: Duit syiling 1 sen Lampiran 1 - Lembaran grafik Lampiran 2 - Borang senarai semak

dokumen-dokumen yang mirip
SJK ( C ) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( 3 ) Nama: ( ) Markah: % Kelas :1 ( ) Tarikh : /8/2017

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3

PENDIDIKAN KESIHATAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

TUNJANG 5 : KEROHANIAN, MORAL & NILAI UMUR : 4 TAHUN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

Rancangan Pengajaran Harian. Pendidikan Islam Tahun: 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

: 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri. PEMBELAJARAN NILAI : 1.4 Bertanggungjawab KANDUNGAN AKADEMIK

Nama :... Tarikh :... Tingkatan : Malnutrisi. ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan. seperti,, protein,

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERENDAH POLISI SEKOLAH SELAMAT

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

SENARAI SEMAK TUGAS-TUGAS AJK KONVOKESYEN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

TUNJANG 4 : KETRAMPILAN UMUR: 4 TAHUN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

11 Cerita Sosial Adab

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN. 5.2 memahami dan mengamalkan adab masuk dan keluar rumah

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

SP 1 : PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA STANDARD PEMATUHAN 1 PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA

Pada akhir pelajaran, murid dapat: Tatabahasa: Kosa kata umum mandur, perdu, betah,sabak Istilah -fasik, maniac, knob

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SAMPEL IMBUHAN. Imbuhan Awalan cakap = bercakap Adik Min sudah boleh bercakap. ber. me (me, men, mem, meng, menge)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Rancangan Pengajaran Harian. Pendidikan Islam Tahun 1 (Akidah ) 16 Rabiulawwal 1436 / 7 Januari 2015 / Rabu

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun :3 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Ibadah) 2. Kelas 3 Maju 3. Tarikh/Hari 17 Jamadilawal 1436

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401. Set 5 Sesi /2014 : KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur Negeri

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Peranan Guru Peranan Pelajar Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

BORANG PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

CONTOH DAN BOLEH DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH MASING-MASING. Minggu Pertama Transisi (Minggu Orientasi) Hari Aktiviti Catatan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

kotor kuat kusut lagi

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

PENDIDIKAN KESIHATAN

Pengurusan Bilik Darjah

PENDIDIKAN KESIHATAN

BUKU PANDUAN IBU BAPA

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN MAC (KERTAS 1) 1 jam 15 minit. Nama :. ( ) Markah :.. Tahun : 4 ( ) Tarikh :..

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC BAHAGIAN B. memberhentikan memperlahankan memandu. membawa mengucapkan mendengar

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

PERATURAN ~ PERATURAN AM SEKOLAH

Rancangan Pelajaran Tahunan (KSSR) Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

more examination papers at :

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (I) Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2018

Y\ 7 JABATAN PE,LAJARAN NEGERI SELANGOR

FU: 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

TUNJANG 6: KEMANUSIAAN UMUR 4 TAHUN

Transkripsi:

TAHUN : 1 MASA : 60 minit BIDANG : 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri PEMBELAJARAN NILAI : 1.8 Kejujuran KANDUNGAN : Kepentingan bercakap benar dalam pelbagai situasi AKADEMIK - Perbualan - Pergaulan TAJUK : Bercakap Benar Amalan Mulia PENGETAHUAN : Murid sedar amalan bercakap benar penting dalam SEDIA ADA HASIL PEMBELAJARAN kehidupan : Murid dapat : i. menjelaskan kepentingan bercakap benar dalam pertuturan dan pergaulan ii. menghormati orang yang bercakap benar iii. bercakap benar dalam kehidupan PENDEKATAN : Pembelajaran aktif TEKNIK : Permainan, menyusun atur, perbincangan kumpulan SUMBER BANTU MENGAJAR SET INDUKSI Permainan Duit Syiling 1 Sen. : Duit syiling 1 sen Lampiran 1 - Lembaran grafik Lampiran 2 - Borang senarai semak i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii. Setiap murid diberi 5-6 keping duit syiling 1 sen (Setiap murid mesti menerima jumlah yang sama. Guru boleh menggantikan duit syiling dengan benda lain seperti guli dan batu kecil). iii. Seorang murid (murid A) akan memulakan permainan dengan cara memberitahu ahli kumpulan perkara yang dia pernah alami. Contoh : Saya pernah jatuh semasa mengayuh basikal. Murid A akan meletakkan sekeping syiling 1 sen di tengah meja. Murid-murid lain (murid B hingga F akan meletakkan duit syiling jika mereka pernah mengalami pengalaman yang sama). iv. Permainan diteruskan dengan murid B pula menceritakan pengalamannya. Murid-murid yang pernah mengalami pengalaman yang sama akan meletakkan duit di tengah meja. v. Permainan tamat apabila beberapa orang ahli telah kehabisan duit syiling. vi. Guru menerangkan konsep bercakap benar. 1

AKTIVITI i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan. (Lampiran 1) ii. Murid berbincang dalam kumpulan dan mewarnakan rangkai kata yang menunjukkan kebaikan bercakap benar dalam pertuturan dan pergaulan. iii. Wakil kumpulan mempamerkan hasil perbincangan. PENILAIAN Setiap murid diberikan borang senarai semak nilai kejujuran dalam pelbagai situasi (Lampiran 2). Guru membimbing murid membuat penilaian kendiri dengan melengkapkan borang senarai semak tersebut. PENUTUP Guru bersama-sama murid membuat rumusan tentang kebaikan bercakap benar. 2

Lampiran 1 Warnakan perkataan yang menunjukkan kebaikan bercakap benar dalam pertuturan dan pergaulan. dipercayai disukai dimarahi Kebaikan bercakap benar disayangi dihormati dibenci 3

Lampiran 2 Warnakan (hijau) pada jawapan yang betul dan (merah) pada jawapan yang salah. i. Saya suka kepada kawan-kawan yang bercakap benar. ii. Orang yang bercakap benar mempunyai ramai kawan. iii. Saya suka bercakap bohong dengan ibu. iv. Saya percaya kepada orang yang jujur. v. Guru sayang kepada murid yang jujur. vi. Sikap jujur tidak baik. vii. Orang yang bercakap bohong tidak disukai. viii. Saya tidak marah apabila adik bercakap bohong. 4

TAHUN : 2 MASA : 60 minit BIDANG : 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri PEMBELAJARAN NILAI : 1.10 Berterima Kasih KANDUNGAN : Penghargaan dan pengiktirafan terhadap sokongan, AKADEMIK pemberian dan pengorbanan yang diterima daripada ibu bapa dan anggota keluarga yang lain TAJUK : Berterima Kasih Amalan Mulia PENGETAHUAN : Murid sedar amalan mengucapkan terima kasih penting SEDIA ADA HASIL PEMBELAJARAN dalam hubungan dengan orang lain : Murid dapat: i. mengenal pasti kepentingan dan cara mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga ii. menghargai sokongan, pemberian dan pengorbanan yang diterima daripada anggota keluarga iii. mengucapkan terima kasih atas sokongan, pemberian dan pengorbanan yang diterima daripada anggota keluarga PENDEKATAN : Pembelajaran aktif, kecerdasan pelbagai TEKNIK : Lakonan, sumbang saran, perbincangan kumpulan SUMBER BANTU MENGAJAR : Lampiran 3 kad ucapan terima kasih Lampiran 4 contoh ucapan terima kasih SET INDUKSI i. Guru meminta beberapa orang murid melakonkan cara mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga. ii. Guru dan murid lain memberikan komen tentang cara mengucapkan terima kasih dengan betul. AKTIVITI 1 i. Guru mengedarkan murid kad yang mengandungi kata-kata ucapan terima kasih kepada anggota keluarga. (Lampiran 3) ii. Berdasarkan kata-kata ucapan pada kad, murid diminta melafazkan ucapan terima kasih dengan sopan. iii. Guru dan murid lain memberikan komen. iv. Guru menjelaskan kebaikan mengucapkan terima kasih dengan sopan. AKTIVITI 2 i. Guru mencatatkan tajuk `Sebab saya mesti mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga untuk menjalankan aktiviti sumbang saran. ii. Guru meminta murid memberikan satu sebab mereka mesti mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga. 5

iii. Guru mencatatkan semua jawapan murid. iv. Guru bersama-sama murid memilih jawapan yang sesuai. v. Murid dikehendaki mengkelaskan jawapan mengikut tajuk-tajuk kecil seperti sebab mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, datuk dan nenek serta adik beradik. vi. Guru menjelaskan kepentingan mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga. AKTIVITI 3 i. Guru memberikan beberapa contoh ucapan terima kasih kepada anggota keluarga. (Lampiran 4) ii. Secara berpasangan, murid diminta berbincang untuk menghasilkan katakata ucapan terima kasih kepada anggota keluarga. iii. Murid membentangkan hasil perbincangan. iv. Guru dan murid lain memberikan komen. PENILAIAN Murid diminta mencipta kad ucapan terima kasih kepada anggota keluarga dengan menggunakan kata-kata ucapan yang dihasilkan sebagai kerja rumah. 6

Lampiran 3 Kad 1 Kad 2 Terima kasih, papa. Terima kasih, mama Terima kasih ayah dan ibu Kad 3 Datuk, terima kasih. Nasihat datuk tidak akan saya lupa Kad 4 Terima kasih, nenek. Nenek pandai bercerita Kad 5 Abang, terima kasih kerana membantu saya mencuci kasut sekolah Kad 6 Kakak, terima kasih kerana menolong saya menyiapkan kerja sekolah Kad 7 Terima kasih adik kerana meminjamkan abang pensel warna Kad 8 Terima kasih makcik, kerana memberikan saya hadiah yang sungguh cantik ini 7

Lampiran 4 Contoh 1 Terima kasih ayah. Terima kasih ibu. Jasa ayah dan ibu tidak akan saya lupakan. Contoh 2 Abang telah banyak membantu saya. Saya ucapkan terima kasih. Contoh 3 Terima kasih kakak. Kakak selalu menemani saya. Tanpa kakak saya akan keseorangan. Contoh 4 Terima kasih atas nasihat datuk dan nenek. Saya gembira bersama datuk dan nenek. 8

TAHUN : 3 MASA : 30 minit BIDANG : 5 Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara PEMBELAJARAN NILAI : 5.2 Patuh kepada Peraturan dan Undang-undang KANDUNGAN : Patuhi undang-undang di jalan raya AKADEMIK TAJUK : Undang-Undang Jalan Raya Kita Patuhi PENGETAHUAN : Murid sedar kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya SEDIA ADA HASIL PEMBELAJARAN : Murid dapat : i. menerangkan kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya ii. menjelaskan maksud tanda isyarat lalu lintas iii. bertimbang rasa dan bersopan di jalan raya iv. mematuhi undang-undang jalan raya PENDEKATAN : Pembelajaran aktif, pembelajaran kontekstual, pembelajaran koperatif TEKNIK : Perbincangan berpasangan (Think-pair-share) SUMBER BANTU MENGAJAR SET INDUKSI : Lampiran 5 gambar daripada keratan akhbar Lampiran 6 tanda isyarat lalu lintas dan maksud Lampiran 7 latihan i. Guru mempamerkan gambar kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. (Lampiran 5) ii. Guru bersoal jawab dengan murid. - Apakah perasaan kamu melihat gambar tersebut? Jelaskan. AKTIVITI i. Guru mempamerkan beberapa tanda isyarat lalu lintas. (Lampiran 6) ii. Guru menerangkan maksud bagi setiap tanda isyarat lalu lintas. iii. Murid diminta memilih satu tanda isyarat lalu lintas dan mencatatkan akibat sekiranya tanda isyarat itu tidak dipatuhi. iv. Murid diminta memberitahu catatannya kepada rakan pasangannya. v. Beberapa orang murid dipilih untuk melaporkan catatannya dan catatan rakannya kepada semua murid di kelas. vi. Murid menjelaskan kepentingan mematuhi tanda isyarat lalu lintas. vii. Guru membuat rumusan. PENILAIAN Murid diminta memadankan tanda isyarat lalu lintas dengan penyataan yang diberi. (Lampiran 7) 9

10 Lampiran 5

Lampiran 6 TANDA ISYARAT LALU LINTAS Bil Tanda Isyarat Lalu Lintas Maksud 1. Kawasan kanak-kanak sekolah melintas 2. Lampu isyarat di hadapan 3. Kawasan sekolah di hadapan 4. Tempat meletak kenderaan 5. Jalan bengkang-bengkok 6. Simpang empat 11

Lampiran 7 Padankan tanda isyarat lalu lintas dengan penyataan yang betul Bil Tanda Isyarat Lalu Lintas Penyataan 1. Lintasan pejalan kaki 2. Bulatan di hadapan 3. Lampu isyarat di hadapan 4. Hospital 5. Kawasan kanak-kanak sekolah melintas 6. Jalan bengkang-bengkok 12

TAHUN : 4 MASA : 60 minit BIDANG : 4 Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar PEMBELAJARAN NILAI : 4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar KANDUNGAN : Prihatin terhadap masalah alam sekitar AKADEMIK - Pencemaran akibat tindakan manusia TAJUK : Alam Milik Bersama PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah mendengar dan membaca maklumat tentang pencemaran melalui media massa HASIL : Murid dapat : PEMBELAJARAN i. menyenaraikan kesan pencemaran terhadap hidupan ii. prihatin terhadap isu pencemaran iii. mengelakkan diri dari mencemar dan memusnahkan alam sekitar PENDEKATAN : Pembelajaran aktif, TOC, kecerdasan pelbagai TEKNIK : Lakonan, perbincangan kumpulan SUMBER BANTU : Kertas sebak ( mahjong ) MENGAJAR Lampiran 8 gambar alam sekitar yang tercemar Lampiran 9 skrip lakonan Lampiran 10a sebab dan akibat Lampiran 10b contoh jawapan Lampiran 11 ikrar penghuni bumi Lampiran 12 contoh kad bentuk hati SET INDUKSI i. Guru menunjukkan gambar beberapa orang kanak-kanak sedang bermain dengan berlatarbelakangkan persekitaran yang tercemar (Lampiran 8). ii. Guru bersoal jawab dengan murid - Apakah yang kamu nampak dalam gambar tersebut? Ceritakan. AKTIVITI 1 i. Beberapa orang murid dipilih untuk melakonkan watak yang berikut. a. Ikan A, Ikan B, Ikan C, Ikan D b. Pokok A, Pokok B c. Kulit kacang d. Kotak minuman e. Dua orang murid f. Beg plastik ii. Setiap kumpulan diberikan kad situasi (Lampiran 9) dan diberi masa untuk membuat persediaan. iii. Murid membuat persembahan. 13

iv. Guru bersoal jawab dengan murid. a. Jelaskan pelakuan David dan Ben ketika berkelah di tepi sungai. b. Apakah yang berlaku kepada ikan dan pokok di situ? c. Ceritakan perasaan kamu melihat keadaan itu. d. Andaikan kamu ialah ikan dan pokok tersebut, nyatakan perasaan kamu. v. Guru dan murid membuat rumusan tentang tindakan manusia yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar. AKTIVITI 2 i. Murid dikehendaki membincangkan akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia. (Lampiran 10a). Contoh jawapan disediakan. (Lampiran 10b) ii. Hasil perbincangan dicatatkan dalam kertas sebak (mahjung). iii. Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan. iv. Guru bersama-sama murid membuat rumusan. AKTIVITI 3 i. Murid diberikan Ikrar Penghuni Bumi. (Lampiran 11) ii. Seorang murid dipanggil untuk mengetuai pembacaan ikrar tersebut. iii. Setiap murid dikehendaki menurunkan tanda tangan pada ikrar tersebut. PENILAIAN Setiap murid dikehendaki menghasilkan sekeping kad berbentuk hati dan menulis ayat yang menunjukkan perasaan sayang terhadap alam sekitar. Contoh ayat ialah `Saya sayang akan alam sekitar, `Saya sayang kepada bumi. (Lampiran 12) 14

15 Lampiran 8

Lampiran 9 Situasi di tepi sungai David dan Ben pergi berkelah di tepi sungai. Mereka membawa dua kotak minuman dan kacang yang diisi dalam beg plastik. David : Indahnya pemandangan di sini. Ben : Udara di sini nyaman. (David dan Ben mencari tempat duduk. Mereka berbual-bual sambil makan dan minum. David membuang kulit kacang dan Ben mencampakkan kotak minuman dan beg plastik ke dalam sungai. Murid yang berlakon sebagai kulit kacang, beg plastik dan kotak minuman terjun ke dalam sungai). Situasi dalam sungai Ikan A : Ikan B : Ikan C : Ikan D : Tolong, tolong, susahnya bernafas! Aduh, sakitnya perut! Teruknya manusia. Mereka buang kulit kacang, kotak minuman dan beg plastik ke dalam sungai ini. Hai manusia, sampai hati kau buat kami begini! Situasi semasa dalam perjalanan pulang (David dan Ben balik ke rumah. Dalam perjalanan pulang, mereka menconteng dan membuat ukiran nama pada pokok) Pokok A : Aduh, sakitnya badanku ditoreh dengan pisau! Pokok B : Aduh, banyaknya darahku keluar! (David dan Ben pun berlalu dari situ) 16

Lampiran 10a Contoh teknik TOC (sebab dan akibat) sungai tercemar hidupan sungai terjejas buang sampah ke dalam sungai 17

Lampiran 10b Contoh jawapan - Contoh teknik TOC (sebab dan akibat) ketinggalan dalam pelajaran tidak dapat pergi ke sekolah pergi ke hospital manusia sakit perut mati sungai tercemar hidupan sungai terjejas buang sampah ke dalam sungai 18

Lampiran 11 Ikrar Penghuni Bumi Kami warga bumi, berikrar dengan sepenuh hati akan sentiasa menjaga dan melindungi alam semula jadi supaya kami dapat hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat. ( ) Tarikh : 19

Lampiran 12 Contoh Kad. Saya sayang akan Bumi Saya sayang akan alam sekitar Saya sayang akan tumbuh-tumbuhan 20

TAHUN : 5 MASA : 60 minit BIDANG PEMBELAJARAN : 3 Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat NILAI : 3.2 Toleransi dalam Masyarakat KANDUNGAN : Amalan bertoleransi semasa situasi tegang AKADEMIK - Perbincangan TAJUK : Bertoleransi Dalam Perbincangan PENGETAHUAN : Murid menyedari kepentingan bersikap toleransi SEDIA ADA HASIL PEMBELAJARAN : Murid dapat : i. menyenaraikan kesan bersikap toleransi semasa perbincangan ii. bersikap toleransi semasa perbincangan iii. berbincang dalam keadaan tenang PENDEKATAN : Pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, KBKK TEKNIK : Simulasi, perbincangan kumpulan SUMBER BANTU MENGAJAR : Lampiran 13 serangkap pantun Lampiran 14 borang analisis masalah Lampiran 15 kad dialog SET INDUKSI i. Guru mempamerkan serangkap pantun (Lampiran 13) dan meminta seorang murid membaca pantun dengan intonasi yang betul. ii. Guru bersoal jawab dengan murid. - Apakah yang kamu faham dengan maksud pantun? - Nyatakan kesan bersikap toleransi? AKTIVITI 1 i. Guru memilih 4 pasangan murid. ii. Guru mengedarkan kad dialog (Lampiran 14). iii. Murid dikehendaki membaca dan memahami dialog yang diberikan. i. Berdasarkan dialog tersebut, guru meminta 4 pasangan murid untuk menjalankan empat aktiviti simulasi yang berikut. - Pasangan 1 menjalankan aktiviti simulasi dalam keadaan tegang dan tidak bertoleransi. - Pasangan 2 menjalankan aktiviti simulasi dalam keadaan tenang dan bertoleransi. - Pasangan 3 menjalankan aktiviti simulasi dengan watak Ajay dalam keadaan marah tetapi watak Daniel dalam keadaan tenang. - Pasangan 4 menjalankan aktiviti simulasi watak Ajay dalam keadaan tenang tetapi watak Daniel dalam keadaan marah. 21

AKTIVITI 2 ii. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. iii. Guru mengedarkan borang analisis masalah (Lampiran 15) kepada setiap kumpulan. iv. Murid dikehendaki memberikan perhatian kepada setiap aktiviti simulasi dan membuat catatan dalam borang. AKTIVITI 3 i. Setiap kumpulan berbincang dan melengkapkan borang analisis masalah. ii. Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan di kelas. iii. Berdasarkan laporan, guru dan murid membuat rumusan. PENILAIAN Murid dikehendaki menyenaraikan sikap yang perlu ditunjukkan semasa sesuatu perbincangan diadakan. 22

Dahan kuinin dipanjat dedalu Patah dahan menimpa jambatan Sikap toleransi amalkan selalu Elak perselisihan eratkan persahabatan Lampiran 13 Lampiran 15 Borang Analisis Masalah Keadaan Semasa Aktiviti Simulasi Pasangan 1 Pasangan 2 Pasangan 3 Pasangan 4 Cadangan Penyelesaian Masalah Pasangan 1 Pasangan 2 Pasangan 3 Pasangan 4 Sikap yang perlu ditunjukkan semasa perbincangan 23

Lampiran 14 Kad Dialog Ajay : Daniel, tugas mencuci longkang agak berat. Teruklah saya. Daniel : Saya telah mengagihkan tugas kepada semua ahli. Semua ahli perlu menjalankan tugas masing-masing. Ajay : Tetapi longkang yang perlu saya cuci itu kotor dan panjang. Saya seorang tidak mampu melakukan tugas ini. Daniel : Awak buat dahulu kerja mencuci longkang. Saya akan minta ahli lain membantu awak selepas mereka menyiapkan tugas mereka. Ajay : Kalau begitu saya setuju. 24

TAHUN : 6 MASA : 60 minit BIDANG PEMBELAJARAN : 2 Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga NILAI : 2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga KANDUNGAN : Kehidupan keluarga yang berkualiti AKADEMIK - Perpaduan TAJUK : Kemesraan Keluarga Mengukuhkan Perpaduan PENGETAHUAN : Murid menyedari kepentingan hubungan kekeluargaan. SEDIA ADA HASIL PEMBELAJARAN : Murid dapat : i. menerangkan kepentingan perpaduan dalam keluarga ii. bertanggungjawab mewujudkan perpaduan dalam keluarga iii. mengamalkan perpaduan dalam keluarga PENDEKATAN : Pembelajaran koperatif, kecerdasan pelbagai TEKNIK : Perbincangan kumpulan SUMBER BANTU MENGAJAR : Lampiran 16 Kad ucapan Lampiran 17 Kad tugasan Lampiran 18 Skala garisan sikap murid Lampiran 19 Latihan SET INDUKSI i. Guru mempamerkan kad ucapan hari lahir/ucapan tahniah kepada anggota keluarga. (Lampiran 16) ii. Guru bersoal jawab dengan murid. - Pernahkah kamu memberi kad ucapan kepada anggota keluarga? - Apakah perasaan kamu dapat memberi kad ucapan tersebut? - Pernahkah kamu menerima kad ucapan daripada anggota keluarga? - Apakah perasaan kamu apabila menerima kad ucapan daripada anggota keluarga? AKTIVITI 1 i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii. Guru mengedarkan kad tugasan 1 dan 2 (Lampiran 17) kepada setiap kumpulan. iii. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan melaporkan hasil perbincangan di dalam kelas. 25

AKTIVITI 2 Cadangan : i. Guru mempamerkan skala garisan sikap murid dalam membantu mengukuhkan perpaduan keluarga. (Lampiran 18) ii. Guru menjelaskan cara menggunakan garisan tersebut iaitu: - poin 5 dan ke bawah bermaksud murid menunjukkan sikap semakin kurang berusaha ke arah mengukuhkan perpaduan keluarga. - poin 6 dan ke atas bermaksud murid menunjukkan sikap semakin berusaha ke arah mengukuhkan perpaduan keluarga. iii. Berdasarkan garisan, semua murid diminta mencatatkan kedudukan mereka dan memberikan alasan mereka mencatatkan kedudukan tersebut. iv. Guru menjumlahkan semua poin murid. Jumlah tersebut dibahagikan dengan bilangan murid untuk mendapatkan purata. v. Guru membuat rumusan tentang pentingnya murid berusaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam keluarga. PENILAIAN Murid dikehendaki menyenaraikan usaha yang dilakukan oleh mereka untuk mengukuhkan perpaduan keluarga. (Lampiran 19) 26

Lampiran 16 Adik Jeffry, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-9 SEMOGA BAHAGIA SELALU 27

Lampiran 17 Kad 1 Kamu dan anggota keluarga membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun kelahiran bapa kamu di rumah. Semua anggota keluarga telah diberi tugas seperti yang berikut. Ibu menyediakan jamuan Abang sulung membuat persiapan tempat Kakak menyediakan hadiah Anda menyediakan kad ucapan Adik menyediakan atur cara majlis Berdasarkan tugas, bincangkan langkah yang perlu anda dan anggota keluarga lakukan untuk persiapan majlis tersebut. Kad 2 Sempena musim perayaan, keluarga anda bercadang mengadakan jamuan untuk saudara mara. Bagi memastikan majlis tersebut lancar dan meriah, setiap anggota keluarga anda telah diberikan tugas seperti senarai yang berikut. Ayah menguruskan jemputan Ibu dan kakak menyediakan jamuan Abang dan anda membuat persiapan tempat Adik memastikan kebersihan Berdasarkan tugas, bincangkan langkah yang perlu anda dan anggota keluarga lakukan untuk persiapan jamuan tersebut. 28

Lampiran 18a Skala Garisan Sikap Murid Dalam Membantu Mengukuhkan Perpaduan Keluarga 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Lampiran 18b Guru menyediakan borang aktiviti membantu mengukuhkan perpaduan keluarga. Contoh: Bil. Aktiviti Ya Tidak 1. Menolong ibu di dapur. 2. Menolong ayah membasuh kereta. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jumlah Skor 10 29

Lampiran 19 Nyatakan tindakan yang diambil untuk mengukuhkan perpaduan keluarga. Bil. Penyataan Tindakan yang diambil untuk mengukuhkan perpaduan keluarga i. Hari lahir ibu Mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Hari Bapa Ulang tahun perkahwinan datuk dan nenek Perkahwinan ibu saudara Bapa saudara dirawat di hospital Abang berjaya dalam acara sukan yang disertainya Kakak lulus dalam peperiksaan Adik mendapat sijil tamat prasekolah 30