BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Langkah : pengetahuan teori perkembangan /psikologi kanak-kanak/ pemerhatian sistematik

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

SK (2) TAMAN KERAMAT

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN MENGGUNAKAN MODEL JARI JEMARIKU MENARI. Pn Mazirah bt Abul Malik. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Siti Nor Azzila Amit

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

CONTOH DAN BOLEH DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH MASING-MASING. Minggu Pertama Transisi (Minggu Orientasi) Hari Aktiviti Catatan

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Pengurusan Bilik Darjah

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 Mata Pelajaran Pendidikan Islam ( Akidah )

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Transkripsi:

BELAJAR SAMBIL BERMAIN Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila mendapati empat orang murid pemulihan Tahun 3 suka bermain ketika guru mengajar. Mereka terdiri daripada empat orang murid yang kesemuannya lelaki masih belum lancar membaca dan membatangkan suku kata menjadi perkataan yang bermakna. Malahan, setiap kali pengajaran dan pembelajaran dijalankan, mereka gemar bermain dan bercerita sesama sendiri tanpa menyiapkan kerja mereka. Apabila rakan lain membaca, mereka tidak menghiraukan. Situasi ini menyebabkan gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran dan murid-murid lain tidak memberikan tumpuan sepenuhnya sewaktu belajar. Di samping itu juga, mereka tidak mengingati apa yang dipelajari keesokkan harinya. Oleh itu, saya mengambil pendekatan melalui kaedah belajar sambil bermain untuk menarik minat mereka agar memperbaiki bacaan mereka. Akhirnya, kaedah bermain ini didapati sangat memberikan kesan kepada mereka bereempat. 1.0 Pengenalan Sekolah Kebangsaan TU, Kuching telah didirikan pada tahun 1966. Pada awal tahun 1977, Sekolah TU telah berpindah secara rasminya ke tempat sekarang. Walaupun sekolah ini di namakan TU, ia terletak di bandaraya Kuching. Sekolah ini mempunyai enam buah kelas biasa, satu kelas pemulihan, dua buah kelas prasekolah, satu kelas prasekolah pendidikan khas dan satu blok kelas pendidikan khas. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu. Jumlah keseluruhan murid pemulihan di sekolah ini ialah seramai 31 orang. 1.2 Keprihatinan Saya Kajian saya ini bermula apabila saya mula mengajar pada minggu pertama murid-murid pemulihan Tahun 3. Saya melihat mereka menunjukkan sikap malas belajar dan tidak mengendahkan guru yang mengajar. Ini merupakan satu faktor mereka lambat membaca. Teknik pengajaran yang membosankan membuatkan murid tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. Apabila guru memberikan lembaran kerja, ada murid yang tidak mahu membuat latihan yang diberikan, ada yang bermain dan ada yang menunjukkan sikap acuh tak acuh dengan guru dan tidak kurang juga menunjukkan sikap ego kepada guru. Pada mulanya saya rasa terkilan dengan sikap murid-murid pemulihan Tahun 3 yang tidak memberikan kerjasama yang baik semasa saya 92

mengajar. Setelah beberapa hari, saya membuat pemerhatian dan mengkaji latar belakang dan tingkah laku murid-murid pemulihan Tahun 3. Tujuannya adalah agar saya dapat memahami dan mengetahui tingkah laku setiap orang murid yang saya didik supaya senang saya dekati mereka dan memahami kehendak mereka yang sebenarnya. Saya dapati murid-murid ini tidak tertarik dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang membosankan seperti kaedah penyampaian dan bercerita seperti di kelas biasa. Oleh itu, saya merancang strategi p&p berpusatkan murid melalui kaedah bermain sambil belajar. 1.3 Fokus Kajian Semasa menjalani latihan pratikum ini, saya sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu anak-anak murid saya ini untuk menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis seperti murid-murid yang lain agar mereka tidak jauh ketinggalan. Justeru, strategi p&p saya perlulah sesuai mengikut kehendak murid-murid ini. Strategi p&p yang dibuat pada minggu pertama tidak membantu muridmurid Tahun 3 ini untuk menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis dengan baik. Oleh itu, saya telah mengatur strategi p&p sebagai langkah pertama dengan menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Murid-murid bukan hanya setakat membaca teks yang diberikan tetapi dengan aktiviti kreatif yang disediakan oleh guru untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis. Langkah saya yang pertama ini menampakkan hasil apabila murid-murid menunjukkan minat belajar dengan melakukan sesuatu aktiviti. Gambar 1 menunjukkan hasil salah satu contoh aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid pemulihan di Tahun 3. Gambar 1: Murid-murid Tahun 3 menunjukkan hasil kerja mereka. Murid-murid pemulihan Tahun 3 terdiri daripada empat orang murid lelaki yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Berikut adalah keterangan untuk setiap murid yang merupakan peserta kajian ini. 93

Murid Pertama: Ali adalah seorang budak yang mempunyai saiz badan yang besar. Dia seorang yang agak pendiam berbanding rakan-rakannya yang lain. Beliau kurang keyakinan diri untuk bercakap dan takut untuk menyuarakan pendapat. Ali mempunyai mood bila hendak belajar. Sekiranya dia hendak belajar, dia akan mengikuti p&p yang disampaikan oleh guru. Sekiranya mood Ali tidak berapa baik, dia akan duduk termenung dengan fikiran kosong. Apa jua yang disampaikan oleh guru tidak ada satu pun yang diterima. Murid kedua: Abu seorang murid yang aktif dan suka bercakap. Tetapi Abu seorang yang sombong dan berlagak pandai. Abu suka mengeluh sekiranya dia tidak berminat dengan p&p yang disampaikan oleh guru. Murid ketiga: Ahmad seorang murid yang inginkan prihatin yang lebih daripada guru setiap kali p&p dijalankan. Dia suka belajar mengikut kemahuannya. Ahmad juga selalu memperkecilkan rakan-rakannya sekiranya mereka lambat untuk melakukan aktiviti yang diarahkan guru. Beliau tidak suka ditegur guru atas kesilapan yang dilakukan. Sekiranya guru menegur sikap dan tindakannya, kemahuan Ahmad untuk belajar akan menurun. Ahmad suka belajar mengikut kemahuan dan aktiviti yang lebih aktif. Murid Keempat: Amin seorang murid yang manja. Saiz fizikalnnya yang kecil menyebabkan dia bersikap keanak-anakan seperti murid Tahun 1. Dia suka merajuk sekiranya guru tidak mahu mengikut kemahuannya untuk belajar. Daripada tinjauan awal yang dilakukan saya melalui pemerhatian, keempatempat murid ini memerlukan strategi p&p yang lebih kreatif untuk menarik minat mereka untuk belajar. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan untuk: menarik minat murid untuk seronok belajar di samping memperbaiki kelemahan mereka dalam bacaan, ejaan dan tulisan; memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal dan yakin dengan apa yang mereka lakukan; dan memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam suasana bebas dan selamat, mengembirakan dan bermakna. 2.0 Perancangan Kajian Bagi mencapai objektif kajian ini, saya menggunakan pendekatan Belajar sambil bermain secara individu dan kumpulan yang diterapkan semasa p&p dijalankan. Main merupakan satu teknik mengajar yang memberikan peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpurapura di dalam keadaan terkawal. Oleh itu, dalam kajian ini, kaedah bermain 94

digunakan untuk mengembangkan pembelajaran murid-murid ke tahap yang optimum. Kaedah belajar sambil bermain ini dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti permainan telah dirancang untuk diterapkan di dalam p&p. Berikut adalah aktiviti permainan yang dirancang. Teka-teki Murid-murid pemulihan Tahun 3 sangat mengemari soalan teka teki. Soalan teka-teki ini bukan sekadar mengurus pemikiran mencari jawapan yang betul, tetapi mendorong pemikiran murid supaya membayang, membanding, meramal, menduga dan sebagainya. Muridmurid cuba mencari jawapan kepada soalan teka-teki yang diberikan oleh guru. Sekiranya murid dapat menjawab, murid dikehendaki mengeja jawapan kepada soalan teka-teki. Lakonan Murid-murid akan berlakon dan membuat aksi mengikut gambar yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid lain akan meneka, mengeja dan menulis aksi lakonan yang dibuat oleh rakan mereka di papan hitam. Murid yang melakonkan aksi tersebut akan memeriksa jawapan rakan mereka sama ada betul atau salah. Roda Impian Memberi peluang kepada murid-murid bermain seperti rancangan tersebut yang ditayangkan dalam televisyen. Mencantum kad suku kata Melalui aktiviti ini, guru boleh membuat analisis pencapaian perkembangan murid dalam p&p. Nyanyian Memberi peluang kepada murid menonjolkan diri dan mengeluarkan suara. Lirik lagu akan diubah berdasarkan tajuk kemahiran yang diajar. Cuba teka Murid-murid akan meneka gaya atau benda yang disembunyikan atau dalam bentuk lakonan. Kotak beracun Mengingat 3.0 Pelaksanaan Tindakan Dan Dapatan Kajian Langkah 1: Murid-murid diberi peluang mencipta kad bacaan mereka sendiri Pendekatan belajar sambil bermain saya mulakan dengan melakukan aktiviti membuat kad bacaan dengan mencantumkan kad, gambar, mengeja dan menulis perkataan pada kad bacaan yang dibina. Keempat-empat orang murid tersebut pada mulanya enggan membuat kerja yang diarahkan saya, tetapi setelah saya memberi contoh, mereka mula tertarik untuk membuatnya. Malahan, saya meminta mereka menunjukkan hasil kerja 95

mereka kepada yang lain. Pada awalnya, mereka berasa malu kerana terdapat kesalahan ejaan pada kad yang dibina. Bagaimanapun, saya memberikan keyakinan agar mereka belajar daripada kesilapan. Akhirnya, mereka mahu menunjukkan hasil kerja mereka. Sebagai penghargaan, saya juga mempamerkan hasil kerja mereka di dalam kelas. Hasil kerja Ali Hasil kerja Amin Hasil kerja Ahmad Hasil kerja Abu Rajah 1: Hasil kerja ditunjukkan Semasa melakukan aktiviti ini, saya dapat lihat perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek, fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Saya juga memberikan penjelasan secara lisan kepada murid-murid kesalahan ejaan yang mereka lakukan. Apabila ada perbincangan antara saya dan murid-murid tentang kesalahan yang mereka lakukan, mereka diminta menyuarakan sebab keadaan itu berlaku. Antaranya ialah; a. Tidak fokus semasa guru mengajar. b. Tidak ingat. c. Bermain dengan kawan yang lain. Hasil daripada aktiviti ini, murid boleh menilai diri mereka dan tahu kesalahan yang mereka lakukan. Malahan murid meminta kepada guru agar memberikan hasil kerja mereka untuk ditunjukkan kepada ibu bapa di rumah dan cuba untuk mengulangkaji perkataan yang dipelajari hari itu. Aktiviti belajar sambil bermain ini mampu menarik minat Ali, Abu, Ahmad dan Amin untuk mengingati p&p yang diajar. Ini dapat dibuktikan apabila pada keesokan harinya, mereka menyatakan apa yang dipelajari oleh mereka kelmarin dan sebelumnya. Di samping itu, mereka menyuarakan hasrat mereka untuk belajar bermain seperti itu lagi. Daripada kajian ini, saya dapat mengetahui kelemahan setiap pelajar saya. Saya dapati bahawa Abu ketika membaca suka mengeja setiap patah perkataaan. Ali pula membaca tersekat-sekat. Ali juga tidak yakin tentang apa yang dibacanya. Kadang-kadang apa yang dieja tidak sama apa yang disebut. Manakala Amin pula mengeja dengan betul tetapi menyebut perkataan yang lain. Begitu juga dengan Ahmad yang sentiasa memerlukan 96

keyakinan daripada guru untuk mengesahkan bacaan yang dibaca dan dieja. Langkah 2: Mengeja dan mencantumkan suku kata menjadi perkataan yang bermakna Saya mencipta satu permainan yang saya namakan lima huruf ajaib yang terdiri daripada huruf-huruf vokal iaitu a, e, i, o, u. Setiap kali mereka mengeja, mereka dikehendaki menggabungkan dan memadankan hurufhuruf konsonan dengan huruf vokal ini sehingga mereka dapat menyebut suku kata yang dikehendaki. Contoh : pelita huruf pertama ialah p. bunyinya a pa e pe bunyi yang betul p i pi o po u pu Langkah 3: Membaca ayat-ayat mudah Selain itu, setelah saya dapati mereka boleh mengeja dan membatangkan suku kata menjadi perkataan yang bermakna, saya menggunakan permainan iaitu bacaan menjadi kucing. Saya memberikan bacaan ayatayat mudah kepada mereka berempat. Apabila terdapat kesalahan satu patah perkataan yang dibaca, mereka akan di denda seperti mengangkat satu kaki; kesalahan dua perkataan mereka mengangkat satu kaki dan satu tangan sehingga mereka merangkak seperti seekor kucing berdasarkan kesalahan bacaan yang dibaca. Saya dapati teknik ini sangat menyeronokkan murid-murid ini untuk belajar. Murid-murid ini diberikan peluang secara individu dan berpasangan untuk melihat kebolehan mereka membaca dengan lancar. Sekiranya salah seorang murid ini tidak dapat membaca dengan lancar, mereka akan mengakui bahawa mereka tidak belajar dan mengulang kaji di rumah. Mereka juga berjanji akan mengulang kaji dan belajar dan tidak mengulangi kelemahan yang dilakukan. Bacaan ayat-ayat mudah ini melalui lakonan menjadi seekor kucing memberikan semangat bersaing dalam kalangan mereka untuk membaca dengan lancar. Saya juga memberikan kebebasan kepada mereka untuk membaca dengan gaya bebas iaitu duduk, berdiri, berpasangan mengikut kehendak mereka. 97

Rajah 2: Murid-murid membaca ayat-ayat mudah Langkah 4: Mengeja dan menulis di papan putih Setelah mereka boleh membaca, saya menggunakan teknik bermain iaitu menulis di papan hitam perkataan yang dipelajari dan menulis ayat-ayat mudah untuk melihat perkembangan mereka. Mereka akan menulis, mengeja dan mengingat perkataan yang telah dipelajari. Selepas itu, mereka menyemak hasil kerja rakan mereka. Aktiviti bermain seumpama ini lebih efektif kerana mereka dapat menilai diri dan rakan mereka. Mereka juga cuba memberi markah untuk hasil kerja rakan mereka. Apabila kesalahan dilakukan, mereka akan cuba betulkan. Cara bermain seumpama ini membolehkan mereka memahami apa yang telah dipelajari. Rajah 3: Gambar menunjukkan murid sedang memeriksa ejaan rakan Langkah 5: Bermain roda impian untuk memilih perkataan bagi membina ayat-ayat mudah di papan putih Setelah murid-murid boleh menulis dan mengeja perkataan dengan baik, mereka didapati dapat malahan suka membina ayat-ayat mudah dengan bermain roda impian. Roda impian dipusing untuk memilih perkataan yang akan dibina berdasarkan gambar. Sebagai contohnya, sekiranya jarum roda impian menunjukkan gambar abang, murid akan membina ayat-ayat mudah di papan putih. Guru dan murid sama-sama akan memberikan markah berdasarkan jumlah perkataan yang di bina. Hasil kerja Ali Hasil kerja Ahmad Hasil kerja Abu Hasil kerja Amin Rajah 4: Hasil kerja murid pemulihan Tahun 3 98

Jika sebelum ini, murid-murid pemulihan Tahun 3 ini selalu masuk lambat ke kelas pemulihan, tetapi sejak pendekatan mengajar yang saya ambil menggunakan teknik belajar sambil bermain, mereka mula menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar. Setiap hari sebelum habis kelas, mereka akan bertanyakan apa lagi yang akan dipelajari keesokan harinya, bentuk permainan apakah yang mereka akan lakukan? Kadang-kadang, mereka akan menyuarakan cara belajar yang mereka hendak seperti bermain roda impian, soalan teka teki, berlakon, cuba teka dan bermain gelung sekiranya mereka melakukan hasil kerja yang baik. Tambahan pula, setiap kali waktu pemulihan, mereka akan datang awal ke kelas dan tidak sabar untuk belajar. Hasil daripada kajian ini, saya dapati murid-murid pemulihan Tahun 3 sudah tahu membaca, mengeja dan menulis dengan baik. Cuma, kadang-kadang terdapat sedikit kesalahan ejaan yang dilakukan. Saya berharap mereka akan meneruskan usaha mereka untuk memperbaiki bacaan, ejaan dan penulisan akan datang dan dapat bersaing dengan murid-murid di kelas biasa. 4.0 Refleksi Saya rasa bersyukur kerana dapat menjalani latihan pratikum selama tiga bulan di sekolah. Pelbagai pengalaman yang saya perolehi terutamanya ketika bersama Ali, Abu, Ahmad dan Ain. Secara tidak langsung, saya sedar bahawa tanggungjawab seorang guru bukan mudah untuk mendidik anak muridnya. Kepuasan mengajar dapat dirasai sekiranya anak murid memperolehi sesuatu yang baik bagi diri mereka. Begitu juga ketika saya membuat penyelidikan tindakan ini. Pendekatan teknik mengajar belajar sambil bermain mampu menarik minat murid untuk memperkembangkan diri mereka. Teknik bermain yang dirancang saya menampakkan hasil yang sangat ketara. Murid-murid pemulihan sudah tahu membaca, menulis, dan mengeja dengan baik. Saya mulai sedar bahawa guru perlu bijak dalam merancang rancangan pengajarannya agar dapat diterima oleh murid. Bagaimanapun, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti main yang terancang, berstruktur, fleksibel dan memenuhi keperluaan kognitif, psikomotor dan afektif murid. Selain itu, semasa membuat kajian ini, hubungan interpersonal antara guru dan murid amatlah perlu. Guru perlu memperlihatkan sikap kasih sayang dan prihatin terhadap muridnya. Hubungan yang mesra dan ikhlas membantu murid untuk membina keyakinan diri. Mereka akan rasa dihargai dan disayangi. Situasi ini akan mempercepatkan lagi pembinaan dan perkembangan seseorang murid itu. 99

Sepanjang menjalani penyelidikan ini, saya juga turut seronok membimbing murid-murid ini walaupun tidak dinafikan ia menuntut kesabaran yang tinggi. Sekiranya guru ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada muridnya, kepuasan yang tidak terhingga akan diperoleh. Segala penat lelah berbaloi sekiranya murid menunjukkan kemajuan dan perubahan yang positif. Bibliografi Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom dan Othman A. Kassim. (2006). Permainan Kreatif Untuk Guru Dan Jurulatih. Kuala lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 100

Lampiran A GAMBAR AKTIVITI PERMAINAN YANG DILAKUKAN OLEH MURID-MURID PEMULIHAN TAHUN 3 SK TU 101