TEKS PERUTUSAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA: AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN 2018 TEMA:

dokumen-dokumen yang mirip
KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

Kurikulum Kebangsaan

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

PENGENALAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK) DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Bab 7: Struktur Sistem

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Tutor: En Md Yusoff b Daud

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Penyedia Modul: PN ASMAH BINTI ABD HAMID PENGETUA SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH PN. TAY SUAT GAN PENGETUA SMK INFANT JESUS CONVENT, JB

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM. Pengurusan peranan di peringkat pelaksana Penataran maklumat

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA YANG DIHORMATI SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

PENDIDIKAN KESIHATAN

SMK BANDAR TENGGARA 2, KULAIJAYA, JOHOR PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

Taklimat untuk Guru BM

Pelan Perancangan Strategik : Bidang Pentadbiran

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

BAB 1 KONTEKS DAN PENDEKATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

KAJIAN KESESUAIAN WAJARAN PENTAKSIRAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Transkripsi:

1

TEKS PERUTUSAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA: AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN 2018 TEMA: MEMACU INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: MELANGKAH KE HADAPAN 2

Assalaamualaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh. Kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikasihi sekalian. UCAP SELAMAT 1. Alhamdulillah, setinggi- tinggi syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah Rahmat dan InayatNya kita terus berada di tahun baru 2018 ini dalam keadaan sihat sejahtera dan tetap beriman kepadanya. 2. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi in serta atba tabiin dan pengikutnya hingga ke hari Kiamat. TERIMA KASIH 3. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pentadbir dan barisan pendidik yang telah berjaya mengurus perjalanan sekolah dengan baik, dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan cemerlang sehingga SMKA dan SABK dapat menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara dalam akademik, kokurikulum dan kemenjadian murid sepanjang tahun 2017. 4. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada ibu-bapa terutama pihak PIBG yang telah memberi sumbangan kepada kecemerlangan sekolah dalam melahirkan modal insan yang pintar, mempunyai pegangan akidah yang kukuh serta berakhlak mulia. MISI DAN VISI 5. Pertamanya, marilah kita sama-sama memahami, menghayati dan menjayakan misi KPM iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Untuk itu, setiap warga sekolah mempunyai tanggungjawab mereka sendiri. Kesepaduan inilah yang akan 3

memastikan visi KPM iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera akan tercapai. IMBASAN 2017 6. Kita amat bersyukur kerana banyak kejayaan yang diraih oleh SMKA dan SABK dalam bidang inovasi dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 2017. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam mencipta kejayaan ini. Diharapkan kejayaan ini akan diteruskan pada tahun 2018 dan berusaha meningkatkan lagi bilangan penyertaan aktiviti dan pencapaian cemerlang di peringkat antarabangsa oleh semua SMKA dan SABK. 7. Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang telah membuktikan kecekapan dalam kepimpinan dan pentadbiran sehingga menerima Bayaran Insentif Tawaran Baharu (New Deal) dan dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tidak lupa juga di atas kejayaan-kejayaan lain yang dicapai oleh sekolah dalam pelbagai bidang. Namun kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian semasa malah perlu terus merancang dan berusaha untuk mempertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi. 8. Sebagaimana yang kita maklum, keberhasilan utama pendidikan di Malaysia dilihat dari perspektif penting dalam PPPM 2013-2025 iaitu kualiti kemenjadian murid. Fokus dan gerak kerja profesional KPM lebih kepada keberkesanan dan pelaporan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menekankan Pentaksiran Berpusat, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Ini adalah untuk memastikan matlamat untuk meningkatkan kemenjadian murid secara menyeluruh tercapai. 9. Dalam konteks sekolah-sekolah agama KPM, dasar pemilihan kemasukan dan pengekalan murid telah disemak semula berdasarkan kriteria baharu ini. Bermula pada tahun 2018 ini, murid-murid yang berada di sekolah agama adalah murid-murid yang mempunyai keseimbangan dalam pelbagai dimensi: akademik, kokurikulum, sahsiah dan kebolehan personal. Ianya akan memudahkan guru-guru dalam membina kemenjadian murid yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4

Sebagai tambahan, murid-murid sekolah agama diberi penekanan berterusan dalam aspek kerohanian dan penghayatan agama agar lebih mendalam dan menghayati isinya bagi melahirkan murid yang berpotensi menjadi profesional yang mutadayyin atau agamawan yang muthaqqaf. 10. Syukur ke hadrat Ilahi kerana pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) berjalan dengan baik dan lancar sepertimana yang dirancang. Inilah hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dan menyokong pembangunan Pendidikan Islam di negara ini. 11. Sehingga tahun 2017 jumlah murid di SMKA dan SABK telah mencapai 125,029 orang dan sejarah telah tercipta dimana buat kali pertama PT3 bagi KBD dan KBT ditaksir mengikut format pentaksiran kebangsaan dengan pencapaian yang memberansangkan. Ini merupakan satu permulaan yang baik dan positif namun ia memerlukan kesungguhan dan sokongan yang sangat tinggi oleh semua pihak. 12. Disamping itu juga, kita telahpun berjaya menghasilkan 146 murid yang menghafal 30 juzuk dan 653 murid telah mencapai sekurangnya - kurangnya 15 juzuk Al-Quran daripada 1,422 murid iaitu 56.2% (Tingkatan 3 dan 4). Dalam masa yang sama kita juga telah berjaya mewujudkan 1,159 jawatan guru opsyen tahfiz yang melaksanakan KBT dan TMUA. PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2018 13. Ketibaan tahun 2018 menandakan kita sedang berada di pertengahan Gelombang Kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelbagai inisiatif telah dirangka dan sedang dilaksanakan oleh KPM untuk merealisasikan aspirasi ke arah memacu peningkatan sistem pendidikan negara sepanjang gelombang kedua bermula tahun 2016 sehingga tahun 2020. Antara inisiatif tersebut ialah pengukuhan perpaduan di sekolah, pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dan pengukuhan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Selain itu, 5

program Transformasi Daerah (DTP), peluasan penglibatan sektor swasta dan pelaksanaan struktur baharu Kementerian Pendidikan merupakan agenda utama yang akan kita saksikan berlaku sepanjang tempoh gelombang kedua ini. 14. Gelombang Kedua juga mengariskan dua sasaran mikro bagi meneruskan kesinambungan Gelombang Pertama yang memberi tumpuan terhadap transformasi sistem sokongan guru dan kemahiran utama. Dua sasaran mikro tersebut adalah kualiti sekolah dan kemenjadian murid yang berkait antara satu sama lain. Dengan kata lain, kemenjadian murid yang kita hasratkan melalui enam Aspirasi Murid sangat bergantung kepada usaha yang kita berikan bagi meningkatkan kualiti sekolah, terutama dari aspek kepemimpinan, kualiti para pendidik dan pembentukan persekitaran sekolah yang kondusif, menyeronokkan serta mampu meransang murid untuk belajar dan berfikir. 15. Bagi melahirkan generasi murid yang berkualiti, dalam erti kata murid bukan sahaja cemerlang dari aspek penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, bahkan murid juga perlu cemerlang dari aspek kerohanian, sahsiah serta kemahiran insaniah. Ini adalah merupakan agenda utama pendidikan negara selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sejak sekian lama. Inilah juga agenda pendidikan ummah yang diperjuangkan oleh KPM melalui slogan Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak, agenda perjuangan yang bukan hanya didendang dalam majlis-majlis rasmi di peringkat KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah, bahkan perlu mengalir deras dalam jiwa setiap pemimpin sekolah serta seluruh warga pendidikan di negara bertuah ini. 16. Pada masa yang sama, kita juga harus sedar segala cabaran yang sedang dihadapi oleh generasi muda masa kini seperti pengaruh negatif media sosial, gejala dadah, kecanduan internet, pornografi, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), pergaulan bebas dan jauh dari penghayatan agama dalam kehidupan. Muridmurid sekolah adalah sasaran mudah kepada segala jenis pengaruh negatif ini kerana merekalah golongan yang sangat terdedah kepada teknologi maklumat dan komunikasi selain sifat ingin tahu dan kecenderungan mencuba sesuatu yang baharu dalam kehidupan mereka. 6

17. Tuntasnya, strategi, pendekatan dan proses pendidikan secara holistik terhadap generasi masa kini hendaklah dilaksanakan secara berterusan melalui program-program seperti Program Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR), Program Surau Imarah dan lain-lain yang merupakan pelukisan watak kepada pembentukan jati diri dan sahsiah murid. 18. Pembudayaan pemeriksaan kebersihan diri dan persekitaran atau eisei shirabe (hygiene check) merupakan satu contoh amalan di sekolah-sekolah di negara Jepun yang perlu diimplementasikan di SMKA dan SABK bagi memastikan setiap murid berada dalam keadaan bersih dan rapi di segenap aspek kehidupan mereka sama ada di asrama atau di sekolah terutamanya dalam pembudayaan kebersihan tandas. 19. Akhir kata, saya merakamkan ucapan selamat meneruskan usaha dengan penuh dedikasi buat semua warga SMKA dan SABK sepanjang tahun 2018. Saya berkeyakinan bahawa sekolahsekolah agama yang dikendalikan oleh KPM memiliki kemampuan untuk menjadi peneraju dan contoh teladan dalam usaha melaksanakan konsep pendidikan bersepadu dan holistik, melahirkan generasi yang berkualiti; berilmu, beriman, bertaqwa dan berbakti terhadap pembangunan negara yang sejahtera pada masa hadapan. Segala ramuannya sudah ada ditangan kita untuk diadun dan dilaksanakan sebaiknya, pendidikan berasaskan ajaran al-quran, sunnah junjungan besar kita, Rasulullah SAW serta segala hikmah yang boleh kita petik dari pelbagai sumber. Kita bukan sahaja menjadi saksi kepada pelbagai perubahan yang bakal berlaku pada setiap detik waktu yang berubah, tetapi kita perlu menjadi penggerak kepada perubahan-perubahan ini. 20. Marilah bersama - sama kita berdoa agar sentiasa dalam limpah rahmat dan pemeliharaan kasih sayang Allah SWT sepanjang masa. 21. Selamat Tahun Baharu 2018. Selamat bertugas kepada semua guru dan staf dan selamat meneruskan proses pembelajaran kepada semua anak-anak SMKA dan SABK. 7

22. Bagi murid tahun satu dan tingkatan satu yang baru diterima masuk sebagai warga SMKA dan SABK diucapkan selamat mengikuti sesi pembelajaran baharu dan selamat maju jaya. Wabillaahi taufiq wal hidaayah wassalaamu alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Sekian. Selamat Tahun Baharu 2018, semoga setiap usaha dalam kehidupan kita diberkati Allah Subhanahu wa Taala. DR. HJ. AZHAR BIN HJ. AHMAD PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 8