Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5)

dokumen-dokumen yang mirip
Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

PENTAKSIRAN TINGKATAN

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

more examination papers at :

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TA BIR SYAFAWI (UTS) DMT14/2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA/KEDUA SESI 20_/20_ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUGASAN AKHIR TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

PANDUAN PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN SEJARAH & GEOGRAFI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) SEJARAH GEOGRAFI

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PTSS PK PS 07 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA KETUA PASUKAN AUDIT PENGARAH JAWATAN DALAMAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

Padankan. Padankan. Padankan

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

Transkripsi:

1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5) Penggal 3 Tahun 2016 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/pemeriksa dan calon STPM sahaja. Manual ini terdiri daripada 28 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

2 KANDUNGAN Halaman 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif 3 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 3.0 Pelaksanaan Kertas Kerja Kursus 4-8 3.1 Arahan Umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 3.5 Tanggungjawab Pelajar 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 9-15 4.1 Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 4.2 Pemeriksa Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu 5.0 Format Penulisan 16 6.0 Struktur Penulisan 17 7.0 Penskoran 18 8.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kertas Kerja Kursus 18 9.0 Carta Alir Proses Penghasilan Kerja Kursus Bahasa Arab 19-21 10.0 Soalan 22-23 11.0 Lampiran 24-28

1.0 Pengenalan 3 Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kertas kerja kursus sebagai satu daripada komponen penilaian untuk Penggal 3. Wajaran markah bagi komponen kertas kerja kursus ini adalah sebanyak 12%. Markah penilaian kertas kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk dijumlahkan bersama-sama dengan markah peperiksaan akhir setiap penggal bagi tujuan penggredan mata pelajaran Bahasa Arab. Manual kerja kursus ini disusun bagi membantu guru menjalankan tugas menilai penguasaan calon dalam menyediakan kertas kerja kursus. Pada masa yang sama, manual ini juga dapat membantu calon untuk menjalankan tugas menghasilkan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Penyediaan dan penilaian kerja kursus ini mestilah dilaksanakan pada Penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 2.0 Objektif Kertas kerja kursus ini disediakan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1 Kemahiran kognitif: 2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah yang berkaitan dengan ilmu bahasa Arab 2.1.2 menguasai tatabahasa dan laras bahasa serta mengaplikasikannya dalam pertuturan, pembacaan, dan penulisan 2.1.3 menulis dan mengolah idea dalam bahasa Arab dengan gaya bahasa yang betul 2.1.4 melengkapkan diri dengan kemahiran kognitif yang diperlukan dalam proses pembelajaran sepanjang hayat 2.2 Kemahiran manipulatif: 2.2.1 mencerap, mengukur dan mengumpul pelbagai jenis maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder 2.2.2 memproses, menyusun, meringkas, dan menganalisis maklumat yang diperoleh 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills): 2.3.1 mampu berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan baik 2.3.2 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan 2.3.3 berupaya menyelesaikan masalah 2.3.4 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif 2.3.5 berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik 2.3.6 boleh menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel 2.3.7 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi 2.3.8 boleh menghadapi risiko dan tekanan tugasan yang mungkin timbul 2.3.9 berupaya mempamer kepimpinan yang berkesan 2.3.10 mampu menguasai kemahiran hubungan interpersonal 2.3.11 menguasai kemahiran menyoal bagi mendapat dan mengesahkan kebenaran maklumat 2.3.12 menguasai kemahiran mempengaruhi orang lain bagi menegakkan kebenaran

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 4 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Kerja kursus Bahasa Arab wajib diambil oleh semua calon. 3.1.2 Kerja kursus Bahasa Arab hendaklah dilaksanakan dalam Penggal 3 3.1.3 Tema kerja kursus Bahasa Arab tahun 2016 adalah berdasarkan tajuk yang dipelajari dalam Penggal 1 dan Penggal 2 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam 3.2.1 Memastikan calon yang mengambil kertas kerja kursus Bahasa Arab dibimbing dan ditaksir kerja mereka oleh guru mata pelajaran Bahasa Arab 3.2.2 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus Bahasa Arab dan kerja kursus itu telah ditaksir dan diberi markah oleh guru mata pelajaran Bahasa Arab mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Manual Kerja Kursus Bahasa Arab 3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran Bahasa Arab 3.3.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Bahasa Arab 3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Bahasa Arab 3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Arab dari portal MPM dan memperbanyak salinan manual tersebut untuk diedarkan kepada calon 3.3.4 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus Bahasa Arab 3.3.5 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus Bahasa Arab secara individu 3.3.6 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 3.3.7 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus Bahasa Arab mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Arab 3.3.8 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tema (b) Mengenal pasti isu (c) Menetapkan tajuk dan skop kerja kursus (d) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai (e) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.3.9 Memantau dan membimbing calon mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Bahasa Arab 3.3.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Bahasa Arab 3.3.11 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan kerja kursus Bahasa Arab 3.3.12 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus kepada guru Mata Pelajaran Bahasa Arab pada tarikh yang telah ditetapkan. Muka hadapan kerja kursus hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

5 3.3.13 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab 3.3.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus Bahasa Arab 3.3.15 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus. 3.3.17 Menyelia dan menandatangani BRKKC calon setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.3.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus Bahasa Arab, Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4), dan BRKKC calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.19 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Bahasa Arab setiap calon dan mengisi serta memperakui BMKKC 3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus Bahasa Arab calon 3.3.21 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 3.3.22 Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK). Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon 3.3.23 Menghantar markah kerja kursus Bahasa Arab calon kepada MPM. Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab 3.3.24 Memastikan kerja kursus Bahasa Arab, BPC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.3.25 Memastikan BMKKC dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas e-submission ditutup 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu) 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa untuk Calon Sekolah Swasta 3.4.1.1 Memastikan calon tidak meniru atau meminta orang lain menghasilkan kerja kursus Bahasa Arab 3.4.1.2 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus Bahasa Arab 3.4.1.3 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.4.1.4 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Bahasa Arab setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) 3.4.1.5 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus Bahasa Arab calon

6 3.4.1.6 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 3.4.1.7 Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK). Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon 3.4.1.8 Menyerahkan BRuMKK kepada Pengetua sekolah untuk disahkan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus Bahasa Arab dan kerja kursus itu telah ditaksir dan diberi markah pemeriksa mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Manual Kerja Kursus Bahasa Arab 3.4.1.9 Menghantar markah kerja kursus Bahasa Arab calon kepada MPM. Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab 3.4.1.10 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus calon yang diminta oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) sebagai sample untuk tujuan penyelarasan 3.4.1.11 Meminta kerjasama guru mata pelajaran Bahasa Arab untuk menyediakan calon yang kerja kursusnya dipilih sebagai sample penyelarasan oleh KPK untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh KPK ) 3.4.1.12 Memastikan kerja kursus Bahasa Arab, BPC, dan Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM diumumkan 3.4.1.12 Memastikan BMKKC dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas e-submission ditutup 3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa untuk Calon Persendirian Individu 3.4.2.1 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan kertas kerja kursus Bahasa Arab 3.4.2.2 Menemui calon sebelum calon melaksanakan kerja kursus. Pertemuan ini adalah untuk menyampaikan taklimat tugasan kepada calon di samping memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia. Pemeriksa juga dikehendaki menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus serta menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai dalam kerja kursus calon. Pemeriksa juga diharapkan dapat membimbing calon untuk mengenal pasti tema serta memilih isu, tajuk, dan skop kerja kursus. 3.4.2.3 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus Bahasa Arab 3.4.2.4 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.4.2.5 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Bahasa Arab setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) 3.4.2.6 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus Bahasa Arab calon 3.4.2.7 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

7 3.4.2.8 Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK). Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon 3.4.2.9 Menghantar markah kerja kursus Bahasa Arab calon kepada MPM. Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab 3.4.2.10 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus calon yang diminta oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) sebagai sample untuk tujuan penyelarasan 3.4.2.11 Menghubungi dan menyediakan calon yang kerja kursusnya dipilih sebagai sample penyelarasan oleh KPK untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh KPK) 3.4.2.12 Memastikan kerja kursus Bahasa Arab, BPC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM diumumkan 3.4.2.13 Memastikan BMKKC dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas e-submission ditutup 3.5 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.5.1 Memahami kehendak sukatan pelajaran Bahasa Arab 3.5.2 Mengetahui dan memahami keperluan melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab 3.5.3 Mengetahui dan memahami kerja kursus Bahasa Arab yang perlu dilaksanakan 3.5.4 Menghasilkan penulisan kertas kerja kursus Bahasa Arab secara individu 3.5.5 Menepati masa dengan cara melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Arab 3.5.6 Memulakan penghasilan kerja kursus Bahasa Arab seawal yang boleh 3.5.7 Merancang proses penghasilan kerja kursus mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 3.5.8 Melaksanakan tugas: (a) Memilih tema (b) Mengenal pasti isu (c) Menetapkan tajuk dan skop kerja kursus (d) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai (e) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.5.9 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Bahasa Arab 3.5.10 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan 3.5.11 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Mata Pelajaran Bahasa Arab pada tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru Bahasa Arab/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Bahasa Arab 3.5.12 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM pada muka hadapan kerja kursus calon 3.5.13 Mengakui kerja kursus Bahasa Arab yang dihasilkan adalah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)

8 3.5.14 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Mata Pelajaran Bahasa Arab pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus Bahasa Arab 3.5.15 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan 3.5.16 Menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan penghasilan kerja kursus dengan baik 3.5.17 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan adalah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam kerja kursus

9 4. 0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 4.1 Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 4.1.1 Guru hendaklah merancang dan membimbing calon untuk menyediakan kerja kursus ini berdasarkan tema yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tarikh (Bulan) Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Mei 2016 Penerimaan Manual Kerja Kursus, iaitu Manual Guru (untuk Guru Sekolah Kerajaan, Guru Sekolah Bantuan Kerajaan, dan Pemeriksa Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu) serta Manual Pelajar (untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu) serta Tema Kerja Kursus MPM muat naik Manual Kerja Kursus dan Tema Kerja Kursus selewat-lewatnya pada 31 Mei 2016 Melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia dan memuat turun Manual Kerja Kursus, iaitu Manual Guru (untuk Guru Sekolah Kerajaan, Guru Sekolah Bantuan Kerajaan, dan Pemeriksa Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu) serta Manual Pelajar (untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu) dan Tema Kerja Kursus Membuat salinan Manual Pelajar (untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu) serta Tema Kerja Kursus serta mengedarkan salinan tersebut kepada calon Menerima salinan Manual Pelajar (untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu) dan Tema Kerja Kursus Bahasa Arab Tahun 2016 daripada guru atau dimuat turun sendiri oleh calon

Tarikh (Bulan) 10 Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Jun Okt 2016 Keseluruhan Pelaksanaan kerja kursus 20 Jun 23 Sept 2016 (58 hari persekolahan) Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon Memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia Menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai Membimbing calon untuk memahami skop tugasan kerja kursus Membimbing calon mengenal pasti tema serta memilih isu, tajuk, dan skop kerja kursus Membimbing calon untuk merancang jadual kerja Membimbing calon untuk mengumpul data dan maklumat berkaitan dengan kerja kursus Memantau kemajuan kerja calon secara berterusan dengan merekod dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon Menerima tema tugasan dan pemakluman tarikh akhir penyerahan tugasan kepada guru Memahami aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus Memahami skop tugasan kerja kursus Membincangkan tema, isu, tajuk dan skop kerja kursus yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersama guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lainlain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori yang bersesuaian Membimbing calon untuk memproses dan menganalisis data Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan kerja kursus

11 Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekod dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon Menyerahkan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru Penghantaran kerja kursus calon kepada pemeriksa 30 Ogos 2016 Membimbing calon membuat penambahbaikan terhadap kerja kursus yang dihasilkan Menerima kerja kursus daripada setiap calon Pemeriksaan dan pembentangan kerja kursus Dari 1 Sept hingga 23 Sept 2016 (12 hari persekolahan) Menyemak kerja kursus dan menilai pembentangan kerja kursus calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill) calon Memasukkan markah kerja kursus calon ke dalam sistem e- submission Mencetak rumusan markah kerja kursus calon Membentangkan kerja kursus dan menjawab secara lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh guru dalam masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan masa yang ditetapkan Membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan markah pada rumusan markah kerja kursus calon tersebut Pengisian markah kerja kursus Dari 26 Sept hingga 26 Okt 2016 (23 hari persekolahan) Mendapatkan pengesahan Pengetua pada rumusan markah yang telah disemak

12 Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Penghantaran markah kerja kursus Tarikh akhir: 26 Okt 2016 Menghantar markah kerja kursus calon ke MPM sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan Keseluruhan Perancangan: Dari 20 Jun - 26 Okt 2016 20 Jun - 30 Ogos 2016 (Penghasilan kerja kursus) 30 Ogos 2016 (Penghantaran semua kerja kursus calon kepada pemeriksa) 1 Sept - 23 Sep 2016 (Pemeriksaan dan Pembentangan kerja kursus) 26 Sept - 26 Okt 2016 Pengisian dan Penghantaran markah kerja kursus melalui e-submission

13 Pemeriksa Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu 4.2.1 Pemeriksa hendaklah merancang proses kerja pemeriksaan dan pembentangan kerja kurus calon serta penghantaran markah kerja kursus ke MPM. 4.2.1.1 Calon Sekolah Swasta Tarikh (Bulan) Sept Okt 2016 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Pemeriksaan kerja kursus oleh pemeriksa dan pembentangan kerja kursus oleh calon Pengisian markah kerja kursus Penghantaran markah kerja kursus 26 Sept - 26 Okt 2016 30 Ogos 2016 (Penghantaran semua kerja kursus calon kepada pemeriksa) 1 Sept hingga 9 Sep 2016 (Pemeriksaan kerja kursus) 19 Sept - 23 Sept 2016 (Pembentangan kerja kursus) 26 Sept - 26 Okt 2016 (Pengisian dan Penghantaran markah kerja kursus) Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) Dari 27 Okt 2016 hingga 10 Nov 2016 Tindakan Pemeriksa Menyemak kerja kursus calon mengikut skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM Menilai pembentangan kerja kursus calon (seorang calon antara 10 hingga 15 minit) mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill) calon Memasukkan markah kerja kursus calon ke dalam sistem e-submission Membuat semakan markah kerja kursus calon Membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan markah pada rumusan markah kerja kursus calon Mendapatkan pengesahan Pengetua pada rumusan markah yang telah disemak Menghantar markah kerja kursus calon ke MPM melalui e-submission sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan Menyediakan calon bagi membentangkan kerja kursus semasa penyelarasan markah (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh KPK ) Menyediakan sampel kerja kursus calon yang diminta oleh KPK untuk tujuan penyelarasan markah

4.2.1.2 Calon Persendirian Individu 14 Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Pemeriksa Jun 2016 Pertemuan dengan calon persendirian individu Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon Memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia Menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai dalam kerja kursus calon Membimbing calon untuk mengenal pasti tema serta memilih isu, tajuk, dan skop kerja kursus Sept 2016 Pemeriksaan kerja kursus oleh penilai dan pembentangan kerja kursus oleh calon Pengisian markah kerja kursus Penghantaran markah kerja kursus 26 Sept-26 Okt 2016 Penghantaran semua kerja kursus calon kepada pemeriksa Menyemak kerja kursus calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menilai pembentangan kerja kursus calon (seorang calon antara 10 hingga 15 minit) mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill) calon Memasukkan markah kerja kursus calon ke dalam sistem e-submission Membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan markah pada rumusan markah kerja kursus calon Menghantar markah kerja kursus calon ke MPM melalui e-submission sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan 1 Sept 9 Sept 2016 Pemeriksaan kerja kursus 19 Sept - 23 Okt 2016 Pembentangan kerja kursus 14 Okt - 22 Okt 2016 Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus

15 Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Pemeriksa Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) Dari 27 Okt 2016 hingga 10 Nov 2016 Mendapatkan kerjasama calon bagi membentangkan kerja kursus Memilih sampel kerja kursus calon bagi tujuan penyelarasan markah

5.0 Format Penulisan 16 5.1 Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan. 5.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format yang berikut: 5.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 5.2.2 Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci 5.2.3 Tulisan: Traditional Arabic (font 18) 5.2.4 Langkau (spacing): 1.5 5.3 Panjang penulisan tidak melebihi 10 halaman, iaitu tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, abstrak, kandungan, dan penghargaan. 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang ditulis dalam satu perenggan. 5.6 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti yang berikut: 5.6.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 5.6.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 5.6.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 5.6.4 Kerja kursus Bahasa Arab 5.7 Setiap helaian kertas kerja kursus hendaklah dicatatkan nombor kad pengenalan di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu). 5.8 Kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

17 6.0 Struktur Penulisan عنوان البحث 6.1 Tajuk Kajian ملخص البحث 6.2 Abstrak الشكر 6.3 Penghargaan ف هرس احملتوى 6.4 Senarai Kandungan املقدمة 6.5 Pendahuluan أهداف البحث 6.6 Objektif Kajian الدراسة النظرية 6.7 Kerangka Teori حتليل البيانات 6.8 Aplikasi نتائج البحث ومناقشتها 6.9 Perbincangan اخلالصة 6.10 Kesimpulan املصادر واملراجع 6.11 Bibliografi/Rujukan

18 7.0 Penskoran Bil. Aspek yang dinilai ملخص البحث.1 Abstrak الشكر 2. Penghargaan (a) Penulisan ف هرس احملتوى.3 Senarai Kandungan املقدمة 4. Pendahuluan أهداف البحث 5. Objektif Kajian الدراسة النظرية 6. Kerangka Teori حتليل البيانات.7 Aplikasi نتائج البحث ومناقشتها.8 Perbincangan اخلالصة 9. Kesimpulan املصادر واملراجع.10 Bibliografi/Rujukan 11. Kemahiran Insaniah 1. Isi 2. Bahasa (b) Pembentangan 3. Persembahan dan Kelancaran 4. Kesesuaian Alat Bantu 8.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kertas Kerja Kursus 8.1 MPM mengemukakan dua tema. 8.2 Guru dan calon hendaklah berbincang untuk mengenal pasti isu, menentukan tajuk, dan menentukan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih. 8.3 Kawasan kajian yang dipilih hendaklah dihadkan kepada kampung/bandar/daerah/negeri/ sekolah calon.

19 9.0 Carta Alir Proses Penghasilan Kerja Kursus Bahasa Arab Contoh: Tema 1: Tema 2: Kata Nama Kata Kerja Calon mengenal pasti isu dan menentukan tajuk dan skop tugasan Calon memilih tema: Tema 1: Kata Nama Calon mengenal pasti isu: (Isu yang dipilih hendaklah merujuk al-quran atau hadis) Contoh: Jenis-jenis ayat dalam surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 30 Calon menentukan tajuk: (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan ayat atau nas yang telah dikenal pasti) Contoh: Kata nama dalam surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 30 Calon menentukan bahan kajian: Calon digalakkan untuk memilih bahan kajian yang sesuai, iaitu mudah dirujuk. Ini memudahkan pengutipan data kajian. Calon menentukan skop tugasan: Skop tugasan yang dimaksudkan ialah fokus kerja kursus yang akan dilaksanakan. Penjelasan ini penting bagi memastikan pemeriksa dapat memahami had kerja kursus berkenaan. Skop tugasan merangkumi isu penting yang cuba diketengahkan. Contoh: Kata nama dalam surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 30 (Tugasan ini hanya tertumpu kepada surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 30 dan kajian mengenai kata nama) Calon menentukan objektif kajian: Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif kajian hendaklah boleh dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur. Calon boleh menyatakan objektif kajiannya secara khusus. Contoh: Mengenal pasti kata nama dalam surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 30

20 Calon menerangkan konsep kendalian: Calon dikehendaki memberikan penerangan mengenai kata nama dalam tajuk kajian yang akan diguna pakai. Contoh: 1. Menerangkan maksud kata nama 2. Menerangkan jenis kata nama Calon menentukan kaedah kajian: Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Pemerhatian Kaedah ini boleh digunakan semasa membaca bahan yang berkaitan. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan jenis ayat yang menggunakan kata nama. 2. Temu bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus, manakala temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang perseorangan. Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut. 3. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji bagi memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan kepada responden di kawasan kajian. 4. Rujukan (kajian arkib) Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet. Kaedah ini biasanya menjadi kaedah tambahan kepada kajian. Calon menganalisis data: Calon dikehendaki menganalisis data-data yang dikutip daripada kaedah kajian yang telah dilaksanakan. Data-data tersebut dianalisis secara kuantitatif atau kualitatif. Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian: Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dalam bentuk esei bertulis dengan disertakan jadual/carta/graf bagi menyokong hasil kajian.

21 Calon menghasilkan rumusan kerja kursus: Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan hasil kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian yang telah dijalankan.

10.0 Soalan 22 913/5 STPM 2016 BAHASA ARAB (Kertas Kerja Kursus) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: 1. Kerja kursus WAJIB dilaksanakan oleh calon STPM sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sebagai sebahagian daripada komponen penilaian Penggal 3. 2. Kerja kursus ini mengandungi dua tema. Calon dikehendaki memilih satu tema sahaja. 3. Calon dikehendaki mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk dan skop tugasan daripada tema yang dipilih. 2. Calon dikehendaki menghasilkan satu kerja kursus yang mengandungi satu tugasan. Semua calon mesti menyerahkan tugasan tersebut untuk dinilai. 3. Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan kerja kursus seperti yang ditetapkan. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 913/5

23 Pilih satu daripada dua tema di bawah ini, dan sediakan kerja kursus yang panjangnya tidak melebihi 10 halaman, iaitu tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, abstrak, kandungan, dan penghargaan. Tema 1 2016 األفعال المزيدة Tema 2 2016 النواسخ

24 Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA ARAB 5 (913/5) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH

25 Lampiran 2 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA ARAB 5 (913/5) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Kerja Kursus Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus yang bertajuk... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran Bahasa Arab (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus yang bertajuk... telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh

26 Lampiran 3 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA ARAB 5 (913/5) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran:... No. Kad Pengenalan:... Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan calon (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Arab Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 2016 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru:... Nama Guru:... Tarikh:... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.

27 Lampiran 4 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA ARAB 5 (913/5) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon:.. No. Kad Pengenalan:. Angka Giliran:... (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah A. Penulisan 2 ملخص البحث 1. Abstrak 1 الشكر 2. Penghargaan ف هرس احملتوى.3 Senarai Kandungan 1 1 املقدمة 4. Pendahuluan 2 أهداف البحث 5. Objektif Kajian الدراسة النظرية 6. Kerangka Teori 3 4 حتليل البيانات 7. Aplikasi 2 نتائج البحث ومناقشتها.8 Perbincangan 1 اخلالصة 9. Kesimpulan 1 املصادر واملراجع 10. Bibliografi/Rujukan 11. Kemahiran Insaniah 5 B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab 1. Isi 2 2. Bahasa 2 3. Persembahan dan Kelancaran 2 4. Kesesuaian Alat Bantu 1 Jumlah Markah 30 Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENYELARAS (KPK) - JIKA ADA Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:.. Tandatangan Penyelaras:... Nama:... Nama:... No. Kad Pengenalan:... No. Kad Pengenalan:... Tarikh:... Tarikh:... No. Telefon (sekolah):... No. Telefon (sekolah):... (bimbit):... (bimbit):... Nota: 1. Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan. 2. BMKKC ini hendaklah dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

28 Lampiran 5 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA ARAB 5 (913/5) BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS Nama Sekolah: (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Bil Angka Giliran No Kad Pengenalan Markah Catatan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENGETUA Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:.... Nama :.... No. Kad Pengenalan :... Tarikh :. No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : Tandatangan Pengetua:..... Nama :..... No. Kad Pengenalan :.. Tarikh :. No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.