PROSEDUR PELAKSANAAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PROSEDUR DAN PERATURAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SENARAI SEMAK TUGAS-TUGAS AJK KONVOKESYEN

Nama Majlis. Tarikh. Tempat. Tetamu Kehorma :

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Nama Majlis. Tarikh. Tempat. Tetamu Kehormat BIL PERKARA BUTIRAN KERJA TARIKH KERJA SIAP

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

KERTAS KERJA NAMA PROGRAM TARIKH : XXXXXXXXX TEMPAT : XXXXXXXXXXX ANJURAN : XXXXXXXXXXXX DENGAN KERJASAMA :

SENARAI SEMAK PROGRAM/ACARA

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

TAJUK 5 Seminar Penyelidikan Tindakan

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

Tatacara Pencalonan Dekan/Pengarah & Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pusat Tanggungjawab Sesi Tahun

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

SENARAI SEMAK PASTI PELAKSANAAN AKTIVITI

PANDUAN KHAS MENGADAKAN MAJLIS MELIBATKAN KERABAT DIRAJA JOHOR

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

SEMAKAN PEMOHON (Tandakan ) SEMAKAN HEA (Tandakan ) 1. Borang permohonan telah lengkap diisi. 2. Permohonan dihantar 4 minggu sebelum tarikh aktiviti.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PERMOHONAN LAWATAN / PROGRAM / SEMINAR / AKTIVITI AKADEMIK PELAJAR

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PEJABAT STRATEGI KORPORAT & KOMUNIKASI (COSCOMM) PERMOHONAN MEMASANG BAHAN PUBLISITI (BILLBOARD/BANNER/BUNTING/POSTER)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P016

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

Tajuk Lawatan. Tarikh Lawatan. Pegawai Bertanggungjawab

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA (SPLN)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen:UPM/OPR/HEPA/P007

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN KLINIKAL PROGRAM DOKTOR PERUBATAN FASA II DAN III

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN PEMBANGUNAN PUTRAMOOC

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

OPERASI PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) KOD DOKUMEN: UPM/OPR/HEPA/P001

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. (UTeM) GARIS PANDUAN PENGGUNAAN. PERKHIDMATAN SIDANG VIDEO TELE-PRESENCE DI UTeM

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

Universiti Malaysia PAHANG

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P008

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI BULAN NOVEMBER 2015 PERKHIDMATAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P009

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2017

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

PELANTIKAN PAKAR LUAR

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERKHIDMATAN AKADEMIK

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN JANUARI HINGGA APRIL 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

PERKHIDMATAN AKADEMIK

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGAMBILAN PEMERIKSA LUAR PK.UniMAP.(O).32

Transkripsi:

1 PROSEDUR PELAKSANAAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Siri Syarahan Umum USM adalah satu program terancang yang bertujuan untuk menyalurkan dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Program ini merupakan sumbangan Universiti secara terus kepada masyarakat dalam usaha mempereratkan hubungan dua hala antara Universiti dan masyarakat. Melalui program ini, USM berusaha mengetengahkan dan menyalurkan pengetahuan serta penemuan tokoh-tokoh terkemuka dari dalam dan luar negara kepada masyarakat. Siri Syarahan Umum ini juga merupakan satu forum yang akan mengupas dan membincangkan masalah-masalah serta isuisu masyarakat agar penyelesaian dapat dipertimbangkan bersama. 2.0 KATEGORI SYARAHAN UMUM Program ini terbahagi kepada 3 kategori, iaitu: i) Syarahan Umum Peringkat Antarabangsa i Syarahan Umum Peringkat Kebangsaan Syarahan Umum Pelantikan Profesor 3.0 PELAKSANAAN SIRI SYARAHAN UMUM Majlis Syarahan Umum Tokoh Antarabangsa dan Kebangsaan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kerja yang dilantik berdasarkan bidang syarahan tokoh berkenaan dan bagi Pelantikan Profesor, Jawatankuasa Kerja tersebut adalah terdiri daripada staf dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) Profesor tersebut. Keanggotaan Jawatankuasa Kerja adalah seperti berikut: Pengerusi: Dekan/ Pengarah PTJ yang dilantik

2 Ahli terdiri daripada: i) Beberapa orang staf akademik daripada PTJ yang dilantik i iv) Wakil dari Bahagian Akademik dan Antarabangsa (BAA) Wakil dari Bahagian Hal Ehwal, Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Wakil dari Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) v) Wakil dari Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) vi) v Wakil dari Jabatan Keselamatan Wakil dari Jabatan Pembangunan vi Urusetia - PTJ yang dilantik ix) Ahli-ahli yang dirasakan perlu untuk tujuan-tujuan tertentu 4.0 BIDANG TUGAS Pelaksanaan Majlis Syarahan Umum memerlukan paduan usaha beberapa pihak di Universiti ini. Berikut ialah bidang tugas PTJ yang terlibat dalam menjayakan majlis-majlis Syarahan Umum: (A) URUSETIA i) Pelaksanaan Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor mesti dilakukan dalam tempoh satu tahun selepas tarikh lantikan. PTJ bertanggungjawab untuk menentukan tarikh, masa dan tempat majlis syarahan di dalam kampus. Perkara-perkara tersebut perlu dilaporkan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Siri Syarahan Umum. Adalah disarankan agar pelaksanaan majlis Syarahan Umum dijalankan tidak melebihi tempoh 3 tahun selepas tarikh lantikan. Tempahan Tempat Sekiranya terdapat kehadiran tetamu kenamaan seperti Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri (TYT), Ketua Menteri, Menteri dan sebagainya, dicadangkan agar syarahan diadakan di tempat yang bersesuaian. Contohnya seperti di Dewan Budaya, Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) atau di mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh MPRC.

Adalah digalakkan agar majlis Syarahan Umum dibuat di dalam kampus USM. 3 i Teks Syarahan Teks syarahan hendaklah merupakan suatu hasil ilmiah yang berkualiti. Oleh itu, teks hendaklah disediakan 4 bulan sebelum tarikh syarahan dan diserahkan kepada Urusetia (Penolong Pendaftar BAA). Pihak BAA akan menyerahkan teks tersebut untuk suntingan bahasa oleh Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan. Teks yang telah siap disunting akan diserahkan kepada Penerbit USM untuk suntingan dan cetakan naskah selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh syarahan. Sekiranya teks tidak dapat diserahkan sebelum tarikh syarahan, PTJ diberikan tempoh selama 6 bulan SELEPAS majlis Syarahan Umum berlangsung untuk proses cetakan. Selepas tempoh 6 bulan, pihak Universiti tidak akan menanggung kos percetakan tersebut. Untuk menyelaraskan teks syarahan, semua gambar Profesor yang dirai hendaklah memakai jubah akademik beserta topi untuk dimuatkan pada muka surat pertama teks. iv) Brosur Brosur perlu disediakan tidak melebihi 3 lipatan kertas bersaiz A4, manakala biodata pensyarah hendaklah tidak melebihi 1 kolum. Kos percetakan adalah di bawah tanggungan PTJ terlibat. v) Tajuk dan Kandungan Syarahan Tajuk syarahan yang dipilih hendaklah dipastikan sesuai dan dapat menarik minat awam dan pihak media supaya majlis seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kandungan syarahan juga perlu memperlihatkan ketokohan dan kekuatan akademik Profesor berkenaan. vi) Jemputan PTJ perlu menyediakan senarai dan mengedarkan jemputan dari dalam dan luar USM selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis. Jemputan untuk TYT, Ketua Menteri dan tetamu VIP lain akan diuruskan oleh MPRC.

PTJ dicadangkan mengenalpasti sasaran audien dan membuat tindakan susulan seperti menghubungi audienaudien tersebut melalui surat menyurat/telefon dan sebagainya. PTJ perlu menggalakkan penyertaan lebih ramai pelajar khususnya pelajar Ijazah Tinggi dalam majlis-majlis syarahan ini. 4 v Keperluan Fizikal/Hiasan Menyemak dan menentukan keperluan fizikal untuk majlis seperti meja, kerusi, rostrum, pasu bunga, alas meja, bunga hiasan, backdrop dan sebagainya. Bagi Majlis Syarahan Umum Kebangsaan dan Antarabangsa, PTJ perlu menyemak keperluan tokoh-tokoh tersebut daripada segi alat-alat bantuan yang akan digunakan semasa syarahan. vi Pengangkutan dan Penginapan Menguruskan tempahan penginapan dan pengangkutan untuk tokoh-tokoh Kebangsaan dan Antarabangsa. ix) Jamuan Teh dan Jamuan Makan Malam Menguruskan majlis jamuan teh selepas syarahan serta majlis jamuan makan malam untuk penceramah Kebangsaan dan Antarabangsa yang selalunya diadakan pada malam sebelum hari majlis syarahan. Merancang tempat jamuan, menu dan senarai jemputan. Menyemak dan memastikan keperluan makanan (dietary requirement) tokoh yang dijemput dipenuhi. Kos perbelanjaan adalah di bawah tanggungjawab PTJ masing-masing. x) Bahan-bahan daripada Penceramah Menguruskan perolehan gambar, teks ucapan, sinopsis daripada penceramah/profesor yang dirai untuk tujuan percetakan risalah dan poster. xi) Penyampaian Syarahan Menguruskan penggunaan kemudahan teknologi terkini seperti multimedia, power point dan sebagainya oleh

profesor/tokoh yang dirai/dijemput supaya pembentangan lebih menarik dan impresif. Tempoh penyampaian Syarahan Umum Pelantikan Profesor dihadkan kepada satu jam yang mana 10 minit diperuntukkan untuk persembahan multimedia. Manakala tempoh syarahan umum keseluruhan merangkumi 40 minit hingga satu jam. 5 x Laporan Selepas Syarahan Menyerahkan laporan kepada BAA dua minggu selepas syarahan berlangsung. Format laporan boleh dicapai melalui pautan http://bheaa.usm.my/index.php/ms/ (B) BAHAGIAN AKADEMIK DAN ANTARABANGSA (BAA) i) Belanjawan Merancang dan memaklumkan Jawatankuasa Kerja tentang butir belanjawan untuk majlis syarahan. Bagi majlis syarahan pelantikan Profesor, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM1,000.00 (termasuk GST) untuk membiayai kos percetakan teks syarahan umum SAHAJA. Kadar bayaran baharu ini telah dikuatkuasa pada 3 Mac 2016. Manakala bagi majlis syarahan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, belanjawan yang diperuntukkan adalah tertakluk kepada peruntukan yang diberikan oleh Universiti. Jadual Syarahan Memastikan tarikh syarahan yang dimohon oleh PTJ tidak bertembung dengan mana-mana aktiviti rasmi Universiti di tempat yang sama. Jika PTJ berhasrat untuk menjemput NC dan semua TNC sebagai tetamu VIP, PTJ perlu menulis surat dan menghubungi Setiausaha masing-masing untuk confirmation. Jika terdapat lebih daripada satu PTJ yang memohon untuk mengadakan majlis syarahan pada tarikh dan tempat yang sama, maka keutamaan akan diberikan kepada PTJ yang terlebih dahulu menghantar makluman dan permohonan kepada TNC AA.

6 i Penerbitan Teks Ucapan Mutakhir Bekerjasama dengan pihak Penerbit USM untuk menguruskan percetakan teks ucapan mutakhir. Semua teks ucapan Syarahan Umum Pelantikan Profesor akan diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Versi Bahasa Inggeris hanya akan dicetak jika Profesor berkenaan sedia menanggung kos pembiayaan. Bilangan unit yang dicetak bergantung kepada jumlah muka surat teks tersebut. Percetakan teks syarahan umum pelantikan Profesor dihadkan kepada 100 naskah @ 30-40 muka surat. (C) Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) i) Menguruskan hal-hal berkaitan publisiti untuk majlis syarahan dengan mengambil tindakan-tindakan berikut: Menghantar siaran akhbar kepada semua akhbar dan media elektronik sebelum majlis berlangsung. Mengeluarkan surat jemputan kepada wartawan. Mengeluarkan surat jemputan kepada TYT, Ketua Menteri, Menteri dan jemputan VIP yang lain. Mengaturkan persidangan akhbar selewat-lewatnya dua minggu sebelum majlis syarahan. Menguruskan hebahan tentang syarahan melalui rangkaian TV dan radio untuk syarahan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. i Mengedarkan kad jemputan untuk majlis makan malam Naib Canselor. Menentukan semua perkara berkaitan protokol majlis seperti menasihati tentang aturcara majlis, susunan tempat duduk tetamu-tetamu kehormat dan sebagainya. (D) Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (i) ( Menguruskan rakaman audio dan video untuk majlis. Menyediakan sistem PA untuk jamuan di dewan bankuasi sekiranya perlu.

7 (E) Jabatan Pembangunan (i) Menyediakan perabot untuk majlis dari segi meja, kerusi, pasu bunga, permaidani merah (sekiranya perlu) untuk majlis syarahan dan jamuan. (F) Dewan Budaya (i) Menyediakan semua keperluan teknikal untuk majlis sekiranya majlis diadakan di Dewan Budaya seperti lampu, siaraya, OHP dan sebagainya. (G) Pejabat Aset dan Operasi Universiti (i) Membantu dalam urusan tempahan dewan. 5.0 PERATURAN-PERATURAN AM i) Jubah Akademik Bagi majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor, semua Profesor yang dirai diwajibkan memakai jubah dan topi akademik. Jubah boleh didapatkan di Pejabat Aset dan Operasi, Aras 2, Bangunan Canselori. Bahasa Penyampai Syarahan Umum Pelantikan Profesor hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu kecuali Profesor dari luar negara. Fleksibiliti penggunaan bahasa diberikan kepada penceramah peringkat kebangsaan dan antarabangsa. i Sesi Soal Jawab Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor boleh mempunyai sesi soal jawab dengan kebenaran Profesor berkenaan. iv) Pameran Hasil Penyelidikan dan Penerbitan Profesor yang dirai sempena pelantikan digalakkan untuk mempamerkan hasil kajian atau penerbitan semasa syarahan berlangsung. v) Brosur dan Kain Rentang Brosur dan kain rentang perlu diteliti oleh Jawatankuasa Kerja peringkat PTJ untuk memastikannya sesuai dan tepat.

Jawatankuasa Kerja juga perlu memastikan bahawa penggunaan logo USM adalah tepat. 8 6.0 PENGECUALIAN Perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan ini harus mendapat kelulusan secara bertulis daripada Naib Canselor. 7.0 PENUTUP Buku prosedur ini disediakan sebagai garis panduan untuk semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis Syarahan Umum Universiti. Semoga semua pihak akan bekerjasama dan menyumbang kepada pelaksanaan majlis-majlis Syarahan Umum yang mantap, berkesan dan berprestij.