3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan

dokumen-dokumen yang mirip
PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Pertimbangan Pengumpulan Data

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB KONSEP PENYELIDIKAN PENGENALAN

JENIS PENYELIDIKAN DAN PENGENALAN KEPADA PELBAGAI JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

AGIHAN TAJUK. Nama Kursus : Penyelidikan Tindakan 1 - Matematik Pendidikan Rendah (Kaedah) Kod : MTE3133

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Model Pengurusan Strategik

Kesahan. Kesahan Ujian. Kesahan. Kesahan. Konsep kesahan. Adakah suatu ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur?

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK dan SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN ll KOD KURSUS : MTE PELAPORAN (WAJARAN 70%)

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

2.0 PENYATAAN MASALAH

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

Bahagian A (40 markah) menqambil kira latar belakang sosio-ekonomi mereka. Pernyataan ini lebih tepat merujuk kepada?

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Transkripsi:

TAJUK 3 PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsis Kursus ini menjelaskan tentang prosedur penyelidikan pendidikan, Menyatakan masalah kajian, menetapkan objektif kajian, membentuk soalan kajian, membentuk hipotesis kajian, melakukan tinjauan literatur, merancang reka bentuk kajian, menentukan prosedur persampelan, membina instrumen kajian, menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian, menentukan prosedur pengumpulan data,mengumpul data, menganalisis dan menghurai data, membincang dan melapor hasil kajian. 3.2 Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran murid dapat: 1. Mengenal pasti prosedur penyelidikan pendidikan 2. Menerangkan prosedur penyelidikan pendidikan 3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan 21

3.3 Kerangka Konsep Tajuk 3 Menyatakan masalah kajian Menentukan prosedur persampelan Menetapkan objektif kajian Membina instrumen kajian Membentuk soalan kajian Membentuk hipotesis kajian Prosedur Penyelidikan Pendidikan Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian Melakukan tinjauan literatur Menentukan prosedur pengumpulan data Merancang reka bentuk kajian Mengumpul data Membincang dan melapor hasil kajian Menganalisis dan menghurai data 3.4 Prosedur Penyelidikan pendidikan Penyelidikan pendidikan dijalankan mengikut cara yang hampir sama dengan proses penyelidikan yang saintifik menggunakan langkah-langkah yang sistematik dari pembentukan permasalahan kajian kepada pengumpulan data hinggalah menghasilkan satu laporan kajian yang berdasarkan pada analisis kajian yang bertepatan dengan data yang diperolehi. 22

3.4.1 Menyatakan masalah kajian a) Pengenalan Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit elaborasi tentang fokus utamanya, pemboleh ubah yang terlibat dan tujuan kajian. Anda juga harus mengetengahkan beberapa kajian yang signifikan dalam bidang kajian yang anda pilih. Ia sepatutnya ditulis sepanjang lebih kurang 200 perkataan. b) Latar Belakang Masalah Kajian Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti dan terangkan kenapa perlunya kajian ini dibuat. Anda juga harus melakarkan keadaan semasa atau isu-isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada. Di sini anda juga boleh menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian anda dan yang menghasilkan penemuan yang signifikan. c) Pernyataan Masalah Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi variable kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan. (i) Apakah keperluan profesional sesuatu kumpulan guru Pendidikan Islam tertentu? (ii) Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Pemantapan Ilmu Wahyu, kandungan Pendidikan Islam, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain? (iii) Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru berdasarkan kadar gaji bulanan? (iv) Adakah murid-murid yang mengikuti Kelas Fardhu Ain mempunyai keupayaan kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat lebih baik daripada murid-murid yang tidak mengikuti Kelas Fardhu Ain? 23

3.4.2 Menetapkan objektif kajian Pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum susuatu kajian dijalankan. Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada pengkaji sebab ia membolehkan pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Untuk membina item soal selidik, anda perlu merujuk kepada objektif kajian anda. Dalam konteks yang sama, semasa menjalankan pemerhatian, temuduga dan analisis dokumen, anda juga dipandu oleh objektif tersebut. Berikut adalah contoh objektif kajian tentang seorang guru cemerlang. Objektif kajian adalah: 1. Mengenal pasti pendekatan guru dalam pengajaran Pendidikan Islam, termasuk strategi pengajaran dan kaedah serta teknik yang digunakan 2. Mengenal pasti strategi yang digunakan guru dalam bilik j-qaf 3. Memberi penerangan tentang kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat yang disampaikan dan cara bagaimana ia disampaikan, implisit atau eksplisit. 4. Mendapatkan persepsi murid tentang personaliti guru dan hubungan guru dengan murid. 5. Mendapatkan kadar prestasi pengajaran guru daripada perspektif pemerhati dan murid. 3.4.3 Membentuk soalan kajian Soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian. Yang mana jawapan kepada soalan ini membantu pengkaji untk mencapai objektif dan tujuan kajian. Di bawah diberikan beberapa contoh soalan kajian. (a) Apakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan guru cemerlang dalam bilik darjah? (b) Bagaimana guru mengendalikan pembelajaran Amali Solat dalam bilik j-qaf? (c) Apakah kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat dikendalikan secara implisit atau eksplisit? 24

(d) Adakah persepsi murid terhadap guru mereka sebagai teman, seorang berautoriti, pemberi informasi atau seorang waris? (e) Apakah prestasi guru dalam pengajaran yang dinilai oleh pendidik dan murid? 3.4.4 Membentuk hipotesis kajian Hipotesis ialah satu pernyataan yang dijangka menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah. Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut: Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian. Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variable atau kesan antara satu variable terhadap variabel lain. Hipotesis boleh diuji secara spesifik. 3.4.4.1 Perbezaan antara Hipotesis Kajian dan Hipotesis Statistik Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang keputusan yang dijangka, sebaliknya hipotesis statistik adalah pernyataan tentang andaian bahawa tiada hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Andaian tiada hubungan ini perlu dibuat sebab sesuatu kaedah statistik yang digunakan untuk menguji hipotesis perlu mengandaikan tiada hubungan antara pemboleh ubah kajian. Contohnya : Ho : µ1 = µ2 (hipotesis statistic/nol) Ha : µ1 µ2 (hipotesis kajian/alternatif) µ1 = min populasi 1 µ2 = min populasi 2 Bagi mana-mana hipotesis nol /statistic yang dibina, perlu wujud hipotesis alternatif / kajian, sekiranya hipotesis nol ditolak. Jadi terdapat satu set hipotesis. Hipotesis nol biasanya ditulis dalam bentuk tiada perbezaan.selain itu, sesuatu hipotesis tidak boleh diuji sekiranya ukuran pemboleh ubah bersandar tidak bersifat kuantitatif. Data kualitatif yang tidak menggunakan ukuran dalam bentuk angka tidak dapat di analisis secara statistik. Jadi 25

hipotesis kajian tidak perlu dibina, tetapi persoalan kajian perlu dijawab secara deskriptif tanpa bukti berbentuk angka. 3.4.5 Melakukan tinjauan literatur John Creswell (2008) mendefinisikan tinjauan literatur sebagai ringkasan artikel bertulis yang diambil daripada jurnal, buku-buku dan dokumen-dokumen lain yang memberi gambaran tentang maklumat pada masa lalu dan kini. Menyusun literatur sesuai dengan topik kajian. Tinjauan literatur juga sesuai dengan dokumen yang diperlukan oleh suatu penyelidikan. Tinjauan literatur perlu dibuat untuk membolehkan penyelidik memperolehi kefahaman yang mendalam berkaitan masalah kajian. Tinjauan literatur juga boleh memberi maklum kepada penylidik sama ada kajian sudah dilakukan oleh penyelidik terdahulu atau sebaliknya. Langkah-langkah membuat tinjauan literatur: a. Kenalpasti kata kunci b. Dapatkan sumber literatur yang pelbagai c. Menilai secara kritikal d. Susun bahan literatur e. Tuliskan tinjauan literitur 3.4.6 Merancang reka bentuk kajian Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulankumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Terdapat 8 rekabentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara kedua-duanya. 1. Rekabentuk Kajian Kuantitatif Eksperimen Kuasi-Eksperimen Korelasi Tinjauan 26

2. Rekabentuk Kajian Kualitatif Teori grounded Etnografi Naratif Kajian Kes 3. Rekabentuk Kajian Gabungan Kuantitatif & Kualitatif Kaedah Bercampur Kajian Tindakan 3.4.7 Menentukan Prosedur Persampelan Langkah pertama dalam menulis penyelidikan akademik menyediakan draf cadangan penyelidikan, yang merupakan ringkasan sistematik atau dokumen yang terdiri daripada lakaran kasar penyelidikan anda akan menjalankan. Cadangan penyelidikan yang lengkap biasanya mengandungi maklumat tentang masalah penyelidikan, soalan penyelidikan, kajian literatur, metodologi penyelidikan dan senarai rujukan. Mengapa Menulis Cadangan Penyelidikan Satu cadangan penyelidikan adalah pelan kajian yang terdiri daripada rangka kerja konsep penyelidikan, tujuan dan objektif penyelidikan, soalan penyelidikan dan hipotesis, kepentingan penyelidikan dan batasan, kajian literatur dan kajian terdahulu serta alat penyelidikan dan kaedah analisis data. Penyelidik akan menjalankan penyelidikan berdasarkan cadangan ini, dengan hasil akhir menjadi kertas kertas penyelidikan, disertasi, tesis atau projek. Dengan penyediaan cadangan penyelidikan penyelidik akan dapat mengenalpasti masalah isu dikaji dan menyatakan satu set soalan yang perlu dijawab dalam penyelidikan. Kajian literatur yang berkaitan kepada masalah penyelidikan (ini menunjukkan status pengetahuan akademik dalam bidang), dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang masih belum diselidiki atau telah tidak ditangani oleh penyelidik. Menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan penyelidikan, jika berkenaan); Membina metodologi penyelidikan sepadan untuk menguji hipotesis atau menjawab soalan-soalan penyelidikan; Membina reka 27

bentuk penyelidikan dan wajar teknik pengumpulan data; Mengenalpasti prosedur data yang sesuai. 3.4.8 Membina Instrumen Kajian Secara umumnya instrumen kajian ialah apa saja alat, atau cara atau kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Membina instrumen kajian adalah dengan cara mereka / cipta sendiri oleh pengkaji berdasarkan soalan-soalan kajian dan membuat ubahsuai daripada instrumen kajian pengakaji terdahulu dan menggunakan instrumen standard yang sedia ada. Instruman Kajian Kuantitatif menggunakan borang soal-selidik (BSS), pelbagai jenis ujian dan Senarai semak Tujuan Kajian & Reka Bentuk Kajian Kuantitatif ialah: 1. Mencipta persepsi, pendapat atau trend masyarakat terhadap sesuatu isu. Contoh: Persepsi murid PISMP terhadap kepentingan kajian. ( Reka bentuk kajian Jenis Tinjauan ( Survey ) 2. Mengkaji keberkesanan rawatan. Contoh: Keberkesenan kaedah pembelajaran koperatif ( Reka bentuk kajian jenis Eksprimen) Nota : Persampelan rawak 3. Mengkaji keberkesanan rawatan. Contoh: Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif (Reka bentuk kajian jenis Kuasi- Eksperimen) Nota: Persampelan tidak rawak 4. Mengkaji hubungan antara pembolehubah (Reka bentuk kajian jenis Korelasi ) Contoh: Hubungan antara Kaedah Amali Solat dengan penguasaan bacaan dalam solat. REKA BENTUK EKSPERIMEN Ciri-ciri utama: 1. Peserta-peserta dipilih dan diagihkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. 2. Sesuatu intervensi diaplikasikan kepada satu atau lebih kumpulan. 28

3. Akibat (outcomes ) diukur pada akhir eksperimen - boleh menentukan sebab dan akibat dalam kajian. 4. Prosedur direkabentuk supaya menangani ancaman terhadap kesahan. 5. Statistik digunakan untuk membuat perbandingan Contoh 1 Tajuk Kajian: Gaya belajar dalam kalangan murid Tahun 6 di sekolah daerah Kinta Utara. Latar Belakang Kajian 1. Pencapaian akademik adalah penting untuk hala tuju dan masa depan murid 2. Murid tidak tahu memilih gaya belajar yang sesuai dengan diri mereka dan suka mengamalkan gaya pembelajaran pada saat-saat sebelum peperiksaan bermula. 3. Kajian berbentuk tinjauan yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji gaya pembelajaran yang diamalkan oleh murid-murid Tahun 6 di sekolah daerah Kinta Utara dan hubungannya dengan pencapaian akademik berdasarkan empat model / gaya pembelajaran yang diasaskan oleh Dunn dan Dunn (1978) dalam:- a) Stimulus Persekitaran b) Stimulus Emosi c) Stimulus Fisiologi d) Stimulus Sosiologi 4. Kajian ini menggunakan soal selidik berskala 4 mata sebagai instrumen kajian. 3.4.9 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian Kesahan dan kebolehpercayaan instrument amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah dari kecacatan. Semakin tinggi nilai kesahan dan 29

kebolehpercayaan maka semakin jitu data-data yang diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. 1. Kesahan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif). Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Kesahan juga bermaksud ; persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan. Biasanya bagi instrumen soal selidik, seseorang penyelidik akan menggunakan teknik Criterion Related Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen melalui sekumpulan pakar rujuk (expert judgement). Dengan itu penyelidik akan melantik beberapa orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian. Kesahan Instrumen Temu Bual Dan Pemerhatian (Kualitatif) Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan. Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan kriteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada aspek manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik morale ballot dan cross-checking digunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkan nilai kesahan terhadap data, khususnya dalam temu bual. Atas saranan ini, biasanya penyelidik akan 30

menggunakan dua orang informan (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi setiap kajian bagi tujuan temu bual. Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanya bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang informan dalam lokasi kajian yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalam pemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk (construct validity) iaitu dengan cara mengkategorikan peristiwa-peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa kelompok (clusters) bagi variabel yang dikehendaki, kemudian membandingkan pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item (instrumen) agar bersifat ; i. Defensibiliti (dapat dipertahankan hasil kajiannya tepat dan berguna) ii. Accuracy (ketepatan menjawab persoalan kajian) iii. Appropriatetness (kesesuaian relevan dengan tujuan kajian) iv. Meaningfulness (bererti memberi makna terhadap data melalui skor) v. Usefulness (kebolehgunaan mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian). 3.4.12 Menganalisis dan menghurai data Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya. Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data: 31

(a) Fasa pra-analisis (b) Fasa pengurangan saiz data (c) Fasa paparan data (d) Fasa pengesahan data (e) Fasa dapatan Dalam fasa pra-analisis, segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun tertib mengikut keperluan teori analisis. Pemprosesan Data Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui prosidur berikut: (a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Muridan. (b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian. (c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik / inventori diedarkan dan meminta mereka yang berkenaan mengisikannya. d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus murid mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi sekolah. (e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik / inventori, perlu diubah kepada skor variabelvariabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan. 32

(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian. 3.4.13 Membincang dan melapor hasil kajian Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik ia mempunyai pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang terpuji, biarlah dirinya sendiri mempunyai pemikiran yang terpuji. (Johann Wolfgang von Goethe). Dalam membincangkan hasil kajian, kita wajib menyemak keputusan secara kritikal. Menurut Akhiar dan Shamsina (2011) kita juga harus menanya beberapa soalan kepada diri kita sendiri iaitu: - Adakah kriteria yang telah dipilih menunjukkan kualiti isi kandungan yang sah? Adakah kita telah meninggalkan mana-mana kriteria penting atau telah memasukkan kriteria yang tidak berkenaan? - Sekiranya kita menjalankan rawatan (treatment) dan membuat perbandingan antara kumpulan atau masa, maka soalan berikut perlu ditanyakan: berkaitan isi kandungan sebelum dan selepas rawatan? (contohnya, arahan, tahap keupayaan)? selain rawatan yang dirancang, yang boleh mempengaruhi dapatan kajian? semasa kajian dijalankan? Di Institut Pendidikan Guru (IPG), penulisan laporan penyelidikan akur dengan format/gaya mengikut American Psychological Association (APA). 33

Aktiviti perbincangan Penyelidikan didefinisikan sebagai pemerolehan fakta-fakta secara sistematik melalui proses pengumpulan, penganalisisan dan pentafsiran sesuatu keputusan ( Khalid, 2003). Terangkan 4 sebab mengapa penyelidikan dijalankan? Soalan OLL Bagaimanakah cara untuk menyatakan masalah kajian dalam penyelidikan pendidikan? 34