PENGENALAN KEPADA PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (WORK BASED LEARNING)

dokumen-dokumen yang mirip
DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

Model Pengurusan Strategik

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN PENJANAAN EKONOMI PENTERNAK IKAN PATIN DI TEMERLOH, PAHANG

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Pengajian kurikulum. Sinopsis:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RAKAN KOMUNITI: SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3 (SKKK3) SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (SMSTMFP)

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (1)

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Transkripsi:

PENGENALAN KEPADA PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (WORK BASED LEARNING) AZIAN ISMAIL Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Politeknik Merlimau azian@pmm.edu.my ZULIANA ALIMAN Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Politeknik Merlimau zuliana@pmm.edu.my Definisi dan Pengenalan PBK Pembelajaran Berasaskan Kerja atau Work Based Learning (PBK) adalah sesuatu yang asing dan jarang didengar dalam sistem pembelajaran, malah tidak keterlaluan jika dikatakan masih ramai yang tidak pernah mendengar tentang program pembelajaran ini kerana sebelum memulakan kajian, Watisin (2011) telah menemubual beberapa orang individu tentang Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan ramai yang tidak mengetahui tentangnya. Situasi tersebut membuktikan program PBK belum popular di kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan institusi pendidikan berasaskan teknik dan vokasional di luar negara telah melaksanakan kaedah pembelajaran ini bagi memantapkan kemahiran dan pengetahuan pelajar. PBK didefinisikan sebagai pembelajaran yang disediakan oleh universiti, kolej atau mana-mana institusi kemahiran di tempat kerja dengan kerja sama industri. Kaedah pembelajaran ini melibatkan proses pembelajaran di tempat kerja sebenar dengan operasi kerja sebenar sama ada secara dibayar atau percuma (Sweet, 2011). Antara definisi popular penyelidik terdahulu tentang PBK ialah Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang jelas memberikan pengalaman yang besar kepada pelajar dan memberikan mereka peluang yang lebih luas untuk menempatkan diri dalam bidang industri yang mereka ceburi. Kepentingan PBK PBK juga merupakan kaedah pembelajaran yang mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah dengan operasi kerja sebenar di industri. Kaedah ini dijalankan secara penempatan pelajar di tempat kerja secara praktikal, mentoring bagi meningkatkan kompetensi

pelajar (Naidu, 2011). Kaedah ini dapat mengurangkan jurang perbezaan di antara teori yang dipelajari di institusi pendidikan dengan praktikal di tempat kerja sebenar. Ini dapat mewujudkan situasi menang-menang diantara institusi pendidikan dan pihak industri. Namun, perlaksanaan PBK bukanlah semudah yang disangka kerana ia memerlukan hubungan kerja sama yang erat diantara industri dan institusi pendidikan. Hubungan jangka panjang yang perlu dibina secara bijak dan memenuhi inspirasi kedua belah pihak. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan PBK Kejayaan sesuatu program yang menggunakan kaedah PBK ditentukan oleh pelbagai faktor. Hubungan kerja sama yang eksklusif antara pendidik dan industri merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan program secara PBK. Interaksi secara berterusan dapat mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan industri. Semakin rapat hubungan yang dibina semakin mantap program PBK yang dilaksanakan. Kejayaan sesuatu program secara PBK bukan ditentukan oleh sebanyak mana industri yang menjalinkan hubungan dengan kita tetapi sejauh manakah institusi dapat mengekalkan hubungan dengan industri berkaitan. Komitmen yang berterusan antara industri dan insitusi pendidikan sangat penting kearah mencapai satu matlamat yang sama iaitu melahirkan pelajar yang menepati kehendak industri. Faktor penentu kejayaan program secara PBK juga ditentukan oleh ketua yang menjadi teraju utama bagi sesuatu program. Ketua yang dipilih untuk mengendalikan program ini mestilah seorang yang sangat komited dan mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam bidang kemahiran yang berkaitan. Ketua perlu memastikan pihak industri mengikut kurikulum yang telah ditetapkan melalui pemantauan secara sistematik. Kegagalan dalam pemantauan industri secara berterusan menyebabkan program ini tidak dilaksanakan seperti yang dirancang dan menghasilkan pelajar yang tidak kompeten. Manfaat PBK Kepada Pelajar Program secara PBK yang dilaksanakan secara sistematik dapat memberi manfaat kepada pelajar. Pelajar bukan sahaja dapat menimba pengetahuan secara teori malah dapat mempraktikkan secara praktikal dalam suasana kerja yang sebenar. Proses pembelajaran lebih menarik dan pelajar mendapat pendedahan yang lebih jelas tentang kandungan pembelajaran. Berdasarkan pendedahan di alam pekerjaan yang sebenar pelajar akan lebih berminat dengan bidang yang diceburi dan dapat membayangkan kerjaya yang sebenar yang bakal diceburi. Ini dapat memberi input yang lebih jelas tentang skop tugas, ruang kerja dan tanggungjawab yang bakal ditanggung sebagai pekerja. PBK juga dapat membantu pelajar untuk melatih diri

mempraktikkan budaya kerja secara positif. Pendedahan suasana kerja yang sebenar melalui PBK secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk memahami kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan tempat kerja. Pemahaman yang lebih baik tentang ruang lingkup kerja yang sebenar mewujudkan rasa minat yang mendalam terhadap bidang pekerjaan. Minat yang mendalam terhadap bidang yang diceburi dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran di insitusi pengajian. Selain pelajar mendapat manfaat daripada program secara PBK, institusi pendidikan juga dapat manfaat yang sewajarnya. Institusi pengajian dapat mewujudkan hubungan persahabatan dengan industri yang memberi pelbagai manfaat secara menang-menang. Kurikulum yang ditawarkan oleh institusi juga relevan dengan kehendak industri kerana penglibatan industri dalam penulisan kurikulum. Pihak institusi dapat menghasilkan kurikulum yang lebih berkualiti dengan penglibatan industri di peringkat penggubalan kurikulum. Kurikulum yang berkualiti akan menjamin kualiti graduan yang dihasilkan. Kerja sama industri dan institusi juga dapat memberi maklumat tentang tren semasa bagi sesuatu bidang. Oleh itu, institusi pengajian tidak ketinggalan dalam isu semasa berkaitan bidang yang diceburi. Institusi pendidikan menyediakan pelbagai kemudahan peralatan dan bahan pembelajaran kepada pelajar. Namun tidak semua kemudahan dan peralatan yang disediakan sama dengan apa yang ada di industri. Oleh itu, kerja sama dengan industri membolehkan pelajar mendapat pendedahan dengan peralatan yang terbaru. Manfaat daripada kerja sama industri dan institusi pendidikan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih berharga kepada pelajar. Sehubungan itu juga, institusi pendidikan akan dapat meningkatkan reputasi organisasi dan kualiti pendidikan. Manfaat PBK Kepada Komuniti dan Organisasi Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) juga sangat memberi kebaikan kepada komuniti daripada aspek hubungan komuniti. Kerja sama industri mewujudkan hubungan yang rapat antara institusi dan komuniti. Persekitaran yang akrab melalui kolaborasi ini akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pendidikan. Kolaborasi industri, institusi dan komuniti juga boleh membangunkan pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat juga dapat menggalakkan komuniti menimba ilmu pengetahuan untuk pembangunan diri mereka.

Seiring dengan manfaat kepada institusi pendidikan, komuniti, dan pelajar, PBK juga memberi faedah kepada organisasi yang terlibat. PBK mewujudkan organisasi pembelajaran dalam sesebuah organisasi. Percaturan menjadikan sebuah organisasi sebagai organisasi pembelajaran adalah relevan dengan perubahan dinamik abad ke 21 terutama institusi pendidikan sebagai perantara yang bertanggungjawab melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu. Ciri organisasi pembelajaran yang menyediakan ruang dan peluang pembelajaran berterusan mampu meningkatkan kualiti, daya saing, keberkesanan dan kecemerlangan organisasi menepati dunia global tanpa sempadan. Pendekatan pengurusan organisasi pembelajaran mampu menjadikan organisasi bersaing dan mengadaptasi perubahan ( Izham et al., 2011). Selain itu, PBK juga memberi peluang kepada organisasi untuk mendapatkan pekerja yang terlatih melalui institusi pendidikan. Secara tidak langsung, organisasi juga mempelajari ilmu pendidikan dan latihan daripada tenaga pengajar di institusi pendidikan. Sehubungan itu, penglibatan organisasi dalam PBK dapat meningkat imej dan prestasi organisasi itu sendiri. Kesimpulan PBK sangat memberi kebaikan, manfaat dan faedah kepada pelajar, institusi pendidikan dan organisasi. Namun begitu, sekiranya perlaksanaan PBK tidak dipantau dengan baik ia akan memberi kesan yang negatif kepada pelajar, insitusi pendidikan dan organisasi. Terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam perlaksanaan PBK. Antara cabaran yang utama ialah memantapkan hubungan di antara institusi pendidikan dan organisasi. Menjalinkan hubungan kolaborasi memang mudah. Namun mengekalkan hubungan kolaborasi memerlukan komitmen yang tinggi antara institusi pendidikan dan organisasi. Tanpa komitmen kedua-dua belah pihak perlaksanaan PBK tidak berjalan dengan baik dan berkesan. Institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk memastikan kurikulum yang dibina dilaksanakan mengikut perancangan bagi menghasilkan pelajar yang dikehendaki. Pelajar pula perlu dipantau agar mereka bukan hanya dilayan sebagai sumber tenaga kerja murah tetapi sebagai pelajar yang menimba ilmu pengetahuan. Adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada pendidik untuk memastikan pelajar benar-benar mendapat ilmu yang sepatutnya di industri melalui PBK.

RUJUKAN Aarkrog, V. (2005). Learning in the workplace and the significance of school-based education: A study of learning in a Danish vocational education and training programme, International Journal of Lifelong Education, Vol. 24, No 2, pp.137-147. Abdel-Wahab, M. (2012). Rethinking apprenticeship training in the British construction industry, Journal of Vocational Education & Training, Vol. 64, No 2, pp. 145-154. Blanchflower, D. and Lynch, M.L. (1994). Training at work: A comparison of US and British youths, in Lynch, M.L. (ed.), (1994), Training for the private sector. Chicago: University of Chicago Press. Mohd Izham Mohd Hamzah, Fuziah Mat Yakop, Norazah Mohd Nordin and Saemah Rahman, 2011. School as Learning Organization: The Role of Prinipal stransformational Leadership in Promoting Teacher Engagement. World Applied Sciences Journal, 14: 58-63. Naidu, R. (2011). VET glossary, Leabrooks: NCVER. Sweet, R. (2011). European Training Foundation, Work-based learning in vocational education, with particular reference to Australia and its region: Models, constraints, opportunities and benefits, Prepared for an International Expert Panel Meeting on Work-based Learning, Turin, 14-15 November 2011. Wazli Watisin, (2011). Perlaksanaan Program Pembelajaran Berasaskan Kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka: Satu Kajian Kes.