Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Bahasa Malaysia (910)

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bahasa Malaysia (910)

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

3756/1 PRINSIP AKAUN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005


3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

1

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Pengajian Perniagaan (946)

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

015/025/035 MATEMATIK

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

TUGASAN AKHIR TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Sustainable Education 54

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29

Peperiksaan Penguasa Kastam

BORANG ANUGERAH TOKOH STAF BUKAN AKADEMIK TAHUN 2016/2017

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Transkripsi:

Pengajian Am (900) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 50 187 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 80.78%, turun sebanyak 0.08% berbanding dengan tahun 2009. Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Gred A A B+ B B C+ C C D+ D F Peratusan 9.20 6.22 11.52 11.90 14.50 15.63 11.81 5.56 3.44 3.78 6.44 RESPONS CALON KERTAS 900/1 (ANEKA PILIHAN) jawapan 1 B 21 C 41 B 2 B 22 C 42 A 3 B 23 B 43 D 4 C 24 D 44 A 5 A 25 C 45 C 6 C 26 C 46 B 7 A 27 B 47 D 8 B 28 D 48 B 9 A 29 C 49 D 10 C 30 B 50 C 11 B 31 A 51 C 12 A 32 B 52 C 13 B 33 C 53 D 14 B 34 B 54 D 15 B 35 A 55 C 16 D 36 B 56 D 17 C 37 C 57 B 18 C 38 B 58 A 19 A 39 B 59 B 20 B 40 A 60 C 1 900[STPM Lapo 2010].indd 1

Komen am Secara keseluruhannya, prestasi calon dalam Kertas 1 pada tahun ini lebih baik berbanding dengan tahun lepas. Dua orang calon mendapat markah tertinggi, iaitu 60 markah, dan 21 orang calon pula mendapat markah terendah, iaitu 0 markah. Dua soalan, iaitu soalan 7 dan 50 merupakan soalan yang beraras mudah bagi calon kerana lebih 80% calon dapat menjawabnya dengan betul, manakala soalan 3, 4, 25, dan 26 pula merupakan soalan yang beraras sukar bagi calon kerana hanya 38% calon yang dapat menjawabnya dengan betul. Respons calon terhadap soalan-soalan lain dalam kertas ini memuaskan. KERTAS 900/2 (ESEI) Komen am Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon pada tahun ini adalah sederhana. Namun begitu, jawapan kebanyakan calon menunjukkan adanya perancangan. Dalam bahagian A dan B, kebanyakan calon tidak mematuhi arahan tentang jumlah perkataan dalam penulisan, iaitu antara 250 hingga 300 patah perkataan. Ada dalam kalangan calon yang gagal membezakan antara idea laras sastera atau sains sosial dengan idea laras sains, terutama apabila menjawab soalan dalam bahagian B. Dalam bahagian C, banyak terdapat calon yang hanya menggunakan perkataan dalam petikan semula untuk menjawab soalan (i) dan tidak menggunakan perkataan sendiri. Hal ini menyebabkan calon hanya mendapat markah minimum. Bagi bahagian (ii) pula calon dapat menjawab dengan memuaskan, iaitu dapat mengulas isu yang diberikan dalam soalan dengan mematuhi arahan tentang jumlah perkataan yang ditetapkan. Namun begitu, masih terdapat calon yang tidak mematuhi arahan ini, iaitu menulis lebih 50 patah perkataan untuk menjawab soalan dalam bahagian (ii). Dalam bahagian D, secara keseluruhannya calon telah dapat menguasai teknik menghasilkan graf dan tidak banyak calon yang tersalah memilih media yang hendak dihasilkan. Namun bagitu, kemahiran menganalisis dan mentafsirkan masih belum dapat dikuasai sepenuhnya. Kecuaian dan ketidaktelitian dalam menghasilkan jawapan telah menyebabkan calon kehilangan markah. Kekemasan media yang dihasilkan masih lagi tidak mencapai tahap kualiti yang diharapkan. Banyak calon yang mengabaikan aspek pewarnaan atau lorekan yang sistematik. Malah banyak juga calon yang hanya menggunakan simbol sebagi ganti kepada teknik mewarna atau melorek. Kecuaian calon yang lain ialah kesalahan dalam menulis tajuk, sumber, nisbah, label pada carta atau graf, dan tidak dapat menyiapkan jawapan. Dalam bahagian E, mutu jawapan calon agak baik. Namun begitu, calon masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menganalisis, mentafsirkan, dan menghurai. Hal ini menyebabkan kebanyakan calon tidak mendapat markah yang baik. Penguasaan dan kemahiran bahasa masih kurang memuaskan. Calon masih banyak melakukan kesalahan struktur ayat seperti membina ayat yang tidak jelas atau yang terlalu panjang, serta kesalahan penggunaan tanda bacaan dan kesalahan ejaan. Ada juga calon yang masih keliru akan penggunaan imbuhan dan kata hubung dalam ayat. Kemahiran menganalisis dan berbincang juga berada pada aras sederhana. 2 900[STPM Lapo 2010].indd 2

Komen soalan demi soalan Bahagian A dan B: Esei Laras Sastera dan Laras Sains 1 ini menghendaki calon menjelaskan sebab produk tiruan semakin popular dalam pasaran tempatan. Calon juga diminta untuk membincangkan usaha-usaha yang perlu diambil bagi melindungi produk asli. Mutu jawapan calon agak memuaskan kerana tugasan soalan adalah jelas dan calon berupaya mengemukakan idea dan huraian dengan agak baik seperti yang dikehendaki dalam skema jawapan. 2 ini menghendaki calon membincangkan penggunaan kad kredit yang memudahkan urus niaga dan kesan yang timbul sekiranya penggunaannya tidak dikawal. Tugasan soalan adalah jelas dan mudah. Banyak calon yang menjawab soalan ini. Calon didapati mampu mengemukakan idea berkaitan dengan kebaikan dan keburukan kad kredit. Sungguhpun demikian, banyak calon yang gagal memperoleh markah yang tinggi kerana mereka tidak dapat membezakan antara kad kredit dengan kad debit. Di samping itu, ada calon yang mengemukakan idea sikap boros dan idea berhutang dengan pemberi pinjam wang. Idea ini tidak menepati skema jawapan. 3 ini menghendaki calon menjelaskan serangga yang sering dianggap sebagai perosak dan menghuraikan kepentingan serangga kepada manusia. ini secara relatifnya adalah mudah, tetapi tidak banyak calon yang menjawab soalan ini. Hal ini demikian mungkin kerana ada calon yang tidak pasti tentang spesies yang dikategorikan sebagai serangga. Sehubungan dengan itu, ada calon yang mengelaskan cacing dan lintah sebagai serangga. 4 ini menghendaki calon membincangkan manfaat mengurus sisa pertanian kepada manusia. Banyak calon yang memilih untuk menjawab soalan ini, tetapi prestasi mereka adalah sederhana. Hal ini disebabkan banyak calon yang hanya membincangkan sisa pertanian dan bukan manfaat mengurus sisa pertanian. Malah, ada juga calon yang dikenal pasti telah memasukkan idea yang tidak relevan dalam jawapan seperti idea peningkatan pendapatan dan penjimatan kos pengeluaran. Bahagian C: Kefahaman dan Ulasan Teks 5 (a)(i) menghendaki calon menjelaskan maksud frasa Aku tidak mahu orang tua itu mati kerananya berdasarkan petikan yang diberikan. Sebilangan besar calon tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Mereka hanya menyalin maklumat daripada petikan yang diberikan tanpa melakukan pengubahsuaian. sepatutnya ialah penulis tidak mahu orang tua itu terusmenerus hidup dalam keadaan terabai. (a)(ii) menghendaki calon menyatakan faktor yang menyebabkan pengabaian warga tua di negara ini. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara faktor pengabaian warga tua termasuklah kepincangan institusi keluarga, kemiskinan, sikap materialistik masyarakat masa ini, keadaan warga tua itu sendiri dari segi fizikal dan mental, tanggapan masyarakat bahawa warga tua tidak lagi produktif, dan kekurangan pendidikan agama dan moral pada anak-anak. 3 900[STPM Lapo 2010].indd 3

(b)(i) menghendaki calon menjelaskan pandangan penulis tentang faktor penting yang perlu diambil kira dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang maju dan berjaya. Ada dalam kalangan calon yang hanya menyalin jawapan terus daripada petikan teks. Ini sekali gus mengurangkan markah calon. Walaupun begitu, kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. calon yang boleh diterima ialah penulis berpendapat bahawa faktor yang perlu diambil kira ialah pembangunan yang seimbang antara aspek fizikal dengan manusia. (b)(ii) menghendaki calon mengemukakan cadangan cara-cara universiti dapat memainkan peranan untuk membantu membangunkan modal insan. Kebanyakan calon dapat memberikan pendapat yang baik dan boleh diterima. Namun begitu, ada calon yang kurang memahami peranan universiti dalam meningkatkan kualiti modal insan. Antara jawapan yang boleh dikemukakan termasuklah universiti boleh menawarkan kepelbagaian kursus, membentuk para pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi, menambah bilangan kakitangan akademik, menjalinkan kerjasama dengan industri dan komuniti, mengantarabangsakan mahasiswa, dan membudayakan penyelidikan dan penerbitan ilmiah. 6 (a)(i) menghendaki calon menjelaskan maksud nanoteknologi. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu nanoteknologi bermaksud penghasilan produk bersaiz nanometer atau satu per bilion meter. (a)(ii) menghendaki calon menyatakan kepentingan nanoteknologi kepada masyarakat dan negara. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan memuaskan. Antara jawapan yang boleh diterima termasuklah kepentingan nanoteknologi dalam bidang perubatan, ketenteraan, perindustrian, sukan, pertanian, penyelidikan, teknologi maklumat, kosmetik, dan aeroangkasa. Ini seterusnya akan menghasilkan ubat-ubatan bagi merawat dan memusnahkan sel kanser, senjata yang lebih kecil tetapi mempunyai kemampuan yang tinggi, kamera digital, raket tenis yang lebih ringan, penghasilan genetik tanaman yang dapat dikawal, robot nano, telefon 3G, krim antipenuaan, dan satelit nano. (b)(i) menghendaki calon menerangkan sebab berlakunya sindrom lambat membaca dalam kalangan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas. Kebanyakan calon hanya mengulang apaapa yang ada dalam petikan dan menyebabkan mereka hanya mendapat markah minimum. yang diterima ialah kemampuan otak untuk mentafsirkan imej tulisan kepada kefahaman terjejas. (b)(ii) menghendaki calon menjelaskan langkah-langkah untuk mengatasi sindrom lambat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan calon dapat memberikan jawapan yang baik. Antara jawapan yang boleh dikemukakan termasuklah teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian, sokongan keluarga, rawatan dari segi psikologi, pengambilan vitamin dan makanan tambahan untuk merangsang daya pemikiran kanak-kanak tersebut, pemberian hadiah serta pujian sebagai motivasi untuk belajar, dan membaca buku kepada mereka bagi membantu menyebut sesuatu huruf dengan baik. 4 900[STPM Lapo 2010].indd 4 5/13/11 10:55:04 AM

Bahagian D: Alih Bentuk Maklumat daripada Linear kepada Bukan Linear 7 ini menghendaki calon menyediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia mengikut jenis media terpilih pada tahun 2006 dan 2007. Kebanyakan calon menjawab soalan ini dan mendapat markah yang baik. yang tepat bagi soalan ini ialah carta pai. Namun begitu, terdapat calon yang mengabaikan aspek pewarnaan atau lorekan yang sistematik ketika menghasilkan carta tersebut, bahkan terdapat calon yang hanya menggunakan simbol sebagai pengganti kepada teknik mewarna atau melorek pada carta. Di samping itu, ada calon yang menulis sumber dan tajuk yang tidak lengkap, tidak tepat, tidak menulis label pada petunjuk, dan salah menulis nisbah. Hal ini menyebabkan calon kehilangan markah. 8 ini menghendaki calon menyediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan prospek ekonomi di Malaysia mengikut jenis petunjuk bagi tahun 2002 hingga tahun 2006. yang tepat bagi soalan ini ialah graf gabungan bar dan garis dengan dua paksi. Tidak banyak calon yang menjawab soalan ini. Calon hanya boleh menentukan media selepas data berjaya dikumpulkan. Calon yang menjawab soalan ini tidak mendapat markah yang baik kerana mereka tersalah memilih media, tidak meletakkan label pada paksi, serta tidak dapat menyiapkan graf yang dikehendaki. Bahagian E: Pemindahan Maklumat daripada Bukan Linear kepada Linear 9 meminta calon menjelaskan perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut punca kegiatan terpilih dari tahun 2005 hingga tahun 2007 seperti yang dinyatakan dalam jadual yang diberikan. Calon juga dikehendaki mengemukakan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara. ini memerlukan calon memberikan jawapan secara kualitatif dan kuantitatif. Banyak calon yang menjawab soalan ini, tetapi banyak juga yang tidak memperoleh markah yang tinggi. Hal ini demikian kerana calon tidak menulis perkataan anggaran untuk tahun 2007, tidak mengemukakan tahun asas dan tahun akhir, iaitu perbezaan mutlak, atau peratusan tidak dinyatakan semasa membuat perbandingan, mengemukakan pola perbandingan sedangkan perkara tersebut tidak dikehendaki, dan gagal memberikan huraian yang baik berkaitan dengan langkah mengukuhkan ekonomi negara. Calon sepatutnya menghuraikan jumlah keseluruhan KDNK yang meningkat secara berterusan dari tahun 2005 hingga tahun 2007, kegiatan terpilih yang menunjukkan pola peningkatan, kegiatan terpilih yang menunjukkan pola yang tidak konsisten, dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan ekonomi negara. 10 ini menghendaki calon untuk menerangkan punca kegagalan operasi sebuah organisasi. Calon juga diminta untuk menjelaskan usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam gambar rajah yang diberikan. ini kurang menjadi pilihan calon. Namun begitu, calon yang memilih soalan ini berjaya mengemukakan idea dengan huraian yang baik. yang boleh dikemukakan oleh calon ialah punca sebenar masalah operasi sebuah organisasi yang disebabkan oleh faktor peralatan, manusia, mesin, dan kaedah dalam melaksanakan kerja serta huraian tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah yang timbul pada faktor peralatan, manusia, mesin, dan kaedah tersebut. 5 900[STPM Lapo 2010].indd 5 5/13/11 10:55:04 AM