MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV + KVK.

dokumen-dokumen yang mirip
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN MENGGUNAKAN MODEL JARI JEMARIKU MENARI. Pn Mazirah bt Abul Malik. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

INFO PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 DAN PENGGUNAAN BAHAN INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 MATA PELAJARAN : SAINS

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

SK (2) TAMAN KERAMAT

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, TANJONG TUALANG, PERAK MINIT MESYUARAT POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

LAMPIRAN B BORANG PENYERTAAN A. Judul Rencana. 1. Nama Penuh : Azura Binti Abu Bakar. 2. No. Kad Pengenalan :

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PELAN OPERASI PANITIA BAHASA CINA SJK(C) KWANG CHIEN 2016 Latihan Dalam Perkhidmatan Guru BC

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Bab 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KAJIAN TINDAKAN 2011

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Bahasa Malaysia (910)

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

PENGGUNAAN KAD JAHIT BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN JAHITAN ASAS Batu Pahat, Johor, Malaysia

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

Transkripsi:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV + KVK. Oleh Puan Aspalaila Ramli Puan Maslinda Mahmud SK Sawah Dato, Mersing, Johor. ABSTRAK Membaca merupakan kunci kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf dan suku kata, membatangkan dan membaca perkataan, ayat seterusnya petikan ataupun karangan. Aspek membaca perkataan dua suku kata KV + KVK salah satu isi kandungan Sukatan Pendidikan Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Oleh kerana Bahasa Merentasi Kurikulum, penggunaan perkataan dua suku kata ini terdapat dalam sebahagian besar tajuk-tajuk dan isi kandungan mata pelajaran lain sehinggalah ke tahap dua. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti punca kesukaran murid menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK dan mengubah amalan pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang murid Tahun 3 Kemboja, di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato, Mersing, yang juga merupakan murid murid pemulihan. Hasil dapatan daripada Ujian Pra yang dijalankan didapati ramai murid yang lemah dan tidak dapat meneruskan pembacaan apabila bertemu perkataan KV + KVK ini. Keadaan ini menyukarkan mereka meneruskan pembacaan petikan, memahami dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan secara bertulis. Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Ujian Pra. Program latih tubi menyebut suku kata KVK lima minit sebelum setiap pengajaran Bahasa Melayu, didapati telah dapat meningkatkan kecekapan murid membaca perkataan KV + KVK. Kelas bimbingan selepas sekolah turut dijalankan bertujuan untuk memantapkan bacaan murid dan yang lebih memberangsangkan terdapat sebilangan murid-murid ini telah dapat menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan secara bertulis. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan 15 orang murid Pemulihan Khas dalam membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. Lazimnya murid-murid ini akan duduk dalam kelompok mereka, membuat bising, dan mengganggu murid-murid lain semasa dalam kelas, serta kurang berminat dalam pembelajaran. Mereka juga kurang berminat dalam pembelajaran. Tugasan yang dibekalkan jarang sekali disiapkan dengan sempurna serta tidak memenuhi kehendak guru kerana masalah yang mereka hadapi ini. Melalui pemerhatian dalam kelas tersebut, punca murid tidak dapat menguasai kemahiran ini kerana aras pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa yang terlalu tinggi, objektif pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai berbanding dengan kebolehan dan 1

keupayaan murid ini. Daripada temu bual semasa, mereka kurang keyakinan diri, tidak berminat dan berasa sering dipinggirkan. Saya rasa terpanggil untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca di peringkat yang lebih awal. Oleh itu, guru memainkan peranan penting memberi kesedaran dan mendekati mereka supaya mereka lebih dihargai dan berasa bertanggungjawab untuk memajukan diri di bidang pelajaran. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad suku kata KVK, kad perkataan KVK, kad perkataan KV + KVK, kad bergambar, kad ayat selapis dan kad petikan pemahaman mudah sebagai bahan rangsangan amat penting dan dapat membantu murid ini menguasai kemahiran yang sedang dikaji. Berpegang kepada prinsip memulihkan masalah seawal mungkin, saya telah mengesan dan mengenal pasti daerah kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. Berdasarkan Ujian Pra yang dijalankan pada Mac 2002, didapati tahap pembacaan murid adalah kurang memuaskan. Mereka sering mengeja pada perkataan sedemikian semasa ujian dijalankan. Aktiviti latih tubi 5 minit sebelum sesi pengajaran dan kelas bimbingan selepas waktu persekolahan berkesan membantu murid-murid ini membaca perkataan yang mengandungi gabungan perkataan KV + KVK. Hal ini dikukuhkan lagi semasa sesi pengajaran di dalam kelas pemulihan, iaitu saya mengunakan kaedah nyanyian belajar menerusi seni kata lagu, sesuatu yang amat digemari oleh murid-murid (mengikut rentak lagu bahasa Inggeris, BINGO). Murid murid menjalankan aktiviti ini di pusat pembelajaran Ritma, Bahasa dan Alam Semulajadi yang terdapat di kelas pemulihan. Ternyata ia sesuai dipraktikkan dan memberi hasil pembelajaran yang positif. Kelas bimbingan selepas sekolah selama 30 minit, dari hari Isnin hingga Khamis pula memfokus kepada mendengar dan membaiki kesalahan murid membaca 2.0 Fokus Kajian Melalui refleksi di atas, murid-murid ini tidak boleh membaca. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan dalam usaha memantapkan murid menguasai kemahiran 3M. Seramai 15 orang murid Pemulihan Khas tidak boleh membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. Kemahiran membaca amat penting bagi seorang murid. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai, hal ini akan memberi kesan yang besar kepada masa hadapan mereka. Kajian ini berfokuskan kepada meningkatan penguasaan membaca murid yang mengandungi suku kata KV+KVK. 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK. 3.2 Objektif Khusus 1. Murid dapat meningkatkan penguasaan suku kata dan perkataan KVK 2. Murid boleh membaca perkataan KVKVk hasil gabungan suku kata KV + KVK 3. Mempastikan murid-murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya enam ke lapan patah perkataan gabungan dua suku kata KV + KVK dengan lancar 4.0 Kumpulan Sasaran. Kajian ini difokuskan kepada 15 orang murid-murid Tahun 3 Kemboja yang juga merupakan murid-murid pemulihan di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato, Mersing. Murid- 2

murid telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan yang mempunyai gabungan dua suku kata dan tertutup KV + KVK melalui ujian diagnostik yang dijalankan. Contohnya, papan, badak, dan sudip. 5.0 Pelaksanaan Tindakan 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti bertujuan memahami secara mendalam masalah tersebut. Ternyata masalah utamanya murid terbiasa membaca secara mengeja perkataan, lambat menyudahkan bacaan, perkataan yang dikuasai pula terbatas pada perkataan KV+KV dan V+KV (kami, saya, juga, ini, itu) 5.1.1 Perbincangan dengan guru mata pelajaran Guru Bahasa Melayu Tahun 3 Kemboja telah menyatakan kegusarannya kerana bilangan murid yang gagal dalam Ujian PKSR 1 adalah 43%. Murid ini tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. Maklum balas mengenai tingkah laku murid ini sering bising dan mengganggu rakan-rakan yang lain. 5.1.2 Kaedah Temu bual Kaedah temu bual tidak berstruktur yang dijalankan untuk mengesan perasaan murid semasa belajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Kelas 3 Kemboja. 5.1.3 Kaedah Pemerhatian Pemerhatian dilakukan untuk mengesan dimanakah punca kelemahan murid. membaca perkataan. Instrumen yang digunakan berpandukan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas. 5.1.4 Kaedah Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra dan dan Ujian Pos dilaksanakan kepada mereka di kelas pemulihan berdasarkan bacaan tiga buah petikan, ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV + KVK, untuk mengesan masalah membaca. 5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Perbincangan Guru Mata Pelajaran Murid-murid terlalu bergantung kepada guru untuk membaca petikan pemahaman dan membuat pembetulan bertulis. Hal ini disebabkan amalan guru yang mengajar membaca ayat-ayat dalam petikan frasa demi frasa dan diikuti oleh murid-murid di dalam kelasnya. Murid-murid juga tidak dibantu untuk membuat pembetulan semasa, iaitu sekiranya berlaku kesalahan ejaan dalam penulisan. Hal ini disebabkan guru mata pelajaran tidak membimbing murid-murid ini, cara-cara membuat pembetulan bertulis (tiada pemulihan dalam kelas). 3

Jadual 1: Ujian PKSR 1 (Bahasa Melatu Tahun 3 Kemboja) GRED(MARKAH) PEMAHAMAN PENULISAN A (80-100) 2 1 B (60-79) 7 10 C (40 59) 11 9 D ( 20-39) 3 4 E( 0 19 ) 12 11 Berdasarkan Ujian PKSR Bulan Februari, murid-murid ini telah gagal dalam mata pelajaran pemahaman dan penulisan Bahasa Melayu kerana lemah penguasaan bacaan. 5.2.1 Analisa Kaedah Temu bual Melalui temubual yang dijalankan mereka menyatakan perasaan kurang yakin dan berasa rendah diri kerana tidak lancar membaca, kawan-kawan lain sering ketawa apabila menyebut perkataan yang salah, seterusnya mereka menjadi kurang minat membaca. Mereka tiada inisiatif membuat pembetulan bertulis kerana tidak tahu bagaimana cara hendak melakukannya sendiri. 5.2.2 Analisa Kaedah Pemerhatian Pemerhatian yang dijalankan ke atas murid-murid ini mendapati mereka tidak bermasalah membaca perkataan V+KV, KV+KV dan KV+KV+KV seperti ada, ini, itu, sana, kini, tetapi, mereka dan sebagainya. Masalah mula timbul apabila mereka tidak dapat membaca suku kata KVK disebabkan mereka kurang menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup KVK. Kesan daripada masalah ini, mereka gagal menguasai kemahiran membaca perkataan seterusnya ayat-ayat yang mengandungi perkataan KVKVK. 5.2.3 Analisa Ujian Pra Jadual 2 : Perolehan markah murid mengikut kumpulan sasaran Kumpulan Sasaran Ujian Pra ( 40) Murid 1 2 5% Murid 2 4 10% Murid 3 3 8% Murid 4 8 20% Murid 5 1 3% 4

Murid 6 1 3% Murid 7 2 5% Murid 8 1 3% Murid 9 8 20% Murid 10 1 3% Murid 11 2 5% Murid 12 2 5% Murid 13 1 3% Murid 14 4 10% Murid 15 4 10% 5.3 Pelaksanaan Tindakan Berdasarkan Jadual 2, keputusan Ujian Pra ini menunjukkan semua murid telah gagal dalam ujian yang diberi. Hal ini menunjukkan mereka belum menguasai kemahiran membaca yang diuji. 5.3.1 Latih tubi membaca suku kata KVK. Aktiviti ini dijalankan selama 5 minit sebelum sessi pengajaran dan pembelajaran dimulakan di kelas pemulihan semasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid diberi kad suku kata KVK yang sama dengan carta suku kata KVK yang dipamerkan. Carta / Kad Suku kata KVK Bas Beg ber Bot Dam Hat Jam jin Sih Sih tas Van Wah Wan yat zip Walaupun pada permulaannya murid sukar membaca, tetapi saya membimbing murid mengeja dan sebut suku kata secara berulang bersama-sama sehingga murid-murid boleh membaca siri-siri kad suku kata yang disediakan. Refleksi Selepas tiga minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid ini telah menunjukkan kemajuan dan dapat meningkatkan penguasaan bacaan perkataan KVKVK. Ini dikenalpasti semasa guru meminta murid membaca kad perkataan KV+KVK secara individu. Mereka telah boleh membaca perkataan-perkataan tersebut kerana telah biasa dengan ejaan dan sebutan suku kata KVK yang dikukuhkan amalannya semasa aktiviti latih tubi tersebut. 5.3.2 Aktiviti nyanyian. Kaedah nyanyian dijalankan di pusat pembelajaran Ritma, Pusat Bahasa dan Alam Semulajadi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi kad-kad huruf yang bersaiz 20 X 30 cm. Semasa aktiviti nyanyian diajar, murid-murid akan mengangkat kad-kad huruf membentuk ejaan perkataan KVKVK. 5

Contoh : Mimah masak gulai ketam, Gulai ketam Mimah sedap s e d a p, ( 3x ) Gulai ketam emak sedap s e d a p dinyanyikan mengikut rentak lagu bahasa Inggeris B I N G O Refleksi Murid amat menggemari aktiviti ini, kerana boleh meluahkan perasaan sambil mengukuhkan ejaan perkataan KV+KVK (Mimah, masak, ketam, sedap). Murid-murid menunjukkan minat, dengan menggantikan perkataan Mimah kepada Milah, Midah, Limah, Lijah, perkataan ketam kepada bayam, kicap, pedas dan sebagainya. Secara tidak langsung murid boleh membaca seni kata lagu yang diajar. 5.3.3 Kelas bimbingan selepas waktu persekolahan Kelas bimbingan ini dilaksanakan selama 30 minit setiap hari Isnin hingga Khamis, selama dua bulan secara intensif. Untuk memantapkan bacaan murid, saya mengajar menggunakan dengan bahan bantu mengajar seperti kad perkataan KVK, kad perkataan KV+KVK, kad ayat gabungan pelbagai suku kata dan petikan pemahaman yang mudah. Contoh kad perkataan KV+KVK Siri 1 Siri 2 Siri 3 Siri 4 Balas Dadah Sirap Badak Nanas Gagah Kicap Sajak Panas Barah Malap Kakak Kupas Lebah Gelap Tidak Keras Susah Silap Budak Manis Puluh Kurap Bedak Pedas Subuh Kelip Didik Rebus Buluh Srip Lobak Bulus Sedih Sudip Betik Bilis Pedih Celup Tarik Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Refleksi Hasil daripada penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar, ianya telah dapat meningkatkan penguasaan bacaan murid terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV+KVK. 6

5.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut : Jadual 2 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Sasaran Ujian Pra ( 40) Ujian Pos (40) Murid 1 2 5% 35 88% Murid 2 4 10% 36 90% Murid 3 3 8% 40 100% Murid 4 8 20% 40 100% Murid 5 1 3% 32 80% Murid 6 1 3% 30 75% Murid 7 2 5% 34 85% Murid 8 1 3% 30 75% Murid 9 8 20% 38 95% Murid 10 1 3% 28 70% Murid 11 2 5% 34 85% Murid 12 2 5% 32 80% Murid 13 1 3% 32 80% Murid 14 4 10% 36 90% Murid 15 4 10% 37 93% Jadual di atas menunjukkan perbezaan peratus pencapaian setiap murid setelah ujian pra dan ujian pos dilaksanakan Didapati bahawa semua murid gagal dalam ujian pra. Dapatan daripada ujian pos pula ini menunjukkan peningkatan iaitu semua murid lulus aspek kemahiran yang diuji. Refleksi Berdasarkan keputusan ujian pos, murid mencapai keputusan yang lebih baik berbanding keputusan ujian pra. Aktiviti 1, 2 dan 3 telah dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran murid membaca ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV + KVK. 5.4 Refleksi Keseluruhan 120 Peratus 100 80 60 Ujian pra Ujian pos 40 20 0 A B C D E F G H I J K L M N O Murid 7

Saya dapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca, kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara, hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKVK tetapi perkataan yang lebih mencabar lagi. Ini membuktikan bahawa semua murid mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi tumpuan dan bimbingan yang mencukupi dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan mereka. 6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV+KVK, saya bercadang untuk mengaplikasikannya kepada murid-murid tahun 2 dan tahun 1 yang menghadapi masalah yang sama. Saya juga berpendapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga boleh diterapkan kepada guru-guru transisi dan prasekolah. Semoga hasil kajian saya dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Bibliografi Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Buku Panduan(1998), Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan 3M ), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Sharida Sharudin(2001), Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. 8