BAHASA MELAYU H1 (8622)

dokumen-dokumen yang mirip
BAHASA MELAYU B (8613)

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

BAHASA MELAYU (1132)

FORMAT PSLE BAHASA MELAYU

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

SEKOLAH RENDAH SHUQUN. Taklimat Format Peperiksaan Baharu PSLE 2017

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

BAHASA MELAYU LANJUTAN (1131)

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,

Objektif taklimat ini :

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

Jabatan Bahasa Ibunda

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

DARJAH 6 BAHASA MELAYU 29 JANUARI 2016

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

P6 Meet-the-Parents Session (SESI TAKLIMAT P6) 23 Januari

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MAKLUMAT KURIKULUM DARJAH 5. Cikgu Sharifah Maznah

Latihan Peperiksaan 1

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Cikgu Fitri Cikgu Marhaini - Sekolah Rendah Henry Park -

Peranan Guru Peranan Pelajar Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

Sesi Perjumpaan Ibu Bapa Darjah 5

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 2

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

MEMBANTU ANAK ANDA MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN LISAN

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

Bahagian A: Imbuhan (10 markah)


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayatayat

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Bengkel Ibu Bapa Hari Sabtu. Sesi Perkongsian Strategi Pembelajaran Lisan oleh : Cikgu Ardriza & Cikgu Ernie

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Taklimat Bagi Ibu Bapa Murid P3 & P4. Tarikh: 1hb Februari 2013 Tempat: ML Room

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH SENARAI PERIBAHASA

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Simpulan bahasa Bandingan Perumpamaan Pepatah Bidalan Kata-kata hikmat

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lampiran I ம ணவர வ பரப ப வம 1. : 2. : 3. / 4. : 5. : : 6... (UPSR) : A B C D E 7. : : ( ) 8. :

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

BORANG PEMARKAHAN: INDIVIDU ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Transkripsi:

BAHASA MELAYU H1 (8622) 1 OBJEKTIF PEPERIKSAAN Peperiksaan Bahasa Melayu H1 GCE Peringkat Lanjutan bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian dan kecekapan calon dalam bidang bahasa berdasarkan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat Prauniversiti 2012, Kementerian Pendidikan. Peperiksaan Bahasa Melayu H1 bertujuan untuk menilai keupayaan calon: (a) (b) (c) (d) (e) (f) mendengar dan memahami pelbagai jenis teks lisan, mengingat butir-butir dan mengenal pasti idea penting dalam teks yang didengar dan dalam pelbagai situasi; bertutur dengan fasih dan jelas dengan menggunakan sebutan baku dan memberikan pendapat serta hujah-hujah yang kritikal untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; berinteraksi secara lisan dengan fasih dan jelas dengan menggunakan sebutan baku untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; membaca dan memahami pelbagai bahan cetak dan bukan cetak serta bahan digital untuk memperoleh dan memproses maklumat dan menyampaikannya dengan berkesan; menulis teks pelbagai genre dengan jelas dan berkesan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi; dan berinteraksi melalui penulisan dengan jelas dan berkesan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi. 2 HASIL PEMBELAJARAN Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat Prauniversiti 2012 yang dihasilkan oleh Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, pada akhir pendidikan prauniversiti kursus Bahasa Melayu H1 Peringkat Lanjutan, pelajar harus berupaya untuk: (a) (b) (c) (d) (e) memahami pelbagai jenis teks tentang topik-topik yang berkaitan dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia; membuat penyampaian yang bermakna dengan lancar dan dengan menggunakan sebutan yang jelas dan tepat serta intonasi yang sesuai tentang topik-topik yang berkaitan dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia; berinteraksi secara lisan dengan fasih dan dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang jelas dan tepat serta kosa kata yang sesuai dan struktur ayat yang pelbagai tentang perkara yang berkaitan dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia; menulis teks pelbagai genre dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan struktur ayat yang pelbagai tentang topik-topik yang berkaitan dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia; dan berinteraksi secara aktif melalui penulisan dengan menggunakan sebutan dan kosa kata yang sesuai dan struktur ayat yang pelbagai tentang perkara yang berkaitan dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. 1

3 FORMAT PEPERIKSAAN Format Peperiksaan bagi Bahasa Melayu H1 GCE Peringkat Lanjutan terbahagi kepada: Kertas 1 Bahagian 1: Karangan Bahagian 2: Penggunaan Bahasa, Kefahaman dan Peringkasan Kertas 2 Lisan dan Kefahaman Mendengar KERTAS 1: KARANGAN DAN PENGGUNAAN BAHASA, KEFAHAMAN DAN PERINGKASAN 140 markah (70%) Kertas 1 terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2. Masa yang diperuntukkan ialah 3 jam. Bahagian 1: Karangan (60 markah) Bahagian ini mengandungi 4 soalan termasuk 1 soalan rangsangan grafik yang terdiri daripada 3 hingga 5 gambar. Calon dikehendaki menulis 1 karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 380 patah perkataan. Calon dibenarkan menggunakan kamus yang diluluskan. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit. Bahagian 2: Penggunaan Bahasa, Kefahaman dan Peringkasan (80 markah) Bahagian ini terbahagi kepada 3 bahagian Bahagian A, B dan C. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Calon tidak dibenarkan menggunakan kamus untuk bahagian ini. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit. Bahagian A: Imbuhan dan Peribahasa (20 markah) Soalan A1: Imbuhan (10 markah) Bahagian ini mengandungi 5 soalan berbentuk respons. Calon dikehendaki mengenal pasti 5 patah perkataan yang memerlukan imbuhan dan mengimbuhkan perkataan-perkataan tersebut dengan imbuhan yang tepat. Soalan A2: Peribahasa (10 markah) Bahagian ini mengandungi 5 soalan. Calon dikehendaki mengenal pasti peribahasa yang tepat berdasarkan situasi yang diberikan. 2

Bahagian B: Melengkapkan Teks (20 markah) Bahagian ini mengandungi 10 soalan berbentuk mengisi tempat kosong. Teks yang disediakan ialah teks autentik seperti iklan, brosur, risalah, laporan berita dan lain-lain lagi. Calon dikehendaki memilih perkataan yang paling sesuai daripada perkataan-perkataan yang diberikan dalam kurungan untuk melengkapkan jalan ceritanya. Bahagian C: Kefahaman dan Peringkasan (40 markah) Bahagian ini mengandungi 5 soalan berbentuk respons berdasarkan satu teks autentik. Bagi soalan kosa kata, calon dikehendaki memberikan maksud perkataan dan/atau frasa yang diberikan mengikut konteks. Bagi soalan peringkasan, calon dikehendaki meringkaskan sebahagian daripada teks tersebut dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. KERTAS 2: LISAN DAN KEFAHAMAN MENDENGAR 60 markah (30%) Kertas ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Lisan dan Kefahaman Mendengar. (a) Lisan (50 markah) Ujian Lisan ini mengandungi 2 bahagian. Masa yang diperuntukkan untuk ujian ini adalah lebih kurang 15 minit. Calon diberikan masa persiapan selama 10 minit. Calon boleh membuat catatan sewaktu masa persiapan. Catatan tersebut boleh dibawa bersama-sama calon sebagai bahan rujukan semasa ujian dijalankan. Bahagian A: Penyampaian Lisan (20 markah) Calon dikehendaki membuat penyampaian lisan berdasarkan salah 1 topik daripada 2 modul elektif yang diberikan dalam jangka masa tidak lebih daripada 2 minit. Bahagian B: Perbualan (30 markah) Calon dikehendaki menonton klip video dan melibatkan diri dalam perbualan dengan pemeriksa lisan berdasarkan klip video yang telah ditonton. (b) Kefahaman Mendengar (10 markah) Ujian Kefahaman Mendengar mengandungi 10 soalan berbentuk aneka pilihan (MCQ). Calon dikehendaki menjawab soalan berdasarkan 5 teks autentik pelbagai genre seperti dialog, rencana, cerpen, berita ringkas, pengumuman dan lain-lain lagi. 2 daripada teks tersebut merupakan teks pendek (1 soalan bagi setiap teks pendek). Masa yang diperuntukkan adalah lebih kurang 30 minit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Jadual Pengkhususan yang disediakan. 3

4 JADUAL PENGKHUSUSAN Kertas (Masa) Komponen Jenis Item Jumlah Soalan (Jumlah soalan yang perlu dijawab) Markah (Timbangan) Penerangan 1 (3 jam) Bahagian 1: Karangan Naratif Deskriptif Ekspositori/ Argumentatif Rangsangan grafik 4 (1) 60 (30%) Calon dikehendaki menulis 1 karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 380 patah perkataan. Bahagian 2: Penggunaan Bahasa, Kefahaman dan Peringkasan Bahagian A A1: Pengimbuhan 5 (5) 10 (5%) Calon dikehendaki mengenal pasti 5 perkataan dan mengimbuhkan perkataanperkataan tersebut dengan imbuhan yang tepat. A2: Peribahasa FIB 5 (5) 10 (5%) Calon dikehendaki mengenal pasti peribahasa yang tepat berdasarkan situasi yang diberikan. Bahagian B Melengkapkan Teks FIB 10 (10) 20 (10%) 1 teks autentik diberikan seperti iklan, brosur, risalah, laporan berita dan lain-lain lagi. Bahagian C Kefahaman dan Peringkasan Calon dikehendaki memilih perkataan yang paling sesuai daripada perkataan-perkataan yang diberikan dalam kurungan untuk melengkapkan jalan ceritanya. 5 (5) 40 (20%) 1 teks autentik diberikan. Calon dikehendaki menjawab 5 soalan berbentuk respons dan meringkaskan sebahagian daripada teks dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Subtotal - 29 (26) 140 (70%) - 4

Kertas (Masa) Komponen Jenis Item Jumlah Soalan (Jumlah soalan yang perlu dijawab) Markah (Timbangan) Penerangan 2 (10-15 minit) Lisan dan Kefahaman Mendengar Lisan Bahagian A Penyampaian Lisan 2 (1) 20 (10%) Calon dikehendaki membuat penyampaian lisan berdasarkan salah 1 topik daripada 2 modul elektif yang diberikan dalam jangka masa tidak lebih daripada 2 minit. Bahagian B Perbualan 1 (1) 30 (15%) Calon dikehendaki menonton klip video dan melibatkan diri dalam perbualan dengan pemeriksa lisan berdasarkan klip video yang telah ditonton. (30 minit) Kefahaman Mendengar MCQ 10 (10) 10 (5%) Calon dikehendaki menjawab 10 soalan berdasarkan 5 teks autentik pelbagai genre seperti dialog, rencana, cerpen, berita ringkas, pengumuman dan lainlain lagi. 2 daripada teks tersebut merupakan teks pendek (1 soalan bagi setiap teks pendek). Subtotal - 13 (12) 60 (30%) - Total - 38 200 (100%) - 5

SN PERIBAHASA MAKSUD 1. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Orang yang mampu (kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. 2. Air pun ada pasang surutnya. Keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap. 3. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba. Tidak ada usaha yang serta-merta jadi sempurna. 4. Api kecil baik dipadam. Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi. 5. Bagai duri dalam daging. Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati. 6. Bagai lebah menghimpun madu. Sangat rajin. 7. Bagai mengepal pasir kering. Sangat susah hendak menyatukan orangorang yang berbagai-bagai fikirannya. 8. Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Membuat pekerjaan yang lebih daripada yang tersanggup. 9. Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. 10. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak. 11. Bertanya supaya tahu berjalan supaya sampai. 12. Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi. a. Walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga. b. Walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga. Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu. Kalau membuat kerja hendaklah dikaji dahulu dan biar sampai selesai. Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu siasia sahaja. 13. Cembul dengan tutupnya. Sesuai benar. 14. Di mana ranting dipatah, di sana air disauk. 15. Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir. 16. Garam dikulumnya tak hancur. Seorang yang pintar menyimpan rahsia. 6

SN PERIBAHASA MAKSUD 17. Hati gajah sama dilapah; hati kuman sama dicecah. Banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi. 18. Hilang bahasa lenyap bangsa. Apabila sesuatu bahasa itu tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu. 19 Ikan belum dapat, air sudah keruh, jala sudah koyak. 20. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Objektif belum tercapai, macam-macam masalah sudah terjadi. Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga. 21. Karam berdua basah seorang. Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang yang kena hukum. 22. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. 23. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya. Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. 24. Kelapa muda tidak berminyak. Orang muda belum banyak pengalaman. 25. Khabar jauh didengar-dengar, khabar dekat difikir-fikirkan. Apa pun berita yang didengar selidik dulu kebenarannya. 26. Kilat di dalam kilau. Tujuan (maksud) yang terkandung dalam percakapan atau tingkah laku. 27. Kuat lilit kerana simpulnya. Kekuatan persatuan terletak pada anggotaanggotanya. 28. Lebih ikan kerana sirip, lebih burung kerana sayap. Tiap-tiap pakar ada kelebihannya. 29. Lihat anak pandang menantu. Kalau melakukan sesuatu fikirkan juga kesannya pada orang lain. 30. Membujur lalu melintang patah. Tidak ada yang dapat menghalang. 31. Menaburkan benih di tanah yang subur. Berbuat baik pada orang yang tahu menghargai budi. 32. Meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga. Orang yang berbudi baik itu sekalipun dalam keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia. 7

SN PERIBAHASA MAKSUD 33. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. 34. Orang menunggu perigi bilakah ia mati dahaga. Budi dibalas dengan budi. Orang yang hampir dengan orang yang berilmu atau kaya tidak mungkin menjadi bodoh atau susah. 35. Padi setangkai bernas semuanya. Keluarga yang bahagia dan beruntung semuanya. 36. Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar. Menggunakan masa dengan sebaikbaiknya 37. Pahit dahulu, manis kemudian. Yang rumit (sulit) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dalam perjanjian) supaya senang kemudiannya. 38. Pandai menyelam di air dalam. Pandai menyesuaikan diri. 39. Patah kemudi perahu hanyut. Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya. 40. Pecah buyung tempayan ada. Hilang yang satu ada gantinya yang lain. 41. Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air. Sudah siap sedia. 42. Pukul anak sindir menantu. Lain orang yang dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya. 43. Sebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang. Orang yang berilmu itu biar di mana pun ia tinggal tetap dicari orang. 44. Seperti ayam mematuk anaknya. Menghukum anak bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu. 45. Seperti gunting makan di hujung. Mencapai sesuatu dengan diam-diam. 46. Seperti meniup api di atas air. Melakukan pekerjaan yang hampir tidak memberi harapan akan berhasil. 47. Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia. Jangan terburu-buru pada apa yang sudah pasti. 48. Tunduk kepala bukan untuk dipijak. Berlembut bukan kerana suka diperbodoh. 8

SN PERIBAHASA MAKSUD 49. Ukur baju di badan sendiri. a. Menilai kemampuan diri. b. Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita. 50. Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang. Menyelesaikan masalah dengan cara bijaksana. 9