Mungkin sukar untuk dipercayai tanpa a bukti kukuh,

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Kemelut pekerja wanita

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

REVOLUSI INDUSTRI KE - 4 DAN KESAN KEPADA WANITA PUSAT KEPIMPINAN WANITA TUN FATIMAH HASHIM

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROJEK FESTIVAL MINI SWEETS & TREATS APLIKASI TEORI KEPIMPINAN SERVANT TERHADAP PENGURUS

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Tetap yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

ANALISIS KERJAYA DIRI

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

Pengenalan kepada Kaunseling

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

BORANG ANUGERAH TOKOH STAF BUKAN AKADEMIK TAHUN 2016/2017

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Model Pengurusan Strategik

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

KERTAS CADANGAN KAJIAN PROGRAM SARJANA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI Mr. X xx xxxx JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang


KONSEP KENDIRI (Part 5)

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Saintis wanita. mel11buru l{ejayaan. DIBERI ucapan - Canselor UMP Prof.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Tetap yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

Kesetiaan kepada Syarikat

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

RANCANGAN PELAJARAN PENGGAL DUA PENGAJIAN AM TINGKATAN MINGGU TAJUK HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI ABM / KEMAHIRAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG

SUKATAN PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N29

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR (N41) Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Pencernaan Budaya PERDANA UiTM

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2 BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERANGI IDEOLOGI GANAS: APAKAH ADA PENGHUJUNGNYA?

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

Pekerja industri : isu & teknik penyelesaiannya. Sinopsis:

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Transkripsi:

Lelaki akan pupus? Kenapa? Bila? Mungkin sukar untuk dipercayai tanpa a bukti kukuh, tetapi hakikatnya pada ketika ka ini kaum lelaki sedang dilanda konflik yang sedikit payah untuk diuraikan. Di mana-mana saja, di serata negara dan di setiap pelosok benua, ahli akademik dan pemikir futuris meramalkan yang dunia bakal melalui suatu era masa hadapan di mana lelaki akan menjadi sedikit lapuk, mungkin kurang berguna dan menuju perlahan-lahan ke arah kepupusan. Namun begitu, kepupusan yang dimaksudkan ini bukan dari segi fizikal seperti pupusnya dinosaur yang pernah berkuasa jutaan tahun dahulu, tetapi dari aspek guna tenaga dan juga peranan sosial yang dimainkan oleh kelompok lelaki. Kepupusan atau ketandusan lelaki yang boleh memainkan peranan sebagai lelaki pasti akan mendatangkan pelbagai dilema, konflik dan masalah kepada umat manusia. Bayangkan apa yang akan anda lakukan kepada suatu barang lama yang rosak atau alatan yang sudah tidak berguna? Tentunya ia akan dibuang atau dibakar, mungkin juga diberi kepada orang lain yang mungkin juga akan bertindak membuang atau membakar pemberian anda itu. Apa pula yang harus kita lakukan terhadap segelintir kaum lelaki yang sudah terlihat kurang berguna dari sudut praktikal dan perspektif sosial kerana pelbagai sebab negatif yang tidak perlu saya huraikan dengan lebih lanjut? Jawapan kepada soalan ini tentu akan membawa dilema, konflik dan masalah kepada yang bertanya dan yang menjawab, terutama sekali jika yang bertanya dan menjawab itu seorang lelaki. Sayangnya, realiti tetap menghala ke suatu arah yang bertentangan dengan keyakinan diri dan keteguhan peribadi kaum lelaki. Arena sosial dan juga bidang kerjaya yang dipelopori lelaki, mungkin akan menguncup dengan PROLOG Lelaki akan pupus? Kenapa? Bila? 23

perlahan kerana ada segelintir lelaki yang kini tidak boleh lagi bergelar lelaki dalam erti kata sebenarnya, seperti yang tertera dibawah. Dilema lelaki dalam sfera ekonomi Konflik lelaki dalam bidang pendidikan Masalah lelaki dalam dimensi sosial K E P U P U S A N L E L A K I? Dilema lelaki dalam sfera ekonomi PROLOG Lelaki akan pupus? Kenapa? Bila? Era sains dan teknologi tinggi membawa perubahan bukan hanya dalam kualiti kehidupan kita sehari-hari, malah ia juga mengubah cara kita menjalani hidup seharian sebagai satu spesies yang sama. Fokus ekonomi global pada hari ini lebih menjurus ke arah industri pembuatan halus (seperti pembuatan alatan komputer), perhotelan dan juga industri perkhidmatan yang membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan dibuka terutama kepada kaum wanita yang sebelum ini termasuk dalam kumpulan pekerja periferi atau pekerja sambilan saja. Lantaran itu, ada golongan lelaki menghadapi kesukaran mencari pekerjaan misalnya sebagai pekerja am. Ini kerana ramai kaum wanita didapati lebih bersedia menerima kontrak jangka pendek dan tidak terlalu banyak kerenah 24

apabila terpaksa bekerja lebih masa. Wanita juga dipercayai mampu bersaing dalam suasana ekonomi kontemporari kerana mereka mempunyai daya produktiviti yang tinggi dan kemahiran mereka seperti dalam industri pembuatan mikro seperti teknologi cip elektronik, telah lama terbukti. Dalam industri perhotelan dan pelancongan pula, wanita mempunyai nilai tambah berbanding lelaki kerana mereka dilihat memiliki kesabaran dan kemampuan untuk melayan kerenah klien atau pelanggan yang ramai dan datang dari latar belakang yang berbeza. Nilai tambah ini juga bererti bahawa tenaga wanita diperlukan untuk menjana industri perkhidmatan yang memerlukan pekerja dengan etika dan kemahiran sosial yang tinggi. Kemahiran sosial sudah lama dikaitkan sebagai lambang keperibadian wanita berbanding kaum lelaki. Akibat daripada iklim ekonomi global, di beberapa negara Barat imej lelaki sebagai ketua dan pelindung keluarga yang bertanggungjawab mencari rezeki agak terjejas dan semakin pudar. Walaupun negara Barat semakin maju semakin ramai pula lelaki berkahwin kini ditinggalkan di rumah ketika isteri mereka keluar bekerja demi menyara keluarga dan mencari rezeki. Yang menjadi persoalan kritikal pada ketika ini adalah, adakah keadaan ini akan menular ke negara membangun pula pada masa hadapan atau apabila sesebuah negara membangun berubah menjadi negara maju seperti senario negara tercinta kita ini? PROLOG Lelaki akan pupus? Kenapa? Bila? Konflik lelaki dalam bidang pendidikan Pelajar lelaki pada peringkat umur remaja dikhuatiri semakin ramai yang agak ketinggalan dalam bidang pendidikan, contohnya di United Kingdom. Kajian dalam bidang sosiologi pendidikan mendapati bahawa segelintir 25

PROLOG Lelaki akan pupus? Kenapa? Bila? pelajar lelaki tegar tidak lagi mempunyai daya saing yang tinggi dalam pelajaran dan lantaran itu mereka lebih suka mencari pekerjaan dengan cepat apabila tamat sekolah menengah dari menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Konflik dalaman kaum lelaki yang hilang motivasi belajar ini juga menjadi topik diskusi hangat di arena pendidikan global dan semakin mendapat perhatian ahli masyarakat di negara kita. Ada pakar pendidikan yang mengesyorkan tindakan drastik diambil supaya pelajar lelaki ditempatkan di sekolah yang berasingan daripada pelajar perempuan agar mereka lebih mampu bersaing dan tidak cepat mengalah kepada pelajar perempuan yang dilihat sebagai lebih bermotivasi dan berwawasan untuk berjaya dalam pendidikan. Di negara kita sendiri, sering disebut oleh penyelidik pakar dan ahli politik bahawa jumlah siswazah lelaki agak kurang jika dibandingkan dengan siswi di institusi pengajian tinggi negara. Oleh sebab ini, mungkin suatu hari nanti perlu diwujudkan sistem kuota untuk membolehkan kaum lelaki mengurangkan persaingan dengan wanita untuk mendapat tempat di kolej atau universiti awam. Jika tidak, bayangkan kita mungkin melihat wujudnya strata sosial yang baru di mana kaum lelaki akan berada di lapisan bawah jika dibandingkan dengan kaum wanita lebih-lebih lagi jika kelayakan akademik digunakan sebagai kayu pengukur. Walaupun agenda kumpulan feminis Barat akan tercapai apabila perkara ini menjadi realiti, persoalannya apakah yang telah terjadi hingga segelintir kaum lelaki muda seakanakan hilang naluri mereka untuk bersaing secara positif dan melakukan yang terbaik? Mungkin ada lelaki zaman moden yang semakin kabur arah tuju dan semakin patah cita-cita jika dibandingkan dengan kaum wanita yang nampaknya 26

semakin agresif dan semakin bijak mengorak langkah demi masa hadapan yang cemerlang dan gemilang? Masalah lelaki dalam dimensi sosial Mungkin tidak terlalu ekstrem jika saya katakan semakin lama diperhatikan, semakin ketara bahawa lelaki hari ini terpaksa menghadapi realiti sukar dibandingkan zaman sebelum ini. Di dalam dunia pasca moden, ada lelaki yang tidak lagi dapat memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan sebagai sumber untuk mencari rezeki buat keluarga walaupun hal ini masih lagi belum menular di negara kita. Kuasa membeli di tangan lelaki juga semakin tercabar kerana kini kaum wanita sudah ramai menjawat jawatan tinggi di dalam organisasi kerajaan mahupun swasta. Malah, kemampuan wanita sudah terbukti sebagai usahawan yang berdaya maju serta berpandangan jauh melepasi tembok gender. Usahawan wanita Malaysia contohnya, ramai yang mampu menempa nama di pasaran dagang antarabangsa setanding dengan kaum lelaki. Kejayaan ini baik untuk wanita dan untuk membina negara kita, tetapi lelaki moden juga tidak boleh ketinggalan dalam arus sosial perdana yang sedang melanda. Hari demi hari, walaupun keganjilan sosial ini belum ketara dan masih agak terkawal di negara membangun berbanding negara maju di sebelah Barat dunia, di negara kita pula ada sekelompok lelaki yang hanya meramaikan pusat serenti dan pusat tahanan sementara, kerana terkena bahana dadah atau terlibat dalam perbuatan salah laku serta jenayah berat. Mungkin sukar untuk kita menerima hakikat sosial ini, tetapi jika dibandingkan dengan 25 atau 50 tahun lalu di mana lelaki masih lagi mempunyai tempat istimewa dalam PROLOG Lelaki akan pupus? Kenapa? Bila? 27

PROLOG Lelaki akan pupus? Kenapa? Bila? hierarki sosial masyarakat, hari ini kedudukan lelaki sudah semakin tercabar dan ego lelaki juga semakin tercalar. Oleh itu, sebagai lelaki kita semua perlu mengambil tindakan drastik, menganjakkan paradigma serta berevolusi dan cepat berubah sejajar dengan masa, situasi dan juga kemajuan dunia. Lelaki perlu kembali belajar menjadi lelaki, tetapi tanpa sikap dan tabiat buruk yang selalu dikaitkan masyarakat dengan lelaki stereotaip. Kita berada jauh dari situasi radikal di mana dunia ini mungkin ditadbir oleh kaum wanita sepenuhnya (walaupun ia sebenarnya suatu idea yang agak menguja apabila lelaki menjadi hamba wanita dalam segala hal). Saya juga yakin dunia ini tidak akan ditadbir sepenuhnya oleh gorila, kera atau monyet yang boleh bercakap seperti digambarkan oleh filem Hollywood suatu masa dulu. Namun begitu, kaum lelaki perlu melihat dan menilik lebih jauh ke hadapan agar imej mereka (kita) sebagai pencari rezeki yang sentiasa berjiwa tenang, tidak banyak bercakap perkara yang merapu serta mampu berfikiran rasional apabila berdepan dengan kesukaran hidup, tidak akan pudar. Jika ada lelaki yang masih lagi berada di takuk lama dan tidak mahu bergerak ke hadapan dan berubah, memang tidak mustahil jika ada di antara kita yang bakal pupus dan mati, walaupun diri masih lagi terus bernyawa dan mampu berkata-kata dengan lancar. Yang pasti setiap detik akan diganti detik yang baru dan hari demi hari akan datang dan berlalu pergi tanpa kita sedari. 28