Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

dokumen-dokumen yang mirip
Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PENTAKSIRAN TINGKATAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

PANDUAN PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN SEJARAH & GEOGRAFI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) SEJARAH GEOGRAFI

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN LISAN MENDENGAR PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P009

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK021

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

more examination papers at :

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Infografik GST Peringkat Sektor Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia

FASA 1 PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AK01/ ARAHAN KERJA PERMOHONAN PAS SEMENTARA

PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

Transkripsi:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5) Penggal 3 Tahun 2016 PERINGATAN: Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan. Manual ini terdiri daripada 33 halaman bercetak. Hak cipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

KANDUNGAN Perkara Halaman BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA 1 Pengenalan 3 2 Objektif 3 3 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Kerja Kursus 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 3 3 3 4 5 5 5 6 BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.6.1 Penulisan esei ilmiah 3.6.2 Pembentangan ilmiah 3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 3.7.1 Penulisan esei ilmiah 3.7.2 Pembentangan ilmiah 3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 3.8.1 Penulisan esei ilmiah 3.8.2 Pembentangan ilmiah 3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 4.2 Sekolah Swasta 4.3 Calon Persendirian Individu 7 7 7 8 8 8 9 9 9 9 10 10 12 16 5 Format Penulisan 18 6 Struktur Penulisan 18 7 Penskoran 19 8 Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) Bahasa Melayu 20 9 Borang yang Digunakan 21 10 Contoh Tajuk 21 Lampiran 1: Struktur Penulisan Esei Ilmiah Lampiran 2: Muka Hadapan Kerja Kursus Lampiran 3: Borang Perakuan Calon Lampiran 4: Borang Rekod Kerja Kursus Calon Lampiran 5: Borang Markah Kerja Kursus Calon Lampiran 6: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon Tema Kerja Kursus 2016 32 2 TERHAD 22 24 25 26 27 31

1 PENGENALAN BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran. 2 OBJEKTIF Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon untuk 2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu 2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini 2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal 3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS 3.1 Arahan Kerja Kursus (a) Kerja kursus bahasa Melayu ( ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua calon pada penggal 3. (b) Calon dikehendaki menghasilkan ilmiah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM. (c) Tema ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran. (d) Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajian esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklah diajarkan pada awal penggal 3. (e) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3. 3.2 Tanggungjawab Pengetua (a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah (b) Memastikan semua calon yang menghasilkan ilmiah mendapat bimbingan daripada guru (c) Memastikan pelaksanaan ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan (d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon (e) Memastikan ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan (f) Memastikan ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan (g) Memastikan guru menghantar markah ilmiah calon kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan (h) Mengesahkan markah ilmiah yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) 3 TERHAD

(i) Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens ilmiah calon di sekolah (k) Memastikan guru menyimpan evidens ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat tarikh keputusan STPM diumumkan (l) Memastikan evidens ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan ilmiah (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk ilmiah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk ilmiah (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal ilmiah (f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) pada setiap kali sesi pertemuan diadakan (g) Membimbing calon sepanjang tempoh ilmiah (h) Memastikan calon menghasilkan ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih (i) Memastikan calon menghasilkan ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber (j) (k) Memastikan semua kumpulan calon menghantar ilmiah selewatlewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak dan dinilai Menyemak dan menilai ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon (l) Mengadakan sesi pembentangan mulai 3/9/2016 21/9/2016 (m) Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu (n) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh calon, borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon (lampiran 5), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) (o) Menghantar markah ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (p) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru) (q) Menyimpan evidens ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat tarikh keputusan STPM diumumkan (s) Melupuskan evidens ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 4 TERHAD

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu) 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menyemak dan menilai ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan (c) Menghadiri sesi pembentangan ilmiah mengikut jadual yang diberikan oleh guru sekolah swasta (d) Menilai pembentangan calon secara individu (e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (lampiran 5) dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) (f) Menghantar markah ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (g) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewatlewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa) (h) Menyimpan evidens ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens ilmiah sahaja) (i) Melupuskan evidens ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens ilmiah sahaja) 3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitu kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan (c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan ilmiah (d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan ilmiah kepada calon (e) Memastikan calon menghantar ilmiah mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Menyemak dan menilai ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan (g) Merancang jadual pembentangan ilmiah dan memaklumkannya kepada calon (h) Mengadakan sesi pembentangan ilmiah (i) Menilai pembentangan calon 5 TERHAD

(j) Menghantar markah ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (k) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3), borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon (lampiran 5), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) (l) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewatlewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa) (m) Menyimpan evidens ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat tarikh keputusan STPM diumumkan (n) Melupuskan evidens ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan ilmiah (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk ilmiah berdasarkan tema yang diberikan oleh MPM (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk ilmiah (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal ilmiah (f) (g) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan Membimbing calon sepanjang tempoh ilmiah (h) Memastikan calon menghasilkan ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih (i) (j) Memastikan semua kumpulan calon menghantar ilmiah selewatlewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM Menyerahkan ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai (k) Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 3/10/2016 14/10/2016. (l) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh calon dan borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4) 6 TERHAD

BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.6.1 Penulisan esei ilmiah (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan ilmiah Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga empat orang ahli untuk melaksanakan ilmiah Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan Membincangkan pemilihan tajuk ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM Mengikuti sesi P&P bagi ilmiah Menyediakan ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan ilmiah dan merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) (i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) (j) (k) (l) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan ilmiah Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada (m) Melampirkan borang soal selidik, jika ada (n) Menghantar ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan 3.6.2 Pembentangan ilmiah (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing. (b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 10 minit. 5 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan. (c) (d) (e) (f) (g) (h) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab. Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian. Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan. Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah. 7 TERHAD

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 3.7.1 Penulisan esei ilmiah (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan ilmiah (c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga empat orang ahli untuk melaksanakan ilmiah (d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan (e) Membincangkan pemilihan tajuk ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM (f) Mengikuti sesi P&P bagi ilmiah (g) Menyediakan ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1) (h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan ilmiah dan merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) (i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) (j) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan ilmiah (k) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik (l) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada (m) Melampirkan borang soal selidik, jika ada (n) Menghantar ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan 3.7.2 Pembentangan ilmiah (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing. (b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 10 minit. 5 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan. (c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab. (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja. (f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian. (g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan. (h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah. 8 TERHAD

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 3.8.1 Penulisan esei ilmiah (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan (c) Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan ilmiah (d) Membincangkan pemilihan tajuk ilmiah bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM (e) Merancang jadual kerja (f) Menyediakan ilmiah secara individu berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1) (g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik (h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi, jika ada (i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) (j) Melampirkan borang soal selidik, jika ada (k) Menghantar imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan 3.8.2 Pembentangan ilmiah (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa. (b) Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 15 minit. 5 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab. (c) Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pemeriksa atau rakan calon yang lain. (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja. (f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian. (g) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah. 3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus (a) Calon mestilah menghasilkan ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada manamana sumber. (b) Perbincangan tajuk dan kaedah boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. (c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan. (d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan. 9 TERHAD

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan 1/6/16 12/6/16 Manual kursus kerja Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon MPM memuat naik manual pada 31/5/2016. 13/6/16 17/6/16 Pengenalan ilmiah Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan Mendengar penerangan guru mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja 20/6/16 18/9/16 Penentuan tajuk penulisan esei ilmiah P&P dan pelaksanaan ilmiah Membimbing calon menentukan tajuk ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang ilmiah Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan guru berdasarkan tema yang dipilih Mengikuti sesi P&P dan mempelajari teknik ilmiah Membimbing calon melaksanakan tugasan Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan Mengadakan pertemuan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan Guru dan calon mesti merekodkan butiran perjumpaan dalam lampiran 4. Menilai elemen kemahiran insaniah Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti ilmiah Penilaian kemahiran insaniah dilakukan sepanjang pelaksanaan ilmiah. 10 TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan 19/9/16 30/9/16 Penghantaran, penyemakan, dan penilaian ilmiah Menerima ilmiah daripada setiap kumpulan calon Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada guru Calon boleh menghantar ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran. Menyemak dan menilai kerja kursus setiap kumpulan calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menyediakan bahan untuk pembentangan Guru hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu se tarikh akhir penghantaran. Guru perlu menyemak ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan. 3/9/16 21/9/16 26/9/16 26/10/16 November 2016 Oktober 2017 Pembentangan oleh calon Penilaian oleh guru Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM Penyimpanan evidens Menilai pembentangan ilmiah calon secara individu Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Menyimpan evidens ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan Membentangkan ilmiah dalam masa 5 10 minit seorang pada tarikh dan masa yang ditetapkan Tidak berkenaan Tidak berkenaan 11 TERHAD

4.2 Sekolah Swasta Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Pemeriksa Catatan 1/6/16 12/6/16 Manual kerja kursus Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon MPM memuat naik manual pada 31/5/2016. 13/6/16 17/6/16 Pengenalan penulisan esei ilmiah Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan ilmiah dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan Mendengar penerangan guru mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja Tidak berkenaan Penentuan tajuk penulisan esei ilmiah Membimbing calon menentukan tajuk ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan guru berdasarkan tema yang dipilih 12 TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Pemeriksa Catatan 20/6/16 18/9/16 P&P dan pelaksanaan penulisan esei ilmiah Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang penulisan esei ilmiah Mengikuti sesi P&P dan mempelajari teknik penulisan esei ilmiah Tidak berkenaan Membimbing calon melaksanakan tugasan Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan Mengadakan pertemuan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan Guru dan calon mesti merekodkan butiran perjumpaan dalam lampiran 4. Menilai elemen kemahiran insaniah Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan Tidak berkenaan Penilaian kemahiran insaniah dilakukan sepanjang pelaksanaan ilmiah. Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti ilmiah 13 TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Pemeriksa Catatan 19/9/16 30/9/16 Penghantaran, penyemakan, dan penilaian ilmiah Menerima ilmiah daripada setiap kumpulan calon untuk diserahkan kepada pemeriksa Menghantar ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada guru Menerima ilmiah daripada guru sekolah swasta Calon boleh menghantar ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu se tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa perlu menyemak ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan. Menyediakan jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa Menyediakan bahan untuk pembentangan Menyemak dan menilai kerja kursus setiap kumpulan calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM 3/10/16 14/10/16 Pembentangan oleh calon Penilaian oleh pemeriksa Tidak berkenaan Membentangkan ilmiah dalam masa 5 10 minit seorang pada tarikh dan masa yang ditetapkan Menilai pembentangan ilmiah calon secara individu 14 TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Pemeriksa Catatan 14/10/16 28/10/16 November 2016 Oktober 2017 Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM Penyimpanan evidens Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Menyimpan evidens ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang dibenarkan menyimpan evidens ilmiah) Tidak berkenaan Menyimpan evidens ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan menyimpan evidens ilmiah) 15 TERHAD

4.3 Calon Persendirian Individu Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan 1/6/16 12/6/16 Manual kerja kursus Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon MPM memuat naik manual pada 31/5/2016. Menghubungi calon persendirian individu yang ditetapkan oleh MPM untuk memaklumkan tarikh, masa, dan tempat untuk bertemu 13/6/16 17/6/16 Pengenalan ilmiah Mengadakan pertemuan dengan calon persendirian individu untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah, dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan ilmiah dari aspek tugasan yang perlu dilaksanakan dan tarikh akhir penyerahan tugasan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja Penentuan tajuk ilmiah Membimbing calon menentukan tajuk ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan tema yang dipilih 20/6/16 18/9/16 Pelaksanaan ilmiah Tidak berkenaan Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan 16 TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti ilmiah 19/9/16 30/9/16 Penghantaran, penyemakan, dan penilaian ilmiah Menerima ilmiah daripada setiap calon Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada pemeriksa Calon boleh menghantar ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran. Menyemak dan menilai ilmiah setiap calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menyediakan bahan untuk pembentangan Pemeriksa hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu se tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa perlu menyemak ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan. 3/10/16 14/10/16 Pembentangan oleh calon Penilaian oleh pemeriksa Menilai pembentangan ilmiah calon secara individu Membentangkan ilmiah dalam masa 10 20 minit seorang pada tarikh, masa, dan di tempat yang ditetapkan 14/10/16 28/10/16 Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Tidak berkenaan 17 TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan November 2016 Oktober 2017 Penyimpanan evidens Menyimpan evidens ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan Tidak berkenaan 5 FORMAT PENULISAN (a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 2500 patah perkataan, tidak termasuk lampiran dan bibliografi. (b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut: (i) Saiz huruf: 12 (ii) Jenis font: Times New Roman (iii) Langkau: Dua (iv) Margin: Kiri- 1.5" Atas- 1" Kanan- 1" Bawah- 1" (v) Saiz kertas: A4 (c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan. 6 STRUKTUR PENULISAN Penulisan esei ilmiah oleh calon perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (Rujuk lampiran 1) 1. Tajuk kajian 8. Batasan Kajian 2. Senarai Kandungan 9. Kaedah Kajian 3. Penghargaan 10. Dapatan Kajian 4. Pengenalan 11. Rumusan Kajian 5. Objektif Kajian 12. Penutup 6. Kepentingan Kajian 13. Bibliografi/Nota akhir 7. Skop Kajian 14. Lampiran 18 TERHAD

7 PENSKORAN (a) Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan Pemarkahan ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut: Bil. 1. Tajuk Kajian 2. Senarai Kandungan 3. Penghargaan 4. Pengenalan 5. Objektif Kajian 6. Kepentingan Kajian 7. Skop Kajian 8. Batasan Kajian 9. Kaedah Kajian 10. Dapatan Kajian 11. Rumusan Kajian 12. Penutup 13. Lampiran 14. Bibliografi/Nota akhir 15. Bahasa Perkara (b) Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut: Bil. 1. Kerelevanan 2. Kelancaran 3. Keterampilan 4. Kebahasaan Perkara 5. Penggunaan Alat/Bahan Bantu 19 TERHAD

8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS (PENULISAN ESEI ILMIAH) BAHASA MELAYU Tema 1: Fonetik dan Fonologi Tema 2: Pragmatik Calon memilih tema Tema 1: Fonetik dan Fonologi Calon mengenal pasti isu Calon menentukan tajuk kajian Calon menentukan objektif kajian Calon menentukan kepentingan kajian Calon menentukan skop kajian Calon menentukan batasan kajian Calon menentukan kaedah kajian Calon menjelaskan dapatan kajian Calon merumuskan kajian Calon menutup kajian 20 TERHAD

9 BORANG YANG DIGUNAKAN Terdapat empat jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu: (i) Muka hadapan kerja kursus (lampiran 2) (ii) Borang perakuan calon (lampiran 3) (iii) Borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) (iv) Borang markah kerja kursus calon (lampiran 5) (v) Borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) 10 CONTOH TAJUK Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 20XX Bil Skop Kajian Contoh Tajuk Kajian 1 Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 Abad ke-19 Sejarah Perkembangan Ejaan Bahasa Melayu pada zaman Bahasa Melayu Klasik Perkembangan Aksara Jawi pada Zaman Bahasa Melayu Klasik 2 Morfologi Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam Kalangan Masyarakat Melayu Kosa Kata Asing dalam Dialek Daerah X Kesalahan Morfologi dalam Media Cetak Catatan: Tajuk kajian boleh merentasi bidang. Contohnya, tajuk Kosa Kata Asing dalam Daerah X boleh juga dikaji dari sudut morfologi, atau dari aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu atau gabungan kedua-dua bidang. 21 TERHAD

Struktur Penulisan Esei Ilmiah Skop kajian: Bahasa Melayu Klasik Lampiran 1 (a) Tajuk Kajian Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 Abad ke-16 (b) Senarai Kandungan Menyenaraikan kandungan yang terdapat dalam esei yang ditulis, bermula daripada senarai kandungan bibliografi/rujukan (c) Penghargaan Menyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam (d) 1.0 Pengenalan Menyatakan gambaran khusus tentang aspek penting yang akan dibincangkan dalam esei (e) 2.0 Objektif Kajian Menjelaskan tujuan kajian berdasarkan tajuk esei (f) 3.0 Kepentingan Kajian (g) 4.0 Skop Kajian (h) 5.0 Batasan Kajian (i) (j) 6.0 Kaedah Kajian Menghuraikan cara untuk melaksanakan kajian secara literatur 7.0 Dapatan Kajian Memaparkan dan menghuraikan hasil kajian, contohnya: 7.1 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan perdagangan antara kerajaan Melayu dengan pihak Barat, seperti Portugis, Belanda, Inggeris, dan Perancis. Buktinya, Sultan Acheh menghantar surat kepada pihak Inggeris dengan menggunakan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Pihak Barat menggunakan bahasa Melayu dalam surat-menyurat, misalnya surat daripada Harry Middleton kepada Raja Acheh dalam abad ke-17 dengan menggunakan bahasa Melayu. 7.2 Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan pelbagai ilmu pengetahuan. Naskhah-naskhah Melayu dalam pelbagai ilmu, seperti perubatan tradisional, hikayat, syair, undang-undang, ketatanegaraan, dan sebagainya. 7.3 Kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di Asia Tenggara, seperti Acheh, Melayu, dan Pasai dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Arab. Kepesatan perdagangan menyebabkan bahasa Melayu menjadi terkenal dan digunakan sebagai bahasa perhubungan utama. 22 TERHAD

7.4 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa asing. Penyerapan unsur bahasa asing, seperti bahasa Hokkien, Arab, Portugis, Belanda, dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu. 7.5 Tokoh-tokoh Barat turut berminat terhadap bahasa Melayu dan menjalankan pelbagai kajian tentang bahasa Melayu. Lahir tokoh-tokoh Barat yang terkemuka, contohnya: Sheallabear dan Hooykas dalam bidang sastera Wilkinson dan Winstedt dalam bidang bahasa Winstedt dan Skinner dalam bidang budaya (k) 8.0 Rumusan Kajian Menjelaskan kesimpulan yang dibuat, sama ada memenuhi objektif kajian atau tidak (l) 9.0 Penutup (m) Bibliografi/Nota akhir Menyenaraikan rujukan yang relevan dalam kajian (n) Lampiran Lampiran merupakan bahan sokongan terhadap kajian, seperti foto, salinan naskhah, surat, dan sebagainya. 23 TERHAD

Lampiran 2 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5) TEMA NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, DAN ANGKA GILIRAN CALON 1. 2. 3. 4. ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH 24 TERHAD

Lampiran 3 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Bahasa Melayu Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Makluman kepada Calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik. Tandatangan Calon Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Tarikh Calon 1 Calon 2 Calon 3 Calon 4 Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat 25 TERHAD 25 TERHAD

Lampiran 4 BRKKC Tarikh Nama calon SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5) PENGGAL 3 TAHUN 2016 BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON Aktiviti (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Catatan (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru:... Nama Guru:... Tarikh:... 26 TERHAD 26 TERHAD

Lampiran 5 BMKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON BAHASA MELAYU 910/5 (a) Senarai Nama Ahli Kumpulan (Untuk diisi oleh calon) 1. Nama:. Tandatangan: No. Kad Pengenalan: - - 2. Nama:. Tandatangan: No. Kad Pengenalan: - - 3. Nama:. Tandatangan: No. Kad Pengenalan: - - 4. Nama:. Tandatangan: No. Kad Pengenalan: - - 27 TERHAD

(b) Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras 1. Tajuk Kajian 2. Senarai Kandungan 3. Penghargaan 4. Pengenalan 5. Objektif Kajian 6. Kepentingan Kajian 7. Skop Kajian 8. Batasan Kajian 9. Kaedah Kajian 10. Dapatan Kajian 11. Rumusan Kajian 12. Penutup 13. Bibliografi/Nota akhir 14. Lampiran 15. Bahasa Jumlah markah 28 TERHAD

(c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan Perincian Markah Pembentangan Calon 1 2 3 4 Kerelevanan Kesesuaian teknik memulakan pembentangan [ ] Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk [ ] Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan [ ] Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa [ ] JUMLAH [ ] Kelancaran Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membaca keseluruhan teks Pertautan idea [ ] Kejelasan penyampaian [ ] Keberkesanan penyampaian [ ] JUMLAH [ ] Keterampilan Kekemasan berpakaian [ ] Kesopanan tutur kata [ ] Keyakinan diri [ ] Keupayaan menarik minat khalayak [ ] Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan [ ] JUMLAH [ ] Kebahasaan Kegramatisan ayat [ ] Kepelbagaian kosa kata [ ] Ketepatan dan kejelasan sebutan [ ] Kesesuaian intonasi [ ] Kesesuaian bahasa badan [ ] JUMLAH [ ] Penggunaan Alat/Bahan Bantu Persediaan alat bantu Kesesuaian alat bantu Kecekapan penggunaan alat bantu [ ] Kesesuaian teknik paparan bahan Kreativiti [ ] JUMLAH [ ] JUMLAH MARKAH [ ] 29 TERHAD

(d) Komen Penilai: PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.. Nama: No. Kad Pengenalan: Tarikh: No. Telefon (sekolah):. (bimbit):. Nama:.. No. Kad Pengenalan:. Tarikh: No. Telefon (sekolah):. (bimbit):. 30 TERHAD

Lampiran 6 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL: TAHUN: MATA PELAJARAN: NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:..... Nama:.... No. Kad Pengenalan:.. Tarikh:... No. Telefon (sekolah) :. (bimbit):. PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Pengetua:.. Nama:.. No. Kad Pengenalan:. Tarikh:... No. Telefon (sekolah): (bimbit): Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission. 31 TERHAD

32 TERHAD

Pilih satu tema sahaja. Tema 1 Fonetik dan Fonologi [100] Tema 2 Pragmatik [100] 910/5 33 TERHAD