UNIT 2: PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN DATA

dokumen-dokumen yang mirip
UNIT 8 : RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN - LAN

UNIT 7: RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

UNIT I T 7 RAN A GKA K I A A I N A K A K W A A W S A A S N A T E T M E P M A P T A A T N A (LA L N A ) MaizunJamil,Jke,Pmm

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Secara khususnya, kepentingan keperluan komunikasi itu dapat kita senarai seperti berikut :

UNIT4 : MODEM. MaizunJamil,Jke,Pmm

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

UNIT 1 : PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN DATA

Kriteria Belanjawan Modal

Bagaimana? Adakah anda masih ingat apa yang dinamakan sebagai tanah tidak jelekit?

KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH)

TEGASAN TANAH - TEORI RANKINE DAN TEORI COULOMB (TANAH JELEKIT) OBJEKTIF : UNIT 7. Objektif Am :

INTEGRITAS DATA. Objektif: Mengetahui maksud ralat dalam komunikasi data Memahami teknik mengenal error dan membetulkan error

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Pengenalan. rajah blok sistem perhubungan analog/digital. SEE3533 (Prinsip Perhubungan 1) 1 / 52. Alias Mohd

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST102 Pengantar Sistem Pengendalian & Komunikasi Data

ANALISIS NOMBOR KESTABILAN TAYLOR

KESTABILAN CERUN- KAEDAH HIRISAN FELLENIUS

3 Unit UKUR MEJA UNIT 3 OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS. Mengetahui prinsip dan konsep menjalankan ukur meja bagi menghasilkan pelotan.

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan:

UNIT 2 RESIPAN (JARINGAN ALIRAN BAGI TANAH ISOTROPIK) - CERUCUK KEPING DAN EMPANGAN KONKRIT OBJEKTIF

PENGENALAN. Perkataan serta penjana. Motor. digunakan sebagai penerangan kerana. pembuatan. Penjana

KEBOLEHMAMPATAN TANAH

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

2 EKONOMI PENGANGKUTAN Ianya meliputi topik-topik mengenai kepentingan dan tujuan, asas ekonomi dan kaedah mudah analisis ekonomi pengangkutan.

3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

Model Pengurusan Strategik

UNIT 10 SERVIS PADUAN RANGKAIAN DIGIS

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

6.5 PENGENALAN KEPADA SISTEM SIARAYA

3. Tentang fungsi-fungsi peralatan untuk kawalan motor elektrik.

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

2.0 PERWAKILAN DATA PROGRAM LATIHAN GURU ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Polisi Privasi. Pengenalan

SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN. Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki:

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TEKANAN SISI TANAH - TEMBOK PENAHAN

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

Makluman. Kandungan manual ini mungkin akan berubah, dari masa ke semasa agar selaras. dengan polisi kehadiran KPTM. Tarikh manual: 30 Jun 2016

RANGKUMAN TEKNIK KOMUNIKASI DATA DIGITAL

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

PENGENALAN KEPADA TEKANAN SISI TANAH

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 1999/2000. April CAS101/CSC102 - Organisasi Komputer

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

Bab Pembangunan Algoritma. Pseudokod dan Carta Alir yang Melibatkan Struktur Kawalan Pilihan. Plag dipalam ke dalam soket?

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Isi Kandungan. Muka Hadapan

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (SESI OKTOBER 2013)

MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA) isejahtera. Permohonan Program Anak Emas Secara Atas Talian

Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android

015/025/035 MATEMATIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 1. : Mengenali istilah-istilah umum yang digunakan di dalam kawalan proses

Pengurusan Data Kajian Dengan Menggunakan Microsoft Excel. Latihan 1

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

1. Membuat atau mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian, cuma perlu mengubah aturcara.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Ekonomi

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

MANUAL PEMERIKSAAN STOR ALAT TULIS

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL e-prestasi

. Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA soalan di dalam ENAM muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MANUAL PENGGUNA (PTJ)

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN edaftar RENDAH TAHUN 1 DISEDIAKAN OLEH: BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

Unit SISTEM BEKALAN ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS. Memahami konsep-konsep asas penjanaan, penghantaran dan pengagihan

JAL 331/3 Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Transkripsi:

E5124 / UNIT 2 / 1 UNIT 2: PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN DATA OBJEKTIF Objektif Am : Mengetahui dan memahami sistem perhubungan data am dan penghantaran data. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- mentakrif penghantar, media penghantaran, pengulang dan penerima. menerangkan DCE dan DTE. membezakan penghantaran data sehala dan dua hala. mentakrif dan menerangkan kepentingan pemasaan. mentakrif dan menerangkan kepentingan rangka. menerangkan penghantaran data selari dan siri. membezakan penghantaran data segerak dan tak segerak. menerangkan kepentingan pengkodan ralat. menerangkan jenis jenis pengawalan ralat parity dan pengawalan ralat CRC.

E5124 / UNIT 2 / 2 INPUT 2.0 Mendefinasikan Penghantar, Media Penghantaran, Pengulang dan Penerima PENGHANTARAN DATA Rajah 2.1 : Gambarajah Penghantaran Data Sebelum sesuatu data diproses oleh sistem penerima maka data (maklumat) perlu dihantar melalui suatu sistem penghantaran (media penghantaran) oleh stesen penghantar. Mari kita lihat apakah definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam komunikasi data.rajah 2.1 menunjukkan gambaran secara fizikal kaedah penghantaran data dilakukan. Penghantar ialah bahagian suatu sistem dimana isyarat maklumat dihasilkan, diproses dan dipancarkan. Contoh isyarat maklumat ialah isyarat audio, video, isyarat bercetak, isyarat terkod dan lain-lain. Media penghantaran ialah laluan yang digunakan untuk penghantaran isyarat elektrikal antara dua peralatan berasingan. Ia mungkin terdiri dari sepasang pengalir atau dawai,kabel sepaksi, gentian optik atau gelombang mikro. Jenis media yang digunakan

E5124 / UNIT 2 / 3 adalah penting kerana ia menentukan kadar maksima penghantaran data, dalam bit per sesaat atau bps. Pengulang (repeaters) ialah satu alat yang disambung dalam rangkaian untuk dijanakan semula isyaratnya. Penerima ialah suatu peralatan yang boleh melakukan pengesanan pembawa dan menghasilkan semula isyarat asal. Proses utama yang dilakukan di sini ialah proses nyahmodulatan. Bagi suatu system komunikasi data asas boleh diwakilkan melalui suatu gambarajah blok seperti Rajah 2.2 dimana terdapat system penghantaran dan penerimaan yang mempunyai peralatan seperti DTE dan DCE. Rangkaian Terminal Modem Telelekomunikasi Modem Komputer DTE DCE DCE DTE Rajah 2.2 : Gambarajah Blok Perhubungan 2.1 DTE (Data Terminal Equipment) dan DCE (Data Terminal Circuit Equipment) Beberapa peralatan diperlukan untuk proses komunikasi data iaitu DTE dan DCE. DTE ialah suatu peralatan pelanggan untuk komunikasi data, tanpa mengira kekompleksan. Peralatan terdiri daripada punca data atau penerima data atau kedua-duanya. Peralatan yang biasa ialah seperti unit-unit logik kawalan, buffer store, komputerkomputer, unit-unit paparan visual, stesen-stesen kerja berasaskan komputer dan peralatan yang terdapat dalam suatu automated office. Peralatan ini boleh mengandungi pengawalan

E5124 / UNIT 2 / 4 ralat, penyegerakkan dan kebolehan pengenalan stesen. Contoh ; Komputer, Unit paparan Visual. Rajah 2.3 : Contoh Peralatan DTE ( Komputer ) Manakala peralatan DCE disediakan oleh pihak berkuasa rangkaian komunikasi atau oleh pelanggan sendiri. Ia menyediakan fungsi-fungsi yang diperlukan seperti melaksana, mengendali dan memberhentikan suatu komunikasi data, melakukan pertukaran isyarat dan melakukan pengkodan yang diperlukan untuk perhubungan antara DTE dan litar data. DCE merupakan bahagian dalaman suatu komputer, contoh: Modem atau Data set seperti rajah 2.4. Rajah 2.4 : Contoh Peralatan DCE ( Modem ) Maka dengan ini kedua dua peralatan tersebut iaitu DTE dan DCE merupakan peralatan yang amat diperlukan dalam komunikasi data.

E5124 / UNIT 2 / 5 AKTIVITI 2A Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba SOALAN 2.1 Berikan definisi bagi Penghantar dan Penerima. 2.2 Apakah yang dimaksudkan dengan media penghantaran di dalam prinsip asas perhubungan data. 2.3 Nyatakan perbezaan antara DTC dan DCE. 2.4 Berikan contoh-contoh peralatan yang terdiri daripada DTE dan DCE.

E5124 / UNIT 2 / 6 INPUT 2.2 Penghantaran data sehala dan dua hala Mod-mod operasi atau penghantaran data antara 2 titik dikelaskan kepada 3 jenis iaitu simplex, separuh-dupleks dan dupleks penuh. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah simplex, separuh-dupleks dan dupleks penuh. Mari kita lihat definisi dan pengertiannya 2.2.1 Simpleks Maklumat boleh dihantar dalam satu hala sahaja. Penghantaran data adalah mudah, hanya perlu satu kabel 2 dawai, satu dawai untuk isyarat dan satu dawai untuk rujukan kebumi. Keburukan simplex ialah ia tidak mengetahui samada data yang dihantar telah diterima atau tidak, kerana tiada tindakbalas yang diterima dari pihak kedua. Rajah 2.5 : Penghantaran Sehala

E5124 / UNIT 2 / 7 2.2.2 Separuh - Duplex Maklumat dihantar dalam dua hala tetapi tidak pada masa yang sama. Satu pihak mesti berhenti menghantar data untuk membolehkan pihak kedua menghantar data. Ianya memerlukan satu kabel dua dawai. Mesej mesej kawalan adalah lebih kompleks. Penghantaran data adalah lebih baik kerana boleh mengetahui data telah diterima atau tidak iaitu terdapat tindakbalas. Rajah 2.6 : Penghantaran Separuh Dupleks 2.2.3 Duplex - Penuh Maklumat boleh dihantar dalam dua hala secara serentak. Ianya memerlukan empat dawai dimana satu dawai untuk isyarat dan satu dawai untuk rujukan ke bumi bagi setiap arah. Penghantaran data adalah lebih baik kerana ada tindakbalas dan laju. Mesej mesej kawalan lebih kompleks. Rajah 2.7 : Penghantaran Dupleks

E5124 / UNIT 2 / 8 2.3 Penghantaran Data Selari dan Siri Penghantaran data dari suatu stesen/terminal ke terminal yang lain terdiri daripada 2 jenis iaitu samada dalam bentuk penghantaran selari atau siri. 2.3.1 Penghantaran selari Komputer 1 0 1 1 1 Pencetak Rajah 2.8 : Penghantaran Selari Beberapa ciri bagi penghantaran data dalam bentuk selari telah dikenalpasti Diantaranya adalah seperti berikut iaitu semua bit bit bagi suatu aksara terkod akan dihantar secara serentak. Dari segi penggunaan kabel pula ia memerlukan kabel yang banyak, maka dengan ini kos pembinaan adalah tinggi, oleh itu hanya sesuai untuk jarak dekat < 100 kaki. Contoh : sambungan antara komputer ke printer, monitor atau keyboard. Bagi kadar penghantaran data pula ia adalah tinggi ( laju ). Selain daripada itu kelemahannya adalah sukar untuk mengesan talian yang rosak 2.3.2 Penghantaran siri 0 1 1 1 1 0 0

E5124 / UNIT 2 / 9 Terminal Rajah 2.9 : Penghantaran Siri Hos Penghantaran Siri pula mempunyai ciri yang berbeza dari selari dimana ia merupakan cara komunikasi yang paling popular. Semua bit bit bagi suatu aksara akan dihantar satu persatu melalui satu kabel. Oleh kerana penggunaan satu kabel maka kos kabel adalah murah, oleh itu ia sesuai untuk penghantaran data jarak jauh. Contoh : sambungan antara komputer ke komputer biasanya menggunakan talian telefoni. Ia mudah untuk mengesan talian rosak Namun begitu terdapat kelemahan iaitu dari segi penghantaran data dimana kadarnya adalah rendah ( lambat ). Penghantaran bersiri agak berbeza dengan penghantaran selari kerana ia mempunyai teknik tersendiri. Teknik ini terdiri daripada 2 jenis iaitu : i. Teknik Tak Segerak terdapat kod mula dan henti ii. Teknik Segerak penghantaran blok dalam satu masa Biasanya data dihantar antara dua DTE dalam satu rangkaian unit unit. Contoh : Data mungkin terdiri dari 5, 7 atau 8 bit setiap satu unit. Setiap aksara yang dihantar akan dikodkan dan dihantar secara siri. DTE penerima akan menerima satu dari dua paras isyarat ( 0 atau 1 ), yang berubah ubah mengikut paten bit yang membentuk sesuatu pesanan. Penerima akan decode dan interpret setiap paten bit tersebut dengan betul. Dalam proses ini ia perlu mengetahui kesegerakan bit / klok, kesegerakan aksara / byte dan kesegerakan blok / frame. Setiap teknik penghantaran yang digunakan akan ditentukan oleh :

E5124 / UNIT 2 / 10 a. samada klok klok penghantaran dan penerima tidak sama antara satu sama lain ( tak segerak ) b. samada klok klok penghantar dan penerima disegerakkan. 2.4. Penghantaran tak segerak Jika data yang dihantar terdiri dari satu aliran / rangkaian aksara dimana tempoh penjanaan setiap aksara adalah berbeza beza, maka setiap aksara akan dihantar secara bebas dan penerima akan membuat proses penyegerakan pada permulaan setiap aksara baru yang diterima. Henti Bit Henti Data Bit Mula Mula Arah Pengaliran Rajah 2.10 : Penghantaran Tak Segerak Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat. Penghantaran mengira bit pariti dan menghantarnya bersama sama aksara berkaitan. Penerima akan melakukan pengiraan yang sama dan membandingkannya dengan bit pariti yang diterima. Jika sama, aksara yang diterima akan dianggap betul. Jika tidak sama, ralat telah dikesan. Suatu tanda akan disetkan oleh penerima dan meminta penghantaran semula aksara tersebut. Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah:

E5124 / UNIT 2 / 11 i. Penyegerakan bit iaitu dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar. ii. Penyegerakan aksara iaitu yang dicapai dengan menggunakan bit kawalan mula dan akhir untuk setiap aksara. iii. Penyegerakan frame / rangka iaitu dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame. 2.5 Penghantaran Segerak Jika data yang akan di hantar terdiri dari blok blok data, setiap satu blok mengandungi barisan aksara aksara dimana klok klok penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak untuk satu masa yang lama maka penghantaran segerak digunakan. Penghantaran data segerak digunakan untuk penghantaran berhalaju tinggi, tanpa lengahan antara setiap elemen aksara. Blok Data 8 bit 8 Bit 8 Bit 8 Bit 8 Bitt 8 Bit Penerima Arah Penghantaran Penghantar Rajah 2.11 : Penghantaran Segerak Penyegerakan segerak bagi stesen penghantar dan penerima boleh diperolehi pada dua keadaan iaitu ketika talian antara keduanya berkeadaan rehat iaitu tiada penghantaran data atau dengan menghantar sekumpulan isyarat penyegerakan ( contoh : SYN ) sebelum data sebenar dihantar ke penerima. Terdapat dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data iaitu: a. Penyegerakkan berasaskan aksara

E5124 / UNIT 2 / 12 Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di anatara setiap bit. Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok(bit), mesti boleh mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara dan mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka. b. Penyegerakkan berasaskan bit Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary 1 dan memasukkan binary 0 secara otomatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir.

E5124 / UNIT 2 / 13 AKTIVITI 2B Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba. SOALAN 2.5 Nyatakan 3 jenis mod penghantaran dalam komunikasi data. 2.6 Terangkan secara ringkas ketiga-tiga maksud bagi mod operasi tersebut. 2.7 Berikan pengertian bagi penghantaran secara siri dan selari. 2.8 Nyatakan 3 perbezaan antara penghantaran segerak dan tidak segerak.

E5124 / UNIT 2 / 14 INPUT 2.6. Peranan pengkodan dan pengawalan ralat Peranan pengkodan ialah menguatkan dan menaikkan kualiti maklumat atau komunikasi. Peranan pengawalan ralat ialah menentukan kadar kenungkinan ralat dalam suatu sistem, lantas dapat meminimakan kadar berlakunya ralat. Pengawalan ralat merangkumi aspek pengesanan dan pembetulan ralat dengan kaedah pengkodan tertentu. Ketika proses penghantaran, ralat-ralat akan terjadi pada aliran data, disebabkan oleh hingar dan sistem penghantaran itu sendiri. Ralat kadangkala membuatkan data tidak berguna sama sekali. Prosedur-prosedur telah dibentuk untuk mengesan dan membetulkan ralat-ralat penghantaran. 2.6.1 Proses pengesanan ralat Proses penghantaran ralat terbahagi kepada 2 jenis iaitu Pengesanan parity dan Pengesanan lebihan. 2.6.1.1 Pengesanan pariti Bit pariti boleh digunakan untuk mengesan ralat dalam data yang diterima. Ia mengesan kedudukan bit yang mengalami ralat dan

E5124 / UNIT 2 / 15 membetulkannya. Dalam kaedah ini, penghantar akan memasukkan satu bit tambahan kepada kerangka bit dikenali sebagai bit parity. Jika parity genap digunakan, bit parity ditambah supaya bilangan 1 dalam kerangka tersebut adalah genap. Contoh : Aksara ASCII Pariti Genap Pariti Ganjil D 01000100 11000100 d 11100100 01100100 7 10110111 00110111 Dengan cara tertentu, ia digunakan untuk mengesan kedudukan bit yang mengalami ralat di penerima dan seterusnya membetulkannya. 2.6.1.2 Pengesan lebihan Terdapat pelbagai cara untuk pengesanan lelebihan yang digunakan dalam mengesan ralat tetapi kaedah yang sangat berkesan dan meluas digunakan adalah dengan cara Cyclical Redundancy Check (CRC). Di dalam perlaksanaan CRC, blok data yang hendak dihantar akan dibahagikan dengan penjana/pembahagi CRC (nilai pra-aktif). Sebelum proses pembahagian untuk menghasilkan kod CRC dilakukan, blok data akan ditambahkan dengan n bit 0(bit tambahan) yang mana bilangan n ini adalah kurang satu bit daripada bilangan bit penjana dan kemudian bit tambahan ini perlu ditambahkan dihujung blok tersebut. CRC (Cyclic Redundancy Check) CRC adalah sejenis kaedah pengesan ralat menggunakan ko-polinomil.satu kerangka k bit dianggap sebagai satu polynomial dengan K sebutan,bermula daripada X k-1 hingga X 0. Jadi kerangka data 110010 dianggap sebagai satu polinomail dengan 6 sebutan dengan pekalinya ialah 1,1,0,0,1 dan 0.Polinomial ini dapat ditulis sebagai X 5 + X 4 + X 1.

E5124 / UNIT 2 / 16 Bagi menghantar data, penghantar dan penerima mesti bersetuju menggunakan satu polynomial penjana G(x). Kedua-dua bit paling bernilai dan bit paling kurang bernilai bagi polimial ini mestilah 1, maksudnya 10011 boleh digunakan tertapi 10010 tidak boleh. Bagi menghitung bi semakan bagi satu kerangka M(x) yang mengandungi m bit, kerangka ini mestilah lebih panjang daripada polimial penjana.kerangka data yang dihantar T(x) dibentuk dengan mencamtumkan bit semakan kepada kerangka data asal. Kerangka data asal Bit semakan Karangka data yang dihantar Pengiraan bit semakan : 1. Katakan G(x) mempunyai darjah r,maknanya G(x) mempunyai r + 1 bit.cantumkan r sifat di belakang M(x),bagi membentuk sat polynomial X r M(x). 2. Bahagikan X r M(x) dengan G(x) menggunakan pembahagian modulo 2 3. Tolak baki daripada X r M(x) menggunakan penolakan modulo 2 Contoh pembinaan kod CRC Kerangka asal M(x): 1101011011 Penjana G(x): 10011 Darjah Penjana: 4 Kerangka baru (kerangka asal dicantum dengan 4 sifar) X r M(x) 11010110110000 Pembahagian modulo 2 antara kerangka baru dengan penjana akan mengasilkan 1100001010 dengan baki 1110. Tolak: 11010110110000

E5124 / UNIT 2 / 17 kerangka dihantar 1110 1101011011110 Jadi apabila kerangka data tersebut diterima, penerima akan cuba membahagikanya dengan G(x). Andaikan data yang diterima bukan T(x) tetapi T(x) + E(x).Apabila [T(x) + E(x)] dibahagi dengan G(x) dibahagi dengan G(x) ralat dapat dikesan dengan melihat kepada hasil bahagi E(x) dengan G(x) kerana hasil bahagi antara T(x) dengan G(x) sememangnya 0. Ada tiga jenis CRC yang diterima sebagai piawai antarabangsa,iaitu: i. CRC-12 ii. CRC-16 iii. CRC-CCITT

E5124 / UNIT 2 / 18 AKTIVITI 2C Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba SOALAN 2.9 Mengapakah pengkodan dan pengesanan ralat diperlukan semasa penghantaran data di dalam prinsip asas perhubungan data. 2.10 Nyatakan 2 teknik pengsanan ralat. 2.11 Pengesanan ralat selalunya digunakan dalam lapisan yang mana pada model OSI. 2.12 Kaedah pengesanan ralat yang manakah mengandungi bit parity bagi setiap unit data seperti bit parity keseluruhan unit data.

E5124 / UNIT 2 / 19 MAKLUM BALAS 2 A, B & C JAWAPAN 2.1 Penghantar - Bahagian suatu sistem dimana isyarat maklumat dihasilkan, di proses dan dipancarkan. Penerima - Peralatan yang boleh melakukan pengesanan pembawa dan menghasilkan semula isyarat asal. 2.2 Media Penghantaran - Laluan yang digunakan untuk penghantaran isyarat elektrikal antara 2 peralatan berasingan. 2.3 DTE merupakan peralatan yang menjadi sumber maklumat/punca data atau penerima data manakala DCE disediakan oleh pihak berkuasa rangkaian komunikasi atau oleh pelanggan sendiri. Ia menyediakan fungsi fungsi yang diperlukan seperti melaksana, mengendalikan dan melakukan penukaran isyarat serta pengekodan yang diperlukan untuk perhubungan antara DTE dan litar data. 2.4 Contoh DTE : Komputer, Terminal atau Unit Paparan Visual Contoh DCE : Modem 2.5 3 mod penghantaran komunikasi data : i. Simpleks ii. Separuh Dupleks iii. Dupleks Penuh 2.6 Simpleks penghantaran dilakukan dalam bentuk satu hala sahaja.

E5124 / UNIT 2 / 20 - penghantaran yang paling mudah dan kurang masalah dari segi kawalan. Separuh Dupleks penghantaran dilakukan dalam 2 hala tetapi tidak dalam masa yang sama. Satu pihak perlu memberhentikan penghantaran data untuk membenarkan pihak kedua menghantarnya. Dupleks Penuh Penghantaran dilakukan dalam 2 hala secara serentak. - penghantaran data adalah lebih baik kerana ada tindak balas dan laju. 2.7 Penghantaran Siri Semua bit-bit bagi suatu aksara dihantar satu persatu melalui satu kabel dan sesuai untuk jarak yang jauh. Penghantaran Selari - Semua bit-bit bagi suatu aksara terkod akan dihantar serentak dan hanya sesuai untuk jarak yang dekat. 2.8 Penghantaran Segerak Proses penghantaran atau penerimaan Data diklakukan mengikut masa yang ditetapkan. Sebuah jam induk digunakan. Blok-blok aksara dihantar tanpa Kod Mula dan Kod Henti Penghantaran Tak Segerak Proses penghantaran data atau penerimaan secara rawak Jam induk tidak digunakan. Setiap aksara terdapat kod Mula (0) dan kod Henti (1) 2.9 Pengekodan ialah untuk menguatkan dan menaikkan kualiti maklumat atau komunikasi. Pengawalan ralat adalah untuk mennetukan kadar kemungkinan ralat dalam suatu system dapat dikurangkan. 2.10 Teknik pengesanan ralat : i. pengesanan parity ii. pengesanan lelebihan 2.11 Lapisan pengangkutan dan pautan data 2.12 Vertical Redundancy Cyclic (VRC)

E5124 / UNIT 2 / 21 PENILAIAN KENDIRI Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini, anda bolehlah mencuba menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. Selamat Mencuba. SOALAN 2.13 Beri penerangan dengan jelas bagaimana suatu komunikasi data boleh berlaku dengan menggunakan gambarajah blok perhubungan yang mengandungi terminal, moden dan rangkaian telekomunikasi. 2.14 Terangkan dengan bantuan gambarajah yang sesuai bagaimana proses penyegerakkan dalam penghantaran tak segerak tercapai 2.15 Terangkan proses pengesanan ralat Cyclical Redundancy Check.

E5124 / UNIT 2 / 22 MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 2.13 Rangkaian Terminal Modem Telelekomunikasi Modem komputer DTE DCE DCE DTE Rajah 1 : Gambarajah Blok Perhubungan Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok perhubungan yang mengandungi terminal, modem dan rangkaian telekomunikasi. Sebelum sesuatu data diproses oleh sistem penerima maka data (maklumat) perlu dihantar melalui suatu system penghantaran (media penghantaran). Berikut ialah definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam komunikasi data. Penghantar ialah bahagian suatu sistem dimana isyarat maklumat dihasilkan, diproses dan dipancarkan. Contoh isyarat maklumat ialah isyarat audio, video, isyarat bercetak, isyarat terkod dan lain-lain. Media penghantaran ialah laluan yang digunakan untuk penghantaran isyarat elektrikal antara dua peralatan berasingan. Ia mungkin terdiri dari sepasang pengalir atau dawai,kabel sepaksi, gentian optik atau gelombang mikro. Jenis media yang digunakan adalah penting kerana ia menentukan kadar maksima penghantaran data, dalam bit per sesaat atau bps.

E5124 / UNIT 2 / 23 Pengulang(repeaters) ialah satu alat yang disambung dalam rangkaian untuk dijanakan semula isyaratnya. Penerima ialah suatu peralatan yang boleh melakukan pengesanan pembawa dan menghasilkan semula isyarat asal. Proses utama yang dilakukan di sini ialah proses nyahmodulatan. Beberapa peralatan diperlukan untuk proses komunikasi data iaitu DTE dan DCE. DTE ialah suatu peralatan pelanggan untuk komunikasi data, tanpa mengira kekompleksan. Peralatan terdiri daripada punca data atau penerima data atau kedua-duanya. Peralatan yang biasa ialah seperti unit-unit logik kawalan, buffer store, komputerkomputer, unit-unit paparan visual, stesen-stesen kerja berasaskan komputer dan peralatan yang terdapat dalam suatu automated office. Peralatan ini boleh mengandungi pengawalan ralat, penyegerakkan dan kebolehan pengenalan stesen. Contoh ; Komputer, Unit paparan Visual. Manakala peralatan DCE disediakan oleh pihak berkuasa rangkaian komunikasi atau oleh pelanggan sendiri. Ia menyediakan fungsi-fungsi yang diperlukan seperti melaksana, mengendali dan memberhentikan suatu komunikasi data, melakukan pertukaran isyarat dan melakukan pengkodan yang diperlukan untuk perhubungan antara DTE dan litar data. DCE merupakan bahagian dalaman suatu komputer, contoh: Modem atau Data set. 2.14 Penghantaran tak segerak Jika data yang dihantar terdiri dari satu aliran / rangkaian aksara dimana tempoh penjanaan setiap aksara adalah berbeza beza, maka setiap aksara akan dihantar secara bebas dan penerima akan membuat proses penyegerakan pada permulaan setiap aksara baru yang diterima.

E5124 / UNIT 2 / 24 Henti Bit Henti Data Bit Mula Mula Arah Pengaliran Rajah 2 : Penghantaran Tak Segerak Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat. Penghantaran mengira bit pariti dan menghantarnya bersama sama aksara berkaitan. Penerima akan melakukan pengiraan yang sama dan membandingkannya dengan bit pariti yang diterima. Jika sama, aksara yang diterima akan dianggap betul. Jika tidak sama, ralat telah dikesan. Suatu tanda akan disetkan oleh penerima dan meminta penghantaran semula aksara tersebut. Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah iaitu : a. Penyegerakan bit - dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar. b. Penyegerakan aksara - dicapai dengan menggunakan bit kawalan mula dan akhir untuk setiap aksara. c. Penyegerakan frame / rangka - dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame.

E5124 / UNIT 2 / 25 Penghantaran Segerak Jika data yang akan di hantar terdiri dari blok blok data, setiap satu blok mengandungi barisan aksara aksara dimana klok klok penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak untuk satu masa yang lama maka penghantaran segerak digunakan. Penghantaran data segerak digunakan untuk penghantaran berhalaju tinggi, tanpa lengahan antara setiap elemen aksara. Blok Data 8 bit 8 Bit 8 Bit 8 Bit 8 Bitt 8 Bit Penerima Arah Penghantaran Penghantar Rajah 2.3 : Penghantaran Segerak Penyegerakan segerak bagi stesen penghantar dan penerima boleh diperolehi seperti berikut: 1. Ketika talian antara keduanya berkeadaan rehat iaitu tiada penghantaran data 2. Dengan menghantar sekumpulan isyarat penyegerakan ( contoh : SYN ) sebelum data sebenar dihantar ke penerima. Ada dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data: a. Penyegerakkan berasaskan aksara Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di anatara setiap bit. Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok(bit), mesti boleh: i. mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara ii. mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka

E5124 / UNIT 2 / 26 b. Penyegerakkan berasaskan bit Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary 1 dan memasukkan binary 0 secara otomatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir. 2.15 Cyclical Redundancy Check (CRC) ialah ia membahagi semua bit-bit dalam satu blok data dengan satu nombor binary yang ditentukan terlebih dahulu. Lelebihan dari proses pembahagian ini ialah kasara pengesan. Satu aksara pengesan juga dijana dipenerima. Ia dibandingkan dengan aksara pengesan dari penghantar. Satu CRC 16 bit biasa digunakan dalam protocol-protokol segerak berasaskan bit atau aksara. Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah menjawab soalan penilaian kendiri. Sekiranya anda memerlukan maklumat jawapan dengan penjelasan yang lebih teliti sila merujuk kepada pensyarah anda. Teruskan usaha anda dengan pergi ke Unit 3. Selamat Maju Jaya.