NO.KELUARAN 09 NO.PINDAAN 01 MUKA SURAT 1/6 01.07. 2014 Disediakan oleh Diluluskan oleh. Jawatan PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK Jawatan REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Tarikh 15 JUN 2014 Tarikh 15 JUN 2014 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
NO.KELUARAN 09 NO.PINDAAN 01 MUKA SURAT 2/6 01.07. 2014 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan menjelaskan proses merancang, menggubal, memurni kurikulum pendidikan guru praperkhidmatan dan mendapatkan kelulusan Senat untuk dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG). 2.0 SKOP Prosedur ini digunakan oleh semua ahli panel dan pakar rujuk yang terlibat dalam perancangan dan penggubalan kurikulum pendidikan guru praperkhidmatan. 3.0 DOKUMEN RUJUKAN 3.1 IPGM-PPK-MK-01 3.2 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-Institut Pendidikan Guru) 2010 3.3 Pro Forma PDPLI, PISMP dan PPISMP 3.4 IPGM -PPK-PT-05 Pengurusan Kurikulum 4.0 DEFINISI 4.1 Istilah 4.1.1 Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ialah jawatankuasa peringkat tertinggi penggubalan dasar pendidikan di Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pendidikan. 4.1.2 Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA) ialah jawatankuasa penyemakan dan pemurnian kurikulum latihan perguruan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor IPGM di bawah Senat IPG. 4.1.3 Senat Institut-Institut Pendidikan Guru ialah badan akademik yang ditubuhkan di bawah perkara 6, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut-Institut Pendidikan Guru) 2010.
NO.KELUARAN 09 NO.PINDAAN 01 MUKA SURAT 3/6 01.07. 2014 4.1.4 Program praperkhidmatan merujuk program yang dikendalikan untuk mendidik pelajar, iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI). 4.1.5 Panel penggubal merujuk kepada ketua jabatan dan pensyarah IPG, pensyarah universiti, pegawai KPM dan pihak-pihak lain yang dilantik oleh Rektor bagi menggubal kurikulum pendidikan guru. 4.1.6 Pakar rujuk merujuk kepada pihak lain yang dilantik oleh Rektor untuk memberi pandangan profesional berhubung kurikulum pendidikan guru. 4.1.7 Pro Forma Kursus merujuk kepada skop kandungan latihan pendidikan guru mengikut kursus bagi setiap program. 4.1.8 Lampiran merujuk kepada borang atau surat yang disimpan oleh pensyarah untuk tujuan rujukan. 4.1.9 Ringkasan Maklumat Kursus bagi Setiap Kursus/Modul merujuk kepada Jadual 3 Dokumen COPPA yang mencakupi hasil pembelajaran kursus, kandungan kursus, strategi pentaksiran, strategi PdP dan pengurusan jam pembelajaran pelajar.
NO.KELUARAN 09 NO.PINDAAN 01 MUKA SURAT 4/6 01.07. 2014 4.2 Singkatan WP TWP IPG JPP Wakil Pengurusan (Rektor dan Timbalan Rektor) Timbalan Wakil Pengurusan Institut Pendidikan Guru Jawatankuasa Perancangan Pendidikan JKPA KPM Jawatankuasa Pembangunan Akademik Kementerian Pendidikan Malaysia PPISMP Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PDPLI Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah PPA Pusat Pembangunan Akademik
NO.KELUARAN 09 NO.PINDAAN 01 MUKA SURAT 5/6 01.07. 2014 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab Tindakan WP 1. Menerima keputusan mesyuarat JPP yang memutuskan penawaran program latihan untuk memenuhi keperluan guru. 2. Menerima laporan unjuran keperluan guru daripada BPG. 3. Mencadangkan program latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan latihan keguruan terkini. 4. Menurunkan kuasa kepada Pengarah PPA untuk melaksanakan reka bentuk kurikulum. 5. Melantik panel penggubal dan pakar rujuk. TWP dan Pegawai PPA 6. Menerima arahan reka bentuk kurikulum baharu daripada WP. 7. Mengambil tindakan untuk merancang dan membina struktur kurikulum yang berdasarkan kepada kerangka konseptual kurikulum. 8. Mendapatkan pandangan daripada pakar rujuk berhubung struktur kurikulum. 9. Membentangkan cadangan struktur kurikulum kepada JKPA untuk mendapatkan pandangan dan cadangan. 10. Membentang struktur kurikulum untuk mendapatkan kelulusan Senat. 11. Mengagihkan bidang/kursus kepada pengarah IPG merancang dan melaksanakan penggubalan Pro Forma Kursus/Ringkasan Maklumat Kursus berdasarkan struktur kurikulum yang telah diluluskan. 12. Merancang dan menyelaras Mesyuarat JKPA untuk mendapatkan pandangan dan cadangan berhubung Pro Forma Kursus/Ringkasan Maklumat Kursus yang telah digubal. 13. Membentangkan Pro Forma Kursus/Ringkasan Maklumat Kursus untuk mendapatkan kelulusan Senat. 14. Mengedarkan Pro Forma Kursus/Ringkasan Maklumat Kursus kepada IPG. 15. Mengadakan kursus induksi. 16. Mendapat maklum balas reka bentuk dan struktur kurikulum bagi program yang baharu untuk penambahbaikan.
NO.KELUARAN 09 NO.PINDAAN 01 MUKA SURAT 6/6 01.07. 2014 Tanggungjawab TWP, Timbalan Pengarah IPG, SUA, Ketua Jabatan, Pensyarah dan Pakar Rujuk Tindakan 1. Menerima arahan penggubalan Pro Forma Kursus/Ringkasan Maklumat Kursus daripada WP. 2. Mencadangkan senarai panel penggubalan untuk dilantik oleh WP. 3. Merancang pelaksanaan mesyuarat penggubalan berdasarkan arahan. 4. Mempengerusikan mesyuarat penggubalan Pro Forma Kursus/Ringkasan Maklumat Kursus yang dipertanggungjawab bersama-sama SUA, Ketua Jabatan yang berkaitan dan panel penggubalan. 5. Membentangkan Pro Forma Kursus/Ringkasan Maklumat Kursus kepada JKPA untuk mendapatkan pandangan dan cadangan.