sains dan Teknologi Negara bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat, dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara. Dasar ini memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan bidang-bidang lain yang berkaitan Gagasan Malaysia: The Way Forward yang diisytiharkan pada tahun 1991 telah menggariskan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju menjelang 2020 dengan ahli masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi untuk terus memacu aktiviti ekonomi agar berdaya saing, dinamik, giat dan berdaya tahan. Antara bidang hasil utama yang perlu dicapai ke arah membangunkan sebuah negara maju telah 2 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
3 dinyatakan dengan jelas iaitu: (i) mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui budaya kecemerlangan, dan (ii) membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik yang berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden Kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan dalam Wawasan Negara mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi masa hadapan Matlamat yang perlu dicapai adalah untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu ekonomi yang cekap teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih Kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996, Dasar 60:40, Dasar Sains dan Teknologi Negara, dan Wawasan 2020 telah meletakkan kepentingan pendidikan sains dengan sewajarnya dalam agenda pembangunan negara. Pelaksana dan pengurus kurikulum sains seharusnya memahami dan menghayati inspirasi dan aspirasi yang tersurat dan tersirat dalam dasar-dasar tersebut. Mereka seharusnya dapat melihat dengan jelas hala tuju pendidikan sains dengan hasrat untuk terus menyumbang kepada penerusan pembangunan dan kemajuan negara. 1.2 Kepentingan Sains dan Teknologi Pengurus kurikulum, amnya dan pelaksana kurikulum sains dan murid, khususnya, seharusnya dapat menggarapkan kepentingan sains dan teknologi dalam kemajuan kehidupan manusia dan pembangunan negara. Bukalah pintu hati dan minda murid untuk mengimbas persekitaran mereka bagi mencari bukti bahawa kesenangan, kenikmatan dan kemanfaatan hidup mereka adalah hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Guru sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 3
4 perlu menyuntik minda murid dengan kenyataan bahawa kemajuan sains dan teknologi akan terus berkembang dalam ruang dan peluang yang tiada batasannya selagi Tuhan menganugerahkan minda yang kreatif dan inovatif kepada manusia Sains dan teknologi adalah merupakan jantung bagi kemajuan masyarakat manusia. Sains dan teknologi telah menyediakan banyak faedah dan manfaat kepada manusia dengan kesihatan yang bertambah baik, umur wang lebih panjang, kelegaan dari kesakitan, hari bekerja yang bertambah pendek, persekitaran bekerja yang lebih selamat dan selesa. Di samping itu, lebih banyak makanan lagi berkhasiat dapat dinikmati, pakaian serta perumahan yang lebih selesa, dan lebih banyak peluang untuk menikmati pendidikan, hiburan dan perjalanan Dalam konteks globalisasi, kemampuan sesebuah negara untuk mencapai dan mengekalkan tahap kehidupan yang tinggi adalah bergantung pada sejauh mana ia dapat memanfaatkan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. Kemampuan sesebuah negara untuk memanfaatkan teknologi moden bergantung pada tahap pendidikan rakyatnya. Justeru, pembangunan modal insan yang mampu menerima dan menghayati sains dan teknologi perlu diberi penekanan sewajarnya agar mereka dapat memastikan ekonomi negara terus berdaya saing di peringkat antarabangsa. 1.3 Perancangan dan Penggubalan Kurikulum Sains Pelaksana dan pengurus kurikulum sains hendaklah memahami dan menghayati semangat dan hasrat di sebalik perancangan dan penggubalan kurikulum sains. Mereka juga seharusnya memahami tujuan pendidikan sains di sekolah, aspek-aspek penting, pendekatan, dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan Tanggungjawab Kementerian Pelajaran adalah memastikan pendidikan sains dan teknologi sentiasa relevan serta dimartabatkan selaras dengan keperluan perkembangan dan kemajuan semasa dan masa hadapan negara Pendidikan sains mempunyai tiga tujuan, iaitu: Menyediakan murid dengan latar belakang ilmu pengetahuan dan kemahiran sains bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berasaskan sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT) Menyediakan murid untuk mendapatkan pekerjaan serta menjadikan sains dan teknologi sebagai bidang kerjaya mereka Menyediakan murid untuk menjadi warganegara yang kenal/celik 4 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
5 sains Secara idealnya, produk pendidikan sains keluaran sekolah hendaklah sifar kecacatan untuk melalui proses pengajian lanjutan di IPT, ataupun menceburi bidang pekerjaan dan kerjaya. Produk yang cacat akan menyebabkan klien, sama ada pihak IPT mahu pun majikan, tidak berpuas hati dan terpaksa menanggung kos untuk pembaikpulihan produk. Jika klien mempunyai pilihan lain nescaya mereka akan mengetepikan produk tidak berkualiti yang dihasilkan oleh sekolah Bagi memastikan mutu pendidikan sains, kurikulum bersepadu sains telah dirancang dan digubal dengan mengambil kira input daripada ahli akademik, profesional dan industri dalam bidang sains yang berkenaan, input daripada guru sains selaku pelaksana mengikut bidang pengkhususan masing-masing, dan menanda aras standard serta membandingkan kandungan kurikulum dengan negara yang berada di sepuluh kedudukan teratas dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) Antara aspek-aspek penting yang ditekankan dalam pelaksanaan kurikulum bersepadu sains termasuk: Pembangunan Kemahiran Saintifik: mengkaji, mengkelasifikasi, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, membuat ramalan, berkomunikasi, mentafsir data, mendefinisikan pengoperasian, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan kemahiran manipulatif Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kritis: penjanaan sifat, membanding dan membeza, pengelompokan dan pengelasan, menyusun mengikut urutan, menentukan keutamaan, menganalisis, mengesan kecenderungan, menilai, dan membuat kesimpulan Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif: menjanakan fikiran, membuat perkaitan, membuat inferens, meramal, membuat generalisasi, menggambarkan, mensintesiskan, membuat hipotesis, membuat analogi dan mereka cipta Pembangunan Strategi Pemikiran: mengkonsepsikan, membuat keputusan dan penyelesaian masalah Pembangunan Sikap Saintifik dan Nilai Murni: menjiwai sesuatu yang benar, penghayatan dan amalan kerja saintifik yang sistematik, berani mencuba, berfikir secara rasional, berkeyakinan dan berdikari. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 5
6 1.3.7 Antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuk inkuiri-penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran masteri Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan luar, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi Kesimpulannya, guru sains, selaku pelaksana kurikulum sains seharusnya membaca, memahami, menghayati dan melaksanakan kurikulum sains mengikut hasil/standard pembelajaran yang telah ditetapkan. 1.4 Pelaksanaan Kurikulum Sains Detik kebenaran ( the moment of truth ) pelaksanaan kurikulum sains adalah di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru hendaklah: menyediakan rancangan mengajar sains yang lebih kemas. Perancangan pengajaran sains tidak boleh disamakan dengan perancangan lain-lain mata pelajaran. Guru sains perlu menentukan kaedah dan strategi yang terbaik untuk mencapai hasil/standard pembelajaran yang ditetapkan, menyediakan senarai peralatan/bahan yang diperlukan, menganggarkan masa yang diperlukan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti), dan menentukan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti sama ada di makmal sains/bilik sains atau di luar bilik darjah. Perancangan mengajar memberi kelebihan dan manfaat berikut: i. menggambarkan dan menyediakan diri untuk sebarang aktiviti pengajaran yang hendak ditekankan dan bagaimana menyusun langkah-langkah secara berkesan; ii. mengelakkan perancangan segera atau tanpa persediaan, yang mana, kerana kurang asas yang baik, selalunya menghasilkan pengajaran yang lemah; iii. untuk rujukan pada masa depan, bagi memperkukuh kekuatan dan menambah baik kelemahan yang dikesan dalam perancangan sebelumnya; 6 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS iv. mendapat rasa hormat daripada murid kerana guru membuat persediaan mengajar; dan
7 v. memastikan kepaduan kandungan yang hendak diajar mengajar dengan berkesan. Pengajaran yang menekankan teaching the test dan bergantung pada buku teks akan menyebabkan murid mengalami defisit terkumpul bagi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran penting (kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir) yang dihasratkan dalam pembelajaran sains. Kaedah dan strategi pengajaran yang disarankan dalam huraian sukatan pelajaran/ standard kandungan hendaklah dilaksanakan meningkatkan pengetahuan. Semua guru sains perlu berusaha mencari dan menambah ilmu melalui pelbagai sumber terutama melalui kemudahan ICT. 1.5 Kebergunaan Makmal Sains/ Bilik Sains Sains adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sesuai dengan status tersebut, makmal sains disediakan di sekolah menengah dengan kelengkapan seperti radas, peralatan dan bahan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains. Di sekolah rendah, bilik sains disediakan di samping sekolah digalakkan mengubah suai bilik untuk menjalankan aktiviti makmal bagi pembelajaran sains di samping menyimpan bahan dan peralatan sains Pembangunan modal insan dalam bidang sains dan teknologi direalisasikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi fokus kepada aspek-aspek berikut: i. membantu murid menjadi pemikir yang aktif; ii. menggalakkan pemahaman saintifik yang mendalam; iii. menggalakkan penyertaan maksimum dalam pembelajaran; dan iv. menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkualiti Makmal sains/ bilik sains yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan aktiviti yang mungkin membantu murid mencapai hasil/ standard pembelajaran yang telah ditetapkan. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 7
8 1.5.4 Aktiviti makmal menyediakan peluang bagi murid berinteraksi secara terus dengan bahan semula jadi, menggunakan peralatan yang bersesuaian, teknik pengumpulan data, model, konsep, prinsip serta teori dalam sains. Matlamat pembelajaran sains yang boleh dicapai melalui aktiviti makmal termasuk: i. mempertingkatkan masteri kandungan pembelajaran; ii. memperkembangkan pemikiran saintifik; iii. memahami kompleksiti dan kesamaran kerja empirik; iv. memperkembangkan kemahiran praktik; v. memahami sifat-sifat sains; vi. memupuk minat dalam sains; vii. memupuk minat dalam pembelajaran sains; dan viii. memperkembangkan kemampuan kerja berkumpulan Aktiviti makmal dapat memperkembangkan keupayaan intelek dan kemahiran saintifik murid melalui interaksi otak, tangan, mata, telinga dan hidung. Bagi memastikan murid mencapai matlamat ini, guru hendaklah menyediakan pengalaman pembelajaran berasaskan hands on, minds on melalui pendekatan dan kaedah yang telah dicadangkan. Di samping itu, guru juga perlu mengenal pasti peralatan, bahan dan persekitaran yang sesuai sama ada makmal sains/ bilik sains, kawasan sekitar sekolah mahupun di luar sekolah. Konsep pembelajaran di luar bilik darjah (PLBD) hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya sesuai dengan hasil/ standard pembelajaran yang hendak dicapai Mengajar sains secara berkesan adalah sukar tetapi ia boleh mendatangkan kepuasan apabila murid berjaya mencapai ilmu dan kemahiran yang dihasratkan hasil daripada usaha guru. Walau bagaimanapun, jika murid bekerja keras tetapi gagal dalam pembelajaran, guru harus bertanggungjawab ke atasnya Walaupun guru berasa terbeban dengan perancangan dan persediaan pengajaran sains yang rapi, namun murid akan melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan lagi bermakna berbanding kaedah pengajaran chalk and talk, menggunakan buku teks semata-mata atau teaching the test. 8 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
9 1.5.8 Makmal sains/ bilik sains bukan sahaja dijadikan wahana untuk pengajaran dan pembelajaran sains tetapi juga sebagai wahana untuk melicinkan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) dan pentaksiran berasaskan sekolah Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan makmal sains, kemudahan, peralatan dan bahan bagi menyokong pelaksanaan pendidikan sains di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan secara optimum. 1.6 Peranan dan Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar Pengetua/ guru besar mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum sains sebagaimana yang telah dirancang. Peranan dan tanggungjawab ini adalah untuk melahirkan modal insan yang berbekalkan keupayaan intelek dan kemahiran saintifik bagi menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Sekolah seharusnya dapat menyahut permintaan tenaga kerja daripada sektor awam dan juga sektor swasta. Sebagai contoh, industri bioteknologi negara yang dijangka berkembang dengan begitu pesat dengan pulangan berbilion ringgit menghadapi masalah dalam mendapatkan tenaga kerja mahir/ profesional untuk memacu kemajuan dan perkembangannya. Akibatnya, negara akan ketinggalan dalam persaingan dengan negara-negara lain, dan seterusnya menjejaskan pembangunan ekonomi negara Fungsi Pengetua/ guru besar sebagai pengurus kurikulum telah diperjelaskan dalam dokumen bertajuk Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia terbitan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 9
BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan.
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing.
Lebih terperinciBAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor
Lebih terperinciINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN
LAMPIRAN 3-9 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MD BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan
Lebih terperinciKawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN
Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan
Lebih terperinciINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN
LAMPIRAN 2-18 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN BORANG PR1/MD BIDANG TERAS Nama Pelajar Program PISMP PDPLI SM PDPLI SR No. K/P PDPM Lain-lain Ambilan Praktikum
Lebih terperinciKURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara Latar Belakang Sejarah Kurikulum Prasekolah Bahan Program Pukal Pendidikan Prasekolah 1993 2010
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah FIZIK SUKATAN PELAJARAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2013 i RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
Lebih terperinciPUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT
PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu : Sumber manusia Sumber bukan manusia Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin
Lebih terperinciINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI
LAMPIRAN 3-3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1 PEMULIHAN BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata Pelajaran
Lebih terperinciINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN
LAMPIRAN 3-5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MP BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah
Lebih terperinciDASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1.0 PENGENALAN 1.1 Dasar Pembelajaran dan Pengajaran ini disediakan sebagai panduan kepada Fakulti/Pusat Pengajian yang menawarkan
Lebih terperinciPengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA 1 ISI KANDUNGAN Pengenalan 2 Visi Misi Objektif 3 Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang 2013-2015 4 Strategi Utama 1 : Sisitem
Lebih terperinciTEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN EMPAT 2013 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-03 KOD AMALAN KAEDAH
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 PUSAT
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
Lebih terperinciKurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan VISI KURIKULUM SEKOLAH BERKUALITI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA BERTARAF DUNIA MISI Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya
Lebih terperinciKURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK TINGKATAN 3 2014 i ii DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK
Lebih terperinciINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN
LAMPIRAN 2-14 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN BORANG PR1/MP BIDANG TERAS Nama Pelajar Program PISMP PDPLI SM PDPLI SR No. K/P PDPM Lain-lain Ambilan Praktikum
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
Lebih terperinciKANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru
KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21
Lebih terperinciPENDIDIKAN KESIHATAN
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN KESIHATAN
Lebih terperinciKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN
Lebih terperinciBAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy
Lebih terperinciBAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS
BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS Pewujudan struktur organisasi di peringkat kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah dan sekolah seharusnya
Lebih terperinciKementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK
Kementerian Pelajaran Malaysia Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN
Lebih terperinciPANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)
Aspek 4.1 PANDUAN PENAN PENCERAPAN P & P (PK04) Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran Penglibatan murid dalam aktiviti P&P membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan Hampir keseluruhan murid terlibat
Lebih terperinciDeskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)
DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 1 DIMENSI KUALITI TADBIR URUS 1. Menyediakan dokumen pernyataan visi dan misi prasekolah. 2. Menyediakan senarai harta modal dan inventori peralatan.
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
Lebih terperinciESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM
ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM TAJUK 2: FALSAFAH, KONSEP & MATLAMAT KOKURIKULUM Tumpukan kepada BAB 2 halaman 18 32 sahaja. Menjelaskan konsep kokurikulum Menganalisis falsafah kokurikulum sekolah Membincang
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam
Lebih terperinciPANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Lebih terperinciMembudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam
1 PENDAHULUAN Kerajaan menyedari bahawa usaha berterusan perlu diambil untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan sumber manusia dalam perkhidmatan awam ke arah meningkatkan daya saing dan kemakmuran
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 Draf FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
Lebih terperinciFAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM PRASEKOLAH (PR1) Nama Pelajar : No. K.P.: No.Matrik : Kohort&Group : Pengkhususan/Major: Praktikum (Tandakan / ): Penyeliaan 1 Penyeliaan
Lebih terperinciDRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DRAF MAC KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT 2013 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT BAHAGIAN
Lebih terperinciHuraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
Lebih terperinciDRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA 2012 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN MORAL TAHUN
Lebih terperinci1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
8 BAB 1 Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia pada ketika ini sedang menawarkan
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN Tujuan Dokumen ini menetapkan garis panduan mengenai penyediaan Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMKe-10), 2011-2015. Tujuan
Lebih terperinciKURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK TINGKATAN 2 2014 i ii DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
Lebih terperinciAnalisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti
Lebih terperinciHuraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Lima
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Lima Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Lebih terperinciHuraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Empat 2002
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Empat 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Lebih terperinciPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
Lebih terperinciBAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU
BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU Bab ini membincangkan format kertas kerja permohonan Program Akademik Baharu bagi tujuan kelulusan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Kementerian Pengajian
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 3 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN
Lebih terperinciBahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu
Lebih terperinciINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI
SULIT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI LAMPIRAN 3-15 BORANG KOKURIKULUM Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Tahun/Darjah Tarikh
Lebih terperinciBAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN
BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 2 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 2 Cetakan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 1 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1 Cetakan 2014
Lebih terperinciLAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)
Lebih terperinciKoperasi Pengangkutan
Kejayaan Pengangkutan di Ho Chi Minh City, Vietnam Jaibit Jaudin jaibit@mkm.edu.my Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Salwana Ali salwana@mkm.edu.my Sektor Perkhidmatan Kewangan dan Perbankan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu
Lebih terperinciINISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH INISIATIF PPPM PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK
Lebih terperinciPENDIDIKAN KESIHATAN
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT 2013 KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA v 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi 3. PENDAHULUAN 1 4. MATLAMAT
Lebih terperinciPERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
Lebih terperinciBORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :
Borang PR1/PRA BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL Nama Pelajar : No. K.P.: No.Matrik : Kohort&Group : Pengkhususan/Major: Praktikum (Tandakan ): Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3 Sekolah : Mata Pelajaran
Lebih terperinciHuraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Lima
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Lima 2003 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2 Cetakan 2014
Lebih terperincidan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan
BAB ENAM PENUTUP 6.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan analisis kajian dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan bagi
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SEJARAH TINGKATAN 4 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
JPA(S)K.256/6/27 KLT.2 ( 32 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Surat Pekeliling
Lebih terperinciTEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001
TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
Lebih terperinciPANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid
Lebih terperinciLAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai
Lebih terperinciDRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN MORAL TAHUN
Lebih terperinciSTANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN APA YANG DI LIHAT 4.1 Penglibatan Murid Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor
Lebih terperinciPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1
Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 Pusat Perkembangan Kurikulum .%60 KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH
Lebih terperinciPENDIDIKAN KESIHATAN
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 2012 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN KESIHATAN
Lebih terperinciKANDUNGAN SENARAI JADUAL. Latar belakang 1. Pernyataan masalah 8. Soalan penyelidikan 10. Kepentingan penyelidikan 10. Skop penyelidikan 11
KANDUNGAN Halaman SENARAI JADUAL viii BAB 1 PENGENALAN Latar belakang 1 Pernyataan masalah 8 Soalan penyelidikan 10 Kepentingan penyelidikan 10 Skop penyelidikan 11 Definisi 13 BAB 2 TINJAUAN PENULISAN
Lebih terperinciDOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 79 DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2 L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Cetakan 2012 Lembaga
Lebih terperinciPrinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat
Dikeluarkan pada September 2005 Disemak semula pada April 2012 Disemak semula pada Oktober 2017 Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Epson akan memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan mengamalkan kelakuan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN TINGKATAN 3 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN TINGKATAN 3 Cetakan 2014 Lembaga Peperiksaan
Lebih terperinciLaporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013
Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013 UNIT PERANCANG EKONOMI JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA 1 Untuk maklumat selanjutnya sila hubungi: KETUA PENGARAH Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri
Lebih terperinciPERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 1 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan
Lebih terperinciDRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010 Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3 15 Mei 2013 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu
Lebih terperinciPrinsip Pembangunan Komuniti
Prinsip Pembangunan Komuniti Prinsip - Apa itu prinsip? Pegangan Mempengaruhi tindakan Mempengaruhi cara berfikir Membuat keputusan Amalan (bertingkah laku dan bertindak seseorang) Prinsip Prinsip juga
Lebih terperinciBAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil
BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi
Lebih terperinciBAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.
Lebih terperinciDASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3 Cetakan 2014
Lebih terperinciSTANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) 2010 JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1 OBJEKTIF SESI SKPM: 1 Memahami Kandungan Standard KualitiPendidikan Malaysia (SKPM)2010
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
Lebih terperinci