Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi Kertas 4 (944/4)

dokumen-dokumen yang mirip
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu)

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Padankan. Padankan. Padankan

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

PENGURUSAN UJIAN KELAYAKAN PENDIDIKAN GURU

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PENTAKSIRAN TINGKATAN

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

PROSEDUR KAWALAN DOKUMEN. PK.UiTM.(P).01 DISEMAK OLEH. Wak' en san UiTM. (Prof Emeritus Dato' Dr. Hassan Said) Naib Canselor UiTM

MANUAL PROSEDUR KERJA PERANCANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI (SST) SECARA ONLINE

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Disediakan oleh: Unit jqaf,kkq dan Prasekolah, Sektor Operasi Pendidikan Islam. Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

Transkripsi:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi Kertas 4 (944/4) Penggal 3 Tahun 2013 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 24 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2013 1

Kandungan Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif Penilaian 3 4 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi 4 8 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 3.5 Tanggungjawab Calon 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 8 10 5.0 Langkah Menjalankan Aktiviti di Luar Bilik Darjah 10 11 6.0 Kaedah Kajian 11 7.0 Peralatan dan Kegunaannya 11 8.0 Format Penulisan 12 9.0 Struktur Penulisan 12 13 10.0 Penskoran 13 14 BAHAGIAN II : CALON 12.0 Tanggungjawab Calon 15 13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 16 17 14.0 Format Penulisan 17 15.0 Struktur Penulisan 17 18 Lampiran 19 22 Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi (944/4) 23 24 2

1.0 Pengenalan Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Ekonomi wajib melaksanakan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja kursus adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersamasama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. 2.0 Objektif Penilaian Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan untuk memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi yang menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah. 2.1 Kemahiran kognitif, 2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan ekonomi dan mencadangkan langkah untuk mengatasinya dalam konteks setempat, 2.1.2 menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yang mempengaruhinya, 2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar, dan 2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi. 2.2 Kemahiran manipulatif, 2.2.1 menghitung, mengukur, melakar, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer, 2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer, 2.2.3 mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuat turun bahan daripada sumber Internet, 2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, dan menganalisis data dan maklumat yang diperoleh, dan 2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menganalisis dan mempersembahkan data. 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills), 2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan, 2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan, 2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti di luar bilik darjah yang dilaksanakan secara berkumpulan, 2.3.4 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan, 2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah, BAHAGIAN I : GURU 2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif, 2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik, 3

2.3.8 menyedari dan menghargai tentang kepentingan isu ekonomi negara, 2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika, dan 2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi. 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Kerja kursus (kerja projek) Ekonomi wajib diambil oleh semua calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian 3.1.2 Kerja kursus (kerja projek) Ekonomi hendaklah dibuat dalam Penggal 3 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Enam peringkat sekolah 3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa PBS sekolah menyediakan Fail Induk PBS Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail PBS bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Ekonomi 3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kerja kursus calon telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut perkara yang terdapat dalam borang markah yang disediakan 3.2.5 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon 3.2.6 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus dipenuhi 3.3 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.3 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tema (b) Memahami skop tugasan dan membuat perancangan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi secara individu 4

3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi 3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon 3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Ekonomi calon 3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.22 Menilai pembentangan calon dan memberi markah secara individu serta mengisi markah pembentangan dalam Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 3.3.23 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus (kerja projek) Ekonomi bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 5

3.3.24 Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4 3.3.25 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama dengan seorang lagi guru Ekonomi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon. 3.3.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta 3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan untuk menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.4.3 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja projek) Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tema (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi secara individu 3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi 3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat 6

3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM 3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) 3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon 3.5 Tanggungjawab Calon 3.5.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kerja projek) 3.5.2 Melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dalam tempoh yang ditetapkan 3.5.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kerja projek) dijalankan 3.5.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) secara individu 3.5.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu; (a) Memilih tajuk kerja projek berdasarkan tema, (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.5.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) 3.5.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat 3.5.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kerja projek) 3.5.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon 3.5.10 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM 3.5.11 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 7

3.5.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.5.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.5.14 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) 3.5.15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (kerja projek) Ekonomi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi adalah seperti berikut: Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon 28 Mei hingga 9 Jun 2013 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 28 Mei 2013: i. Manual PBS yang mengandungi Bahagian I: Guru, Bahagian II : Calon, dan soalan tugasan ii. Kriteria penilaian dan pemarkahan Mesyuarat penyelarasan peringkat negeri antara PN dengan PD dan seterusnya mesyuarat penyelarasan peringkat daerah antara PD dengan guru-guru (bermula 28 Mei 2013) Memuat turun Manual PBS berserta kriteria penilaian dan pemarkahan 10 Jun hingga 28 Jun 2013 Pengenalan kerja kursus dan penentuan tajuk kerja kursus Memberi taklimat tugasan kepada calon Memilih soalan dan menetapkan lokasi kajian Merancang jadual kerja Membuat tinjauan awal lokasi Memohon kebenaran lawatan/kajian luar daripada JPN (jika perlu) Menyediakan suratmenyurat Mendapatkan sumber kewangan Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga Membincangkan jadual kerja bersamasama ahli kumpulan Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan 8

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon Menghubungi agensi yang berkaitan Menyediakan kerangka tugasan Mengagihkan calon mengikut kumpulan Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring Menyediakan peralatan dan instrumen kajian Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder Mengurus sumber kewangan Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah yang akan dinilai Menilai kemahiran insaniah 10 Jun hingga 28 Jun 2013 Perlaksanaan kajian di luar bilik darjah, atau pencarian data sekunder yang berkaitan Membimbing calon melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah Membimbing calon untuk mencari data sekunder Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder 1 Julai hingga 31 Julai 2013 Penulisan kerja kursus setelah kembali daripada aktiviti di luar bilik darjah Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan kajian Membimbing calon menulis penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan Menilai progres/kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan Menetapkan tarikh akhir penghantaran laporan kajian luar mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari 9

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Menulis penulisan kerja kursus yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kerja kursus 1 Ogos hingga 20 September 2013 Penilaian laporan kerja kursus Pembentangan hasil kerja kursus oleh semua calon Menerima penulisan kerja kursus daripada setiap calon Membuat penilaian dan pemarkahan bagi setiap calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menghantar penulisan kerja kursus masingmasing kepada guru Membentangkan hasil kerja kursus secara individu Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Menilai kebolehan dan keupayaan setiap calon dalam kemahiran yang diperlukan 23 September hingga 11 Oktober 2013 14 Oktober hingga 3 November 2013 Ogos 2014 Penyemakan silang markah PBS Pengisian dan penghantaran markah PBS ke Majlis Peperiksaan Malaysia melalui perisian e-submission Penyelarasan markah PBS oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan/Penyelaras Negeri/Penyelaras Daerah Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan) Tidak berkenaan Tidak berkenaan Tidak berkenaan 5.0 Langkah menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 5.1 MPM memberikan dua tema berdasarkan sukatan pelajaran Ekonomi STPM. 5.5 Sebelum menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, guru membuat persiapan awal seperti berikut: 5.5.1 Menentukan lokasi dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengan soalan tugasan 5.5.2 Menentukan kumpulan calon 10

5.5.3 Menguruskan surat-menyurat, seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran dari sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) 5.5.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi 5.5.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring 5.5.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal selidik 5.5.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian 5.6 Semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon menjalankan pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang telah dipilih (calon mesti mendapatkan data primer atau data sekunder semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah). 5.7 Sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon melaksanakan tugasan berikut: 6.0 Kaedah kajian 5.7.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan daripada soalan yang telah dipilih 5.7.2 Memproses maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh 5.7.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai 5.7.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah 5.7.5 Menyiapkan penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 5.7.6 Membentangkan hasil kerja kursus masing-masing. Tempoh pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 10 minit bagi setiap calon 5.7.7 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembentangan adalah digalakkan 6.1 Maklumat diperoleh daripada dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder 6.2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian, dan mengkaji selidik 6.3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet 7.0 Peralatan dan kegunaannya Bagi menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, peralatan/bahan berikut boleh digunakan: 7.1 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian 7.2 Kamera digunakan untuk merakam foto sebagai bukti lokasi itu dan bahan sokongan kajian 7.3 Alat perakam suara, jika perlu 11

8.0 Format Penulisan 8.1 Calon digalakkan untuk menggunakan TMK bagi memperoleh maklumat tambahan. 8.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan penulisan kerja kursus mengikut perkara berikut: 8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 8.2.2 Margin : Atas, bawah, kiri,dan kanan 2.54cm 8.2.3 Tulisan: Times New Roman font 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja 8.2.4 Langkau (spacing): 1.5 8.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 8.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan. 8.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan lain-lain. 8.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut: 8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 8.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4) 8.5.5 Penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 8.6 Penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 9.0 Struktur Penulisan Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 9.1 Abstrak Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian, dan hasil kajian. 9.2 Isi kandungan 9.3 Latar belakang kajian Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan kata kunci 9.4 Pernyataan masalah Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian perlu/penting dilakukan 9.5 Tujuan/objektif kajian Menyatakan dua atau lebih objektif 9.6 Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya calon hendaklah menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan. 9.7 Hasil kajian dan perbincangan Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti 9.8 Cadangan Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah 12

9.9 Penutup/Rumusan kajian Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian 9.10 Senarai rujukan Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut: Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9.11 Lampiran Mesti melebihi dua lampiran. Terdiri daripada borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks 10.0 Penskoran Bil Aspek Pemarkahan Markah penuh 1 Tajuk kajian dan abstrak 2 2 Pengenalan: Latar belakang kajian 3 3 Pernyataan masalah 2 4 Tujuan/objektif kajian 2 5 Kaedah kajian 4 6 Hasil kajian dan perbincangan 20 7 Cadangan 4 8 Penutup/rumusan kajian 2 9 Senarai rujukan 1 10 Lampiran 2 11 Kemahiran manipulatif 3 12 Kemahiran insaniah 5 13 Pembentangan 10 JUMLAH MARKAH 60 13

10.1 Penskoran Pembentangan Kerja Kursus (Individu) No Perkara Markah Markah Penuh 1 Kerelevanan Apa yang dibentang oleh pelajar sama atau tidak dengan yang dihasilkan dalam kerja kursus. 2 2 Kreativiti Calon menggunakan alat bantuan seperti OHP, manila kad, flash kad, power point, dan lain-lain 2 3 Keterampilan Keyakinan calon semasa pembentangan Pakaian yang sesuai Sahsiah diri 2 10 4 Kebahasaan Calon menggunakan istilah ekonomi semasa pembentangan 2 5 Soal jawab Calon respon terhadap soalan guru 2 14

11.0 Tanggungjawab Calon BAHAGIAN II : CALON 11.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kerja projek) 11.2 Melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dalam tempoh yang ditetapkan 11.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kerja projek) dijalankan 11.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) secara individu 11.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu; (a) Memilih tajuk kerja kursus berdasarkan tema, (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 11.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 11.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat 11.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kerja projek) 11.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon 11.10 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM 11.11 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 11.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 11.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 11.14 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) 11.15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 15

12.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi Tarikh 28 Mei hingga 9 Jun 2013 10 Jun hingga 28 Jun 2013 10 Jun hingga 28 Jun 2013 1 Julai hingga 31 Julai 2013 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 28 Mei 2013: i. Manual PBS yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon, dan soalan tugasan ii. Kriteria penilaian dan pemarkahan Pengenalan kerja kursus dan penentuan tajuk kerja kursus Perlaksanaan kajian di luar bilik darjah, atau pencarian data sekunder yang berkaitan Penulisan kerja kursus setelah kembali dari aktiviti di luar bilik darjah Tindakan Calon Menerima soalan tugasan Memahami skop tugasan kajian luar Mendapatkan sumber kewangan Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan Menyediakan kerangka tugasan Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari 16

Tarikh 1 Ogos hingga 20 September 2013 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Penilaian laporan kerja kursus Pembentangan kerja kursus oleh semua calon Tindakan Calon Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar Menghantar penulisan kerja kursus masing-masing kepada guru Membentangkan hasil kerja kursus secara individu 13.0 Format Penulisan 13.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan. 13.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja kursus mengikut perkara berikut: 13.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 13.2.2 Margin : Atas, bawah, kiri,dan kanan 2.54cm 13.2.3 Tulisan: Times New Roman font 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja 13.2.4 Langkau (spacing): 1.5 13.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 13.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan. 13.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan lain-lain. 13.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut: 13.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 13.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 13.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 13.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4) 13.5.5 Penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 13.6 Penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 14.0 Struktur Penulisan Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 17

14.1 Abstrak Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian, dan hasil kajian. 14.2 Isi kandungan 14.3 Latar belakang kajian Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan kata kunci 14.4 Pernyataan masalah Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian perlu/penting dilakukan 14.5 Tujuan/objektif kajian Menyatakan dua atau lebih objektif 14.6 Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya calon hendaklah menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan. 14.7 Hasil kajian dan perbincangan Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti 14.8 Cadangan Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah 14.9 Penutup/Rumusan kajian Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian 14.10 Senarai rujukan Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut: Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 14.11 Lampiran Mesti melebihi dua lampiran. Terdiri daripada borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks 18

Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU TANDATANGAN GURU TARIKH MARKAH 19

Lampiran 2 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi (944) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Ekonomi di sekolah. Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Ekonomi (944) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru Nama Guru Tarikh Alamat 20

Lampiran 3 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : No. Kad Pengenalan : Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru Pengesahan Guru EKONOMI (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru:.. Nama Guru:.. Tarikh :... Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai. 21

Lampiran 4 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 EKONOMI 944/4 BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon :... Angka Giliran No. Kad Pengenalan :... (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Bil Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru atau Pemeriksa A. Kerja Kursus 1 Tajuk/Abstrak 2 2 Latar belakang kajian 3 3 Penyataan masalah 2 4 Tujuan/objektif kajian 2 5 Kaedah kajian 4 6 Hasil kajian dan perbincangan 20 7 Cadangan 4 8 Penutup/rumusan 2 9 Senarai rujukan 1 10 Lampiran 2 11 Kemahiran manipulatif 3 12 Kemahiran insaniah 5 B. Pembentangan 1 Kerelevanan 2 2 Soal jawab 2 3 Kebahasaan 2 4 Kreativiti 2 5 Keterampilan 2 JUMLAH 60 PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh :.. Markah Penyelaras PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Penyelaras: Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh :.. No. Telefon (sekolah) : No. Telefon (sekolah) : (bimbit) :. (bimbit) :. Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan. 22

23

Jawab satu soalan sahaja. Tema 1 Tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. [60] Tema 2 Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. [60] 944/4 24