BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DISEDIAKAN OLEH: WAN HANIM NADRAH BINTI WAN MUDA FPTV BAB 1 TUGAS PENYELIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 14 AUDIT DALAMAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

REVOLUSI INDUSTRI KE - 4 DAN KESAN KEPADA WANITA PUSAT KEPIMPINAN WANITA TUN FATIMAH HASHIM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN ZALIZA BTE MD YASIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Model Pengurusan Strategik

MESYUARAT KURIKULUM 1/2010 PENGURUSAN PANITIA : PERANAN DAN FUNGSI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Transkripsi:

1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing. Gates (1996) dalam bukunya Jalan Di Hadapan telah menegaskan betapa pentingnya teknologi digital dalam mengubah hidup kita. Menurut beliau, kita sedang menuju arah satu revolusi baru dan merentasi ambang teknologi yang akan mengubah cara hidup kita membeli belah, bekerja, belajar dan berkomunikasi antara satu sama lain. Hasil daripada penggunaan teknologi ini masyarakat Malaysia telah dapat mencapai maklumat di serata dunia dengan pantas dan mudah. Umpamanya internet merupakan teknologi yang terdapat dalam bidang teknologi maklumat yang dapat menyediakan pelbagai maklumat terkini pada setiap saat kepada pengguna. Hasil daripada perkembangan ini, masyarakat kini dikenali sebagai Post Industrial Advanced Industrial Society. Ini bermakna masyarakat hari ini bukan sekadar bergantung kepada buruh, tanah, modal, usahawan, maklumat dan R & D, malah juga kepada teknologi dan ilmu (Muhammad Shafie, 1997). Justeru itu, bab pertama ini akan membincangkan mengenai isu-isu pendidikan khususnya yang berkaitan dengan penggunaan ICT sebagai latar belakang kajian. Huraian di dalam bab ini juga meliputi pernyataan masalah mengenai perkara yang dikaji, objektif kajian, persoalan kajian dan kepentingan kajian. Turut dibincangkan dalam bab ini ialah skop dan batasan kajian, populasi

2 kajian dan kawasan kajian, model kerangka, kerja konsep kajian serta definisi operasional kajian. 1.2 Latar Belakang Kajian Dunia kini berada dalam era kemajuan yang pesat termasuklah globalisasi teknologi, ekonomi, sosial, politik, budaya dan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam bidang pendidikan seluruh dunia (Cheng dan Townsend, 2000). Oleh itu, institusi pendidikan perlu memandang ke hadapan serta memanfaatkan segala kemajuan bidang teknologi terkini (Mohammed Sani, 1998). Di Malaysia, kepentingan teknologi pendidikan di institusi pendidikan mula diperdebatkan sejak tahun 1970-an. Perkembangan teknologi pendidikan ini terbahagi kepada tiga peringkat. Pertama, zaman sebelum dan selepas merdeka yang mula menggunakan bahan visual dan pandang dengar. Kedua, zaman 1972 hingga 1979 yang mula menggunakan media komunikasi iaitu radio dan televisyen dalam pendidikan. Ketiga, zaman 1980 hingga 1990 iaitu zaman perkembangan pengajaran berasas sumber dan pendidikan komputer (Yusup, 1998). Seterusnya, penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan semakin diperlukan apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewujudkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1997. Sekolah Bestari yang diperkenalkan ini direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah (Siti Hawa, 1997). Salah satu fokus Sekolah Bestari adalah penggunaan teknologi komputer secara meluas dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997). Perubahan yang berlaku adalah satu bentuk revolusi pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa dan cabaran pada masa hadapan (Wan Mohd Zahid, 1993). Langkah ini juga merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Wawasan 2020. Ini kerana, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berkait rapat dengan cabaran serta isu pendidikan masa kini dan

3 datang. Cabaran dan isu dalam sistem pendidikan negara ini berkait rapat dengan perkembangan masyarakat Malaysia yang kian pesat dan mencabar (Al Ramaiah, 1999). Menurut Wan Mohd Zahid (1993), sistem pendidikan yang berwibawa dan responsif mestilah bersifat dinamis sebagai penggerak dan membolehkan sistem pendidikan tersebut berada dalam keadaan yang segar dan hidup. Dalam konteks ini, sistem pendidikan sentiasa berkembang selaras dengan peredaran masa dan keperluan zaman. Wawasan 2020 juga telah menjangka dan mengenal pasti cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Salah satu cabaran tersebut ialah membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh iaitu bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan (Wan Mohd Zahid, 1993). Matlamat pembangunan 10 tahun (2001-2010) yang telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri adalah untuk membangunkan sistem pendidikan negara yang utuh dan mantap (Musa, 2002). Oleh itu, kerajaan juga amat menitikberatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua peringkat terutamanya di peringkat sekolah. Ini dapat dilihat apabila kerajaan berhasrat untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai Sekolah Bestari menjelang tahun 2010 (Siti Aishah et. al., 2002). Dasar ke-15 dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) telah menggariskan satu panduan untuk mewujudkan golongan pengurus pendidikan yang mahir dan profesional dengan melaksanakan strategi dan pendekatan latihan yang standard, bermutu, berkesan dan relevan untuk melahirkan kumpulan pengurus, kumpulan pakar dan kumpulan guru. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kementerian Pelajaran (PPKPM) pula, kementerian akan memastikan infrastruktur yang mencukupi untuk melaksanakan kurikulum dan kokurikulum dengan lebih berkesan. Serentak itu, input pendidikan seperti guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagihkan secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang antara sekolah, tanpa megira aliran dan lokasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan (Musa, 2002).

4 1.3 Pernyataan Masalah Perubahan pesat yang berlaku dalam bidang ICT terutamanya dalam penggunaan komputer telah mencetuskan perubahan ke atas bentuk pendidikan negara (Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin dan Abd Rashid Johar, 2000). Pada masa sekarang, pengurusan sekolah di Malaysia telah menjadi semakin banyak kerana pertambahan bilangan guru-guru, staf sokongan, mata pelajaran dan program aktiviti pelajar. Keadaan ini menyebabkan bidang pengurusan yang dihadapi oleh pihak pentadbir sekolah juga semakin rumit. Pentadbir sekolah perlu memastikan pengurusannya adalah cekap dalam mentadbir sumber manusia, membuat keputusan dan menilai prestasi kakitangan di bawah kawalan mereka. Peranan teknologi maklumat pada penghujung abad ke-20 dan menjelang abad ke-21 begitu besar dan ketara. Oleh itu, pengenalan dan penggunaan komputer dalam pengurusan pendidikan di semua peringkat pengurusan pendidikan telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi di kalangan pelbagai pihak terutamanya pentadbir-pentadbir (Zahri, 1992). Mohd Syukri (2002) berpendapat, dengan kewujudan ICT, fungsi dan peranan pentadbir menjadi lebih mencabar. Mereka bukan sahaja wajib mempertingkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan perbincangan, bahkan mereka perlu menguasai kemahiran penggunaan ICT dan memanfaatkan penggunaan ICT. Tambahan pula, tanpa kesedaran dan persediaan yang baik para pendidik akan menghadapi masalah untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Menurut Barta, Telem dan Gev (1995), penggunaan teknologi maklumat khususnya teknologi komputer dalam sistem pengurusan serta dalam aktiviti dan urusan seharian akan meningkatkan pelaksanaan, keberkesanan dan kecekapan dalam sesebuah kolej dan universiti. Hasil daripada penggunaan teknologi maklumat ini juga akan dapat menjimatkan kos daripada perbelanjaan tenaga kerja. Institusi pendidikan yang menggunakan teknologi maklumat lebih berdaya saing jika dibandingkan dengan institusi yang lain dan dapat memberi imej yang baik serta menarik lebih ramai pelajar untuk menuntut di institusi tersebut.

5 Norhaini (1999), menyatakan bahawa kerajaan telah menyedari akan kepentingan teknologi maklumat. Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia beberapa program komputer (salah satu komponen teknologi maklumat) telah dilancarkan antaranya pengenalan kepada komputer 1986. Projek Literasi komputer 1992, Pengajaran berbantukan komputer pada tahun 1994 dan Projek Jaringan Pendidikan 1995. Namun begitu, terdapat juga sebilangan guru yang tidak mahu dan agak sukar untuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan terutamanya yang melibatkan bidang teknologi maklumat. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti pendapat Pentadbir sekolah tentang: i. Jenis perisian komputer yang paling kerap digunakan dalam tugas-tugas pengurusan di sekolah. ii. Tahap penggunaan ICT dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan (kurikulum, murid, kewangan, kokurikulum) di sekolah. iii. Tahap kemahiran menggunakan ICT dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan di sekolah. iv. Keberkesanan menggunakan ICT dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan di sekolah.

6 1.5 Persoalan Kajian Beberapa persoalan kajian dikemukakan sebagai panduan untuk mencapai objektif kajian iaitu: i. Apakah jenis perisian yang paling kerap digunakan dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan di sekolah? ii. Apakah tahap penggunaan ICT dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan (kurikulum, murid, kewangan, kokurikulum) di sekolah? iii. Apakah tahap kemahiran menggunakan ICT dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan di sekolah? iv. Apakah pendapat pentadbir terhadap keberkesanan menggunakan ICT dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan di sekolah?