HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK PELAJAR TINGKATAN DUA DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI KAWASAN SKUDAI, JOHOR

dokumen-dokumen yang mirip
AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

SENARAI KANDUNGAN. Borang Perakuan Keaslian Penulisan. Penghargaan. Senarai Kandungan. Senarai Jadual. Senarai Rajah. Senarai Simbol/Singkatan

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

KANDUNGAN 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUKPERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

ABSTRAK. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang. unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SENARAI KANDUNGAN BAB PENDAHULUAN HALAMAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENYELIDIKAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN BAHAGIAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Katakunci :makmal komputer, guru

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROJEK FESTIVAL MINI SWEETS & TREATS APLIKASI TEORI KEPIMPINAN SERVANT TERHADAP PENGURUS

Transkripsi:

HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK PELAJAR TINGKATAN DUA DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI KAWASAN SKUDAI, JOHOR MOHD ROSMADI BIN PAIMIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia OKTOBER 2009

iii DEDIKASI Buat ayahanda dan bonda tercinta.. Hj. Paimin Bin Hj. Sadio dan Hjh. Siti Zaleha Bte Hj. Mohd Taib Terima kasih di atas doa, nasihat dan sokongan untukku selama ini... Buat adik-beradik tersayang.. Mohd Amin, Siti Zamnah dan Khairul Ariffin Kalianlah pembakar semangatku.. terima kasih di atas kesabaran kalian, sokongan dan dorongan yang diberikan dalam meneruskan perjuangan ini.. Untuk semua saudaraku, teman dan sahabat yang dikasihi Terima kasih di atas persahabatan dan sokonganmu... Semoga mendapat rahmat dari Allah S.W.T

iv PENGHARGAAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Dengan izin dan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Setinggi perhargaan kepada Dr. Mohd Anuar Bin Abd. Rahman selaku penyelia Projek Sarjana Muda atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan beliau sehinggalah saya dapat menyiapkan tesis ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat iaitu dua sekolah menengah di kawasan Skudai. Kerjasama dari mereka amatlah dihargai. Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan saya yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang saya menyiapkan tesis ini. Semoga Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang tidak ternilai. Sekian, terima kasih

v ABSTRAK Kajian korelasi ini dijalankan bertujuan untuk melihat sikap pelajar terhadap pembelajaran Matematik dan hubungannya dengan pencapaian mereka dalam Matematik. Responden kajian terdiri daripada 236 orang pelajar Tingkatan Dua di dua buah sekolah menengah kebangsaan di kawasan Skudai, Johor. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 30 soalan berkaitan sikap pelajar terhadap pembelajaran Matematik. Hasil kajian rintis yang dijalankan ke atas 10 orang pelajar mendapati nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) soal selidik adalah 0.814. Data kajian dianalisis secara kuantitatif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS Version 13.0) yang melibatkan penggunaan statistik deskriptif, ujian-t dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan sikap pelajar terhadap pembelajaran Matematik berada pada tahap sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap emosi dan berwawasan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan manakala sikap komitmen memperlihatkan tiada perbezaan yang signifikan. Seterusnya hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspek komitmen dan emosi dengan pencapaian Matematik tetapi sebaliknya aspek berwawasan tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Akhir sekali, beberapa cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi pencapaian Matematik pelajar Tingkatan Dua.

vi ABSTRACT This correlation research was carried out to survey students attitudes towards learning Mathematics and relationship with their s achievement in Mathematics. The respondents of the study were 236 Form Two students from two secondary schools in the Skudai area, Johor. The research instrument was a 30 item questionnaire on students attitudes towards learning Mathematics. A total of 10 students were involved in the pilot study and the Cronbach Alpha reliability for the instrument was 0.814. The data was analyzed quantitatively using the Statistical Package for Social Science (SPSS Version 13.0) and descriptive statistic, t-test and correlation were employed. The findings of the study showed that the attitude level of students towards learning Mathematics in moderate level with comittment (3.447), emotion (3.552) and vision (3.544). The findings of the study also revealed that there were significant differences between male and female students in emotion and vision attitude but not for comittment. Furthermore, this research also revealed that there was a significant relation between comittment and emotion with Mathematics achievement but not for vision. Finally, several suggestions have been implicated to upgrade the level of Mathematics Form Two achievement.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Hipotesis Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 8 1.8 Skop dan Batasan Kajian 8 1.9 Definisi Kajian 9

viii 1.9.1 Sikap 9 1.9.2 Komitmen 10 1.9.3 Emosi 11 1.9.4 Berwawasan 11 1.9.5 Pencapaian Matematik 11 1.9.6 Pelajar 12 1.10 Penutup 12 BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Sikap 13 2.2.1 Sikap Dari Aspek Komitmen 16 2.2.2 Sikap Dari Aspek Emosi 18 2.2.3 Sikap Dari Aspek Berwawasan 20 2.3 Hubungan Sikap Dengan Pencapaian 21 2.4 Penutup 26 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 27 3.2 Rekabentuk Kajian 27 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 28 3.4 Instrumen Kajian 29 3.5 Lokasi Kajian 31 3.6 Kajian Rintis 32 3.7 Prosedur Kajian 32 3.8 Kaedah Penganalisaan Data 33 3.9 Penutup 34 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 35

ix 4.2 Bahagian A (Analisis Faktor Demografi Terpilih Responden) 36 4.3 Bahagian B (Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian) 38 4.3.1 Tahap Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Matematik 38 4.3.2 Perbezaan Sikap (Komitmen, Emosi Dan Berwawasan) Di Antara Pelajar Lelaki Dengan Pelajar Perempuan Terhadap Pembelajaran Matematik 44 4.3.3 Hubungan Komitmen, Emosi Dan Berwawasan Dengan Pencapaian Matematik 46 4.4 Penutup 47 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 48 5.2 Rumusan 48 5.3 Perbincangan 49 5.3.1 Sikap Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Pembelajaran Matematik 50 5.3.2 Hubungan Sikap (Komitmen, Emosi Dan Berwawasan) Pelajar Dengan Pencapaian Matematik Tingkatan Dua 53 5.4 Cadangan 54 5.4.1 Cadangan Tindakan 54 5.4.1.1 Pihak Pentadbiran Sekolah 54 5.4.1.2 Guru Matematik 55 5.4.1.3 Pelajar Tingkatan Dua 56 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 56 5.5 Penutup 57

x RUJUKAN 58 LAMPIRAN 65

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Bilangan, peratusan dan sampel pelajar Tingkatan Dua mengikut sekolah 29 3.2 Jadual skala Likert 30 3.3 Bilangan item mengikut bahagian 31 3.4 Jenis ujian statistik mengikut bahagian 33 3.5 Skor min keseluruhan tahap sikap 34 3.6 Kekuatan hubungan dalam kaedah korelasi 34 4.1 Taburan responden mengikut kelas 36 4.2 Taburan responden mengikut jantina 37 4.3 Taburan responden mengikut keputusan pencapaian Matematik 37 4.4 Min keseluruhan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) pelajar Tingkatan Dua terhadap pembelajaran Matematik 39 4.5 Taburan kekerapan, peratus dan min sikap (emosi) 39 4.6 Taburan kekerapan, peratus dan min sikap (berwawasan) 41 4.7 Taburan kekerapan, peratus dan min sikap (komitmen) 42 4.8 Analisis min dan ujian-t perbezaan sikap (komitmen) pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Dua 44 4.9 Analisis min dan ujian-t perbezaan sikap (emosi) pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Dua 45 4.10 Analisis min dan ujian-t perbezaan sikap (berwawasan) pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Dua 45 4.11 Analisis hubungan sikap (komitmen, emosi dan

xii berwawasan) pelajar Tingkatan Dua dengan pencapaian Matematik 47

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Komponen Sikap Manusia 14 2.2 Model Proses Pendidikan 22

xiv SENARAI SINGKATAN PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris ICT - Teknologi Maklumat Dan Komunikasi SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SS - Sangat setuju S - Setuju TP - Tidak pasti TS - Tidak setuju STS - Sangat tidak setuju

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik 65 B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 70 C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM 72 D Keputusan Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 73 E Keputusan Kekerapan, Ujian-t dan Korelasi 75

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaanya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran ini diperkenalkan kepada pelajar bertujuan untuk melahirkan individu yang berketrampilan dalam mengaplikasikan pengetahuan Matematik dalam kehidupan seharian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Oleh itu, pembelajaran Matematik dengan menggunakan kaedah atau pendekatan yang berkesan pastinya akan melahirkan individu yang dapat mengaplikasikan pengetahuan Matematik. Perkara ini penting untuk merealisasikan hasrat negara mencapai matlamat Wawasan 2020 kerana Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia berdaya saing pada era globalisasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Mata pelajaran Sains dan Matematik akan mendominasikan kepesatan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) disamping penggunaan bahasa antarabangsa iaitu bahasa

2 Inggeris. Sehubungan dengan itu, kesediaan diri dalam mempelajari mata pelajaran ini adalah sangat penting. Pembelajaran dan pengajaran Matematik di sekolah memerlukan kemampuan, kecekapan, kesediaan pelajar untuk memahami, menganggap, membina konsep dan pemahaman tentang mata pelajaran tersebut. Kemampuan yang diperlukan oleh pelajar dalam konteks ini tidak terbatas pada kebolehan kognitif sahaja, malah faktor-faktor psikologi seperti sikap, motivasi, minat dan personaliti turut menyumbang kepada pencapaian pelajar. Azizi et al. (2006) berpendapat bahawa faktor yang mempengaruhi kejayaan pembelajaran adalah banyak tetapi pakar psikologi sosial pendidikan bersetuju bahawa faktor sikap adalah faktor yang terpenting. Menurut ahli psikologi sosial, sikap meliputi tiga komponen yang utama iaitu afektif, perilaku dan kognitif (Rajecki,1989). Komponen afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu iaitu bagaimana perasaan seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan sikap kita. Manakala komponen kognitif merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling berhubungan dan seterusnya berfungsi dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu. Persepsi individu terhadap sikap seseorang itu bergantung kepada kejayaan atau kegagalan yang diperolehinya. Seseorang itu akan dianggap mempunyai sikap yang salah apabila gagal di dalam sesuatu perkara. Guru-guru di sekolah sering menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang diajarinya.

3 Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap pelajar dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang. Persoalan yang timbul ialah sama ada pencapaian Matematik juga dipengaruhi oleh sikap pelajar. Perkara ini perlu diterokai sebagai langkah untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian Matematik mereka. 1.2 Latar Belakang Masalah Mata pelajaran Matematik dan Sains merupakan mata pelajaran teras di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bahasa Malaysia telah di gunakan sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik sebelum tahun 2003. Bermula tahun 2003, pengajaran dan pempelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Perlaksanaannya telah mengundang beberapa persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh segenap lapisan masyarakat mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris telah memberi kesukaran kepada pelajar yang lemah dalam menguasai Matematik. Menurut Aziz (2005), majoriti pelajar menyatakan kesukaran mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Pelajar yang lemah tidak dapat memahami dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh penggunaan bahasa dan masalah untuk memahami bahasa Inggeris itu sendiri. Menurut Jumrang (2004), menyatakan jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut.

4 Menurut Farahasnida (2004), menyatakan bahawa kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar masih berada pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Masalah kelemahan-kelemahan pelajar dalam Matematik didapati masih wujud dan menjadi agenda utama pendidikan sehingga kini. Kelemahan pelajar dalam menguasai Matematik akan mengakibatkan berlakunya kemerosotan dalam pencapaian mata pelajaran ini. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan ini telah dikaji dari aspek afektif mahupun kognitif. Banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengenalpasti kemerosotan pencapaian Matematik dari aspek afektif dan di antaranya ialah harga diri dan sikap. Menurut Azizi et al. (2000) berpendapat bahawa kemerosotan sering kali dikaitkan dengan sikap pelajar seperti tidak berminat atau dengan mengatakan Matematik adalah mata pelajaran yang sukar dan takut semasa mempelajarinya. Kebanyakkan pelajar berasa bimbang, takut dan kurang berkeyakinan untuk mempelajari mata pelajaran ini. Dalam usaha membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Matematik, guru perlu mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran seperti sikap. Menurut Morris (1981) mendapati bahawa kebanyakkan pelajar tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam Matematik disebabkan oleh sikap negatif mereka terhadap subjek itu. Sikap mempengaruhi segala usaha dan tindakan yang dilakukan terhadap sesuatu perkara. Menurut Nur Ashiqin (2006) berpendapat bahawa sikap

5 merupakan salah satu faktor terpenting di dalam menentukan kejayaan. Semakin positif sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik semakin tinggi pencapaian mereka. Hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik perlu ditinjau berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan. Salah satu faktor yang telah dibuktikan bahawa perkara yang banyak menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar ialah sikap. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik di Malaysia, hubungan antara sikap dengan pencapaian mata pelajaran Matematik perlu dikenalpasti sebelum langkah-langkah penambahbaikan boleh diambil. 1.3 Pernyataan Masalah Peranan pendidik untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya selaras dengan wawasan 2020 merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Sebagai waris kepimpinan pelajar bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia menempuh apa jua dugaan dan halangan yang akan datang. Dalam hal ini terdapat banyak faktor seperti latar belakang, umur, personaliti serta gaya pembelajaran dan pengajaran di sekolah perlu dikaji dari segi kaitannya dengan pencapaian pelajar. Faktor sikap merupakan salah satu faktor yang dikaji dalam meninjau hubungan daripada pelbagai faktor yang lain dengan pencapaian Matematik. Faktor sikap dikaji kerana sikap memberi kesan terhadap pembelajaran (McLeod, 1991 dan Stage et al., 1998). Banyak kajian mengenai sikap dan di antaranya ialah pengaruh sikap terhadap perilaku (Wiswanto, 2000) dan mengaitkan sikap dengan pencapaian Matematik (Adnan, 1986). Menurut dapatan Adnan (1986), wujudnya hubungan yang lemah di antara sikap dengan pencapaian Matematik.

6 Sehubungan itu, kajian ini ingin mengkaji lebih mendalam lagi hubungan sikap dengan pencapaian akademik khususnya bagi mata pelajaran Matematik dikalangan pelajar. 1.4 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif untuk dicapai dan antara objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut : i. Mengenalpasti tahap sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) pelajar Tingkatan Dua terhadap pembelajaran Matematik. ii. Mengenalpasti perbezaan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan Tingkatan Dua terhadap pembelajaran Matematik. iii. Mengkaji hubungan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) pelajar Tingkatan Dua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik. 1.5 Persoalan Kajian Bagi mencapai objektif kajian di atas, kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan kajian yang dibentuk iaitu: i. Apakah tahap sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) pelajar Tingkatan Dua terhadap pembelajaran Matematik? ii. Adakah terdapat perbezaan sikap di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan Tingkatan Dua terhadap pembelajaran Matematik?

7 iii. Adakah terdapat hubungan antara sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) pelajar Tingkatan Dua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik?