GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018 1. PENYERTAAN Penyertaan ini terbuka kepada semua PTJ Universiti Teknologi MARA seluruh Malaysia, yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Bahagian/Pusat, Fakulti dan Cawangan. 2. SYARAT DAN PERATURAN 2.1 Skop Pelaporan Skop pelaporan hendaklah merujuk kepada kekuatan PTJ bagi tahun yang dinilai (2017). Ia perlu difokuskan dengan memilih hanya SATU bidang tumpuan berikut:- i. Pengajaran & Pembelajaran ii. Penyelidikan, Penerbitan dan Pengkomersilan iii. Jaringan Industri dan Keusahawanan iv. Jaringan Alumni, Komuniti dan Kesukarelawanan v. Penyampaian Perkhidmatan vi.pengurusan dan Pembangunan Staf vii. Pengurusan dan Pembangunan Pelajar viii. Pengurusan Kewangan ix. Pengurusan Fasiliti dan Teknologi PTJ perlu melaporkan aktiviti yang dijalankan dan pencapaian prestasi sepanjang tahun 2017 mengikut kepada perancangan strategik bagi bidang tumpuan yang dipilih. Kandungan Laporan AKNC ditulis dengan merujuk kepada Kriteria AKNC 2018 sebagai panduan. Laporan hendaklah disediakan mengikut garis panduan berikut: a) Bilangan Mukasurat Laporan Had maksima kandungan adalah 70 mukasurat tidak termasuk profil jabatan dan 30 mukasurat bagi lampiran. Penalti berikut akan dikenakan sekiranya syarat ini tidak dipatuhi. i. Lima (5) markah akan ditolak dari jumlah markah keseluruhan sekiranya bilangan mukasurat 71 80 ATAU
ii. Sepuluh (10) markah akan ditolak dari jumlah markah kesuluruhan sekiranya bilangan mukasurat melebihi 80. b) Penyerahan Laporan kepada Sekretariat Laporan hendaklah dihantar kepada pihak InQKA mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan. Penalti akan dikenakan sekiranya syarat ini tidak dipatuhi. i. Lima (5) markah ditolak dari jumlah markah keseluruhan jika lewat 1 hingga 3 hari ii. Sepuluh (10) markah ditolak dari jumlah markah keseluruhan jika lewat melebihi 3 hari c) Pembentangan Akhir PTJ akan dimaklumkan sebagai finalis secara rasmi melalui saluran komunikasi yang bersesuaian. Finalis hendaklah bersedia untuk sesi pembentangan akhir pada tarikh yang ditetapkan Pembentangan akhir boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris Sekiranya finalis tidak membuat atau menolak untuk melaksanakan pembentangan akhir, secara automatik penyertaan terbatal 3. PENULISAN LAPORAN Penulisan Laporan AKNC boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Format Pelaporan BIL PERKARA 1. Format teks - Arial saiz 11 - Teks dalam jadual atau gambarajah minimum saiz 8 - Satu (1) langkau (single spacing) Orientasi Mukasurat - POTRAIT tanpa lajur 2. Kandungan Laporan
- Muka hadapan - Isi kandungan dan mukasurat - Senarai Singkatan - Profil Jabatan - Kriteria 1 sehingga 7 - Lampiran Optimumkan bukti objektif dengan gambarajah, graf dan infografik 3. Penghantaran Laporan Tarikh : 28 Ogos 2018 (Selasa) - 4 salinan bercetak iaitu satu (1) hardcover berwarna biru gelap (blue black) dan tiga (3) comb binding - 1 CD (softcopy) (contoh cetakan dilampirkan) 4. PERINGKAT PENILAIAN AKNC Penilaian AKNC 2018 dilaksanakan dalam dua (2) peringkat: 4.1 Peringkat 1 (penilaian dokumen) : Semakan dan penilaian secara berkumpulan oleh Penilai dan Ketua Penilai Persetujuan markah penilaian laporan oleh panel penilai secara berkumpulan Verifikasi dokumen dan lawatan tapak (JIKA PERLU) 4.2 Peringkat 2 (Penilaian pembentangan): PTJ yang layak sebagai finalis perlu membuat pembentangan dan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada kalangan pengurusan atasan atau Profesor atau Pegawai JUSA dan jemputan luar.
5. PROSES PENILAIAN AKNC 5.1 Proses Penilaian Peringkat 1 Panel penilai terdiri daripada Ketua Unit Kualiti, Ketua Sistem Audit dari bahagian, fakulti dan cawangan atau penama yang dicalonkan oleh ketua PTJ. Panel penilai akan diberi latihan mengenai Pemahaman Kriteria, Penilaian dan Pemarkahan Laporan AKNC serta Penulisan Laporan Maklumbalas. Panel penilai untuk setiap kumpulan akan membaca Laporan AKNC yang disediakan oleh PTJ. Ketua Penilai akan dilantik untuk setiap kumpulan. Penilai akan membuat penilaian mengikut 7 kriteria yang telah ditetapkan. Pemarkahan bagi Kriteria 1-6 dibuat berdasarkan Rubrik Pemarkahan Item Proses manakala pemarkahan Kriteria 7 dibuat berdasarkan Rubrik Pemarkahan Item Hasil. Verifikasi dokumen akan dilaksanakan semasa penilaian dokumen, dimana penilai (melalui sekretariat) boleh memohon PTJ menyediakan maklumat tambahan atau bukti rekod-rekod yang berkaitan dan dokumen tersebut perlu dikemukakan oleh PTJ kepada penilai semasa sesi penilaian dokumen. Markah dimasukkan ke dalam templet Borang Penilaian Laporan AKNC (fail excel). Markah bagi kesemua laporan akan diselaraskan oleh Ketua Penilai bagi setiap kumpulan. Ketua Penilai hendaklah menghantar borang Penilaian Laporan AKNC kepada sekretariat. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan AKNC perlu menyelaras hasil penilaian Laporan AKNC dan menetapkan perkara berikut: o Pemenang mengikut Bidang Tumpuan o Pemenang mengikut Kriteria o Keperluan lawatan tapak dan verifikasi dokumen o Senarai Pembentangan Akhir 5.2 Proses Penilaian Peringkat 2 Ahli pembentangan untuk setiap kumpulan tidak melebihi lima (5) orang. Ketua PTJ disarankan membuat pembentangan. Setiap kumpulan diberi masa 20 minit untuk pembentangan dan 10 minit untuk sesi soal jawab.
Setiap kumpulan diberikan masa tidak lebih lima (5) minit untuk memperkenalkan PTJ samada menggunakan video montaj atau apaapa yang dirasakan sesuai. Penilaian akhir pembentangan akan diaudit oleh Juruaudit yang dilantik. 5.3 Keputusan Akhir Keputusan Akhir merangkumi Markah Laporan (Penilaian 1) sebanyak 65%, Markah Pembentangan Akhir (Penilaian 2) sebanyak 30% dan Maklumbalas (soal-selidik yang dilaksanakan untuk mendapat persepsi Staf dan Pelajar) sebanyak 5% Keputusan Akhir akan menentukan: o Juara Keseluruhan AKNC o Juara (Bahagian/Pusat, Fakulti dan Cawangan) o Tempat Kedua (Bahagian/Pusat, Fakulti dan Cawangan) o Tempat Ketiga (Bahagian/Pusat, Fakulti dan Cawangan) 6. HADIAH Juara Keseluruhan AKNC 2017 - RM 14,000 Juara Kategori - RM 7,000 Tempat Kedua - RM 5,000 Tempat Ketiga - RM 3,000 Bidang Tumpuan - RM 1,500 Kriteria - RM 1,500 Pembentangan Terbaik - RM 1,500 7. AKTIVITI UTAMA AKNC 2018 Rujuk:- https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/vicechancellor-s-quality-award-aknc/aknc-2018
MUKA HADAPAN CETAKAN hardcover LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Fakulti/Kampus/Bahagian) 2017
LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR FAKULTI/KAMPUS/BAHAGIAN (BIDANG TUMPUAN) 2017 KETUA UNIT PENGURUSAN KUALITI Ahli-ahli Utama 1. 2. 3. 4.
CETAKAN SPINE hardcover LAPORAN AKNC FAKULTI/KAMPUS/BAHAGIAN 2017