Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Topik Numerical Method

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Kesilapan Yang Dilakukan Pelajar Dalam Menjawab Topik Janjang Di Dalam Kursus BA301 (Matematik Kejuruteraan 3) Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

LAPORAN PENYELIDIKAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

Katakunci: LTVP; lukisan pelan; pengajaran dan pembelajaran; P & P

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Pengenalan kepada Teknologi Animasi Digital

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

TEKNOLOGI AUDIO & DIGITAL PENGGUNAAN AUDIO DALAM APLIKASI MULTIMEDIA

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN SARJANA USULUDDIN UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

2.0 PENYATAAN MASALAH

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Transkripsi:

Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Topik Numerical Method Matematik Kejuruteraan 3 Bagi Pelajar Politeknik : Satu Kajian Tindakan SITI HAJAR S. 1,a,NOOR AZIMAH A.G. 2,b, FAIZATULHAIDA M.I. 3,c 1,2,3 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Kedah a siti_hajar.poli@1govuc.gov.my b noorazimah.poli@1govuc.gov.my c faizatul.poli@1govuc.gov.my Abstrak: Numerical Method (NM) merupakan salah satu topik di dalam kursus Matematik Kejuruteraan 3 (BA301) yang mempunyai penyelesaian panjang dan sukar bagi pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional yang kebanyakannya digunakan oleh pensyarah dilihat menjejaskan minat dan kefahaman pelajar dalam topik tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik NM kursus Matematik Kejuruteraan 3 (BA301). Seramai 98 orang pelajar dipilih sebagai responden dalam kajian ini yang melibatkan 3 program Diploma Kejuruteraan Elektrik Semester 3 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Instrumen kajian ini adalah melalui borang soal selidik dan temu bual semi struktur. Analisa keputusan menunjukkan penggunaan multimedia lebih berkesan dalam meningkatkan kefahaman pelajar dan ia memberi persepsi positif pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) topik NM. Kata Kunci: Multimedia, Numerical Method, Matematik Kejuruteraan 3, Pengajaran dan Pembelajaran Pengenalan Dalam era ledakan maklumat ini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi perkara yang penting. Teknologi ini sudah menguasai global secara berleluasa. Kemajuan ICT juga telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Kewujudan ICT turut membantu dalam PdP antaranya adalah penggunaan multimedia. Multimedia merupakan satu teknik yang menggabungkan grafik, animasi, bunyi, data, teks, gambar, dan video. Menurut [1], interaktiviti dalam multimedia merupakan jantung kepada program multimedia kerana pengguna boleh mengawal turutan adegan dalam satu-satu aplikasi program. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada pensyarah menggunakan dan memahirkan diri dalam pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baharu yang akan datang. Selain daripada itu, kaedah pengajaran yang berasaskan komputer dan teknologi maklumat berupaya mengantikan kaedah tradisional dengan pelbagai cara. Menurut [2] multimedia adalah kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi perhubungan. Perisian multimedia merupakan salah satu teknologi yang digunakan di dalam pendidikan dan menjadi keperluan kepada pensyarah-pensyarah sebagai alat bantu mengajar dalam mewujudkan PdP yang lebih berkesan. Multimedia boleh diaplikasikan untuk semua pembelajaran termasuk matematik. Menurut [3], konsep pembelajaran berpandukan multimedia merupakan satu pendekatan baharu dan mula berkembang semenjak konsep Sekolah Bestari diperkenalkan. Menurut [4] penggunaan multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Selain daripada itu penggunaan multimedia juga dapat mengatasi kelemahan 7

serta masalah di dalam proses pengajaran secara tradisional di dalam kelas. Menurut kajian [5], pendekatan pengajaran secara tradisional serta sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, kursus Matematik Kejuruteraan 3 merupakan kursus teras yang wajib diambil dan lulus sebagai syarat memiliki diploma. Matematik Kejuruteraan 3 ini terdiri daripada 5 topik utama iaitu Statistic, Area of Irregular Shape, Progression, Matrices dan Numerical Method. NM adalah topik yang paling sukar untuk dikuasai oleh pelajar. Masalah ini dikesan dari keputusan peperiksaaan akhir semester di mana pelajar tidak mampu menjawab sepenuhnya soalan berkaitan dari topik ini iaitu soalan 6. Kajian ini tertumpu kepada prestasi akademik pelajar dalam penyelesaian persamaan linear yang terdapat dalam topik 5 kursus Matematik Kejuruteraan 3 (BA301). Rajah 1 dan jadual 1 menunjukkan peratusan pelajar yang menjawab soalan peperiksaan akhir khususnya soalan 6 iaitu berkaitan dengan penyelesaian persamaan linear. Didapati bagi ketiga-tiga program menunjuk peratus pelajar menjawab soalan 6 adalah rendah iaitu DET3B sebanyak 9.5%, DKM3A 0% dan DKA3A sebanyak 36.8%. Program Rajah 1: Graf Peratusan Pelajar Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Disember 2011 Jadual 1: Peratusan Pelajar Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Bagi 3 Program Peratus Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 DET 3B 62% 62% 90.50% 76% 100% 9.50% DKM 3A 80.80% 65.40% 92.30% 73.10% 88.50% 0% DKA3A 52.60% 21.10% 89.50% 97.70% 89.50% 36.80% Sumber : Analisis Data Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2011 Berdasarkan keputusan ini, inisiatif telah diambil dengan melaksanakan pembelajaran berasaskan multimedia. Kaedah ini telah memberi impak yang positif kepada pelajar dalam meningkatkan proses PdP. Kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan multimedia di dalam PdP bagi topik NM kursus Matematik Kejuruteraan 3 (BA301). 8

Kajian Literatur Matematik adalah diantara matapelajaran yang dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar terutamanya bagi topik-topik yang melibatkan jalan penyelesaian yang panjang. Oleh yang demikian ia menyebabkan terdapat pelajar kurang berminat untuk mempelajari matematik. Menurut [6], di dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor kelemahan pelajar di dalam matematik disebabkan kurang minat, kurang motivasi semasa proses pembelajaran, pelajar yang bertindak pasif dan hanya mendengar informasi guru sahaja tanpa bertanya dan juga kurang latihan. Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan perisian multimedia dalam menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik dengan lebih mudah khususnya bagi topik NM dalam kursus Matematik Kejuruteran 3. Menurut [7], kaedah pembelajaran berbantukan komputer juga dapat membantu pelajar-pelajar lemah yang menghadapi masalah-masalah dalam menguasai dan memahami sesuatu pelajaram yang dipelajarinya dalam pendidikan pemulihan. Pembelajaran berbantukan komputer berupaya memberi penerangan mengenai masalah pembelajaran kepada pelajar-pelajar. Melalui pendekatan ini, pelajar dapat belajar dalam suasana yang menghiburkan dan pada masa yang sama ia dapat merangsang minda mereka dalam penyelesaian soalan matematik. Kajian [8] menunjukkan, pengintegrasian teknologi dalam pengajaran akan menjadikan pengajaran lebih menarik, bermakna dan produktif dengan penggabung jalinan penggunaan multimedia. Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan [9]. Inovasi teknologi multimedia yang canggih menggunakan peralatan komputer menjadikan adunan audio, video, teks, grafik dan animasi yang baik mampu menghasilkan warna serta reka bentuk yang menarik serta persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan. Ciri-ciri ini dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan berkesan. Menurut [10], menyatakan bahawa multimedia yang moden merujuk kepada perisian pengajaran yang disimpan dalam cakera laser atau CD-ROM dan dibaca menggunakan komputer. Selaras dengan perkembangan teknologi kini, kaedah pengajaran berasaskan pendekatan tradisional dilihat semakin kurang sesuai dengan keperluan pelajar-pelajar sekarang. Ini kerana kaedah pengajaran tradisional lebih menumpukan pengajaran dan pembelajaran kepada guru berbanding penggunaan teknologi multimedia yang merupakan bahan bantu mengajar bersifat dua hala. Maka, untuk merangsang minda pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pensyarah perlulah menggunakan bahan bantu mengajar berasakan multimedia [8]. Tenaga pengajar patut menyelitkan multimedia di dalam setiap subjek yang diajar oleh mereka dan semua subjek di institusi pendidikan boleh disampaikan menggunakan multimedia [11]. Kelebihan pembelajaran berbantukan komputer ialah dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu dan sabar menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar yang kurang cerdas [7]. Ini jelas menunjukkan penggunaan teknologi multimedia memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Metodologi Kajian Kajian yang dijalankan melibatkan proses pengumpulan dan penganalisaan data berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pertama, data kajian dikumpul melalui satu set soal selidik khas yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada item soalan jantina dan jabatan pelajar. Manakala bahagian B dibangunkan berdasarkan 10 item soalan yang terdiri daripada pelbagai skop soalan tentang penggunaan multimedia dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam topik NM Matematik Kejuruteraan 3 melalui pilihan jawapan berdasarkan Skala Likert. Skala Likert yang digunakan ialah: 9

1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Setuju 4 = Sangat Setuju Kajian ini dilakukan melalui proses edaran borang soal selidik kepada 98 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 3 (BA301). Edaran soalan ini dibuat setelah berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah tradisional dan menggunakan kaedah bantuan perisian multimedia bagi topik Numerical Method. Pelajar telah diberi masa selama 5 minit untuk menjawab sepuluh soalan tersebut, setelah selesai melihat perisian multimedia yang disediakan sebagai bahan inovasi di dalam kajian ini. Daripada dapatan analisa soal selidik tersebut dapat dilihat peratus keberkesanan dan kejayaan penggunaan perisian multimedia di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik NM. Seterusnya kaedah kedua merupakan kaedah kualitatif yang melibatkan sesi temubual pelajar. Sesi temubual ini dilaksanakan melibatkan 10 peratus daripada jumlah respoden yang dipilih. Didapati seramai 10 orang pelajar daripada 4 kelas yang terlibat iaitu 5 orang daripada pelajar kelas DET3A, 3 orang kelas DTK3A dan 2 orang daripada kelas DEP3A. Secara purata seramai 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan terlibat dalam sesi temubual ini dengan tujuan memperolehi pandangan dan pendapat mereka secara terus tentang penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran topik Numerical Method. Soalan yang diajukan kepada pelajar berbentuk semistruktur dan subjektif, di mana temubual tersebut dilaksanakan secara berkumpulan. Kaedah ini akan memberi keyakinan dan keterbukaan kepada minda pelajar dalam menjawab soalan yang diajukan. Soalan berbentuk subjektif dipilih kerana soalan jenis ini akan dapat memberi peluang kepada responden dalam menyumbangkan sebarang jawapan yang mereka fikirkan sesuai [12]. Soalan yang dikemukan juga adalah secara terbuka dan berangkai. Tempoh yang diperuntukkan dalam sesi temubual ini adalah 20 minit dengan jawapan pelajar diberi secara rawak. Melalui sesi temubual ini, penyelidik dapat mengenalpasti pandangan, komen, cadangan, permasalahan dan kesilapan yang wujud daripada sesi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan multimedia. Selain itu, pandangan daripada pihak pelajar juga akan dijadikan sebagai salah satu cadangan penambahbaikan untuk meluaskan skop kajian ke peringkat inovasi pendidikan. Dapatan Kajian Dapatan kajian yang diperolehi adalah terdiri daripada dapatan menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. i) Kaedah kuantitatif: Analisa data dilakukan adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan multimedia bagi topik NM. Dapatan daripada kaedah kuantitatif adalah seperti di dalam Rajah 2 yang ditunjukkan di bawah. Rajah ini menunjukkan peratusan yang diperolehi bagi 10 item soalan di dalam borang soal selidik. Melalui item-item yang dinilai, 82.95% responden mengatakan penggunaan multimedia dapat menjadi sumber rujukan pelajar untuk mempelajari topik NM. 85.23% pula mengatakan kandungan isi pelajaran disusun dengan baik. Manakala bagi item penghuraian isi pengajaran mudah difahami dan maklumat dalam perisian multimedia boleh diaplikasikan dalam pembelajaran secara kendiri menunjukkan peratus yang sama iaitu 82.95%. Responden mengatakan penyusunan maklumat dalam perisian teratur iaitu peratusan sebanyak 85.23%. Bagi item mengingati langkah-langkah penyelesaian dan item mempercepatkan pemahaman bagi topik NM mempunyai peratus yang sama iaitu 84.09%. Seterusnya, terdapat peningkatan peratus bagi item paparan video menambahkan pemahaman iaitu 87.5%. Item 10

keberkesanan penggunaan multimedia menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 88.64% dan item penggunaan kuiz pula menunjukkan peratus sebanyak 86.36%. Rajah 2: Graf Peratusan Tahap Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Merujuk Jadual 2, peratusan mengikut skala likert menunjukkan responden bersetuju terhadap penggunaan multimedia yang mana skor 3 dan 4 mempunyai peratus yang tinggi berbanding dengan skor 1 dan 2 yang hanya menunjukkan peratusan yang kecil. Item soalan pertama dan ketiga menunjukkan bahawa perisian multimedia sangat berkesan kepada pelajar sebagai sumber rujukan dan penyampaian isi pengajaran yang terbaik. Item tersebut menyumbang peratus tertinggi aitu sebanyak 68.2% berbanding item soalan yang lain. Bil Pernyataan Soalan 1 Perisian multimedia dapat menjadi sumber rujukan pelajar untuk mempelajari topik Numerical Method. 2 Kandungan isi pelajaran disusun dengan baik. 3 Penghuraian isi pengajaran mudah difahami. 4 Maklumat dalam perisian multimedia boleh diaplikasikan dalam pembelajaran secara kendiri. 5 Maklumat dalam perisian multimedia disusun dengan teratur. 6 Mengingati langkah-langkah penyelesaian bagi topik Numerical Method. 7 Mempercepatkan proses pemahaman bagi topik Numerical Method. 8 Paparan video boleh menambahkan pemahaman bagi topik Numerical Method. 9 Keberkesanan penggunaan perisian multimedia. 10 Kuiz yang diutarakan dapat meningkatkan pengetahuan. Jadual 2: Peratusan Pernyataan Soalan Mengikut Skala Likert Skala 1 2 3 4 0 0 68.2% 31.8% 0 0 59.1% 40.9% 0 0 68.2% 31.8% 0 4.5% 59.1% 36.4% 0 4.5% 59.1% 36.4% 0 4.5% 54.5% 41% 0 4.5% 54.5% 41% 0 0 63.6% 36.4% 0 0 45.4% 54.6% 0 4.6 45.4 50 11

ii) Kaedah kualitatif: Hasil dapatan untuk sesi temubual diperolehi daripada rekod rakaman yang telah dibuat bersama 10 orang pelajar. Secara keseluruhan semua pelajar yang ditemubual sangat bersetuju dengan penggunaan multimedia dalam sesi PdP bagi topik NM. Mereka memberi pandangan yang positif terhadap kreativiti dan usaha pengkaji dalam menghasilkan satu bentuk bahan bantu mengajar yang berkesan dalam meningkatkan kefahaman pelajar. Ia sekaligus telah menarik minat para pelajar dalam mempelajari topik tersebut kerana penggunaannya sangat menjimatkan masa dan membantu para pensyarah serta para pelajar dalam proses penyampaian nota dan penyelesaian bagi soalan-soalan berkaitan. Pelajar juga telah menyatakan bahawa melalui penggunaan multimedia ini, penyelesaian soalan dapat ditunjukkan dengan ringkas, padat, teratur dan jelas tanpa perlu ditulis berulangkali berbandingkan dengan kaedah pembelajaran tradisional sebelum ini. Kekuatan penyataan ini telah memberi suatu bonus buat pengkaji dalam usaha mereka mengenengahkan kaedah ini menjadi satu usaha inovasi ke arah pembelajaran yang efektif. Dalam sesi temubual itu juga, pengkaji telah bertanya tentang cadangan atau komen yang boleh dijadikan tindakan penambahbaikan bagi proses pembangunan bahan bantu mengajar berasakan multimedia yang lengkap untuk keperluan pelajar khususnya bagi topik NM. Antara pandangan yang diberikan daripada pelajar iaitu penggunaan dwibahasa sebagai satu cadangan dalam penghuraian nota dan penyelesaian soalan. Ada juga dalam kalangan pelajar yang mencadangkan soalan-soalan latihan bersama jawapan disediakan di dalam slide multimedia, sebagai bentuk latihan untuk meningkatkan kefahaman dan kecekapan dalam penyelesaian soalan. Berikut adalah beberapa dialog yang telah dilaksanakan semasa sesi temubual bersama 10 orang pelajar semester 3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik secara open-ended interview. Soalan 1 Pensyarah: Sila nyatakan kelebihan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian Multimedia berbanding dengan kaedah tradisional? Pelajar 1: Lebih jimat masa pensyarah dan pelajar untuk salin nota. Pelajar 2: Ia menarik dan berwarna-warni. Soalan 2 Pensyarah : Jelaskan persembahan bagi isi kandungan nota dan penyelesaian soalan pada slide multimedia? Pelajar 1: Isi kandungannya lebih baik, ringkas, padat dan tepat. Pelajar 2: Mudah difahami Pelajar 3: Sebab slide tersebut ada hyperlink, pelajar lagi faham. Soalan 3 Pensyaarh : Adakah anda semua bersetuju dengan penggunan perisian multimedia terutamanya bagi topik Numerical Method? Semua pelajar: Ya, kami setuju ia digunakan dalam topik ini. 12

Pelajar 1 : sebab mudah faham dan menarik. Soalan 4 Pensyarah : Cadangan atau komen daripada anda semua sebagai penambahbaikan perisian Multimedia ini? Pelajar 1: Letak dwibahasa puan Pelajar 2: Letak soalan-soalan latihan, jalan penyelesaian Pelajar 3: sebab slide tersebut ada hyperlink, pelajar lagi faham Kesimpulan Hasil kajian yang telah kami lakukan, dapat dirumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia adalah sangat sesuai dan ia boleh menarik minat pelajar sekaligus telah meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam mempelajari topik NM. Dengan kreativiti penyelidik melalui persembahan multimedia yang dimuatkan dengan pelbagai bahan interaktif seperti hyperlink, audio dan video, menjadi sebab utama kaedah ini sangat berkesan. Didapati juga, pelajar memberi pandangan yang positif terhadap penggunaan alat bantuan pengajaran ini kerana proses pengajaran dan pembelajarannnya dapat dilaksanakan secara ringkas, padat dan mudah difahami. Ia sangat menjimatkan masa dan tenaga pensyarah serta pelajar dalam mencapai matlamat hasil pembelajaran kursus. Ini adalah disebabkan interaktif yang ada dalam persembahan multimedia ini dapat mengurangkan proses penyelesaian langkah demi langkah yang panjang bagi satu-satu kaedah penyelesaian dalam topik NM. Sebahagian besar pensyarah akan mendapati PdP lebih mudah apabila terdapat kaedah yang ringkas, tepat dan efektif jika pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia dapat dilaksanakan sepenuhnya. Segala masalah yang wujud seperti kekurangan prasarana ICT diharapkan akan mendapat perhatian yang serius daripada pihak pengurusan politeknik dalam menjadikan kaedah ini suatu cara yang diutamakan dan sangat berkesan untuk meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam mempelajari topik NM. Diharapkan juga para pensyarah akan menggunakan secara maksimum kaedah pengajaran dan pembelajaran ini kelak dalam meningkatkan peratus pelajar untuk menjawab soalan topik NM Matematik Kejuruteraan 3 semasa peperiksaan akhir. Oleh itu, sikap, minat dan kreativiti pensyarah adalah kunci utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan dengan menggunakan perisian multimedia. Namun begitu, ia hendaklah diseimbangkan dengan kerjasama yang berterusan daripada pihak yang berkenaan dari segi pembekalan prasarana ICT yang lebih konsisten, sistematik, mencukupi dan kemas kini bagi merealisasikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Rujukan [1] J. Rozinah, Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publication & Distribution, 2000. [2] B. Noresah, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. 13

[3] M. N. Siti Fadzilah dan M. A. Shereena, Pendekatan Multimedia Dalam Peisian Kursus Kisah Teladan Wanita, Tesis, UKM, 2002. [4] H. Jamalludin & T. Dr. Zaidatun, Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur PTS Publication & Distributor Sdn Bhd., 2003. [5] A. M. Zarina, Kemampuan Mengajar Guru: Teori,Strategi & Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer, Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan, 2007. [6] H. R. Rosalia, Penggunaan Media Pembelajaran Multimedia Interaktif Berbantuan Komputer Untuk Meningkatkan Motivasi Belajar Dan Kemampuan Pemecahan Masalah Matematika Siswa Kelas Viif Di Smp Negeri 2 Imogiri, ISSN 978-979-17763-3-2, 2011. [7] M. S. Aszoura, Keberkesanan kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains, Tesis, 2007. [8] J. Abdul Rashid et. al, Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-murid PROBIM Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 2, Bil. 2 : 46-53, Nov. 2012. [9] M. Zamri dan A. Mohamed, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd, 2008. [10] P. S. Hiang, Pedagogi Sains 2: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 1997. [11] Sifoo, Multimedia Dalam Bidang Pendidikan. Sumber Grafik/Multimedia Malaysia, Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan, 2007. [12] Mohamad Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan Skunder. Universiti Teknologi Malaysia, 1999. 14