NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 01 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 1/8 Disediakan oleh Diluluskan oleh. Nama Dr. NORIATI BT A RASHID Nama DATO MISRAH BIN HJ. IBRAHIM Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH Jawatan PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Tarikh 15 FEBRUARI 2008 Tarikh 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 01 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 2/8 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan menjelaskan proses merancang, menggubal, dan memurni kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan agar dijalankan secara sistematik, profesional, dan berkesan mengikut keperluan Bahagian Pendidikan Guru. 2.0 SKOP Prosedur ini oleh semua ahli panel perancang dan pakar luar yang terlibat dalam perancangan dan penggubalan kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan. 3.0 DOKUMEN RUJUKAN 3.1 BPG-PPK-MK-01 3.2 Akta Pendidikan 1996 3.3 BPG-PPK-PT-01 Penyediaan Unjuran Keperluan dan Pengambilan Guru 3.4 Senarai Tugas Staf Ikhtisas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di BPG dan Institut Perguruan Malaysia 3.5 BPG -PPK -PT-09 Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran 3.6 Minit Mesyuarat pre-council perancangan reka bentuk kurikulum latihan perguruan 3.7 Minit Mesyuarat pre-council perancangan kurikulum latihan perguruan mengikut mata pelajaran atau kursus 3.8 Minit Mesyuarat Majlis Professional, Pengurusan, dan Pentadbiran, BPG 3.9 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum Pendidikan Guru (JPKPG)
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 01 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 3/8 4.0 DEFINISI 4.1 Istilah 4.1.1 Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ialah jawatankuasa peringkat tertinggi penggubalan dasar pendidikan di Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran. 4.1.2 Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum Pendidikan Guru (JPKPG) ialah jawatankuasa peringkat tinggi penggubalan dasar kurikulum latihan perguruan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 4.1.3 Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) ialah jawatankuasa peringkat tertinggi penggubalan dasar kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 4.1.4 Program praperkhidmatan merujuk program yang dikendalikan untuk mendidik guru pelatih, iaitu Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk calon bukan sisiwazah dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) untuk calon siswazah. 4.1.5 Reka bentuk kurikulum merujuk penerangan yang lengkap tentang prinsip perancangan program dan kandungan program latihan pendidikan guru. 4.1.6 Struktur kursus merujuk rangka (outline) yang menerangkan secara lengkap taburan komponen dan kandungan kursus mengikut semester dan jam kredit. 4.1.7 Perancang kurikulum merujuk pensyarah institut perguruan, pensyarah universiti, dan pegawai KPM yang menganggotai panel penggubalan kurikulum.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 01 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 4/8 4.1.8 Pengajaran dan pembelajaran merujuk aktiviti penyampaian dan perolehan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keguruan. 4.1.9 Sukatan Pelajaran merujuk skop kandungan latihan pendidikan guru mengikut mata pelajaran masing-masing bagi program praperkhidmatan bukan ijazah. 4.1.10 Pro forma kursus merujuk skop kandungan latihan pendidikan guru mengikut kursus-kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 01 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 5/8 4.2 Singkatan JPP Jawatankuasa Perancangan Pendidikan PPG JKP JPKPG JPK KDPM PPISMP PISMP KPLI KPLI SR KUR DPP MPKPM KPP PP p & p PT Pengarah Pendidikan Guru Jawatankuasa Kurikulum Pusat Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum Pendidikan Guru Jawatankuasa Pusat Kurikulum Kursus Diploma Perguruan Malaysia Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru Unit Dasar, Perancangan dan Pembangunan, Bahagian Pendidikan Guru Mesyuarat Pengurusan, Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah Pengajaran dan Pembelajaran Pembantu Tadbir MPPP Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 01 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 6/8 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab PPG Tindakan 1. Menerima keputusan mesyuarat JPP yang memutuskan penawaran program latihan untuk memenuhi keperluan guru. 2. Menerima laporan unjuran keperluan guru daripada unit DPP. 3. Mencadangkan program latihan untuk memenuhi keperluan guru dan keperluan perkembangan latihan keguruan terkini. KPP-KUR KPP dan PP 4. Mengambil tindakan untuk merancang dan membina reka bentuk kurikulum bagi program praperkhidmatan setelah menerima arahan daripada PPG. Reka bentuk kurikulum yang disediakan selaras dengan perkembangan terkini kurikulum sekolah rendah dan kurikulum sekolah menengah yang diluluskan oleh JKP, Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Mengadakan mesyuarat pre-council penggubalan kurikulum latihan guru untuk mendapat pandangan dan panduan profesional daripada pihak universiti / institut perguruan/ bahagian-bahagian Kementerian Pelajaran / badan-badan profesional yang berkaitan. 6. Menyediakan kertas konsep reka bentuk kurikulum selepas menerima input mesyuarat pre-council dan perbandingan dengan program yang serupa di institusi tempatan dan luar negara. KPP 7. Membentangkan cadangan reka bentuk kurikulum untuk makluman dan pandangan MPPP, Bahagian Pendidikan Guru. 8. Mempengerusikan mesyuarat dengan PP kurikulum yang diberikan tanggungjawab untuk mengurus semua perkara berkaitan dengan penggubalan kurikulum mata pelajaran masing-masing. PPG KPP dan PP 9. Membentangkan kertas konsep reka bentuk kurikulum untuk memberi makluman dan mendapat pandangan MPKPM. 10. Mengadakan mesyuarat pre-council penggubalan sukatan pelajaran dan pro forma kursus. 11. Mengadakan mesyuarat penggubalan sukatan pelajaran dan pro forma kursus.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 01 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 7/8 Tanggungjawab Tindakan 12. Menyediakan draf sukatan pelajaran atau pro forma kursus. 13. Mengadakan mesyuarat pemurnian sukatan pelajaran dan pro forma kursus untuk dibawa ke mesyuarat JPKPG. 14. Membentangkan reka bentuk kurikulum, sukatan pelajaran atau pro forma kursus untuk mendapat validasi JPKPG. PP 15. Menerima keputusan mesyuarat JPKPG dan mengambil tindakan susulan seperti berikut a) membuat pindaan kandungan kurikulum, sukatan pelajaran atau pro forma kursus seperti yang diputuskan dalam mesyuarat JPKPG dengan menggunakan format seperti ditunjukkan dalam LAM- PT25-01. b) menyediakan salinan terakhir sukatan pelajaran atau pro forma kursus institut perguruan untuk dicetak. c) mengurus percetakan sukatan pelajaran mengikut keperluan institut perguruan. d) menyimpan sukatan pelajaran dan pro forma kursus yang telah mendapat validasi daripada JPKPG. PP dan PT PP 16. Mengurus pengedaran sukatan pelajaran seminggu sebelum kursus bermula. 17. Memberi induksi kurikulum praperkhidmatan kepada pensyarah IPG 18. Menjalankan pemantauan untuk mendapat maklum balas pelaksanaan kurikulum mengikut instrumen seperti contoh yang ditunjukkan dalam LAM-PT25-02. 19. Menyemak semula kurikulum praperkhidmatan selaras dengan hasil dapatan pemantauan yang dijalankan.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 01 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 8/8 6.0 REKOD KUALITI Bil. Rekod Lokasi Tempoh Disimpan Lampiran 1. Borang Pengesahan Pindaan Kurikulum KUR, BPG Selagi LAM-PT25-01 2. Contoh Instrumen Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum KUR, BPG 3. Struktur dan Komponen KUR, BPG LAM-PT25-02 LAM-PT25-03 4. Model Konseptual Pendidikan Guru KUR, BPG LAM-PT25-04 5. Format Panduan Menulis Kandungan Kurikulum KUR, BPG LAM-PT25-05 6. Carta Alir Kerja Merancang, Menggubal Dan Menyediakan Kurikulum Kursus Perguruan Praperkhidmatan Rendah Dan Menengah KUR. BPG LAM-PT25-06