Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan

dokumen-dokumen yang mirip
Pengurusan Bilik Darjah

Langkah : pengetahuan teori perkembangan /psikologi kanak-kanak/ pemerhatian sistematik

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENGURUSAN BILIK DARJAH

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

KRM3023 ASAS UKURAN GROUP : UPSI08 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH TAJUK TUGASAN :

PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUALITATIF

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

2.0 PENYATAAN MASALAH

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

PEMBELAJARAN MASTERI

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 6)

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

Transkripsi:

Konsep Tingkah Laku Bermasalah Jenis Disruptif Pendahuluan Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar. Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya. Tingkahlaku bermasalah Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya 1

masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri. Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar. Tingkahlaku disruptif Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah 2

laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbukmenumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Manakala tingkah laku distruptif pula bukan sahaja membahayakan diri sahaja malah juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikir akibatnya. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi. Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid aliran perdana juga ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain. Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. 3

Murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Bagi murid PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai Hiperaktf-impulsf kerana bagi muird keperluan khas jenias ini, petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap. Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini, pemerhatian yang telah dibuat mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang pasif ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang ada dalam diri mereka. Langkah mengatasi yang telah dijalankan oleh guru untuk mengelakkan masalah ini daripada menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengasingkan pelajar ini dan menghimpunkan mereka dalam satu kelompok yang digelar sebagai pelajar pemulihan. B. KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR BERMASALAH TERSEBUT. Cikgu Halimah harus menerima hakikat bahawa punca utama yang menyebabkan tingkah laku disruptif ialah cara penyampaiannya semasa pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik. Ditambah pula oleh set induksi yang lemah menyebabkan murid berasa terlalu sukar untuk memahami keseluruhan aktiviti di dalam kelas. Cikgu Halimah harus menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuklah penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perhatian pelajar. Mok Soon Sang (2006), kaedah mengajar merujuk kepada satu siri tindakan guru yang bersistematik dan berlandaskan kepada satu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. 4

Manakala, teknik mengajar boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Belajar Sambil Bermain. Cikgu Halimah boleh menggunakan kaedah pengajaran Belajar Sambil Bermain bagi mata pelajaran Sains tahun 5 Bestari. Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Secara tidak langsung murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berminat untuk belajar bersama-sama tanpa menganggu murid yang lain. Contohnya Cikgu Halimah mengajar di bawah tajuk Menyiasat Alam Kehidupan iaitu Menerangkan Kemandirian Spesis Haiwan. Cikgu Halimah perlu menyediakan cantuman gambar haiwan yang haiwan yang bertelur dan melahirkan anak. Cantuman gambar tersebut perlu disesuaikan dengan jenis haiwan berkenaan seperti burung, arnab, angsa, lembu, ikan paus, ikan guppy dan penguin. Murid-murid kelas 5 Bestari akan cuba memadankan haiwan dan kumpulan jenisnya. Secara tidak langsung aktiviti permainan ini memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan potensi intelek dan sosial di samping mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru diperolehi. Main Peranan Cikgu Halimah juga boleh menggunakan kaedah Main Peranan dalam aktiviti di dalam kelas 5 Bestari. Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelas tanpa mempunyai skrip. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif ini perlu diarahkan menjadi pelakon. Sudah tentu mereka akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan murimurid lain. Contohnya Cikgu Halimah mengajar di bawah tajuk Menyiasat Alam Kehidupan iaitu Menghayati Kepentingan Hubungan antara Hidupan Dalam Siratan Makanan. Murid boleh melakonkan watak binatang dan tumbuhan dalam sistem siratan makanan. Murid perlu melakonkan watak tumbuhan berdaun, belalang, arnab, burung kecil dan helang, Setiap haiwan mempunyai makanan yang tersendiri dan saling memerlukan dalam sistem siratan makanan. Lakonan sekitar lima hingga tujuh minit sahaja. Di akhir lakonan Cikgu Halimah akan berbincang 5

dengan murid-murid mengenai prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah. Cikgu Halimah perlu membimbing murid-murid membuat rumusan betapa pentingnya sistem siratan makanan terhadap haiwan dan tumbuhan yang saling bergantungan antara satu sama lain. Kaedah dan teknik pengajaran Tematik Cikgu Halimah perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran Tematik. Mok Soon Sang (2006), tema ini boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian. Contohnya bagi mata pelajaran Sains tahun lima iaitu tajuk Cahaya. Strategi pengajaran tematik juga berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, khasnya kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif akan dipecahkan. Cikgu Halimah akan membentuk kumpulan yang pelbagai kebolehan. Seterusnya tema yang sama akan diberi kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan berbincang sesama sendiri mengenai tema Cahaya.. Cikgu Halimah akan memantau setiap kumpulan. Di akhir perbincangan setiap kumpulan akan menghantar wakil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan. Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan Cikgu Halimah perlu menggunakan kaedah dan teknik pemudahcaraan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini menumpukan kepada kemahiran Cikgu Halimah sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalan perlu dilakukan terutamanya di dalam set induksi. Cikgu Halimah mesti menyoal murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berselang seli dengan murid lain. Secara tidak langsung murid dapat mengingati ilmu pengetahuan yang lepas yang berkaitan contohnya tajuk berkaiatan Tenaga. Di peringkat perkembangan, soalan demi soalan dikemukakan untuk membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, soalan ditanya untuk menilai pencapaian objektif. Tunjuk Cara (Demonstrasi) Cikgu Halimah mesti menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan demonstrasi di hadapan murid. Di dalam mata pelajaran Sains tajuk Pepejal, Cecair 6

dan Gas boleh dilakukan demonstrasi. Alatan radas yang bersesuaian boleh digunakan. Murid mesti diberi bimbingan apa yang perlu diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya nanti. Semasa berdemonstrasi, Cikgu Halimah perlu menerangkan sekali lagi jika murid masih raguragu. Teknik penyoalan tentang sifat ketiga-tiga bahan ini perlu dibuat. Di sini semua pelajar akan memberi tumpuan kerana teknik tunjuk cara amat diminati terutamanya oleh murid disruptif. Selepas demonstrasi, perbincangan hendaklah dilakukan. Murid-murid dapat mengetahui tujuan demonstrasi dan membuat rumusan dengan cepat. Aktiviti pengukuhan perlu dilakukan dan murid diminta mencatitikan di dalam nota. TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU Masalah tingkah laku adalah sebagai perlakuan yang di manifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa yang lama yang mana ianya akan memberikan kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan ini boleh menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Guru boleh menggunakan banyak teknik-teknik untuk memodifikasikan tingkah laku murid-muridnya. Menurut Dr. Ragbir Kaur, guru-guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjahnya (Dr.Ragbir Kaur, Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk Kpli,2008). Guru juga mesti menyimpan rekod salah laku murid-muridnya seperti bila ia berlaku, dan bagaimana ia berlaku. Menurut Dr. Ragbir lagi, proses merekod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku. Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk pelaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah ialah : 7

PENEGUHAN Terdapat dua jenis teknik peneguhan iaitu Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif. Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya. Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu berulang-ulang gerak balas responden tersebut. Terdapat dua jenis ganjaran/peneguhan positif iaitu: (a) Ganjaran primer ( susu, makanan, gula-gula ) (b) Ganjaran Terlazim ( bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial, sentuhan, perkataan ( lisan dan bertulis ), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru ( muka atau badan ). Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan ( Mok Soon Sang,2006 ) seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan itu berlaku. Contoh yang dibuat oleh Mok Soon Sang ialah: GURU : Apakah nombor bercampur Rahman? RAHMAN: Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan pecahan GURU : Bagus! (pujian) Selain daripada aktiviti diatas, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang boleh dibuat oleh guru untuk memberi peneguhan positif kepada murid, antaranya ialah : (a) Murid disuruh untuk menjadi pembantu guru 8

(b) Menjaga binatang peliharaan didalam bilik darjah (c) 5-10 minit aktiviti bebas (murid boleh membuat apa sahaja aktiviti yang mereka suka) (d) Menulis satu nota pujian daripada guru kepada ibu bapa murid (e) Murid diberikan masa untuk pergi ke perpustakaan (f) Murid diberi peluang untuk menjadi ketua aktiviti kumpulan (g) Murid dapat mendengar satu cerita yang dirakam oleh guru Peneguhan Negatif Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani time out. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya dapat meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan. Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya yang kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Contohnya : GURU : Apakah pecahan setara, Ali? ALI : (Tidak Menjawab) GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap. Peneguhan tersebut yang digunakan tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan. 9

Cadangan Teknik-teknik Pengurusan Modifikasi Tingkah laku di bahagikan kepada beberapa bahagian antaranya: a. Alat Pengukuran Personal Teknik ini bermula dengan guru dahulu. Ini memandangkan guru akan menggunakan pendekatan fizikal seperti akan mendekatkan diri mereka dengan murid-murid yang mempunyai masalah tingah laku ini. Ini kerana jarak yang hampir itu akan memudahkan guru itu menghampiri dan melihat perlakuan muridnya secara dekat. Guru juga akan menggunakan pendekatan secara mobiliti fizikal yang mana guru akan berjalan dari depan ke belakang di dalam kelas sebagai tanda pengawasan di dalam bilik darjah. Guru juga akan menggunakan ekspresi wajah yang mana ia merupakan satu teknik terbaik khususnya dalam pengurusan displin kerana dengan menunjukan wajah sahaja pelajar akan faham arahan guru tersebut. b. Teknik Pencegahan Teknik ini di gunakan oleh guru bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Ketegangan antara pelajar dan guru boleh berlaku jika terdapat tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah. Dengan mengambil tindkan bagi menghindari situasi ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti persekitaran dan pembelajaran dengan mengurangkan tahap ketegangan di dalam bilik darjah ini. Beberapa cara yang baik boleh juga di lakukan untuk menghalang tingkah laku yang bermasalah antaranya seperti: mewujudkan iklim positif untuk merangsang dan menggalakan tingkah laku yang baik. Tumpukan pada hubungan seperti menunjukan sikap peramah, memberi peneguhan diri yang cukup dan tunjukan sikap berhati-hati. Kekalkan persekitaran yang terurus. 10

Patuhi peraturan rutin bilik darjah untuk memasuki bilik darjah seperti dengan memberi salam. Bentuk peraturan untuk menjelaskan kepada murid perlakuan yang di terima dan perlauan yang tidak dapat di terima. c.tindakan Pembetulan. Kategori ketiga teknik pengurusan tingkah laku ialah tindakan pembetulan. Ia adalah cara untuk menangani masalah tingkah laku ini secara spontan dan juga untuk menghentikan perlakuan mereka dengan cara yang baik dan tidak merosakan. Tindakan pembetulan bukan sahaja menghentikan tingkah laku yang tidak di ingini tetapi juga bagi penambah baikan keadaan persekitaran bilik darjah. Terdapat beberapa tindakan pembetulan seperti berikut: Gunakan hukuman yang memang di ketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan pastikan hukuman itu relevan dan bepatutan. Memberhentikan tingkah laku yang tidak di ingini dengan cara menukarkan tempat duduk dan berjumpa selepas tamat belajar. Bimbing perlakuan yang tidak baik kearah yang positif kerana lebih banyak murid belajar perlakuan yang baik, semakin kuranglah mereka melakukan perlakuan yang tidak baik. Jelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan ingatkan mereka semula apabila mereka mula menunjukkan tingkah laku masalah. KESIMPULAN Masalah tingkahlaku bermasalah ini merupaka perkara yang perlu di beri perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan 11

masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi. Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan. 12