RINGKASAN EKSEKUTIF. Oleh itu kajian ini sangat penting dilaksanakan. Hasilnya amat diperlukan untuk kegunaan berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

ýii _5 ý ýs ýý ý ýý KAJIAN PENGESANAN GRADUAN UNIMAS 2006 LAPORAN KAJIAN Disediakan Oleh : Pusat Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak

MODUL 7: MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN PENCALONAN

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN PENYELIDIKAN

PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ARAHAN PENTADBIRAN BAHAGIAN LATIHAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

Bab 6: Kurikulum di Malaysia. Hasil Pembelajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Laporan. Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. LAPORAN SKPG 2015 (Graduan 2014)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Transformasi Perpustakaan bagi Pelajar Antarabangsa di Malaysia. Seminar Kepustakawanan Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

A. BAHAGIAN I BUTIR-BUTIR PERIBADI

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP


Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2013

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PENDIDIKAN. Pendidikan di Malaysia

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Transkripsi:

RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 Pendahuluan Kajian Prestasi Akademik Pelajar Lepasan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijalankan untuk menilai keberkesanan dan kejayaan program matrikulasi yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penting bagi pihak KPM untuk menjalankan satu kajian yang mampu memberikan gambaran awal tahap kejayaan ataupun kelemahan program matrikulasi yang sedang dikendalikan sekarang. Kajian yang dijalankan berfokus kepada pelajar lepasan matrikulasi di IPTA. Walau bagaimanapun, kajian ini turut melibatkan pelajar lepasan matrikulasi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) serta pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai perbandingan. 2.0 Latar belakang kajian dan pernyataan masalah Terdapat pelbagai persepsi umum berkaitan pencapaian pelajar lepasan matrikulasi KPM yang didapati kurang memberangsangkan berbanding dengan pencapaian pelajar daripada saluran kemasukan yang lain. Timbul persoalan seperti adakah program matrikulasi telah menyediakan segala pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk membolehkan pelajar lepasan matrikulasi bersaing di IPTA dan adakah pelajar lepasan matrikulasi mencapai tahap kecemerlangan akademik yang membanggakan, setanding dengan pelajar bukan lepasan matrikulasi? Oleh itu kajian ini sangat penting dilaksanakan. Hasilnya amat diperlukan untuk kegunaan berikut: a) Menilai keupayaan program matrikulasi yang menyediakan pelajar untuk pengajian prasiswazah di universiti tempatan. b) Menilai daya saing pelajar lepasan matrikulasi di IPTA. viii

c) Memberi maklum balas terhadap program matrikulasi yang dikendalikan oleh KPM. d) Mencadangkan kaedah dan pendekatan untuk meningkatkan prestasi pelajar lepasan matrikulasi. e) Menyediakan saranan kepada Bahagian Matrikulasi, KPM dan IPTA dalam membuat perancangan dasar untuk membolehkan program bimbingan dan intervensi kepada pelajar matrikulasi dan pelajar lepasan matrikulasi dilakukan. Berdasarkan kepentingan dan faedah yang akan diperoleh, kajian ini sangat perlu dilakukan sebagai satu rujukan bagi KPM dalam menggubal sebarang dasar, garis panduan dan pendekatan untuk memastikan kejayaan yang optimum dicapai daripada program ini. Selain itu pengumpulan maklumat hasil kajian menjadi landasan kepada kewujudan satu pangkalan data utama tentang status program matrikulasi di bawah KPM sebagai rujukan pada masa akan datang. Pangkalan data boleh dijadikan sebagai suatu kaedah pemantauan yang berterusan dalam perjalanan program matrikulasi di seluruh negara. 3.0 Objektif kajian a) Melihat tahap pencapaian dan corak prestasi pelajar lepasan matrikulasi di IPTA. b) Menentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada corak prestasi pelajar lepasan matrikulasi di IPTA. c) Mencadangkan langkah-langkah yang wajar dalam mengatasi masalah yang mempengaruhi prestasi pelajar, di samping meningkatkan dan membaiki pelaksanaan program. 4.0 Skop kajian Skop kajian ini melibatkan pelajar, tenaga pengajar dan pihak pentadbiran di sekolah (tingkatan enam), kolej dan pusat matrikulasi serta IPTA yang terpilih ix

dari seluruh negara. Maklumat yang diperlukan daripada mereka adalah seperti berikut: a) Bilangan pengambilan pelajar matrikulasi ke IPTA semenjak diambil alih oleh KPM, kelayakan kemasukan, bidang-bidang yang diikuti dan pilihan IPTA oleh pelajar. b) Prestasi akademik pelajar lepasan matrikulasi di IPTA mengikut bidang pengajian (Sains, Sains Gunaan, Sastera Ikhtisas, Perubatan, Pergigian dan Kejuruteraan) dan tahun pengajian (Tahun 1, 2 dan 3). Perbandingan juga dibuat dengan pelajar bukan lepasan matrikulasi. c) Maklumat tentang faktor yang menyumbang kepada prestasi pelajar lepasan matrikulasi dan lepasan STPM di IPTA. Maklumat ini diperoleh sama ada secara soal selidik atau temu bual daripada semua pihak yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bagi program matrikulasi dan di sekolah (STPM). 5.0 Pendekatan dan metodologi kajian 5.1 Reka bentuk kajian Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif. Data yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif dikumpulkan. Dua jenis maklumat, iaitu data yang dibekalkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); Bahagian Matrikulasi, KPM dan Bahagian Kemasukan, IPTA ialah data sekunder, manakala maklumat kedua, iaitu data primer merupakan hasil tinjauan soal selidik dan temu bual/perbincangan. 5.2 Sampel dan responden kajian Maklumat data primer diperoleh melalui soal selidik dan temu bual yang dijalankan terhadap responden berikut: x

5.2.1 Soal selidik pelajar IPTA Populasi responden bagi soal selidik pelajar IPTA terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan saluran kemasukan yang lain daripada sepuluh buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Manakala bidang pengajian yang dijadikan sampel kajian ialah aliran Sains, Sains Gunaan, Sastera Ikhtisas, Perubatan, Pergigian dan Kejuruteraan. Terdapat seramai 5,640 responden telah dijadikan sampel kajian daripada populasi kajian. 5.2.2 Soal selidik tenaga pengajar Populasi responden bagi soal selidik tenaga pengajar terdiri daripada tenaga pengajar di kolej matrikulasi, Pusat Asasi Sains, UM, Pusat Matrikulasi, UIAM dan sekolah. Seramai 476 responden dijadikan sampel kajian bagi soal selidik tenaga pengajar di kolej matrikulasi yang terdiri daripada lapan buah kolej matrikulasi, iaitu Kolej Matrikulasi Arau, Perlis; Kolej MARA Kulim, Kedah; Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah; Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pulau Pinang; Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan; Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Kolej Matrikulasi Melaka, Melaka dan Kolej Matrikulasi Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala seramai 132 responden dijadikan sampel kajian bagi soal selidik tenaga pengajar di Pusat Asasi Sains, UM. Seramai 21 responden pula dijadikan sampel kajian bagi soal selidik tenaga pengajar di Pusat Matrikulasi UIAM. Sementara itu, seramai 51 responden dijadikan sampel kajian bagi soal selidik tenaga pengajar di lima buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, xi

Kedah; Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pulau Pinang; Sekolah Penang Free, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Chung Lin, Pulau Pinang. Oleh yang demikian keseluruhan responden yang dijadikan sampel kajian soal selidik tenaga pengajar ialah seramai 680 orang. 5.2.3 Temu bual pensyarah dan pentadbir IPTA Populasi responden bagi temu bual pensyarah dan pentadbir IPTA (Timbalan Naib Canselor/Dekan/Timbalan Dekan) diambil daripada sepuluh buah universiti iaitu USM, UKM, UTM, UMS, UNIMAS, UUM, UIAM, UM, UiTM dan KUSTEM. Seramai 45 orang responden telah dijadikan sebagai sampel. 5.2.4 Temu bual tenaga pengajar dan pentadbir di kolej matrikulasi dan sekolah Populasi responden bagi temu bual tenaga pengajar dan pentadbir di kolej matrikulasi dan sekolah diambil daripada lapan buah kolej matrikulasi dan dua buah pusat matrikulasi, iaitu Pusat Asasi Sains, UM dan Pusat Matrikulasi, UIAM. Seramai 10 pentadbir bagi kolej matrikulasi telah dijadikan sampel kajian. Manakala, lima buah sekolah telah dijadikan populasi kajian dengan 10 orang pentadbir sebagai sampel kajian. 5.2.5 Temu bual kumpulan fokus pelajar IPTA Sampel kajian bagi temu bual kumpulan fokus pelajar IPTA terdiri daripada pelajar yang dipilih daripada populasi pelajar data sekunder yang telah dikategorikan kepada pelajar prestasi rendah, sederhana dan tinggi. Seramai 82 orang responden daripada tiga buah universiti, iaitu UKM, UM dan USM daripada bidang Perubatan, Kejuruteraan, Sains dan Perakaunan dijadikan sampel kajian. xii

6.0 Analisis data 6.1 Data yang diperoleh bagi kajian ini terdiri daripada data primer soal selidik dan temu bual yang berkaitan dengan program matrikulasi, pelaksanaan, pengendalian dan pengurusan daripada semua pihak yang terlibat dalam program matrikulasi KPM. Selain itu, data sekunder yang berkaitan dengan prestasi akademik pelajar matrikulasi turut diperoleh daripada Bahagian Matrikulasi, KPM. Data-data ini dianalisis dalam usaha menjawab dan mencari kesimpulan berkaitan perkara berikut: 6.1.1 Mengkategorikan pelajar mengikut keupayaan pelajar, iaitu rendah, sederhana atau tinggi. Data diperoleh daripada data sekunder dan seterusnya temu bual kumpulan fokus pelajar tersebut dijalankan bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi tersebut. 6.1.2 Perbandingan pola prestasi pelajar dalam bidang yang sama tetapi mengikuti pengajian di IPTA yang berbeza. Perbandingan hasil kajian juga akan dianalisis mengikut IPTA yang berlainan, khususnya dalam memerhatikan sama ada pola prestasi ini serupa antara satu IPTA dengan yang lain atau sebaliknya. Dalam melakukan analisis ini, perhatian juga akan diberikan kepada perbezaan prasarana dan persekitaran IPTA atau kurikulum akademik dan tenaga pengajar. 6.1.3 Perbezaan kurikulum dalam bidang yang sama yang ditawarkan di IPTA yang berbeza. Perincian kepada kurikulum, khususnya dalam bidang yang sama daripada IPTA yang berbeza juga diberikan perhatian dalam analisis untuk memastikan pengaruh terhadap pola prestasi pelajar bagi program yang sama. 6.1.4 Kedudukan prestasi sebenar pelajar lepasan matrikulasi berbanding dengan pelajar bukan lepasan matrikulasi mengikut etnik bagi bidang yang sama. Kajian menyeluruh juga dibuat dengan membandingkan prestasi pelajar lepasan matrikulasi berbanding dengan pelajar bukan lepasan matrikulasi, khususnya lepasan STPM. Data yang diperoleh xiii

dianalisis untuk mencari perbezaan antara pencapaian pelajar lepasan matrikulasi dengan pelajar STPM. Analisis data bertujuan menentukan faktor-faktor sebenar yang membezakan keupayaan seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan akademik, sama ada di sekolah atau apabila memasuki IPTA. 7.0 Rumusan dapatan kajian 7.1 Kajian soal selidik pelajar IPTA yang dibuat melibatkan 5,640 responden yang terdiri daripada pelajar IPTA dalam pelbagai bidang pengajian. Majoriti responden ialah pelajar perempuan (67.3 peratus). Majoriti responden terdiri daripada etnik Melayu (66.7 peratus), diikuti dengan etnik Cina (24.5 peratus), India (3.8 peratus) dan Bumiputera lain (3.8 peratus). 7.2 Dapatan data primer soal selidik pelajar di IPTA menunjukkan bahawa majoriti responden Melayu memasuki universiti melalui sijil matrikulasi (70.0 peratus). Manakala majoriti responden Cina (90.5 peratus) dan India (85.3 peratus) memasuki universiti melalui sijil STPM. Kajian juga menunjukkan majoriti responden membiayai pendidikan universiti mereka melalui pinjaman (72.0 peratus). 7.3 Secara keseluruhan, berdasarkan data primer soal selidik pelajar IPTA didapati bahawa prestasi akademik responden di peringkat prauniversiti adalah tinggi. Ini dibuktikan dengan min Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) responden lepasan matrikulasi KPM ialah 3.11 dan lepasan matrikulasi IPTA ialah 3.01. Manakala prestasi akademik bagi responden lepasan STPM dan diploma adalah di peringkat sederhana semasa di peringkat prauniversiti. 7.4 Hasil yang diperoleh tentang prestasi pelajar semasa di IPTA, menunjukkan bahawa majoriti responden Melayu, India dan Bumiputera lain mempunyai prestasi akademik yang sederhana manakala bagi responden Cina, majoritinya berada dalam prestasi akademik yang tinggi. Ini dibuktikan dengan min xiv

PNGK bagi responden Melayu ialah 2.79, Cina ialah 3.34 dan India ialah 2.87. 7.5 Kaedah pembelajaran yang berbeza diamalkan dalam kalangan responden lepasan matrikulasi dan STPM yang berprestasi tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden lepasan matrikulasi yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi lebih suka belajar dengan kawan dan dengan bantuan pensyarah. Manakala, responden lepasan STPM memilih untuk mengulang kaji secara sendiri. Majoriti responden menggunakan bilik asrama dan bilik bacaan sebagai tempat untuk mengulang kaji pelajaran mereka. Dari segi penguasaan bahasa, didapati bahawa majoriti responden mempunyai penguasaan bahasa Malaysia yang baik dari aspek lisan, membaca, mendengar dan menulis. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa Inggeris adalah kurang baik dalam aspek membaca, mendengar, menulis dan lisan. Secara keseluruhannya penguasaan komputer adalah baik bagi majoriti responden. 7.6 Kajian ini juga mengenal pasti tiga faktor utama yang menyumbang kepada masalah stres dalam kalangan responden iaitu prestasi akademik, tugasan kursus dan masalah kewangan. Antara cara yang biasa digunakan oleh responden untuk mengurangkan stres ialah melalui ibadat, berbincang dengan kaunselor dan pensyarah. 7.7 Sejak program matrikulasi dikendalikan oleh KPM, terdapat peningkatan pengambilan pelajar matrikulasi. Secara umumnya, pelajar matrikulasi mempunyai prestasi sederhana semasa di matrikulasi KPM. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan prestasi akademik mengikut min PNGK dari tahun 2000 hingga 2002. Peningkatan PNGK menggambarkan bahawa terdapat pengukuhan program matrikulasi sejak diambil alih oleh KPM. Namun demikian, sebahagian besar mereka tidak mampu mengekalkan prestasi yang baik semasa di IPTA. Rumusan daripada temu bual dengan tenaga pengajar dan pentadbir prauniversiti dan IPTA turut mendapati bahawa prestasi pelajar lepasan matrikulasi di KPM adalah sederhana berbanding dengan pelajar lepasan matrikulasi IPTA (Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya dan Pusat Matrikulasi, UIAM), STPM, dan diploma. xv

7.8 Pelajar yang cemerlang semasa di matrikulasi KPM mempunyai prestasi akademik yang sederhana semasa di IPTA. Berdasarkan kepada bidang pengajian Sains dan Sastera Ikhtisas, majoriti mereka mengalami penurunan prestasi akademik di IPTA. Mengikut bidang pengajian, prestasi pelajar aliran sains tidak banyak berbeza dengan pelajar aliran perakaunan (Sastera Ikhtisas). Pelajar matrikulasi yang menunjukkan prestasi akademik yang baik di IPTA hanyalah dalam bidang perubatan kerana pelajar yang diambil ke program perubatan merupakan pelajar yang cemerlang di peringkat matrikulasi. Walau bagaimanapun, terdapat penurunan prestasi di kalangan pelajar lepasan matrikulasi yang signifikan (80.0 peratus) dalam bidangbidang kejuruteraan, perakaunan, sains dan pentadbiran perniagaan berbanding dengan pelajar lepasan STPM. Hanya 20.0 peratus sahaja pelajar lepasan matrikulasi yang berupaya membaiki prestasi mereka di IPTA. 7.9 Bagi program perakaunan, pelajar lepasan matrikulasi yang berprestasi tinggi dan sederhana di matrikulasi tidak dapat mengekalkan prestasi sedemikian semasa di IPTA berbanding dengan pelajar lepasan STPM. 7.10 Pelajar yang menunjukkan prestasi akademik yang tinggi di peringkat prauniversiti tetapi prestasinya menurun di universiti, didapati mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dalam kebanyakan aspek pembelajaran di IPTA. Pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi di prauniversiti dan IPTA mempunyai ciri-ciri dan nilai positif dalam pengajian mereka. Ini termasuklah motivasi, disiplin dan tahap daya saing yang tinggi. 7.11 Kategori pelajar yang berprestasi rendah di prauniversiti dan berjaya meningkatkan prestasi semasa di IPTA mempunyai kesedaran yang tinggi dan berusaha untuk membaiki prestasi akademik di universiti. Ini termasuklah sikap yang positif dan sanggup mengubah cara pembelajaran yang kurang baik di prauniversiti kepada cara yang lebih baik di IPTA. 7.12 Antara cadangan yang dikemukakan bagi meningkatkan prestasi pelajar lepasan matrikulasi ialah mengadakan sistem sokongan pembelajaran yang xvi

mencukupi dan mengadakan program bimbingan pelajar dari segi cara dan kaedah pembelajaran yang lebih sistematik dan nilai-nilai sahsiah pelajar yang baik bagi menghasilkan minat, kesungguhan, daya inisiatif serta semangat motivasi yang lebih tinggi. 7.13 Asas-asas persediaan pelajar di peringkat matrikulasi perlu dimantapkan dengan beberapa pengubahsuaian supaya para pelajar mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus, mempunyai daya saing yang tinggi, berketrampilan, inovatif, kreatif, dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Aktiviti pemantapan termasuklah penyemakan semula kurikulum/silibus, kokurikulum, kaedah pengajaran, bidang pengajian, tempoh pengajian, tenaga pengajar dan prasarana. 7.14 Rumusan daripada temu bual dengan tenaga pengajar dan pentadbir prauniversiti dan IPTA mengukuhkan data primer yang menunjukkan kelemahan-kelemahan utama program matrikulasi KPM yang sedang dijalankan, iaitu tempoh pengajian program yang pendek, bidang pengajian yang terlalu menjurus, pilihan bidang yang terhad dan silibus yang tidak menepati keperluan di peringkat prasiswazah. Program matrikulasi tidak menitikberatkan aktiviti kokurikulum kerana kesuntukan masa dan masa yang ada difikirkan lebih perlu digunakan untuk melaksanakan aktiviti yang bercorak akademik. 7.15 Majoriti tenaga pengajar di matrikulasi KPM adalah lebih muda dan kurang berpengalaman berbanding dengan guru STPM yang telah lama berkhidmat. Faktor ini didapati mempunyai pengaruh ke atas prestasi akademik pelajar di IPTA yang menunjukkan prestasi pelajar lepasan matrikulasi KPM adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar lepasan STPM semasa di IPTA. Hampir 30.0 peratus tenaga pengajar di matrikulasi KPM merupakan kakitangan sementara/kontrak. Hal ini didapati akan menjejaskan perancangan dan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran. 7.16 Rumusan daripada temu bual dengan tenaga pengajar dan pentadbir prauniversiti dan IPTA mengukuhkan data primer yang menunjukkan bahawa xvii

tenaga pengajar kurang berpengalaman dan tidak mempunyai kelulusan ikhtisas perguruan mengajar di matrikulasi. Ini menjejaskan keupayaan tenaga pengajar untuk memantapkan kemahiran generik yang diperlukan oleh pelajar matrikulasi sebagai persediaan pengajian apabila memasuki universiti. 7.17 Tiga faktor utama yang memberi stres kepada tenaga pengajar prauniversiti ialah sikap pelajar, prestasi akademik pelajar, dan disiplin pelajar. Faktorfaktor lain termasuklah soal kewangan, soal mengimbangi tugas pengajaran dan komitmen, dan kehidupan keluarga. 7.18 Antara tiga cadangan utama yang dikemukakan oleh tenaga pengajar bagi penambahbaikan program prauniversiti ialah menambah bilangan tenaga pengajar yang berpengalaman, tenaga pengajar diberikan latihan/kursus yang sesuai dan mengurangkan beban tugas pengajaran. Cadangan lain ialah mempertingkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dan semua kemudahan yang berkaitan dengannya, seperti perpustakaan, makmal/kelas tutoran dan kemudahan komputer, dan meningkatkan kemudahan beriadah dan aktiviti kokurikulum. 7.19 Rumusan daripada temu bual dengan tenaga pengajar dan pentadbir turut menyokong pernyataan di atas. Rumusan tersebut menyatakan bahawa prasarana pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh IPTA, pusat matrikulasi dan sekolah adalah baik. Namun begitu, terdapat beberapa aspek penyediaan prasarana ini boleh ditingkatkan, seperti kemudahan teknologi maklumat, ruang pengajaran yang lebih selesa dan kelengkapan yang setara atau seimbang antara semua pusat matrikulasi dan sekolah. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pelajar IPTA untuk tujuan menambah baik prasarana pengajaran dan pembelajaran. Antara cadangan tersebut ialah menambah kemudahan riadah dan kokurikulum dan kemudahan di asrama penginapan, seperti peralatan komputer, bilik asrama, dan bilik bacaan ditambah dan diselenggarakan dengan baik. Pelajar turut mengesyorkan supaya kebersihan di asrama ditingkatkan bagi menyediakan suasana kehidupan dan pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif. xviii

8.0 Implikasi dan cadangan tindakan Hasil kajian yang diperoleh memberikan pelbagai implikasi terhadap program matrikulasi secara umum. Implikasi dan cadangan tindakan untuk menambah baik program diringkaskan seperti berikut: 8.1 Prestasi akademik pelajar lepasan matrikulasi di IPTA yang sederhana 8.1.1 Implikasi Implikasi daripada prestasi pelajar yang sederhana bermaksud graduan yang dihasilkan daripada IPTA melalui program matrikulasi mempunyai ciri-ciri sederhana dari segi keupayaan akademik. Mutu akademik yang sederhana ini telah menjejaskan peluang mereka untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan yang berstatus tinggi dan baik, yang mengutamakan kelayakan akademik yang tinggi. Pelajar berprestasi sederhana ini juga mempunyai mutu daya saing dan keyakinan yang rendah. Keadaan ini menyukarkan pihak tertentu menempatkan mereka dalam bidang kerja yang mencabar. 8.1.2 Cadangan tindakan Tindakan utama yang harus diambil ialah berusaha meningkatkan prestasi pelajar lepasan matrikulasi di IPTA dengan mengadakan program bimbingan yang bertujuan meningkatkan sikap, sahsiah pelajar, daya saing, dan keyakinan. Kolej matrikulasi juga harus memastikan bahawa pelajar yang dibekalkan kepada IPTA telah bersedia untuk mengikuti cabaran pengajian di IPTA. Usaha yang agresif dan gigih daripada Bahagian Matrikulasi dan IPTA diperlukan bagi mengubah paradigma pelajar dalam banyak segi, khususnya sikap dan kaedah/pendekatan dalam pengajian di peringkat universiti. xix

8.2 Prestasi pelajar semasa di matrikulasi 8.2.1 Implikasi Prestasi pelajar di peringkat matrikulasi secara keseluruhan juga adalah sederhana. Ini berdasarkan kepada julat 3.0 peratus hingga 10.0 peratus pelajar yang gagal dalam program ini. Pelajar yang mempunyai kelulusan yang sederhana di peringkat matrikulasi lebih cenderung untuk menunjukkan prestasi akademik yang sederhana di IPTA. Bagi yang gagal pula, diperlukan mengulang atau berkemungkinan tidak mendapat tempat di IPTA langsung dan ini akan menimbulkan kerugian kos dan menafikan tempat untuk pelajar yang layak. Dengan demikian, penting untuk memastikan bahawa prestasi akademik yang dicapai daripada matrikulasi itu berupaya menjamin pelajar menunjukkan prestasi yang baik semasa di IPTA nanti. 8.2.2 Cadangan tindakan Prestasi pelajar yang sederhana perlu ditingkatkan dan pada masa yang sama jumlah pelajar yang gagal perlu dikurangkan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat pelajar dengan prestasi yang tidak memuaskan diperingkat SPM juga diambil untuk mengikuti program matrikulasi. Sehubungan dengan ini, KPM perlu mengkaji semula kriteria pengambilan bagi memenuhi keperluan keupayaan akademik yang baik untuk mengikuti program yang berprestij ini. Untuk mengatasi isu kerugian akibat kegagalan pelajar di matrikulasi, Bahagian Matrikulasi juga dengan kerjasama kolej matrikulasi perlu memikirkan semula pelajar-pelajar, khususnya mereka yang mempunyai kelayakan SPM yang baik. Dari semasa ke semasa, pelajar matrikulasi perlu diberi bimbingan bagi membina ciri pelajar yang berkeyakinan, berdaya saing, dan bersedia menerima cabaran apabila memasuki IPTA. xx

8.3 Aspek pelajar dalam penentuan prestasi akademik Dari aspek pelajar, beberapa isu dibangkitkan antaranya ialah nisbah jantina pelajar di IPTA, kemahiran generik, sikap pelajar, dan soal sumber kewangan pelajar. Di bawah diringkaskan implikasi dan tindakan yang dicadangkan diambil untuk mengatasi masalah tersebut. 8.3.1 Isu nisbah jantina pelajar di IPTA Isu nisbah jantina merujuk kepada nisbah yang tidak seimbang antara pelajar lelaki dan perempuan, yang memihak kepada perempuan. Keadaan ini telah menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan siswazah perempuan dan ketidakseimbangan sumber tenaga manusia negara, di samping wujud masalah sosioekonomi dalam masyarakat. Di IPTA, bilangan yang tidak seimbang ini telah menyukarkan perancangan penyediaan prasarana dan aktiviti kokurikulum. Cadangan yang dibuat adalah untuk meningkatkan bilangan pelajar lelaki, di samping mengimbangi pelajar lelaki dan perempuan mengikut kursus dan bidang berdasarkan keperluan sumber tenaga manusia. Di samping itu, kriteria kemasukan pelajar lelaki perlu dilonggarkan, khususnya untuk bidang-bidang kritikal. Kajian yang terperinci tentang prestasi pelajar lelaki perlu dibuat seawal mungkin untuk menentukan hala tuju pelajar lelaki, di samping mencari penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi kini. 8.3.2 Isu kemahiran generik pelajar Sebahagian besar pelajar lepasan matrikulasi tidak dapat mengikuti pengajian di IPTA akibat kemahiran generik yang terhad, seperti kemahiran komunikasi, bahasa (terutamanya bahasa Inggeris), dan kemahiran penyesuaian diri dalam suasana yang mencabar. Kekurangan dalam kemahiran ini merupakan penyebab pelajar xxi

mempunyai tahap keyakinan, daya saing dan kemampuan berbincang/berhujah yang rendah. Dalam mengatasi masalah ini, dicadangkan agar pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran, dan aktiviti yang meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berbincang/berhujah di kalangan pelajar dan tenaga pengajar ditingkatkan, selari dengan keperluan semasa. 8.3.3 Isu sikap pelajar Pelajar yang berprestasi rendah mempunyai sikap yang negatif terhadap pengajian mereka dan tidak dapat membezakan keutamaan aktiviti harian mengikut kepentingan. Sebagai cadangan, pelajar perlu diberi bimbingan secara berterusan untuk mengubah sikap sebagai persediaan untuk memasuki IPTA, melalui pembinaan keperibadian dan sahsiah. 8.3.4 Isu kewangan pelajar Hasil kajian mendapati bahawa pelajar di IPTA menghadapi masalah kewangan dan didapati masalah ini berupaya menjejaskan prestasi akademik mereka. Oleh itu dicadangkan supaya peruntukan yang lebih besar disediakan untuk biasiswa, dermasiswa atau pinjaman dengan mempelbagaikan sumber, termasuk mewujudkan dana khas di peringkat IPTA. 8.4 Aspek tenaga pengajar dalam menentukan prestasi akademik pelajar Dari aspek tenaga pengajar, terdapat beberapa isu dikemukakan yang didapati mempengaruhi prestasi pelajar. Isu yang dimaksudkan terdiri daripada xxii

bilangan tenaga pengajar yang berpengalaman, kemahiran mengajar dan penguasaan bahasa Inggeris, dan penglibatan tenaga pengajar dalam hal ehwal akademik program matrikulasi. 8.4.1 Isu bilangan tenaga pengajar berpengalaman Implikasi daripada kurangnya tenaga pengajar berpengalaman dan kewujudan pengajar yang berstatus kontrak dan sementara, didapati tenaga pengajar tidak dapat memberikan komitmen yang berkesan dalam pengajaran. Tenaga pengajar yang mengajar bidang yang bukan pengkhususannya tidak dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berkesan, khususnya kepada pelajar yang berprestasi rendah. Keadaan ini menjadi lebih buruk bagi tenaga pengajar kontrak/sementara. Oleh yang demikian dicadangkan agar bilangan tenaga pengajar ditingkatkan dengan memberi keutamaan kepada tenaga pengajar berpengalaman. Kriteria pengambilan tenaga pengajar perlu dikaji semula untuk memastikan mutu pengajaran dibaiki dan dikekalkan. Tenaga pengajar kontrak/sementara perlu dielakkan sama sekali. KPM juga perlu mewujudkan skim perkhidmatan tenaga pengajar matrikulasi untuk menarik lebih ramai tenaga pengajar berpengalaman berkhidmat di matrikulasi. Hal ini akan memastikan kesinambungan mutu dalam pengajaran dan pembelajaran. 8.4.2 Isu kemahiran mengajar dan penguasaan bahasa Inggeris Terdapat tenaga pengajar yang tidak mempunyai sijil latihan ikhtisas perguruan dan hal ini mempengaruhi kemahiran mereka dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Tenaga pengajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik juga menghadapi masalah menggunakan buku rujukan dalam bahasa Inggeris, di samping mengehadkan interaksi mereka dengan pelajar dan tenaga pengajar yang lain. xxiii

Oleh itu, adalah penting untuk meningkatkan kemahiran tenaga pengajar, khususnya dalam kemahiran mengajar dan penguasaan bahasa Inggeris. Ini dicadangkan dilakukan dengan memberi latihan dan bimbingan secara berterusan, terutamanya dalam kaedah pengajaran. Peraturan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diadakan dan kursus intensif yang bertujuan meningkatkan keyakinan tenaga pengajar untuk menggunakan bahasa Inggeris patut ditawarkan. 8.4.3 Isu penglibatan tenaga pengajar dalam hal ehwal akademik Tenaga pengajar yang tidak terlibat dalam hal ehwal akademik program matrikulasi, seperti penggubalan kurikulum, penyediaan soalan, pemarkahan dan kaedah penilaian, tidak mempunyai maklumat yang bersesuaian untuk membimbing pelajar dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan. KPM perlu memastikan semua tenaga pengajar terlibat dalam perancangan keseluruhan program matrikulasi memandangkan tenaga pengajar lebih arif dalam hal ehwal pelajar, termasuk prestasi akademik mereka. Hal ini termasuk menguruskan semua kursus atau bengkel yang diperlukan untuk tenaga pengajar meningkatkan profesionnya. 8.5 Aspek prasarana yang menyokong aktiviti akademik Prasarana yang dimaksudkan ialah prasarana yang dapat menentukan prestasi akademik pelajar. Ini termasuklah kemudahan asrama, bilik kuliah, bilik asrama, peralatan dan kemudahan riadah dan kokurikulum. 8.5.1 Isu bilik asrama, bilik kuliah dan bilik bacaan Kekurangan bilik asrama, bilik kuliah dan bilik bacaan masih didapati di IPTA dan kolej matrikulasi. Keadaan yang sedia ada di sesetengah xxiv

IPTA/kolej matrikulasi tidak kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pihak IPTA dan KPM perlu memastikan semua kemudahan mencukupi untuk memastikan pelajar mendapat manfaat daripadanya. Kos penginapan harus mampu dibayar oleh pelajar dan kemudahan bilik kuliah dan bilik bacaan mesti cukup untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. 8.5.2 Peralatan riadah dan kokurikulum Peralatan dan kemudahan untuk riadah dan kokurikulum bukan sahaja tidak mencukupi, malah peralatan yang sedia ada tidak diselenggarakan dengan baik dan ini menjejaskan kegunaannya sebagai satu cara pelajar mengurangkan stres. Pihak IPTA dan kolej matrikulasi perlu memastikan semua peralatan riadah dan kokurikulum disediakan secukupnya dan diselenggarakan dengan baik. Pelajar juga perlu digalakkan menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin. 8.6 Aspek program matrikulasi Program matrikulasi merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan keseluruhan program matrikulasi dan prestasi pelajar yang mengikuti program tersebut. Isu yang dibangkitkan termasuklah tempoh pengajian, penawaran bidang pengajian, kurikulum, bahan rujukan dan kaedah pembelajaran pelajar. 8.6.1 Isu tempoh pengajian Tempoh masa pengajian program matrikulasi selama setahun adalah pendek dan tidak memenuhi keperluan pengajaran, penglibatan dalam kokurikulum dan penyediaan pelajar dengan segala kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk mengikuti pengajian di IPTA. xxv

Dengan demikian, cadangan yang dikemukakan adalah untuk mewujudkan tempoh masa anjal, iaitu setahun atau dua tahun, bergantung kepada kemampuan pelajar. Program anjal memerlukan penstrukturan semula program bagi menampung pelajar yang akan mengikuti program selama dua tahun. 8.6.2 Isu penawaran bidang pengajian Penawaran bidang pengajian iaitu Sains Hayat dan Sains Fizikal didapati tidak sesuai kerana mengehadkan pemilihan kursus di IPTA. Hal ini ketara berlaku di kalangan pelajar yang sebenarnya belum pasti dengan pemilihan bidang pengajian yang akan diikuti di IPTA nanti. Kesan daripada itu, peluang untuk mengikuti sesuatu kursus menjadi terhad kerana pelajar tersebut tidak mempunyai kelayakan kemasukan yang sesuai dan telah memilih bidang pengajian yang berbeza. Cadangan yang dikemukakan ialah mewujudkan pakej tambahan mata pelajaran yang menawarkan semua mata pelajaran sains, iaitu Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik sebagai pilihan kepada pelajar. Walaupun memerlukan penstrukturan semula program dan perancangan dalam keperluan pengajaran, cadangan ini memberi peluang yang luas kepada pelajar untuk membuat pilihan kursus yang akan diikuti di IPTA. 8.6.3 Isu kurikulum Kurikulum bagi program matrikulasi didapati tidak menyeluruh dari segi skop dan perincian kandungan. Keadaan ini telah menyebabkan pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti kursus di IPTA, terutama asas matematik. Oleh yang demikian, dicadangkan agar KPM mengkaji semula struktur kurikulum dan silibus program matrikulasi dengan menggunakan kurikulum STPM dan diploma sebagai rujukan. Di xxvi

samping itu, kokurikulum juga perlu dimasukkan sebagai kurikulum wajib dalam usaha menyokong program akademik. 8.6.4 Isu bahan rujukan Hasil kajian mendapati program matrikulasi tidak disokong dengan sumber rujukan yang bersesuaian dan mencukupi. Oleh yang demikian, timbul masalah wujudnya keadaan tidak seragam antara kandungan sesuatu mata pelajaran antara kolej matrikulasi. Rujukan menggunakan sumber ICT (e-pembelajaran) juga masih terhad. Cadangan yang dikemukakan ialah bahan rujukan perlu ditetapkan oleh KPM untuk setiap mata pelajaran dan diguna pakai oleh semua kolej matrikulasi KPM. Tenaga pengajar juga perlu digalakkan terlibat dalam penulisan buku, modul atau program e-pembelajaran (CAI), untuk memperkaya sumber rujukan. 8.6.5 Isu kaedah/cara pembelajaran Hasil kajian mendapati pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di matrikulasi apabila diamalkan di IPTA, tidak berupaya meningkatkan prestasi pelajar. Pelajar yang cemerlang di matrikulasi pun masih tidak dapat mengekalkan kecemerlangannya di IPTA kerana menggunakan kaedah yang diamalkan di matrikulasi. Pelajar dicadangkan mengubah paradigma lama dalam pembelajaran dan sesuaikannya dengan cara pembelajaran di IPTA. Ini dilakukan dengan memberikan pendedahan sebenar dan berterusan tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran di IPTA kepada pelajar. xxvii

9.0 Kesimpulan Berdasarkan keseluruhan hasil kajian, jelas dapat disimpulkan bahawa prestasi akademik pelajar lepasan matrikulasi di IPTA adalah sederhana. Hasil kajian juga mendapati majoriti pelajar yang menunjukkan prestasi yang tinggi di matrikulasi tidak dapat mengekalkan prestasi mereka semasa di IPTA. Prestasi akademik yang sederhana ini dipengaruhi oleh banyak faktor yang disumbangkan oleh banyak pihak dan keadaan. Faktor-faktor ini mencakupi aspek pelajar, tenaga pengajar, prasarana dan program matrikulasi. Cadangancadangan telah dikemukakan untuk menambah baik semua isu yang dibangkitkan. Diharapkan dengan tindakan yang bersesuaian dan tepat, program matrikulasi dapat dijadikan sebagai program yang berprestij selari dengan objektifnya menjadi penyalur pelajar ke IPTA untuk mengikuti pelbagai bidang profesional yang diperlukan oleh negara dalam menuju ke arah negara maju. xxviii