KONSEP RISIKO BAB A2 PENGENALAN

dokumen-dokumen yang mirip
Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 19: HUTANG, INSURANS, DAN SAHAM

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

Polisi Privasi. Pengenalan

Kesetiaan kepada Syarikat

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Model Pengurusan Strategik

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Tatakelakuan. Pembekal

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Pengenalan kepada Kewangan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

TOPIC 2 STAKEHOLDER RELATIONSHIPS (HUBUNGAN BERKEPENTINGAN)

BAB 6 PENGURUSAN ASET

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

LEMBARAN FAKTA TAKAFUL - Takaful Motor

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F413(E)

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Transkripsi:

Konsep Risiko 25 BAB A2 KONSEP RISIKO PENGENALAN Risiko boleh ditakrifkan sebagai ketidakpastian tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Istilah risiko mempunyai pelbagai pengertian dalam dunia perniagaan dan kehidupan harian. Risiko secara umumnya bermaksud kemungkinan berlakunya kebinasaan, kecederaan atau kerugian. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai sebarang situasi di mana terdapatnya ketidakpastian tentang apakah yang akan berlaku dan kesan yang perlu ditanggung. Risiko biasanya dikaitkan dengan kejadian atau kesan yang merugikan, sementara peluang atau nasib dikaitkan dengan hasil atau keputusan yang menggembirakan / menguntungkan. Contoh risiko ialah diagnosa kanser paru-paru di kalangan para penghisap rokok di mana ketidakpastian sentiasa wujud sama ada mereka pasti akan menghidap kanser berkenaan ataupun tidak. A2.1 KONSEP RISIKO Oleh kerana tujuan perbincangan berkait rapat dengan risiko yang boleh ditakafulkan, tumpuan akan diberikan kepada risiko yang berkemungkinan boleh menyebabkan kerugian kewangan. Kerugian kewangan didefinisikan sebagai kehilangan atau penurunan nilai disebabkan berlakunya musibah atau kecelakaan. Selain dari risiko ketidakpastian sama ada sesuatu musibah itu akan menyebabkan kerugian atau tidak, risiko juga mempunyai kaitan dengan kebarangkalian kekerapan (frequency) dan keterukan (severity). Tahap risiko ditentukan melalui hubungan berkenaan. Hubungan tersebut dijelaskan melalui Heinrich Triangle. Heinrich Triangle menerangkan bahawa sekiranya kekerapan kejadian yang berlaku itu adalah tinggi, maka tahap keterukan (severity) adalah rendah. Manakala kejadian yang kurang kerap berlaku akan

26 Amalan Asas Takaful menyebabkan tahap keterukan yang tinggi. Contohnya, kemalangan di udara yang melibatkan kapalterbang jarang berlaku tetapi sekiranya berlaku kemalangan berkenaan maka tahap keterukan cedera parah atau kematian adalah tinggi. 2.1.1 Peril dan Bahaya Konsep Keterangan Contoh Peril Peril digunakan untuk mengenal pasti sebab-sebab kerugian. Sebarang kerugian akibat kemalangan disebabkan oleh sesuatu peril adalah tertakluk kepada tuntutan di bawah polisi / pelan perlindungan yang berkaitan. Contoh-contoh peril termasuklah kebakaran, banjir, pelanggaran, kemalangan, gempa bumi, sakit dan kematian. Kenderaan yang dilindungi di bawah polisi insurans motor mengalami kerosakan akibat kemalangan (kemalangan adalah peril yang dilindungi). Oleh itu, tuntutan boleh dibuat di bawah polisi ini Sekiranya sebuah restoran musnah disebabkan kebakaran (kebakaran adalah peril yang dilindungi), maka tuntutan boleh dibuat di bawah polisi insurans kebakaran. Bahaya Bermaksud sesuatu perlakuan atau keadaan yang meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian. Bahaya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: 1. Bahaya Fizikal -Merujuk kepada ciri fizikal perkara pokok insurans yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian. Kerja-kerja pendawaian yang tidak sempurna dalam sesebuah bangunan yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran.

Konsep Risiko 27 2. Bahaya Moral Merujuk kepada sikap seseorang yang meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian. Bahaya moral sukar untuk diramal. Seseorang itu dengan sengaja membakar produk yang tidak laku dijual tetapi telah diinsuranskan untuk menuntut ganti rugi dari insurer; atau pemilik polisi yang tidak jujur membuat tuntutan yang melampau dan sengaja diada-adakan. 2.1.2 Kategori Risiko Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama iaitu: Risiko Keterangan Contoh Tulen Spekulatif Merujuk kepada kebarangkalian terjadi kerugian ataupun tiada sebarang kerugian. Risiko tulen secara umumnya boleh dilindungi. Merujuk kepada kebarangkalian berlaku kerugian, tiada kerugian atau mengaut keuntungan. Tidak dapat dipastikan sama ada sesuatu kejadian itu boleh membawa keuntungan, kerugian atau tiada kerugian. Risiko spekulatif tidak boleh dilindungi/diisuranskan Kebakaran, petir, banjir taufan, kematian, kemalangan, kecurian dan sebagainya. Pelaburan di pasaran saham, pasaran matawang asing, meneroka bidang perniagaan baru dan sebagainya.

28 Amalan Asas Takaful 2.1.3 Risiko Asas dan Risiko Khusus Risiko Keterangan Contoh Risiko Asas Risiko Khusus Risiko Asas akan memberi kesan ekonomi yang menyeluruh kepada masyarakat seluruhnya atau kepada kumpulan individu dalam masyarakat. Risiko Asas adalah di luar kawalan manamana individu. Risiko khusus akan hanya memberi kesan kepada individu tertentu dan bukannya keseluruhan masyarakat dan risiko ini boleh dikawal. Kerosakan harta benda disebabkan gempa bumi, peperangan dan sebagainya. Kerosakan harta benda disebabkan kemalangan, kecurian, rompakan dan sebagainya. 2.1.4 Jenis-Jenis Risiko Tulen Risiko Tulen biasanya boleh diinsuranskan dan perbincangan mengenai insurans dan Takaful akan memberi tumpuan kepada risiko-risiko berkenaan. Risiko Tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis utama yang kesemuanya boleh menyebabkan ketidakstabilan kewangan iaitu Risiko Peribadi, Risiko Harta, dan Risiko Liabiliti. Risiko Keterangan Contoh Risiko Peribadi Merujuk kepada risiko yang memberi kesan langsung kepada individu yang boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya kerugian atau pendapatan semakin berkurangan,

Konsep Risiko 29 menanggung perbelanjaan tambahan dan nilai aset yang semakin susut. Risiko peribadi boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis iaitu: Risiko Mati Awal Risiko Simpanan Tidak Mencukupi ketika Persaraan. Risiko Kesihatan yang semakin Buruk. Risiko Kehilangan Pendapatan Kematian ketua keluarga atau pencari nafkah boleh menyebabkan keluarga yang ditinggalkan menghadapi masaalah kewangan. Para pesara menghadapi kemungkinan kehilangan atau ketiadaan punca pendapatan ketika bersara sekiranya mereka tidak mempunyai aset cair yang mencukupi atau tiada sumber-sumber pendapatan lain ketika persaraan. Risiko yang perlu ditanggung ialah taraf dan gaya hidup yang lebih rendah. Kemungkinan seseorang itu perlu menanggung kos perubatan yang amat tinggi dan seterusnya kehilangan pekerjaan / pendapatan. Merupakan ancaman kewangan yang terbesar disebabkan perniagaan menghadapi zaman kesukaran, perubahan ekonomi dan aplikasi

30 Amalan Asas Takaful teknologi dan sebagainya. Risiko Harta Merujuk kepada kebarangkalian berlakunya kerugian disebabkan kerosakan harta akibat kebakaran, banjir, gempa bumi atau bencana alam lain. Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan dengan harta benda: Kerugian Langsung Kerugian kewangan yang berlaku atas kerosakan fizikal harta benda disebabkan kecurian atau kemusnahan harta tersebut. Sebuah kilang mengalami kerosakan disebabkan kebakaran (kerosakan fizikal kilang berkenaan merupakan kerugian langsung). Kerugian Tidak Langsung atau Kerugian Turutan Kerugian kewangan yang berlaku secara tidak langsung atas kerosakan fizikal harta benda disebabkan kecurian atau kemusnahan harta tersebut. Selain dari kerugian akibat kerosakan fizikal kilang berkenaan, pemilik kilang juga kehilangan mata pencarian / pendapatan sepanjang tempoh kilang tersebut menjalani kerja-kerja baik pulih. Kehilangan pendapatan adalah merupakan kerugian tidak langsung / kerugian turutan.

Konsep Risiko 31 Risiko Liabiliti Merujuk kepada risiko kecederaan badan pihak ketiga atau kerosakan harta. Pihak mahkamah mungkin memerintahkan pihak yang dituntut membayar ganti rugi atas kecederaan anggota badan pihak ketiga. Organisasi atau firma perniagaan terdedah kepada tuntutan liabiliti disebabkan kecacatan produk yang dihasilkan. Produk tersebut mungkin boleh menyebabkan kecederaan anggota badan atau kerosakan harta kepada pengguna yang menggunakan produk berkenaan. 2.1.5 Ciri-Ciri Risiko yang Boleh Diinsuranskan Ciri-Ciri Mempunyai Nilai Kewangan Risiko Pendedahan yang Sama Keterangan Risiko berkait rapat dengan kerugian di mana ganti rugi kewangan boleh dibayar setelah berlaku sesuatu musibah umpamanya kerosakan rumah kediaman disebabkan kebakaran, kecurian kenderaan dan sebagainya. Harta berkenaan mungkin mempunyai nilai kewangan dan nilai peribadi, tetapi ia hanya boleh diinsuranskan berdasarkan nilai kewangan dan bukannya nilai sentimental harta / perkara pokok insurans. Risiko yang hendak diinsuranskan mestilah mempunyai persamaan ciri-ciri dan terdapat jumlah yang banyak, a) Penilaian risiko melalui analisa kebarangkalian dan statistik amat

32 Amalan Asas Takaful bergantung kepada pengalaman lepas yang dianggap munasabah jumlahnya. b) Sekiranya hanya terdapat 3 atau 4 pengalaman pendedahan, ia akan menyebabkan kos perlindungan dan bayaran premium yang tinggi serta tidak kompetitif. Contohnya insurans perlindungan sepasang kaki milik model / peragawati terkenal. Risiko Tulen Risiko Khusus Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau tiada kerugian) sahaja yang boleh diinsuranskan kerana seseorang itu tidak boleh meraih keuntungan dari insurans. Risiko spekulatif memberi kemungkinan berlaku kerugian, pulang modal (tiada kerugian) atau meraih keuntungan, dan oleh itu ia tidak boleh diinsuranskan. Risiko khusus boleh dilindungi sekiranya ia memenuhi kriteria risiko yang boleh diinsuranskan. Risiko asas biasanya tidak boleh diinsuranskan, contohnya risiko peperangan atau perubahan nilai budaya. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat risiko yang boleh diberi perlindungan insurans tetapi ia bergantung kepada lokasi geografi risiko berkenaan. Kerugian Tidak Dijangka Adalah tidak munasabah untuk menginsuranskan risiko yang pasti akan berlaku kerana ia bertentangan dengan salah satu ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan iaitu kerugian tidak dijangka. Kekerapan dan

Konsep Risiko 33 ketenatan sesuatu risiko itu mestilah di luar jangkaan, contohnya dalam insurans hayat bila / tarikh kematian adalah diluar pengetahuan manusia untuk memastikannya. Contoh risiko yang telah dijangka, dengan niat dan disengajakan ialah bunuh diri. Kepentingan Boleh Lindung Bermaksud suatu hak hubungan yang sah di sisi undang-undang di antara diri yang diinsuranskan dengan perkara pokok insurans. Risiko yang hendak dilindungi mestilah mempunyai kepentingan kewangan yang diiktiraf oleh undang-undang. Diri yang diinsuranskan merupakan individu yang akan menanggung kerugian kewangan sekiranya risiko yang dilindungi itu benar-benar terjadi. Contohnya, pemilik rumah berhak menginsuranskan rumah kediamannya. A2.2 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir (Qada dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu tidak perlu berusaha. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi manusia diberi pilihan untuk mencorakkan kesejahteraan hidupnya sendiri. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib / keadaaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka (Al-Qur an, 13:11)

34 Amalan Asas Takaful Seterusnya, dalam satu riwayat, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat, Mengapa kamu tidak menambat / mengikat unta kamu? Orang Badwi itu menjawab, Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada Allah s.w.t. Nabi Muhammad kemudiannya menjawab, Ikatkan dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal. Pengajaran dari peristiwa di atas mengukuhkan tanggapan bahawa sesungguhnya umat Islam bukan sahaja perlu percaya pada Qada dan Qadar Allah, tetapi juga menegaskan yang mereka perlu berusaha dan bertawakal demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan risiko menanggung kerugian. Pengurusan risiko merupakan suatu konsep yang bukan sahaja diterima oleh masyarakat Islam, malah mempercayainya sebagai salah satu cara untuk mencapai objektif dan matlamat hidup, dan seterusnya mencapai matlamat akhir ialah menikmati kehidupan yang penuh keberkatan di dunia dan di akhirat kelak. A2.3 RISIKO DAN TAKAFUL Risiko-risiko yang perlu dihadapi dalam mengendalikaan operasi perniagaan Takaful tidak terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan di bawah: Jenis-jenis Risiko Risiko Operasi Keterangan Risiko menghadapi kerugian disebabkan kegagalan proses kerja dalaman, sumber manusia dan sistem kendalian atau pengaruh luar antara lainnya seperti: Amalan dan keselamatan tempat kerja: kerugian disebabkan cara bekerja yang tidak selaras atau bertentangan dengan undangundang dan peraturan pekerjaan, kesihatan dan keselamatan tempat kerja, sistem ganjaran / upah.

Konsep Risiko 35 Penipuan dalaman: kerugian disebabkan tindakan pekerja yang berniat untuk menipu, menyalahguna harta syarikat atau menyalahi peraturan, undang-undang dan dasar syarikat, amalan rasuah. Penipuan luaran: kerugian disebabkan tindakan pihak ketiga / luar yang berniat untuk menipu atau pemalsuan dokumen, penyalahgunaan harta syarikat atau menyalahi peraturan/undang-undang. Kerosakan harta: kerugian disebabkan kerosakan atau kehilangan harta syarikat akibat bencana alam atau tindakan lain seperti keganasan, vandalisme dan sebagainya. Gangguan perniagaan dan sistem pincang tugas: kerugian disebabkan gangguan bekalan utiliti, kegagalan perkakasan dan perisian komputer. Proses pengurusan, perlaksanaan dan penyampaian: kerugian akibat kegagalan proses transaksi atau proses pengurusan, kerugian yang berkaitan dengan urusan dengan rakan niaga atau pembekal akibat kesilapan kemasukan data, kesilapan akaun, kegagalan menyiapkan laporan mandatori, kerugian harta pelanggan disebabkan kecuaian. Pelanggan, produk dan amalan perniagaan: kerugian disebabkan gagal (tanpa niat atau cuai) untuk memenuhi tanggungjawab profesional terhadap pelanggan tertentu (termasuk keperluan industri dan kesesuaian), atau kerugian akibat kecacatan reka bentuk atau ciri-ciri produk.

36 Amalan Asas Takaful Risiko Undangundang Risiko Strategik Risiko Reputasi Risiko Pengunderaitan Risiko kerugian akibat tuntutan udang-undang dari pihak ketiga. Risiko kerugian akibat kesilapan membuat keputusan atau strategi perniagaan yang menimbulkan kesan negatif. Sebarang keraguan atau kesilapan dalam membuat keputusan, aktiviti atau inisiatif boleh mencemarkan nama dan reputasi syarikat Pengendali Takaful. Risiko sekiranya dana caruman / tabarru tidak mencukupi untuk menampung bayaran tuntutan dan rezab perbelanjaan penyelarasan kerugian semasa tidak mencukupi. Risiko Pelaburan Risiko dalam pelaburan ialah kerugian. Hampir kesemua bentuk pelaburan mempunyai risikonya tersendiri: harga saham jatuh; bon atau sukuk tidak berfungsi sepatutnya, aset sandaran pasaran derivatif tidak berfungsi seperti yang dijangkakan. Risiko Tadbir Urus Risiko Meneruskan Perniagaan Biasanya ia berkisar tentang aktiviti perniagaan seperti tadbir urus korporat, pengurusan risiko perusahaan dan pematuhan korporat dengan peraturan dan undang-undang sedia ada. Iaitu merancang dan mengenal pasti pendedahan organisasi terhadap ancaman dalaman dan luaran serta penggemblengan kemahiran dan aset bagi merangka tindakan pencegahan dan pemulihan yang berkesan untuk organisasi, mengekalkan kelebihan kompetitif dan nilai integriti sistem untuk memastikan kesinambungan dan daya maju syarikat.

Konsep Risiko 37 Risiko Pematuhan Syariah Terdapat risiko kemungkinan operasi urus niaga Takaful tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Pengendali Takaful mungkin menghadapi risiko tidak memperolehi pendapatan yang dijangka serta risiko reputasi. Sebagai contoh, risiko yang telah diterima mungkin tidak mematuhi prinsipprinsip Syariah dan oleh itu terpaksa ditolak dan menyarankan agar kotrak dibatalkan atau mendermakan pendapatan kepada badan-badan kebajikan. A2.4 KAEDAH MENANGANI RISIKO Apabila sesuatu risiko itu telah dikenal pasti dan dinilai, semua teknik pengawalan risiko boleh digunakan dan pada dasarnya terdapat empat cara menangani risiko: Pengelakan risiko Pengawalan / pengurangan risiko Pengekalan risiko Pemindahan risiko Perkongsian risiko 2.4.1 Pengelakan Risiko Menjauhi atau menghapuskan risiko - Sekiranya diputuskan bahawa terdapat risiko yang tidak boleh diterima, maka organisasi boleh memutuskan untuk tidak meneruskan aktiviti atau perniagaan yang mengandungi risiko berkaitan. Jika keputusan ini dibuat, maka individu atau organisasi telah memutuskan untuk mengelakkan risiko. Pengelakan mungkin seolah-olah jawapan kepada semua risiko, tetapi mengelakkan risiko juga bermakna kehilangan potensi keuntungan sekiranya menerima (mengekalkan) risiko yang dibenarkan. Keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan bagi mengelakkan risiko kerugian juga bererti mengelakkan kemungkinan memperolehi keuntungan. Contohnya, tidak membeli harta atau memulakan

38 Amalan Asas Takaful perniagaan kerana tidak mahu menanggung liabiliti yang terkandung didalamnya. 2.4.2 Pengawalan atau Pengurangan Risiko Ini adalah suatu tindakan yang diambil untuk memperbaiki risiko demi mencapai tahap standard yang boleh diterima pakai. Proses penilaian yang berterusan amat diperlukan untuk memastikan standard yang diingini dapat dicapai. Ia melibatkan kaedah mengurangkan keterukan / ketenatan kerugian atau kemungkinan dapat mencegah dari berlakunya kerugian. Sebagai contoh, memasang sistem perenjis air untuk memadamkan api bagi mengurangkan risiko kerugian disebabkan kebakaran. 2.4.3 Pengekalan Risiko Sekiranya tahap risiko semasa berada di tahap yang boleh diterima, individu atau organisasi boleh memutuskan untuk mengekalkan risiko berkenaan. Ia bererti berkesanggupan menerima kerugian sekiranya ia benar-benar berlaku. Pengekalan risiko merupakan satu strategi yang berdaya maju bagi risiko kecil di mana kos menginsuranskan risiko berkenaan mungkin lebih besar dimasa akan datang berbanding dengan jumlah kerugian yang dialami. 2.4.4 Pemindahan Risiko Ia melibatkan proses pemindahan risiko kepada organisasi (insurer) atau individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar oleh organisasi atau individu kepada mereka yang memindahkan risiko berkenaan. Terdapat dua cara untuk memindahkan risiko Contoh Kotrak Insurans / Takaful: Pemilik rumah boleh memindahkan risiko kerugian sekiranya rumah kediamannya musnah dijilat api iaitu dengan membeli pelan Takaful kebakaran. Contoh Kontrak Bukan Insurans / Takaful: Sesebuah pasar raya boleh memindahkan risiko (liabiliti) yang timbul daripada penjualan produk

Konsep Risiko 39 yang megalami kecacatan dengan membuat kontrak perjanjian dengan pengilang di mana pengilang bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada pasar raya dari liabiliti yang mungkin timbul daripada produk yang rosak. A2.4.5 Perkongsian Risiko Islam tidak membenarkan risiko ditukar iaitu pemindahan secara keseluruhan kerugian kewangan yang timbul daripada risiko. Ia tidak diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana ia boleh membawa kepada beban lebih-tuntutan di luar niat asal syarikat insurans, atau sebaliknya juga boleh mengakibatkan tahap premium yang tidak boleh diterima oleh pihak yang dilindungi. Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi risiko dengan orang lian yang mempunyai sifat risiko yang serupa. Amalan ini dipanggil perlindungan Takaful. A2.5 PENGURUSAN RISIKO 2.5.1 Mengenalpasti Risiko Mengenalpasti risiko merupakan langkah yang paling penting dalam proses pengurusan risiko. Ia perlu dilakukan untuk mengenal pasti risiko-risiko yang boleh menjejaskan kewangan individu atau firma sebelum suatu jalan penyelesaian boleh disediakan. Apabila risiko telah dikenal pasti, ia hendaklah diukur dan dinilai secara individu bagi menentukan kebarangkalian atau kemungkinan berlaku kerugian dan kesan kewangan keatas individu atau firma terbabit. Pengurusan risiko mengambil pandangan bahawa sesebuah firma terdedah kepada risiko dalam pelbagai cara yang kesemuanya boleh menyebabkan kerugian kewangan. Oleh itu, risiko dilihat dalam erti kata yang seluas-luasnya, dan tidak terhad kepada risiko yang boleh diinsuranskan. Tanggungjawab pengurus risiko ialah mengenal pasti risiko yang berkemungkinan boleh menjejaskan perniagaan syarikat.

40 Amalan Asas Takaful Kaedah Mengenal pasti Risiko Pemeriksaan Fizikal Membuat lawatan singkat ke loji adalah penting untuk membantu memahami risiko berkaitan, yang kemudiannya diikuti dengan proses formal mengenal pasti risiko secara lebih menyeluruh. Carta Organisasi Satu carta yang menunjukkan struktur organisasi syarikat dan hubungan di antara kakitangan dan jabatan yang berlainan dapat membantu mengenal pasti kelemahan struktur organisasi. Carta Aliran Kerja Satu carta yang menunjukkan bahan-bahan atau kerja 'berfungsi' melalui pelbagai peringkat proses di mana bahagian yang lemah / tidak berfungsi boleh dikenal pasti. Senarai Semak Suatu senarai soalan pertanyaan atau soal selidik yang berkaitan dengan bidang-bidang utama aktiviti boleh membantu mengenal pasti bahagian-bahagian yang mempunyai risiko. 2.5.2 Pemeriksaan dan Penilaian Risiko Pemeriksaan dan penilaian risiko adalah proses menentukan kesan risiko atau potensi kerugian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Penilaian risiko melibatkan anggaran kekerapan dan keterukan pendedahan risiko dan menentukan tahap kedudukannya berdasarkan kepada perbandingan

Konsep Risiko 41 kepentingan. Risiko yang berpotensi tinggi menyebabkan kerugian akan diberikan keutamaan dalam pelan pengurusan risiko. Kekerapan risiko merujuk kepada jumlah atau bilangan sesuatu musibah itu berlaku yang mengakibatkan kerugian, dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan (kebarangkalian berlakunya). Keterukan risiko merujuk kepada kos atau jumlah kerugian dari segi kewangan, yang terpaksa ditanggung akibat dari musibah berkenaan. Tidak semua risiko itu penting dan perlu dikendalikan atau diinsuranskan / dilindungi. Bagi risiko yang lebih kecil, ia boleh diabaikan walaupun terdapat kemungkinan yang ia boleh berlaku. Walau bagaimanapun, saiz risiko sahaja tidak menentukan sama ada ia perlu diberi keutamaan. Risiko yang mempunyai kemungkinan yang sedikit untuk terjadi tetapi membawa kesan yang besar terhadap kedudukan kewangan individu atau firma perlu diberi keutamaan. Contoh: Dalam pelan pengurusan risiko, pendedahan kerugian yang berpotensi untuk menyebabkan sesebuah firma itu muflis adalah jauh lebih penting berbanding dengan pendedahan risiko yang berlaku tetapi hanya melibatkan kos yang kecil. 2.5.3 Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko Apabila sesuatu risiko telah dinilai sepenuhnya, sudah tiba masanya untuk memilih kaedah pengurangan risiko yang bersesuaian. Pemilihan kaedah tersebut harus dibuat pada peringkat awal pelan pembangunan dengan mengambilkira kos dan keberkesanannya. Terdapat empat kaedah pengurangan risiko - Pengelakan Risiko; Kawalan Risiko; Pembendungan Risiko dan Pemindahan Risiko. 2.5.4 Perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko Sebaik sahaja pemilihan kaedah yang sesuai telah diputuskan, pelan pengurusan risiko sudah bersedia untuk dilaksanakan. Dalam melaksanakan langkah ini, risiko perlu dikenalpasti keutamaannya dan

42 Amalan Asas Takaful disesuaikan dengan bentuk tindakan yang akan diambil. Salah satu bentuk tindakan yang kerap diambil ialah dengan menginsuranskan / melindungi risiko tersebut. 2.5.5 Kajian semula dan Pemantauan Pelan Pengurusan Risiko Kajian semula dan pemantauan adalah satu lagi langkah penting dalam proses pengurusan risiko. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan kajian / penilaian semula secara berkala, memantau proses perlaksanaan serta semakan progresif keatas pelan berkenaan supaya ia selaras dengan perubahan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi. Peringkat pemantauan dan kajian semula risiko termasuk mengeluarkan buku panduan/ manual mengenai risiko, laporan tuntutan, kajian pengalaman dan audit. Secara umumnya, risiko yang berlainan memerlukan kaedah pemantauan yang berbeza, khususnya risiko yang dilindungi yang perlu dipantau secara lebih kerap dan melaporkan terus kepada pihak pengurusan. Penilaian semula secara berkala boleh membantu mengenal pasti sebarang kekurangan atau pengubahsuaian, dan juga memastikan objektif pelan pengurusan risiko boleh dicapai. Kajian / penilaian semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. 2.5.6 Komunikasi Pelan dan Objektif Pengurusan Risiko Sering diperkatakan bahawa bukan pelan yang penting, tetapi ketelitian perancangan itu sendiri yang menjadi keutamaan. Ini adalah sangat benar dimana komunikasi yang berkesan disemua fasa perancangan pengurusan risiko amat diperlukan. Keperluan komunikasi sering diabaikan dan akibatnya, fasa perlaksanaan dan pemantauan tidak dititikberatkan sehingga mengakibatkan objektif pelan pengurusan tidak dapat dicapai.

Konsep Risiko 43 Petunjuk-petunjuk penting dari sumber dalaman atau luaran yang berkaitan dengan pengurusan risiko perlu diambilkira. Kedua-dua sumber berkenaan perlu dimasukkan ke dalam dasar pengurusan risiko. Petunjuk-petunjuk utama ini boleh dipecahkan kepada bidang pengkhususan risiko masing-masing. Pengurusan risiko perlu diintegrasikan ke dalam budaya korporat. Dalam amalan pengurusan risiko yang moden, setiap individu dalam syarikat bertanggungjawab untuk mencapai objektif pengurusan risiko firma. Oleh itu, dalam semua fasa pengurusan risiko, komunikasi antara pihak-pihak yang terlibat amatlah penting.

44 Amalan Asas Takaful