Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN MENGGUNAKAN MODEL JARI JEMARIKU MENARI. Pn Mazirah bt Abul Malik. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

KAJIAN TINDAKAN KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDARY SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KONDUSIF

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

LAPORAN PENYELIDIKAN

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

Transkripsi:

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian Charlie Anak Ungang Jabatan Kajian Sosial ABSTRAK Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana bahan bantu mengajar (BBM) membantu pelajarpelajar pemulihan khas dalam menguasai kemahiran asas bacaan. Kajian juga mengenal pasti tanggapan guru dan pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar, masalah yang dihadapi oleh guru dalam penyediaaannya serta keberkesanannya dalam mempertingkatkan pencapaian pelajarpelajar pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan. Responden kajian terdiri daripada 5 orang guru pemulihan dan 15 orang pelajar pemulihan dari 5 buah sekolah rendah di Dearah Serian, Sarawak. Kaedah kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik, temubual dan pemerhatian rekod. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Beberapa cadangan dikemukakan kepada guru dan pentadbir untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kelas pendidikan pemulihan seperti menyalurkan peruntukan untuk penyediaan bahan bantu mengajar, mengadakan kursus lanjutan, perlunya sokongan dari ibubapa dan masyarakat serta mempertingkatkan kesedaran pihak pengurusan sekolah bahawa pelajarpelajar pemulihan juga inginkan kemajuan dan peningkatan dalam akademik. PENGENALAN Kegagalan berterusan untuk memboleh terpupuknya dengan berkesan penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira seperti yang terkandung dalam perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) tidak boleh dibiarkan. Masalah keupayaan muridmurid pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan yang menjadi penggerak kepada kemahiran berkomunikasai dan berfikir secara kritis dan kreatif tidak ditangani secara serius dan bersungguhsungguh. Masalah ini harus diatasi secara jujur oleh semua pihak.

85 Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman muridmurid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Pernyataan Masalah Setelah hampir tiga puluh tahun perlaksanaannya, Program Pendidikan Pemulihan masih belum berkesan sepenuhnya dalam usaha menangani masalah penguasaan 3M khususnya kemahiran asas membaca dalam kalangan pelajarpelajar pemulihan, serta mempastikan 100% celik huruf dalam sistem pendidikan negara. Jabatan Pendidikan Khas, dalam Buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan bahawa berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam kalangan muridmurid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M khususnya kemahiran asas pembacaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1999) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pekelilingnya KP/JPK/BPKP/03/03/1 (43) (1998), telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melaksanakan program intervensi 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) mulai Januari 1999. Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dalam kalangan muridmurid sekolah rendah di seluruh negara, dan golongan yang dimaksudkan ialah muridmurid pemulihan. Utusan Malaysia (9 Oktober 2006) memetik pendedahan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), N. Siva Subramaniam yang menyatakan bilangan pelajar lemah membaca adalah terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah lebih daripada 500,000 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar tahun enam. Menurut Utusan Malaysia, jumlah ini mewakili 25% daripada 2 juta pelajarpelajar sekolah rendah di seluruh negara. Beliau turut menyarankan agar program pendidikan pemulihan di sekolah diperhebatkan dengan mempelbagaikan pendekatan agar masalah ini dapat ditangani secara berkesan.

86 Persoalan Kajian 1. Adakah penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu mempertingkatkan pencapaian penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan muridmurid pemulihan? 2. Adakah penggunaan bahan bantu mengajar dapat menarik minat muridmurid pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan? 3. Apakah masalah yang kerap dihadapi oleh guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar dalam aktiviti asas membaca. 4. Sejauh mana kekerapan bahan bantu mengajar digunakan oleh guru dalam proses pengajaran asas membaca dalam kelas pemulihan. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan mendapatkan maklum balas tentang sejauh mana bahan bantu mengajar memberi kesan kepada peningkatan kemahiran asas membaca dalam kalangan muridmurid pemulihan. Kajian ini juga bertujuan memperlihatkan bagaimana muridmurid pemulihan dapat mempertingkatkan prestasi kemahiran membaca dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang terancang dan berperingkat. Kajian ini juga bertujuan meninjau dan menyelidiki komitmen semua warga pendidik di sekolahsekolah yang dikenal pasti, guru pendidikan pemulihan, guru besar dan juga, ibubapa dalam usaha mempertingkatkan prestasi muridmurid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca. Objektif Kajian 1. Untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar dapat mempertingkat pencapaian pembacaan pelajar pemulihan. 2. Untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar dapat menarik minat pelajar pemulihan. 3. Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar dalam aktiviti pembacaan.

87 4. Untuk meninjau sejauh mana bahan bantu mengajar kerap digunakan oleh guru dalam pengajaran pembacaan dalam kelas pemulihan. Kepentingan Kajian i) Kepada guru dan pelajar Menyedarkan para guru bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan, motivasi dan minat untuk muridmurid pemulihan menguasai kemahiran membaca dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan muridmurid pemulihan. ii) Kepada pihak sekolah Menyedarkan pihak sekolah serta pentadbir tentang masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan dalam menyediakan bahan bantu mengajar. Pihak sekolah harus turut berasa bertanggungjawab di atas masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan untuk membina dan menyediakan bahan bantu mengajar. Beban untuk mengajar mereka harus ditanggung bersama oleh pihak sekolah dan bukan diserahkan bulatbulat kepada guru pemulihan sahaja. iii) Kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Agar Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak mengambil kira tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman secara intensif untuk guruguru pemulihan bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan dalam menyedia, mengendalikan serta menggunakan bahan bantu mengajar dalam setiap aktiviti pembacaan dalam kelas pemulihan. iv) Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia Agar pihak kementerian khususnya Jabatan Pendidikan Khas memberi perhatian kepada keperluan untuk ditambah peruntukan kewangan bagi tujuan pembinaan dan penyediaan bahan bantu mengajar. Reka Bentuk Kajian METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu kaedah soal selidik yang akan ditujukan kepada guru, kaedah temubual dengan pelajarpelajar dan pemerhatian rekod pengesanan pencapaian asas bacaan bagi meninjau tahap kemajuan pelajarpelajar pemulihan. Kajian ini ialah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan melaporkan sebarang maklumat yang diperolehi daripada soal selidik yang ditujukan kepada lima orang guru pendidikan pemulihan yang sedang mengajar dan mengendalikan program

88 pendidikan pemulihan di lima buah sekolah yang berasingan di Daerah Serian, Sarawak. Populasi Kajian Rasional Daerah Serian dipilih untuk kajian ini adalah kerana ianya daerah yang mempunyai bilangan kelas program pemulihan yang terbesar dan mempunyai bilangan sekolah rendah yang ke dua terbesar di Sarawak. Daerah Serian mempunyai sebanyak dua puluh buah sekolah yang mempunyai kelas pemulihan dan sebanyak tujuh puluh sembilan buah sekolah rendah (Laporan Tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, 2005). Sampel yang digunakan ialah seramai dua puluh orang iaitu seramai lima orang guru dan lima belas orang pelajar pendidikan pemulihan. Sekolahsekolah yang dijadikan lokasi kajian terletak jauh antara satu sama lain dan boleh dihubungi dengan pengangkutan darat. Ini memudahkan kerjakerja kajian dijalankan. Instrumen Kajian Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik, temubual dan pemerhatian rekod. Soal selidik ditujukan kepada responden dari kalangan guru pemulihan. Data kajian dikutip dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 26 item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Kaedah temubual digunakan untuk memperolehi maklumat responden dari kalangan pelajarpelajar pendidikan pemulihan bagi meninjau sejauh mana minat dan pengetahuan mereka terhadap penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru dalam kelas pemulihan. Pemerhatian rekod pengesanan pencapaian asas bacaan yang ada di setiap kelas pemulihan bertindak sebagai instrumen untuk meninjau pencapaian pelajar pada awal dan akhir Semester Satu 2006. DAPATAN KAJIAN Analisis Data Soal Selidik dari kalangan Guru Pemulihan Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada SPSS dalam Jadual 1, didapati bahawa penggunaan bahan bantu mengajar mempunyai peranan yang amat besar dalam menjadikan pengajaran guru pemulihan lebih selesa dan berkesan. Ini dapat dilihat dengan sebanyaak 60% daripada responden bersetuju dan 20% amat bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas becaan membolehkan pengajaran guru lebih selesa dan menggalakkan. Ini bermakna secara peratusnya sebanyak 80% responden telah menyatakan bersetuju dengan pernyataan

89 ini. Nilai min iaitu 3.60 menunjukkan hampir semua responden terhadap peranan dan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam asas membaca untuk pelajar pemulihan. Jadual 1 Peranan bahan bantu mengajar dan faedahnya kepada guru pemulihan Item Kekerapan (N) Peratus Min Mengajar lebih selesa dan menggalakkan Amat tidak bersetuju Bersetuju Amat bersetuju 1 3 1 20 60 20 3.60 Jumlah 5 100 3.60 Jadual 2 memperlihatkan seramai 80% responden bersetuju dan 20% amat bersetuju bahawa menggunakan bahan bantu mengajar, pelajar dapat menerima dengan jelas pengajaran guru. Ini menunjukkan bahawa kesemua responden itu 100% bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar amat berkesan dalam pengajaran kemahiran asas membaca dalam kalangan pelajar pemulihan. Purata min sebanyak 4.20 responden bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan pelajar menerima dengan jelas pengajaran guru. Jadual 2 Kesan penggunaan bahan bantu mengajar Item Kekerapan (N) Peratus Min Pelajar dapat menerima dengan jelas pengajaran guru Amat tidak bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Amat bersetuju 4 1 80 20 4.20 Jumlah 5 100 4.20 Jadual 3 memaparkan analisis data kajian yang menunjukkan seramai 60% responden bersetuju dan 40% amat bersetuju bahawa penggunaan bahan

90 bantu mengajar menambah minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan. Nilai sebanyak 4.40 menunjukkan bahawa semua responden hampir amat bersetuju bahawa apabila menggunakan bahan bantu mengajar, pelajar menjadi lebih berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas membaca. Penggunaan bahan bantu mengajar mampu menambah minat serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan. Jadual 3 Kesan penggunaan bahan bantu mengajar terhadap iklim pengajaran. Kekerapan Peratus Min Item (N) Pelajar merasa seronok untuk terus belajar Amat tidak bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Amat bersetuju 3 2 60 40 4.40 Jumlah 5 100 4.40 Kursus dan bengkel pendidikan pemulihan yang pernah dihadiri oleh semua responden didapati masih kurang berkesan. Analisis data di Jadual 4 menunjukkan bahawa seramai 40% daripada responden menyatakan bahawa kursus dan bengkel pendidikan pemulihan yang pernah dihadiri tidak berkesan dan seramai 20% menyatakan kurang berkesan. Secara keselurruhannya peratusan responden menyatakan kursus dan bengkel masih tidak berkesan adalah tinggi iaitu seramai 60%, berbandingkan 40% yang menyatakan berkesan. Nilai min iaitu 3.20 yang ditunjukkan dalam analisis data juga menunjukkan bahawa kursus dan bengkel yang pernah dihadiri oleh semua responden kurang berkesan. Penyelesaian untuk mengatasi masalah penyediaan bahan bantu mengajar melalui bengkel dan kursus perlu dibuat penilaian semula. Analisis data dapatan soalansoalan terbuka yang dikemukakan kepada responden dari kalangan guru pemulihan Ratarata responden menyatakan bahawa mereka memerlukan kursus dan bengkel untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan ianya perlu diadakan dari semasa ke semasa. Jadual 9 dibawah memperlihatkan bahawa semua responden iaitu 100% memberi pendapat bahawa mereka

91 memerlukan kursus dan bengkel untuk memperlengkapkan diri dengan teknik dan kemahiran penyediaan bahan bantu mengajar untuk kelas pendidikan pemulihan terutama sekali dalam kemahiran asas bacaan. Nilai min tertinggi 5.00 memperkukuhkan lagi bahawa mereka sememangnya memerlukan kursus dan bengkel untuk penyediaan bahan bantu mengajar. Jadual 4 Penyelesaian masalah penyediaan bahan bantu mengajar Item 1. Adakah kursus dan bengkel untuk menyediakan bahan bantu mengajar perlu? Perlu Tidak Perlu Kekerapan (N) 5 Peratus Min 100 5.00 Jumlah 5 100 5.00 2. Saranan guru untuk mengatasi masalah penyediaan BBM Kursus anjuran JPN Kursus anjuran JPD Kursus anjuran secara berkelompok 3 1 1 60 20 20 3.60 Jumlah 5 100 3.60 3. Jika diberi pilihan adakah anda berminat untuk mengajar kelas lain Ya Tidak 1 4 20 80 4.20 Jumlah 5 100 4.20 Analisis yang terpapar dalam Jadual 4 juga memperlihatkan bahawa 80% daripada responden tidak berminat untuk mengajar kelas lain selain daripada program pendidikan pemulihan. Hanya 20% sahaja menyatakan kesediaan untuk meninggalkan kelas pemulihan. Nilai min yang tinggi iaitu sebanyak 4.2 menunjukkan bahawa sebilangan besar guru pemulihan sememangnya masih berminat untuk melaksanakan program pemulihan di sekolahsekolah rendah di daerah Serian. Analisis Data Dapatan Temubual Responden dari Kalangan Responden yang terdiri daripada PelajarPelajar Program Pendidikan Pemulihan

92 Analisis data daripada dapatan temubual memperlihatkan bahawa kesemua responden iaitu seramai 15 orang atau 100% tahu bahawa gambargambar yang ditunjukkan kepada mereka ialah bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah dalam pengajaran asas bacaan. Sementara itu 12 orang atau 80.4% daripada responden menyatakan bahawa gambargambar yang digunakan oleh guru semasa mengajar menarik dan 3 orang atau 20.1 % menyatakan gambar yang digunakan oleh guru semasa mengajar semuanya cantik. Analisis Data daripada Rekod Pengesanan Pencapaian atau Prestasi Asas Bacaan pada Awal dan Akhir Semester Bagi meninjau sejauhmana keberkesanan bahan bantu mengajar dalam mempertingkatkan penguasaan kemahiran asas bacaan dalam kelas pemulihan, rekod prestasi asas bacaan telah diperiksa dan dibuat analisis. Rekod pengesanan pencapaian asas bacaan ini telah diperolehi dari fail individu pelajar yang juga sampel kajian. Analisis data dibuat pada awal dan akhir semester satu, 2007. Jadual 5 menunjukkan pencapaian pelajar dalam menguasai asas bacaan pada awal semester sementara Jadual 6 menunjukkan pencapaian pelajar pada akhir semester. Jadual 7 menunjukkan perbandingan antara pencapaian pelajar pada awal dan akhir semester. Min pencapaian dikira dengan formula berikut: Jumlah pencapaian (%) pelajar Min = Bilangan pelajar 885.3 = 15 = 59.0%

93 Jadual 5 Pencapaian pelajar dalam kemahiran asas bacaan pada awal semester Bil. Nama Pelajar (bukan nama sebenar) Sekolah Pencapaian (%) 1 John SK Sebanban 62.3 2 Cynthia SK Sebanban 70.0 3 Felix SK Sebanban 45.5 4 Letchemi SK Lebur 87.5 5 Entika SK Lebur 75.0 6 Alexmey SK Lebur 87.5 7 Conie SK St Alban 62.5 8 Queen SK St Alban 70.0 9 Mike SK St Alban 37.5 10 Ahmad SK Rayang 55.0 11 Siti SK Rayang 25.0 12 Damien SK Rayang 47.5 13 Zainuddin SK Melansai 54.0 14 Ros SK Melansai 62.5 15 Arif SK Melansai 43.5 Min 59.0 Jadual 6 Pencapaian pelajar dalam asas bacaan di akhir semester satu Bil. Nama Pelajar (bukan nama sebenar) Sekolah Pencapaian (%) 1 John SK Sebanban 70.0 2 Cynthia SK Sebanban 80.0 3 Felix SK Sebanban 78.5 4 Letchemi SK Lebur 97.5 5 Entika SK Lebur 90.0 6 Alexmey SK Lebur 97.5 7 Conie SK St Alban 90.0 8 Queen SK St Alban 87.5 9 Mike SK St Alban 72.5 10 Ahmad SK Rayang 80.0 11 Siti SK Rayang 60.0 12 Damien SK Rayang 80.0 13 Zainuddin SK Melansai 70.0 14 Ros SK Melansai 80.5 15 Arif SK Melansai 60.5 Min 80.0

94 Kadar peningkatan min dikira dengan menggunakan formula seperti di bawah untuk memberi satu gambaran yang jelas mengenai peningkatan min pencapaian pada awal semester dan akhir semester. Kadar peningkatan min = %min akhir semester %min awal semester Peningkatan = 21% = 80% 59% Jadual 7 Perbandingan peratusan prestasi pencapaian kemahiran asas bacaan pada awal dan akhir semester satu Bil. Nama Pelajar (bukan nama sebenar) Sekolah Awal Semester % Akhir Semester % Peningkatan 1 John SK Sebanban 62.3 70.0 7.7 2 Cynthia SK Sebanban 70.0 80.0 10.0 3 Felix SK Sebanban 45.5 78.5 33.0 4 Letchemi SK Lebur 87.5 97.5 10.0 5 Entika SK Lebur 75.0 90.0 15.0 6 Alexmey SK Lebur 87.5 97.5 10.0 7 Conie SK St Alban 62.5 90.0 27.0 8 Queen SK St Alban 70.0 87.5 17.5 9 Mike SK St Alban 37.5 72.5 35.0 10 Ahmad SK Rayang 55.0 80.0 25.0 11 Siti SK Rayang 25.0 60.0 35.0 12 Damien SK Rayang 47.5 80.0 32.5 13 Zainuddin SK Melansai 54.0 70.0 16.0 14 Ros SK Melansai 62.5 80.5 18.0 15 Arif SK Melansai 43.5 60.5 17.0 Min 59.0% 80% 21.0 PERBINCANGAN DAPATAN Keberkesanan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar terhadap Pengajaran Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min yang tinggi iaitu 3.60 dan peratus sebanyak 60% bersetuju dan 20% amat bersetuju menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan pengajaran guru

95 lebih selesa dan menggalakkan dalam proses pengajaran asas bacaan. Keputusan ini bertepatan dengan pendapat Mohd Daud Hamzah (1990) yang menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang diperolehi bagi mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Keputusan ini menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja dalam menyampaikan pengajarannya terutama sekali kepada pelajarpelajar pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan. Keputusan ini amat bersesuaian dengan pendapat Rasihidi Azizan & Abdul Razak Habib (1998) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mempertingkatkan Prestasi Penguasaan Asas Bacaan Pelajar Dilihat dari rekod pengesanan pencapaian bacaan pemulihan pada awal dan akhir semester, sememangnya prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar sebelum dan selepas penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas bacaan amatlah jauh perbezaannya. Peratusan purata min yang ditunjukkan pada awal semester ialah hanya 59%. Pada akhir semester prestasi purata nilai min meningkat kepada 80% dengan peningkatan sebanyak 21% setelah penggunaan bahan bantu mengajar diperhebatkan dalam proses pengajaran asas bacaan di kelas pemulihan oleh guru. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi telah berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar pemulihan. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebihlebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Malaysia. Masalah yang dihadapi oleh Guru dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar Kajian ini mendapati bahawa 60% daripada responden menyatakan bahawa kelengkapan bahan bantu mengajar di sekolah tidak lengkap. Nilai kekerapan min 4.4 iaitu satu nilai yang dianggap tinggi, menggambarkan bahawa pendapat responden yang menyatakan kelengkapan bahan bantu mengajar di sekolah adalah dalam unit yang terhad. Keadaan sebegini

96 menurut Koh Boh Boon (1987) menjadi tekanan kepada guru pemulihan yang akan membawa kesan yang negatif kepada pelaksanaan program pemulihan di sekolah. Penggunaannya secara berkesan dan berterusan sememangnya mendatangkan faedah kepada guru dan murid pendidikan pemulihan. Mok Soon Sang (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan dengan menitikberatkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu. CADANGAN Setakat ini guruguru pemulihan terpaksa berkongsi dengan rakanrakan lain untuk menggunakan bekalan am yang sedia ada di sekolah. Ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan mereka kerana didapati guru pemulihan memerlukan bahan yang lebih daripada guru lain. Responden juga mencadangkan agar pihak Jabatan Pendidikan Daerah, melalui peruntukan bekalan am yang ada dapat membekalkan bahan bantu mengajar yang sedia ada di pasaran untuk diagihagihkan kepada kelas pemulihan, sebagai satu usaha meringankan beban guru dalam penyediaannya. Mengadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman adalah satu usaha murni untuk membantu guruguru pemulihan menyediakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran mereka dalam asas bacaan dalam kelas pemulihan. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa oleh kerana guru pemulihan ditugaskan untuk menolong murid lambat dalam penguasaan 3M, maka adalah baik jika mereka didedahkan kepada konsep dan amalan yang terbaru dalam pemulihan kesukaran asas membaca melalui penggunaan teknologi pendidikan yang terkini bersesuaian dengan tahap perkembangan pelajar pemulihan. RUJUKAN Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. KPM. Kuala Lumpur. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Dewan Bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur. Dale R. Edwards. (1969). Audio Visuals Methods in Teaching. Holt Richert & Wilson Publications. New York. USA.

97 Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. (1998). Laporan Tahunan, JPNS. Cetakan Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak. Kuching. Sarawak. Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin dan Adbul Rasid Johar. (2000). Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. AMJ Publishing Enterprise. Banting Selangor. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Pekeliling KP/JPK/BPK PK/03/03/1(43).Jabatan Pendidikan Khas. Damansara. Kuala Lumpur. Koh Boh Boon. (1987). Cabarancabaran Yang Dihadapi oleh Guru Khas Pemulihan. Mohd Daud Hamzah. (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi sebagai Suatu Proses. Terbitan Kumpulan Budiman Bhd.Kuala Lumpur. Rashidi Azizan dan Adbul Razak Habib. (1998). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi. Masa Enterprise. Kajang. Selangor. Sharifah Alwiah Alsagor. (1994). Teknologi Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas. Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Utusan Makaysia. (2006). Muridmurid tingkatan satu tak boleh membaca. Oktober. Hal. 8.