1223/1 PENDIDIKAN ISLAM 1

dokumen-dokumen yang mirip
Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

Dapatkan Skema di

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

015/025/035 MATEMATIK

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

3756/1 PRINSIP AKAUN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 TAHUN 2013

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

GPS NO PERKARA BIL % 1 LAYAK dapat sijil (LULUS) TIDAK LAYAK dapat sijil (GAGAL)

UJIAN SUMATIF SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM. Kertas 1. Dua jam

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN PERCUBAAN SPM 1223/1 NEGERI PAHANG 2017 PENDIDIKAN ISLAM Kertas 1 Ogos 2 jam Dua jam

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

SKEMA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 KERTAS 1

1249/1 Nama :... Sejarah Kertas 2 Tingkatan :... Ogos ½ jam SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

SULIT 1249/2 Sejarah Kertas 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU SULEIMAN 2014 BESERI, PERLIS 21/2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2014 SEJARAH

Dapatkan Skema di

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )


GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2 SULIT 45/1 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B)

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


MODUL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2010 TAJUK TUDINGAN (KERTAS 1) KERTAS SATU 1223/1 AQIDAH TINGKATAN 4

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) DAERAH PETALING UTAMA SKOR A DISEDIAKAN OLEH :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Bahasa Malaysia (910)

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Dapatkan Skema di

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM P&P

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

Disclaimer. Perhatian!

2.0 PENYATAAN MASALAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Peperiksaan Penguasa Kastam

TAJUK 6: KEMAHIRAN BELAJAR 1. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

Transkripsi:

1223/1 PENDIDIKAN ISLAM 1 Instrumen Pentaksiran Kod : 1223/1 Markah : 100 Masa : 2 jam Reka Bentuk Instrumen Pentaksiran Kertas 1 mengandungi dua bahagian : A dan B Bahagian A Mengandungi 20 soalan objektif aneka pilihan Mengandungi 20 soalan isi tempat kosong Calon dikehendaki menjawab semua soalan Jumlah markah : 40 markah Cakupan konteks : Akidah, Ibadat, Adab / Akhlak Islamiah, Sirah dan Tokoh Islam. Konstruk : Pengetahuan 30%, Pemahaman 30%, Kemahiran 40% Bahagian B Mengandungi 4 soalan Calon dikehendaki menjawab tiga soalan Soalan 1 dan 2 wajib dijawab dan pilih satu soalan daripada soalan 3 dan soalan 4 Jumlah markah : 60 markah Cakupan konteks : Akidah, Ibadat, Adab / Akhlak Islamiah, Sirah dan Tokoh Islam. Konstruk : Pengetahuan 30%, Pemahaman 30%, Kemahiran 40% PRESTASI KESELURUHAN Pada keseluruhannya, prestasi calon 2013 adalah lebih baik dari tahun 2012. Namun jumlah pelajar yang mendapat markah 80% ke atas agak menurun. Keadaan ini disebabkan pelajar tidak dapat menguasai soalan tokoh dan tamadun iaitu soalan No.3 dan nombor 4. Ramai juga calon tidak dapat menjawab soalan hukum dan alasan dengan tepat pada bahagian ibadah (soalan no.2). Pendidikan Islam 1 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon pencapaian tinggi dapat menjawab dengan baik pada semua konstruk pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi. Calon dapat memberikan jawapan yang jelas merangkumi isi dan huraian pada soalan yang menggunakan kata tugas terangkan. Namun demikian calon tidak dapat menguasai soalan bahagian tamadun dan tokoh dengan baik. Kumpulan Sederhana Calon dapat menjawab pada tahap sederhana pada soalan bahagian A dan B, tetapi kehilangan banyak markah pada soalan tamadun dan tokoh.calon tidak mendapat markah penuh pada soalan yang menggunakan kata tugas terangkan kerana hanya menulis isi jawapan tanpa huraian yang jelas. Calon juga tidak dapat menjawab dengan baik soalan tamadun dan tokoh. Terdapat juga calon tidak menjawab soalan no. 3 atau no. 4. Kumpulan Rendah Calon hanya dapat menjawab pada soalan mudah dan perkara asas bagi sesuatu tajuk. Calon tidak mendapat markah penuh pada soalan yang menggunakan kata tugas terangkan. Calon menulis jawapan dengan satu perkataan sahaja pada kata tugas jelaskan atau terangkan. Ramai calon tidak menjawab soalan bahagian tamadun dan tokoh.terdapat juga calon yang menjawab soalan objektif secara meneka sahaja manakala bahagian subjektif tidak dijawab. Pendidikan Islam 1 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

PRESTASI TERPERINCI SOALAN ITK (1 HINGGA 20) Contoh Jawapan Kumpulan Tinggi Calon dapat menjawab dengan baik pada semua konstruk pengetahuan, pemahaman dan kemahiran merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi. Pendidikan Islam 1 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Contoh Jawapan Calon Kumpulan Sederhana Calon sederhana dapat memberikan jawapan yang baik pada soalan-soalan aras sederhana dan rendah sahaja. Pendidikan Islam 1 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Contoh Jawapan Calon Kumpulan Rendah Calon rendah hanya dapat menjawab beberapa soalan mudah iaitu soalan 37, 38, 39 dan 40. Bagi soalan-soalan lain, pelajar ini tidak menjawab dengan betul. Calon lemah hanya meneka jawapan bagi kebanyakan soalan. Ini menunjukkan calon hanya mengetahui perkara-perkara asas dalam bahagian akidah dan ibadah. Calon tidak menguasai bahagian tokoh dan tamadun. Pendidikan Islam 1 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

BAHAGIAN B Soalan1 (a) (i) Nyatakan dua contoh perbuatan menipu. [2markah] Calon telah memberikan jawapan dengann tepat dan jelas iaitu mengemukakan tiga jawapan yang menunjukkan kepada perbuatan seperti mencampurkan buah yang elok dengan buah yang busok. Jawapan calon bercampur. Calon dapat menyatakan contoh menipu dengan tepat. Tetapi Manakalaa jawapan kedua adalah salah kerana jawapan tersebutt merujuk kepada ciri-ciri munafik. Calon inii tidak dapat menyatakan contoh menipu. Jawapan ini lebih menjurus kepada jual beli yang dilarang dan tidak sah. Pendidikan Islam 1 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Soalan 1 (a) (ii) Jelaskan dua akibat perbuatan menipu terhadap individu Calon ini berjaya menjelaskan akibat buruk perbuatan menipu kepada individu dengan tepat dan jelas serta memberikan empat jawapan melebihi daripada yang dikehendaki soalan. Jawapan juga ditulis dengan kemas dan tersusun. Calon ini memberikan dua jawapan tetapi jawapan kedua merupakan isi yang sama dengan jawapan pertama. Oleh itu semua calon dinasihatkan supaya menulis jawapan melebihi yang diminta serta perlu berhati-hati dengan kehendak soalan iaitu ke atas individu sahaja. Calon ini memberikan dua jawapan tetapi kedua-duanya tidak tepat kerana jawapan lebih menjurus kepada faktor bukannya akibat menipu terhadap individu. Pendidikan Islam 1 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

1 (a) (iii) Terangkan dua cara anda menghindarkan diri daripada perbuatan menipu. Calon ini mengemukakan tiga jawapan melebihi daripada kehendak soalan. Jawapan yang dikemukakan mengandungi isi dan huraian menepati kehendak soalan. Calon ini mengemukakan dua jawapan tetapi hanya satu sahaja yang betul. Jawapan pertama tidak bertepatan dengan kehendak soalan.oleh itu dinasihatkan agar semua calon dapat menulis jawapan melebihi daripada yang diminta. 1 (b) (i) Nyatakan maksud kemanisan iman Calon dapat menyatakan maksud kemanisan iman dengan lengkap dan tepat. Calon hanya dapat menjawab satu isi utama sahaja tanpa menyatakan sanggup menanggung kepayahan demi untuk mendapatkan keredaan Allah serta mengutamakan Allah dan Rasul melebihi segalanya. Pendidikan Islam 1 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

1(b)(ii) Jelaskan dua kelebihan mencapai tahap kemanisan iman dalam kehidupan seseorang [4 markah] Calon dapat memberi empat isi dengan jelas berkaitan kelebihan mencapai tahap kemanisan iman. Calon mengemukakan dua isi jawapan tetapi jawapan pertama mirip kepada sebab dan hanya jawapan kedua sahaja tepat dengan kelebihan mencapai tahap iman. Calon mengemukakan empat jawapan tetapi semua jawapan lebih menjurus kepada cara untuk mencapai kemanisan iman bukan kelebihan mencapai tahap kemanisan iman. Pendidikan Islam 1 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

1 (b) (iii) Nyatakan maksud bagi istilah di bawah : a) Musyrik b) Fasik Jawapan ini mempamerkan mutu jawapan tinggi. Calon dapat menyatakan maksud musyrik dan fasik dengan tepat. Calon hanya dapat menyatakan satu maksud sahaja iaitu fasik. Jawapan bagi musyrik tidak tepat kerana jawapan tersebut maksud kepada kufur. Calon tidak dapat memberi jawapan secara langsung bagi kedua-dua maksud yang diberi. Pendidikan Islam 1 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

2 (a) (i) Nyatakan dua rukun jualbeli Calon ini dapat menyenaraikan kesemua rukun jual beli dengan tepat. Jawapan sebegini perlu dijadikan contoh ketika menjawab peperriksaan. Calon ini hanya dapat mengemukakan satu isi jawapan sahaja. Jaawapan yang berikutnya lebih kepada rukun syarikat. Calon ini mempamerkan jawapan yang mirip kepada syarat sah penjual dan pembeli (isi pertama) manakala isi kedua mirip kepada unsur yang perlu dielak dalam insurans.isi jawapan ketiga dan keempat tidak ada apa-apa kaitan dengan kehendak soalan. Pendidikan Islam 1 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

2 (a) (ii) Jelaskan dua jenis jual beli yang dilarang dan tidak sah Calon ini dapat mengemukakan dua isi jawapan dan lebih dengan tepat beserta contoh bagi isi jawapan pertama dan kedua.contoh yang diberi dapat memantapkan lagi jawapan. Calon ini menjawab dua isi jawapan.isi jawapan kedua tepat dengan kehendak soalan manakala jawapan pertama menjurus kepada syarat sah barang dalam jual beli. Calon ini mengemukankan jawapan tentang perkara-perkara yang perlu dielak dalam jual beli sedangkan kehendak soalan ialah jenis jual beli yang dilarang dan tidak sah. Pendidikan Islam 1 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

2 (a) (iii) Nyatakan hukum jual beli dan alas an bagi situasi berikut : a) Encik Ali berniaga dengan meletakkan barang yang baik di bahagian atas sedangkan di bahagian bawah adalah sebaliknya. b) Seorang pelajar telah menjual telefon bimbit yang dicuri kepada rakannya Calon ini dapat menjawab hukum dan alasan dengan tepat iaitu alasan yang diberi tanpa mengulang soalan ( meletakkan barang yang baik dibahagian atas sedangkan dibahagian bawah adalah sebaliknya dan telefon bimbit yang dicuri ). Calon hanya dapat menjawab hukum sahaja tanpa menyatakan alasan.oleh itu dicadangkan kepada calon agar menulis kehendak soalan iaitu (a Hukum : alasan ). Calon juga dikehendaki mencari atau mencuba untuk menulis alasan untuk membantu dalam mengekalkan markah penuh. Calon tidak dapat memahami hukum dan alasan berkaitan dengan situasi yang diberi. Pendidikan Islam 1 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

2 (b) (i) Nyatakan dua tanggung jawab suami kepada isteri.[ Calon dapat menceritakan tanggung jawab suami kepada isteri dengan baik. Huraian yang diberikan dapat menggambarkan mereka faham dan yakin dengan persembahan jawapan. Contohnya memberikan nafkah zahir dan batin, membimbing isteri ke jalan Islam. Calon ini memberikan dua isi jawapan tetapi jawapan yang kedua adalah isi jawapan berulang. Oleh itu calon diingatkan agar menulis jawapan yang melebihi daripada kehendak soalan. Calon ini memberikan jawapan bukan tanggungjawab suami tetapi ciri-ciri bakal isteri yang dituntut dalam agama. 2 (b) (ii). Jelaskan dua hikmah isteri menunaikan tanggungjawab dengan sempurna Calon ini dapat mengemukakan empat hikmah isteri menunaikan tanggungjawab dengan jelas dan baik. Pendidikan Islam 1 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon ini hanya dapat mengemukakan satu isi jawapan yang betul dengan kehendak soalan.manakala jawapan pertama secara umum kepada sesiapa sahaja Calon memberikan jawapan berkaitan dengan tanggungjawab isteri ke atas suami bukan hikmah isteri menunaikan tanggungjawab. 2 (b) (iii) Jelaskan dua persediaan suami isteri ke arah mewujudkan keluarga bahagia. Calon dapat menjelaskan persediaan suami isteri untuk mewujudkan keluarga bahagia malah dapat mengemukakan banyak isi. Jawapan ini perlu dijadikan contoh oleh semua calon. Pendidikan Islam 1 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon menjawab mengikut kehendak soalan hanya pada isi yang ketiga manakala isi jawapan yang lain lebih mirip kepada calon mengemukakan hasrat dari perkahwinan. Calon ini tidak dapat membezakan antara persediaan suami isteri untuk hidup bahagia dengan persediaan walimatulurus. Mereka menyangka persediaan tersebut ialah persediaan untuk mengadakan kenduri kahwin atau yang berkaitan. SOALAN 3 (a) (i) Bagaimanakah Umar al-khatab r.a dilantik sebagai khalifah Calon dapat menyenaraikan tiga isi jawapan cara pelantikan mengikut rentetan yang baik dan tersusun. Pendidikan Islam 1 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon hanya dapat memberikan dua isi jawapan dengan tepat. Calon diharap dapat menyemak semula jawapan untuk mengelak dari memberi isi jawapan yang sama maksud. Calon gagal menyatakan cara perlantikan khalifah umar sebaliknya menyatakan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang pemimpin. Maka dinasihatkan supaya menulis seberapa banyak jawapan untuk membantu mendapatkan jawapan yang betul 1. (a) (ii) Nyatakan tiga ciri kepimpinan Khulafa al-rasyidin. Calon berjaya menyenaraikan tiga ciri khulafa al Rasyidin dengan olahan bahasa yang baik dan lengkap Pendidikan Islam 1 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon yang lemah hanya betul satu isi sahaja daripada tiga isi yang dikehendaki. Isi jawapan ketiga sama maksud dengan isi kedua. Jawapan isi pertama lebih menjurus kepada dasar kepimpinan. 3 (b) Ibnu Sina telah menghasilkan beberapa karya yang sangat berguna dalam bidang perubatan seperti al-qanun fi al-tib (i) Nyatakan dua keistimewaan karya tersebut Calon ini berjaya menyatakan dua keistimewaan kitab al Qanun fi al Tib dengan baik dan tepat. Calon ini dapat menyatakan satu sahaja keistimewaan karya al Qanun fi al Tib dengan tepat. Manakala jawapan yang lain tidak berkaitan dengan keistimewaan karya tersebut. Pendidikan Islam 1 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon ini tidak dapat menyenarai keistimewaan kitab al Qanun fi al Tib. Ia hanya menulis jawapan yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keistimewaan. (b) (ii) Namakan dua karya lain selain yang dinyatakan di atas. Calon dapat menyatakan dua buah hasil karya Ibnu Sina dengan baik dan tepat. Calon dapat menyatakan satu buah hasil karya sahajaa yang betul manakala Neraca Iman ialah hasil karya Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. Isi jawapan ketiga calon menulis semula kenyataann soalan. Calon ini tidak dapat menyenarai hasil karyaa tersebut sebaliknya menyenaraikan hasil karya Imam Syafie ( al-musnad ) dan cara mengisbatkan hukum ( al-urf ). Pendidikan Islam 1 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

(c) (i) Apakah harta yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas. Calon ini dapat menyatakan maksud harta dengan tepat menepati kehendak markah Calon menulis jawapan yang sama maksud iaitu berharga dan bernilai. Pendidikan Islam 1 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon ini tidak memberikan jawapan kepada maksud harta tetapi jawapan menjurus kepada syarat barang dalam jual beli. 3.(c) (ii) Jelaskan dua adab berniaga dalam Islam.. Calon dapat menjelaskan dua adab berniaga dengan baik menepati kehendak soalan. Calon memberikan tiga jawapan yang sama maksud. Oleh itu dinasihatkan agar pelajar dapat menyemak semula jawapan dan seterusnya menambah isi jawapan yang baru. Calon gagal menjelaskan adab-adab berniaga dalam islam. Malahan jawapan yang diberi lebih kepada pernyataan umum berkaitan aktiviti perniagaan. 3.(c) (iii) Terangkan dua faedah mengamalkan adab berniaga dalam Islam Calon dapat memberikan isi jawapan melebihi daripada kehendak soalan berniaga dengan baik beserta isi dan huraian. Pendidikan Islam 1 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon ini juga dapat memberikan isi jawapan melebihi daripada tidak menulis huraian. 1223/1-58 kehendak soalan.tetapi Calon inii memberikan jawapan yang umumm iaitu tiada kaitan dengan adab berniaga dalam Islam. Pendidikan Islam 1 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

SOALAN NO.4. 4 (a) Kementerian pertahanan (Dewana al jundi) dalam strukturr organisasi ketenteraan kerajaan bani abbasiah terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bahagian tentera aut (al Bahriah) dan bahagian pengurusan sumber manusiaa (Dewan al Tasnif) (i) Nyatakan dua bahagian lain. Calon ini dapat memberikan dua jawapan yang tepat berkaitan struktur organisasi ketenteraan kerajaan bani Abassiah selain bahagian entera laut (al-bahriah) dan bahagian pengurusan sumber manusia (Dewan al-tasnif) Calon mengemukakan empat jawapan tetapi jawapan pertama sahaja yang betul. Tiga jawapan berikutnya mirip kepada strategi dan bahagian-bahagian tentera dalam peperangan. Calon mengemukak kan dua jawapan tetapi semuanyaa tidak tepat kerana ia tiada kaitan dengan struktur organisasi ketenteraan kerajaan bani Abassiah. Pendidikan Islam 1 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

4 (a) (ii) Jelaskan tanggungjawab bahagian pengurusan sumber manusia (Dewan al-tasnif) Calon dapat menjelaskan tanggungjawab bahagian pengurusan sumber manusia dengan tepat mengikut kehendak soalan. Calon gagal memberikan jawapan yang tepat berkaitan tanggungjawab bahagian pengurusan sumber manusia dalam struktur organisasi ketenteraan di zaman Abassiah. Sebaliknya calon mengemukakan jawapan berkaitan tanggungjawab pemimpin kepada rakyat dalam tajuk adab dan akhlak Islamiyyah tingkatan lima. 4 (b) Imam as Syafii rahimahullah terkenal dengan kegigihannya dalam menuntut ilmu. (i) Nyatakan dua bukti kegigihannya. Calon dapat mengemukakan dua bukti kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu dengan tepat. Pendidikan Islam 1 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon dapat mengemukanan satu jawapan sahaja yang tepat manakala dua lagi jawapan tidak tepat.isi jawapan pertama sepatutnya ditulis ialah menghafaz al-quran manakala isi jawapan kedua ialah umum kepada sesiapa sahaja. Calon memberikan jawapan yang tiada kaitan dengan kehendak soalan. Jawapan hanya rekaan semata-mata. 4 (b) (ii) Terangkan dua keistimewaan beliau? Calon dapat mengemukakan empat contoh jawapan yang tepat serta mempunyai isi dan huraian. Jawapan calon ini khusus merujuk kepada keistimewaan Imam Syafie sahaja yang tiada pada tokoh lain. Pendidikan Islam 1 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon hanya memberikan satu contoh jawapan lengkap yang mengandungi isi dan huraian. Satu lagi jawapan tidak menunjukkan keistimewaan Imam Syafie secara khusus kerana jawapan tersebut juga dimiliki oleh tokoh-tokoh lain. Calon mengemukakan jawapan secara umum iaitu merujuk kepada keistimewaan banyak tokoh dan bukan khusus yang dimiliki oleh Imam Syafie. 4 (c) Isam menetapkan adab adab berhias diri untuk panduan umatnya. (i) Nyatakan dua adab tersebut Calon dapat menyenaraikan lebih daripada dua jawapan adab-adab berhias diri dengan tepat. Calon hanya mampu memberikan satu jawapan yang tepat manakala satu lagi jawapan hanya menulis semula kehendak soalan. Pendidikan Islam 1 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Calon memberikan jawapan dalam bentuk ayat yang negatif dengan adab-adabb berhias diri. 4 (c) (ii)jelaskan dua amalan yang dilarang ketika berhias diri Calon ini mengemukakan lebih daripada dua isi dengan tepat berkaitan amalan-amalan yang dilarang ketika berhias diri. Calon ini mengemukakan dua jawapan dimana satu jawapan tepat dan satu yang sama maksud. lagi jawapan Pendidikan Islam 1 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

Jawapan pertama tidak tepat kerana menggunakan perkataan `tidak` yang membawa maksud amalan yang disuruh dan bukan dilarang. Jawapan yang kedua pula mirip kepada kesan. SOALAN 4 (c)(iii)terangkan dua kesan melakukan amalan yang dilarang ketika berhias diri. Calon mengemukakan jawapan tepat mengikut kehendak soalan huraian seperti yang dikehendaki kata tugas. serta mempunyai isi dan Calon mengemukakan banyak jawapan tetapi hanya isi jawapan pertama sahaja mengandungi huraian manakalaa jawapan yang lain hanya mengandungi isi jawapan sahaja tanpa huraian. Jawapan di atas ialah ccontoh amalan-amalan berhias diri yang dilarang bukan kesan-kesan amalan yang dilarang ketika berhias diri seperti yang dikehendaki soalan. Pendidikan Islam 1 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

SARANAN KEPADA CALON 1 Menyediakan nota ringkas yang lengkap dan menarik seperti Peta Minda, Peta Buih, Peta Alir, Peta Dakap dan lain kaedah pembelajaraan agar mudah difahami, diingati faktanya dan juga dapat menjimatkan masa mengulangkaji. 2 Pastikan pelajar membuat persediaan yang cukup. Biasakan diri mengulangkaji mengikut keseluruhan tajuk, agar tidak ketinggalan sebahagian tajuk. 3 Fahami istilah-istilah atau pengertian dengan menandakan atau mengasingkan faktafakta utama dan fakta sokongan supaya dapat menulis semula dengan baik semasa menjawab peperiksaan. Istilah tak perlu dihafaz dari ayat ke ayat. 4 Menguasai teknik menjawab yang betul. Fahami teknik menjawab bagi setiap bentuk kata tugas (nyatakan, jelaskan, terangkan) kerana ia menentukan jumlah markah yang akan diperoleh. 5 Tulisan hendaklah kemas dan baik. Gunakan pen dakwat hitam atau biru gelap supaya mudah dibaca oleh pemeriksa. 6 Bagi pelajar sederhana dan lemah cuba jawab soalan bahagian tamadun dan tokoh sedaya yang boleh. Jangan dibiarkan kosong. 7 Cuba jawab soalan bahagian adab sebaik yang boleh kerana bahagian inilah yang banyak membantu calon mendapatkan markah. 8 Baca dan faham soalan dengan teliti. 9 Gariskan arahan-arahan penting dalam soalan seperti kata tugas, bilangan isi yang dikehendaki, fokus soalan dan aspek kemahiran yang dikehendaki, supaya dapat menjawab dengan tepat. 10 Mulakan jawapan dengan menulis kepala jawapan seperti dua amalan yang dilarang ketika berhias diri supaya pemeriksa tidak keliru atau bertukar jawapan dengan soalan lain. 11 Tuliskan jawapan pada muka surat baru bagi setiap soalan yang baru supaya kelihatan kemas dan teratur dan memudahkan pemeriksa menjumlahkan markah. 12 Semak jawapan dengan berpandukan soalan supaya tidak ada soalan yang tertinggal. Pendidikan Islam 1 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013

SARANAN KEPADA GURU: 1 Guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran lebih awal supaya mempunyai masa yang cukup untuk membuat ulangkaji. 2 Untuk tajuk yang berkaitan dengan tokoh, guru perlu memfokuskan kepada tajuktajuk tudingan ( tajuk-tajuk penting ) supaya pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk berkenaan. 3 Latih tubi selepas peperiksaan percubaan perlu difokuskan kepada penguasaan topikal. 4 Guru hendaklah memberikan kemahiran menjawab dengan teknik yang betul lebih awal sebaiknya mulai tingkatan 4 lagi supaya pelajar dapat menggunakan teknik yang betul mulai awal tahun lagi semasa di tingkatan 5. 5 Guru hendaklah membuat latih tubi menjawab berdasarkan kata tugas dan menggunakan bahasa yang jelas dan tepat. 6 Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas guru hendaklah menggunakan buku teks atau isi kandungan daripada buku teks kerana buku teks adalah panduan utama dalam peraturan pemarkahan. 7 Guru hendaklah mengapikasikan penggunaan ICT dan mempelbagaikan kaedah mengajar terutama dalam tajuk tamadun dan tokoh untuk menarik minat dan tumpuan pelajar. 8 Guru hendaklah membantu pelajar lemah menyediakan notas ringkas atau peta minda yang mudah yang boleh digunakan semasa mengulangkaji. 9 Guru hendaklah menyediakan modul-modul khas kepada pelajar lemah, yang berfokuskan kepada kelemahan pelajar berkenaan agar dapat diperbaiki. Pendidikan Islam 1 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2013