PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

dokumen-dokumen yang mirip
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Model Pengurusan Strategik

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHUN 1

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 3

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Bahasa Melayu di bilik darjah Tingkatan 4 berdasarkan kaedah structural coding.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAHASA MELAYU B (8613)

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Kurikulum Kebangsaan

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

PENGENALAN KEPADA PORTFOLIO

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

Pengenalan pedagogi. Sinopsis:

P6 Meet-the-Parents Session (SESI TAKLIMAT P6) 23 Januari

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

Taklimat untuk Guru BM

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

Transkripsi:

PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HDML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu adalah kursus Open University Malaysia (OUM) Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi dalam masa selama 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN? Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang mengambil subjek Bahasa Melayu sebagai elektif. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

xii PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Bagi Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal Jam Pembelajaran Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 3 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat : 1. Mengaplikasikan Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran; 2. Menerapkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan; 3. Menggunakan bahan sastera semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan 4. Mengenal pasti prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan bantu yang sesuai untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. SINOPSIS KURSUS Kursus ini disusun untuk membolehkan pelajar mempelajari Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa serta kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Hasil daripada pemahaman terhadap topik, pelajar akan dapat mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berdasarkan sesuatu pendekatan, kaedah dan teknik yang dipilih. Selain itu, kursus ini juga akan mendedahkan kepada pelajar bahan-bahan yang dapat digunakan sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan matlamat pendidikan Bahasa Melayu.

PANDUAN KURSUS xiii Kursus ini disusun untuk membolehkan pelajar mempelajari Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa serta kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Hasil daripada pemahaman terhadap topik, pelajar akan dapat mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berdasarkan sesuatu pendekatan, kaedah dan teknik yang dipilih. Selain itu, kursus ini juga akan mendedahkan kepada pelajar bahan-bahan yang dapat digunakan sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan matlamat pendidikan Bahasa Melayu. Topik 1 akan melihat Teori Huraian Bahasa yang merangkumi Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari Teori Pemerolehan Bahasa yang di dalamnya terangkum topik Teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori Konstruktivisme. Topik ini akan turut melihat Hubungan Teori dengan Pengajaran dan Pembelajaran dengan memberikan fokus kepada Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa Topik 2 adalah berkaitan dengan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Di bawah topik ini, akan dibincangkan beberapa topik kecil iaitu pertamanya Strategi Pengajaran yang akan menyentuh tentang konsep strategi, ciri strategi dan pengaplikasian kedua-duanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keduanya, topik ini akan melihat penghuraian terhadap Pendekatan Pengajaran dengan memberikan perincian terhadap definisi pendekatan, jenis pendekatan, dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiganya, topik ini akan menghuraikan tentang Kaedah Pengajaran dengan membuat perincian terhadap definisi kaedah, jenis kaedah dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, Topik 2 ini akan melihat Teknik dalam Pengajaran dengan memberikan tumpuan terhadap definisi teknik dan jenis teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Topik 3 akan membincangkan Kemahiran Lisan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam topik ini pertamanya akan disentuh tentang Kemahiran Lisan yang di dalamnya mengandungi subtopik Konsep Mendengar, Jenis dan Proses Mendengar serta Peringkat Kemahiran Mendengar. Topik kedua dalam topik Kemahiran Lisan ini akan menyentuh tentang Kemahiran Bertutur yang akan membicarakan Konsep Bertutur, Tujuan Bertutur dan Peringkat Kemahiran Bertutur. Akhirnya, topik ketiga ini akan membicarakan Pengajaran dan Pembelajaran yang di dalamnya merangkumi Perancangan Aktiviti Lisan, Membina atau Memilih dan Menggunakan Bahan Pengajaran kemahiran Lisan dan Penilaian. Topik 4 ini adalah tentang Kemahiran Membaca. Topik pertama yang akan disentuh ialah Bahagian Pendahuluan yang akan membicarakan tentang Definisi

xiv PANDUAN KURSUS Membaca, Tujuan Membaca dan Proses Membaca. Topik kedua dalam Topik keempat ini adalah berkaitan dengan Jenis Bacaan yang merangkumi Bacaan Mekanis, Bacaan Mentalis, Bacaan Intensif dan Bacaan Ekstensif. Akhirnya, topik ini akan membincangkan tentang Peringkat Kemahiran Membaca yang akan menyentuh tentang Kesediaan Membaca, Prabacaan, Mekanis, Membaca dan Memahami, Bacaan Intensif dan Bacaan Ekstensif. Topik 5 ini ialah lanjutan daripada topik keempat yang membincangkan tentang Kemahiran Membaca. Dalam topik ini, tiga topik yang berkaitan dengannya akan diperkatakan; pertamanya tentang Peringkat Pemahaman Membaca yang secara umumnya terbahagi kepada Peringkat Lateral, Peringkat Intepretasi, Peringkat Inferens dan Peringkat Menilai. Keduanya, Topik ini akan juga melihat Teknik Khusus Bacaan dan Kefahaman yang merangkumi topik Teknik Membaca SQ3R, SQRC, SQ4R, KWLH, dan REAP. Topik terakhir dalam topik kelima ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran yang di dalamnya akan dibicarakan tentang Perancangan Aktiviti Membaca, Memilih/Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran Kemahiran Membaca dan juga Penilaian. Topik 6 membicarakan tentang Kemahiran Menulis. Dalam topik ini, pertamanya akan dilihat Bahagian Pengenalan yang menyentuh tentang Konsep Menulis, Tujuan Menulis dan Periangkat Kemahiran Menulis. Topik kedua dalan Topik 6 ini adalah tentang Jenis Penulisan yang merangkumi Penulisan Terkawal, Separa Terkawal, Berpandu, Separa Berpandu dan Bebas. Topik terakhir dalam Topik 6 ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran Menulis yang akan menyentuh soal Perancangan Aktiviti Menulis, Pendekatan Pengajaran Menulis dan Penilaian.. Topik 7 bertopik Sistem Bahasa. Di bawah topik ini, pertamanya akan dilihat Aspek Sistem Bahasa yang merangkumi Tatabahasa, Sistem Ejaan, Sebutan dan Intonasi, Kosa Kata, dan Peribahasa. Topik kedua dalam Topik 7 adalah berkaitan dengan Pendekatan Pengajaran yang akan memperkatakan tentang Pendekatan Induktif, Pendekatan Deduktif, Pendekatan Eklektik, dan Pendekatan Komunikatif. Akhirnya, Topik 7 ini akan menjelaskan tentang Prinsip Pengajaran Berdasarkan Konteks yang menjurus kepada Pengajaran Terancang dan Secara Penyerapan. Topik 8 menyentuh tentang aspek Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Topik 8 ini, perkara pertama yang akan dilihat adalah yang berkaitan dengan Bahagian Pengenalan yang menyentuh tentang Konsep Kesusasteraan melayu, Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Bahan Sastera, dan Kriteria Pemilihan Bahan Sastera. Seterusnya Topik 8 ini akan memperkatakan Aspek Bahan Sastera yang akan melihat Penggunaan Bahasa, Penerapan Nilai dan Struktur Karya. Akhirnya, Topik 8 ini akan memperkatakan tentang Teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang mencakupi Lakonan., Teater Pembaca, Teater Bercerita, Kerusi Panas, Simulasi, Improvisasi dan Drama.

PANDUAN KURSUS xv Topik 9 bertopik Bahan Bantu Mengajar. Dalam Topik 9 ini, pertamanya akan dibicarakan Bahagian Pengenalan yang akan membicarakan Konsep Bahan Bantu Mengajar, Kepentingan Bahan Bantu Mengajar, dan Prinsip Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Keduanya, Topik 9 ini akan membicarakan tentang Pemilihan, Penyesuaian dan Penggunaan Bahan yang di dalamnya tercakup Topik Pemilihan Bahan, Penyesuaian Bahan dan Penggunaan Bahan. Akhirnya Topik 9 ini akan melihat Hubungan Bahan Bantu Mengajar dengan Kemahiran Bahasa yang berkaitan dengan Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis dan Kemahiran Sistem Bahasa. Topik 10 akan membincangkan tentang Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama. Pertamanya, Topik 10 ini akan membicangkan tentang Bahagian Pengenalan yang menyentuh Konsep Bahasa Melayu, Konsep Bahasa Pertama dan Bahasa Keuda, dan Penguasaan Bahasa Pertama. Keduanya, Topik 10 ini akan membicarakan tentang Gangguan Bahasa yang mencakupi topik Gangguan Dialek, dan Gangguan Bahasa Ibunda. Akhirnya Topik ini akan membicarakan Prinsip Pengajaran yang akan melihat Pendekatan dan Kaedah yang Sesuai, Aspek Latar Belakang dan Keadaan Persekitaran Masyarakat dan Proses Pengukuhan dan Pengayaan Bahasa. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perengganperenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

xvi PANDUAN KURSUS Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topic, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire.