PROSEDUR & GARIS PANDUAN PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN DAN SYARIKAT SPIN OFF/ START-UP 1. PENGENALAN Panduan penubuhan Spin-Off /Start-Up bertujuan untuk membantu staf yang berminat untuk menubuhkan syarikat terbitan universiti yang berasaskan teknologi dalam bidang kepakaran masing-masing. Secara umumnya, program ini terbahagi kepada dua komponen iaitu: i. Penubuhan Syarikat Start-Up; dan ii. Penubuhan Syarikat Spin-Off Syarikat Start-Up : sebuah syarikat yang baru dimulakan bagi hasil penyelidikan yang dikomersilkan yang menggunakan semua jenis kategori harta intelek universiti SELAIN paten. Syarikat Spin-Off : sebuah syarikat yang baru dimulakan bagi tujuan know-how/hasil penyelidikan mempunyai perlindungan harta intelek kategori paten (sama ada difailkan atau diwartakan). 2. OBJEKTIF i. Untuk menggalakkan kakitangan akademik untuk menjalankan aktiviti pengkomersilan berasaskan teknologi dan bidang kepakaran yang dipersetujui oleh Universiti (technopreneur); ii. untuk memupuk dan meningkatkan perlesenan harta intelek (IP) yang dihasilkan daripada penyelidikan UiTM; iii. sebagai platform untuk penjanaan pendapatan UiTM. 3. SYARAT KELAYAKAN i. Pemohon yang menubuhkan start-up/spin-off adalah warganegara Malaysia yang merupakan staf akademik (Gred 45 dan ke atas) di UiTM yang telah disahkan dalam jawatan; ii. Pemohon (staf akademik UiTM) tidak memegang sebarang jawatan pentadbiran di UiTM; iii. Penyertaan daripada individu luar seperti industri, universiti atau agensi lain sebagai ahli adalah dibenarkan dan terhad kepada dua (2) orang sahaja. iv. Perniagaan mestilah berasaskan teknologi dan bidang kepakaran staf. Research Innovation Business Unit (RIBU) m/s 1
4. PERMOHONAN Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan dokumen berikut: i. Butiran permohonan perlindungan harta intelek (BORANG IPR RIBU/B2/2015) ii. Borang permohonan Syarikat Terbitan / Spin-off / Start-up (RIBU-ST.SU.SO/2017/1) iii. Dokumen lain yang berkaitan - Borang Perisytiharan Syarikat / Perniagaan Persendirian (UiTM/UI/F.04/16a) - Borang Permohonan Untuk Melakukan Pekerjaan Luar (UiTM/UI/F.O1/10/IRMI2016) iv. Cadangan konsep projek / pelan perniagaan yang terdiri daripada: a. Struktur pasaran - Analisa suasana pasaran perniagaan yang dicadangkan dan kajian kompetitif b. Potensi pengkomersilan - Analisis sasaran pasaran dan kajian kebolehlaksanaan v. Senarai nama pemilik syarikat dan alamat surat-menyurat vi. Salinan kad pengenalan pemilik syarikat vii. Cadangan nama syarikat viii. CV untuk setiap ahli pengurusan syarikat ix. Dokumen sokongan & gambar produk 5. PROSEDUR PERMOHONAN 5.1 Prosedur permohonan adalah seperti berikut: i. Pemohon perlu memohon perlindungan harta intelek bagi setiap teknologi yang hendak dikomersilkan. ii. Pemohon perlu menghantar borang permohonan Syarikat Terbitan / Start-up / Spin-off (RIBU-ST.SU.SO/2017/1), borang Perisytiharaan Syarikat/Perniagaan Persendirian (UiTM/UI/F.04/16a) dan borang permohonan Melakukan Untuk Pekerjaan Luar (UiTM/UI/F.01/10/IRMI2016). Dalam borang-borang tersebut, pemohon perlu mendapatkan ulasan dan kelulusan Dekan/Rektor UiTM untuk menubuhkan perniagaan. iii. Pihak sekretariat akan membuat semakan ke atas dokumen permohonan tersebut bagi memastikan permohonan adalah lengkap. Jika tidak lengkap, pihak sekretariat akan menghubungi pemohon bagi mendapatkan maklumat tambahan. Research Innovation Business Unit (RIBU) m/s 2
iv. Pemohon hendaklah membentangkan rancangan perniagaan kepada panel penilai yang dilantik oleh RIBU untuk kelulusan. Panel penilai akan menimbang daya maju cadangan. Faktor utama diambil kira dalam proses penilaian adalah potensi teknologi yang dicadangkan untuk dikomersilkan. v. Pemohonan yang berjaya akan dibawa ke Jawatankuasa Induk Penyelidikan Universiti untuk mendapatkan kelulusan. vi. Pemohon yang berjaya perlu membuat pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan menghantar salinan pendaftaran syarikat tersebut kepada pihak RIBU. vii. Dalam tempoh masa tertentu, pihak Syarikat Terbitan / Start-up / Spin-off perlu menandatangani perjanjian pelesenan dengan UiTM Innovation Sdn. Bhd. (UISB). viii. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, pihak Syarikat Terbitan / Start-up / Spin-off perlu membuat pembayaran kepada UISB mengikut persetujuan yang tertakluk dalam perjanjian pelesenan. Research Innovation Business Unit (RIBU) m/s 3
5.2 Carta Alir/Proses Penubuhan Syarikat terbitan/ spin-off / start-up PYB CARTA ALIR PROSES/AKTIVITI DOKUMEN RUJUKAN Mula Staf Permohonan perlindungan harta intelek Borang permohonan perlindungan harta Intelek (BORANG IPR RIBU/B2/2015) Staf Sekretariat Lengkap Tidak lengkap Penyerahan permohonan menubuhkan Syarikat terbitan / spin-off / start-up Semakan permohonan menubuhkan Syarikat terbitan / spin-off / start-up : (Lengkap atau tidak lengkap) Borang Permohonan Syarikat Terbitan / Spin-off / Start-up (RIBU-ST.SU.SO/2017/1) Borang Perisytiharan Syarikat/Perniagaan Persendirian (UiTM/UI/F.04/16a) Borang Permohonan Untuk Melakukan Pekerjaan Luar (UiTM/UI/F.O1/10/IRMI2016) Tidak lulus Lulus Pelan perniagaan Dokumen permohonan perlindungan harta intelek Panel penilai Lulus Tidak lulus Penilaian/ pembentangan dan kelulusan panel penilai: (Lulus atau Tidak Lulus) Borang penilaian pembentangan Syarikat terbitan / spin-off / startup Sekretariat Kelulusan Jawatankuasa Induk Penyelidikan Universiti Minit mesyuarat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Lulus Pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia Borang Pendaftaran Syarikat (SSM) Staf Penyerahan salinan dokumen pendaftaran Perakuan Perbadanan Syarikat (SSM) Sekretariat staf & Menandatangani perjanjian Perjanjian Pelesenan Sambungan Research Innovation Business Unit (RIBU) m/s 4
Sambungan Staf Pembayaran fi pelesenan dan royalti kepada UiTM Perjanjian Pelesenan Tamat Research Innovation Business Unit (RIBU) m/s 5
6. KAEDAH PELAKSANAAN 6.1 Kewangan START-UP SPIN-OFF Royalti Bergantung kepada persetujuan pemilik dan UiTM Yuran Perlesenan Bergantung kepada persetujuan antara pemilik dan UiTM serta harta intelek yang dihasilkan. 6.2 Pegangan Ekuiti Bagi mengelakkan sebarang liabiliti yang ditanggung oleh perniagaan, UiTM tidak akan memegang ekuiti di dalam syarikat. Sekiranya ada pihak luar terlibat sebagai ahli, pembahagian ekuiti bagi setiap ahli perlu dinyatakan dengan jelas semasa permohonan dibuat. 7. PENGLIBATAN PENYELIDIK 7.1 Penglibatan penyelidik yang dicadangkan adalah dengan merujuk kepada : a. Trek Penyelidikan Staf akademik hendaklah menggunapakai Trek Penyelidikan melalui pengurangan Amanah Tugas Pensyarah (ATP) seperti yang tertakluk di dalam pekeliling Akademik UiTM Bil 20/2011: Amanah Tugasan Pensyarah (ATP). Agihan jam ATS mengikut Trek Penyelidikan bagi setiap gred jawatan adalah seperti jadual di bawah: Gred ATS KS KJS K1 K2 K3 Jumlah ATP 45 12 8 27 8 15 4 39 Research Innovation Business Unit (RIBU) m/s 6
51/52 10 6 29 8 17 4 39 53/54 8 5 31 8 19 4 39 VK7 6 4 33 10 15 8 39 *Rujukan: ATP ATS KJS KS PS Kl K2 K3 = AmanahTugasanPensyarah = AmanahTugasSyarahan = KesetaraanJamSyarahan = KontekSyarahan = PenyediaanSyarahandanPenilaian = Penyeliaan(projeUlatihanindustri) = Penyelidikan,Penerbitan,PerundingandanPersidangan = KegiatandanSumbangan(Universiti/Pelajar/Masyarakat) 8. PENEMPATAN Syarikat akan dipertimbangkan untuk diberikan ruang inkubator di Pejabat RIBU, UiTM-MTDC Technopreneur Centre bagi tempoh maksimum dua (2) tahun (jika perlu) berkuatkuasa daripada tarikh kelulusan penubuhan syarikat. 9. PEMANTAUAN 9.1 Pemantauan prestasi syarikat akan dilakukan oleh RIBU dan salinan laporan prestasi perlu diserahkan kepada Pejabat TNC (P&I), TNC (HEA), Pejabat Dekan Fakulti / Rektor Kampus dan Pejabat Pendaftar. Berikut adalah dokumen yang perlu diserahkan kepada Sekretariat bagi tujuan pemantauan: 9.1.1 Laporan Kemajuan & Kewangan Pihak syarikat terbitan/start-up/spin-off perlu menghantar laporan kemajuan dan kewangan syarikat kepada pihak RIBU setiap 6 bulan. 9.1.2 Bayaran Royalti / Pendapatan kepada UiTM Bayaran royalti atau pendapatan yang diperolehi mestilah dibayar kepada UiTM selewat-lewatnya pada 15hb Disember setiap tahun. Research Innovation Business Unit (RIBU) m/s 7
9.2 Dalam tempoh dua (2) tahun, sekiranya syarikat gagal menunjukkan prestasi yang memberansangkan, RIBU akan menilai semula potensi kebolehjayaan dan berhak menarik balik kelulusan untuk menjalankan perniagaan Research Innovation Business Unit (RIBU) m/s 8