MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA KUALITI UPM KALI KE-31

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2013

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

LAPORAN PENYELIDIKAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Soal selidik secara atas talian ini merangkumi 2 bahagian seperti berikut, iaitu:

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Laporan. Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. LAPORAN SKPG 2015 (Graduan 2014)

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

Soalan Kaji Selidik. Langsa. Berkenaan Pengajian Usul Fiqh. kosong bergaris yang disediakan. Semua maklumat akan dirahasiakan.

LAPORAN PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT JANUARI-JUN Prosedur Objektif Kualiti Pencapaian Catatan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

Sustainable Education 54

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

KAJIAN KESESUAIAN WAJARAN PENTAKSIRAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P016

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

Transformasi Perpustakaan bagi Pelajar Antarabangsa di Malaysia. Seminar Kepustakawanan Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Transkripsi:

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS) Arifin Hj Zainal arifin_zainal@oum.edu.my Open University Malaysia Abstrak Satu kajian telah dilakukan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan (Faculty of Applied Social Sciences FASS) untuk mendapat maklum balas pelajar terhadap program ijazah pertama yang telah ditawarkan oleh fakulti. Soalselidik telah digunakan dalam kajian tersebut yang telah diedarkan kepada semua pelajar FASS melalui Pusat Pembelajaran OUM di seluruh negara. Pengenalan Pada 11 Mei 2011 fakulti telah mengadakan kolokium penyelidikan untuk meneliti laporan kajian fakulti bertajuk Tinjauan Maklum Balas Pelajar Terhadap Program yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan (FASS) yang dilakukan pada 2010. Kajian tesebut merupakan kajian pertama fakulti yang diketuai oleh Dr. Wong Huey Siew. Kolokium ini yang dihadiri oleh semua staf akademik, Konsultan dan staf pentadbiran telah bersetuju supaya fakulti membuat semula kajian ini kerana terdapat kelemahan pada soalselidik dan bilangan responden yang kecil. Soalselidik telah dibaiki dan mencapai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.884. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik iaitu A dan B. Bahagian A terdapat 29 item, item 1 hingga 25 mengguna skala Likert lima pilihan jawapan 1 hingga 5, skala 1 untuk Tidak setuju dan skala 5 untuk Amat setuju. Sementara itu dua item lagi, 26 dan 27, berbentuk terbuka. Seterusnya item 28 berbentuk binari (ya/tidak). Akhirnya item 29 berbentuk senarai semak. Soal selidik Bahagian B pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat biodata seperti jantina dan kaum. Kajian kedua telah dilakukan pada akhir tahun 2011. Soalselidik telah diedar melalui Pusat Pembelajaran dengan kerjasama Prof. Ir Dr Rosli Hamir, Naib Presiden, Pengurusan Pelajar dan Pembangunan Kampus. Sebanyak 673 soalselidik telah diterima dari pelajar. Dari jumlah tersebut, hanya 254 (37.7%) soalselidik yang lengkap diisi dan boleh dianalisis. Dari segi demografi, majoriti responden ialah perempuan (61.7%), Melayu (78.8%), pelajar Tahun Satu (52.4%) dan pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Islam (BIS) (60.0%). Keputusan Kuantitatif Kajian ini antara lian bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar bagi empat program ijazah pertama yang ditawarkan oleh FASS, iaitu Sarjana Muda Komunikasi (BCom), Sarjana Muda Pengajian Islam (BIS), Sarjana Muda Psikologi (BPsy) dan Sarjana Muda Sains Politik (BPS). Soalselidik yang diguna adalah untuk mengukur persepsi pelajar terhadap empat aspek iaitu program, modul, penilaian dan tutor. Persepsi Terhadap Program Program di sini merujuk kepada program ijazah peringkat sarjanamuda yang ditawarkan oleh FASS. Peratus persetujuan (Setuju dan Amat setuju) majoriti subjek terhadap lima daripada enam ciri program adalah tinggi iaitu di antara 59.9% hingga 89.8%. Peratus yang tertinggi ialah untuk program yang memuaskan (89.8%) diikuti oleh menepati kehendak (87.8%). Sebaliknya ciri program yang terendah persetujuan ialah program terlalu teoritikal (8.7%). Ini bermakna, majoriti subjek bersetuju bahawa program yang ditawarkan tidak terlalu teoretikal (56.7%). 45

Persepsi Terhadap Modul Modul ialah bahan pembelajaran utama yang dibekalkan bagi setiap kursus yang ditawarkan oleh FASS kepada pelajar. Terdapat lima soalan berkaitan modul antaranya tentang kualiti, membantu kefahaman, bahasa yang mudah difahami dan isi kandungan menepati skop kursus. Peratus persetujuan (Setuju dan Amat setuju) subjek terhadap kualiti modul program adalah tinggi iaitu 74.5%. Peratus persetujuan kefahaman subjek terhadap modul ialah 78.3%. Peratus persetujuan subjek terhadap penggunaan bahasa yang mudah difahami ialah 78.3%. Peratus persetujuan terhadap isi kandungan modul yang menepati skop kursus ialah 76.4%. Dari segi bahasa, 23.7% tidak bersetuju (Tidak Setuju dan Kurang Setuju) bahawa bahasa yang digunakan dalam modul adalah mengelirukan. Ini bermakna 76.3% subjek bersetuju bahasa modul yang digunakan adalah tidak mengelirukan. Persepsi Terhadap Penilaian Tugasan Komponen penilaian kursus daripada tugasan (40%) dan peperiksaan akhir (60%). Terdapat lima soalan berkaitan tugasan termasuk tiga soalan positif iaitu tugasan yang mudah difahami, rubrik membantu dan tahap kepuasan subjek terhadap sistem pemarkahan tugasan. Dua soalan negatif iaitu rubrik tidak membantu dan mengelirukan. Hasil kajian menunjukkan peratus persetujuan (Setuju dan Amat setuju) subjek mengenai soalan tugasan mudah difahami adalah 63%. Terdapat 86.6% subjek bersetuju rubrik membantu mereka menjawab soalan tugasan. Sementara itu, terdapat 44.9% subjek tidak bersetuju bahawa rubrik tugasan adalah mengelirukan. Ini bermakna, hanya 23.4% subjek bersetuju bahawa rubrik tugasan adalah mengelirukan. Terdapat 15.4% subjek tidak bersetuju bahawa tugasan tidak membantu kefahaman terhadap kursus. Dalam erti kata lain, sebanyak 61.8% subjek bersetuju bahawa tugasan tidak membantu kefahaman mereka terhadap kursus. Umumnya persepsi subjek terhadap aspek tugasan tersebut adalah positif kecuali tugasan tidak membantu kefahaman subjek terhadap kursus. Persepsi Terhadap Penilain Peperiksaan Terdapat tiga soalan berkaitan dengan peperiksaan termasuk subjek sukakan format esei, peruntukan pemarkahan yang sesuai dan soalan peperiksaan menguji kefahaman terhadap kursus. Hasil kajian menunjukkan peratus persetujuan (Setuju dan Amat setuju) subjek yang sukakan format berbentuk esei adalah 54.7%. Terdapat 57.1% subjek bersetuju bahawa peruntukan pemarkahan adalah bersesuaian. Sementara itu, terdapat 74.4% subjek bersetuju bahawa rubrik membantu mereka menjawab soalan tugasan. Terdapat 44.9% subjek tidak bersetuju bahawa kebanyakan soalan peperiksaan menguji kefahaman mereka terhadap kursus. Ini bermakna, secara umumnya persepsi subjek adalah positif terhadap soalan peperiksaan. Gabungan kedua-dua aspek penilaian, tugasan dan peperiksaan, memperoleh skor min 3.6. Nilai skor min ini adalah yang terendah tetapi masih tergolong dalam kategori positif. Persepsi Terhadap Tutor Terdapat dua kaedah tutorial dikendalikan iaitu secara bersemuka dan dalam talian. Ini bermakna, terdapat dua kategori tutor iaitu tutor bersemuka dan e-tutor. Lima soalan berkaitan tutor termasuk penyampaian, tahap pengetahuan, membantu pembelajaran, dan berkemahiran. Satu soalan negatif iaitu e-tutor tidak responsif. Hasil kajian menunjukkan peratus persetujuan (Setuju dan Amat setuju) subjek terhadap penyampaian program adalah tinggi iaitu 79.5%. Terdapat 80% subjek bersetuju tutor berpengetahuan dalam kursus yang diajar, 81.5% bersetuju bahawa tutor membantu pembelajaran dan 76.4% bersetuju bahawa tutor berkemahiran mengajar. Sementara itu, terdapat 33.1% subjek tidak bersetuju bahawa e-tutor tidak responsif. Ini bermakna, 38.6% subjek bersetuju bahawa e-tutor tidak responsif terhadap pelajar. Umumnya persepsi subjek terhadap tutor FASS adalah positif. Persepsi Keseluruhan Terhadap FASS Secara keseluruhan, subjek mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap program yang ditawarkan di FASS iaitu 84.6%. Tahap kepuasan ini adalah persepsi responden kepada item 26 soalselidik. Keputusan keseluruhan tersebut ditunjukkan dalam Jadual 1. Majoriti subjek berpuas hati dengan FASS yang merangkumi aspek-aspek 46

program, modul, penilaian dan tutor. Skor min untuk persepsi keseluruhan responden ialah 4.2 yang tergolong dalam kategori setuju pada skala 1 hingga 5. Jadual 1: Keseluruhan (Umum) Kekerapan Peratus Amat setuju (5) 45 17.7 Setuju (4) 170 66.9 Tidak Pasti (3) 30 11.8 Kurang Setuju (2) 7 2.8 Tidak setuju (1) 2 0.8 Seterusnya, Jadual 2 menunjukkan skor min untuk keempat-empat aspek yang diukur dan penilaian keseluruhan terhadap FASS. Persepsi terhadap program ijazah adalah yang tertinggi diikuti oleh modul dan tutor. Aspek yang terendah ialah penilaian. Umumnya, persepsi terhadap kempat-empat komponen adalah positif, yakni dalam kategori setuju dalam skala 1 hingga 5. Merujuk kepada penilaian secara keseluruhan oleh responden sendiri menunjukkan persepsi mereka terhadap fakulti adalah positif. Jadual 2: Skor Min bagi Setiap Komponen Program FASS Komponen Program Min Tahap Persepsi Program Ijazah 3.9 Positif Modul 3.8 Positif Penilaian 3.6 Positif Tutor 3.8 Positif Keseluruhan 4.2 Positif (Julat min: 1 5 ) Keputusan Kualitatif Bahagian ini melaporkan keputusan empat soalan kualitatif tentang penggunaan Bahasa Inggeris, peningkatan kualiti program, mempromosi program dan faktor-faktor mengganggu pembelajaran. Pandangan Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Bilangan responden yang menjawab soal selidik Bahagian B amat kecil. Untuk item 26 tentang penggunaan Bahasa Inggeris, hanya 134 daripada 637 responden yang menjawab. Keputusan untuk respon terhadap penggunaan Bahasa Inggeris tersebut menunjukkan 47.0% responden bersetuju supaya modul FASS dicetak dalam bahasa Inggeris, 14.2% tidak bersetuju, manakala selebihnya (38.8%) memberi jawapan yang tidak menepati soalan. Berdasarkan keputusan ini, didapati yang bersetuju supaya modul FASS dicetak dalam bahasa Inggeris lebih tinggi peratusannya, iaitu 42.2%. Rumusan yang tepat tidak dapat dilakukan kerana peratus responden yang tidak menjawab terlalu besar iaitu 80.1%. Komposisi responden yang dilaporkan di bahagian pengenalan laporan ini menunjukkan taburan responden yang tidak seimbang dan tidak mewakili pelajar FASS. Misalnya, dari segi tahun pengajian dan program ijazah. Majoriti responden adalah dari Tahun Satu dan pelajar program Sarjana Muda Pengajian Islam. Program Sarjana Muda Pengajian Islam ini dijalankan hampir sepenuhnya dalam Melayu. 47

Cadangan Peningkatan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di FASS Daripada 60 cadangan di atas ada yang jelas maksudnya, yang tidak jelas dan yang tidak berkaitan. Ada di antara cadangan-cadangan tersebut berlawanan antara satu sama lain. Cadangan-cadangan di atas kebanyakannya tertumpu kepada aspek-aspek tutor, pengajaran dan pembelajaran, bahasa, dan modul. (i) (ii) (iii) (iv) Aspek Tutor Pelbagai reaksi telah diberikan berhubung dengan tutor dan tutorial. Para responden telah mencadangkan agar pihak fakulti membekalkan tutor yang lebih baik, memainkan peranan dengan berkesan, dan mengadakan perbincangan dengan pelajar. Ada responden yang menghargai kemahiran tutor dalam bidang masing-masing. Sementara untuk e-tutor pula perlu dilakukan penambahbaikan dan e-tutor itu hendaklah bertanggungjawab. Terdapat juga responden yang mahukan masa tutorial di tambah dan kehadiran ke tutorial diberi markah. Aspek Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Ramai responden yang mencadangkan agar tutor membanyakkan praktikal di dalam kelas. Seterusnya menggabungkan kelas praktikal dan teori. Responden turut menyarankan agar tutor dapat membekalkan nota berbentuk slide dan ada juga yang meminta disediakan nota ringkas. Selain itu, terdapat responden yang memohon agar tutor merujuk modul. Cara pengajaran tutor hendaklah memperbanyakkan contoh dalam sesi pembelajaran, mengadakan perbincangan dengan pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik. Berkait rapat dengan pembelajaran ialah peniaian. Dari aspek penilaian ini, ada responden yang menyentuh tentang keputusan peperiksaan perlu keluar tepat pada masanya. Juga ada yang menyarankan supaya mengadakan peperiksaan mid-term. Bahasa Daripada empat program ijazah pertama yang ditawarkan oleh FASS, tiga daripadanya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar iaitu BCom, BPsy dan BPS, Isu bahasa merupakan antara isu yang banyak diperkatakan oleh responden. Berhubung dengan bahasa pengantar ini terdapat cadangan yang berlawanan, yakni ada yang mahukan bahasa pengantar Bahasa Inggeris, dan ada pula yang mahukan Bahasa Melayu, malah ada yang mahukan dwibahasa. Yang menariknya ada responden yang mencadangkan agar diadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris. Ada juga responden mencadangkan agar tutor menggunakan bahasa yang mudah difahami. Juga, dicadangkan supaya mengadakan kelas berasingan mengikut bahasa pengantar. Modul Cadangan berhubung dengan modul juga berbagai, antaranya ialah membuat penambahbaikan dan menyemak modul, menyediakan modul yang lebih baik, menyediakan modul dalam bahasa Melayu. Terdapat juga pelajar yang menyarankan agar pembelajaran kursus psikologi mengguna buku teks. Mempromosi Program kepada Kenalan / Keluarga Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar responden bersedia untuk mempromosi program FASS. Keputusan tersebut ditunjukkn dalam Jadual 3.3 di mana terdapat sebanyak 92.4% responden berminat untuk mempromosi program yang ditawarkan oleh OUM kepada keluarga dan rakan taulan mereka. Kecenderungan pelajar untuk mempromosikan OUM ini disebabkan mereka berpuas hati dengan konsep pembelajaran dan pengajaran yang diperkenalkan oleh OUM. Meskipun pelbagai onak dan duri terpaksa dilalui di sepanjang 4-5 tahun pembelajaran, mereka menganggap ia sebagai satu pengalaman yang cukup bermakna dalam kehidupan sebagai seorang pelajar di OUM. Sejumlah 7.6% menyatakan tidak berminat untuk memperkenalkan OUM kepada sesiapapun, barangkali kerana pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi di sepanjang sesi pembelajaran di OUM. 48

Faktor-faktor yang Mengganggu Pembelajaran Pelajar Terdapat tiga tahap masalah pembelajaran di OUM iaitu masalah yang serius, masalah yang sederhana serius dan masalah kurang serius. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden, seramai 452 daripada 673 orang pelajar telah memilih empat masalah serius yang mereka hadapi semasa mengikuti pembelajaran bagi program-program yang ditawarkan dalam Fakulti Sains Sosial Gunaan. Masalah-masalah tersebut adalah masalah masa, tugasan, kerja dan kewangan yang mewakili sebanyak 67.2%. Jadual 3 menunjukkan senarai masalah yang dihadapi. Hanya 5 (0.7%) yang tiada masalah. Hasil daripada kajian yang dijalankan seramai 138 orang pelajar telah memilih masalah masa sebagai faktor yang paling utama mengganggu pembelajaran mereka iaitu 20.5%. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh mereka terdiri daripada golongan yang bekerja dan bekeluarga. Mereka mempunyai masa belajar yang terhad pada hujung minggu. Faktor kedua yang mengganggu pembelajaran pelajar adalah masalah tugasan iaitu 16.5% berdasarkan kepada pemilihan kekerapan oleh pelajar seramai 111 orang. Masalah ini dianggap sebagai penting kerana pelajar sering kali menghadapi masalah semasa penyediaan tugasan termasuklah kepada memahami soalan tugasan, menggunakan bahan-bahan rujukan dan proses menulis tugasan. Seterusnya faktor ketiga ialah masalah kerja. Seramai 103 orang pelajar telah memilih masalah kerja sebagai masalah yang mengganggu pembelajaran mereka iaitu 15.3%. Masalah kerja termasuklah kepada komitmen pelajar yang bekerja sambil belajar memerlukan pengorbanan dan peruntukan masa pada hujung minggu di samping menguruskan keluarga terutamanya kepada golongan wanita. Masalah kewangan juga menjadi penghalang kepada para pelajar untuk belajar kerana mereka terpaksa memperuntukkan pendapatan yang diperoleh untuk membayar yuran dan juga perbelanjaan untuk belajar. Seramai 100 orang pelajar iaitu 14.9% telah memilih masalah kewangan sebagai masalah yang mengganggu pembelajaran mereka yang merupakan faktor keempat. Jadual 3: Faktor-faktor Mengganggu Pembelajaran Bil Jenis Masalah Kekerapan Peratus 1 Peribadi 57 8.5 2 Kewangan 100 14.9 3 Kerja 103 15.3 4 Bahasa 78 11.6 5 Masa 138 20.5 6 Keluarga 27 4.0 7 Tugasan 111 16.5 8 Peperiksaan 41 6.1 9 Tutor 2 0.3 10 Pembelajaran 3 0.4 11 Sistem 5 0.7 12 Pentadbiran online 1 0.1 13 Kemudahan 1 0.1 14 Lokasi 1 0.1 15 Kesihatan 1 0.1 16 Tiada masalah 5 0.7 Jumlah 673 100.0 Seterusnya masalah kelima ialah bahasa. Terdapat seramai 78 orang pelajar telah memilih masalah bahasa sebagai penghalang kepada pembelajaran mereka. Perkara ini berlaku disebabkan pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami modul yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan proses pengajaran yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Seramai 57 orang pelajar iaitu 8.5% telah memilih masalah peribadi sebagai masalah yang turut mengganggu pembelajaran mereka. 49

Hasil daripada kajian ini juga menunjukkan kurang daripada 50 orang pelajar telah menyatakan masalah yang sederhana serius telah mengganggu pembelajaran mereka iaitu format peperiksaan dan masalah keluarga seramai 41 orang pelajar iaitu 6.1% menyatakan format peperiksaan memberikan masalah kepada para pelajar. Masalah ini timbul disebabkan format peperiksaan di OUM sering berubah-ubah menyebabkan pelajar keliru. Di samping itu, seramai 27 orang pelajar iaitu 4% menyatakan masalah keluarga turut mengganggu pembelajaran mereka. Masalah keluarga seperti masalah rumah tangga, gangguan anak-anak dan sebagainya turut mengganggu pembelajaran belajar. Terdapat juga kurang daripada 10 orang pelajar yang telah menyatakan terdapat masalah yang kurang serius seperti masalah sistem pentadbiran/online, tiada masalah, masalah pembelajaran, masalah tenaga pengajar, masalah kemudahan, masalah lokasi dan masalah kesihatan yang mengganggu pembelajaran mereka. Seramai 5 orang pelajar iaitu 0.7% memilih menghadapi masalah dalam sistem pentadbiran/online di OUM dan menyatakan tiada masalah yang mengganggu pembelajaran mereka. Selain itu seramai 3 orang pelajar iaitu 0.4% memilih masalah pembelajaran juga mengganggu para pelajar untuk belajar, 2 orang pelajar iaitu 0.3% memilih masalah tenaga pelajar, dan seorang pelajar iaitu 0.1% telah memilih masalah kemudahan, masalah lokasi dan masalah kesihatan sebagai masalah sampingan yang turut mengganggu pembelajaran mereka. Kesimpulan Kajian untuk mendapat maklum balas pelajar telah berjaya dijalankan oleh fakulti pada 2011 ke atas 673 orang pelajar dengan mengedarkan soal selidik yang tinggi reliabiliti (Alpha = 0.88). Walaubagaimanapun bilangan soal selidik yang boleh diproses hanya 37.7 % sahaja yang membataskan generalisasi penemuan kajian ini. Umumnya pelajar-pelajar FASS memberi persepsi positif terhadap program-program yang ditawarkan oleh fakulti secara keseluruhan dan kepada kempat-empat komponen program kandungan program, modul, penilaian dan tutor. Persepsi positif tersebut dizahirkan oleh sebahagian besar pelajar (92.4%) yang bersedia untuk mempromosi program yang ditawarkan oleh OUM kepada ahli keluarga dan rakan taulan mereka. 50